lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
PPSB Usahakan Minyak Gaharu
CEO Golden Pharos Berhad, Dato’ Ahmad Nadzaruddin Abdul Razak.KUALA LUMPUR - Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB), telah menandatangani satu perjanjian dengan BioBenua Teknoloji Sdn Bhd bagi menjual minyak gaharu yang diproses daripada 500 pokok Karas.Ketua Pegawai Eksekutif Golden Pharos Berhad (GPB), Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak berkata, kerjasama di antara kedua-dua syarikat tersebut bakal memberi sumbangan positif kepada syarikat di masa hadapan.Menurutnya, keputusan kumpulan GPB bekerjasama dengan syarikat BioBenua Teknoloji itu merupakan keputusan terbaik memandangkan industri karas mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh dunia.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Golden Pharos Berhad Dato' Ahmad Nadzaruddin Abdul Razak bersalaman dengan Pengarah BioBenua Teknoloji Sdn Bhd Dato' Abdul Razak Ali selepas menandatangani perjanjian kerjasama untuk memproses pokok Karas.Katanya, perjanjian kerjasama itu termasuklah menanam, memproses, menapis dan memasarkan sebarang produk yang dihasilkan daripada pokok Karas.“Kerjasama itu juga bakal menyaksikan pembahagian keuntungan iaitu 60 peratus dan 40 peratus di antara BioBenua Teknoloji dan PPSB.“Di bawah perjanjian itu, PPSB akan membekalkan 500 pokok karas yang matang, manakala BioBenua Teknoloji akan menanggung kos rawatan pokok tersebut daripada sebarang jangkitan.“Kemudiannya, pokok yang telah dirawat akan diproses bagi menghasilkan minyak gaharu, dan ia merupakan bahan asas penting untuk pembuatan minyak wangi dan produk bauan yang lain,” jelasnya.Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB) dengan BioBenua Teknoloji Sdn Bhd, di ibu negara, Kuala Lumpur, kelmarin.Menurut Dato’ Nadzarudin, Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB) merupakan sebuah anak syarikat Golden Pharos Berhad (GPB), mempunyai 1,000 pokok karas yang ditanam seluas 2471 ekar di Ladang Karas, Mercang, Terengganu.“Karas atau lebih dikenali sebagai gaharu merupakan satu spesis pokok yang paling tinggi ditanam oleh petani di Malaysia. “Pokok Karas boleh diproses untuk menghasilkan minyak gaharu, minyak wangi, manik, bau-bauan, bahan hiasan serta teh wangian,” jelasnya.Tambah beliau, Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara di dunia yang menanam 50 ribu jenis spesis pokok yang hidup dalam pelbagai habitat, boleh ditemui di sekitar kampung sehinggalah ke pedalaman hutan.Hadir sama, Timbalan Pengurus Besar PPSB, Wan Mohd Shuhaimi Wan Aziz serta wakil BioBenua Teknoloji Sdn Bhd, Roslan Ali.
26 Oct 18
213
Empty Image
Giatmara Bantu Ceriakan Rumah Ehsan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 24 Oktober - Pelajar Pusat Giatmara Paka, Ketengah Jaya dan Al-Muktaffi Billah Shah (AMBS), di sini berpadu tenaga melaksanakan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memastikan Rumah Ehsan di AMBS ceria dan selesa untuk penghuninya.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Ghazali Sulaiman berkata,usaha sekumpulan pelajar berkenaan membaik pulih peralatan rosak terutama katil dan perabot serta mengecat siling dan dinding juga bagi meraikan sambutan Hari warga Emas November ini."Alhamdulillah, usaha bagi menceriakan Rumah Ehsan serta memperbaiki segala alatan dan katil yang rosak dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama pelajar Giatmara di daerah ini."Inisiatif ini wajar dicontohi dan dipuji kerana mereka melaksanakan keja murni demi keselesaan warga Rumah Ehsan yang memerlukan perhatian ramai,"katanya.Beliau berkata demikian kepada Wakil Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika berkunjung ke Rumah Ehsan, AMBS, di sini.Ghazali yang juga merupakan Pengerusi Biro Kebajikan Rumah Ehsan berkata, penghuni Rumah Ehsan di kalangan warga emas perlu tinggal dalam keadaan yang kondusif, selesa, ceria dan tenteram kerana ianya membantu serta mewujudkan suasana yang tenang serta harmoni."Rumah Ehsan ini bukan sekadar menempatkan warga emas yang tiada pewaris, tapi turut berfungsi sebagai hospital yang merawat warga emas yang sakit melarat sehingga ke akhir hayat jadi ia perlu sesuai dan selesa untuk pesakit juga,"katanya.Dalam pada itu, beliau juga berharap Rumah Ehsan itu turut disediakan aktiviti seperti kuliah agama secara berkala bagi memantapkan lagi aspek sahsiah dan kerohanian penghuninya.
