Artikel "Semasa" Terkini
SRIDAF Lahirkan Generasi Celik Al Quran
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT 14 November-Pertandingan Hafazan merupakan satu inovasi dalam sistem pendidikan Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) yang diwujudkan untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan pada masa yang sama mampu menghafaz serta berkeupayaan mentafsir al-Quran dengan baik.Pegawai Penyelaras Dun Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata keputusan memilih jalan atau laluan ini merupakan keputusan terbaik.“Ujian yang Allah bawa kepada masyarakat kerana jauh dengan Al-Quran, solat serta kebaikan dan harapan kita dengan ada anak-anak seperti ini yang banyak menghafal serta sentiasa melihat ayat-ayat Allah akan membawa rahmat kerana anak-anak ini mampu membawa sesuatu kebaikan kepada persekitaran masyarakat.“Kalau dibandingkan dari sudut keseronokan saat ini, barangkali kawan-kawan lain sedang berseronok dengan suasana persekitaran peringkat akhir sekolah dengan lawatan atau jamuan tetapi kita Alhamdulillah masih setia bersama Al-Quran untuk menguji kemampuan untuk menghafal ayat-ayat Allah,”katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Hafazan Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF), di sini, hari ini. Tambahnya lagi, pertandingan ini dianjurkan oleh pihak pengurusan SRIDAF untuk melahirkan generasi Al-Quran merupakan satu daripada usaha oleh pihak berkenaan untuk membuka pemikiran dan juga persepsi masyarakat terhadap sekolah ini. suatu yang luar biasa.“Sesuatu yang luar biasa akan berlaku didalam kalangan anak-anak ini dan luar biasa itu akan berlaku diluar kotak pemikiran masyarakat kita,”ujarnya.Beliau juga sempat menasihatkan tenaga pengajar SRIDAF untuk terus berusaha untuk melahirkan generasi yang bersama Al-Quran.
14 Nov 18
852
Satu Graduan, Satu Keluarga Di DUN Bukit Besi
Oleh : Adli Mohamad DUNGUN, 14 November - Kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi yang jauh dari kepesatan bandar bukan suatu halangan untuk memastikan matlamat melahirkan sekurang-kurangnya seorang graduan dalam setiap keluarga tercapai.Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, hasrat itu perlu sama-sama digembleng oleh semua dan tidak terhad hanya kepada pelajar, guru, jabatan dan agensi berkaitan, malah semua ibu bapa juga seharusnya mengambil serius aspek pendidikan anak-anak."Graduan ini akan berpotensi menjadi modal insan dan aset kepada Negeri Terengganu agar tercapai dan bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri iaitu Pelan Induk Negeri Terengganu Sejahtera (PINTAS) 2030."Walaupun berada di kawasan luar bandar ianya bukanlah alasan untuk memastikan anak-anak di Bukit Besi berjaya ke universiti. Ianya menuntut usaha yang bersungguh-sungguh dari semua pihak," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia, di sebuah sekolah menengah di sini, semalam.Ghazali berkata, bagi memastikan lahirnya sekurang-kurangnya seorang graduan dalam setiap keluarga dapat direalisasikan, kerajaan mengatur pelbagai program yang mengkhusus kepada ibu bapa supaya tahap kesedaran golongan itu terhadap pendidikan anak-anak sentiasa meningkat. "Golongan ibu bapa perlu diberi kesedaran dari sudut kecaknaan dan keprihatinan mereka kepada penguasaan pembelajaran anak-anak."Jika hanya disandarkan.pada guru semata-mata, maka kejayaan tidak akan dapat dijelmakan," katanya.Menurutnya lagi, apa yang lebih penting, bukan semata-mata kejayaan akademik tetapi perlu juga cemerlang dari sudut akhlak dan sahsiah sebagai bekalan dan manfaat di dunia dan akhirat.Dalam pada itu, beliau berharap agar, Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) yang pertama di Al-Muktaffi Billah Shah dalam DUN Bukit Besi bakal beroperasi tahun hadapan akan menjadi langkah terbaik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang pada masa akan datang.
