lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Terengganu Sedia Kongsi Pembangunan Sukan Negeri
Ustaz Wan Sukairi bersama wakil Kerajaan Kelantan di MSNT, Gong Badak, hari ini.KUALA NERUS, 22 Oktober - Kerajaan Terengganu sentiasa bersedia untuk berkongsi amalan dan pengalaman kejayaannya dalam tadbir urus dan pembangunan sukan dengan negeri lain yang berminat untuk mempelajarinya.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullah berkata, langkah tersebut selaras dengan matlamat menjayakan agenda sukan negeri khususnya dan negara amnya.“Hari ini, kita telah menerima kunjungan dari wakil Kerajaan Kelantan dan satu taklimat khas berkaitan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah dibentangkan kepada wakilnya.“Kita telah pun kongsikan maklumat berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran dan sebagainya dan mudah-mudahan ianya menjadi input yang baik kepada mereka untuk mengadakan perkara yang sama di Kelantan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat bersama timbalannya, Zuraidin Abdullah dan Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (UBes) Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari di MSNT Gong Badak, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Hishamuddin Abdul Karim.Sementara itu, Wan Roslan berkata, kunjungan ke Terengganu adalah untuk mendapatkan maklumat yang jelas mengenai MSNT.“Selain mendapatkan info dan maklumat berkaitan tadbir urus dan pembangunan sukan di negeri jiran ini, kita mengharapkan hubungan kerjasama ini dapat dikekalkan.“Lebih-lebih lagi Terengganu telah berkali-kali bergelar juara Sukan Malaysia (SUKMA), mungkin hasil daripada lawatan ini akan ada sedikit sebanyak yang boleh kita laksanakan di negeri Kelantan,” ujarnya.
22 Oct 18
115
Empty Image
Kosihat Capai Objektif Tingkat Taraf Sosioekonomi Anggota
Foto - M. ShukriOleh : Safwan SyakirKUALA TERENGGANU, 20 Oktober – Koperasi Kesihatan Terengganu Berhad (Kosihat) berjaya mencapai objektif penubuhannya untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi di kalangan anggota menerusi pelbagai aktiviti. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, keanggotaan dalam koperasi itu bukan semata-mata mementingkan soal dividen dan kepentingan lain, tetapi yang lebih utama adalah aktiviti kebajikan yang dapat dimanfaatkan oleh ahli dari semasa ke semasa."Antara aktiviti kebajikan yang dijalankan koperasi ialah memberi menyediakan khidmat khairat kematian, memberi sumbangan kepada ibu bapa sekiranya berlaku kematian anggota koperasi dan juga memberi sumbangan kepada anggota yang ingin mengerjakan ibadah haji."Selain itu, koperasi juga memperuntukkan dana untuk anak-anak kakitangan yang cemerlang bagi menampung mereka melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi,"katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke -17 Koperasi Kesihatan Terengganu Berhad di Dewan Teater, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, di sini.Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh; Pengerusi Koperasi Kesihatan Terengganu Berhad, Dr Mohamad Rifin Awang dan juga mantan Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohamad Omar.Dr Alias berkata, Allah SWT akan membantu mereka yang menolong orang lain yang dalam kesusahan melalui aktiviti kebajikan dengan memberi keberkatan dalam hidup kita.Tambahnya, kerajaan sedia membantu usaha usaha ke arah meningkatkan peluang-peluang perniagaan koperasi supaya lebih berdaya saing dan akan memastikan perniagaan yang dijalankan mematuhi syariah selari dengan hasrat kerajaan negeri."Tahniah diucapkan kepada koperasi ini yang selama ini mengambil berat soal halal dan haram dalam urusan perniagaan."Justeru, harapan saya semua pihak perlu berganding bahu untuk meningkatkan keahlian Kosihat, pendapatan dan menambah baik aktiviti-aktiviti kebajikan bagi menjayakan program yang dirancang,"katanya.
