Artikel "Semasa" Terkini
Jasa Dua Ikon Pertanian Negeri Disanjung - Dr. Azman
KUALA TERENGGANU, 9 November - Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan dua orang penting dalam sektor pertanian di Terengganu amat disanjung tinggi walaupun hanya kira-kira setengah tahun bersama kerajaan negeri yang baharu.Dua ikon itu, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Zulkifley Harun dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, Abdul Mubin Abdul Razak bakal bersara pada hujung tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, walau"Hari-hari sedih untuk kami keluarga Pertanian Negeri Terengganu. Saya bakal kehilangan dua orang pengarah merangkap sahabat dan teman sekerja yang bakal menempuh alam persaraan pada hujung tahun ini."Mereka berdua adalah tulang belakang yang selalu meneguhkan kami dalam keluarga besar bidang pertanian negeri dengan sikap baik akhlak, jujur dalam bertindak, kuat bekerja dan sedia mematuhi arahan walaupun jarak umur saya dengan mereka berdua sangat jauh,"kata beliau dalam kepada Urusetia Penerangan Darul Iman, semalam.Dr. Azman berkata, dalam tempoh lebih kurang lima bulan ini kedua-dua ketua jabatan itu sentiasa bersama di medan pertanian untuk menyantuni masyarakat petani, penternak dan nelayan.Katanya, beliau sangat menghargai hari-hari yang dilalui kerana banyak ilmu serta pengalaman dikongsi demi memperkasakan industri itu di Terengganu ke tahap lebih baik.Tambah beliau, selepas lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam, akhirnya kedua-dua ikon ini akan mengucapkan selamat tinggal."Saya terkesan dan terasa kehilangan. Selamat bersara saya ucapkan. Perkhidmatan kerajaan ada tempohnya. Tapi ukhwah dan persahabatan tiada had masa,"kata beliau lagi.
09 Nov 18
316
Kerajaan Negeri Timbang Cadangan Jambatan Baru Sri Bayas
Oleh: Dzakaria Mohd Salleh, Abd Muhaimin Setiu 9 November-Kerajaan negeri akan menimbang kembali cadangan pembinaan jambatan baru bernilai RM10 Juta oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Parit Saliran (JPS) Setiu yang telah diangkat permohonannya sebelum ini masih belum diluluskan oleh kerajaan terdahulu di Kampung Sri Bayas, Permaisuri, Setiu.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr. Mamat Puteh berkata beliau hanya mengetahui cadangan pembinaan jambatan yang telah diangkat permohonan ke kerajaan negeri sebelum ini melalui Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir."Jambatan ini memerlukan perbelanjaan yang besar, satu beban juga kepada kerajaan negeri dalam keadaan sekarang kerana kita menghadapi masalah kekurangan bajet, tetapi sekiranya ada bajet yang mencukupi... In Sha Allah kita boleh buat."Alternatif lain bahawa projek ini perlu juga dibawa ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kerana kita lihat kawasan ini adalah kawasan luar bandar dan kerajaan negeri akan berikhtiar supaya KPLB boleh menimbangkan permohonan daripada penduduk terbabit,"katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI)selepas meninjau masalah yang dihadapi penduduk Kampung Sri Bayas dan sekitarnya berkaitan laluan utama jambatan yang sering dinaiki air terutama pada musim tengkujuh.Turut hadir, Pegawai Pejabat Daerah Setiu, Rosdi Awang; Jurutera JKR Daerah Setiu, Wan Zaid Wan Sulong; Jurutera Daerah JPS Setiu, Puan Aisyah Abu Bakar dan Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri, Ustaz Zul Bhari Abd Rahman.Menurut rekod, Kampung Sri Bayas merupakan antara kawasan yang sering dinaiki air ketika musim tengkujuh dan penduduk akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kampung Besut sekiranya paras air semakin meningkat.Perkampungan ini menempatkan seramai 64 keluarga sering terkandas apabila kediaman mereka terputus hubungan kerana jambatan utamanya yang menghubungkan kampung terbabit dengan bandar ditenggelami air setiap kali banjir melanda.Jambatan sepanjang 30 meter itu kerap tenggelam setiap kali air sungai meningkat melebihi satu meter.
