Artikel "Semasa" Terkini
Paras Air Sungai Dungun, Pasir Raja Hampiri Paras Berjaga-jaga
Sungai Dungun Di Pasir RajaOleh : Adli Mohamad.DUNGUN, 3 November- Sungai Dungun Di Pasir Raja kini berada dalam paras berjaga-jaga ekoran hujan lebat mulai semalam.Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman, berkata paras air Sungai Pasir Raja menjadi penentu berlakunya bencana banjir termasuk tindakan segera pada kampung-kampung bersebelahan."Pada kebiasaanya, apabila berlakunya banjir di Pasir Raja, yang berada pada Mukim Besol menjadi pemula kepada berlakunya banjir pada kampung bersebelahan, Mukim Jengai juga Mukim Jerangau."Maka amatlah diharapkan agar komuniti setempat, serta komuniti kampung yang berdekatan yang berada di Mukim Besol, dan Mukim Jerangau segera berpindah, " jelasnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita pada pagi ini, di sini, pada Sabtu, 3 November.Menurutnya lagi, catatan bacaan Sungai Dungun Pasir Raja, paras normalnya adalah 34.00 meter(m) tinggi dan paras sungai berkenaan menunjukkan bacaan pada 35.57 m lantaran taburan hujan lebat dalam masa singkat."Bacaan yang dicatat menghampiri paras jaga-jaga, bacaan paras jaga-jaga bagi Sungai Dungun, di Pasir Raja, catatannya ialah 36.00."Jika keadaan berterusan, maka perlulah bagi setiap Pengerusi Majlis Komuniti Kampung memainkan peranan, agar komuniti yang terlibat dengan banjir segera ke Pusat Pemindahan Banjir," ujarnya.Walau bagaimanapun beliau berharap agar hujan tidak berterusan, selain itu dalam menghadapi banjir yang bakal berlaku beliau berharap agar wujudnya jalinan kerjasama yang baik, agar memudahkan segala urusan dan perkara yang tidak diingini berlaku.
03 Nov 18
1070
Banjir Kilat, Lima Keluarga Di Paya Berenjut Dipindahkan
Oleh: Abdul Hafiz Ghazali KEMAMAN, 4 November- Hujan yang berterusan dan banjir kilat di sekitar Chukai semalam, menyebabkan lima keluarga di Kampung Paya Berenjut, di sini, terpaksa dipindahkan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat segera turun melawat kawasan yang terjejas sebaik sahaja menerima maklumat daripada Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung itu, Wan Razali Wan Mansor.Hanafiah berkata, cuaca yang tidak menentu dan hujan lebat menyebabkan 30 rumah ditenggelami air serta lima keluarga perlu berpindah ke kawasan lebih selamat sebelum dapat kembali ke rumah masing-masing apabila keadaan kembali pulih."Saya mahu agensi dan jabatan berkaitan mencari punca permasalahan banjir kilat yang berlaku di Kampung Paya Berenjut, semalam. Saya berharap mereka dapat menyelesaikan masalah berkenaan secepat yang mungkin, kerana pada masa sekarang ini kita berada di musim tengkujuh,"katanya.Sementara itu, Wan Razali berkata, pihaknya segera membuka bilik gerakan banjir bagi melancarkan operasi menyelamat dan memindahkan semua mangsa."Alhamdulillah, semalam ada di kalangan mangsa banjir menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana cepat bertindak menolong mangsa-mangsa banjir kilat."Kepada masyarakat jika berlaku apa-apa masalah, maklumkan cepat kepada MPKK masing-masing supaya bantuan dapat disegerakan,"katanya.
