Artikel "Semasa" Terkini
Dr Samsuri Sedia Sumbang Kepakaran Bantu Tragedi Lion Air JT 610
KUALA TERENGGANU, 30 Oktober - Pakar aeroangkasa, Dr Ahmad Samsuri Moktar bersedia menyumbang kepakaran sekiranya diperlukan oleh kedutaan Indonesia bagi membantu menyiasat kejadian Pesawat Lion Air, JT 610 yang terhempas di perairan Kerawang, Indonesia, semalam.Katanya, kesudian itu dianggap sebahagian tanggungjawab sosial sebagai rakyat Malaysia bagi membantu negara jiran.“Bagaimanapun kita perlu menunggu laporan siasatan berkaitan itu, saya sendiri pun tidak tahu secara mendalam, sekiranya memerlukan bantuan, saya sudi bantu setakat yang mampu.“Saya percaya dalam situasi itu, juruterbang tidak mampu mengambil sebarang tindakan sekiranya pesawat mengalami teknikal atau kerosakan enjin,” katanya.Difahamkan, dalam kejadian itu, seramai 189 penumpang termasuk dewasa, seorang kanak-kanak dan dua bayi serta anak kapal gagal diselamatkan.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih di Taman Tamaduan Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Majlis itu bagi meraikan persaraan bekas Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Ikstisad Negeri Terengganu (PMINT), Razaki Puteh serta dua bekas kakitangan PMINT, Ismail Wahab dan Zawiah Abdullah.Ahmad Samsuri turut memberitahu, dalam memastikan PMINT terus memacu pembangunan negeri, banyak perkara yang perlu dititikberatkan.“Oleh itu, dia menyarankan warga kerja PMINT sama ada pihak pengurusan dan kakitangan sokongan perlu bekerja secara berpasukan kerana impaknya sangat besar kepada organisasi,” katanya.
30 Oct 18
68
Kafe Bas Jana Ekonomi Masjid Al-Muktafi Billah Shah
Kafe Bas MAMBS galak masyarakat membeli sambil mendermaKUALA TERENGGANU, 30 Oktober - Masjid Al-Muktafi Billah Shah (MAMBS) memperkenalkan Kafe Bas sebagai usaha menggalakkan masyarakat bersama-sama menjana pendapatan masjid sekaligus menjadikan ia sebagai dana tetap untuk menjalankan aktiviti dan dakwah.Pengerusi MAMBS, Datuk Wan Mohd Albakri Wan Md Nor berkata, pembukaan Kafe Bas juga bertujuan menyemarakkan lagi fungsi dan peranan masjid. “Masjid bukanlah hanya sebuah rumah ibadat, ia juga berperanan sebagai pusat komuniti, tempat berkumpul dan melakukan aktiviti yang menjurus kepada kebaikan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.“Jadi tidak mustahil sekiranya kawasan masjid boleh dijadikan medan untuk menambah dana masjid itu sendiri dengan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan selain turut berfungsi sebagai pusat pentadbiran, pendidikan dan sebagainya,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kafe Bas di MAMBS, hari ini.Katanya, pembukaan kafe tersebut juga turut memberi peluang kepada para usahawan yang terlibat dalam industri makanan untuk mempromosikan produk masing-masing.“Kita akan membantu mereka dari aspek pembungkusan dan penjenamaan supaya para usahawan yang terlibat ada identiti tersendiri, malah kita juga sedang mencari golongan asnaf yang dapat menyediakan makanan berkualiti untuk dijual di Kafe Bas yang sekali gus dapat membantu golongan ini menjana pendapatan sampingan,” ujarnya.Tambah beliau, pembukaan Kafe Bas juga diharap dapat membudayakan sikap membeli sambil menderma di kalangan masyarakat.“Keuntungan daripada hasil jualan di kafe ini akan dimasukkan terus ke tabung masjid dan kita juga mengharapkan lebih banyak syarikat korporat serta individu yang ingin bersedekah boleh menyumbang makanan untuk kita jual dan keuntungan akan pergi kepada tabung masjid,” ujarnya.Sementara itu, ditanya tentang kos pembinaan kafe tersebut, beliau berkata, bas yang diubah suai menjadi kafe itu adalah sumbangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.“Manakala, lain-lain termasuk peralatan, kelengkapan dan sebagainya adalah antara sumbangan syarikat korporat serta orang perseorangan,” ujarnya.Katanya, kafe tersebut menyediakan menu sarapan pagi seperti nasi dagang, nasi lemak, nasi minyak, kuih muih tradisional serta juadah minum petang seperti keropok lekor, popia goreng dan sebagainya yang menawarkan harga berpatutan.“Kafe ini akan dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dan akan berhenti seketika waktu operasinya antara pukul 12.30 tengahari sehingga 1.30 petang,” ujarnya.Dalam perkembangan sama katanya, MAMBS juga akan membuka kedai gunting awal tahun hadapan dan buat permulaan memberi peluang pekerjaan sebagai tukang gunting kepada empat orang anak asnaf.“Ini merupakan salah satu lagi usaha kita untuk menjana ekonomi masjid di samping membantu golongan yang memerlukan.“Jika sebelum ini golongan belia ‘segan’ untuk mendekati kawasan masjid apatah lagi memasuki masjid, diharap dengan adanya aktiviti sebegini mereka akan lebih dekat dengan masjid sekaligus dapat menggalakkan golongan belia untuk datang.“Apabila mereka mula berada dekat dengan masjid sekaligus sedikit sebanyak dapat menarik mereka untuk turut bersama-masa mengimarahkan masjid,” ujarnya.
