lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Asal Usul Kampung Jenang
Asal usul Kampung Jenang dijenamakan oleh Almarhum Sultan Zainal Abidin I.MARANG, 7 November - Asal usul Kampung Jenang di sini adalah sempena nama pintu istana (Jenang) Sultan Zainal Abidin I sekitar tahun 1907. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong ketika menceritakan sejarah Kampung Jenang di status Facebooknyaberkata, Tuanku Sultan Zainal Abidin I berkenan untuk menamakan kampung itu dengan nama 'Jenang' iaitu pintu istana baginda.Ustaz Sulaiman SulongMenurut sejarah perkampungan itu pada awal penerokaannya diasaskan oleh Jusoh Abdullah."Sejarah bermula apabila empat buah keluarga telah mudik ke hulu Sungai Marang dan berhijrah ke sebuah tempat yang masih belum mempunyai penghuni dan nama."Mereka membuat keputusan untuk menetap di sana dengan mewujudkan sebuah penempatan kecil," jelasnya.Bangsal Kecil dibina untuk kekalkan sejarah Perusahaan Tradisi Membuat Manisan Kelapa di Kampung Jenang.Nama perkampungan itu katanya, bermula apabila Almarhum Sultan Zainal Abidin I telah menitahkan agar rakyat jelata mencari batang kayu untuk dijadikan istana baginda yang baharu."Titah tersebut telah disampaikan kepada seluruh pelusuk kampung. Titah Baginda akhirnya sampai ke pengetahuan penduduk perkampungan tersebut lalu penduduk perkampungan itu mempersembahkan sebatang kayu dari kampung tersebut kepada baginda."Kayu itu telah mendapat perkenan Tuanku untuk digunakan di istana. Kayu tersebut dijadikan “jenang” pintu istana dan bersempena dengan peristiwa tersebut maka Baginda Sultan telah berkenan untuk menamakan kampung tersebut dengan nama Kampung Jenang," ujarnya.Sebuah bangsal sedang disiapkan untuk Majlis Perasmian Bangsal Manisan Kampung Jenang, Marang 10 November ini.Sementara itu penduduk kampung itu  kini sedang menyiapkan infrastruktur termasuk surau dan pondok di sekitar "bangsal nisang, warisan tok nyadat", satu tempat untuk perusahaan membuat manisan dari tuak kelapa.Menurut Ustaz Sulaiman, bangsal tersebut dijangka akan dirasmikan 10 November ini sekaligus orang ramai dijemput untuk menghadiri majlis tersebut di kampung berkenaan.
07 Nov 18
2110
Empty Image
Isu Harga Getah; Menteri PH Tidak Faham, Keliru
Dr Azman Ibrahim ditemui selepas merasmikan Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi Kanak-kanak Permata Keluarga 2018 di Dewan MDS Sungai Tarom.SETIU, 7 November - Pembentangan Bajet 2019 oleh Menteri Kewangan tentang harga getah dan kenyataan Menteri Industri Utama tentang harga siling getah menonjolkan ketidakfahaman dan kekeliruan mereka tentang isu tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim menyeru kedua-dua menteri itu supaya memahami fungsi serta tugas masing-masing.“Menteri Kewangan mengumumkan ketika pembentangan bajet bahawa Insentif Pengeluaran Getah  hanya akan diterima oleh penoreh dan pekebun kecil sekiranya harga getah skrap jatuh di bawah RM2.20 sekilogram.“Saya nampak Menteri agak keliru untuk membezakan antara susu getah, getah skrap dan getah SMR (Standard Malaysian Rubber).