03 Nov 18
419
Terengganu Perluas Dakwah Bawa Daurah Kitab Bersanad
Syeikh Dr Muhammad Muti' Al-Hafiz. Foto - M. ShukriKUALA TERENGGANU, 4 November - Kerajaan Terengganu menyokong usaha mana-mana pihak dalam memperluaskan dakwah kepada rakyat Terengganu, antaranya dengan penganjuran Daurah Kitab Bersanad oleh Syeikh Dr Muhammad Muti' Al-Hafiz pada kali ini.Penterjemah program, Ustaz Syed Amni Syed Mohamed berkata, ianya dapat dilihat dalam program anjuran Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (PERSIDAM) tersebut yang mendapat kerjasama kerajaan negeri di bawah portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Ustaz Mohd Nor Hamzah.Katanya, program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Terengganu untuk mengikuti talaqqi kitab bersanad di samping menggalakkan orang ramai menderma kepada dana Syria.Ditanya tentang latar belakang Syeikh Dr Muhammad Muti', menurutnya, Syeikh merupakan Syeikh al Qurra (Syeikh Qiraat), al Musnid (pakar sanad) al Bahith (penyelidik) al Muarrikh (pakar sejarah) dari Syria."Syeikh banyak menyampaikan ceramah-ceramah di pelbagai universiti dan menyertai pelbagai seminar akademik."Tambahan pula, beliau dianggap tokoh tertinggi di kalangan pengkaji di Jabatan Mushaf al-Quran dan percetakan di Jabatan Kajian di bawah Pusat Hal Ehwal Islam di Dubai malah mengetuai kerja mencetak dan memeriksa mushaf," jelasnya.Syed Amni yang juga Pensyarah Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) berkata demikian kepada pemberita, mengulas tentang program Daurah Kitab Bersanad oleh Syeikh Dr Muhamad Muti’ Al-Hafiz di Dewan Utama, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, semalam.Seramai kira-kira 100 peserta mengikuti talaqqi kitab اقتضاء العلم العمل bersanad tersebut.Dalam pada itu, Syeikh Dr Muhamad Muti’ Al-Hafiz menasihatkan supaya beramal dengan ilmu yang dipelajari kerana darjat orang yang menuntut ilmu sangat tinggi di sisi Allah."Jadilah kamu orang yang alim, jika tak mampu jadilah penuntut ilmu, jika tak mampu jadilah pendengar, jika tak mampu sayangilah penuntut ilmu dan jangan kamu jadi orang yang rugi, iaitu tiada salah satu pun dari keempat perkara tersebut," pesannya.
03 Nov 18
178
Kesedaran Jaga Kesihatan Tanggungjawab Bersama
Oleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 3 November- Semua pihak perlu bertanggungjawab memainkan peranan bersama kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya menjaga kesihatan diri dan keluarga.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Harun berkata, penjagaan kesihatan perlulah menggunakan kaedah yang dituntut oleh Islam dan cara yang diredhai oleh Allah untuk mengelak kemudaratan yang lebih besar lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan penyakit berjangkit."Firman Allah SWT, tanyalah mereka yang berilmu dalam bidang mereka sekiranya kami tidak tahu. Dalam bidang perubatan tanyalah pakar dan ahlinya tentang nasihat mereka kerana mereka mempunyai ilmu berkenaan dengannya," katanya.Beliau berkata demikian ketika dalam ucapan merasmikan Kem Kesihatan Klinik Kesihatan Manir yang bertema "Anak Sihat, Keluarga Bahagia" bertempat di Dewan i-MITS Manir, Pulau Bahagia, di sini, semalam.Hilmi berkata, dalam al-Quran ada menunjukkan bahawa Allah SWT membenarkan hambaNya mencari ikhtiar yang boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit."Masyarakat haruslah lebih peka dengan wabak penyakit-penyakit yang menular atau berjangkit seperti terbaru demam campak untuk terus membuat rawatan di pusat kesihatan yang terdekat secepat mungkin,"katanya.Lebih 250 orang mendaftarkan diri untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan menyertai cabutan bertuah, manakala seramai 55 orang kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna.Turut diadakan Forum Kesihatan yang menampilkan dua tokoh ilmuwan yang hebat dari cabang ilmu yang berbeza, iaitu pakar di bidang farmasi, Dr Suhazli Abdullah dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah.Panelis mengupas penggunaan vaksin dalam aspek perubatan dengan mendalam dan hujah yang mampu menyanggah persepsi songsang terhadap penggunaan vaksin dari sudut teknologi dan syarak atau fiqh Islam.Kupasan yang menarik bersandarkan fakta, kaji selidik dan nas-nas yang sangat jelas berkaitan keperluan vaksin membuka minda peserta berikutan masih ramai yang keliru dengan penggunaan vaksin.