21 Oct 18
304
Empty Image
Pulangkan Royalti Minyak Bukan Kekalkan Polisi Lama
Ustaz Hishamuddin (dua dari kanan) ketika di Johor baru-baru ini.KUALA TERENGGANU - Bagi membina 'Malaysia Baharu', Kerajaan Persekutuan perlu lebih bersedia memberikan komitmen memulangkan kembali royalti petroleum dan gas kepada kerajaan negeri Terengganu bukan mengekalkan polisi lama yang telah diperkenalkan sejak tahun 2000 yang lalu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, ia bertujuan melihat sejauhmana keupayaan Kerajaan Terengganu memacu ekonomi negeri dan membela kebajikan rakyat.Katanya, menuju 'Malaysia Baharu' sepatutnya Kerajaan Pusat membawa satu gagasan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia secara lebih adil. "Buang budaya politik melampau dan bina kembali objektif berpolitik yang menggunakan sistem federalisme secara saksama," katanya dalam satu kenyataan di status facebook beliau baru-baru ini.Bagaimanapun beliau tidak pasti sejauh mana keputusan pihak persekutuan khususnya Kementerian Kewangan terhadap komitmen royalti atau ‘dana khas persekutuan’ untuk Terengganu. "Jika komitmen untuk bina 'Malaysia Baharu', saya kira kerajaan persekutuan perlu lebih bersedia memberikan komitmen memulangkan kembali hak rakyat Terengganu melalui saluran yang sah (kerajaan negeri) bukan mengekalkan polisi lama yang telah diperkenalkan semenjak tahun 2000 yang lalu."Inilah masanya untuk melihat sejauh mana komitmen kerajaan Terengganu dalam memacu ekonomi negeri dan pembelaan terhadap kebajikan rakyat," katanya. Dalam masa yang sama kata Ustaz Hishamuddin, pihak kerajaan persekutuan tidak perlu bimbang dengan penyelewengan kerana semua agensi kerajaan persekutuan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain cukup mampu untuk memantau malah mengenakan tindakan jika terbukti pihak kerajaan negeri melakukan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.Beliau menjelaskan, kadar perolehan hasil untuk negeri pengeluar hanya lima peratus sahaja atas nama royalti."Kerajaan Persekutuan pula memperolehi sumbangan melalui Petronas dalam pelbagai jenis bayaran termasuk royalti lima peratus, dividen, cukai pendapatan, duti dan lain-lain. "Justeru, lima peratus royalti tidak wajar berkira sangat untuk negeri pengeluar minyak. Hormati perjanjian royalti dan kembalikan peluang untuk rakyat melihat bagaimana kerajaan baharu negeri Terengganu membangunkan negeri dengan lancar," ujarnya.Beliau percaya dan menaruh harapan agar kerajaan baharu persekutuan tetap bersedia untuk memperbaiki kesilapan yang lampau."Secara faktanya, royalti minyak Terengganu telah cukup untuk diteliti melalui pelbagai medium. Senang nak dapat info dan kronologi royalti semenjak diperolehi Terengganu pada 1978 hingga dinafikan hak pada tahun 2000 semasa PAS berjaya mendapat mandat dari rakyat Terengganu," jelasnya lagi.
21 Oct 18
41
Empty Image
Majlis Malam Amal Realisasi Hasrat Bina Surau SMA Sultan Ismail
Oleh:Sulaiman Hafizi Mohd RusliDUNGUN, 19 Oktober - Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Ismail berjaya mencapai sasaran kutipan RM50,000 sebagai sumbangan untuk pembinaan surau sekolah itu sempena majlis makan malam sambil beramal, baru-baru ini.Majlis julung kali itu dimeriahkan dengan sokongan kehadiran pemimpin nombor satu negeri, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut memberi sumbangan bagi menjayakan matlamat guru serta pelajar institusi pendidikan itu.Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli ketika menyampaikan ucapan penghargaan berkata, majlis itu untuk menjayakan pembinaan surau yang lebih selesa untuk kepentingan majlis ilmu dan ibadat warga sekolah berkenaan.  "Kita mengharapkan majlis ini diberkati dan mendapat sumbangan yang lebih banyak dari warga Dungun bagi melancarkan lagi urusan pembinaannya."Penyertaan lebih kurang 50 meja yang menghasilkan sumbangan RM1,000 untuk setiap meja.Tahniah kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Alumni SMA Sultan Ismail Dungun yang telah menjayakan program ini dan mencapai jumlah sumbangan yang dikehendaki,"katanya di Dewan Arena Merdeka, di sini.Wan Hassan juga berharap agar majlis itu mendapat sokongan dan membuka mata semua pihak terutama warga Dungun sendiri untuk terus menyumbang bagi menjayakan matlamat sekali gus mengutip ganjaran pahala daripada amalan murni itu.