“Sebab itu, saya sangat mengesyorkan supaya cepat-cepat adaptasi diri dalam bidang yang dipertanggungjawabkan, sekurang-kurangnya memahami jerit-perih para penoreh getah,” ujarnya.Beliau menjelaskan bahawa dengan harga getah skrap RM2.20 sebagaimana sekarang, penoreh hanya mampu membeli beras secara timbang kilo samada setengah kilo atau sekilogram sahaja sekali beli."Tak mampu nak beli sekampit 5kg atau 10kg. Apakah menteri dah berpuas hati dengan kadar harga getah RM2.20?“Kita nak harga lantai pada kadar yang munasabah mengikut pandangan masyarakat penoreh sekitar RM4 sekilogram dan sekiranya diletakkan pada harga tersebut kerajaan tidak perlu lagi memberi apa-apa insentif tambahan” jelasnya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi Kanak-kanak Permata Keluarga 2018 di Dewan MDS Sungai Tarom, hari ini.Sebaliknya kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Industri Utama pada Selasa (6 November 2018) menunjukkan peningkatan harga kepada RM4 sekilogram akan menyebabkan pertambahan kos yang tinggi kepada kerajaan bahkan meningkatkan penyeludupan produk tersebut kerana harga yang tinggi di pasaran.Justeru, beliau berkata, kenyataan Menteri Industri Utama yang mendakwa tidak perlu harga lantai menunjukkan  menteri yang berasal daripada ibu kota itu tidak faham tentang kehidupan seorang penoreh.“Beliau seolah-olah mendakwa harga semasa getah RM2.20 adalah harga yang tinggi memadai.Oleh yang demikian, Dr Azman menegaskan bahawa bagi meningkatkan taraf hidup seramai 450,568 orang pekebun getah, harga lantai adalah sangat perlu.
07 Nov 18
79
Empty Image
Realisasi Prinsip PITAS 2030 Melalui SRIDI
Ridzuan memberikan penerangan tentang SRIDI yang bakal memulakan operasi tahun depan.Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 7 November - Penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) merupakan salah satu agenda penting dalam merealisasikan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ridzuan Hashim berkata, prinsip kedua PITAS iaitu ‘insan berkualiti aset penting negeri’ hanya boleh direalisasikan melalui perubahan pada sistem pendidikan iaitu berlandaskan al- Quran dan as- Sunnah.“Justeru, pelaksanaan ini amat penting dalam mewujudkan modal insan berkualiti di semua peringkat bermula pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya pengajian tinggi.“Mewujudkan sekolah agama di setiap dun merupakan antara manifesto kerajaan negeri yang sedang dilaksanakan dan kita mengimpikan untuk mewujudkan institusi agama di peringkat negeri sebagaimana Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dahulu. Ridzuan bergambar bersama wakil i-MiTS, wakil JHEAT dan kakitangan pusat khidmat DUN.“InsyaAllah, usaha ini akan menjadi aset dan seterusnya memacu Negeri Terengganu dalam mencapai redha Allah”, katanya ketika berucap dalam Taklimat Penubuhan SRIDI oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Kampung Petai Bubus, semalam.Majlis tersebut dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Pusat Khidmat ADUN Buluh Gading itu turut dihadiri penolong Pesuruhjaya Pengurusan Akademik, Jabatan Hal Ehwal Negeri Terengganu, Mohd Hafiz Karim.Ridzuan yang juga ADUN Buluh Gading melahirkan kegembiraan kerana DUN Buluh Gading antara lima DUN yang terpilih sebagai perintis dalam perlaksanaan SRIDI. Sekolah itu dijangka akan memanfaatkan bangunan Kompleks Usahawan Terengganu (KUT) yang bernilai RM24 juta berikutan ia tidak digunakan sepenuhnya sejak siap dibina pada tahun 2013.