03 Nov 18
120
BAJET 2019: Peruntukan IPG Tidak Bantu Penoreh
Dr Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 3 November - Peruntukan RM50 Juta sebagai Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Bajet 2019 semalam tidak memberi manfaat yang besar kepada penoreh.Ini kerana pekebun kecil hanya akan menerima sokongan pendapatan daripada IPG jika harga getah jatuh bawah RM2.20 sekilogram.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim menggesa Kerajaan Persekutuan mengkaji semula kadar kejatuhan harga getah di bawah paras RM2.20 sekilogram untuk melayakkan mereka menerima sokongan pendapatan dari IPG. "Apa nilai RM2.20 sekilogram untuk seorang penoreh? Inilah harga purata getah yang 'dinikmati' oleh mereka sejak sekian lama dan pada paras ini, ia tidak cukup untuk menampung keperluan kehidupan harian yang minima."Respon yang saya perolehi daripada rata-rata penoreh mencadangkan idea meletakkan harga lantai getah pada paras minima RM4 sekilogram."Pada kadar itu, mereka tidak lagi memerlukan apa-apa bantuan khas yang lain seperti bantuan musim tengkujuh dan sebagainya."Saya juga yakin selepas pelaksanaan Bajet 2019, harga getah akan stabil pada paras RM2.20 sekilogram dan menyebabkan IPG tidak perlu dibayar kepada penoreh!" tegasnya.Berkenaan kepelbagaian penggunaan getah tempatan dalam industri , Dr. Azman melihat ia tidak mampu meningkatkan pendapatan pekebun kecil."Cadangan ini adalah satu inovasi menarik. Tetapi, ia tidak akan mampu melonjakkan harga komoditi ini di pasaran kerana kita semua maklum isu utama kejatuhan harga bukan kerana getah kita tidak laku di pasaran dunia," katanya.Kerajaan Persekutuan mengumumkan akan memperluas penggunaan getah tempatan sebagai bahan campuran dalam pembinaan jalan raya bagi meningkatkan daya ketahanan jalan di samping mengurangkan kos penyelenggaraan. Kerajaan menyasarkan penggunaan teknologi Cuplump Modified Bitumen (CMB) terutamanya untuk pembinaan jalan raya di kawasan pelabuhan dan perindustrian secara berperingkat.Bagi tujuan ini, sebanyak RM100 juta diperuntukkan.