21 Oct 18
392
Empty Image
RAK, TSTC Adakan Latihan Hadapi Bencana.
Latihan menyelamat dalam air merupakan antara pengisian dalam persediaan menghadapi bencana di Kemaman, baru-baru ini.Oleh : Pyang MamatKEMAMAN  20 Oktober 2018 - Persatuan Radio Amatur Kemaman (RAK) dengan kerjasama Terengganu Safety Training Centre Sdn. Bhd (TSTC) telah mengadakan Latihan Persediaan Bencana sebagai persiapan bagi menghadapi musim banjir nanti.Timbalan Presiden RAK, Zawawi Mohamed berkata, latihan seperti ini dilakukan setiap tahun bagi melahirkan ramai sukarelawan yang mahir dalam membantu orang kampung dan juga pihak berkuasa.Katanya, latihan ini diadakan bagi melatih sukarelawan di Kemaman untuk menjadi petugas yang terlatih dan berilmu dalam membantu masyarakat termasuk pendedahan serta kemahiran yang diajarkan termasuk menyelamat di air, menyelamat di tempat tinggi, komunikasi radio dua hala, rawatan pertolongan cemas dan rawatan pemulihan pernafasan kepada mangsa lemas (CPR)."Banjir besar pada tahun 2013 yang menenggelamkan sebahagian daerah Kemaman telah menyedarkan semua pihak dalam usaha membantu dan menyelamat mangsa banjir dan sebagainya termasuk kami"Untuk latihan kali ini, jutaan terima kasih  kepada jurulatih yang terlibat siang dan malam selama dua hari ini tanpa mengira penat dan lelah,  terutama pihak pengurusan TSTC diatas kerjasama mereka dalam menyediakan kemudahan prasarana dan peralatan dalam latihan ini semoga Allah sahaja yang dapat membalas khidmat ini,”katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Latihan Persediaan Bencana di Kemaman, di sini baru-baru ini. Latihan yang diadakan selama dua hari tiga malam itu turut dihadiri oleh 20 sukarelawan yang terpilih di daerah Kemaman manakala majlis penutup dan pembahagian sijil telah disempurnakan oleh Jurulatih Kanan TSTC, Shalbi Mustafa.
21 Oct 18
464
Empty Image
MPKK Perlu Laksana Amanah
Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika berucap merasmikan Seminar MPKK Bantuan Kebajikan Kemasyarakatan.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinMARANG, 22 Oktober - Amanah yang telah diberikan perlu kepada ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu dilaksanakan kerana akan dihisab oleh Allah di hari akhirat kelak.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, jawatan bukan satu kemuliaan tetapi amanah besar yang perlu dipikul.“MPKK bertanggungjawab dalam membantu penduduk kampung dalam permohonan bantuan dan juga melakukan tindakan susulan."Semua ahli MPKK mesti mengambil peranan, bukan hanya pengerusi."Apa yang dilakukan ini adalah satu tanggungjawab menjaga kebajikan penduduk terutama yang memerlukan bantuan serta bukan bergantung semata-bergantung kepada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar MPKK Bantuan Kebajikan Kemasyarakatan anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Payung di Dewan Sivik Bukit Payung, kelmarin.Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut memuji inisiatif yang dilakukan oleh sebahagian MPKK dalam DUN Bukit Payung memperuntukkan hari khas untuk membantu penduduk kampung berkaitan permohonan iDANA atas talian."Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada ahli MPKK berkaitan saluran bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan negeri," jelasnya.Dianggarkan kira-kira 200 peserta dari wakil MPKK di dalam DUN Bukit Payung hadir.Hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif dan Komuniti Jabatan Kebajika Masyarakat Negeri Terengganu, Ghazali Awang dan Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam), Ustaz Mohd Aiman A Rahman.
