lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Operasi SAR Polis: Penduduk Kampung Dan NGO Sedia Keperluan Penyelamat
Unit K9 digunakan untuk mengesan bau mangsa.DUNGUN, 14 November - Penduduk Kampung Durian Mentangau berusaha membantu pihak berwajib menjalankan tugas mencari dan menyelamat (SAR) dalam pencarian Konstabel Wan Mohd Arif Wan Yahya, 28, sebaik mungkin.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Mahadi Kasim, 57, berkata, penduduk kampung itu dan sekitar hadir memberikan bantuan keperluan untuk anggota penyelamat yang bertugas.Mahadi dan penduduk kampung turut membantu SAR."MPKK dengan kerjasama penduduk kampung menyediakan bekalan makanan untuk anggota yang bertugas."Kami bergotong-royong memasak sarapan pagi dan tengahari. Bagi makan malam pula, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) PADAT yang sediakan."Sebagai penduduk yang lebih arif dengan kawasan di sini, penduduk kampung membantu penyelamat sebagai penunjuk arah selain menyediakan lebih kurang 10 bot untuk kerja-kerja SAR," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharuddin Abdullah memaklumkan operasi pencarian yang berakhir sekitar lapan malam tadi melibatkan 75 anggota penyelamat terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Agensi Pertahanan Awam (APM) dan orang awam.Anggota penyelamat bergabung tenaga laksana SAR."Sebanyak 16 bot digunakan dan dua anjing pengesan unit K9 Bomba turut melakukan SAR," katanya.Memasuki hari keenam pencarian hari ini, keluarga mangsa memohon doa orang ramai agar mangsa berjaya ditemui segera.Jumaat lalu, Arif yang bertugas di Balai Polis Paka terjatuh ke dalam Sungai Paka ketika mengejar suspek kes samun, Zam Ayam yang bersembunyi di Kampung Durian Mentangau.Mayat suspek yang turut jatuh bersamanya bagaimanapun ditemui kira-kira 400 meter dari tempat kejadian dua hari lalu.
13 Nov 18
228
Empty Image
Rally Atas Pasir Kali Pertama
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.KUALA TERENGGANU, 14 November - Perlumbaan kereta Rally Championship Of Terengganu 2018 kali pertama dalam sejarah akan dipertandingkan di atas pasir pantai.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ianya akan diadakan di Terengganu International Endural Park (TIEP) pada 14 dan 15 Disember 2018. “Sebelum ini, tapak  Lembah Bidong adalah tapak yang hanya digunakan untuk pertandingan sukan berkuda namun kali ini adalah pertandingan yang melibatkan perlumbaan kereta rally pertama akan dilangsungkan di tapak trek sukan berkuda.“Insya-Allah tidak kurang daripada 32 buah kenderaan yang melibatkan 64 orang pemandu dan ratusan kru akan datang,” ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian ketika ditemui pihak media di Tingkat 5 Wisma Darul Iman, semalam.Oleh itu katanya, perlumbaan ini dijangka akan disertai oleh 'otai' sukan kereta, Karamjit Singh.Menurut Ustaz Wan Sukairi, program tersebut merupakan kali pertama kejohanan yang melibatkan perlumbaan kereta diadakan di trek Lembah Bidong.“Pada tahun 2010 juga sukan yang sama kita pernah adakan di Tasik Kenyir, Setiu yang diadakan secara tahunan.“Tetapi  untuk trek di Lembah Bidong, ini  kali yang pertama pertandingan seumpama ini diadakan  sama ada di peringkat negara kita mahupun di peringkat dunia. Ini kali pertama trek yang akan bermula di tepi pantai dan ini adalah satu lagi pembaharuan,” jelasnya.Justeru beliau menyeru rakyat Terengganu agar hadir beramai-ramai menyaksikan perlumbaan kereta Rally Championship yang akan diadakan tidak lama lagi.
