lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Saluran Air Dibina Atasi Banjir Di Kampung Dendang
Kerja-kerja meratakan laluan sebelum diturap sedang rancak dijalankan selain pembinaan saliran air di kawasan terlibat. Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 7 November- Kerajaan negeri akan membina saluran air untuk menyelesaikan masalah banjir yang sering membelenggu penduduk di Kampung (Kg) Dendang, Bukit Besi, di sini, saban tahun apabila tibanya musim tengkujuh.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, masalah yang sudah lama dihadapi itu akan diatasi segera dengan pembinaan kemudahan yang menelan kos kira-kira RM10,000 bagi mengelak air tersekat dan penyebab banjir."Kerajaan negeri akan menyelesaikan masalah penduduk dan kecaknaan kerajaan untuk mensejahterakan serta memberi keselesaaan kepada rakyat tidak boleh dipandang mudah."Kita akan mendapat peruntukan dari Majlis Daerah Dungun untuk disalurkan kepada DUN bagi membuat saluran air keluar, kerana setiap kali hujan air akan bertakung serta menenggelamkan rumah penduduk di sini,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau projek berkenaan, di Kg Dendang, kelmarin.Ghazali meninjau kerja-kerja membersih dan meratakan jalan laluan di Kampung Dendang, kelmarin.Ghazali berkata, selain pembinaan saluran itu, pihaknya juga akan menurap jalan tar di kawasan itu untuk keselesaan penduduk sekitar.Menurutnya, walaupun kos bagi menyediakan kemudahan itu hanya sekitar RM10,000 dan dikategorikan sebagai projek kecil, tetapi manfaatnya begitu besar kepada penduduk."Lebih-lebih lagi dalam keadaan musim hujan yang tidak menentu ini, pastinya dapat menghilangkan kegusaran penduduk di sini. Selama ini ianya begitu menyusahkan penduduk, apatah lagi mereka perlu memakir kereta jauh dari kediaman kerana masalah kawasan kediaman yang ditenggelami air apabila hujan lebat. "Kita harapkan agar projek ini akan menjadi bukti bahawa kerajaan serius menyelesaikan masalah rakyat dan sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh yang boleh menyebabkan bencana banjir," kata beliau lagi.
06 Nov 18
188
Empty Image
Chicken Cottage Terengganu Lebih Sedap
Ariffin Deraman (kiri), Exco Kerajaan Terengganu bersama isteri (kanan) menikmati hidangan Chicken Cottage di UK. "Apapun  rasanya Chicken Cottage di Terengganu lagi sedap!" Kata Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan)UNITED KINGDOM, 7 November - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memuji rasa menu hidangan Chicken Cottage di Terengganu lebih sedap berbanding di sini.Bagaimanapun beliau sedang mencari idea untuk menyusun kembali  perniagaan Chicken Cottage di Malaysia supaya lebih  berjaya dari United Kingdom."Sambil menikmati kelazatannya dalam cuaca yang sejuk ini, cari juga idea untuk menyusun kembali perniagaan Chicken Cottage di Malaysia supaya lebih berjaya seperti di UK,""Apapun  rasanya Chicken Cottage di Terengganu lagi sedap!" tulis beliau dalam status Facebook 5 November.Menu terbaru Chicken Cottage Kuala Terengganu ialah Ayam 'Sweet & Spicy Grill'.Beliau serta rombongannya mengadakan lawatan sambil kerja di sini termasuk meninjau perkembangan perniagaan Chicken Cottage di sini.Sebelum ini beliau mengadakan mesyuarat ahli lembaga pengarah pertama Chicken Cottage di sini 4 November.Restoran Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu tersergam indah.Sementara itu tinjauan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Restoran Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu baru-baru ini mendapati kurangnya sambutan pelanggan terhadap makanan segera di restoran tersebut.Ia mungkin disebabkan faktor lokasi dan promosi yang tidak meluas sebagaimana perniagaan berteraskan makanan segera lain di daerah berkenaan.
