Artikel "Semasa" Terkini
Terengganu Bina IPT Negeri Pada 2020
Usaha telah diambil untuk mengenal pasti lokasi bagi membangunkan IPT menggantikan Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA).KUALA TERENGGANU, 12 November - Kerajaan Terengganu tidak melupakan janji mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang lalu iaitu mewujudkan semula sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) Islam milik negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ia akan mula dibangunkan pada tahun 2020.“Buat masa sekarang, kita sibuk untuk menyelaraskan kerja-kerja bagi menyusun tindakan (yang) sepatutnya bagi memperkemaskan pentadbiran pendidikan di negeri Terengganu,” jelasnya.Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu Tahun 2018, hari ini.Sehubungan itu, katanya, usaha telah diambil untuk mengenal pasti lokasi IPT dan membangunkan infrastruktur bagi IPT tersebut yang bakal menggantikan Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA).“Insya-Allah kita akan buat, kita perlu kenal pasti tempat dan siapkan dengan infrastruktur.“IPT (itu akan) diletakkan di bawah (tanggungjawab) Yayasan Terengganu,” tambah beliau.Terdahulu, KUSZA telah diserahkan kepada Kerajaan Pusat ekoran kemenangan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2005 dan dijadikan Universiti Darul Iman.Setelah menghadapi beberapa masalah ia telah ditukarkan menjadi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada tahun 2010, menjadikan negeri Terengganu tidak lagi memiliki sebuah universiti ataupun kolej.Namun begitu, Ustaz Satiful berkata, tidak ada sebarang peruntukan bagi tujuan pembinaan IPT itu yang akan dimasukkan dalam bajet 2019.“Tempat (lokasi IPT) itu tidak boleh diberitahu lagi tapi dalam bajet kali ini tiada lagi diletakkan peruntukan membina IPT tersebut.“Mungkin tahun depan insya-Allah kita letak dalam bajet,” ujar beliau.
12 Nov 18
55
Ahli Majlis Jangan Jadi 'Pak Turut'
Dr Alias berucap di DITC Teluk Kalong Kemaman semalam.KEMAMAN, 12 November - Kerajaan menasihatkan ahli majlis yang baharu dilantik supaya tidak menjadi 'pak turut', meniru idea lama yang ditinggalkan oleh ahli majlis terdahulu dalam merancang pembangunan di daerah masing-masing.Sebaliknya kerajaan negeri mahu mereka mengemukakan idea-idea baharu dalam merancang pembangunan supaya rakyat lebih banyak mengambil manfaat, hasil dari perancangan mereka.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata, kerajaan mahu melihat pembangunan negeri dilaksanakan lebih terancang tetapi sekiranya ahli majlis tidak mempunyai ilmu perancangan yang baik, perkara tersebut tidak akan berlaku.Dr Alias bersalaman dengan peserta Kursus Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu Siri I 2018 di DITC Teluk Kalong Kemaman semalam."Kalau kita sendiri tidak ada ilmu merancang pembangunan kita akan jadi 'pak turut', ikut sahaja apa orang kata kerana kita sendiri tidak ada idea untuk merancang pembangunan."Pendapat atau wawasan pembangunan kita tidak ada, kita akan mengikut rutin biasa sebagaimana perancangan orang dahulu (bekas ahli majlis) buat," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu Siri I 2018 di Darul Iman Training Centre (DITC) Teluk Kalong di sini, semalam.Turut hadir timbalan beliau, Ustaz Ahmad Shah Muhamed, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Othman Ibrahim dan 84 Ahli Majlis Daerah dan Perbandaran seluruh negeri Terengganu.Kursus yang berkait dengan perancangan kewangan dan pembangunan kerajaan tempatan itu berlangsung selama tiga hari, bermula semalam.Dr Alias (tengah) dan Ustaz Ahmad Shah (kiri) di Majlis Perasmian Kursus Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu Siri I 2018 di DITC Teluk Kalong Kemaman semalam. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kerajaan berhasrat menjadikan pembangunan di peringkat derah lebih mampan dengan percambahan idea baharu di kalangan ahli majlis tanpa meniru idea lama bekas ahli majlis."Jika kita buat rancangan pembangunan lama sebab orang dahulu buat begitu, maka ilmu itu tidak berkembang. "Kita tidak mahu ahli majlis baharu berbuat demikian, kita mahu 'body' baharu mesti otak baharu, kita mahu idea-idea baharu yang boleh membantu membawa kelainan dalam urusan perancangan majlis-majlis daerah dan majlis perbandaran," tegasnya.Mengenai perancangan kewangan pula, beliau berkata, ahli majlis juga didedahkan dengan kursus asas pentadbiran kewangan. "Paling penting sekali adalah pengurusan kewangan. Kalau duit banyak pun tidak tahu mengurus, boleh jadi bankrap tetapi kalau duit sikit tahu mengatur dengan baik, banyak manfaat yang dapat kita peroleh," ujarnya.Bagaimanapun katanya, pengurusan kewangan bukan mudah untuk dilaksanakan kerana kebanyakan ahli majlis sudah berusia."Saya faham bila umur meningkat 40 hingga 60 tahun, payah nak terima ilmu tetapi berusahalah sedaya upaya untuk mendapatkan ilmu dalam bidang pengurusan tersebut," katanya lagi.
12 Nov 18
153
Tidak Sempat Pindah, Rumah Sembah Bumi
Oleh : Ariss AliasSETIU, 12 November - Satu keluarga di Kampung Desa Jaya, Langkap, di sini hilang tempat tinggal apabila rumah mereka menyembah bumi, kira-kira jam 4 pagi tadi.Mangsa, Abdul Aziz Mohd Jidin, 43, berkata dia bersama isteri, emak dan lima orang anak berusia setahun hingga 11 tahun sedang nyenyak tidur ketika kejadian."Kami semua berada di dalam rumah ketika kejadian. Cuaca juga baik dan kejadian berlaku secara tiba-tiba. Saya memikirkan keadaan ahli keluarga yang terperangkap..Alhamdulillah tidak ada yang tercedera."Kami sememangnya dalam perancangan untuk berpindah ke rumah yang sedang diubah suai dekat sini apabila siap, berikutan rumah ini pun makin uzur dan tidak selamat untuk kami anak beranak. Namun tidak menyangka pula kejadian ini berlaku sebelum sempat kami berpindah," katanya.Turut sama dalam lawatan itu, Pegawai Khas Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap Arif Mazlan, Penolong Pegawai Kemasyarakatan i-MiTS, Ahmad Mohd Nor; Penghulu Mukim Hulu Nerus 1 Marzuki Zahid dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Desa Jaya, Johari Ibrahim.Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof berkata, Pusat Khidmat DUN Langkap akan berusaha membantu kebajikan mangsa yang hanya bekerja kampung termasuk menyiapkan rumah baru yang sedang dalam pembinaan kira-kira satu kilometer daripada tapak kejadian, supaya mangsa sekeluarga dapat berpindah dan tinggal lebih selesa.Penyelaras DUN Langkap Jabatan Kebajikan Masyarakat Setiu, Mohd Yuizzuan Yusuf berkata, bantuan membaiki rumah di bawah pemulihan bencana akan diberikan secara 'one off' ' kepada mangsa.