02 Nov 18
34
4,500 Limpahi Konsert Teater Muzikal Islamik Untukmu Rasulullah
Saifuddin Ab Wahab (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Exco Kerajaan Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah. Foto - Hishamuddin AbdullahKUALA TERENGGANU, 3 November - Seramai kira-kira 4,500 penonton melimpahi Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam untuk menyaksikan Konsert Teater Muzikal Islamik Untukmu Rasulullah, semalam.Penganjur program, Saifuddin Ab Wahab berkata, program tersebut bertujuan untuk memperkenalkan sirah kehidupan Rasulullah SAW kepada masyarakat terutamanya generasi muda dalam menghayati perjuangan dan pengorbanan Rasulullah SAW."Ianya merupakan sebuah pementasan yang membawa penonton menyelusuri sirah kehidupan, perjuangan dan pengorbanan Rasulullah SAW bermula dari zaman jahiliyyah sehinggalah khutbah terakhir Rasulullah SAW."Kita bawa penonton menghayati perjalanan kehidupan Rasulullah SAW secara ringkas melalui fasa Makkah (Wahyu Pertama, Dakwah Terbuka, Taif dan Israk Mikraj) dan fasa Madinah (Hijrah, Uhud, Pembukaan Kota Makkah & Khutbah Terakhir Rasulullah)," jelasnya.Sementara itu, Saifuddin yang juga Pengarah Urusan Pusat Dakwah Al Barakah turut memberitahu, Bicara Santai Selebriti yang menampilkan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah, Ustaz Haslin Baharim, Syamsul Debat Syamsul Amri Official dan Shamsul Ghau Ghau diadakan di sebelah petang.Beliau berkata demikian kepada pemberita, mengulas tentang Konsert Teater Muzikal Islamik Untukmu Rasulullah anjuran Pusat Dakwah Al Barakah dengan kerjasama Unais Mediaworks di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.Dalam pada itu, beliau sangat berterima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang turun untuk meraikan program tersebut.Menurutnya, Konsert Teater Muzikal Islamik Untukmu Rasulullah pada sebelah malam dipersembahkan oleh ramai artis dan asatizah tanah air seperti Nasir Bilal Khan, Adam Corrie, Shamsul Ghau Ghau, Imam Muda Mubeen, Syamsul Debat, Ustaz Manis, Hafiz Hamidun, Hijjaz, Mizwar, Pencetus Ummah Syed, Pemuzik Din As Salam, Hafiedz Udu, Shukri Sahari serta penampilan istimewa oleh Ustaz Azhar Idrus."Di samping itu, persembahan diserikan lagi dengan nasyid-nasyid berkaitan Rasulullah SAW yang memberi renungan dan muhasabah kepada penonton," tambahnya.Al Haddad Group menjadi penaja utama Konsert Teater Muzikal Islamik Untukmu Rasulullah. Antaranya termasuklah Al Haddad Marketing Sdn Bhd, Al Haddad Manufacturing Sdn Bhd, Al Haddad Logistic dan Al Haddad Care.CEO Al Haddad Group, Haji Syed Ageel Syed Mahayadin Al Haddad (dua dari kiri).Turut hadir, Pegawai Perhubungan Parlimen, Haji Zulkifli Wahab dan Penolong Pengarah Penerangan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Aswadi Mohamad.
02 Nov 18
356
BAJET 2019: Terengganu Cadang Agihan Adil Kepada Negeri
Dr Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 3 November - RM52 juta yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan dalam Bajet 2019 bagi pelaksanaan program keusahawanan dan latihan industri asas tani dianggap nilai yang memadai dalam keadaan ekonomi negara hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berharap peruntukan itu disalurkan secara adil ke semua negeri bagi menarik minat dan penglibatan golongan muda menceburi bidang agro-makanan. "Kita ingin golongan muda melihat industri tani sebagai kerjaya manusia yang berjaya kerana masa depan agro-makanan bergantung kepada mereka."Kita harus membuka mata generasi muda supaya melihat pertanian sebagai bidang kerjaya yang bermutu dan menyedari pertanian adalah perniagaan," ulasnya.Beliau juga menyokong peruntukan keseluruhan RM117 juta bagi tiga fokus utama sektor pertanian terdiri dari kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) (RM47 Juta), Automasi Industri Makanan serta Keusahawanan (RM 18 Juta) dan Latihan Industri Tani yang disifatkan mampu memacu sektor pertanian negara ke satu tahap yang lebih baik."Peruntukan kepada sektor pertanian bermakna peruntukan untuk menjamin 'food security' bagi negara. "Tetapi, faktor kegagalan projek-projek industri pertanian negara sebelum ini perlu diteliti dan diambil kira sebaiknya sebelum bajet disalurkan dan dibelanjakan."Langkah ini perlu diambil supaya kita tidak mengulangi kesilapan ibarat mencurah garam ke laut yang tak memberi apa-apa kesan dan hasil."Perancangan yang baik, pemilihan peserta yang tepat, berminat, berkemahiran serta berdaya tahan ditambah dengan pelaksanaan dan pemantauan yang teratur akan menjadi antara faktor kejayaan dalam sektor ini," ujarnya.