06 Nov 18
637
Empty Image
Pusat Transit Banjir Buat Pengguna LPT2
Ghazali menunjukkan dewan yang dijadikan pusat transit.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 7 November - Pusat transit sementara akan dibuka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi bagi pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT)2 laluan Jerangau - Jabor yang terkandas.Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman memaklumkan pusat transit berkenaan dibuka khas agar pengguna dapat berehat sementara menanti banjir di laluan berkenaan surut."Bagi pemandu dari Kuala Lumpur atau Kuantan menuju ke Terengganu keluar melalui Tol Bukit Besi, laluan mereka tidak bermasalah."Tetapi, bagi pemandu yang menggunakan jalan lebuhraya Jerangau- Jabor apabila melalui Bukit Besi sahaja akan terkandas."Ini kerana, kawasan jalan berhadapan dengan Jabatan Pegangkutan Jalan (JPJ) mudah dinaiki air dan kebiasaannya mengambil masa sekitar enam jam untuk surut dan boleh dilalui," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu meninjau Pusat Transit Banjir di dewan orang ramai Bukit Besi, kelmarin.Menurut Ghazali, pusat berkenaan diwujudkan hasil cadangan pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).Pusat transit perlu dipastikan dalam keadaan baik untuk kegunaan pengguna."Kami melihat ia perlu diwujudkan sebagai kemudahan kepada pengguna LPT2."Di pusat ini, mereka boleh berehat atau  menunggu sehingga air mulai surut. Ini kerana, menukar haluan untuk berpatah balik akan memakan masa yang lama terutama jika banyak kenderaan pada waktu itu," katanya.Beliau turut menasihati agar pengguna jalan raya mengamalkan sikap berhati-hati terutama ketika cuaca tidak menentu.Dalam pada itu, ketika dihubungi semalam bagi mendapatkan maklum balas mengenai banjir di Bukit Besi, beliau memaklumkan tiada lagi tempat yang dinaiki air dan Pusat Pemindahan Banjir masih belum dibuka."Bagaimanapun, kita di peringkat DUN di dalam keadaan bersiap siaga dan setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan melaporkan dari semasa ke semasa keadaan kampung yang berpotensi dinaiki air," katanya.
06 Nov 18
297
Empty Image
Shaharizukirnain Tinjau Keadaan Banjir
Oleh: Dzakaria Mohd Salleh, Muhaimin MohamedSETIU, 6 November - Masalah yang membelenggu penduduk Kampung Sri Bayas ekoran jambatan kampung itu yang tidak boleh dilalui akibat musim tengkujuh sekarang ini akan diselesaikan secepat mungkin.Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Setiu bahawa pembinaan jambatan baru di kampung tersebut telah diangkat permohonannya dengan kos hampir RM10 juta."Ianya belum dapat kelulusan lagi, insya-Allah akan diberi keutamaan dalam senarai projek perlu diberi keutamaan dalam pembentangan bajet nanti."Saya juga sudah berbincang dengan exco yang akan turun melawat jambatan itu dalam masa terdekat," ujarnya ketika ditemui pemberita semasa mengadakan tinjauan banjir di kampung berkenaan, hari ini.Terdahulu Shaharizukirnain melakukan tinjauan di Kampung Telaga Papan dan akan memohon bantuan dari Jabatan Parit dan Saliran (JPS) jika perlu bagi mengalihkan air yang bertakung ke sungai berhampiran bagi mengelakkan air memasuki beberapa rumah di kawasan tersebut.Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri Ustaz Zul Bhari Abd Rahman.