13 Nov 18
98
161 Sijil Pengesahan Halal Malaysia Dikeluarkan Di Terengganu
Mohd Azam Awi.KUALA TERENGGANU, 14 November - Sebanyak 161 Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) diluluskan sehingga November 2018 di negeri ini.Timbalan Pesuruhjaya (Hal Ehwal Islam) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mohd Azam Awi berkata, daripada jumlah itu sebanyak 76 melibatkan permohonan baharu dan bakinya untuk tujuan pembaharuan lesen.Katanya, sijil halal berkenaan dikeluarkan kepada produk makanan dan minuman, barang gunaan, premis makanan, rumah sembelihan dan produk kosmetik.“Produk makanan dan minuman paling banyak mendapatkan sijil halal iaitu 106, diikuti premis makanan (37), barang gunaan (12), rumah sembelihan (4) dan kosmetik (2)."Bagi kategori industri ianya dimonopoli industri kecil (IK) iaitu sebanyak 53, mikro (52), multinasional (12) dan industri sederhana (8),” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Seminar Pemantapan Eksekutif Halal Negeri Terengganu 2018 di Hotel Permai, hari ini.Mengulas mengenai seminar yang diadakan, Mohd Azam berkata, antara objektifnya adalah untuk memberi pendedahan tanggungjawab Eksekutif Halal dari aspek syariah dan teknikal serta memberi kesedaran kepenbtingan peranan mereka dalam industri Pensijilan Halal Malaysia.“Seminar ini dihadiri kira-kira 113 peserta dari kalangan Eksekutif Halal yang mempunyai tanggungjawab secara langsung terhadap kualiti dan jaminan halal syarikat masing-masing,” ujarnya.Katanya, JHEAT turut mengadakan pelbagai program bagi membantu para usahawan memohon sijil halal termasuk kerjasama dengan JAKIM.
13 Nov 18
130
Belanjawan 2019 Libat Janji PAS Terengganu - MB
KUALA TERENGGANU, 14 November - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberi jaminan Belanjawan 2019 yang akan dibentang pada 25 November ini akan mengambil kira manifesto PAS negeri yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.Katanya, 70 peratus daripada tawaran yang dikemukakan dalam manifesto itu akan melibatkan belanjawan yang akan dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, dan ia disifatkan sebagai bajet berimbang."Ini adalah tahun pertama pembentangan bajet di bawah pemerintahan baharu di Terengganu, sudah tentulah kita sedaya upaya mahu melaksanakan apa yang kita janjikan dalam manifesto PRU14 lalu."Mungkin hanya tiga atau empat sahaja manifesto yang belum kita laksanakan dalam Belanjawan 2019, itu kita akan bawa dalam tahun-tahun akan datang kerana ia melibatkan kajian dan cara pelaksanaan tertentu. Yang penting 70 peratus manifesto itu akan diumumkan dalam bajet pada akhir bulan ini," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program "Back To School" anjuran anak syarikat milik kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) untuk 80 murid dari empat sekolah dari Parlimen Marang, di pasaraya Mydin Mall, Gong Badak, semalam.Ditanya sama ada kerajaan negeri akan meneruskan pemberian yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti bantuan pakaian sekolah untuk keluarga kurang kemampuan, Ahmad Samsuri berkata, ia akan diteruskan dengan beberapa penambahbaikan."Begitu juga dengan insentif dalam bidang pendidikan, ia akan disentuh dalam Belanjawan 2019 nanti," katanya sambil memaklumkan hasil royalti minyak dan gas akan turut dimasukkan ke dalam bajet itu sebagai hasil terimaan negeri.Terdahulu, Samsuri sempat menemani murid yang menerima bantuan EPIC itu memilih peralatan alat tulis mereka di pasaraya itu.Setiap mereka menerima bantuan RM565 yang diberi dalam beberapa bentuk sumbangan antaranya baucer pakaian sekolah bernilai RM200, baucer kasut RM100 dan pembelian alat tulis RM80.
13 Nov 18
101
Elaun Nelayan Perlu Ditingkatkan RM500 Sebulan
Dato' Dr Khairuddin Aman Razali.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA LUMPUR, 14 November - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menggesa Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) meningkatkan elaun sara hidup nelayan kepada RM500 sebulan.“Saya minta supaya elaun sara hidup ini bukan setakat diperkenalkan kembali atau diteruskan, tetapi perlu ditingkatkan lagi kepada RM500 sebulan berbanding RM250 dan RM300 sebelum ini," kata beliau ketika membahaskan Bajet 2019 di Dewan Rakyat, semalam.Katanya, rata-rata rakyat yang bekerja sebagai nelayan memperoleh pendapatan sekitar RM600 hingga RM1,000 sahaja sebulan.“Tanpa bantuan seumpama ini, agak sukar bagi mereka berhadapan dengan suasana ekonomi bagi memenuhi keperluan harian mereka,” katanya.Dr. Khairuddin berharap agar kerajaan PH meningkatkan lagi elaun sara hidup nelayan, terutama apabila tiba musim tengkujuh yang sememangnya boleh menggugat mata pencarian mereka.Dalam ucapannya semalam, beliau turut membangkitkan pelbagai isu ekonomi rakyat termasuk isu pengangguran, pemberhentian kerja dan hutang isi rumah.