07 Nov 18
389
Empty Image
Sukarelawan Banjir Akan Digerakkan Dalam Masa Terdekat
Ustaz Wan Sukairi ketika menyampaikan tazkirah Bicara Nurani Warga Kerja di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, hari ini.  KUALA TERENGGANU, 7 November - Sukarelawan banjir peringkat negeri yang terdiri daripada gabungan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan digerakkan dalam masa terdekat bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihaknya bercadang untuk mengumumkan nama sukarelawan itu pada majlis pelancarannya awal Disember ini.“Kita akan melancarkannya (sukarelawan banjir) pada awal Disember ini serentak dengan namanya dan diharapkan dengan adanya sukarelawan ini sedikit sebanyak dapat melicinkan gerak kerja membantu, memindah dan menyelamat mangsa-mangsa banjir.“Saya juga mengharapkan belia kita terutamanya persatuan-persatuan belia seluruh negeri dapat bersiap sedia memberikan khidmat sosial termasuk sebarang bantuan dan pertolongan apabila diperlukan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan tazkirah sempena Bicara Nurani Warga Kerja di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.Katanya, buat masa ini segala perbincangan, kursus dan perjumpaan dari semasa ke semasa telah diadakan dengan kumpulan terbabit bagi menyelaras gerak kerja banjir agar lebih efisyen dan bersistematik.“Kita juga mendapat kerjasama yang baik dari NGO yang turut serta melakukan persiapan yang sama untuk membantu agensi-agensi kerajaan menghadapi musim banjir ini.“Mereka telah bersiap sedia termasuk dari segi latihan. Taklimat juga telah diadakan dan kita juga sentiasa berhubung untuk menyelaraskan semua gerak kerja membantu, menyelamat dan juga memberikan bantuan sekiranya banjir melanda negeri ini,” ujarnya.
06 Nov 18
28
Empty Image
MPKK Siap Siaga Hadapi Banjir
Wan Sukairi meninjau kawasan yang berpotensi banjir di DUN Wakaf Mempelam.Oleh: Azizah MahmoodKUALA TERENGGANU, 7 November - Sesetengah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mula melakukan persediaan awal dalam mengelakkan  banjir kilat dan limpahan air ketika hujan lebat dengan mengambil pelbagai langkah dan usaha.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah memuji tindakan MPKK Kampung Wakaf Mempelam yang menyewa mesin 'case' untuk membersihkan aliran longkang dan saliran. "Ini merupakan satu langkah yang amat baik kerana penting bagi setiap MPKK mengawal selia tempat- tempat berpotensi tersekat aliran air,” katanya ketika meninjau beberapa tempat berisiko di dalam DUN Wakaf Mempelam, semalam.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam mendapat makluman bahawa MPKK Padang Sena, Gong Pauh dan Kubang Tangga bergabung membersihkan persekitaran perumahan Taman Sri Nilam.Parit yang tidak diselia baik akan menyekat aliran air."Pada cuti perayaan Deepavali ini, beberapa MPKK mengambil kesempatan melakukan gotong royong membersih longkang dan parit tersumbat sebagai langkah pencegahan banjir. Salah satunya di Kampung Losong Atap Zing. Pengerusinya, Saudara Mohd Azhan Haji Suhaili turut mengadakan gotong royong membersih perparitan sekitar Kampung  Losong Atap Zing," katanya.Sementara itu, Pengerusi MPKK Kampung Wakaf Mempelam, Saudara Azmi Ali berkata, tindakan tersebut diambil memandangkan kawasan ke Kampung Kayu Tinggi dan sekitarnya, berhampiran jalan utama kampung dikelilingi sawah terbiar. "Di sini, air sering melimpahi jalan apabila hujan lebat. Jadi, kami memperdalam sawah terbiar dan membersihkan perparitan sedia ada bagi mengelakkan air hujan melimpah ke rumah- rumah berdekatan,”  ujarnya. MPKK memulakan langkah mengawal kawasan yang berpotensi dinaiki air.