06 Nov 18
111
Empty Image
Banjir : Langkap Masih Terkawal, Perlu Berjaga-jaga
Oleh : Ariss Alias dan Dzakaria Mohd SallehSETIU, 6 November 2018 - Beberapa kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap dalam keadaan berjaga-jaga ekoran paras air Sungai Chalok dan Sungai Nerus, di sini yang mula naik akibat hujan berterusan sejak semalam.Tinjauan media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Kampung (Kg) Langkap mendapati siren amaran berbunyi kali pertama pada pagi dan penduduk membuat persiapan awal untuk berpindah sekiranya paras air Sungai Nerus terus naik.Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, satu jambatan gantung perlu dibina bagi mengatasi masalah perhubungan yang terputus dan memudahkan penghantaran barangan bantuan banjir kepada penduduk."Jambatan ini perlu dibina kerana kejadian sama berulang setiap tahun yang menyukarkan pergerakan penduduk kampung," katanya lagiBeliau berkata demikian ketika menyertai lawatan ke kawasan berisiko banjir di sekitar Langkap, petang ini.Turut serta, pasukan penyelamat Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pengairan dan Saluran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pejabat Daerah Setiu dan Majlis Daerah Setiu.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Langkap, Yazid Awang berkata, keadaan terkawal buat masa ini namun akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa.Sementara itu,  jalan di Kg Tok Nandong, Pelong pula ditelenggami air dan terputus perhubungan sejak semalam apabila jambatan tenggelam akibat paras air Sungai Pelong yang meningkat.Bagi Pengerusi MPKK Pelong, Yahya Mat Zain pula berharap pembinaan jambatan gantung ini akan menjadi kenyataan."Sudah lama saya dan penduduk kampung menunggu jambatan gantung ini, dengan perubahan kerajaan baharu semoga akan ada perubahan," katanya lagi.Manakala di Kampung Bukit pula, jalan utama ditutup kepada semua jenis kenderaan.Jambatan Tok Nandong yang terputus sejak semalam.Pengguna dinasihatkan menggunakan jalan altenatif melalui ladang milik TDM untuk ke Kampung Bukit, yang juga merupakan jalan pintas ke Kampung Sungai Las, Bukit Munduk, Alor Lek dan Bukit Aman.Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof  turut mengucapkan terima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO), agensi-agensi negeri dan persekutuan yang bekerjasama erat dalam pengurusan bencana banjir."Bekalan barangan sudah ditempatkan di semua pusat pemindahan banjir dan agihan bantuan kepada mangsa akan dibuat secara adil," kata beliau lagi.
06 Nov 18
360
Empty Image
Nasib Empat Beranak Tinggal Di Bangsal Daif Terbela
Keadaan bangsal yang menjadi tempat berlindung bagi empat beranak di Kampung Seri Kemunting, Kuala BesutOleh : Saifullah JusohBESUT - Kesempitan hidup empat beranak memaksa mereka tinggal di dalam sebuah bangsal kecil diperbuat daripada daun-daun kayu, barang-barang terpakai dan berlantaikan tanah di Kampung Seri Kemunting, Kuala Besut sejak lima tahun lalu.Lebih menyayat hati apabila bangsal itu sangat terdedah kepada hujan serta ancaman binatang berbisa sentiasa menghantui kehidupan penghuninya terutama musim tengkujuh menjelang.Mohd Zainizam Man, 29, berkata, dia dan isterinya Noor Aznie Adinie Majid, 25 serta dua anaknya yang berusia tiga dan lima tahun tidak mempunyai pilihan lain kecuali tinggal di bangsal berkenaan kerana tidak mempunyai tempat tinggal tetap."Kehidupan kami sekeluarga tidak menentu dan malah saya sendiri tidak ada pekerjaan tetap untuk menanggung keluarga serta tidak mampu nak bina kediaman yang selesa untuk mereka berlindung."Saya amat berharap agar pihak berwajib dapat membantu kami bagi mendapat tinggal yang lebih selesa kerana saya sangat bimbang dengan keselamatan anak-anak kami yang masih kecil,"ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.Menurut Mohd Zainizam, isterinya merupakan Orang Kurang Upaya(OKU) juga tidak bekerja dan hanya mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang tidak seberapa untuk menguruskan perbelanjaan rumah.Kisah keluarga ini mendapat perhatian pihak Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut selepas mendapat aduan daripada Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Seri Kemunting, Ustaz Basri.Penyelia i-MiTS DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir dan Penolong Penyelia i-MiTS DUN Kuala Besut, Napisah Ismail bersama-sama dengan pihak Majlis Agama Islam Dan Melayu Terengganu (MAIDAM) telah melakukan lawatan ke rumah keluarga malang berkenaan bagi melihat bentuk bantuan yang perlu disalurkan.Ustaz Zulkifli Kadir berkata pihaknya dengan kerjasama MAIDAM akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan perkara ini dapat diselesaikan dengan segera bagi  menjamin keselesaan dan keselamatan keluarga tersebut."Difahamkan pihak MAIDAM akan menanggung sewa rumah sementara menunggu proses permohonan rumah MAIDAM ataupun rumah baru di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),"katanya.