09 Nov 18
761
Limpahan Empangan, 523 Penduduk Dipindahkan
Antara 523 penduduk yang terlibat dalam Simulasi Limpahan Air Empangan yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu.HULU TERENGGANU, 8 November - Hampir 523 penduduk berdekatan Empangan Kenyir berdepan 'situasi cemas' apabila mereka terpaksa 'dipindahkan' setelah siren kecemasan dibunyikan ketika air empangan berkenaan mencecah paras bahaya 153 meter.Antara kampung terlibat termasuk Kampung Dura, Kampung Baung, Kampung Kuala Pueh, Kampung Gaung dan empat buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Pauh, SK Kuala Dura, SK Padang Setengga dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenagor.Mereka dibawa ke pusat penempatan setelah kawasan mereka dilanda banjir akibat limpahan air daripada empangan tersebut dengan kenderaan termasuk lori dan bot selain dibantu kenderaan pacuan empat roda.Mohd Zalizan Sulong.Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Mohd Zalizan Sulong berkata, 'perpindahan' itu merupakan sebahagian daripada simulasi banjir sekiranya berlaku limpahan air dari empangan dan mereka yang terlibat adalah yang tinggal di sepanjang sungai berhampiran yang berisiko tinggi."Untuk simulasi pada kali ini, pihakJawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah telah bekerjasama dengan 20 agensi termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Radio Amatur."Program simulasi ini merupakan kali keempat dilaksanakan sejak 2016 tetapi pada kali ini melibatkan skala yang lebih besar sebagai langkah awal hadapi kemungkinan banjir akibat limpahan air dari empangan berkenaan,"katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Keselamatan Empangan "Latih Amal Tindakbalas Kecemasan" Penduduk Mukim Jenagor & Kuala Berang di Dewan Majlis Daerah Kuala Berang, di sini hari ini.Turut hadir, Pengurus Besar Stesen Janalektrik Sultan Mahmud Kenyir, Mustapha Kamal Yaacob.Tambahnya lagi, pihak TNB juga sentiasa turun padang dalam menyampaikan maklumat serta langkah yang perlu diambil jika berlaku limpahan dan siren kecemasan dibunyikan kepada penduduk sekitar.Untuk rekod, Tasik Kenyir yang berkeluasan 370 kilometer (km) persegi itu mula dibina pada 1978 dan beroperasi sepenuhnya pada 1985, dan kawasan tadahannya seluas 1,260 km persegi yang merangkumi tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang
08 Nov 18
185
TNB Jamin Empangan Kenyir Selamat
Empangan Kenyir.HULU TERENGGANU, 8 November - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan bahawa keselamatan Empangan Kenyir sentiasa berada dalam keadaan memuaskan dan selamat melalui pemeriksaan berkala pada empangan berkenaan.Pengurus Besar Stesen Janalektrik Sultan Mahmud Kenyir, Mustapha Kamal Yaacob berkata pihaknya melakukan pemeriksaan yang ketat secara mingguan, bulanan dan tahunan yang dilakukan oleh pakar khas dari ibu pejabat."Dan setiap sepuluh tahun, kita juga akan bawa pakar dari luar negara untuk membuat pemeriksaan rapi ke atas struktur empangan ini."Kita ada alat khas yang boleh mengukur ketidakstabilan empangan dari segi gegaran termasuk isipadu air dan sejak ia beroperasi pada 1986, tidak ada perkara buruk yang pernah berlaku,"katanya.Mustapha Kamal berkata kepada pemberita di sidang media selepas Program Keselamatan Empangan "Latih Amal Tindakbalas Kecemasan" Penduduk Mukim Jenagor & Kuala Berang di Dewan Majlis Daerah Kuala Berang, di sini hari ini.Turut hadir, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Mohd Zalizan Sulong.Pengurus Besar Stesen Janalektrik Sultan Mahmud Kenyir, Mustapha Kamal Yaacob.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan empangan retak yang menjadi viral di kalangan penduduk sehingga menimbulkan rasa panik tentang tahap keselamatan mereka."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih bagi mengelakkan tercetusnya keadaan panik yang akan memburukkan lagi keadaan."Dakwaan ini tidak benar kerana kami buat pemeriksaan yang mampu mengesan jika ia berlaku kerana TNB sentiasa memberi penekanan terhadap aspek keselamatan semua pihak," ujarnya lagi.Mustapha Kamal turut menasihatkan netizen supaya menghubungi TNB Careline (15454) atau mana-mana media sosial TNB termasuk 'facebook' dan 'instagram' bagi mendapatkan maklumat tepat atau ingin membuat laporan.Sementara itu, beliau turut menegaskan tidak berlaku pelepasan air dari empangan kerana air hanya akan mengalir keluar melalui turbin hidrolektrik jika paras air melebihi paras alur limpah."Rekod tertinggi paras air sejak ia dibuka ialah pada 2014 iaitu 148 meter (m) ketika berlaku banjir besar namun empangan masih terkawal."Paras amaran air empangan adalah 150m dan mencapai paras bahaya jika 153m namun sehingga hari ini, pelepasan air secara terkawal telah dijalankan dan ini mengikut prosedur yang sedia ada memastikan operasi empangan berada di tahap normal dan selamat," katanya.