11 Nov 18
69
Contohi Rasulullah Santuni Ibu Tunggal
Kamaruzzaman Abdullah.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 12 November - Rasulullah SAW melazimi amalan menziarahi janda atau ibu tunggal untuk membantu mereka.Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzzaman Abdullah berkata, tindakan Rasulullah SAW itu dilakukan kerana golongan ibu tunggal mengalami kesusahan akibat hilang tempat bergantung."Golongan ibu tunggal perlu dibantu, mereka mengalami kesusahan kerana pelbagai faktor. Ini antara tindakan yang perlu dicontohi," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jawatankuasa Masjid, Imam dan Bilal Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, pagi ini.Hampir 2,000 peserta yang hadir terdiri daripada MPKK, Jawatankuasa Masjid, dan Imam dan Bilal seluruh daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
11 Nov 18
115
Ahmad Shah Pelawa Orang Ramai Ke Pusat Khidmat & i-MiTS DUN Bandar
ADUN Bandar, Ahmad Shah Mohamed meraikan warga DUN Bandar dengan jamuan tengahari.KUALA TERENGGANU, 12 November - Orang ramai terutama pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, dipelawa menggunakan Pusat Khidmat Masyarakatnya jika ingin mendapat maklumat semasa tentang Kerajaan Negeri Terengganu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, komitmen beliau sebagai wakil rakyat yang dipilih mahu berkhidmat tanpa mengira kaum dan agama.Malah, menurutnya, para pengundi di DUN Bandar boleh memberi pandangan serta cadangan demi kepentingan rakyat.“Kita harap kepada masyarakat pengundi di DUN Bandar dapat menggunakan Pusat Khidmat ini sebagai tempat untuk saluran mendapat maklumat antara rakyat dengan kerajaan. “Mereka (rakyat) boleh datang untuk memberi cadangan dan pandangan, dan apa-apa permasalahan kita cuba selesaikan, insya-Allah,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran Pembukaan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bandar di Chabang Tiga, Kuala Terengganu, 7 November lalu.Katanya, komitmen kerajaan baharu Terengganu ini lebih matang dan tidak melakukan diskriminasi kepada rakyat umum.“Kita mahu berkhidmat kepada rakyat, tidak kiralah mereka itu dari parti mana dan agama apa. Mereka yang jadi pengundi di sini adalah rakyat Terengganu yang perlu disantuni.“Jika rakyat ada masalah datanglah mengadu ke pejabat DUN Bandar ini dan kita akan cuba selesai mengikut saluran kerajaan,” jelasnya.Menjawab persoalan mengenai sebarang kemungkinan berlaku banjir di Terengganu, katanya tindakan dan persiapan negeri umumnya dalam keadaan bersiap-siaga.“DUN Bandar ini tidak bermasalah sangat dengan banjir. Sebab kita di tempat yang agak tinggi dan jika berlaku masalah banjir pun kerana air (laut) pasang besar. “Biasanya berlaku di sekitar Kampung Losong melibatkan beberapa buah rumah penduduk berhampiran Sungai Kuala Terengganu. Kita (kerajaan) juga telah membuat persediaan untuk menghadapai sebarang kemungkinan itu,” ujarnya.Hadir sama meraikan majlis itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri iaitu Muhyidin Abdul Rashid, veteran PAS, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong dan ramai lagi.Sempena majlis kesyukuran itu, turut diadakan jamuan rakyat yang dihadiri hampir 2,000 orang dari pelbagai peringkat umur dan jantinannya.
