lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
2,970 Graduan UMT Diraikan Sempena Konvokesyen Ke-16
Perarakan keluar Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman diiringi Naib Canselor UMT, Prof Dato' Dr Nor Aeini Mokhtar.Foto oleh:Tengku SyamimKUALA NERUS, 11 November - Seramai 2,970 graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen Ke-16 universiti itu bermula hari ini hingga Selasa di Dewan Sultan Mizan, Gong Badak.Dalam majlis yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan itu, seramai 195 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah termasuk sarjana, sarjana muda (2,647) dan diploma (128).Istiadat pembukaan majlis disempurnakan oleh Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman.Hadir sama, Naib Canselor UMT, Prof Dato' Dr Nor Aeini Mokhtar.Foto oleh:Tengku SyamimDalam majlis itu, UMT menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Tan Sri Datuk Dr Ahmad Zaharudin Idrus dan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada Salihin Abang.Manakala Anugerah Profesor Emeritus dimiliki oleh Dr. Mohd Lokman Husain.Anugerah Pelajaran Diraja dirangkul oleh graduan Ijazah Sarjana Muda Sains, Muhammad Asyraf Adhwa Masimen (kategori bumiputera) dan Foo Tzen Yoong, graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) bagi kategori bukan bumiputera.Anugerah Pingat Emas Canselor pula menjadi milik graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Komputasi), Mohd Tirmizi Mohd Lutfi.Sementara itu, Anugerah Pro Canselor diraih oleh Mohd Azlan Musa (Doktor Falsafah Teknologi Maritim) dan anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti kepada Mohamad Badrul Mohd Khairul Sahimi (Sarjana Sains Akuakultur).
10 Nov 18
789
Empty Image
Dua Otai Gergasi Ragbi Terengganu Berentap
Pasukan Sultan Sulaimanian Old Boys menentang Pasukan Sesma Old Boys Rugby Club dalam perlawanan persahabatan di Padang Sekolah Menengah Teknik, Wakaf Tembesu.Oleh: Nasir AbdullahKUALA TERENGGANU, 11 November - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman (SS) dan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) adalah dua buah sekolah yang terkenal dengan pencapaian hebat akademik dan sukan di Negeri Terengganu.Antara sukan yang menjadi tumpuan kedua-dua buah sekolah ini ialah sukan ragbi dan telah dibuktikan pencapaian kedua-duanya bukan sahaja dalam negara, malah sehingga ke peringkat antarabangsa.Nama-nama seperti Azli Ibrahim, Mohd Hafiz Zainal dari SS dan Nasaruddin Ismail dari SESMA, adalah antara pemain yang berjaya dilahirkan mewakili dan mengharumkan nama Malaysia.Kedua-dua pasukan sentiasa mendominasi kejuaraan ragbi di peringkat sekolah dengan saling bertukar dan mengambil alih kedudukan sebagai pemenang, menjadikan perlawanan antara keduanya layak dinobatkan sebagai pertembungan klasik ragbi Terengganu.Semalam, 'dendam' lama kedua-dua pasukan dilangsaikan dengan diadakan satu perlawanan persahabatan di antara Sultan Sulaimanian Old Boys dan Sesma Old Boys Rugby Club di Padang Sekolah Menengah Teknik, Wakaf Tembesu.Perlawanan yang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan serta imbauan nostalgia yang dimenangi SESMA 8-5 itu, disaksikan oleh kira-kira hampir 200 orang pemain dan penyokong