08 Nov 18
1124
Hampir 9,000 Kanak-Kanak YPKT Hafaz Muqaddam Sejak 2007
Dr Mamad menyampaikan sijil kepada peserta Program Hafaz Muqaddam.HULU TERENGGANU, 8 November - Terengganu berjaya merekodkan hampir 9,000 kanak-kanak yang berjaya menghafaz 23 surah lazim sejak Program Hafaz Muqaddam diperkenalkan 12 tahun lalu.Manakala pada tahun ini, program yang diselaraskan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) itu meraikan seramai 1,170 kanak-kanak berumur empat tahun di seluruh Terengganu.Jumlah itu termasuk 98 kanak-kanak dari Parlimen Hulu Terengganu yang diraikan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh di Dewan Sivik, Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Hadir sama Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Mereka terpilih berdasarkan kemampuan dan memenuhi syarat yang ditetapkan.Dr Mamad berkata, program hafazan ini bertujuan untuk menanam rasa cinta kepada al-Quran dan ke arah pembentukan akhlak mulia dalam diri anak-anak sejak awal usia.“Aktiviti pembelanjaran seperti menghafaz dan mengingat secara berulang-ulang, secara tidak langsung akan meningkatkan kognitif, daya dan proses berfikir di kalangan kanak-kanak," katanya.Menurutnya, untuk melaksanakan program itu, kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM20 juta setahun untuk kos pengurusan dan operasi taska di seluruh negeri."Manakala kutipan yuran adalah kira-kira RM10 juta bagi tempoh sama."Ini menunjukkan kerajaan perlu menanggung kos pengurusan sebanyak RM10 juta setahun iaitu kira-kira 50 peratus daripada kos perbelanjaan tidak termasuk kos pembaikian, penyelenggaraan bangunan taska dan peralatan permainan," katanya.
07 Nov 18
141
72 Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JHEAT
Dato' Osman menyampaikan anugerah kepada kakitangan JHEAT.KUALA TERENGGANU, 8 November - Seramai 72 kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) diraikan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 di Pusat Pentadbiran Islam Negeri, hari ini.Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar ketika berucap sempat merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada kakitangan yang terpilih kerana berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang."APC dilaksanakan sejak 1993 dan diangkat sebagai medium penghargaan kepada penjawat awam yang menyemai bakti cemerlang dengan penilaian selama setahun perkhidmatan."Ia secara tidak langsung memberi dorongan kepada penjawat awam untuk meningkatkan kualiti kerja dalam setiap tugasan yang diterima.W. Ismail menamatkan perkhidmatan hari ini."Justeru, saya mengajak warga JHEAT untuk terus meningkatkan kecemerlangan dalam khidmat kepada kerajaan negeri dan pemegang taruh (rakyat)."Semoga usaha semua warga diberkati Allah SWT dan penghargaan ini menjadi bonus buat kita," katanya.Majlis itu turut meraikan Wan Ismail yang menamatkan perkhidmatan sebagai Pesuruhjaya bermula hari ini.Beliau telah berkhidmat bersama JHEAT selama 33 tahun bermula tahun 1985. Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) negeri, Dato' Osman Muda yang merasmikan majlis berkenaan turut mengucapkan terima kasih atas usaha dan jasa Wan Ismail sepanjang berkhidmat memperkasa agama Islam di negeri itu.
07 Nov 18
321
E-Sport Kurang Aktiviti Fizikal
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.KUALA NERUS, 8 November - Kerajaan Terengganu menerima baik peruntukan RM10 juta untuk E-Sport yang diumumkan dalam Bajet 2019 namun Terengganu tidak memberikan tumpuan utama kepada sukan itu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia adalah kerana sukan tersebut kurang aktiviti fizikal berbanding sukan biasa.“Saya menerima baik hasrat ini. E-Sport ini merupakan satu sukan yang baru diperkenalkan dan di peringkat sukan Asia baru-baru ini telah pun dimasukkan agenda di mana ia akan menjadi salah satu sukan yang dipertandingkan.“Di peringkat sukan Asia baru-baru ini tiada pingat lagi yang dipertandingkan kerana ia sekadar sukan pengenalan dan mungkin selepas pada ini sukan E-Sport akan dipertandingkan dalam bentuk pungutan pingat dan sebagainya," katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sukan tersebut di KOMTAQ, baru-baru ini (3 November).Oleh itu, beliau menambah, ia akan hanya dilaksana secara sederhana dan kerajaan akan memberi fokus kepada sukan sedia ada.“Kita nak supaya sukan yang akan kita lahirkan adalah sukan yang melahirkan aktiviti yang sihat. E-Sport ini tidak melibatkan mana-mana pergerakan fizikal, sekadar kemampuan kita untuk menguasai permainan duduk dan menggerakkan tangan,” jelasnya.
