lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Khairunnisa' Sokong Usaha Tambah Jumlah Pusat Jagaan Kanak-kanak
Khairunnisa sokong tindakan Kerajaan Persekutuan menambah jumlah pusat jagaan kanak-kanak.KUALA NERUS, 5 November - Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa') menyokong tindakan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk menambah 50 pusat penjagaan kanak-kanak di bangunan kerajaan.Timbalan Pengerusi Khairunnisa', Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, ianya bertepatan denganhasrat kerajaan negeri sebagaimana dalam manifesto PAS untuk membuka pusat nurseri di jabatan kerajaan.“Ianya adalah langkah ke hadapan untuk mengenal pasti sumbangan wanita kepada tenaga kerja."Dan memberi peluang kepada wanita bekerjaya untuk sentiasa dekat dengan anak mereka," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Himpunan Mujahidah 5.0 di Kompleks Tarbiyyah Darul At Taqwa (KOMTAQ), kelmarin.Menurutnya, pusat nurseri yang ditubuhkan di setiap agensi kerajaan akan dapat mengurangkan  masalah ibu bapa yang bekerja seperti penderaan terhadap kanak-kanak."Ibu bapa yang bekerja akan rasa lebih selesa di tempat kerja tanpa rasa bimbang dengan penjagaan anak-anak mereka."Ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi produktiviti kerja mereka."Tambahan pula, dengan kemudahan ini, mereka dapat menyusukan sendiri anak-anak sesuai dengan kempen yang menggalakkan bayi minum susu ibu," jelasnya.
04 Nov 18
48
Empty Image
Anak Istimewa Kunci Ke Syurga
LPPKN membantu memperkasakan ibu bapa anak istimewa bagi mencapai hidup keluarga bahagia.KUALA TERENGGANU, 5 November - Anak istimewa adalah antara kunci ibu bapa menuju ke syurga kerana mereka diberi kesempatan dan ruang untuk membuat kebajikan dengan mengurus anak-anak istimewa itu.Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu, Muhamad Noh Abdullah berkata, ibu bapa tidak perlu merasa malu atau segan untuk mempelajari ilmu berkenaan pengurusan anak-anak itu.“Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.“Ibu bapa merupakan 'uswah hasanah' kepada anak-anak di rumah. Justeru, mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap pilih bulu atau pilih kasih terhadap anak istimewa ini,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis perasmian Program Ilmu Keluarga @ LPPKN “Anak istimewa Satu Anugerah sempena program TePat (Terengganu Parenting Tour 2018) di Dewan Teater ,Wisma Darul Iman, semalam.Oleh itu, katanya, agensinya telah mengadakan program TePat (Terengganu parenting Tour 2018) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu agar dapat membantu ibu bapa berkenaan. Dengan itu, menurutnya, peranan ibu bapa akan diperkasakan dan seterusnya merealisasikan hasrat LPPKN dalam pembentukan keluarga bahagia.“Saya juga percaya hasrat ini juga adalah seiring dengan dasar Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) iaitu maju, berkat, sejahtera,” tegasnya.Katanya, semenjak tahun 2017 sehingga ke hari ini, LPPKN Negeri Terengganu telah melaksanakan sebanyak 24 program keibubapaan yang telah melibatkan seramai 1,785 orang peserta di bawah program TePaT.“Semoga program yang diberikan untuk rakyat Terengganu ini akan memberi impak dan manfaat untuk semua golongan demi membentuk rakyat yang berkualiti mengikut prinsip dan acuan Islam.“Selain itu, LPPKN turut menggunakan platform ini untuk meningkatkan skor indeks kesejahteraan keluarga (IKK) Negeri Terengganu. IKK mencatatkan skor 7.56 pada 2016 yang dijangka bakal meningkat kepada 8.00 menjelang tahun 2020, insya-Allah,” jelasnya.Justeru, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Isteri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Hajah Zarani Othman di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini.