13 Nov 18
86
Empty Image
Terengganu Bina Momentum Baharu, Kerjasama MPKK-JKKR
Dr Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 14 November - Kerajaan Terengganu bergerak ke arah momentum baharu apabila menjalin persefahaman dengan Felda untuk melibatkan penyertaan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Terengganu sebagai anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) berkuat kuasa serta merta.Pengumuman itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim dalam satu sidang media di Wisma Darul Iman, semalam.Turut hadir, Pengurus Besar Felda Wilayah, Mohd Helmi Fahkzan Abdul Wahab dan Pegawai Khas Menteri Besar bagi Hal Ehwal Tanah Persekutuan, Naraza Muda.Dr. Azman berkata, pihak pengurusan tertinggi Felda telah bersetuju supaya Pengerusi MPKK menjadi anggota JKKR yang sebelum ini dianggotai ketua-ketua blok dan dipilih secara demokrasi oleh peneroka tanah rancangan tersebut.Katanya, kedua-dua keanggotaan itu berfungsi untuk menjaga kepentingan peneroka termasuk dalam hal kebajikan, pembangunan dan keperluan setempat.Menurutnya, MPKK adalah struktur pentadbiran negeri yang berada di peringkat paling bawah untuk menjadi agen penyampai kerajaan negeri."Struktur pentadbiran Felda pula berbeza dengan pengurusan kampung biasa sebab Felda ada pentadbiran sendiri yang dipanggil JKKR," jelasnya.Beliau berkata, pentadbiran kerajaan negeri dan pengurusan Felda perlu diselaraskan supaya tidak ada ruang kosong berlaku sehingga menimbulkan masalah kepada peneroka."Jadi kalau MPKK bergerak satu hala, JKKR pula bergerak ke arah satu hala yang lain, di situ dia akan tinggalkan satu ruang kosong."Ruang kosong ini kita mahu tiadakan dengan cara kita libatkan MPKK ke dalam JKKR," jelasnya lagi.Justeru, beliau mengharapkan kerjasama itu memberi manfaat kepada kira-kira 7,459 orang peneroka dan 60,000 isi rumah di 21 tanah rancangan Felda seluruh negeri Terengganu.Sementara itu, Mohd Helmi Fahkzan menyokong penuh jalinan kerjasama itu sambil berkata, kedua-dua belah pihak perlu memanfaatkan perkara positif untuk kebaikan peneroka Felda dengan mengenepikan fahaman politik.Terdapat 50 MPKK yang terbabit dengan tanah rancangan Felda dan akan bekerjasama dengan 20 JKKR seluruh negeri Terengganu.
13 Nov 18
81
Empty Image
SMA Terengganu Perlu Diperkasa
Ustaz Satiful Bahri Mamat beramah mesra dengan penerima Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Agama Terengganu.Oleh: Muhd LukmanKUALA TERENGGANU, 13 November - Para guru perlu memainkan peranan penting dalam memperkasakan Sekolah Menengah Agama di negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, peranan guru amat penting dan sejajar dengan peningkatan dan pencapaian Sekolah Menengah Agama hari ini."Para guru mestilah mempertingkatkan kemahiran bukan hanya dari segi penguasaan bahasa malah teknik pengajaran bagi melahirkan pelajar yang lebih kompeten dan kompetitif."Mereka juga mestilah sanggup menghadapi cabaran baru dalam dunia pendidikan yang sentiasa berubah dan semakin mencabar dalam membina diri dan menguasai bidang ilmu seterusnya melahirkan bangsa melayu Islam yang maju sepanjang zaman," katanya.Menurutnya, para guru juga harus menepis tohmahan negatif daripada masyarakat."Hasrat kita supaya mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan khususnya bidang agama supaya dapat terus menangkis usaha luar untuk berfikir secara negatif terhadap golongan agamawan.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Agama Terengganu bertempat di Dewan Auditorium Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, semalam.Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut mengingatkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan urustadbir sekolah dan guru-guru perlu disemai."Elemen kreativiti dan inovasi ini penting dalam mengiktiraf kemampuan berfikir untuk melahirkan insan cemerlang dan bersahsiah mulia.Beliau juga berharap pihak sekolah sentiasa bekerja keras dan mempersiapkan diri untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum malahan dalam semua bidang yang melonjakkan nama Sekolah Menengah Agama di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.Beliau turut merakamkan ucapan tahniah serta menyampaikan hadiah kepada pihak sekolah, guru-guru dan para pelajar yang memenangi anugerah.Johan keseluruhan Pertandingan Pengurusan Iklim Sekolah Menengah Agama (SMA) disandang oleh SMA Setiu yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM2000 beserta piala.Manakala naib johan dimenangi oleh SMA Mahmudiah dengan wang tunai bernilai RM1,500  dan tempat ketiga diraih oleh SMA Ittifaqiah dengan wang tunai sebanyak RM1,000.Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Bahagian Hal Ehwal Islam, Mohd Azam Awi, Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan, Haji Lothman Awang, Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Agama, guru-guru dan para pelajar.