29 Oct 18
404
Kerajaan Komited Jaga Alam Sekitar
Ir Saiful Azmi Suhaili.Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN, 30 Oktober - Kerajaan Terengganu akan berusaha sebaik mungkin dalam memastikan alam sekitar yang diamanahkan Allah terpelihara untuk kepentingan generasi akan datang.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, program sebegini sangat dialu-alukan oleh kerajaan negeri dalam menitik beratkan kepentingan ekosistem sedia ada supaya dijaga dengan baik."Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) adalah penghubung terdekat dengan agensi-agensi kerajaan serta swasta, dan merekalah (yang) akan menyampaikan iltizam kepada (masyarakat) kampung masing-masing," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Bengkel Pengurusan dan Pentadbiran MPKK bersama Jabatan dan Petronas, anjuran Pejabat Daerah Kemaman di Pusat Pendidikan Alam Sekitar (EcoCare), Kampung Labohan, Kerteh, semalam.Dalam perkembangan yang sama, Ir Saiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik turut memaklumkan bahawa kenderaan seperti motosikal di bandar Wuxi, China telah ditukar kepada kuasa elektrik ataupun 'hybrid' bagi menjamin kelestarian alam sekitar."Insya-Allah, Negeri Terengganu terutamanya Kemasik akan menjadi bertambah baik dengan penggunaan teknologi hijau pada masa akan datang," tambahnya.Turut hadir, Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Haji Wan Hasnan Abdullah, Bahagian Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Sarjan Major Mohd Raduan Yusof, Pengurus Pengurusan Media, Lokman Hakim Othman selaku Ketua Pegawai Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), serta semua Pengerusi dan Setiausaha MPKK kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik.
29 Oct 18
121
Pengeluaran Silika Di Terengganu Cecah 500,000 Tan Metrik Sejak 2017
Datuk Tengku Hassan (tengah) ketika melawat Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd. (TSC) di Bari, Setiu hari ini.SETIU, 29 Oktober - Sejak pembukaan kilang pemprosesan pasir silika di Bari pada 2017, industri pengeluaran bahan galian itu di Terengganu sehingga kini telah mencecah 500,000 tan metrik.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, lebih RM275 juta juga telah dilaburkan Kumpulan Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd. (TSC) bagi pembangunan projek berkenaan sepanjang tempoh tersebut.“Silika di sini diproses kepada beberapa gred yang diperlukan oleh industri untuk eksport luar negara, antaranya ke Jepun, Korea dan Taiwan. Ianya memerlukan pelaburan yang tinggi dan saya difahamkan TSC telah melabur lebih kurang RM275 juta."Selain itu, bermula tahun depan kita juga berhasrat memperluaskan lagi industri ini dengan penglibatan masyarakat kampung menerusi penghasilan produk cenderamata berasaskan silika," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd. (TSC) di Bari, Setiu hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd., N.Surendran.Katanya, produk cenderamata berkenaan akan dipamerkan dan dijual di Taman Tamadun Islam (TTI) sebagai salah satu tarikan pelancongan terbaharu di Terengganu. Sementara itu, katanya, kerajaan negeri juga akan meminta pihak syarikat supaya menimbus balik 40 peratus daripada lombong dengan sisa silika di samping sebahagiannya akan dijadikan kolam ikan dalam usaha mengelakkan berlakunya pembaziran. Dalam perkembangan sama, katanya, kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk membangunkan satu kawasan seluas 4,000 hektar di Jambu Bongkok, Marang yang dikenali dengan Lembah Silika Terengganu iaitu kawasan perindustrian bersepadu dan tempat pemprosesan produk-produk akhir yang berasaskan silika.“Ianya akan membuka peluang pekerjaan kepada anak Terengganu dan sekali gus dapat merealisasikan usaha kerajaan menunaikan manifesto iaitu menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam masa 4 tahun,” ujarnya.
