lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
92 Manfaat Pemeriksaan Kesihatan Percuma - Wan Sukairi
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (kiri) berbual dengan orang ramai yang hadir.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 1 November - Seramai 92 orang masyarakat setempat dari pelbagai peringkat umur memanfaatkan peluang pemeriksaan kesihatan secara percuma di Masjid Tok Jamal, hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program sebegini perlu diadakan untuk masyarakat mengenal pasti tahap kesihatan mereka."Kesihatan adalah penting dalam kehidupan untuk melancarkan lagi kehidupan kita seharian."Jika kesihatan terbantut, ia akan menyukarkan kelancaran kerja-kerja seharian."Begitu juga dengan ibadah, jika kita sakit mungkin menyukarkan kita untuk beribadah," tambah beliau.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Pusat Khidmat Bergerak di Masjid Tok Jamal, Wakaf Mempelam, hari ini.Dalam perkembangan sama, menurut Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, program ini dianjurkan bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pusat Khidmat ADUN Wakaf Mempelam, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan KT Medical Team.Doktor yang bertugas antaranya ialah Dr Amiruddin, Dr Diana, Dr Haneim dan Dr Fadhilah yang membuat pemeriksaan kepada masyarakat setempat yang hadir.Hadir sama, Pegawai Perhubungan Parlimen, Haji Zulkifli Wahab yang mewakili Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim.
31 Oct 18
162
Empty Image
Masalah Hakisan Akan Diselesaikan Segera
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 1 November - Masalah hakisan pantai yang membelenggu penduduk di Kampung Pantai, Kuala Besut sejak sekian lama akan diselesaikan dengan kadar segera,.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, fenomena itu sangat membimbangkan kerana ianya boleh mengancam nyawa dan harta benda penduduk yang tinggal berhampiran pantai."Hakisan ini sudah lama berlaku, tetapi belum ada penyelesaian yang sepatutnya dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab. Kami memandang serius akan perkara ini kerana melibatkan keselamatan penduduk di sini."Di samping itu, penduduk juga perlu mematuhi arahan daripada pihak berkuasa sekiranya diminta segera berpindah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku termasuk boleh mengancam nyawa,"katanya ketika melawat Kampung Pantai, Kuala Besut, di sini, semalam.Turut sama dalam lawatan itu, Pegawai Daerah Besut, Shahidan Embok, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Ab Rasid Jusoh, Pegawai Pembangunan Masyarakat Daerah Besut, Noor Asikin Ab Rahman serta Ketua Jurutera Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Osman Mamat.Azbi berkata, pihaknya akan mencari penyelesaian yang terbaik dengan secepat mungkin kerana musim tengkujuh yang hampir tiba.
31 Oct 18
37
Empty Image
MB Terengganu Bantu Tunai Hasrat Samsani
Kunjungan Pejabat DUN banyak membantu menyelesaikan permasalahan rakyat setempat. Oleh: Aziz HambaliMARANG, 31 Oktober - Sekumpulan sukarelawan Politeknik Kuala Terengganu diketuai pensyarah, Mohd Fathi Omar melaksanakan pemasangan pendawaian elektrik dalam kunjungan ke rumah Samsani Mohamad, 45, di Kampung Rahmat, semalam.Projek ini merealisasikan hasrat ibu tunggal itu yang inginkan keperluan elektrik sejak berpindah ke rumah itu baru-baru ini.Projek pendawaian elektrik merupakan usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang diwakili pegawai khasnya, Sabri Zakaria dalam kunjungan kali ketiga ke rumah wanita itu sejak sebulan lalu.Samsani sebelum ini pernah mengadu tentang ketiadaan bekalan elektrik yang disambung ke rumahnya akibat masalah status tanah yang tidak berkesudahan.Kegembiraan terpancar di wajah Samsani apabila permasalahan yang membebaninya kini berjaya diselesaikan setelah Dr Samsuri melanjutkan permasalahan tersebut kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).Terdahulu,  wanita yang memiliki tujuh orang anak itu dikunjungi Sabri pada bulan lepas yang berjanji memberikan bantuan ADUN dalam perkara itu.Kunjungan kali  ini turut disertai Penyelia Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN), Nasaruddin Samsudeng dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kuala Tengah, Abdan Awang.