13 Nov 18
158
Permohonan SM Imtiaz YT 2019 Tingkatan 1 Secara Online
KUALA TERENGGANU, 14 November - Yayasan Terengganu mempelawa calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 yang berminat untuk memasuki Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu yang mendapat sekurang-kurangnya 4A 2B layak untuk memohon bermula November ini sehingga Disember 2018 sebaik sahaja keputusan diumumkan.Jika berminat dan melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan, rakyat dipelawa untuk menghantar borang permohonan Imtiaz secara 'online' di mana saluran permohonan sesi tahun ini akan dibuka.Untuk makluman, mereka yang layak dipelawa untuk membuat permohonan secara 'online' menerusi laman web www.yt.gov.my @ www.myimtiaz.com.my yang akan dibuka selepas keputusan UPSR diumumkan nanti.SM Imtiaz adalah sekolah elit yang menawarkan pendidikan yang selari dengan sistem pendidikan kebangsaan (bidang sains) yang dirangkumkan secara bersepadu dengan hafazan al-Quran dan pendidikan agama di bawah Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu.Senarai SM Imtiaz di negeri Terengganu adalah di Besut, Kuala Berang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Marang.Berikut adalah panduan dan maklumat penting berkaitan permohonan SM IMtiaz tahun 2019 meliputi tarikh penting permohonan dan syarat kelayakan.Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:PENGURUSAN IMTIAZ YAYASAN TERENGGANUTingkat 3, Bangunan Yayasan Terengganu,20200 Kuala Terengganu,TerengganuNo Tel : 09-6221733No Faks : 09-6232944Emel: info@yt.gov.my
13 Nov 18
869
Jago Ma Molek, Kito Nok Gi Doh
Ibu mertua mangsa memanjatkan doa untuk menantunya.Oleh: Muhd LukmanDUNGUN, 14 November - "Jago ma molek, kito nok gi doh," itulah kata-kata terakhir Konstabel Wan Mohd Arif Wan Yahya kepada kakaknya, seakan-akan membayangkan dirinya akan pergi buat selama-lamanya.Kata-kata tersebut disampaikan mangsa ketika pulang bertemu keluarganya pada 1 November yang lalu.Khadijah Daud, ibu mertua mangsa ketika ditemui pemberita memberitahu mangsa juga sempat meminta untuk mencium dan memeluk ibunya sendiri semasa pulang ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan."Dia beritahu nak cium dan peluk ma (ibu mangsa) sebelum kembali bertugas di Balai Polis Paka."Saya terkejut apabila mendapat makluman dari abang ipar mangsa tentang hal ini dan mengajak ahli keluarga untuk menunaikan solat hajat agar mangsa selamat dan ditemui pihak keselamatan," katanya.Khadijah bersama keluarga bertolak ke Paka pada malam kejadian dan singgah di Kuala Terengganu untuk mengambil isteri mangsa yang belajar di Kolej Kejuruwatan Kuala Terengganu.Beliau turut memaklumkan ibu dan bapa kandung mangsa tidak dapat hadir ke lokasi kejadian disebabkan masalah kesihatan.Satiful hadir memberi sokongan kepada keluarga mangsa.Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat turut hadir ke lokasi kejadian menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa, semalam.Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut mengetuai bacaan doa di lokasi kejadian bersama semua anggota keselamatan dan juga penduduk setempat yang hadir menghulurkan bantuan."Kita harap orang ramai turut mendoakan dan melakukan solat hajat agar operasi pencarian mangsa oleh anggota keselamatan dipermudahkan oleh Allah," katanya.Dalam laporan sebelum ini, mayat lelaki yang terbabit dalam kejadian kejar mengejar dengan anggota polis sebelum terjatuh ke dalam Sungai Paka di Kampung Baru Penyiram, Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lalu, ditemui lemas kira-kira 400 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh pada 11.50 pagi, 12 November.Usaha mencari seorang lagi mangsa iaitu anggota polis, Konstabel Wan Mohamad Ariff Wan Yahaya, 28, terus dipergiatkan meliputi jarak lebih 10 kilometer.