29 Oct 18
1249
Road To Maha Raih Jualan RM725,000
Dr Samsuri dan isteri mengadakan lawatan ketika merasmikan Program Road To Maha 2018.KUALA TERENGGANU, 29 Oktober - Lebih 50,000 pengunjung hadir sepanjang program Road To Maha Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Oktober lalu di perkarangan Pejabat Mardi, Manir di sini.Program yang bertujuan untuk mempromosikan Ekspo Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2018 (Maha 2018) yang bakal diadakan pada 22 November hingga 2 Disember 2018 di MAEPS, Serdang itu dirasmikan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Khamis (25 Oktober) lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, berdasarkan kehadiran luar jangkaan itu, Road To Maha mampu meraih jualan mencecah kira-kira RM725,000 sepanjang tiga hari program berlangsung.Katanya, kutipan jualan itu hasil daripada pelbagai program yang diusahakan penganjur dengan kerjasama perternak, usahawan dan pelbagai pihak yang terlibat. “Antara yang menarik perhatian pengunjung adalah jualan Happy Hour yang berlangsung selama 10 minit dengan potongan sebanyak 10 peratus daripada harga asal."Setiap hari akan ada jualan Happy Hour membabitkan barangan seperti anak pokok durian musang king, keperluan harian seperti gandum, gula, ubi kentang dan sebagainya,” katanya.Menurutnya, sebanyak 70 gerai pelbagai agensi dan jabatan berkaitan porfolio pembangunan asas tani dan desa mengambil bahagian sepanjang program terbabit."Program julung kali diadakan itu akan dijadikan sebagai acara dwi tahunan sebelum berlangsungnya program peringkat Maha di peringkat pusat."Program Ini mampu menjadi medan pertemuan kepada jabatan dan pengusaha yang terlibat di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjadikan ia penyumbang sektor pertanian ke arah satu posisi yang terhormat suatu masa nanti," katanya lagi.
29 Oct 18
164
Wan Hassan Pertikai Sikap Kerajaan Pusat
Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.KUALA LUMPUR, 29 Oktober - Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mempertikaikan sikap pemimpin Kerajaan Pusat yang banyak mempersalahkan individu dan kerajaan dahulu berbanding melontarkan idea bernas untuk merencana kemajuan dan pembangunan rakyat.Ini kerana katanya, pemimpin hebat bercakap tentang idea manakala pemimpin biasa bercakap tentang (kesalahan) orang."Mereka asyik menyalahkan orang dengan mengatakan kononnya, orang ini tak betul, kerajaan itu tak betul. Sepatutnya kita bercakap tentang idea," jelasnya ketika bangun membahas Usul Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat, hari ini.Beliau turut mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat menyelesaikan kos sara hidup rakyat di bandar dan luar bandar."Apakah teras dan kerangka untuk kita bincangkan bagaimana kita boleh mengurangkan kos sara hidup rakyat."Sepatutnya itu isu yang utama tetapi kita berbincang tentang orang lain, tentang kerajaan ini salah, kerajaan itu salah, sepatutnya kita bincang tentang idea (penyelesaian masalah rakyat dan negara)," ujarnya lagi.Justeru, beliau ingin tahu bagaimana perancangan kerajaan baru bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.Begitu juga bagaimana Kerajaan Pusat merancang untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri-negeri pantai timur dan pantai barat di Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak)."Apakah perancangan yang nak dibuat untuk kepentingan kita mengeluarkan rakyat yang berada di paras kemiskinan, di bandar dan luar bandar?" soalnya lagi.Kerajaan Pusat perlu fokus menyelesaikan masalah kemiskinan di kalangan T20, M40 dan B40.Katanya rakyat di kelompok B40 dipercayai telah berperanan menukar kerajaan lama kepada kerajaan baru sekarang."Namun rakyat (termasuk golongan B40) dibebankan dengan SST setelah dihapuskan GST."Rakyat sedang menunggu janji-janji kerajaan baru tentang bagaimana usahanya untuk menurunkan harga minyak dan harga barang," katanya.