04 Nov 18
189
Empty Image
Jelajah Anak Muda Cinta Malaysia Corak Hala Tuju Belia - Wan Sukairi
PU Amin (tengah) ketika menjawab soalan daripada hadirin yang hadir.KUALA TERENGGANU, 5 November - Program Jelajah Anak Muda Cinta Malaysia memberikan pendekatan terbaik dalam mencorak hala tuju golongan belia di negara ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, golongan belia merupakan aset negara pada masa depan."Forum perdana yang diadakan malam ini adalah usaha kerajaan negeri dalam mengurangkan penglibatan anak muda dalam kegiatan ekstremisme."Forum ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan belia dan pemahaman berhubung konflik dan masalah ekstremisme," katanya ketika merasmikan penutup program jelajah itu di Kompleks Paya Bunga Square, semalam.Turut diadakan pameran interaktif, temuduga terbuka dan 'Focus Group Season' yang merupakan sebahagian aktiviti daripada program itu.Forum perdana bertajuk Islam Agama Syumul itu menampilkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali Pencetus Ummah (PU) Amin.Seramai kira-kira 100 penonton terdiri daripada orang awam dan pelajar mengambil peluang mendengar pengisian daripada forum tersebut.
04 Nov 18
46
Empty Image
JPS Perlu Ambil Tindakan Segera Atasi Banjir Kilat Di Tok Kah
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN 4 November - Jabatan Parit Dan Saliran(JPS) perlu mengambil tindakan segera bagi mengatasi permasalahan banjir kilat yang melanda kawasan berhampiran persimpangan jalan masuk ke Kampung Tok Kah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, beliau kesal dengan insiden banjir kilat akan yang sentiasa berulang sekiranya tiada tindakan diambil kerana masalah ini berlaku setiap kali hujan lebat. “JPS perlu melihat sistem perparitan di seluruh kawasan berhampiran banjir termasuk alternatif yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang telah berlaku sejak sekian lama di kawasan ini terutama bila tiba musim tengkujuh."Air bertakung di pintu masuk ke Tok Kah, air hujan yang tak dapat keluar ke longkang yang ada, menyebabkan ia melimpah, dan tidak bergerak," ujar beliau dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas meninjau tempat tersebut di sini pada 3 November.Beliau yang yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri berkata, pihaknya pernah mencadangkan supaya menebuk jalan utama untuk membuat saliran air sebagai satu cara mengelakkan banjir kilat berlaku." Kena tebuk jalan utama untuk mengalirkan air ke sebelah kilang industri kerana di sana ada longkang yang boleh mengalirkan air ke sungai.“Memang disediakan longkang daripada pintu masuk ke Tok Kah iaitu di Alur Rekam keluar ke Bemban tapi kaedah dia buat dok (tidak) kena, air dok turun ke sana, ke Sungai Bemban,  menyebabkan air mari balik ke pintu masuk simpang ke Tok Kah."Sepatutnya kalau dia buat betul-betul, air akan terus ke Sungai Bemban tetapi dok, itu menyebabkan 'balik air' (air bertakung balik)," jelasnya lagi. Beliau turut melahirkan rasa simpati terhadap penduduk-penduduk sekitar yang terpaksa menanggung kesukaran ini akibat tidak ada tindakan bersungguh-sungguh daripada pihak yang bertanggungjawab.
04 Nov 18
98
Empty Image
Kelab Warga Emas, Tanda Kerajaan Cakna
Ghazali beramah mesra bersama warga emas.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 5 November - Penubuhan Kelab Warga Emas melalui Yayasan Pembangunan Keluarga, menjadi tanda kecaknaan Kerajaan Negeri Terengganu dalam menghargai golongan berkenaan.Perkara itu dinyatakan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman ketika ditemui pemberita, semasa hadir ke penubuhan Kelab Warga Emas, yang diadakan di Balairaya Bukit Besi, kelmarin.Ghazali Sulaiman berkata, kehadiran 100 orang warga emas di seluruh DUN Bukit Besi, menjadikan ia berjaya direalisasikan."Menyedari hakikat bahawa warga emas tidak boleh disia-siakan, pengalaman yang mereka ada boleh membantu dalam memajukan negeri."Penubuhan kelab ini menjadi medan untuk mereka bersuara kerana kebanyakannya merupakan pesara kerajaan yang memiliki pendapat dan idea yang baik untuk kemajuan bersama," ujarnya.Kelab yang ditubuhkan di seluruh DUN itu juga akan menjadi platform untuk warga emas bersosial serta berperanan dalam masyarakat."Mereka tidak boleh disisihkan, segala jasa dan keringat mereka di masa yang lampau harus dihargai. Disebabkan itu, saya amat menyokong penubuhan kelab ini."Mereka permata yang berharga dalam masyarakat," ucapnya.Warga emas berkumpul menyokong penubuhan kelab.Pada perjumpaan kali pertama itu, jawatankuasa kelab telah ditubuhkan untuk membantu kelab berkenaan agar lebih berfungsi.Dalam pada itu, Seramai 106 penghuni Rumah Ehsan (RE) turut diraikan masyarakat dalam Hari Bersama Pelanggan dan Temu Murni di bandar Al Muktafi Billah Shah, baru-baru ini.Majlis itu diadakan sempena Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan yang diisytiharkan pada 1 Oktober setiap tahun sebagai menghargai golongan itu.Pelbagai program dilaksanakan agar wujudnya interaksi di antara penghuni RE dengan masyarakat selain membuktikan kehadiran mereka dihargai oleh masyarakat.Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang Oktober, antaranya program mengacau bubur Asyura anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), solat hajat, tahlil dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang melibatkan Pusat Giatmara Al Muktafi Billah Shah dan Paka.Kelab Warga Emas mampu sumbang idea kepada negeri.