06 Nov 18
77
Empty Image
Amaran Ribut Petir Menyeluruh
KUALA TERENGGANU, 7 November - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak sehingga 5:00 petang; Rabu, 7 November 2018.Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.Dalam pada itu, menurutnya, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah sehingga Rabu, 7 November 2018."Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri."Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Rabu, 7 November 2018," katanya.Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
06 Nov 18
1082
Empty Image
Perkenal Pantai Penarik Di Teksi London
Ariffin (kanan) menunjukkan paparan Pantai Penarik Setiu di Teksi London.UNITED KINGDOM,  7 November - Kerajaan  mempergiatkan promosi negeri Terengganu di luar negara dengan melancarkan teksi London berpaparan pemandangan Pantai Penarik, Setiu.Dengan pelancaran itu, satu lagi usaha bersungguh-sungguh dilakukan kerajaan negeri untuk memperkenalkan Terengganu di mata dunia sekaligus  menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri tersebut.Pelancaran itu dibuat bersama, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri , Dato. A Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi negeri, Ariffin Deraman di kota London, semalam.Gambar gimik pelancaran itu dimuat naik di status Facebook Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Dato' A Rahman menunjukkan isyarat 'bagus' ke atas paparan promosi Pantai Penarik di Teksi London.Dr Ahmad Samsuri di statusnya menyebut, acara tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam mempromosi produk pelancongan negeri di kota London.Katanya, kerajaan memilih untuk membuat promosi berkenaan kerana teksi itu merupakan satu ikon di kota London dan ia mempunyai keunikan reka bentuk tersendiri yang hanya terdapat di situ.Sementara itu, beberapa orang netizen dalam komentar di Facebook Dr Ahmad Samsuri, kebanyakannya menyambut baik sekaligus mengucapkan tahniah atas usaha kerajaan tersebut.Mohd Asri Yusof menyifatkan iklan itu sangat sesuai dengan orang London.Manakala, Arbaain Embong pula mengharapkan semoga iklan berkenaan membuahkan hasil.
06 Nov 18
73
Empty Image
Gabungan Jentera Kerajaan Dan Parti Kuatkan Skuad Banjir
Dr. Azman IbrahimOleh: Dzakaria Mohd Salleh,Nurul Robiatul HidayahSETIU 6 November- Gabungan jentera kerajaan bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan parti memberi kekuatan kepada skuad banjir  dalam memberikan khidmat terbaik bagi membantu dan menyelamat mangsa yang terlibat pada musim tengkujuh kali ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr. Azman Ibrahim berkata gandingan ini akan mengenepikan sebarang sentimen dan memberi fokus bagi menyelamat dan membantu mangsa.“Semua agensi kerajaan dan jentera parti perlu sama-sama bantu terutama keadaan musim hujan yang melanda negeri sekarang dan saya difahamkan bahawa perhatian sewajarnya diambil dengan kerja-kerja bagi mengelakkan banjir telah dijalankan sebaik mungkin. “Bagi DUN Jabi sendiri, semua jentera yang terlibat dengan  banjir juga telah bersiap sedia dan berada dalam ‘mode standby’ serta diaktifkan termasuk kawasan berisiko banjir telah dikenal pasti dan pengkalan hadapan untuk bekalan logistik telah bersedia pada bila-bila masa,”katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika dihubungi.Tambahnya lagi, pusat pemindahan telah disenaraikan bagi membantu menyelesaikan masalah penduduk yang menjadi mangsa banjir untuk berpindah.Program gotong royong bersama  penduduk Kampung Tasik Mengkuang,Ging Dasar dan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan bagi mengelakkan air bertakung.Beliau turut mengucapkan tahniah diatas sikap penduduk Kampung Tasik Mengkuang,Ging Dasar dan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan yang mengadakan gotong royong mencuci parit bagi memudahkan aliran air bertakung."Kita tak ada kuasa nak elakkan banjir tapi kita buat apa yang patut supaya aliran air lancar dan saya ucapkan terima kasih pada MPKK yang terlibat dalam gotong royong ini telah dijayakan dengan semangat silaturrahim,”ujarnya.
