Artikel "Semasa" Terkini
Bajet Pendidikan Terengganu Meningkat
KUALA TERENGGANU, 23 Oktober - Bajet 2019 Terengganu yang akan dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan depan bakal menyaksikan pertambahan peruntukan di sektor pendidikan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, peningkatan itu termasuk bagi membiayai beberapa inisiatif baharu yang akan diperkenalkan bagi memperkasakan lagi kecemerlangan pendidikan negeri."Inisiatif itu antara lain akan memberi ruang kepada rakyat supaya dapat mengikuti kursus profesional yang diiktiraf oleh badan profesional."Kebiasaannya orang hanya melihat pembiayaan kepada program ijazah dan Doktor Falsafah (PhD) namun tidak bagi kursus profesional untuk melengkapkan seseorang menjadi anggota profesional dalam bidang tertentu.'Jadi kita akan biaya mereka dan perkara ini akan dimaklumkan dalam pembentangan bajet nanti," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pertandingan akhir dan penyampaian hadiah Pertandingan Terengganu-Exxonmobil Mathematics Innovation Challenge (TExMIC) dan Spark Your Creativity Challenge (SYCC) di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), hari ini.Turut hadir sama, Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Kerajaan Subsidiari-subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Sukiman Mohamed, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif PSKT, Prof. Dr. Wan Nor Liza Mahadi.Dalam majlis itu, Ahmad Samsuri turut menyampaikan hadiah kepada pemenang TExMIC iaity Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Lela Segara yang menjadi juara bagi ketegori menengah atas.Manakala bagi kategori menengah rendah dimenangi oleh SMK Datuk Haji Razali Ismail sementara bagi kategori sekolah rendah disandang oleh Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang.TExMIC 2018 yang dianjurkan sejak 2011 bertujuan mewujudkan pemahaman teori matematik dalam kehidupan seharian, membina kemahiran berpasukan, berkomunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.Pada edisi kali ini, seramai 516 pelajar menyertai TExMIC dengan 100 daripadanya yang mewakili 25 pasukan berjaya mara ke peringkat akhir manakala bagi SYCC pula 30 orang.
23 Oct 18
611
YDSM & Repsol Perkasa Ekonomi Keluarga Nelayan
Dato' Mohd Fadzli menandatangani plak perasmian diperhatikan wakil Repsol dan Perikanan.MARANG, 23 Oktober - Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dengan tajaan Repsol Oil and Gas Malaysia Limited (Repsol) menyumbang sebanyak RM100,000 untuk pemerkasaan keluarga nelayan di daerah Marang.Program pemerkasaan ekonomi yang dilaksanakan sejak setahun lalu itu bertujuan meningkatkan taraf hidup keluarga nelayan ke arah lebih baik.Ahli Lembaga Pengarah YDSM, Dato’ Mohd Fadzli Yusof berkata, program seumpama itu adalah yang pertama dilaksanakan pihak yayasan untuk golongan nelayan.“Seramai 10 ahli Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA) iaitu isteri-isteri nelayan telah menyertai kursus pembuatan Surimi dan produk berasaskan ikan di Akademi Perikanan Malaysia (APM), Chendering. “Mereka yang terdiri daripada golongan asnaf merupakan kumpulan pertama dipilih oleh persatuan nelayan tempatan yang akan dibangunkan sebagai usahawan,” katanya ketika merasmikan pelancaran Program Pemerkasaan Sosio Ekonomi Keluarga Nelayan di Kampung Gong Balai, hari ini.Peserta program menunjukkan hasil usaha mereka kepada penganjur dan penaja.Program itu mengetengahkan dua produk iaitu bebola ikan dan Krispi Ikan Selayang serta mendapat kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Perikanan Negeri Terengganu (Perikanan) dan APM.Pengarah Perikanan, Zawawi Ali memaklumkan bahawa pemilihan kawasan Gong Balai sebagai lokasi kerana sumber bahan mentah iaitu ikan yang diperlukan lebih mudah diperolehi.