11 Nov 18
136
TATiUC Sedia Program Untuk Pelajar Agama
Ustaz Satiful Bahri (tengah) di Sidang Media sempena Majlis Konvokesyen TATiUC Kali Ke 12 di Kemaman semalam.KEMAMAN, 12 November - Kerajaan Terengganu akan menyediakan peruntukan khas untuk pelajar lepasan institusi pengajian agama menyertai kursus di Tati University Collage (TATiUC) tahun hadapan. Jumlah peruntukan perkapita itu akan diumumkan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam pembentangan Belanjawan Terengganu 2019 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akhir bulan ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, kerajaan negeri bersedia untuk menyediakan peruntukan khas bagi merangsang pelajar pengajian agama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengambil sijil awam di TATiUC. Katanya, kerajaan negeri menyediakan bajet untuk memberi sokongan kepada anak-anak Terengganu khususnya bagi mengambil peperiksaan awam melibatkan kursus vokasional. "Ini bertujuan supaya sekolah tahfiz, madrasah, pesantren, pusat-pusat pengajian agama seperti ini boleh di'upgrade'kan, kepada dua bidang pengajian termasuk pengajian agama dan vokasional, " jelasnya. Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas Majlis Konvokesyen TATiUC Kali Ke-12 di Telok Kalong, di sini semalam. Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka seterusnya berkata, program ini dijangka akan bermula tahun hadapan. "Ia akan bermula tahun hadapan dan kita (kerajaan) sediakan peruntukan sedikit untuk bajet bagi memberi sokongan kepada anak-anak negeri mendapat pendidikan yang lebih baik," katanya. Menurut beliau, lebih 140 institusi pengajian agama akan mendapat manfaat dari program tersebut. Bagaimanapun katanya, institusi berkenaan perlu berdaftar terlebih dahulu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).Syarat-syarat pendaftaran dipermudahkan bagi membolehkan institusi berkenaan berdaftar. "Kerajaan negeri berharap supaya mereka berdaftar agar kita selaraskan sesuatu yang menjadi keperluan kepada mereka. "Usaha ini diharapkan mendapat sambutan daripada institusi pendidikan berkenaan. "Kerajaan juga sentiasa memberi sokongan untuk memastikan infrastruktur pusat-pusat pengajian tersebut berada dalam keadaan baik," ujarnya lagi. Ustaz Satiful Bahri mengharapkan masyarakat menyokong sekaligus memberi kepercayaan kepada TATiUC untuk melaksanakan program tersebut.
11 Nov 18
53
Didikan Awal Berteraskan Islam
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 12 November - Didikan anak- anak mestilah dipupuk dengan pendidikan yang berteraskan Islam dari kecil lagi supaya tidak terpengaruh dengan anasir- anasir yang tidak sihat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh berkata, pendidikan pada peringkat awal sangat penting dalam mencorak kehidupan mereka untuk memilih jalan kebenaran."Anak adalah amanah dari Allah SWT untuk kita jaga supaya menjadi orang yang bertanggungjawab apabila dewasa serta boleh menjaga agama Islam ini dengan baik."Mendidik anak- anak ini memerlukan sifat kesabaran yang tinggi dalam diri ibu bapa, guru dan masyarakat. Tambahan pula keadaan telah berubah dengan ketidaktentuan masalah sosial dan moral yang melanda masyarakat hari ini,"katanya.Dr Mamad berkata demikian ketika merasmikan sambutan jubli perak dan anugerah kecemerlangan Pusat Asuhan Tunas Iman (Pasti) di Kompleks Perkedaian Ajil, semalam.Beliau juga mengucapkan tahniah kepada kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) (DUN) Ajil dan ahli jawatankuasa pelaksana kerana melihat penglibatan ramai masyarakat dalam program itu."Tahniah dan syabas kepada DUN Ajil kerana dapat menyambut Hari Jubli Perak yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai di sini.Katanya lagi, untuk mentadbir dan menjaga sesebuah Pasti tidak mudah kerana memerlukan kerjasama tenaga dan penggerak yang kuat dalam PAS itu sendiri, cawangan serta DUN.Menurut beliau lagi, ia dapat dibuktikan di DUN Ajil sendiri yang lebih 30 tahun mempunyai tiga buah Pasti iaitu Pasti Khairiah, Pasti Annur dan Pasti Tunas Iman dengan 10 orang guru serta 159 graduasi, kelmarin."Keadaan Ini menunjukkan keterbukaan dan keyakinan masyarakat menghantar anak- anak mereka untuk belajar di Pasti,"katanya.Pengarah Program, Mohd Zaharudin Sudin berkata, program itu akan diteruskan kerana mendapat penyertaan ramai masyarakat sekitar."Alhamdulillah majlis ini dimeriahkan dengan masyarakat yang turut serta melalui jualan `car boot sale' yang melibatkan lebih 30 tapak niaga."Apa yang kami harapkan mesej akan dapat disampaikan kepada masyarakat melalui aktiviti dan program yang dilakukan," katanya.