31 Oct 18
47
Empty Image
Bilik Gerakan Dan Pusat Perpindahan Main Peranan Ketika Banjir
Mesyuarat Bencana Banjir Sektor Jerangau diadakan di Balairaya Kampung Dendang, semalam.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 31 Oktober - Fungsi bilik gerakan dan pusat perpindahan amat penting semasa berlakunya bencana banjir.Penghulu Mukim Jerangau, Abdul Ghafar berkata, Bilik Gerakan Balai Polis Jerangau akan digunakan sebagai Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)."Ianya akan turut berperanan sebagai operasi bencana bagi Sektor Mukim Jerangau."Pusat Kawalan Operasi ini akan diketuai oleh Penolong Pentadbiran Tanah Daerah Dungun."Ketua Polis Balai Jerangau telah dilantik sebagai Ketua Komander."Manakala Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al Muktafi Billah Shah telah dilantik sebagai Timbalan Komander, dan saya sendiri (Penghulu Mukim) telah dilantik sebagau setiausaha bagi Pusat Kawalan Tempat Kejadian," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Bencana Banjir Sektor Jerangau, di Balairaya Kampung Dendang, semalam.Menurut Abdul Ghafar, bagi Pusat Kawalan Bencana (PKOB), ianya telah dipilih dan ditentukan oleh Jawatankuasa Bantuan dan Pengurusan Bencana Daerah Dungun."Bagi pusat ini, ianya akan dikendalikan oleh urusetia dan petugas, di mana mereka akan menerima laporan dari pusat perpindahan serta orang ramai, bagi mengetahui keadaan semasa mengenai banjir."Maklumat yang didapati itu akan disalurkan kepada Jawatankuasa Bantuan dan Pengurusan Bencana Daerah, untuk diambil tindakan secepatnya berkaitan perbekalan dan keperluan utama," katanya.Sehubungan itu, semua Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diminta agar menubuhkan jawatankuasa kecil pengurusan banjir komuniti masing-masing yang terlibat banjir.Dalam perkembangan sama, tambahnya, mangsa-mangsa yang berada di pusat perpindahan perlu dilaporkan dari masa ke masa di samping keadaan semasa banjir juga perlu dilaporkan."Segala perbekalan, penyediaan bekalan makanan dan pengangkutan yang digunakan perlu dilaporkan semasa di pusat perpindahan."Selain itu, keadaan kebersihan penginapan, kesihatan mangsa perpindahan, keselamatan mangsa dan pemulihan selepas banjir hendaklah dilaporkan," tegasnya.
31 Oct 18
1334
Empty Image
MPKK Felda Jerangau Tebang Pokok Berusia, Elak Kemalangan
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 31 OKTOBER - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau memutuskan supaya semua pokok besar dan berusia di kampung itu ditebang bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.Pengerusi MPKK Felda Jerangau, Mohd Sidek Muhammad berkata, keputusan mesyuarat berkaitan perkara itu telah diputuskan dan dalam masa yang terdekat akan diadakan gotong-royong.Katanya, pihaknya telah memaklumkan kepada pengurusan FELDA dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengambil tindakan yang sepatutnya."Kita sedia maklum, tidak lama lagi dijangka angin kencang akan melanda apabila tibanya musim tengkujuh."Risau ianya akan terkena rumah penduduk yang akan mengundang risiko yang tinggi dan melibatkan nyawa,” katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, mengulas mengenai keputusan yang dibuat baru-baru ini dalam Mesyuarat Khas Keceriaan dan Keselamatan, di Felda Jerangau.Menurutnya, MPKK yang dilantik perlu bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan komuniti dan orang ramai."Setiap apa yang menimpa komuniti, MPKK harus bertanggungjawab."Menyedari akan hakikat itu, maka keputusan menebang pokok yang berusia puluhan tahun segera diambil kerana ia dikhuatiri akan tumbang,” katanya.