06 Nov 18
114
Empty Image
Aras Air Bahaya Di Sungai Utama Terengganu
KUALA TERENGGANU, 6 November - Kesemua sungai-sungai utama di Terengganu menunjukkan peningkatan aras air yang dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya banjir.Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu, Osman Abdullah berkata, tiga sungai melepasi waspada iaitu Sungai Chalok di Jambatan Chalok (trend menurun), Sungai Nerus di Kampung Langkap (trend menurun) dan Sungai Setiu di Kampung Besut (trend menaik)."Manakala 2 sungai lagi melepasi amaran iaitu Sungai Telemong di Kuala Ping Hulu Terengganu (trend meningkat) dan Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu (trend menaik)," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini, mengulas tentang info terkini keadaan banjir Terengganu.Katanya, beberapa penempatan telah dinaiki air (local flooding) di Kampung Padang Kemunting, Kuala Nerus dan Kampung Sungai Buaya, Dungun."Kesemua 42 stesen hujan merekodkan hujan sekitar 20mm-100mm utk hari ini. Hujan 100mm direkodkan di Kampung Bukit Diman Hulu Terengganu (lembangan Sungai Marang)."Purata jumlah hujan yang diterima bermula 1 hingga 5 November 2018 ialah 207mm," ujarnya.Dalam pada itu, menurut Osman, susulan amaran cuaca buruk peringkat  jingga yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MET) Malaysia pada 5 November 2018, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan kejadian banjir akan berlaku bermula jam 10.00 malam ini 6 November.Ianya akan melibatkan beberapa kampung di sepanjang Sungai Telemong termasuk Kampung Basung, Kampung Teris, Kampung Tok Lawit, Kampung Tengkawang, Kampung Kuala Ping dan Kampung Kepah manakala Sungai Nerus akan melibatkan Kampung Langkap, Kampung Merbau Menyusut dan kawasan sekitarnya.Banjir juga diramalkan berlaku pada 7 November 2018 bermula jam 11.00pagi yang melibatkan Kampung Matang, Kampung Nibong, Kampung Paloh Nyior dan Kampung Bukit Tadok, akibat limpahan sungai Telemong. Kesemuanya dalam daerah Hulu Terengganu.
05 Nov 18
167
Empty Image
Pemaju Projek KTCC -LTSM Perlu Ambil Langkah Elak Hakisan
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS – Pihak Pemaju (kontraktor) perlu mengambil langkah membaik pulih dan berjaga-jaga ke atas projek jalan yang menghubungkan Lapangan Terbang Sultan Mahmud(LTSM) dengan Kuala Terengganu City Centre(KTCC) di Kampung Seberang Takir yang sedang mengalami masalah hakisan akibat ombak besar.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali ketika dihubungi berkata, kontraktor yang terlibat dalam pembinaan lebuhraya iaitu HexaTrend Sdn Bhd perlu bertindak segera untuk memastikan projek dibawah seliaan kerajaan pusat tidak terjejas teruk.Ketika tinjauan Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ke kawasan terlibat, ia telah mengakibatkan hakisan pantai yang teruk dan menyebabkan lebuhraya yang sedang dalam proses pembinaan hampir roboh.Bagi mengatasi masalah dengan seberapa segera, pihak kerajaan negeri telah mengambil inisiatif dengan menghantar dua hingga empat buah jentolak untuk membuat benteng sementara bagi menghalang arus deras air ombak yang membaham pantai.Sementara itu, pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus turut  melawat kawasan yang dilanda hakisan pantai di pesisir pantai berkenaan, semalam bagi melihat dan mengambil tindakan yang perlu untuk menghalang masalah hakisan pantai yang teruk, kerosakan harta benda awam dan mengancam keselamatan penduduk setempat.Turut hadir, pegawai-pegawai daripada Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) yang turut serta melawat kawasan tersebut.Masalah hakisan pantai yang membelenggu penduduk Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus tidak berkesudahan apabila mereka terus dihambat kebimbangan apatah lagi musim tengkujuh telahpun bermula.Musim tengkujuh yang mula melanda negeri ini menimbulkan kegusaran penduduk termasuk nelayan dan peniaga pesisir pantai yang terpaksa berdepan masalah hakisan dan angin kencang, terutama pada waktu malam.
