Artikel "Semasa" Terkini
Belia Wajib Jauhi Najis Dadah
Oleh: Saifullah JusohBESUT - Belia wajib menjauhi najis dadah yang boleh merosakkan kehidupan, kata Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh.Selaku pemimpin di Kuala Besut, beliau menyeru kepada semua belia agar tidak mencuba walau sekali kerana akibat terjerumus boleh menyebabkan kesan ketagihan yang kuat dan sukar untuk keluar dari gejala yang merosakkan hidup itu."Kita lihat statistik jenayah dadah di Besut sangat membimbangkan kerana apabila seseorang terlibat dengan dadah, maka sudah pastinya mereka akan melakukan jenayah-jenayah lain seperti mencuri untuk mendapatkan wang membeli dadah,"katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bersama Belia dan Agensi Kerajaan di Kampung Seri Kemunting, Kuala Besut, di sini, 20 Oktober Turut hadir, Ketua Polis Daerah Besut, Asisten Superitendan Badrul Hisham Jaafar dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir.Sementara itu, Ketua Penyiasatan Jenayah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Besut (AADK) Besut, Encik Yusmadi Jusoh berkata, jenis dadah yang paling banyak digunakan oleh penagih di daerah itu seperti jenis methaphetamine atau dikenali sebagai pil kuda."Hal ini sangat membimbangkan kerana ia akan merosakkan kehidupan anak muda dan juga masyarakat sekeliling."Semua pihak perlu memainkan peranan bagi membanteras masalah sosial ini supaya kita dapat mengurangkan kadar jenayah di Besut. Ibu bapa perlu mengawal gerak-geri anak-anak agar mereka tidak terjerumus dalam penyalahgunaan najis dadah,"katanya.Di majlis itu, Azbi juga tidak melepaskan peluang menyertai pertunjukan seni mempertahankan diri.Acara yang diadakan pada program tersebut ialah pertunjukan seni mempertahankan diri seperti pencak silat, taekwondo dan tomoi.
20 Oct 18
363
Peristiwa Di Sulawesi, Palu Jadi Pengajaran - Ustaz Satiful
Oleh: Muhd LukmanDUNGUN - Bencana tsunami di Sulawesi dan Palu, Indonesia cukup banyak memberikan peringatan dan pengajaran kepada umat Islam khususnya, kata Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat.Menurut beliau, sebagai peringatan daripada peristiwa itu, sekiranya manusia melakukan empat perkara, nescaya Allah SWT menurunkan bala bencana kepada kita tanpa mengira sesiapa sahaja."Pertama, apabila kamu berzina secara terang-terangan. Kita Kerajaan Terengganu akan cuba sebaik mungkin untuk menghalang perkara-perkara yang boleh menimbulkan masalah zina kepada masyarakat. Sebab itu kita pihak kerajaan akan memberi sokongan penuh kepada Mahkamah Syariah untuk melaksanakan bidang kuasa yang mereka miliki. Kedua, apabila kamu minum arak secara terang- terangan."Kita tidak menghalang orang bukan Islam minum arak, mereka boleh minum di rumah mereka, tetapi jangan minum di kawasan awam yang mencabar majoriti umat Islam di negara kita. Ini disebabkan kita tahu bahawa perbuatan ini akan membuka pintu bala daripada Allah SWT,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Pidato Solidariti Ummah Palestin di Masjid Lama Sura, di sini, 20 OktoberTurut hadir, Imam Besar Masjidil Aqsa Palestin, Sheikh Dr E'krima Sa'eed Sabri.Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka menegaskan bahawa amar makruf nahi mungkar ini merupakan tanggungjawab kita bersama.Tambah beliau lagi, jangan biarkan maksiat ini berlaku dan menjadi tugas kita untuk menghalang perkara sebegini kerana kita sudah melihat sendiri apa yang menimpa di negara jiran kita."Ketiga apabila kamu berniaga tetapi melakukan timbang dan sukat secara zalim.“Keempat apabila pemimpin - pemimpin kamu mengabaikan hukum Al - Quran malahan mengambil hukum berdasarkan pemikiran sendiri ," kata beliau.Sehubungan itu juga, menurutnya, Kerajaan Terengganu akan memperkemaskan lagi pelaksanaan syariah di negeri ini tahun hadapan.“InsyaAllah Kerajaan Terengganu akan memberi komitmen sepenuhnya serta menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan syariah dari semasa ke semasa," jelasnya.Dalam pada itu, beliau juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Sheikh Dr E'rima yang menyampaikan amanat kepada para jemaah yang hadir.