24 Oct 18
420
Empty Image
Drawbridge Bakal Beroperasi April Tahun Hadapan
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Jambatan angkat (drawbridge) yang menghubungkan Muara Selatan di pusat bandar raya Kuala Terengganu dan Muara Utara di Seberang Takir, dijadualkan siap pada Februari depan dan dijangka akan memulakan operasi pada April tahun hadapan.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun pembukaannya mengalami sedikit kelewatan, infrastruktur ikonik yang pertama seumpamanya di rantau ini bakal menyediakan satu lagi laluan penghubung yang sekaligus memberikan kelegaan kepada pengguna apabila masalah kesesakan yang semakin ketara di Jambatan Sultan Mahmud dapat dileraikan.Katanya,  kerajaan negeri melalui portfolio Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Laut berhubung dengan laluan kapal.“Drawbridgedijangka siap pada bulan Februari 2019 dan dijangka akan dibuka pada bulan April tahun depan.“Tinggi 'bascule' (daun jambatan) adalah 40 kaki dan tiada halangan kepada bot nelayan kelas "C" untuk menyusuri drawbridge."Walau bagaimanapun, kita akan buat penyelarasan jadual waktu membuka 'bascule' dengan Jabatan Laut untuk kapal atau bot yang melebihi ketinggian 40 kaki bagi membolehkannya menggunakan laluan itu pada waktu yang dijadualkan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan  Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid.Menurut beliau, kos keseluruhan projek drawbridge menelan belanja kira-kira RM248 juta.“Sekarang ini, cuma ada sedikit bahagian di tingkat 14 dan menara yang belum siap dan apabila siap sepenuhnya nanti kita rancang untuk serahkan kepada Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) bagi menguruskan projek ini,” ujarnya.
24 Oct 18
36
Empty Image
Mungkir Janji Bayar Royalti, Pembangunan Terengganu Tergendala
Haji Ahmad Amzad Hashim.Oleh: Syed KamalKUALA LUMPUR, 25 Oktober - Terdapat banyak pembangunan dan projek di Negeri Terengganu tergendala disebabkan hasil royalti yang masih tidak diterima seperti mana yang dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, kerajaan negeri telah pun membuat kiraan belanjawan untuk pembangunan di Terengganu, tetapi semuanya tertangguh kerana kerajaan pusat memukiri janji untuk memulangkan hak royalti milik Terengganu.“Belanjawan kita telah mengambil kira penerimaan dari royalti kerana kerajaan yang ada ini adalah kerajaan baharu."Kerajaan Persekutuan telah berjanji kepada rakyat untuk memulangkan royalti lebih awal."Elok-elok kita buat perkiraan, tiba-tiba segalanya tertangguh kerana royalti tidak dibayar sebagaimana dijanjikan. Ini tidak sepatutnya berlaku," tegasnya.Beliau berkata demikian ketika berbahas di Dewan Parlimen, kelmarin.Dalam perkembangan yang sama, menurutnya, tindakan kerajaan ini seolah-olah kerana dendam politik dan khianat kepada kerajaan negeri.“Pembangunan negeri yang tergendala, projek-projek yang terpaksa ditangguhkan kerana mendahulukan perkara yang lebih penting datang dari tindakan yang seolah-olah dendam politik dan khianat."Ianya berulang seperti mana yang kita dakwakan sebelum ini kepada kerajaan yang memerintah sebelum ini.“Tambahan pula, kita dapat tahu, Petronas telah membayar wang royalti ini kepada Kerajaan Persekutuan. Jadi, ke mana wang ini pergi?," soalnya yang mahukan penjelasan.