02 Nov 18
42
Lesen Motor Percuma Hadiah Istimewa Buat Belia
Wan Sukairi Wan Abdullah.Foto oleh:Tengku SyamimKUALA TERENGGANU, 1 November-Satu lagi janji untuk anak muda akan terlaksana apabila kerajaan negeri bakal menghadiahkan lesen motosikal percuma kepada golongan belia bermula Januari 2019, sepertimana manifesto PAS negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14, baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata, sebagai permulaan seramai 20,000 belia berumur 16 tahun ke atas hingga 40 tahun layak menikmati tawaran itu."InsyaAllah, pada awal Januari 2019, keseluruhan 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mendapat agihan jumlah pemohon yang sama rata iaitu seramai 625 belia yang layak untuk menerima bantuan lesen RM300 seperti kita janjikan sebelum ini."Ini termasuklah 12 Institut Memandu yang terdapat di negeri ini yang akan mendapat pecahan yang sama rata iaitu kira-kira 426 penerima lesen yang berjaya supaya tidak wujud monopoli di kalangan mereka (pengusaha) nanti,"katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Bengkel Manifesto Lesen di Wisma Kokitab, di sini, hari ini.Wan Sukairi berkata, bengkel berkenaan diadakan bagi mencari kaedah terbaik bagi melaksanakan bantuan lesen yang merupakan salah satu janji daripada 20 manifesto yang bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi."Kita adakan kerjasama dengan semua pihak termasuk agensi yang berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan institusi memandu."Hasilnya kita akan masukkan dalam mesyuarat induk manifesto dalam masa yang singkat untuk selaraskan dalam pembentangan bajet nanti,"ujarnya lagi.Tambah Wan Sukairi, pihaknya juga mensasarkan pada pertengahan suku kedua 2019, pemberian lesen percuma ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh."Namun begitu, akan ada jumlah tertentu dengan mengambil kira kewangan negeri," jelasnya.Terdahulu, beliau berkata, tujuan pelaksanaan janji itu kerana mahu mengurangkan gejala rempit tanpa lesen termasuk mengurangkan bebanan keluarga yang sebelum ini terpaksa membayar RM300 untuk mendapatkan lesen di samping mengurangkan kadar kemalangan."Mungkin ada di antara kita yang tidak punyai kemampuan untuk dapatkan lesen yang bagi sesetengah pihak merasa jumlah itu kecil tetapi bagi sesetengah orang ia rasakan jumlah itu cukup besar."Tawaran ini juga akan mendedahkan belia terbabit supaya mengikuti kursus kaedah pemanduan untuk jadi pemandu yang berhemah,"katanya.