13 Nov 18
267
Empty Image
Terengganu Sedia Bantuan Banjir - MB
Dr Ahmad Samsuri sedang  mengukur baju kanak-kanak dalam Program Back To School.KUALA NERUS, 13 November - Kerajaan Terengganu akan meneliti tahap kerosakan dan kerugian yang dialami mangsa banjir  sebelum menyalurkan kadar sumbangan wang tunai.   Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya tidak mahu menentukan berapa jumlah yang akan diterima sama ada RM500 atau lebih kerana kerugian yang dialami mangsa pastinya tidak sama.Katanya, sebagai contoh, jika mangsa mengalami kerosakan rumah yang agak teruk atau runtuh, sudah tentu nilai RM500 tidak mencukupi.  Apa yang pasti mungkin dapat lebih daripada nilai itu.“Setiap perkara akan dinilai dan diteliti oleh pihak yang bertanggungjawab termasuk dari  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sebelum bantuan diagihkan bagi tujuan mengelak daripada ketidakadilan dalam agihan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Back To School anjuran Epic Berhad, di Mydin Mall, Gong Badak, hari ini.Hadir sama, isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman.Seramai 80 murid daripada keluarga berpendapatan rendah dan anak yatim menerima sumbangan alat tulis, pakaian dan beg sekolah.Mereka turut berpeluang bersarapan di restoran makanan segera dan menonton wayang di Paya Bunga Square. Dr Samsuri turut memberitahu, kerajaan negeri dengan kerjasama beberapa pihak sudah menubuhkan Jawatankuasa Banjir sebagai persediaan awal berdepan bencana yang akan berlaku pada bila-bila masa.“Setiap agensi telah memainkan peranan masing-masing termasuk mengadakan simulasi banjir, mesyuarat dan perbincangan.“Bagaimanapun, kerajaan negeri berharap dan berdoa agar banjir pada tahun ini dan pada masa akan datang tidak seteruk  seperti sebelum ini,” katanya.
13 Nov 18
34
Empty Image
Kampung Talong Dimajukan Sebagai Hab Limau
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 13 November- Kira-kira 25 hektar Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Sungai Rambai, Bukit Besi, di sini akan dimajukan sebagai hab limau negeri, tidak lama lagi.Bagi merealisasikan usaha itu, seramai 31 pemilik dari Kampung Talong, di sini, akan mengusahakan tanaman itu secara sah di kawasan masing-masing. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negerj (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kerajaan negeri akan memastikan tanah berkenaan diusahakan di tanah masing-masing dengan kaedah yang betul dan mampu mendatangkan hasil dengan cepat."Hasrat kita untuk jadikan kawasan ini sebagai hab limau. Sekarang ini terpulang kepada mereka (penduduk), sama ada mengusahakannya sendiri, diserah kepada anak atau diusahakan bersama dengan penduduk yang lain," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa meninjau kebun limau milik penduduk, di Kampung Talong, semalam. Menurut Ghazali, kerajaan negeri serius bagi membantu penduduk dan mengalakkan mereka  bercucuk tanam untuk menambah sumber pendapatan."Tambahan pula limau ini memulangkan hasil yang lumayan. Ianya akan diagihkan kepada FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) untuk dipasarkan dan dijual ke seluruh negeri, malah berpotensi untuk dieksport ke luar negara," jelasnya.Tambahnya, penduduk di kawasan itu sudah lama mengusahakan limau, bagaimanapun terdapat sedikit masalah berhubung status pemilikan tanah apabila dikatakan sebahagian RTB Sungai Rambai itu kepunyaan pengusaha (agensi) lain."Semoga ianya akan memberi kesejahteraan kepada penduduk di sini. Melalui usaha ini penduduk lebih bersungguh-sungguh mengusahakannya apabila tanah berkenaan milik sendiri," tegasnya.