24 Oct 18
118
Empty Image
60 Penjawat Awam Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - Dr Samsuri
Dr Ahmad Samsuri (tengah) bersama sebahagian penjawat awam cemerlang pada Majlis Anugerah Perkhidmatan  Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini.KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Seramai 60 penjawat awam yang telah menyemai bakti kepada kerajaan negeri dan seluruh rakyat Terengganu diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan  Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini.Kesemua penerima APC yang dinilai berdasarkan prestasi cemerlang dan integriti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka itu menerima hadiah berupa pakej menunaikan haji atau umrah, wang tunai RM5,000, plak dan sijil penghargaan.Penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid.Dr. Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata, kejayaan yang dicapai oleh penjawat awam yang menerima APC berkenaan diharapkan menjadi inspirasi kepada keluarga dan semua penjawat awam di Negeri Terengganu.“Semoga pengiktirafan dan penghargaan seumpama ini akan menjadi pendorong dan pemangkin semangat kepada penerima anugerah untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih berkualiti seterusnya menjadi ‘role model’ kepada warga kerja yang lain.“Saya juga ingin menyeru kepada semua penjawat awam untuk bersama-sama membangun dan bekerjasama dalam merealisasikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera,” ujarnya.
24 Oct 18
510
Empty Image
Utamakan Projek Pembangunan Untuk Rakyat
Ustaz Ridzuan HashimOleh : Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Kerajaan negeri tetap meneruskan projek pembangunan yang mendesak termasuk pembinaan rumah kediaman yang menjadi keperluan utama rakyat dengan mengambil kira keperluan semasa.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, projek-projek pembangunan yang mendesak perlu dilaksanakan untuk kebaikan dan manfaat rakyat pada masa akan datang.“Projek pembinaan rumah kediaman sebenarnya masih menjadi keutamaan kerajaan negeri untuk kebajikan rakyat sebab itu ia tetap diteruskan.“Tetapi jika ada projek-projek pembangunan yang mendesak, kita akan lihat keperluannya seperti cadangan Tapak Kolam Tadahan Di Kampung Tanjung Bunut seluas 20 hektar  yang merupakan salah satu projek dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Nerus 2035 untuk mengatasi masalah banjir berikutan kawasan kolam tadahan sedia ada telah mula dikomersialkan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan taklimat dan penerangan mengenai cadangan tapak kolam tadahan di Kampung Tanjung Bunut yang dianjurkan oleh Plan Malaysia Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu (JPS) dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Pusat Khidmat ADUN Buluh Gading di Dewan Sivik Kg Buluh Gading, di sini.Turut hadir, Pengarah Plan Malaysia Negeri Terengganu, Hajah Rohaya Abd Kadir, Pegawai Perancang Bandar MBKT, Faizah Ngah dan wakil JPS, Anuar Abu Bakar.Ustaz Ridzuan Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading berkata, taklimat itu sebagai medan terbaik untuk mendapat gambaran sebenar projek supaya penduduk dapat membuat keputusan yang tepat sama ada menerima atau menolak.“Ini merupakan satu tindakan yang baik dan matang apabila semua pihak bersedia untuk berbincang manakala penduduk di kawasan berkaitan bersedia untuk hadir dalam taklimat ini dan selepas ini satu jawatankuasa bertindak akan diwujudkan untuk mewakili penduduk terlibat agar hak dan kebajikan mereka tidak diabaikan.“Saya juga menyarankan agar pihak JPS mengambil kira punca banjir yang lain seperti ketiadaan penyelenggaran tali air dan juga longkang utama yang tersumbat sebelum meneruskan projek kolam tadahan ini," ujar beliau.