“Pembuatan bebola ikan memerlukan ikan dengan isi putih dan ia hanya boleh didapati pada waktu tertentu sahaja. Kita berharap dengan pelaksanaan program ini, bekalan bahan mentah tidak akan putus berikutan nelayan tahu bagaimana untuk mendapatkannya.“Selain itu, pasaran bebola ikan amat luas dan bekalan di Terengganu sahaja tidak mencukupi. Kami yakin dengan penjagaan mutu dan kebersihan, ia dapat dipasarkan secara meluas.Dalam pada itu, Repsol terpanggil untuk menyumbang tajaan kepada rakyat Terengganu sebagai usaha pembangunan modal insan mereka.Pengurus Perhubungan Pemegang Sahamnya, Ahmad Fakhrurrazi Arshad berkata, mereka telah menaja lebih 140 keluarga sebagai salah satu teras tanggungjawab korporat dan sosial syarikat.“Disebabkan kami ada beroperasi di luar pantai Terengganu, kami terpanggil untuk menyumbang kembali kepada rakyat di sini.“Bagi program ini, kami akan melakukan pemantauan selama setahun bersama pihak penganjur. Selepas itu, Repsol akan menilai perkembangan mereka dan membantu untuk menjadikannya lebih baik,” katanya.Bantuan peralatan dan kursus banyak membantu peserta menghasilkan produk.
23 Oct 18
300
UPDI, KAMI Jalin Kerjasama Media
UPDI menerima kunjungan NGO KAMI untuk membantu bagi meningkatkan lagi UPDI... insya AllahKUALA TERENGGANU, 23 Oktober – Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) menjalinkan hubungan kerjasama strategik dalam bidang media dengan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) bagi memperkasakan bidang itu seiring dengan kepesatan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.Pengarah UPDI, Haji Mohd Soud Said @ Mohd Ali berkata, pertemuan di antara pihak UPDI dan KAMI berkait rapat dalam kerjasama yang berasaskan penyiaran dan media."UPDI berbesar hati dengan kunjungan dan kehadiran NGO KAMI untuk bekerjasama dengan UPDI yang menjadi agen antara rakyat dengan kepimpinan negeri."Kita mengharapkan supaya KAMI dapat menyalurkan kepakaran yang ada pada mereka supaya matlamat dan hala tuju masing-masing dapat direalisasikan dengan lebih bersepadu dan lancar," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus pertemuan kedua-dua pihak berkenaan, di Pejabat Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini.Haji Soud berkata, pihaknya bersetuju untuk mengadakan program seperti kursus yang melibatkan aspek penulisan dan foto untuk pengamal media. Justeru, beliau berkata, dalam masa yang terdekat pihak UPDI akan mengadakan kursus dengan kerjasama KAMI.Sehubungan dengan itu, Bendahari KAMI, Haji Nazmi Ghazali berkata, pertemuan dan perbincangan telah diadakan dan beberapa proposal penambahbaikan akan dikemukakan.“Insya-Allah (hasil) perbincangan yang kita buat itu, kami akan hantar beberapa cadangan untuk penambah baikan.“Perbincangan kami berkisar untuk memberi sokongan dan kerjasama berkaitan kerja media."Yang mana ada kepakaran di pihak kami melebihi pada UPDI, kita akan bersama-sama menaikkan imej media pada tahap yang lebih baik,” jelasnya.Katanya, hasil perbincangan tadi berkait dengan kursus media bagi melahirkan kepakaran dan menaiktaraf kakitangan UPDI.