13 Nov 18
501
Empty Image
Kerajaan Negeri Sedia Timbang Bajet Tubuh Taska Permata Baharu
Dr. Alias Razak.KUALA NERUS, 13 November - Kerajaan negeri bersedia menimbangkan peruntukan tambahan bagi penubuhan premis baharu Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) Permata Keluarga di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sekiranya ada keperluan daripada pihak jabatan berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, perkara itu akan dipertimbangkan kerana permintaan untuk kemudahan taska ini sentiasa meningkat mengikut keperluan semasa dan penubuhannya yang lebih selamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan."Permintaan terhadap kemudahan taska akan meningkat dari tahun ke tahun, jadi, dari segi perincian tentang berapa bilangan yang diperlukan mengikut Parlimen, kita serah kepada YPK untuk buat kajian. "Kerajaan negeri sentiasa menyokong Taska Permata Keluarga dan jika ada keperluan kita akan berusaha dapatkan bajet tambahan. Walaupun pendidikan penting tetapi keselamatan lokasi juga sama mustahak," katanya.Dr Alias berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Hafaz Muqaddam Taska Permata YPK Kuala Nerus di Dewan Serbaguna Tok Jembal, Kuala Nerus di sini, hari ini.Turut hadir, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Mohd Shafaruddin Mustaffa dan Pengawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab.Seramai 213 kanak-kanak berusia empat tahun daripada sembilan Taska Permata Keluarga di parlimen ini diraikan dalam majlis graduasi itu apabila berjaya menghafaz 23 surah lazim.Sementara itu, beliau turut mengulas keselamatan taska yang mana YPKT  mempunyai SOP yang perlu dipatuhi untuk memastikan keselamatan anak-anak yang dihantar ke taska terjamin dalam banyak aspek.Jelasnya, YPKT membuat pemeriksaan berkala mengikut prosedur mereka ke atas taska-taska ini yang merupakan salah satu rutin pihak mereka bagi  memastikan perkhidmatan yang berkualiti dengan setakat ini tiada sebarang laporan atau aduan berhubung penganiayaan terhadap kanak-kanak.“YPKT ada menjalankan pemeriksaan berkala dan pemeriksaan mengejut ke taska-taska bagi memastikan taska yang dikendalikan mematuhi syarat-syarat yang digariskan dalam akta dan peraturan serta kita ada pemantauan dengan CCTV di sesetengah taska.“Guru-guru yang terlatih dan mempunyai kelulusan ijazah merupakan salah satu kriteria dalam pengambilan guru di samping mempunyai minat dalam bidang ini termasuk latihan secara menyeluruh supaya guru-guru ini mempunyai disiplin dan sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa," ujarnya lagi.Program tradisi tahunan itu secara keseluruhannya disertai seramai 1,170 kanak-kanak di seluruh negeri yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai pengajian al-Quran di samping memupuk minat dan kecintaan dalam usaha membudayakan al-Quran.
13 Nov 18
124
Empty Image
Jawatankuasa Masjid Jangan Kedekut - Ridzuan Hashim
Ridzuan Hashim KUALA NERUS, 13 November - Kerajaan negeri menasihat jawatankuasa masjid di seluruh Terengganu supaya tidak kedekut membelanjakan wang sumbangan orang ramai demi menjaga imej institusi agama itu.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ridzuan Hashim berkata, mereka tidak perlu menunggu peruntukan disalurkan dalam menyemarakkan gerak kerja pengimarahan jika wang berkenaan dapat menampung keperluan mewujudkan persekitaran yang selesa kepada jemaah."Secara umumnya kita tidak nafikan, mungkin keadaan itu ada berlaku jadi kita sentiasa ingatkan kepada jawatankuasa masjid supaya memanfaatkan sumbangan orang ramai sebaiknya."Tujuan orang ramai beri duit adalah untuk aktiviti dan sewajarnya digunakan bagi tujuan tersebut. Jangan sesekali merasa bangga dengan jumlah terkumpul sedangkan ia tidak diguna sebagaimana dikehendaki oleh penyumbang," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menutup Program Perjumpaan Bersama Imam, Bilal dan Jawatankuasa Masjid serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini, semalam.Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya (Pentadbiran, Kewangan & Pembangunan) Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT), Azhar Jusoh; Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzaman Abdullah dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said.Hampir 2,000 ahli daripada kedua-dua organisasi akar umbi hadir di majlis perjumpaan yang julung kali itu, bagi memperkukuhkan lagi peranan mereka selepas diberi kepercayaan oleh pihak kerajaan negeri.Menurut Ridzuan, pendekatan sedemikian akan diteruskan termasuk turut merancang untuk mewujudkan pertemuan berskala kecil di peringkat Parlimen selepas ini."Perjumpaan seperti ini sekali gus boleh menghapuskan jurang perbezaan yang boleh meretakkan hubungan di antara mereka dan sebab itu kita akan teruskan pertemuan di peringkat parlimen,"ujarnya lagi.Dalam pada itu, Azhar berkata, isu-isu sosial seperti maksiat misalnya bukan hanya perlu ditangani pihak jabatan agama, sebaliknya menjadi tanggungjawab seluruh anggota masyarakat untuk bersama-sama menyalurkan maklumat."Peranan semua pihak ini dapat membantu JHEAT dalam merangka satu pelan tindakan yang lebih baik supaya apa jua aktiviti akan dapat kita manfaatkan ke arah kesejahteraan rakyat Terengganu," katanya.