24 Oct 18
98
Empty Image
Drawbridge Dijangka Siap Februari Ini
Oleh : Hanif HamdanKUALA TERENGGANU, 22 Oktober - Kerajaan negeri melalui portfolio Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri meneruskan pembinaan jambatan angkat (drawbridge) yang pertama di Asia Tenggara.Pengerusinya, Dr Mamad Puteh berkata, jambatan yang menghubungkan Muara Utara dan Muara Selatan di Kuala Terengganu City Centre (KTCC) menjadi ikonik negeri dan berupaya menarik tumpuan pelancong serta dijangka siap Februari ini."Drawbridge ini yang menyambungkan Muara Utara dan Muara Selatan di KTCC ini akan mengurangkan kesesakan jalan raya di Jambatan Sultan Mahmud."Selain itu, ianya juga akan memendekkan jarak perjalanan daripada Kuala Terengganu ke Lapangan Kapal Terbang Sultan Mahmud," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan kerja ke tapak projek di KTCC, di sini.Menurut beliau lagi, drawbridge ini bakal menjadi tumpuan pelancongan kerana memiliki keistimewaan yang tersendiri."Istimewanya drawbridge 14 tingkat ini kerana mempunyai ruang galeri dan restoran berkapasiti 200 orang. Yang lebih menarik, drawbridge ini lebih panjang daripada London Drawbridge di London sepanjang 50 meter dan pastinya bakal menjadi tumpuan pelancongan dalam negara ini," katanya.Tambahnya, tinggi 'bascule' (daun jambatan) adalah 40 kaki dan tiada halangan kepada bot nelayan kelas "C" untuk menyusuri drawbridge."Untuk kapal atau bot yang melebihi ketinggian 40 kaki boleh menyusuri pada waktu yang dijadualkan."Kita akan buat penyelarasan jadual waktu membuka 'bascule' dengan Jabatan Laut," jelasnya.Kos keseluruhan projek drawbridge ini menelan belanja kira-kira RM248 juta.
24 Oct 18
173
Empty Image
Empat Pesakit Kronik, Warga Emas Terima Bantuan Tabung Darul Iman
MARANG, 23 Oktober –  Nasib empat penduduk yang kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, di sini, terbela apabila menerima bantuan menerusi Tabung Darul Iman (TDI). Bantuan berbentuk barangan seperti lampin pakai buang itu disampaikan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ustaz Ariffin Deraman di rumah semua penerima berkenaan sekitar DUN itu.Penerima berkenaan, dua kanak-kanak yang juga pesakit kronik, Nor Emilia Natasha Mohd Fadli,13, dan Muhammad Airil Haimi Ismail, 12,  serta seorang remaja orang kelainan upaya (OKU), Nurul Izzati Mohd Sofi, 18, dan warga emas, Zaimas Abdullah, 72, yang menghidapi strok.Ariffin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri  berkata, penerima sumbangan yang menerima bantuan itu adalah di kalangan warga emas, OKU dan pesakit kronik yang tidak mampu menguruskan diri sendiri."Terima kasih diucapkan kepada kerajaan negeri kerana menyediakan kemudahan seperti TDI yang mampu membela nasib mereka yang kurang berkemampuan serta memerlukan perhatian pihak berwajib. "Adalah diharapkan sumbangan ini dapat menceriakan penerima dan dapat diteruskan dari semasa ke semasa,"katanya sejurus menyampaikan semua sumbangan tersebut.Sementara itu, anak Zaimas, Siti Khairani pula berterima kasih kepada TDI yang menerima serta meluluskan permohonan ibunya untuk mendapatkan bantuan itu. "Dengan adanya sumbangan ini dapat meringankan bebanan kami untuk menguruskan emak yang tidak berupaya kerana menghidapi strok.“Terima kasih juga diucapkan kepada YB Ustaz Ariffin kerana sudi menyampaikan sumbangan serta menziarah ibu saya yang sedang sakit ini,"katanya.