23 Oct 18
94
Pangkalan Hadapan DUN Bukit Besi Bersiap Sedia Hadapi Banjir
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 22 Oktober - Semua pangkalan hadapan bagi menyimpan bekalan makanan dan keperluan mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi sedang disiapkan bagi menghadapi banjir yang boleh berlaku pada bila-bila masa.Enam pangkalan hadapan di DUN itu ialah Dewan Orang Ramai Pasir Raja, Dewan Sivik Kuala Jengal, Balai Raya Rantau Panjang, Masjid Minda, Pusat Komuniti Tepus dan Dewan Sivik Jerangau Sungai.Penyelaras DUN, Ghazali Sulaiman berkata, antara persediaan utama dalam menghadapi banjir adalah memastikan pangkalan hadapan berkenaan berada dalam keadaan terbaik dan memenuhi aspek yang ditetapkan pihak berwajib."Seboleh-bolehnya kita tidak minta banjir itu berlaku, tetapi langkah persediaan itu perlu. Kerana adalah menjadi kelaziman, sebaik masuk sahaja November berkemungkinan banjir berikutan taburan hujan yang tinggi."Oleh kerana itu pangkalan hadapan yang menjadi tempat penghantaran barang dan penyimpanan stok barang, mesti berada dalam keadaan baik," katanya.Beliau berkata demikian kepada wakil Urusetia Penerangan Darul Iman, ketika meninjau persipan awal pangkalan hadapan dan tempat perpindahan banjir, di sini.Ghazali berkata, tinjauan dan pemantauan itu penting bagi memastikan pusat penempatan barang makanan dan segala keperluan untuk orang ramai dalam keadaan bersih, selamat, tidak dicemari serangga dan haiwan perosak serta stok makanan dibekalkan juga tidak melepasi tarikh luput."Ini adalah penting, supaya pelbagai barangan makanan selamat digunakan, berada di tempat yang bersih dan tiada gangguan tikus yang boleh merosak dan mencemarkan stok bekalan makanan.Di samping itu, aspek-aspek keselamatan dan kebersihan perlu dititikberatkan bagi mengelak risiko penyakit dan wabak kepada penggunanya."Tidak sepatutnya barang makanan telah luput tarikh berada di sini (pengkalan hadapan), sepatutnya dikosongkan sebaik sahaja pusat itu ditutup.Stok beras pun dilihat banyak, tapi sayang telah rosak tidak boleh digunakan, jadi tahun ini kita akan lakukan penambahbaikkan, agar apa jua sumbangan dari kerajaan digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengelak pembaziran," tegasnya.Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Dungun serta Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Daerah Dungun antara agensi yang dipertanggungjawabkan supaya memastikan semua keperluan serta kemudahan itu dalam keadaan baik dan memenuhi aspek.Katanya lagi, JKM yang akan menyalurkan dan membekalkan sepenuhnya segala barang makanan, dan keperluan seperti ubat gigi, tuala wanita, sabun, syampu, selimut, beras, sardin, minyak masak dan pelbagai sos.Tambah Ghazali, pangkalan hadapan dan pusat pemindahan juga perlu dilengkapi tangki air yang menyimpan air bersih untuk kegunaan memasak, minuman dan beribada. "Jadi tinjauan awal telah dibuat dan kita telah pun mengarahkan penduduk setempat bergotong royong bagi membersihkan tempat ini sebelum beroperasi nanti."Jika tiada apa-apa aral, JKM akan mula menghantar bekalan makanan bagi dijadikan stok simpanan menghadapi banjir, pada minggu hadapan, InsyaAllah," ujarnya.