dari kedua-dua pasukan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu hadir sebagai tetamu istimewa dan kemudiannya menyampaikan hadiah kepada pemenang.Turut sama memeriahkan perlawanan, Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Terengganu, Amir Amri Haji Mohamad dan Timbalannya, Che Zulkarnain Abdul Wahab yang kebetulan juga adalah bekas pelajar SS.Khairil Izwan IshakKhairil Izwan Ishak, 32, yang menjadi Pengarah Program Rugby Homecoming Test ini berkata, antara matlamat program ini ialah bagi mengumpulkan kembali pemain-pemain lama ragbi Terengganu.“Ianya juga bagi membantu kerajaan negeri dalam pembangunan sukan ragbi Terengganu. Terengganu tidak ketandusan pemain-pemain berbakat dan kita mengharapkan agar diperbanyakkan lagi perlawanan-perlawanan di peringkat dalaman bagi memberikan lebih pendedahan kepada mereka."Kami akan sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada Kerajaan Terengganu dalam usaha ini,” ujarnya lagi.Manakala Ketua Pasukan SESMA, Muhammad Qairee Mamat, 43, berkata, idea perlawanan seperti ini amat baik bagi merapatkan kembali ukhuwah serta mengimbau kenangan lama.Bagi beliau, semua pemain kedua-dua pasukan adalah kawan-kawan lama walaupun berlainan sekolah, tetapi apabila menyarung jersi Terengganu, hati mereka tetap kepada kejayaan negeri.“Kami sangat berpuas hati dengan penganjuran ini dan berharap ia akan menjadi acara tahunan."Kami juga mencadangkan agar Kerajaan Negeri Terengganu memberikan lebih banyak penumpuan kepada perkembangan sukan ragbi yang telah terbukti melahirkan ramai pemain kebangsaan,” kata beliau.Ditanya apakah rahsia berjaya mengekalkan kecergasan walaupun sudah melewati umur 40 tahun, Qairee yang masih aktif bermain itu menjawab ringkas, seorang pemain perlu sentiasa berlatih.
10 Nov 18
1120
Empty Image
Ibu Bapa Perlu Dapatkan Suntikan Vaksin Kepada Anak-Anak
Oleh : Ahmad FadhilahMARANG, 10 November - Kerajaan negeri mahu masyarakat lebih peka untuk mendapatkan suntikan vaksin kepada anak-anak dari semasa ke semasa bagi memastikan penyakit berjangkit termasuk demam campak yang kian menular dapat dikekang dengan serius.Tiga daerah iaitu Marang, Kuala Terengganu dan Setiu mencatat 101 kes demam campak atau  measles sejak Januari lalu hingga kini, berbanding hanya 17 pada sepanjang tahun lalu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ustaz Ariffin Deraman berkata, tanpa suntikan vaksin mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan boleh mendedahkan kanak-kanak kepada risiko penyakit berkenaan."Masyarakat dinasihatkan terus mendapatkan suntikan imunisasi sebagai inisiatif mengurang dan menghalang pelbagai penyakit berjangkit khususnya demam campak yang sedang merebak di kawasan Marang sejak September lalu."Ibu bapa jangan bersikap negatif sehingga tidak mahu dan tidak membenarkan anak mereka untuk mengambil suntikan vaksin,"katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI )selepas Majlis Perasmian Program Ceramah Kesihatan Penyakit Berjangkit iaitu Demam Campak di Dewan Sivik Bukit Payung, di sini, semalam.Program tersebut dianjurkan oleh kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (iMiTS) DUN Alur Limbat dan IMiTS DUN Bukit Payung serta Klinik Kesihatan Marang.