04 Nov 18
556
Empty Image
Lagi Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora
KUALA TERENGGANU, 4 November - Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah sehingga Selasa, 6 November 2018.Dalam satu kenyataan semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri."Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Selasa, 6 November 2018," katanya.Jabatan itu turut mengeluarkan amaran bahawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Utara Sarawak sehingga 1:00 pagi; Isnin, 5 November 2018.Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
04 Nov 18
504
Empty Image
Wanita Tonggak Masyarakat Sejahtera - Wan Sukairi
Wan Sukairi sempat beramah mesra bersama sebahagian peserta Dialog Wanita Sejahtera.KUALA TERENGGANU, 4 November - Golongan wanita dilihat mampu menjadi tonggak utama dalam memberi kesedaran tentang tanggungjawab memelihara kesejahteraan rakyat di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia terbukti apabila para wanita dapat memberikan nasihat, didikan dan bimbingan yang lebih berkesan dalam mewujudkan gelombang kesedaran terutama dalam pembangunan insan bagi melahirkan masyarakat yang sejahtera.Jelasnya, slogan kerajaan negeri mempunyai tiga elemen yang berasingan tetapi berkait rapat antara satu sama lain termasuk dalam aspek kekeluargaan."Kemajuan yang diimpikan seiring dengan keberkatan yang Allah berikan tetapi kalau tidak seiring dengan keberkatan akan dapat musibah dan bukannya kesejahteraan."Sebab itu, wanita berperanan penting kerana mereka adalah orang yang bertanggungjawab mendidik anak-anak dan perlu diberi kesedaran tentang pendidikan yang menjurus kepada bagaimana nak lahirkan generasi yang baik yang akhirnya membawa kesejahteraan kepada negeri khususnya dan negara amnya," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Dialog Wanita Sejahtera (Dalam Konteks Islam Memimpin) di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, hari ini.Program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Khairul Ummah dengan kerjasama KT Care mendapat sambutan hampir 200 peserta dari 50 NGO wanita yang terdapat di Terengganu.Menurut Wan Sukairi, pengisian dialog sepanjang program oleh wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pejabat agama  diadakan khusus untuk memberi maklumat tentang senario semasa kepada peserta yang hadir."Saya harap mereka akan mendapat ilmu, maklumat dan kesedaran hasil dialog pada hari ini supaya mereka dapat sampaikan apa yang diperolehi kepada ahli-ahli di semua peringkat agar dapat menjaga kesejahteraan keluarga dan masyarakat secara bersama," ujarnya.
04 Nov 18
97
Empty Image
Kempen Derma Darah Galak Rakyat Menyumbang
Derma darah satu usaha murni.KUALA TERENGGANU, 4 November - Lebih 50 penderma terdiri daripada kakitangan Yayasan Terengganu dan orang awam menghadiri Kempen Derma Darah yang diadakan di Dewan Besar Yayasan Terengganu, hari ini.Kempen yang dianjurkan oleh Kelab Yayasan Terengganu (YT) dengan kerjasama Kolej Kemahiran YT dan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) itu telah bermula sejak tahun 2010.Yang Dipertua Kelab YT, Amiruddin Arifin berkata, kempen itu diadakan bertujuan untuk memberi galakan kepada masyarakat terutama kakitangan kerajaan untuk menderma darah.Amiruddin galakkan kempen derma darah di kalangan kakitangan."Tahun demi tahun, kempen ini mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. Usaha sebegini sebenarnya sangat membantu hospital mendapat bekalan darah mencukupi," katanya.Sementara itu, Penolong Pegawai Penerangan, Unit Transfusi Darah, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Yusnira Mohamad Yusof memaklumkan bekalan darah di Terengganu adalah mencukupi."Bagaimanapun, pengumpulan darah perlu sentiasa dilaksanakan kerana penggunaan darah bagi negeri ini adalah sekitar 40-60 beg darah sehari."Lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh. Biasanya musim ini, jumlah bekalan darah akan menurun kerana kurangnya penderma."Ini disebabkan masyarakat lebih tertumpu kepada perkara lain di samping waktu cuti bagi penuntut universiti yang mana mahasiswa antara penyumbang besar bank darah," katanya.Setiap bulan Unit Transfusi Darah biasanya menerima sekitar 1,200 hingga 1,500 penderma melalui kempen-kempen yang diadakan.Pengumpulan darah perlu berterusan.