31 Oct 18
73
Empty Image
3 Tips Kejayaan Dalam Peperiksaan Awam
Haji Yahaya berucap mewakili Dr Ahmad Samsuri di Malam Restu Perdana di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus.KUALA NERUS, 31 Oktober - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan tiga pesanan termasuk manfaatkan masa terluang, jaga kesihatan dan pergantungan kepada Allah sebagai asas kejayaan pelajar dalam peperiksaan awam.Katanya, pelajar harus menggunakan masa yang ada sebelum tarikh peperiksaan untuk terus membuat ulangkaji dan membaca.Sementara ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka menjaga kesihatan diri agar tidak mengganggu konsentrasi (tumpuan) untuk ulangkaji pelajaran sebelum sampai waktu peperiksaan.Mereka juga katanya, perlu sentiasa meletakkan kebergantungan diri kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian peperiksaan terbabit.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Malam Restu Perdana di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di sini, semalam.Teks ucapan beliau dibacakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali.Orang ramai solat hajat pohon kejayaan dari Allah bagi pelajar menghadapi peperiksaan SPM dan STPM.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Haji Satiful Bahri Mamat, Timbalannya, Ustaz Maliaman Kassim dan Pengarah Pendidikan Negeri, Haji Shafruddin Haji Ali Hussin.Majlis yang julung-julung kali diadakan secara besar-besaran, membabitkan seluruh rakyat Terengganu, dianjurkan bersama antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.Kira-kira 1,000 pelajar dan orang ramai mengadakan solat hajat di majlis tersebut sempena peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).Menurut laporan terkini Portal Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, sebanyak empat jenis peperiksaan telah selesai diadakan termasuk UPSR pada 20, 24 hingga 27 September yang lalu, PT3 pada 1 hingga 4 Oktober lalu, STAM pada 16 hingga 18 dan 22 hingga 23 Oktober lalu, sementara STPM (Penggal Kedua) pada 21 hingga 24 Mei lalu.Manakala peperiksaaan belum selesai ialah SPM bermula pada 13 November hingga 13 Disember ini dan STPM (Penggal Ketiga) bermula pada  13, 14, 15, 19 dan 21 November ini.
30 Oct 18
121
Empty Image
PDRM Kukuh Hubungan Dengan Kerajaan Negeri
Haji Yahaya Ali ditemui pemberita dalam kunjungan hormat Timbalan Ketua Polis Terengganu ke pejabatnya.KUALA TERENGGANU, 31 Oktober - Kerajaan Terengganu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu khususnya mengalu-alukan kerjasama baik dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).Yang Dipertua DUN Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, beliau berbesar hati dengan kunjungan PDRM Terengganu hari ini.“Saya bagi pihak kerajaan negeri merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kunjungan PDRM."Ianya merupakan suatu amalan yang baik dalam merapatkan hubungan silaturrahim antara pihak polis dan kerajaan negeri.“Tugas yang dilaksanakan PDRM pada hari ini adalah sangat baik dan kerajaan sentiasa terbuka dalam menjalinkan kerjasama,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita bersama dengan Timbalan Ketua Polis Terengganu yang baru dilantik 1 Oktober yang lalu di Pejabat Yang Dipertua DUN Terengganu, Wisma Darul Iman, hari ini.Menurutnya, pada akhirnya rakyat perlu mendapat perkhidmatan yang baik daripada kerajaan dan PDRM khususnya dalam soal keselamatan dan ketenteraman awam.Sehubungan dengan itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Terengganu, Senior Asisten Komisioner, Dato’ Allaudeen Abdul Majid menekankan bahawa memang menjadi tanggungjawab polis untuk menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak.Katanya, matlamat akhir adalah memberi  perkhidmatan kepada  rakyat tanpa mengira latar belakang politik dan kaum.“PDRM sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan pemimpin kerajaan negeri.“Polis (juga) memberikan kerjasama dengan menempatkan pegawai bagi memastikan keselamatan persidangan DUN berjalan dengan baik,” jelasnya.Justeru itu, Haji Yahaya Ali berkata, antara kerjasama yang diberikan oleh pihak polis termasuk menjayakan program-program kerajaan  khususnya dalam menghadapi persiapan banjir pada tahun ini.Beliau turut mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada PDRM kerana program menembak bersama kerajaan negeri anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)Terengganu, baru-baru ini (29 Oktober) berlangsung dengan meriah.“Sebenarnya ramai antara kami baru memegang pistol (dan tidak biasa dengan senjata api).“Banyak isu dalam masyarakat (yang perlu diselesaikan) bukan sahaja  bergantung kepada kecekapan pihak polis, tetapi bergantung kepada kerjasama masyarakat,” tambahnya.