10 Nov 18
39
Empty Image
Amaran Ribut Petir Hari Ini
KUALA TERENGGANU, 11 November - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) sehingga 1:00 tengah hari, Ahad, 11 November 2018.Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.Dalam pada itu, menurutnya, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Samui, Selat Melaka Selatan dan Sulu sehingga 12:00 tengah hari, hari ini."Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil," katanya.Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
10 Nov 18
127
Empty Image
Anak Terengganu Perlu Kuasai Bidang Hartanah
Dr Alias seru anak muda ceburi bidang hartanah.Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS, 11 November - Rakyat Terengganu khususnya golongan muda disaran supaya bijak mengintai peluang pelaburan dalam bidang hartanah dengan mendalami ilmu dalam bidang tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, peluang tersebut perlu dimanfaatkan oleh masyarakat setempat supaya dapat diwariskan kepada generasi akan datang.“Penduduk bertambah dari semasa ke semasa dan tanah semakin terhakis disebabkan oleh pantai dan pembangunan. "Jika gagal memanfaatkan peluang ini, kita akan jadi generasi yang ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain,‘’ tegasnya ketika merasmikan Seminar Celik Hartanah Bersama Pakar Pelaburan Hartanah di Dewan Perdana, UNISZA Kampus Gong Badak, semalam.Menurutnya lagi, kerajaan merancang untuk membina 20,000 rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh empat tahun dan ia bakal dinikmati oleh golongan dengan pendapatan isi rumah RM3,500 ke bawah. Penglibatan orang muda bawa manfaat besar kepada masyarakat."RMM dijual pada harga rendah sekitar RM68,000, dengan kos selebihnya dibiayai subsidi kerajaan negeri."Projek tersebut akan dibangunkan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)."Di samping itu, kerajaan akan turut membantu golongan yang tidak mendapat kelulusan pinjaman daripada pihak bank bagi memastikan hasrat kerajaan untuk melihat rakyat di negeri ini memiliki rumah tercapai," katanya.Justeru, Dr Alias berharap program-program seumpama ini dapat melahirkan pelabur-pelabur yang pakar dalam ilmu hartanah khususnya anak Terengganu dan secara tidak langsung dapat menghindari daripada dikuasai bangsa asing.Antara yang turut hadir dalam seminar itu ialah Penolong Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Ahmad Shukri Yazid dan Prof Madya Dr Fakhrul Anwar Zainol.
10 Nov 18
63
Empty Image
Sambutan Hangat Kuliah Ustaz Azhar di Kemaman
Ustaz Azhar (kanan) menerima cenderahati dari Haji Hanafiah.KEMAMAN, 11 November - Kuliah Dhuha Ustaz Azhar Idrus mendapat sambutan hangat dari penduduk daerah ini di Program Sayyidatina Aisyah di Padang Astaka di sini, pagi kelmarin.Ustaz Azhar ketika berkuliah di Padang Astaka Kemaman.Pendakwah sejuta ummah itu, seperti biasa menjawab pelbagai persoalan agama dengan huraian yang cukup mudah difahami, menggunakan dialek Terengganu.Imam Muda Fakhrul menyampaikan kuliah Maghrib di Padang Astaka Kemaman. Kehadiran beliau antara acara awal bagi program julung-julung kali diadakan itu dengan inisiatif Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat yang bertemakan, 'Wanita Sejahtera Bersama Islam'. Ia diikuti dengan ucapan aluan-aluan dari Haji Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai dan ucapan perasmian oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali.Pertandingan Masakan di kalangan muslimat di Program Sayyidatina Aisyah.Pengunjung di program tersebut bukan sahaja datang dari daerah itu bahkan mereka juga datang dari sekitar Kuantan, Pahang dan Kuala Terengganu. Program itu turut diserikan dengan Forum 'Bicara Wanita Berkerjaya' disertai oleh panelis seperti Setiausaha Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa'), Hajah Zarani Othman, seorang pendidik,  Nurzila Muhammad dan Presiden Gerakan Serikandi Malaysia,  Asyima Zainuddin.Turut diadakan pertandingan mewarna di kalangan kanak-kanak. Perbahasan forum itu berkisar peranan wanita sebagai golongan berkerjaya dan bagaimana mereka mengatasi isu LGBT, keganasan rumah tangga,  judi dan maksiat. Turut diadakan, cabutan bertuah berupa basikal dan pelbagai hadiah lain yang ditaja oleh beberapa syarikat bumiputera. Busking, antara hiburan di pentas Program Sayyidatina Aisyah..Seramai kira-kira 210 kanak-kanak berumur tujuh tahun ke bawah menyertai pertandingan mewarna di samping pertandingan memasak di kalangan warga dewasa daerah Kemaman dan pertandingan Busana Cilik di kalangan kanak-kanak perempuan. Turut diadakan, booth pemeriksaan mata,  pameran bomba dan penyelamat,  Tabung Haji,  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  dan lain-lain.Manakala, Kuliah Maghrib disampaikan oleh Imam Muda Fakhrul serta busking dan wayang kulit oleh Wok Yoh dari Kelantan. 