22 Oct 18
41
Kerajaan Negeri Sokong Pembangunan Belia Melalui E-Sports
Hishamuddin mencuba permainan Pro Evolution Soccer 2019 di ruang pameran.KUALA TERENGGANU, 23 Oktober - Sukan elektronik atau lebih dikenali ebagai E-Sports yang semakin berkembang menyediakan peluang meluas buat belia samada melalui kerjaya atau perniagaan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan bidang yang boleh memberikan manfaat kepada belia.“Anak-anak muda tidak boleh disekat untuk bermain permainan elektronik kerana ia berkembang seiring dengan perkembangan teknologi lain.“Sebagai kerajaan negeri, kami bersedia membantu belia bagi memastikan ruang ini dapat dimanfaatkan. Sebagaimana dimaklumkan, e-sports membuka ruang anak-anak muda untuk berkerjaya dan berniaga. Kami akan beri galakan sekiranya ia membantu perkembangan belia.“Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO akan meneliti aspek yang boleh dipertimbangkan supaya e-sports mendapat perhatian dan dapat diketengahkan oleh kerajaan. “Cuma, kita tidak perlu gopoh dalam mengetengahkan perkara ini. Penilaian perlu dilakukan dan hala tuju belia dalam bidang ini perlu diarahkan kepada hasil yang positif,” katanya ketika merasmikan penutup Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu di TD1303, semalam.Hishamuddin turut ingatkan pengusaha e-sports supaya mendidik belia secara positif dalam bidang itu.Bengkel anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Malaysia Terengganu (ESM) itu dihadiri oleh 100 peserta terdiri daripada jabatan kerajaan, pemain sukan elektronik professional dan individu persendirian.Dalam pada itu, Presiden ESM, Abdul Latif Ibrahim turut bersetuju dengan saranan Hishamuddin.“Sebagaimana saranan kerajaan negeri, pihak persatuan akan cuba mengawal dan mendidik hala tuju anak-anak muda dalam bidang ini. “Saya berharap kerjasama daripada pelbagai pihak akan membantu e-sports dengan lebih baik di negeri ini,” katanya.Sukan e-sports mula mendapat tempat di medium sukan antarabangsa selepas ia diperkenalkan dalam Sukan Asia Ke-18 di Jakarta sebelum mula dipertandingkan di Sukan Asia ke-19 di Huangzhou pada tahun 2022. Antara permainan yang sering dipertandingkan di peringkat antarabangsa ialah FIFA, Mobile Legend dan Player Unknown’s Battleground (PUBG).
22 Oct 18
33
Penyertaan Dibuka Sekarang; Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu
Haji Musameh Jusoh.KUALA TERENGGANU - Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan mengadakan Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat Negeri Terengganu pada tahun 1440 hijrah bersamaan 2019 masihi.Oleh itu, Ketua Penolong Pesuruhjaya (dakwah), Haji Musameh Jusoh berkata, rakyat negeri ini yang berminat dan memenuhi syarat dipelawa menyertai majlis tersebut.“Syarat yang ditetapkan ialah tahap pertama satu hingga 10 juzuk tarranum, tahap kedua 20 juzuk dan tahap ketiga 1 hingga 30 juzuk termasuk dua soalan tafsir.“Pemohon samada lelaki ataupun perempuan hendaklah secara umumnya rakyat Negeri Terengganu yang beragama Islam, permastautin dan pelajar serta kakitangan kerajaan atau swasta mestilah mendapat surat keizinan daripada majikan,” jelasnya.Beliau menambah, peserta yang berhasrat menyertai majlis ini tidak boleh mengambil bahagian di negeri lain atau peringkat kebangsaan.Haji Musameh berkata demikian dalam satu siaran media yang dikeluarkan JHEAT bertarikh 16 Oktober 2018.Katanya, mana-mana individu yang telah berpindah ke negeri lain dalam tempoh tidak melebihi enam bulan juga layak untuk menyertai majlis hafazan itu."Borang penyertaan boleh didapati daripada pejabat JHEAT dan semua pejabat Agama Daerah serta boleh melayari dan memuat turun daripada laman web rasmi http:jheatweb.terengganu.gov.my.“Semua borang permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 14 November 2018, jam 1.00 tengahari.“Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Jabatan Hal Ehwal Terengganu, Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 20676 Kuala Terengganu, nombor telefon 09 -6252525,” jelasnya.