20 Oct 18
125
Siap Sedia Hadapi Musim Tidak Menentu
Oleh: Mohd AsrafDungun - Kedudukan Malaysia di atas garisan khatulistiwa menjadikan negara ini menerima musim panas dan hujan sepanjang tahun serta adakalanya cuaca yang tidak menentu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik berkata, saban tahun Malaysia pasti akan menerima taburan hujan yang banyak terutama apabila di penghujung tahun dan kerajaan turut bersiap sedia menghadapi keadaan tersebut. “Sebelum menjadi kerajaan negeri lagi, kita selalu bersiap sedia dengan segala keupayaan yang ada untuk membantu rakyat terutamanya mereka yang tiada kemampuan.“Hari ini kita sudah menjadi kerajaan negeri dan kita tetap akan meneruskan apa yang kita lakukan dahulu cumanya sekarang kita akan menggerakkan jentera-jentera hebat yang kita ada untuk memudahkan lagi urusan menyelamat," kata beliau semasa merasmikan Taklimat Pengurusan dan Bantuan Menghadapi Bencana Banjir Daerah Dungun Tahun 2018, di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun, di sini, 20 Oktober.Wan Hapandi juga memberitahu, ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu memainkan peranan sebelum berlaku banjir atau bencana alam lagi. “Semua ahli jawatankuasa MPKK perlu peka dengan keadaan sekeliling serta warga kampung dibawah seliaan masing masing supaya kita dapat mengelak kejadian yang tidak diingini daripada berlaku," katanya. Sehubungan itu, agensi agensi dari kerajaan seperti Agensi Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis DiRaja Malaysia dan agensi lain akan bersama-sama membantu ketika berlakunya banjir atau bencana alam. Dalam taklimat tersebut, APM dan JKM akan memastikan pengurusan semasa berlaku bencana akan berjalan dengan lancar dan sistematik. Turut hadir dalam taklimat tersebut ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dari seluruh Dungun.
20 Oct 18
32
Pasar Pagi Bukit Diman Bakal Dinaik Taraf
Suasana Pasar Pagi Bukit Diman, AjilOleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU- Pasar Pagi Jumaat Kampung Bukit Diman akan dinaiktaraf bagi keselesaan, kemudahan dan keselamatan kepada para peniaga termasuk pembeli.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata penyusunan semula tapak pasar berkenaan merupakan langkah terbaik supaya beberapa masalah berkaitan dengannya dapat diatasi.Katanya, mengikut perancangan apabila tapak baharu disiapkan, para penjual akan masuk ke dalam pasar manakala di tepi jalan ada disediakan parkir yang lebih selamat untuk pengguna."Jadi penjual dapat menjual dengan sempurna dan pembeli dapat membeli dengan selesa sebab itu kita mengharapkan sokongan daripada semua pihak terutama penjual untuk kebaikan bersama atas faktor keselamatan, keselesaan dan kebersihan pasar ini."Alhamdulillah, setakat ini para peniaga pasar pagi yang terlibat memberi maklum balas dan penerimaan yang sangat baik atas usaha yang ingin dilakukan ini,"ujarnya.Yb MaliamanBeliau berkata demikian kepada Wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), ketika menghadiri taklimat cadangan menaiktaraf pasar pagi Jumaat bersama para peniaga bertempat di Masjid Kampung Bukit Diman, di sini, semalam (19 Oktober).Antara peniaga pasar pagi Bukit Diman yang hadir mendengar cadangan menaiktaraf pasar pagi jumaat Bukit Diman Sementara itu, Penghulu Mukim Tanggol dan Diman, Jefridin Salleh berkata perancangan menaiktaraf pasar dibuat secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan.Jelasnya, perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat di peringkat daerah dan perbincangan telah dibuat bersama Yb ADUN Ajil baru-baru ini."Peringkat awal, kita sediakan tapak permulaan sebagai kemudahan persiapan kepada peniaga- peniaga yang berniaga di tepi jalan untuk berpindah ke tempat lebih selamat."Ianya sesuai dengan hasrat di peringkat daerah dan DUN yang mahu mewujudkan satu lokasi yang strategik kepada semua peniaga di kawasan ini dan orang luar, walaubagaimanapun merujuk juga kewangan yang ada di peringkat negeri." Alhamdulillah, Yb ADUN Ajil telah bersetuju untuk memberi peruntukan di bawah DUN untuk kita buatkan satu tapak yang sesuai dahulu di peringkat permulaan," ujar Jefridin.JefridinTambahnya lagi, anggaran kos untuk penyediaan tapak dan kerja asas sebanyak RM20 ribu manakala pada tahun hadapan tapak tersebut akan di premit balik untuk menyediakan kiosk - kiosk bagi kemudahan orang ramai.Seorang peniaga yang ditemui, Razeta Mamat berkata kesibukan kenderaan di laluan utama membahayakan keselamatan dan kesihatan peniaga termasuk pembeli."Kenderaan semakin banyak melalui kawasan ini terutama lori dan kereta, kita bimbangkan keselamatan orang yang hendak membeli kerana kesibukan jalan dan debu yang dibawa kenderaan."InsyaAllah, jika pasar berada di tapak yang jauh dari jalan raya maka peniaga dapat berniaga dengan tenang," katanya.