12 Nov 18
230
Empty Image
Rakyat Perlu Dapat Semula Hak Mereka
Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN, 13 November - Kerajaan negeri akan memastikan kebajikan rakyat terlaksana dengan sebaik mungkin tanpa ada golongan yang tercicir daripada mendapat manfaat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, kepimpinan negeri masa kini beriltizam untuk memastikan rakyat mendapat kembali hak mereka yang tidak diperolehi ketika kerajaan sebelum ini."Walaupun projek ini dimulakan oleh kerajaan sebelumnya, tapi kita (kerajaan negeri) teruskan untuk baiki (rumah) supaya disegerakan untuk rakyat mendiami rumah tersebut," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Jalan Pusara, Kampung Gelugor, Kerteh, di sini, semalam.Turut hadir, Ketua Penolong Kanan Pegawai Daerah Kemaman, Ahmad Nazwawi,Tuan Penghulu Mukim Kerteh, Abdul Ghafar Mohamad, Ketua Balai Polis Kerteh, Inspektor Mohd Azuan Abdul Aziz, Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Kemasik serta lima peserta dan wakil rumah PPRT di Kampung Gelugor.Beliau yang juga  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik turut memberi peringatan kepada lima orang penerima rumah berkenaan supaya sentiasa memanjat kesyukuran kerana mampu menikmati kemudahan itu."Majlis Pengurusan Komuniti Kampung adalah wakil ADUN di setiap kampung dan harapan kita dapat merealisasikan Terengganu sebagai negeri yang maju, berkat dan sejahtera," tambahnya.
12 Nov 18
252
Empty Image
Kerajaan Negeri Turut Beri Perhatian Isu Pemilikan Rumah Generasi Kedua Felda
Oleh: Adli MohamadKuala Terengganu, 12 November- Kerajaan negeri turut memberikan perhatian kepada soal pemilikan rumah dalam kalangan generasi kedua Felda selain golongan yang memerlukan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr. Alias Razak berkata, memastikan rakyat memiliki kediaman adalah diantara hasrat kerajaan negeri yang dijanjikan melalui manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.Katanya, kerajaan negeri turut serius menangani masalah rumah yang dihadapi oleh warga Felda terutamanya generasi kedua dan telah mengambil tindakan tertentu termasuk membuat pemerhatian dan penyelidikan."Didapati lot-lot tanah sekitar Felda ada tanah yang kosong untuk diangkat jadi Rancangan Tanah Berkelompok (RTB)."Orang luar mungkin tidak berminat sangat untuk memilikinya, maka peluang terbuka kepada generasi kedua Felda," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat NGO Generasi di Wisma Darul Iman, semalam.Menyentuh mengenai Generasi beliau berharap agar Generasi yang dipengerusikan oleh Pegawai Kanan Khas, Penyelidikan Tanah Persekutuan, Naraza Muda mampu menjadi perunding, dan menjadi jambatan yang menghubungkan kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri agar permasalahan yang dihadapi generasi kedua Felda dapat diselesaikan."Dengan Felda (kerajaan persekutuan) kita kena berkawan dan perlu berunding."Kerajaan Malaysia (persekutuan) nak buat (berhasrat) juga buat rumah kepada rakyat, maka kita (kerajaan negeri) akan usaha bagi memastikan tidak terlepas pandang," ujarnya.Menurut beliau, NGO Generasi perlu memberi perhatian sewajarnya agar nasib generasi kedua Felda akan terus terbela.
12 Nov 18
34