28 Oct 18
949
Tabung Khairat Didik Masyarakat
Ustaz Mohd Nor Hamzah merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Pertubuhan Khairat Kematian Taman Permin Jaya.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinKUALA TERENGGANU, 29 Oktober - Rakyat Negeri Terengganu diingatkan agar tidak mementingkan diri dalam hidup bermasyarakat dengan menyertai tabung khairat kerana kematian tidak mengira usia dan pengurusan jenazah adalah satu fardu kifayah.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, beliau dimaklumkan bahawa khairat kematian Pertubuhan Khairat Kematian Taman Permin Jaya dikumpulkan daripada pencarum yang tinggal di Taman Permin Jaya."Ianya bergantung pada kadar yang ditentukan dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.“Walaupun kita telah menyumbang lebih dari apa kita akan dapat dalam pertubuhan ini, kita akan mendapat pahala kerana telah membantu orang ramai yang memerlukan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Pertubuhan Khairat Kematian Taman Permin Jaya Kali Kesembilan di Dewan Terbuka Taman Permin Jaya, Chendering, Kuala Terengganu, kelmarin.Menurut Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Allah akan mempermudahkan urusan hamba-Nya di dunia dan akhirat jika membantu memudahkan urusan orang lain.Beliau juga sempat menasihatkan kepimpinan pertubuhan ini agar mengembangkan lagi usaha ini dalam menjaga kebajikan penduduk taman ini terutamanya dalam soal pengurusan jenazah.“Pada zaman sekarang, bukan mudah untuk mencari pengurus jenazah serta memerlukan kos yang tinggi.Dengan adanya khairat kematian ini serba sedikit dapat membantu penduduk yang memerlukan,” tambahnya.Seramai lebih 60 orang ahli Pertubuhan Khairat Kematian Taman Permin Jaya hadir ke mesyuarat tersebut.Pertubuhan ini telah ditubuhkan 20 tahun lepas iaitu pada 10 Februari 1998.Tujuan pertubuhannya adalah untuk kebajikan khairat kematian penduduk Taman Permin Jaya.Sehingga kini, terdapat seramai 226 orang ahli yang aktif.Hadir sama, Pengerusinya, Tengku Mamat Tengku Bakar, Naib Pengerusi, Mohd Hamdan Idris serta ahli-ahli jawatankuasa.
28 Oct 18
224
Dari RM35, Kini Cecah RM40,000 Sebulan
Azmi menunjukkan sebahagian daripada produk pes yang dijual di Road To Maha.KUALA TERENGGANU, 29 Oktober - Berani, positif, sentiasa memandang ke hadapan dan tidak pernah berputus asa antara prinsip yang dipegang oleh usahawan muda berjaya ini malah menjadikannya mampu memiliki apa yang diimpikan dalam hidupnya.Pemilik Tenang Recipe, Azmi Alias, 34, juga mengakui cabaran yang diharungi bukan mudah dan memberikan seribu satu kekuatan untuk tampil seperti hari ini.Bermula secara kecil-kecilan, perniagaan Tenang Recipe hanya berbekalkan modal awal RM5,000 dan melakukan segalanya di rumah dengan pertolongan isteri, Noor Shahirah Hassan, 32 dan tiga anak saudara.Katanya lagi, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian dan bukan mudah untuk bergelar seorang usahawan hebat sekiranya tiada ilmu dan pengalaman, tambahan pula, apabila terpaksa bermula dari bawah.“Jika diimbau kembali pada 2016, daripada merangkak hingga mampu berjalan dan kini berlari, sampai satu tahap saya pernah mendapat hanya RM35 sebulan dari jualan pes ikan bakar.“Dulu saya bermula dengan menjual 100 paket sebulan sahaja dan ia sebenarnya membina satu kekuatan yang sukar digambarkan dengan kata-kata apabila hanya separuh sahaja yang berjaya dijual."Namun ia berubah melalui penganjuran karnival oleh kerajaan negeri untuk usahawan seperti Road To Maha dan ekspo keusahawanan yang telah memberi ruang dan peluang baru untuk saya berjaya dan kini pendapatan saya mencecah RM30 hingga RM40 ribu sebulan,” katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui di Road To MAHA di perkarangan Pejabat MARDI, Manir, kelmarin.Bagi Azmi, penganjuran karnival seperti ini, bukan sahaja berjaya meningkatkan jualan para usahawan bumiputera, malah memperluaskan lagi rangkaian perniagaan usahawan-usahawan terbabit di seluruh negeri ini.Kini perniagaannya mula menakluki pasaraya utama di negeri ini seperti Sabasun dan mempunyai agen-agen jualan di Kuala Lumpur, Kedah dan Perak dalam masa setahun sahaja selepas menyertai lebih dari 20 ekspo dan karnival usahawan di semua peringkat.Dalam pada itu, Azmi berkata, produk pes makanan sedia hidang yang dihasilkan seperti sos ikan bakar, sos tiga rasa, sos namprik pau dan sos BBQ itu mempunyai kelebihan tersendiri yang memang sedap dan mudah digunakan."Produk-produk ini diproses secara moden tetapi kesedapannya tetap asli malah mudah digunakan kerana semuanya cukup rasa dan yang penting ia tanpa bahan pengawet," tambahnya.