01 Nov 18
108
Pusat Pemprosesan Susu Kambing Tenusu, Jana Pendapatan Penternak
Dr Azman menandatangani plak perasmian Program Inkubasi Pengembangan dan Keusahawanan Tenusu.KUALA TERENGGANU, 1 November - Pembukaan Pusat Pemprosesan Susu Kambing Tenusu yang mampu memproses kira-kira 1,000 liter susu sehari di Pusat Pengembangan Veterinar Kampung Jenang, Marang, pada tahun hadapan dijangka mampu menambah pendapatan puluhan penternak di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, sebelum ini, seramai kira-kira 50 penternak aktif di kampung-kampung hanya memproses susu kambing secara manual.Katanya, kaedah itu pastinya mengurangkan kepercayaan orang ramai yang menganggap cara memproses susu adalah kurang bersih dan tidak berkualiti, selain produk tidak dapat dipasarkan ke luar dan hanya berlegar di sekitar kampung sahaja."Dengan adanya pusat ini, ia diharapkan dapat membantu penternak berskala kecil serta sederhana bagi meningkatkan mutu produk mereka sekaligus meningkatkan pendapatan pada masa akan datang."Kerja-kerja memasukkan mesin dan peralatan yang bernilai RM700,000 sedang dijalankan di pusat yang terletak Kampung Jenang, Marang dan akan mengambil masa antara satu hingga dua bulan sebelum boleh beroperasi sepenuhnya kerana perlu melalui beberapa prosedur dan ujian,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Inkubasi Pengembangan dan Keusahawanan Tenusu di Dataran Kaprima, Bukit Kecil, hari ini.Turut hadir, Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr Mohd Termizi Ghazali. Seramai 150 peserta dari seluruh negeri menghadiri program tersebut yang turut mendapat kerjasama daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).Beliau berkata, untuk permulaan, projek ini akan melibatkan 50 penternak kambing tenusu yang aktif tetapi jumlah ini dijangka meningkat kerana dijangka lebih ramai penternak kecil- kecilan akan turut datang untuk menggunakan perkhidmatan di pusat berkenaan."Permintaan susu kambing di Terengganu agak tinggi kerana ia sering diwar-warkan sebagai produk kesihatan dan dalam negeri pun kita tidak ada cukup bekalan khususnya dalam bentuk susu segar."Oleh itu, sasaran kita selepas ini adalah untuk memenuhi keperluan dalam negeri dan juga pasaran di Lembah Klang. Sebelum ini memang ada permintaan dari luar, tetapi kita tak dapat nak bekalkan kerana selain masalah stok, kita juga tidak ada sijil halal dan sebagainya yang amat diperlukan untuk satu-satu produk pergi lebih jauh," katanya.
01 Nov 18
373
JHEAT Mula Operasi SRIDI Januari Ini
Ustaz Satiful bersama sebahagian pelajar di Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Al-Quran 2018 Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. KUALA TERENGGANU, 1 November - Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bakal memulakan operasi Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) mulai Januari ini untuk sesi persekolahan 2019.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, permohonan kemasukan untuk pendaftaran murid Tahun Satu di SRIDI mula dibuka hari ini (1 November) hingga 30 November depan.“Buat permulaan, SRIDI akan beroperasi di enam lokasi iaitu di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun; Ajil (Hulu Terengganu), Binjai Rendah (Marang), Manir (Kuala Nerus) serta Kampung Raja (Besut).“Dan Sekolah Rendah Agama Yayasan Islam Terengganu (SRAYIT) yang terletak di Losong (Kuala Terengganu) juga akan digabung jalinkan menggunakan modul yang sama dengan SRIDI,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Al-Quran 2018 Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.Pada majlis itu, seramai 346 pelajar Tingkatan Lima diraikan selain pemberian insentif RM1,000 kepada 300 pelajar yang telah berjaya menghafaz 30 juzuk al Quran.Menurut beliau, pembukaan enam SRIDI merupakan langkah awal untuk menunaikan janji manifesto PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu yang mahu menawarkan SRIDI di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).“Selepas ini lebih banyak akan dibuka secara berperingkat termasuk Sekolah Menengah Islam di kawasan Parlimen pula," katanya.Katanya, buat permulaan setiap SRIDI akan dibuka sebanyak dua kelas memuatkan pelajar seramai 50 orang (25 orang satu kelas). “Waktu pembelajaran bermula dari pukul 8 pagi sehingga 4 petang.“Secara tidak langsung, sesi pembelajaran di SRIDI ini akan memudahkan ibu bapa yang bekerja untuk menguruskan rutin persekolahan anak-anak mereka," ujarnya.Katanya , kerajaan negeri mempelawa kanak-kanak yang dilahirkan pada tahun 2012 yang berdekatan dengan SRIDI tersebut agar segera membuat permohonan di Bahagian Pendidikan, Kompleks Seri Iman, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
31 Oct 18
597