10 Nov 18
191
Empty Image
Program Sayyidatina Aisyah Sejahterakan Wanita
Haji Yahaya berucap merasmikan Program Sayyidatina Aisyah di Padang Astaka Kemaman, semalam.KEMAMAN, 10 November - Tema Program Sayyidatina Aisyah iaitu 'Wanita Sejahtera Bersama Islam', membawa mesej jelas iaitu untuk memakmur dan mensejahterakan wanita Terengganu. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu,  Haji Yahaya Ali berkata,  warga muslimat harus bersama berganding bahu bagi mencapai hasrat kerajaan itu agar mereka berdaya saing,  proaktif dan penuh inisiatif demi martabat dan kesepaduan umat. "Hari ini kita dapat lihat,  Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan,  Pembangunan Wanita,  Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri,  Haji Hanafiah Mat,  menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan segera sepanjang dua hari program Sayyidatina Aisyah di Perkarangan Padang Astaka ini. "Pelbagai jabatan dan agensi yang rata-rata berpayung di bawah jawatankuasa beliau telah diminta untuk turut serta dalam menyediakan khidmat dan bantuan demi menjayakan program ini," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sayyidatina Aisyah kali khidmat di Padang Astaka, di sini semalam.Haji Yahaya (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang cabutan bertuah.Turut hadir,  Haji Hanafiah Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih,  Haji Abdul Razak Ibrahim dan Setiausaha Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa'), Hajah Zarani Othman. Sementara itu,  Haji Yahaya dimaklumkan bahawa sepanjang program tersebut, pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu turut menyediakan khidmat pemeriksaan percuma kanser payu dara dan pangkal rahim untuk kemudahan wanita Kemaman mengesan kedua-dua penyakit tersebut. "Ini penting kerana kita semua sedia maklum bahawa kanser payu dara dan pangkal rahim merupakan penyakit merbahaya kepada kaum wanita di negara ini. "Saya mengharapkan kaum wanita Kemaman merebut peluang menggunakan kemudahan disediakan secara percuma itu demi menjaga kesihatan mereka sekaligus memastikan mereka bebas dari terkena kedua-dua penyakit itu," katanya. Katanya, selama dua hari itu, Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK)  juga menyediakan maklumat berkait Pinjaman Jaya Diri (PJD), yang cukup popular di kalangan ibu tunggal dan beliawanis. "Alhamdulillah program PJD ini telah melahirkan cukup ramai usahawan wanita yang berjaya di negeri kita," jelas beliau. Difahamkan, sejak mula dilaksanakan tahun 1995, hampir 20,000 orang peserta yang majoritinya kaum hawa telah terlibat dengan program PJD itu sekaligus menjana ekonomi keluarga masing-masing. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memberi khidmat potongan harga sebanyak 50 peratus ke atas beberapa jenis saman sempena program tersebut. Pihak Kementerian Kesihatan juga menghantar khidmat pemeriksaan pergigian percuma kepada warga Kemaman. Justeru, kerajaan negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jabatan terlibat yang menyampaikan informasi, khidmat nasihat serta bantuan kepada orang ramai sempena program tersebut. "Saya menyeru semua agensi kerajaan di seluruh negeri Terengganu agar sentiasa memudah cara dan bekerjasama antara satu sama lain bagi memastikan setiap inisiatif kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa ada sebarang karenah birokrasi," ujarnya. 
10 Nov 18
160
Empty Image
Pertandingan Lembu Sado Jadi Acara Tahunan
KUALA TERENGGANU 11 November - Pameran dan pertandingan lembu sado bakal menjadi salah satu pengisian aktiviti tahunan dalam kalendar pertanian negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, program ini merupakan anjuran Persatuan Penternak Lembu Sado Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu."Sebanyak 53 ekor lembu dipertandingkan dalam kategori King of Sado, Queen of Sado, Prince of Sado dan Princes of Sado."Juara bagi kategori King dan Queen of Sado masing-masing akan menerima hadiah seekor lembu...bertanding lembu dapat hadiah lembu, barulah 'real' (betul) sungguh,"katanya dalam satu kenyataan dalam akaun 'facebook' milik beliau.Pertandingan Lembu Sado Terengganu telah berlangsung di Pekarangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Manir, di sini, hari ini.Menurutnya lagi, bukan hadiah yang jadi matlamat tetapi ini merupakan medan yang menghimpunkan para penternak yang berkongsi hobi serta minat yang sama dari seluruh negeri.