20 Oct 18
965
Mangsa Ribut Di Kuala Besut Akan Dibantu Segera
Mohd Sulaiman meninjau keadaan rumah mangsa yang dilanda ribut.Oleh : Saifullah JusohBESUT - Kerajaan negeri akan memastikan semua rumah penduduk yang terjejas akibat bencana ribut di Kuala Besut pada Rabu lalu akan dibaikpulih secepat mungkin.Pegawai Khas kepada Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Mohd Sulaiman berkata, semua mangsa yang terlibat diminta membuat laporan berhubung kejadian itu supaya bantuan untuk membaiki rumah dapat disalurkan dengan secepat mungkin."Kepada penduduk yang terlibat perlu melaporkan kepada setiap pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing agar pihak kami tidak terlepas pandang," katanya.Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke rumah yang terjejas di Kampung (Kg) Lampu, Kg Tok Saboh dan Kg Gertak Seratus, di sini, 18 Oktober.Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir.
19 Oct 18
65
Pasar Mukmin Bakal Beri Manfaat - Satiful Bahri
Pasar Mukmin Pinang Merah bertempat di Perkarangan Masjid Pinang Merah.Oleh: Muhd LukmanDUNGUN, 20 Oktober - Pasar Mukmin Pinang Merah, yang mula dibuka semalam, 19 Oktober bakal memberi manfaat kepada penduduk setempat untuk berniaga mahupun membeli.Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, kedudukan pasar tani tersebut terletak di lokasi strategik yang mana ianya berada di hadapan Masjid Pinang Merah."Tapak pasar ini dipilih berhadapan dengan masjid agar dapat menarik penduduk termasuk para pelajar dari Pondok Darul Bayan dan sekolah menengah untuk membeli barangan keperluan mereka."Ianya sekaligus dapat mengimarahkan masjid ini. Hari Jumaat adalah hari ilmu di sini.“Dengan adanya pasar mukmin ini, penduduk setempat tidak perlu risau untuk ke pasar di samping dapat mendengar kuliah dhuha pada setiap hari Jumaat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Pasar Mukmin Pinang Merah bertempat di Perkarangan Masjid Pinang Merah (19 Oktober).Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, sambutan daripada para peniaga juga sangat memberangsangkan.“Tempahan tapak perniagaan telah dibuka dua minggu lalu dan setakat hari ini sebanyak 44 tapak telah dibuka oleh para peniaga," katanya.Tambahnya, antara objektif Pasar Mukmin di bawah pantauan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pinang Merah adalah untuk memberi peluang kepada penduduk setempat berniaga dan menambahkan pendapatan mereka.“Kita harap penduduk setempat sekitar kawasan ini mengambil peluang untuk berniaga serta bersama-sama berkumpul di sini pada setiap pagi Jumaat," jelasnya.Pelbagai barangan basah atau kering boleh didapati di sini termasuk ikan segar, sayur-sayuran, kuih-muih dan sebagainya.Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada Pihak Masjid Pinang Merah dan Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) Paka yang turut bekerjasama menganjurkan pasar ini.Turut diadakan kuliah dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Haslin Baharin.