30 Oct 18
548
Empty Image
RMM Cecah 112,000 Pemohon
Dr Alias Razak berucap merasmikan REHDA Members' Day Cum Outreach Programme.Oleh: Safwan SyakirKUALA TERENGGANU, 31 Oktober - Jumlah permohonan RMM buat masa ini mencecah 112,000 pemohon dan akan ditapis mengikut kelayakan masing-masing.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, Kerajaan Terengganu dan pihak pemaju sektor perumahan akan bekerjasama bagi menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.Menurutnya, kira-kira 20,000 unit rumah mampu milik (RMM) akan dibina dalam tempoh setahun berbanding hanya 1,000 unit yang dibina pada masa pemerintahan kerajaan yang lalu."Kerajaan akan mengenal pasti punca permasalahan yang merencatkan proses pembinaan projek RMM yang lalu."Kerajaan pusat juga turut berjanji akan membina 1 juta unit rumah di seluruh negara dan insya-Allah kita harap ianya akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Terengganu yang layak memohon," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan REHDA Members' Day Cum Outreach Programme di Hotel Primula Kuala Terengganu, baru-baru ini (28 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM 50 juta bagi menyediakan tabung pinjaman perumahan bagi pemohon yang tidak mendapat kelulusan pinjaman daripada pihak bank atas faktor slip gaji dan sebagainya."Kerajaan akan membelanjakan kira-kira RM 400 juta setahun untuk menyediakan khidmat wad kelas ketiga percuma untuk rakyat di Terengganu di semua hospital kerajaan."Manakala RM10 hingga RM15 juta akan dibelanjakan setahun untuk memberi kemudahan kad sejahtera kepada rakyat Terengganu yang layak sebagaimana dalam janji manifesto PRU yang lepas."Di samping itu, kerajaan dalam proses untuk membuka lembah silika di Marang, yang mana secara langsung dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya."Justeru, kerajaan juga akan berkerjasama dengan pihak swasta dan pemain industri berkenaan serta pelabur daripada dalam dan luar dengan mengambil pandangan mereka bagi memacu pembangunan yang sihat di negeri ini," ujarnya.Hadir sama, Pengerusi REHDA Terengganu, Haji Mohamad Hishamudin dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin REHDA Malaysia, Datuk Haji Muztaza Mohamad.
30 Oct 18
39
Empty Image
Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora
SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALANI) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan timur Condore,timur laut Bunguran, barat Reef North dan barat laut Reef South sehingga Sabtu, 3 November 2018.Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan selatan Samui, Tioman, Bunguran, barat Condore, Reef South, timur Reef North, Layang-layang, Labuan dan Palawan sehingga Sabtu, 3 November 2018.Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah sehingga Sabtu, 3 November 2018.Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Sabtu, 3 November 2018.Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
30 Oct 18
476
Empty Image
Kerajaan Negeri Hargai 17 Penggiat Seni Gamelan
Ustaz Ariffin Deraman (kiri) menyampaikan anugerah kepada salah seorang penggiat seni gamelan.Oleh: Noraini JusohKUALA TERENGGANU, 30 Oktober - Majlis Aspresiasi Lambang Sari Gamelan Tradisional Melayu hari ini menjadi medan untuk menghargai 17 orang penggiat dan aktivis gamelan negeri ini.Majlis anugerah yang diadakan di Wisma Darul Iman itu dianjurkan oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri mengambil inisiatif memberikan pengiktirafan khas itu sebagai menghargai jasa serta pengorbanan penggiat dan aktivis gamelan negeri ini yang banyak berjasa memastikan warisan seni Istana Terengganu suatu ketika dahulu itu tetap dilestari dan dipertahankan sehingga kini.“Sijil pengiktirafan ini akan membuktikan kelayakan dan kebolehan mereka untuk memberi tunjuk ajar dan melatih generasi baru dalam seni budaya gamelan.“Di samping itu, ianya sebagai satu tanda penghormatan dan penghargaan daripada pewaris-pewaris, anak-anak didik serta generasi baru kepada individu-individu yang telah banyak menabur bakti serta berkongsi ilmu kesenian gamelan ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Aspresiasi Lambang Sari Gamelan Tradisonal Melayu di Wisma Darul Iman, hari ini.Pada majlis itu, Tokoh Gamelan Tradisional Melayu dianugerahkan kepada Wan A.Latiff Wan Besar, Wan Salmah Wan Sulaiman dan Zaharah Abdul Hamid.Manakala Anugerah Adi Guru Gamelan Tradisional Melayu pula diberikan kepada Ramli Ibrahim, Hamzah Abdul Hamid, Tun Baharum Tun Abdul Razak, Salwani Shamsuddin, Ahmad Zaki Abdullah, Razali Embong dan Muhammad shahrul Azmi Hassan.Anugerah Khas Gamelan Tradisional Melayu pula diterima oleh Prof. Dr Siti Zainon Ismail, Dr.Harun Mat Piah, Che Mat Jusoh, Mohd Yusof Abdullah, Sulong Ismail, Othman Abdullah dan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain yang diwakili anaknya Megat Mohd Syahraini.Pada majlis itu juga, SUKTRA Terengganu menerima Anugerah Khas Institut Gamelan Tradisional Melayu.
30 Oct 18
980