21 Oct 18
211
Empty Image
Pusat Khidmat, MPKK Jadi Pemudah Cara Rakyat
Haji Mohd Fazil Wahab ketika berucap dalam program Taklimat Peranan dan Kepimpinan Peringkat DUN Seberang.Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 22 Oktober - Pejabat Khidmat Masyarakat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) disarankan menjadi pemudah cara dalam menyelesaikan masalah masyarakat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir,Haji Mohd Fazil Wahab berkata, MPKK dan Pusat Khidmat seharusnya berkerjasama bagi memastikan agenda kerajaan dapat berjalan dengan lancar. Hal itu, katanya agar bertepatan dengan motto kerajaan negeri iaitu Terengganu ‘Maju, Berkat dan Sejahtera’. “MPKK dan Pejabat Khidmat merupakan orang suruhan kepada penduduk, kerana mereka adalah agensi kerajaan yang berada di kampung-kampung  dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat.“Rakyat sedang menilai gerak kerja yang dilakukan oleh agensi itu kerana setiap aduan dan permasalahan diajukan terlebih dahulu kepada mereka,” ujarnya ketika ditemui selepas program, Taklimat Peranan dan Kepimpinan Peringkat DUN Seberang Takir di Dewan Amber, Scout Inn, Telaga Batin, Seberang Takir, di sini, kelmarin.Menurut beliau, MPKK yang dijenamakan semula daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) ini perlu berperanan lebih baik dari sebelumnya.Hadir sama, Timbalan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) negeri, Raja Arizal Raja Arif dan Pengarah Majlis Tindakan DUN Seberang Takir, Haji Zakaria Dagang selaku ahli panel dalam program tersebut.
21 Oct 18
532
Empty Image
Hakisan Pantai: MB Bincang Dengan UMT
Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan) menyempurnakan gimik perasmian penutup KLK UMT disaksikan oleh Dr Haji Alias (dua dari kiri) dan Prof. Dato’ Dr Nor Aieni  (kanan). KUALA NERUS - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendedahkan bahawa beliau pernah mengadakan perbincangan dengan pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengenai hakisan pantai Terengganu dengan mendapat pelbagai pendapat cara penyelesaian masalah tersebut.Menurutnya segala pandangan berkenaan jika dimanfaatkan akan memberi keuntungan kepada pihak universiti tersebut dan kerajaan negeri."Apabila saya mengajak Dato' Naib Canselor (Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar) dan rakan-rakan akademik yang lain bertemu dan berbincang mengenai hakisan pantai di Terengganu yang saya kira dapat menjana bermacam-macam pandangan."Dan akhirnya apabila kita bergerak ke hadapan, In Sya Allah akan ada keuntungan kepada universiti dan kepada negeri," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Penutup Karnival Luar Kampus (KLK) UMT di Perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak di sini 20 Oktober.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Haji Alias Razak, Prof Dato' Dr Nor Aieni, Ahli Lembaga Pengarah UMT, Prof TS Aziz Deraman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Prof TS Cik Mohd Rozaidi Razali, Pegawai-pegawai Utama dan Pegawai-pegawai Kanan UMT, Pelajar-pelajar UMT serta Komuniti Kuala Nerus.Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan) menyaksikan tayangan montaj aktiviti KLK UMT bermula 18 hingga 20 Oktober lalu.Dr Ahmad Samsuri seterusnya menyeru warga universiti berkenaan memikirkan persoalan apa yang perlu dilakukan untuk negeri dan negara dalam tempoh lima hingga 20 tahun akan datang."Saya percaya warga universiti bukan sahaja belajar tetapi turut berfikir persoalan, lima tahun, 10 tahun dan 20 tahun akan datang, kepada masyarakat dalam negari dan negara kita ini."Justeru, saya menyeru warga universiti sama-sama menjaga negeri kita ini dengan penterjemahkan ilmu dalam masyarakat dengan membabitkan diri dengan aktiviti komuniti," ujarnya.Katanya, rakan universiti termasuk mahasiswa dan mahasiswi perlu menterjemahkan ilmu yang dipelajari dengan menjana idea baharu untuk membantu membangun masyarakat setempat dan negeri Terengganu."Warga universiti boleh mengaktifkan sukan dan budaya komuniti dengan ilmu yang dipelajari di samping membantu menyelesaikan masalah masyarakat."Kecaknaan ini haruslah disegarkan dalam diri mahasiswa dan mahasiswi sekalian," tegasnya.