11 Nov 18
160
Restu Ibu, Disiplin Diri Jadi Tonggak Kejayaan
Dua penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Mohammad Asyraf Adhwa Masimen(kanan) dan Foo Tzen Yoong, KUALA NERUS, 11 November - Disiplin membahagikan masa serta memohon restu ibu dan keluarga adalah kunci utama kejayaan seorang penerima Anugerah Pelajaran DiRaja, Mohammad Asyraf Adhwa Masimen, 22, pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu(UMT) kali ke-16, di sini.Anak sulung dari dua beradik yang berasal dari Gemencih, Negeri Sembilan, Mohammad Asyraf berkata, restu seorang ibu menjadi kunci utama kejayaannya selain berpegang kepada prinsip hidup tidak sekali lupa kepada Allah SWT dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.Mohammad Asyraf Adhwa Masimen“Selain itu, amalan yang wajib apabila ke kuliah, saya akan tulis kembali apa yang pensyarah sampaikan pada hari berkenaan untuk rujukan tambahan.“InsyaAllah selepas kejayaan hari ini, saya akan teruskan untuk menyambung pelajaran saya dalam bidang sarjana pada bulan Februari tahun hadapan untuk mencapai cita-cita saya sebagai ahli saintis yang berjaya dan kembali mendidik anak-anak muda di negara ini,”ujarnya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kali ke-16, di Dewan Sultan Mizan, hari ini.Foo Tzen Yoong, Seorang lagi penerima Anugerah Pelajaran Diraja, penuntut Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam), Foo Tzen Yoong, 23 yang berasal dari Sri Petaling, Kuala Lumpur yang juga memperolehi Anugerah Sijil Kepujian Dekan selama enam semester berturut-turut.Anak ketiga dari empat beradik ini tidak meletakkan syarat untuk menjadi cemerlang melalui akademik sahaja tetapi perlu aktif dalam persatuan, sukan dan sebagainya“Akademik perlu cemerlang dan saya lakukannya dengan hadir kuliah setiap masa, buat ulangkaji dan perbincangan bersama kawan malah saya juga aktif dalam maraton dan pernah mewakili UMT ke peringkat antarabangsa.“Lepas ni saya nak sambung belajar ke peringkat Doktor Falsafah dan kembali sebagai pensyarah di UMT untuk berbakti kepada penuntut-penuntut di sini,”ujarnya lagi.Beliau mewakili Pusat Pengajian Pembangunan Sosial Dan Ekonomi (PPPSE) dalam pertandingan Trisakti Economics & Business Fair and Competition di Jakarta, Indonesia pada 2017 dan menyertai Program Mini Conference On Social Science (Global Discovery Programme UBD-UMT) di Universiti Brunei Darus Salam pada Disember 2017.Anugerah Pelajaran Diraja dikurniakan kepada siswa yang menunjukan kecemerlangan pada bidang akademik, kegiatan kokurikulum serta mempunyai ciri-ciri kempimpinan dan sifat- sifat keperibadian yang tinggi malah sedia menyumbang bakti kepada masyarakat.Seramai 2,970 graduan diraikan pada istiadat konvokesyen kali ini yang berlangsung hari ini hingga Selasa ini.