07 Nov 18
73
Taska Permata Bentuk Generasi Masa Depan
106 kanak-kanak Taska Permata seluruh Setiu diraikan dalam Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi di Dewan Majlis Daerah Setiu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailOleh : Hidayah AzlinSETIU, 8 November - Pendidikan awal kanak-kanak merupakan fokus utama kerajaan negeri untuk membina modal insan serta membentuk generasi masa depan sebagai sumber kekuatan ummah dan aset negara.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, bakat dan kebolehan mereka digilap menerusi pelbagai kaedah dan modul yang dapat membimbing mereka daripada usia muda supaya cemerlang duniawi dan ukhrawi."Setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM10 juta bagi tujuan pengurusan 66 buah Taska Permata Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di seluruh negeri. "Angka yang agak besar bukan menjadi perhitungan bagi kerajaan, kerana dalam soal pendidikan tidak mengikut dari segi untung rugi tetapi pembangunan modal insan yang mampu dihasilkan,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi Kanak-Kanak Taska Permata Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di Dewan Majlis Daerah Setiu, di sini, semalam. Seramai 106 orang kanak-kanak dari tujuh Taska Permata di Setiu diraikan dalammajlis itu.Turut hadir, Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Kadir, Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri, Ustaz Zul Bahri A Rahman dan Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof.Dr Azman yang juga turut menyampaikan sijil pelantikan Ibu Angkat Taska Permata di seluruh Setiu melibatkan Taska Permata Mengabang Lekor, Putera Jaya, PAKR Anak Ikan, Chalok Kedai, Binjai Manis, Putera Jaya dan Pekan Jabi.
07 Nov 18
553
Dr Ahmad Samsuri Teruja Bertemu Pelajar
Dr Ahmad Samsuri (lima dari kanan) berkata sesuatu kepada pelajar Terengganu di London.Hubungan Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bukan sahaja akrab (dekat) dengan rakyat biasa tetapi juga dengan pelajar kerana beliau sendiri berasal dari tenaga akademik universiti dan pakar dalam bidang aeroangkasa.Beliau sangat teruja bertemu dengan pelajar universiti sama ada dalam mahupun luar negeri. Bila bertemu dengan mereka, nostalgia zaman menjadi pensyarah universiti akan kembali dirasainya sekaligus cukup gembira bertemu dengan mereka.Perkara ini pernah diluahkan beliau ketika bertemu dan berucap di hadapan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus baru-baru ini.Begitulah apa yang berlaku ketika beliau mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom, 5 November lalu. Dr Ahmad Samsuri bertemu mata dan beramah mesra dengan pelajar Malaysia khususnya anak-anak Terengganu di London."Komitmen dan perjuangan mereka menyambung pelajaran jauh di bumi asing dalam pelbagai bidang sememangnya diperlukan untuk bersama membantu pembangunan negeri ke arah yang lebih baik apabila mereka pulang nanti," tulis beliau di status Facebooknya mengulas pertemuan tersebut."Semoga semua berjaya dan menjadi permata buat keluarga, agama, bangsa dan tanah air tercinta," tulisnya lagi.
07 Nov 18
54
Agihan Baucer Dana Sekolah Bermula 23 November
KUALA TERENGGANU, 7 November -Pemohon bantuan awal persekolahan sesi 2019 yang layak akan menerima agihan baucer bermula 23 November ini.Rakyat Terengganu yang isi pendapatan keluarga kurang RM2,500 sebulan layak memohon bantuan dana persekolahan yang dibuka secara atas talian (online), bermula pada 1 Oktober lalu.Pemohon juga perlu melepasi syarat saringan asas oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), sebelum penilaian oleh Jawatankuasa Penilai Pejabat Daerah.Kemudiannya permohonan akan melalui proses tapisan akhir data BPTM dan kelulusan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk penetapan jumlah sebenar penerima bantuan persekolahan yang layak.Dalam satu kenyataan sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat menganggarkan 116,000 pelajar akan mendapat manfaat daripada dana itu yang digerakkan bagi meringankan bebanan keluarga yang melibatkan peruntukan sebanyak RM12 juta.Katanya, pemberian kali ini ditukar semula daripada berbentuk tunai kepada pemberian baucer dengan ibu bapa atau pelajar yang boleh ditebus dengan mendapatkan kelengkapan itu di premis-premis yang ditentukan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri kelak.Setiap pelajar lelaki akan menerima baju serta seluar sekolah, stokin, kasut dan beg manakala pelajar perempuan akan menerima kain, baju, stokin, kasut dan tudung.
07 Nov 18
386