05 Nov 18
509
Empty Image
Jabatan Amal Bantu JKM Agih Bantuan Banjir
Oleh: Abd MuhaiminSETIU, 5 November - Seramai sembilan orang anggota Jabatan Amal Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri turun ke lapangan bagi membantu proses pengagihan barangan keperluan bekalan di 23 pusat pemindahan di Permaisuri yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Pegawai JKM Setiu, Amizan Che Aziz berkata, barangan tersebut adalah sebagai persediaan awal bagi menghadapi musibah banjir."Ini adalah sebagai persediaan kerana kita khuatir pihak keselamatan akan terkandas akibat laluan yang tidak boleh dilalui."Barang akan dihantar ke pusat operasi bekalan di lima mukim dalam daerah Setiu melibatkan 23 pusat pemindahan di DUN Permaisuri. Barangan ini sebagai persediaan awal bagi menghadapi banjir," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita, mengulas tentang operasi banjir di pejabat JKM Setiu, kelmarin.Menurutnya lagi, barang yang diagihkan adalah barang mentah masakan serta tikar dan selimut. Barangan ini akan diagihkan mengikut keperluan semasa di pusat pemindahan."Kita juga akan menempatkan pegawai bagi menguruskannya di setiap pusat pemindahan yang terdiri daripada wakil JKM, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan bantuan sukarelawan dari Khidmat Malaysia Permaisuri serta Unit Amal," ujarnya.Sementara itu, Pengarah Khidmat Malaysia Setiu, Mohd Nor Hamid memberitahu, beliau menerima panggilan dari Pejabat Penyelaras DUN Permaisuri supaya mengerahkan anggota Jabatan Amal untuk hadir bagi membantu proses pemunggahan barangan tersebut di JKM Setiu."Kami amat berbesar hati dapat bersama-sama membantu agensi kerajaan seperti JKM dalam menjadi sukarelawan khusus bagi membantu mangsa banjir di Permaisuri ataupun di peringkat daerah Setiu," tambahnya.Turut hadir menghulurkan khidmat sukarelawan, Pegawai Khas Penyelaras DUN Permaisuri, Arman Nulamir Wahab dan Setiausaha Khidmat Malaysia Daerah Setiu, Fahmi Izzuddin Hasim.
04 Nov 18
809
Empty Image
MB Terengganu Gembira Kejayaan CCL
Dr Ahmad Samsuri (tengah) mempengerusikan mesyuarat kali pertama CCL di UK.UNITED KINGDOM, 5 November - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempengerusikan mesyuarat kali pertama Chicken Cottage Limited (CCL) di sini dan beliau merasa gembira dengan perkembangan positif perniagaan anak syarikat kerajaan negeri itu."Saya mempengerusikan mesyuarat pertama Lembaga Pengarah Chicken Cottage Limited (CCL) di United Kingdom (UK) semalam dan sangat gembira mendengar perkembangan positif CCL di UK dan penerimaan baik pelanggan di sini," katanya dalam status Facebook beliau.Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu Incorporated (Terengganu Inc.), Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Inc, Dato' Raja Haji Idris Raja Kamaruddin.Antara Ahli Lembaga Pengarah CCL bergambar bersama Dr Ahmad Samsuri (tiga dari kanan) di UK.Difahamkan, Chicken Cottage ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai syarikat perkongsian dan diperbadankan pada Februari tahun 2001.Restoran Chicken Cottage yang pertama dibuka pada tahun 1994 di Wembley, London.Pada Februari 2014, TI Global Food Holdings Bhd, Terengganu Inc, yang merupakan cabang pelaburan utama Negeri Terengganu, memperoleh 70 peratus kepentingan dalam syarikat itu.Baki 30 peratus pada masa itu dimiliki oleh Ri-Yaz Global Food Brands Inc, anak syarikat Ri-Yaz Holdings, yang fokus utamanya adalah hospitaliti, perniagaan dan pembangunan francais.Antara menu popular Chicken Cottage dijual di UK.Cawangan pertama Malaysia dibuka di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu pada Disember 2015 dan terdapat rancangan untuk mempunyai 50 cawangan lagi, termasuk 15 di Terengganu.Restoran lain ditubuhkan di peringkat antarabangsa termasuk di Jerman, Syria, Dubai (UAE), Doha (Qatar), Iraq, Algeria, Pakistan, Perancis, Slovakia, Afrika Selatan, Libya, Sweden dan Itali.
04 Nov 18
225