24 Oct 18
181
Empty Image
Golden Pharos, BioBenua Teknoloji Kerjasama Pasarkan Minyak Gaharu
KUALA TERENGGANU , 24 Oktober -  Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB), sebuah anak syarikat Golden Pharos Berhad (GPB) menandatangani satu perjanjian dengan BioBenua Teknoloji Sdn Bhd, bagi menjual minyak gaharu yang diproses daripada 500 pokok Karas.Kerjasama itu juga bakal menyaksikan pembahagian keuntungan iaitu 60 peratus dan 40 peratus di antara BioBenua Teknoloji dan PPSB, termasuklah kegiatan menanam, memproses, menapis dan memasarkan sebarang produk yang dihasilkan daripada pokok Karas.Ketua Pegawai Eksekutif GPB, Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak berkata, kerjasama di antara kedua-dua syarikat tersebut tidak akan memberi impak segera kepada kewangan syarikat tetapi bakal memberi sumbangan positif kepada syarikat di masa hadapan."Di bawah perjanjian tersebut, PPSB akan membekalkan 500 pokok Karas yang matang, manakala BioBenua Teknoloji akan menanggung kos rawatan pokok tersebut daripada sebarang jangkitan."Kemudiaannya, pokok yang telah dirawat akan diproses bagi menghasilkan minyak gaharu, di mana ia merupakan bahan asas penting bagi pembuatan minyak wangi dan produk bauan yang lain,"katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Ahmad Nadzarudin berkata, keputusan kumpulan GPB bekerjasama dengan syarikat BioBenua Teknoloji merupakan inisiatif terbaik berikutan industri karas mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh dunia.Katanya, Kumpulan Golden Pharos Berhad mempunyai 1,000 pokok Karas yang ditanam dalam 2,471 ekar di Ladang Karas, Merchang, Marang.Karas atau lebih dikenali sebagai gaharu merupakan satu spesies pokok yang paling tinggi ditanam oleh petani di Malaysia dan boleh diproses bagi menghasilkan minyak gaharu, minyak wangi, manik, bau-bauan, bahan hiasan serta teh wangian.Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara di dunia yang menanam 50,000 jenis spesies pokok yang hidup dalam pelbagai habitat, boleh dijumpai di sekitar kampung sehinggalah ke dalam pedalaman hutan.
23 Oct 18
249
Empty Image
Mangsa Ribut Petir Dapat Perhatian ADUN Cukai Dan i-MiTS
Ghazali menunjukkan bahagian luar rumahnya yang di sambar petir ketika kejadian ribut melanda Kampung Geliga, KemamanOleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 21 Oktober - Tiga beranak menghadapi detik cemas apabila kediaman mereka disambar petir sebanyak tiga kali ketika kejadian ribut yang melanda Kampung Geliga Besar, Kemaman, semalam.Ghazali Awang Hitam, 59, berkata semasa malam kejadian ribut petir, dia dan isteri Noriam Ibrahim, 50 serta cucunya Nur Qalesya Umairah Nor Hisham,8, sedang lena didalam bilik tidur.“Masa tu saya tengah tidur ketika terdengar satu letupan kuat dan bila bangun, saya tengok atap rumah tembus manakala dinding bilik tidur isteri dan cucu sudah hangus tetapi syukur mereka berdua tidak mengalami kecederaan.“Lepas itu, terdengar pula letupan kedua di ruang tamu dan saya nampak kotak suis utama dah terbakar dengan marak menyebabkan saya mengambil risiko untuk memadamkannya bagi mengelakkan ia melarat ke tempat lain. “Ingatkan itu sahaja, rupanya berlaku lagi panahan petir kali ketiga yang telah menyambar pokok di tepi rumah menyebabkab satu sudut mula terbakar dengan marak tetapi syukur saya dapat padamkan dengan segera,”katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) di kediamannya di sini, hari ini.Tambahnya lagi, kejadian petir ini merupakan kali pertama dia dan keluarga hadapi setelah 40 tahun menetap di situ dan sehingga kini trauma bila terdengar bunyi petir terutama cucunya.“Kejadian itu merupakan pengalaman pertama dan pastinya tidak dapat dilupakan.Untuk keselamatan kami sekeluarga selepas ini saya akan menukar pendawaian baru bagi mengelakkan ia berulang lagi memandangkan yang ada sudah terlalu lama dan perlu diganti,“Namun saya rasa bersyukur peristiwa yang berlaku ketika hujan lebat itu hanya menyebabkan rumah, pendawaian dan peralatan elektrik rosak, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang menimpa saya sekeluarga,”ujarnya.Kejadian malang itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai , Hanafiah Mat dengan memberi sedikit peruntukan bagi menukar kotak suis utama dan sumbangan lain bagi meringankan beban Ghazali sekeluarga yang mengalami kerugian hampir RM1000.Manakala isteri kepada ADUN Cukai, Hajjah Zahiyyah Abdul Rahman bersama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN yang prihatin dengan kejadian tersebut turut meluangkan masa dengan melakukan lawatan dan memberi sumbangan kepada mangsa .“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa yang terlibat dan pihak kami  akan mengambil tindakan segera untuk  baik pulih rumah berkenaan bagi mempermudahkan segala urusan  keluarga berkenaan,’’katanya.
23 Oct 18
53