11 Nov 18
497
TATiUC Terus Relevan
Ustaz Satiful Bahri berucap di Majlis Konvokesyen TATIUC Kali Ke-12 semalam. Foto - Mohd LukmanKEMAMAN, 12 November - Dalam 25 tahun usia kematangan, Tati University College (TATiUC) dilihat terus relevan dalam menyediakan program pengajian berasaskan teknologi. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, program yang berasaskan latihan pendidikan teknikal dan vokesional itu merupakan program yang menepati kehendak revolusi perindustrian 4.0.Katanya, TATIUC yang ditubuhkan di bawah Tabung Amanah Warisan (TAW) dilihat mampu memainkan peranan signifikan dalam merealisasikan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030.Ustaz Satiful Bahri (dua dari kanan) sertai perarakan masuk Majlis Konvokesyen TATIUC Kali Ke-12."Ia bertujuan melahirkan insan yang berkualiti serta aset terpenting negara," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Konvokesyen TATiUC Kali Ke 12 di Teluk Kalong, di sini semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun, ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili, Cancelor TATiUC, Tan Sri Wan Abdul Rahman Wan Yaacob dan Rektor TATIUC, Prof Dr Anuar Ahmad. Katanya, siri kejayaan TATiUC dalam bidang penyelidikan inovasi dan keterampilan mahasiswa sesungguhnya membuktikan universiti kolej itu berada di landasan yang betul.Para graduan TATIUC hadapi Revolusi Industri 4.0.Beliau percaya kaedah pengajaran yang diterapkan di TATiUC yang berasaskan kemahiran bukan sahaja mampu menyumbang secara signifikan kepada masyarakat dan pembangunan negara, bahkan hasrat itu begitu ampuh untuk berhadapan dengan cabaran revolusi industri 4.0."Saya yakin graduan TATiUC telah bersedia untuk menghadapi impak revolusi ini dan mereka akan lebih maju dalam menangani dan mengatasi perubahan teknologi," ujarnya lagi. Kira-kira 467 graduan TATiUC diraikan dalam majlis gilang gemilang itu.
11 Nov 18
186
Terengganu Angkat Jenama ‘Nisang Jenang’
Sulaiman melihat produk Nisang Jenang yang dihasilkan.Oleh: Aziz HambaliMARANG, 11 November - Jenang merupakan sebuah kampung tradisional Melayu yang terletak kira-kira 12 kilometer (km) dari Bandar Marang dan 30 km dari Bandaraya Kuala Terengganu serta berada dalam Mukim Jerong, Marang.Bagi penduduk tempatan, mungkin tiada yang terlalu istimewa mengenai kampung mereka.Namun, bagi pelancong luar negeri dan negara, Kampung Jenang menjadi salah satu destinasi pelancongan yang sentiasa dikunjungi kerana produk tradisi yang dihasilkan penduduknya, antaranya penghasilan ‘Nisang Jenang’ (manisan) yang lebih dikenali sebagai gula nisang atau ‘nisang kerek’.Pengusaha gula nisang di Kampung Jenang, Azman Husein, 48, atau lebih dikenali sebagai Pak Man meluahkan rasa terharunya dengan sambutan luar jangkaan yang diadakan dalam usaha menaik taraf dan penjenamaan semula gula nisang keluarannya.Atap nipah juga merupakan produk kampung."Sebelum ini, selama bertahun-tahun kami buat nisan belum pernah lagi diadakan majlis besar seperti ini."Saya mengucapkan terima kasih kepada semua atas bantuan yang diberikan untuk menaikkan kembali produk ini. Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya,“ luahnya sambil mengesat air mata.Tambahnya lagi, gula nisang di sini mungkin mendapat tarikan disebabkan keunikan dari segi ramuan dan pembuatannya yang masih kekal secara tradisional menggunakan dapur kayu api dan teknik mengacau secara manual serta diperbuat daripada nira kelapa.Sementara itu, menurut Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusof ketika ditemui wakil media berkata, beliau menaruh harapan besar agar Nisang Jenang ini setanding dengan jenama Gula Melaka."Harapan kita jenama ini akan meningkat naik supaya Jenang memiliki produk dengan hak cipta tersendiri," katanya ketika ditemui dalam majlis Warisan Tok Nyadat dan Perasmian Bangsal Nisang Pok Man Jenang, semalam.Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.
11 Nov 18
330