04 Nov 18
166
Empty Image
Projek ECRL Perlu Diteruskan
Haji Ahmad Amzad (kanan) ketika menyeberangi titian kayu untuk menziarahi beberapa orang pesakit di Kampung Wakaf Mempelam Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 4 November - Kerajaan Pusat tidak perlu terburu-buru membatalkan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sebaliknya ia perlu diteruskan untuk kepentingan rakyat.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata,  projek berimpak tinggi seperti ECRL yang mempunyai kesan jangka panjang untuk pembangunan wilayah timur itu, perlu dicari jalan penerusan, jangan terburu-buru dibatalkan.Beliau berkata demikian di status facebooknya, meminta kerajaan menangguhkan pembatalan projek tersebut supaya kajian semula dibuat untuk membolehkan ia diteruskan di masa akan datang.Beliau sangat kecewa dengan pembentangan belajawan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana kebanyakan ulasan yang menyebut nama wilayah adalah berkenaan projek-projek di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Sabah Sarawak."Jika dibandingkan dengan  pembentangan bajet  tahun lalu, ada projek di Terengganu atau Kelantan diumumkan, tahun ini macam tiada apa-apa. "Tentu sekali memang ada senarainya. Tetapi bila ia tidak disebut, maka seolah-olah projek di Terengganu dan Kelantan tidak signifikan untuk disebut," ujarnya.Kerana itu, katanya, pembentangan belanjawan tersebut disifatkan sebagai gagal mempamerkan iltizam kerajaan dalam menghayati retorik “Pembangunan Wilayah Yang Seimbang" sebagaimana termaktub dalam manifesto PH dan juga dalam ucapan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11) oleh Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad baru baru ini."Bagaimanapun, saya alu-alukan peruntukan besar sehingga RM60 bilion bagi sektor pendidikan yang menjadi penentu pembentukan warga yang berkualiti dan berdaya saing.Ketika mengulas mengenai pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu, beliau menyifatkan ia belanjawan yang bersejarah kerana ia merupakan belanjawan kali pertama sejak merdeka dari parti yang tidak bertunjangkan UMNO."Sejak merdeka, parti yang memerintah adalah Parti Perikatan yang kemudiannya dijenamakan kepada Barisan Nasional (BN)," ujarnya.Katanya, sudah agak lama ia tidak dibentangkan oleh Menteri Kewangan sebagaimana sekarang."Ianya sejak krisis antara Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa pemecatan Anwar Ibrahim yang ketika itu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan."Sebelum ini, jawatan Menteri Kewangan dipegang oleh Perdana Menteri sendiri. Maka, sebelum ini rakyat melihat pembentangan belanjawan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan."Lebih menarik lagi sudah agak lama Menteri Kewangan dipegang oleh orang Melayu, ini kali pertama kaum Cina mendapat peluang memegang Menteri  Kewangan setelah kali terakhir oleh Mendiang Tan Siew Sin dari  MCA antara tahun 1958 hingga 1974," ulasnya lagi.Menurut beliau, secara umumnya sudah dijangka pengurangan dibuat dalam jumlah belanja mengurus dan belanja pembangunan dari RM280 bilion untuk tahun 2018 kepada hanya RM251 bilion untuk tahun 2019."Saya mengalu-alukan langkah penjimatan dengan memberi tumpuan penerusan projek yang betul-betul bermanfaat kepada rakyat serta langkah pengurusan kos dengan rundingan semula harga dan spesifikasi. "Saya bersetuju projek mega yang membazir dan bermasalah dibatalkan," tegasnya.Kerajaan menjangkakan defisit fiskal yang lebih tinggi iaitu 3.7 peratus pada tahun 2019 berbanding sasaran 2.8 peratus pada tahun 2018, tentu sekali ia melibatkan pembiayaan hutang baru oleh kerajaan."Saya tertarik dengan penubuhan Pejabat Pengurusan Hutang Negara, pengenalan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal, Akta