19 Oct 18
34
MPKK Perlu Bergerak Selari Hasrat Kerajaan
Oleh : Mohd Zukifli MatKUALA NERUS - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diminta melaksanakan gerak kerja selari dengan hasrat kerajaan dan berusaha meningkatkan imej kerajaan hari ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, semua ahli jawatankuasa MPKK ditagih memberi komitmen mentadbir urusan rakyat di kampung masing-masing tanpa pilih kasih."Marilah kita semua berkerjasama bagi membangunkan Negeri Terengganu dengan memainkan peranan masing-masing dengan sebaik-baiknya dari pimpinan kerajaan sehinggalah kepada rakyat."MPKK juga perlu berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira latar belakang parti politik,"katanya.Beliau berucap demikian di Majlis Taklimat dan Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa MPKK DUN Tepuh, di sini, 19 Oktober.Majlis anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Tepuh itu dihadiri 28 pengerusi dan ahli jawatankuasa MPKK di seluruh DUN itu.Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus, Mohamad Nazir.Sementara itu dalam ucapan terdahulu, Mohamad berkata, MPKK berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklumat dan memastikan bantuan dapat disalurkan dengan tepat kepada sasaran.
19 Oct 18
28
10 Buah Rumah Rosak Dilanda Hujan Ribut - Azman Ibrahim
Dr Azman Ibrahim (kanan) meninjau keadaan rumah yang rosak akibat hujan ribut.BESUT, 19 Oktober - Hujan dan ribut yang melanda Jabi kira-kira jam 10 malam kelmarin menyebabkan 10 buah rumah di Kampung Tempinis, Bukit Tanah, Tasik Tok Lebai dan Pondok Paku mengalami kerosakan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, beliau kebetulan berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco yang diadakan di Kuala Lumpur."Saya terus bergegas balik apabila dimaklumkan Jabi dilanda musibah ujian Allah."Pagi ini sempat menyantuni semua mangsa ribut dan tindakan pemulihan kerosakan rumah akan dilakukan segera."Terdapat rumah yang atapnya diterbangkan angin dan ada yang dihempap pokok tumbang," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam keadaan bertongkat sewaktu kunjungan ke rumah yang terlibat (18 Oktober).Dalam pada itu, Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi turut mengarahkan semua Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mengambil tindakan sewajarnya."Semoga semua mangsa ribut bersabar dengan ujian Allah dan Pusat Khidmat ADUN Jabi akan bersama membantu," jelasnya.
19 Oct 18
51
Islamofobia ‘Hantui’ Pemikiran Penentang Islam
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjawab persoalan peserta Muzakarah Perundangan Islam Negeri Terengganu 2018, di Dewan Besar, Wisma Darul ImanKUALA TERENGGANU, 19 Oktober - Undang-undang Islam sebenarnya bersifat mendidik dan bukannya menghukum yang perlu difahami oleh masyarakat umum.Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian, ketika berucap sebagai ahli panel Muzakarah Perundangan Islam Negeri Terengganu 2018, anjuran Pejabat Mufti Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (18 Oktober).Beliau turut mengulangi pendapatnya bahawa masih terdapat Islamofobia yang ‘menghantui’ pemikiran pihak tertentu di negara ini.Malah, kata Presiden PAS itu, ketakutan juga turut melibatkan di kalangan orang Islam sendiri yang menentangnya.“Pertama perlu difahami bahawa undang-undang (hudud) itu lebih bersifat mendidik. Undang-undang yang menakutkan pesalah dan hendak jatuhkan hukuman payah, memerlukan saksi yang adil. “Kalau berzina perlu empat orang saksi yang melihat dengan mata dia sendiri. Jika tidak cukup tiga orang sahaja, saksi itu kena sebat 80 kali sebatan. Bukan mudah untuk menjatuhkan hukuman.“Ada juga kita mendapat maklumat, mereka menentang RUU355 ini kerana takut mempengaruhi orang bukan Islam kepada Islam. Malangnya, apa yang berlaku orang Islam pun takut juga, ini yang berlaku (pelik) dan kita rasa dukacita,” ujarnya.Sesuatu yang melucukan membuatkan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan Mufti Terengganu, Dato’ Zulkifli Muda ketawa.Menurut Abdul Hadi, ketakutan dan kebimbangan kelompok masyarakat non-muslim pula kerana khuatir kebaikan agama Islam akan mempengaruhinya.“Kita mendapat maklumat khususnya orang Kristian yang menentang hudud. Kenapa dia takut sangat? “Sebabnya ialah dia bimbang. Jika syariat Islam dilaksanakan walaupun sekadar (RUU) 355, menyebabkan orang bukan Islam (akan) memilih undang-undang Islam daripada undang-undang sivil. “Saya mengambil contoh hukuman (Islam) itu di Acheh. Orang bukan Islam buat kesalahan, dihukum takzir kena sebat 20 kali sebatan. Sebat yang tidak menyakitkan kedudukan (keadaan) pesalah. “Kalau undang-undang sivil (mereka) kena penjara empat bulan, tinggal anak bini susah. Tapi, dengan sebatan (Islam) yang tidak menyakitkan, cuma malu sekejap sahaja,” jelasnya kepada lebih 500 hadirin.Dua ahli panel, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan Dato’ Zulkifli Muda serta moderatornya, Timbalan Mufti Terengganu (kiri)Muzakarah Perundangan Islam itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang menggantikan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman dan Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Mohamed.