13 Nov 18
176
Padat Bantu Operasi Mangsa Polis Lemas
Oleh:Muhd Lukman DUNGUN, 14 November - Kelab Kebajikan dan Rekreasi Peminat Pacuan Empat Roda Dungun (Padat) menyumbang tenaga bagi membantu pihak keselamatan meneruskan operasi mencari mangsa polis lemas di Sungai Paka, Kampung Baru Penyiram, Durian Mentangau, di sini. Presiden Padat, Wan Mohd Adib Wan Zain berkata, seramai 15 orang sukarela dari kelab itu berkampung untuk memberikan bantuan semampu yang boleh khususnya dalam penyediaan makanan sejak Sabtu lalu. "Kita sedia maklum pihak keselamatan memikul tugas berat dalam meneruskan operasi ini. "Jadi, kita turut sama hadir menyumbang tenaga bagi meringankan beban mereka," ujar beliau ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian semalam. Beliau juga berkata, dana Tabung Padat dikumpul daripada sumbangan ahli untuk membantu mangsa jika berlakunya kecemasan atau bencana. Mohd Adib berkata, pada mulanya, dana tabung berkenaan bertujuan membantu mangsa banjir, bagaimanapun ekoran kejadian ini, pihaknya memutuskan untuk menggunakan wang terkumpul berkenaan untuk memasak dan menyediakan makanan kepada pihak keselamatan. Selain Padat, anggota dari Unit Amal Paka, ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Durian Mentangau dan Felda Kerteh Tiga turut membantu dalam operasi ini. "Alhamdulillah, kita juga mendapat bantuan daripada mereka yang turut bersengkang mata, berpenat lelah serta memberikan kerjasama yang baik dengan pihak keselamatan. Wan Mohd Adib yang juga merupakan Presiden Terengganu Adventure Group (TAG) turut mengalukan sumbangan orang ramai untuk menampung perbelanjaan mereka dalam menyediakan bahan mentah dan keperluan bagi menyediakan makanan sepanjang operasi ini. Orang ramai yang ingin menyumbang bolehlah menyalurkan bantuan kewangan melalui akaun Maybank Padat 563082118113. Dalam laporan sebelum ini, mayat lelaki yang terbabit dalam kejadian kejar mengejar dengan anggota polis sebelum terjatuh ke dalam Sungai Paka di Kampung Baru Penyiram, Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lalu, ditemui lemas kira-kira 400 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh pada 11.50 pagi, 12 November.Usaha mencari seorang lagi mangsa iaitu anggota polis, Konstabel Wan Mohamad Ariff Wan Yahaya, 28, terus dipergiatkan meliputi jarak lebih 10 kilometer.
13 Nov 18
173
‘Bangunan Istanbul’ Bakal Dijadikan Pusat Operasi SRIDI Ajil
Oleh: Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 14 November- Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Ajil akan beroperasi di Bangunan Pusat Dadangan Ajil atau lebih dikenali sebagai ‘Bangunan Istanbul’ Januari hadapan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Ustaz Maliaman Kassim berkata, enam lot pintu yang dipilih daripada bangunan tersebut akan diselenggara sebaik mungkin untuk keselesaan pelajar mengikuti sesi pembelajaran."Alhamdulillah, hari ini kita dapat bersama untuk melihat struktur bangunan yang akan digunakan untuk proses pembelajaran SRIDI yang akan dimulakan pada sesi persekolahan awal 2019."Bangunan ada yang perlu dilakukan sedikit penyelenggaraan dan tindakan sewajarnya telah diambil untuk membaikpulih bangunan ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika mengadakan lawatan ke tapak Bangunan Pusat Dadangan Ajil, semalam.Turut hadir, Ketua Penolong Pesuruhjaya (Pendidikan) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Lothman Awang dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Zainal Abidin Mohamed,Maliaman berkata, pihaknya turut berterima kasih kepada Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan JHEAT kerana memilih bangunan tersebut untuk dijadikan pusat operasi SRIDI Ajil.Dalam perkembangan sama katanya, ibubapa tidak perlu risau dengan yuran pembelajaran di SRIDI kerana ianya berpatutan."InsyaAllah, kita tidak akan membebankan penjaga dari segi yuran bulanan kerana mereka hanya perlu membayar yuran makanan sebanyak RM160 sebulan yang mana bukan bayaran tetap tetapi bergantung kepada hari persekolahan dan yuran tahunan RM130 setahun tanpa kos pengurusan,’ ujarnya.Sementara itu menurut Zainal, proses penyelenggaraan dan pembaikian bangunan itu akan dilakukan secara berperingkat dan berterusan untuk memberi keselesaan sepenuhnya kepada pelajar."Kita akan melakukan kerja- kerja penyelenggaraan kecil dahulu bagi membolehkan pelajar sekolah ini masuk pada waktu yang ditetapkan."Anggaran kos penyelenggaraan kira- kira RM177,000 tetapi apabila dibuat penilaian yang teliti ianya berkemungkinan mencecah RM200,000,” ujarnya.Katanya, buat permulaan pihaknya akan memasang kipas, penyaman udara dan lain-lain yang berkaitan membabitkan peruntukan lebih kurang RM39,000.