Perolehan Kerajaan."Semoga ia menambah ketelusan dalam pengurusan wang awam," ujarnya.Katanya, perubahan sistem perakaunan dari belanjawan asas tunai kepada akruan sangat menarik perhatian."Kenaikan cukai judi pada saya tidak akan menghalang masyarakat untuk terus berjudi. Ia satu penyakit. Tapi saya rasa ia boleh beri tekanan kepada sebahagian kaki judi dengan menaikkan kos untuk berjudi. Ia seperti cukai rokok. Bagaimanapun masyarakat terus merokok," jelasnya.Justeru, Haji Ahmad Amzad  mencadangkan supaya sebahagian kutipan cukai tersebut diperuntukkan untuk kempen kesedaran anti judi , rokok dan alkohol."Saya alu-alukan langkah pengurangan “special draw” (sejenis judi) sebanyak 50 peratus. Semoga ia dikembangkan ke jenis-jenis judi yang lain."Jika kerajaan boleh menggazetkan semua restoran terbuka sebagai Zon Bebas Asap Rokok, saya minta ia disekalikan sebagai Zon Bebas Alkohol kerana kesan negatif kedua-duanya sama," jelasnya.Beliau juga mengalu-alukan subsidi untuk menyeimbangkan harga barangan pengguna antara semenanjung dan Sabah Sarawak. Katanya, aplikasi 'Price Catcher' kedengarannya menarik kerana rakyat diajak terlibat sama memantau harga.Sementara itu, kenaikan gaji minima dari RM1,050 kepada RM1,100 pula masih jauh dari kemampuan rakyat untuk berdepan kos sara hidup yang ternyata tidak berkurang setelah kerajaan memperkenalkan SST."Saya perlu melihat dengan lebih 'detail' hal ini," tegasnya.
04 Nov 18
41
Empty Image
'Bas Kite' Dilancar Di Kemaman
Haji Hanafiah (baju batik, tengah) memotong reben untuk gimik pelancaran 'Bas Kite' di Chukai Kemaman, hari ini. Foto - Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 4 November - Kerajaan Terengganu melancarkan 'Bas Kite'  percuma untuk kemudahan pengangkutan penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai dan Air Putih sebelum dikembangkan ke kawasan lain sekiranya ada keperluan. Pelancaran bas henti-henti itu adalah yang pertama di daerah Kemaman selepas kerajaan PAS mengambil alih pemerintahan Negeri Terengganu tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri,  Haji Hanafiah Mat berkata, dengan adanya bas tersebut, ia dapat menyelesaikan masalah pengangkutan di kedua-dua DUN berkenaan, ketika rakyat menghadapi masalah kemelesetan ekonomi. Haji Hanafiah (kanan) menaiki 'Bas Kite' sempena pelancarannya di Chukai, Kemaman hari ini.Serentak itu, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kerana bersedia memberi perkhidmatan bas percuma di kedua-dua DUN tersebut.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas merasmikan pelancaran Bas Kite di Perkarangan Lembaga Tabung Haji, Chukai, hari ini. Difahamkan, bas berkenaan  akan mula beroperasi esok sejauh kira-kira 20 kilometer untuk satu pusingan bermula dari Bandar Chukai, Kampung Paya Berenjut,  Kampung Binjai dan kembali ke bandar Chukai.Dijangka bas tersebut akan beroperasi sebanyak lima hingga tujuh 'trip' sehari bermula jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam. Bas dari Syarikat Cas Ligas Sdn Bhd yang berkapasiti muatan 40 orang penumpang itu dijangka menelan belanja sebanyak RM260,000 setahun atau RM21,000 sebulan dibayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Haji Hanafiah (kiri) berucap merasmikan Majlis Pelancaran 'Bas Kite' di Chukai Kemaman, hari ini.Jumlah perbelanjaan itu adalah untuk  gaji pemandu,  minyak,  penyelengaraan dan lain-lain. Haji Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata,  hanya sebuah bas sahaja akan beroperasi pada laluan tersebut dan jumlahnya akan ditambah untuk DUN lain berdasarkan kepada keperluan. "Bas ini menelan belanja hampir RM260,000 setahun atau lebih RM21,000 sebulan. "Ianya akan dibayar oleh kerajaan negeri kepada Syarikat Cas Ligas Sdn Bhd," ujarnya.
03 Nov 18
677