19 Oct 18
64
Pelajar AKMAL Cipta Sejarah Hafazan
Pelajar Hafizah Cemerlang, Engku Sofia Engku Saharuumnizam, 13, dari Teluk Kalung, Kemaman berjaya menghabiskan hafazannya dalam masa lima bulan 10 hariMARANG, 19 Oktober - Seorang pelajar tahfiz Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) Terengganu melakar sejarah manis tersendirinya, apabila berjaya menamatkan 30 juzuk hafazan al-Quran kurang dari tempoh satu tahun.Apa yang lebih membanggakan pihak pengasas dan pengurusan AKMAL Terengganu, apabila pelajar berkenaan berjaya menghabiskan hafalannya dalam tempoh lima bulan 10 hari sahaja.Pengasasnya, Husin Ismail berkata, sistem hafalan di AKMAL ini ‘target’ boleh tamat 30 juzuk al-Quran dalam tempoh satu tahun.“Sistem pengajian di AKMAL ini, pelajar yang berumur 10 hingga 12 tahun dari sekolah biasa (kerajaan), dia ‘berhenti’ (cuti) setahun untuk masuk kelas hafalan di sini.“Insya-Allah, dalam masa satu tahun pelajar tadi yang ada minat al-Quran boleh tamat 30 juzuk dan ini terbukti, ada (pelajar) boleh tamat dalam masa lima bulan 10 hari sahaja, alhamdulillah.“Apa yang penting, sokongan kuat dari ibu bapa bagi memberi semangat motivasi kepada anak-anak mereka,” ujarnya ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Pusat Pengajian Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) Terengganu, Kampung Tebakang, Alor Limbat pada 17 Oktober lalu.Pengasas AKMAL Terengganu, Husin Ismail berucap menyampaikan motivasinya kepada para pelajarKata Cikgu Husin, pengalaman beliau mendidik sembilan orang anak yang kesemuanya hafiz dan hafizah, mendorong inspirasi itu membuka kelas akademi tersebut.Pelajar terbabit, Engku Sofia Engku Saharuumnizam, 13, dari Teluk Kalung, Kemaman berjaya menghabiskan hafalannya dalam masa lima bulan 10 hari.“Saya masuk belajar ke sini (AKMAL) pada 1 Mei 2018 lalu dan tamat (hafizah) al-Quran ini pada 10 Oktober 2018.“Saya anak kelima dari lapan adik-beradik dan bercita-cita untuk menjadi seorang Ustazah Hafizah di masa akan datang, insya-Allah,” ujarnya.Menurut Sofia, dia suka belajar di akademi ini kerana seperti berada di rumah sendiri bersama kawan-kawan yang lain.Guru hafizah sepenuh masa mampu mendidik pelajarnya hafal 30 juzuk al-Quran setahunAKMAL Terengganu kini mempunyai pelajar seramai 21 orang terdiri dari 13 lelaki dan lapan perempuan, dengan tiga orang guru hafiz sepenuh masa.Setiap kelas hafazan terhad untuk lapan hingga 10 orang sahaja dan sesi pembelajaran antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.Apa yang menjadi kelainan di AKMAL ini, tidak ada hukuman fizikal kepada para pelajarnya yang buat salah serta melanggar peraturan. Namun, hukuman tetap ada tetapi dalam bentuk ilmiah.Pelajar yang buat kesalahan akan dikenakan denda tambah masa (hafalan) belajar dan denda menulis al-Quran atau tulisan jawi.Mengikut jadualnya, jam 8.00 hingga 8.45 setiap pagi adalah waktu motivasi. Jam 12.30 tengahari itu waktu wajib tidur setengah jam sebelum waktu Zohor dan tidur seawal jam 9.30 malam serta bangun awal untuk solat Subuh.
19 Oct 18
1119