21 Oct 18
68
Empty Image
Krisis Syria; Kerajaan Persekutuan Disaran Ambil Inisiatif
Kerajaan Perskutuan disaran ambil inisiatif politik bantu krisis yang berlaku di Syria dengan kebalikan semula keamanan  di sana. Foto - Nor HailmeyKUALA NERUS, 22 Oktober - Kerajaan Persekutuan disarankan  mengambil inisiatif politik untuk membantu krisis yang berlaku di Syria dengan mengembalikan semula keamanan di negara Timur Tengah itu.Ketua Delegasi Kemanusiaan Iman Care, Dr Suhazeli Abdullah berkata, sebagai sebuah badan kerajaan, pihaknya hanya menghantar  bantuan yang tidak  melibatkan politik.“Sebelum ini lebih kurang 6 atau 7 tahun kita terlibat dengan NGO dan kebanyakannya lebih kepada menghantar bantuan yang tidak melibatkan politik.“Ini adalah  langkah yang mungkin agak terkebelakang sedikit dan dengan adanya kerajaan baru dalam negara kita dan di Terengganu sendiri, insya-Allah  boleh  memberi satu inisiatif dari sudut  politik  untuk membantu mereka mengembalikan  semula  keamanan di sana,” jelasnya.Beliau yang juga Pakar Kesihatan Keluarga berkata demikian ketika ditemui bersama Delegasi  Bantuan Kemanusiaan Pelarian Syria di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kelmarin.Oleh itu kata beliau, pihaknya bersama 14 NGO telah berjaya mengumpulkan dana kewangan sebanyak RM400 ribu  yang akan disumbangkan kepada pelarian di sempadan Turki.“Yang pertama, untuk menyampaikan bantuan  dari sudut barangan selimut  baju sejuk dan juga sedikit perubatan.“Yang kedua, kita akan melakukan kunjungan kepada sekolah anak  yatim yang sebelum ini kita sudah pergi buat lawatan. Mengikut keperluan, kita akan sampaikan juga bantuan kepada sekolah tahfiz. “Yang ketiga, kita insya-Allah akan mengadakan satu simposium yang khusus kepada pelarian Syria  ini bagi mengambil sudut yang lain untuk membantu mereka pada masa akan datang,” kata beliau.Menurutnya, pihaknya akan juga bertemu dengan beberapa NGO tempatan yang berada  di Turki.Keutamaan buat masa ini katanya ialah persedian menghadapi musim sejuk yang melampau sehingga mencecah kosong darjah celcius.“Di sini pentingnya pemanas  di khemah- khemah mereka. Selimut dan baju yang tebal  dan akhir sekali pemakanan. Sebab  bila  musim sejuk tak dapat keluar mencari rezeki,” katanya.Katanya, sebahagian derma yang disampaikan kepada NGO di sana adalah bagi membeli keperluan yang akan diagihkan nanti.
21 Oct 18
36
Empty Image
Ada Unsur Diskriminasi Dalam Bayaran Royalti Minyak
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. -Foto Syaiful MustafaKUALA TERENGGANU - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu dan Kelantan mempunyai hak yang sama menerima bayaran royalti petroleum dan gas sebanyak lima peratus setahun sebagaimana diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kewangan Negara 7 Jun lalu.Beliau mengharapkan apa yang sedang berlaku bukan satu cubaan mana-mana pihak yang berkuasa untuk mencanggahi komitmen Perdana Menteri Tun Dr Maharhir dalam mesyuarat tersebut.Katanya, Komitmen itu bertujuan untuk mengukuhkan semangat federalisme sebagaimana dibentangkan Perdana Menteri dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11) di Parlimen, 19 Oktober lalu.Beliau menyifatkan ada unsur diskriminasi dibuat oleh kepimpinan DAP apabila cuba menghalang pembayaran royalti kepada Kelantan dan Terengganu." Saya telah diminta mengulas mengenai bunga diskriminasi oleh pimpinan utama DAP yang menjadi Menteri dalam kementerian berkaitan dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH), sebagaimana yang ditegur oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkenaan isu pembayaran royalti kepada Terengganu dan Kelantan," katanya dalam satu kenyataan media di sini 21 Oktober.Sebelum itu dalam laman Facebooknya, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi berkata, Perdana Menteri telah bersetuju untuk mengembalikan royalti terus kepada negeri sebagaimana dijanjikan dalam Manifesto PH."Namun pembayaran kepada Kelantan dan Terengganu terhalang. Jika Saudara Lim Kit Siang mahukan bukti, sila tanya Menteri Kewangan (Lim Guan Eng)," ujarnya.Dr Ahmad Samsuri turut berkata, Lim Kit Siang boleh merujuk kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkenaan kedudukan pembayaran royalti kepada negeri yang layak menerimanya seperti yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara berkenaan.
21 Oct 18
40