13 Nov 18
479
Budayakan Baca Al Quran Seawal Usia
Oleh : Safwan SyakirKUALA NERUS– Program Membudayakan al-Quran perlu dilaksanakan oleh ibu bapa di peringkat awal usia anak-anak bagi membolehkan iman mereka dibentuk dan diperkukuhkan menjadi insan bertakwa yang menjadi teras dan benteng kepada pembentukan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, ibu bapa dinasihatkan supaya menerapkan budaya membaca Al-Quran kepada anak-anak mereka sejak dari usia kecil bagi melahirkan generasi yang seimbang kejayaanya samada duniawi atau ukhrawi.“Saya ingin memetik satu peribahasa melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya” yang merujuk kepada asas awal pendidikan, namun begitu masih belum terlambat lagi bagi golongan berusia kerana tiada had umur dalam menuntut ilmu.“Rasulullah S.A.W bersabda, ajari anakmu tiga perkara, yang pertama cinta akan Nabi, iaitu dengan berusaha mengamalkan segala sunnahnya, kedua adalah dengan mencintai keluarga Nabi dan terakhir adalah dengan membaca Al-Quran.“Pada zaman yang penuh mencabar ini, ibu bapa seharusnya tidak memberi gajet kepada anak-anak tanpa dikawal seperti telefon pintar, hal ini kerana ia boleh menganggu perkembangan otak mereka jika disalah guna”, tegasnya ketika merasmikan Majlis Hafaz Muqaddam Dan Graduasi Kanak-Kanak Taska Permata Keluarga Parlimen Kuala Nerus Di Dewan Serbaguna Tok Jembal, Kuala Nerus, di sini semalam.Turut hadir Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu(YPKT), Mohd Shafaruddin Mustaffa dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri(DUN) Seberang Takir, Mohd fazil Wahab.Jelasnya, tanpa pendidikan agama, anak-anak tidak mempunyai benteng yang kukuh bagi menghadapi keruntuhan moral di luar yang semakin berleluasa terutama pada masa sekarang senario 'buta Al-Quran' dalam kalangan generasi muda semakin menggusarkan banyak pihak.Justeru itu, Dr Alias mengingatkan masyarakat persekitaran dan ibu bapa khususnya agar mendidik anak-anak dengan menghadiri program-program agama bagi mencapai hasrat kerajaan menjadikan negeri ini Maju Berkat Dan Sejahtera.Sementara itu, beliau bagi pihak kerajaan negeri juga bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menaiktaraf tahap keselamatan di pusat-pusat taman asuhan kanak-kanak (taska) yang sedang beroperasi dan bakal dibina baru.“Setiap bangunan taska yang dibina mestilah mengikut ciri-ciri keselamatan yang telah digariskan oleh pihak berkuasa tempatan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti kebakaran dan sebagainya. Peraturan ini dicipta bukan untuk menyusahkan manusia, tetapi ia adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan semua pihak.“Di samping itu, Kerajaan juga turut bercadang untuk membina taska ini di setiap jabatan kerajaan bagi memudahkan ibu bapa membina emosi anak-anak mereka dengan cara yang sihat," katanya
13 Nov 18
139