06 Nov 18
59
Empty Image
Kemasik Buat Persiapan Awal Hadapi Banjir
Penduduk bekerjasama mengangkut barang untuk disimpan di pusat pemindahan di Balai Raya Kg Labohan, Kerteh. Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN, 7 November - Penduduk bersama jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik bergotong-royong mengangkat dan menyimpan barang keperluan mangsa banjir di pusat pemindahan sebagai persiapan awal menghadapi musim tengkujuh, sejak Ahad lalu.Terdapat lima pusat pemindahan sementara banjir di Kemasik, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Balai Raya Kampung (Kg) Labohan, Dewan Orang Ramai Kg Pengkalan Ranggon, Masjid Batu Putih di Kg Batu Putih dan di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Chabang.Pengerusi MPKK Kg Labohan, Mohd Nor Abd Samad berkata, pengagihan barang keperluan harian kepada mangsa daripada agensi seperti Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan diagihkan menerusi jawatankuasa MPKK setiap kampung terlibat supaya berjalan lancar."Banjir di Kg Labohan ini adalah (berkadar) serta-merta, jadi dengan bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara  ini, dapat kita berikan kepada yang memerlukan dengan segera," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Balai Raya Kg Labohan, Kerteh, di sini, semalam.Mohd Nor berkata, MPKK juga akan segera menghubungi pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik sekiranya berlaku sebarang masalah pada masa akan datang supaya semua mangsa yang terlibat mendapat pembelaan sewajarnya."Ribuan terima kasih juga diucapkan, khususnya kepada YB (Yang Berhormat) ADUN Kemasik (Ir Saiful Azmi Suhaili) dan JKM Kemaman kerana terus komited menjalankan tugas di musim banjir untuk kemudahan penduduk kampung," katanya.Sebelum itu, MPK turut mengagihkan bantuan yang sama di Dewan Orang Ramai Kg Pengkalan Ranggon dan Masjid Batu Putih di Kg Batu Putih.Pengagihan barang untuk persiapan awal banjir di Dewan Orang Ramai Kg Pengkalan Ranggon.
06 Nov 18
114
Empty Image
Tangani Segera Masalah Kerosakan Lif Flat PPR Hiliran-ADUN Bandar
ADUN Bandar mendengar keluhan beberapa penduduk Flat PPR Hiliran yang terpaksa berhadapan dengan kerosakan lifOleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU- Kerajaan negeri akan mengambil inisiatif bagi menyelesaikan masalah kerosakan lif yang sering berlaku di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Padang Hiliran dengan seberapa segera.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bandar, Ahmad Shah Mohamed berkata , aduan mengenai kerosakan lif merupakan permasalahan utama penduduk kerana flat ini bukan hanya melibatkan tiga atau empat tingkat, tetapi ianya melibatkan tujuh belas tingkat.Jelasnya, kerosakan yang sering berlaku pada ketiga-tiga blok rumah pangsa setinggi 17 tingkat tersebut telah menyukarkan kehidupan seharian penduduknya“Fokus kami ialah mengenai kerosakan lif dan beberapa perkara berkait keselamatan dan seumpamanya.“Bagi mereka yang berada di tingkat yang paling atas, sekiranya berlaku kerosakan lif, ianya amat menyukarkan terutama bagi  golongan yang uzur, warga emas dan kanak-kanak yang sememangnya memerlukan lif untuk urusan turun dan naik ke flat terutamanya waktu pagi ketika masing-masing sibuk untuk urusan ke sekolah dan tempat kerja,”ujarnya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) setelah meninjau keadaan yang berlaku di PPR Flat Hiliran bersama  Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) PPR Hiliran dan ahli jawatankuasanya.Menurut Ahmad Shah, beliau telah membuat tinjauan ke kawasan perumahan tersebut apabila mandapat aduan dari penduduk.“Doakan supaya kami dapat menyelesaikan masalah ini dan saya selaku ADUN Bandar bersama-sama rakan-rakan dari MPKK akan berusaha untuk menyelesaikan dan membawa aduan masyarakat kepada pihak yang bertanggungjawab  yang menguruskan Flat PPR Hiliran ini,”katanya.
06 Nov 18
774