22 Oct 18
234
Program i-Suri Jamin Masa Depan Wanita
Ustaz Ahmad Shah Muhamed Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 23 Oktober 2018 - Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) dilihat sebagai inisiatif yang dapat menjamin masa depan golongan wanita daripada sudut kewangan agar sentiasa bersedia menghadapi suasana terdesak di masa akan datang.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, ini merupakan salah satu platfom yang disediakan oleh kerajaan untuk memastikan rakyat mampu menyimpan kewangan mereka di dalam KWSP melalui program i-Suri.“Mereka yang telah mendaftar melalui program e-Kasih layak untuk mengikuti program i-Suri ini dengan mendaftar terus melalui pejabat KWSP atau boleh ke Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bandar untuk kita bantu daftar.“Sambutan yang baik dari masyarakat menandakan rakyat sentiasa menantikan kebajikan dari kerajaan dalam suasana tekanan kos sara hidup,perbelanjaan persekolahan anak yang tinggi serta pendapatan isi rumah yang kurang,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Taklimat I-Suri anjuran i-MiTS Dun Bandar yang diadakan di Dewan Sivik Kampung Tanjung Paya, di sini semalam.Hampir 50 orang di kalangan suri rumah yang hadir mendengar taklimat yang diadakan oleh wakil Pegawai KWSP itu.Sebelum ini, KWSP dalam satu kenyataan berkata, pendaftaran i-Suri dan mereka yang layak boleh mendaftar sebagai pencarum dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.Menurut KWSP, suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profil mereka didaftarkan e-Kasih boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum RM5 setiap bulan ke akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan menerima insentif kerajaan RM40 setiap bulan yang dimasukkan ke akaun KWSP masing-masing.Kenyataan itu berkata statistik e-Kasih menunjukkan 221,890 suri rumah, 98,536 balu dan 28,116 ibu tunggal daripada segmen masyarakat miskin tegar layak menerima insentif kerajaan itu setelah mendaftar untuk i-Suri.Untuk maklumat lanjut mengenai e-Kasih, orang ramai boleh layari www.kwsp.gov.my atau mengunjungi cawangan KWSP di seluruh negara.
22 Oct 18
68
Monumen TTI Akan Dibaik Pulih
Oleh: Ahmad Fadhilah AzmanKUALA TERENGGANU, 23 Oktober - Kerajaan negeri akan membaik pulih dan menyelenggara 22 monumen di Taman Tamadun Islam (TTI) yang berusia hampir 10 tahun pada tahun depan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, perkara itu perlu diambil perhatian kerana TTI menjadi antara kawasan tumpuan pelancong.Katanya, apa yang dilihat ada sedikit kerosakan pada beberapa replika yang berusia hampir 10 tahun dan ia perlu diperbaiki segera. Antaranya ialah cat luntur, kepingan dinding replika tercabut dan sebagainya.“Insya-Allah saya cuba untuk dapatkan bajet pada tahun depan bagi membaik pulih taman ini, pada masa sama merancang untuk menambah beberapa buah monumen yang lebih menarik bagi tarikan pengunjung,” katanya ketika mengadakan lawatan ke TTI, semalam.Ariffin Deraman menegaskan bahawa sedikit kerosakan yang ada, tidak menjejaskan atau menghalang pengunjung untuk melawat disini. Pihak TTI telah pun menandakan beberapa kawasan larangan untuk dilawati bagi keselamatan pengunjung.
22 Oct 18
78
Kolokium Dedah Ketokohan Umara Dan Ulama
Ustaz Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU, 23 Oktober - Kolokium Umara dan Ulama Terengganu memperkenal dan mendedahkan ketokohan ulama iaitu Sultan Zainal Abidin lll dan Tok Ku Paloh yang terbukti bukan sahaja di Asia Tenggara, bahkan di dunia.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, program seumpama ini memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih mengetahui dan memahami serta menghargai sumbangan besar dalam mengembangkan pemikiran Islam di rantau ini.“Pihak kerajaan mengalu-alukan program seumpama ini bagi memberikan pendedahan ilmu pengetahuan yang sangat berguna. Begitu juga kita mendalami pengetahuan yang berkait dengan para ulama dan juga umara supaya kita dapat mendepani isu-isu yang berlaku pada masa sekarang ini.