28 Oct 18
107
1,000 Teknologi Melayu Bakal Terkumpul
Ustaz Lutfi memberikan penerangan tentang mushaf al-Quran lama dan manuskrip Melayu yang dipamerkan di galeri Pondok Wakaf Anak Ayam.Oleh: Haji Sazali Mohd NoorPATTANI, 28 Oktober - Sebanyak satu ribu manuskrip berkaitan teknologi orang Melayu di nusantara akan dikumpulkan di sebuah pondok pengajian dekat sini.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, catatan ilmu pengetahuan yang hebat itu berusia ratusan malah ribuan tahun.“Berikutan lawatan kita ke pondok ini, ianya adalah satu pengalaman baru. Artifak berkenaan termasuk manuskrip dan al-Quran lama daripada orang Melayu sekarang ini.“Ini sebenarnya bagi saya sendiri sebenarnya satu benda di luar pengetahuan umum, maknanya kita ada sebegini hebat teknologi orang Melayu zaman dulu yang hampir ribuan atau ratusan tahun dulu teknologinya adalah sebegini hebat,” ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Pondok Wakaf, Kampung Sela Anak Ayam di sini, semalam.Haji Mohd. Nurkhuzaini bersama rombongan 25 orang pelbagai agensi dan jabatan kerajaan negeri, dalam rangka lawatan ke wilayah umat Islam Selatan Thailand selama tiga hari, bermula semalam.Sehubungan itu, Mudir pondok tersebut, Ustaz Muhammad Lutfi Ahmad Samae berkata, selain daripada pondok pengajian agama, terdapat galeri pameran al-Quran lama yang memuatkan tulisan tangan, manuskrip lama ilmu agama, pertukangan dan teknologi.Antaranya, menurut beliau ialah catatan teknologi pelayaran, pembuatan senjata dan perubatan serta pengeluaran makanan.“Selain daripada pondok di sini ada galeri, kita cari khazanah ilmu di alam Melayu dapat kerjasama daripada beberapa universiti di Malaysia.“Cara penjagaan dan pemuliharaannya mendapat bimbingan dari Pustaka Al-Sulaimaniyah di Turki dan pihak muzium Malaysia.“Ia juga mendapat sokongan daripada Raja Thailand yang telah memberikan kelulusan kepada pembinaan muzium baru,” jelasnya.Oleh itu, kata beliau, pihak Kerajaan Turki telah menyumbangkan kewangan sebanyak RM 14 juta bagi membina sebuah muzium untuk mempamerkan bahan-bahan sejarah tersebut kepada masyarakat Thailand dan antarabangsa.Justeru itu, Haji Mohd. Nurkhuzaini menambah, ia menjadi satu kebanggaan dan manfaat yang besar kepada orang Melayu.“Usaha yang dibuat di bawah pondok (Ustaz) Lutfi ini, adalah bukan calang-calang oranglah yang boleh buat.“Jadi rasa berbangga sangatlah kita anak Melayu yang ada di zaman milenium ini dapat tengok benda ini,” kata beliau.
27 Oct 18
297
Perhimpunan Dakwah Dapat Sokongan Kerajaan - Mohd Nor Hamzah
Mohd Nor dan Pengarah UPDI, Mohd Soud Said bergambar bersama sebahagian urusetia Ijtima'.MARANG, 27 Oktober - Kerajaan Terengganu mengalu-alukan program-program yang mendidik masyarakat tentang agama.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, kerajaan sentiasa menunjukkan kebersamaan dalam usaha dakwah."Kerajaan negeri mengucapkan penghargaan terhadap usaha yang menggerakkan masyarakat Muslim dengan suatu amalan yang baik untuk menyedarkan tentang kewajipan kita dalam agama," katanya ketika berkunjung ke Ijtima' Tabligh Zon Timur di Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Marang, semalam.Kerajaan negeri berharap usaha dakwah sentiasa berterusan.Perhimpunan yang berlangsung selama empat hari berakhir hari ini dengan menyajikan pelbagai aktiviti seperti pengajian umum, kuliah dan tugasan kumpulan.Ia merupakan perhimpunan besar bagi zon Timur dengan kehadiran lebih 10,000 peserta terdiri daripada pelajar, individu dan peserta dari luar negara iaitu Amerika Syarikat dan Arab Saudi.
27 Oct 18
127