10 Nov 18
325
Empty Image
Terengganu Sebagai Hub Limau Madu
Datuk Salahuddin Ayub (tiga dari kanan) memegang sebiji limau madu dalam satu lawatan beliau di Hulu Terengganu, hari ini.HULU TERENGGANU, 10 November - Hubungan Kerajaan Terengganu dengan Kerajaan Persekutuan pada dasarnya terjalin erat dengan menjadikan program pembangunan bersama sebagai jambatan untuk mencapai kerjasama tersebut bagi kebaikan rakyat dan negara. Kerajaan negeri tidak pernah menolak kerjasama dengan kerajaan pusat walaupun dipimpin oleh parti yang berlainan antara kedua-dua belah pihak. Terbaharu,  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri,  Dr Azman Ibrahim mewakili kerajaan negeri menyambut baik hasrat kerajaan pusat untuk menjadikan Terengganu,  sebagai Hub Limau Madu Negara. Pada dasarnya Menteri Pertanian,  Datuk Salahuddin Ayub bersetuju menjadikan Terengganu hub limau madu dengan teknologi terkini ketika  beliau berada di Ajil,  di sini hari ini. Limau madu adalah satu perusahaan pertanian popular di kalangan petani Hulu Terengganu dan beberapa daerah lain di negeri ini. Ia juga mempunyai pasaran yang baik di Malaysia dan perlu dikembangkan dari semasa ke semasa. Ketika pemerintahan PAS tahun 1999 hingga 2004, Durian Mentangau Dungun pernah dijadikan hub limau madu Terengganu. 
09 Nov 18
382
Empty Image
Khidmat Kaunseling Sistem Sokongan Masyarakat
Alias Harun berucap merasmikan Seminar Santai Minda Keluarga.Oleh: Aslam WiraMARANG, 9 November - Bagi memperkukuh dan memartabatkan lagi pembudayaan dan promosi, perkhidmatan kaunseling menjadi salah satu sistem sokongan kepada masyarakat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Haji Alias Harun berkata, kesedaran masyarakat mengenai kewujudan kaunselor dan kepentingan perkhidmatan kaunseling profesional dalam masyarakat perlu ditingkatkan."Kesejahteraan psikologi (subjective well-being) merupakan salah satu penanda aras kepada tahap pencapaian kesejahteraan sesebuah negara.“Namun begitu, aspek ini kurang diberi perhatian secara serius oleh masyarakat menjadikan konsep kesejahteraan tidak lengkap dan kurang menyeluruh terutama dari aspek kesejahteraan keluarga," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Santai Minda Keluarga anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu di Bilik Seminar Pusat Khidmat Setempat (PKS) OKU Marang, Sungai Kerak, Marang, semalam.Difahamkan, "Perkhidmatan Kaunseling Profesional Pemangkin Kesejahteraan" telah dipilih sebagai tema sempena menyambut Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu 2018.Sehubungan itu, menurutnya, program tersebut bertujuan untuk mempromosi, menyebarluas serta membudayakan perkhidmatan kaunseling profesional sebagai usaha terbaharu dalam mendidik dan memberi khidmat sokongan kaunseling kepada masyarakat."Selain itu, ia juga dapat mengurangkan stigma masyarakat terhadap perkhidmatan kaunseling yang terhad dan kepada orang bermasalah sahaja," jelasnya.Turut diselitkan, Forum Bicara Santai yang disampaikan oleh Kaunselor Institut Perguruan Sultan Mizan, Siti Hajar Ahmad dan Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu, Dr Kamarul Md Shah.Seramai 60 orang peserta menghadiri program tersebut.Hadir sama, Pengarah LPPKN, Mohamad Noh Abdullah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Zuhami Omar dan Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Terengganu, Asma Mahidin.
09 Nov 18
417