“Penganjuran kolokium seperti ini amat bertepatan serta sudah tentu amat bermakna bukan sahaja bagi pihak muzium malah yang lebih penting memberi faedah yang berskala mega kepada negeri dan negara secara keseluruhannya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kolokium Umara dan Ulama Terengganu di Dewan Batu Bersurat Muzium Negeri Terengganu, semalam.Sebahagian peserta yang hadir. Katanya, penganjuran program tersebut adalah satu usaha yang sangat proaktif dengan membawa dan mengumpulkan pakar dan tokoh akademik yang hadir membicarakan ketokohan ulama dan umara yang tersohor terutamanya dari segi aspek perundangan Islam.“Tradisi intelektual Islam yang diasaskan kedua-dua tokoh ini perlu dinyatakan dengan meluas dalam satu perspektif keilmuan agar ia dapat dihayati dan seterusnya diperjuangkan oleh generasi akan datang.“Penyebaran secara meluas mengenai pemikiran para umara, ulama dan ilmuan Islam perlu dibuat secara serius agar tradisi dapat diteruskan oleh generasi akan datang.“Ianya bertujuan supaya gabungan kepimpinan yang mentadbir negeri Terengganu ini sejajar dengan perundangan dan syariat Islam,” ujarnya.Menurut beliau, usaha untuk memartabat dan mengangkat nilai sejarah dan nilai budaya sesuatu bangsa bukan satu kerja yang mudah.Arifin Deraman (tengah) menerima cenderahati daripada Pengarah Muzium Negeri,Che Muhamad Azmi Ngah (kanan).Tambahnya, ia menuntut segenap kudrat dan keringat yang ada pada diri termasuk pengaruh serta budaya asing ke dalam diri anak-anak yang muktahir ini semakin serius dan semakin membimbangkan.“Mereka seolah-olah hanyut dengan dakyah ciptaan barat yang semakin melekakan, dengan kecanggihan teknologi maklumat yang ada pada hari ini begitu membimbangkan anak-anak kita.“Kecintaan dan kepekaan serta kecaknaan mereka terhadap fakta dan nilai sejarah warisan sendiri semakin terabai dan terhakis,” jelasnya.Justeru, katanya, program seumpama ini merupakan salah satu langkah ‘serampang dua mata’ yang mampu memberikan nafas kesedaran kepada generasi pelapis pada hari ini agar menjadi insan yang kenal sejarah dan tahu asal usul mereka. Sehubungan itu, Kolokium Umara dan Ulama Terengganu diadakan semalam bagi memperingati 100 tahun pemergian dua tokoh besar Negeri Terengganu yang telah mengajar erti sebenar perjuangan yang memperjuangkan kemerdekaan dan membentuk pengisian sebagai sebuah negeri bebas yang berdaulat mengikut acuan sendiri.
22 Oct 18
89
MPKK Sri Bandi Juara Sulung Piala Kijal Sejahtera
Pasukan MPKK Sri Bandi bergambar selepas penyampaian hadiah.Oleh: Alfian MamadKEMAMAN, 22 Oktober - Pasukan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sri Bandi menjuarai Piala Kijal Sejahtera dalam pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup DUN Kijal di Padang Bank, Kampung Penunjuk, kelmarin.Pasukan itu membawa pulang hadiah wang tunai, medal, hamper dan piala pusingan dalam kejohanan yang julung kali diadakan.Kejohanan anjuran Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal dengan kerjasama pemuda Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i- MiTS) dan Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Kijal mendapat sambutan baik di kalangan penduduk kampung dengan penyertaan daripada 25 pasukan bola sepak terdiri dari ahli MPKK kampung berdekatan dan lima pasukan jemputan.Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh yang berucap di majlis perasmian menasihati para pemain agar turut mengejar amalan untuk ke akhirat sepertimana mengejar bola di padang.Hazri Jusoh merasmikan kejohanan dengan nasihat dan pesanan."Tidak salah bermain bola sepak, asalkan tidak melupakan akhirat. Saya juga pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan peringkat universiti ketika belajar di Mesir dahulu," katanya.Majlis diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Kemaman, Ustas Alias Hamid yang merasmikan penutup kejohanan tersebut.Dalam kejohanan itu, pasukan RANACO berjaya bergelar naib juara manakala tempat ketiga dimenangi pasukan MPKK Meraga Beris.
22 Oct 18
614