Artikel "Semasa" Terkini
Karnival Cinta Rasul Semarak Cinta Kepada Baginda
Ustaz Mohd Nor Hamzah (kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul kepada penerima.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinHULU TERENGGANU, 16 November - Karnival Cinta Rasul Peringkat Daerah Hulu Terengganu merupakan satu usaha kerajaan negeri untuk menggarap dan menyemarakkan cinta kepada Rasullah dalam diri rakyat Terengganu khususnya.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, mencintai Rasulullah SAW adalah suatu lanjutan cinta kepada Allah SWT."Ini kerana kita sebagai umat Islam dituntut untuk menyayangi baginda, bahkan kita telah bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah dan juga merupakan Rukun Iman yang kedua selepas beriman kepada Allah.“Di akhir zaman ini, kita berhadapan pelbagai ujian, godaan dan fitnah yang berkemungkinan mengheret untuk jauh dari agama dan sunnah Rasullah,” ujar beliau ketika merasmikan Karnival Cinta Rasul di Dataran Kuala Berang, semalam.Tambah beliau, program seumpama ini diharapkan dapat menanam perasaan cinta kepada Allah dan Rasul dalam jiwa masyarakat."Justeru, kita dapat memotivasikan diri agar mengamal dan menghidupkan sunnah Rasullah lantas meninggalkan segala larangan," katanya.Dalam perkembangan sama, Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Daerah Hulu Terengganu kepada empat orang penerima.Salah seorang penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Daerah Hulu Terengganu ialah Abidin Abd. Samad yang telah berkhidmat sebagai jurunikah Mukim Jenagor serta Imam di Masjid Kampung Temir, Kuala Berang sejak tahun 2001.Selain itu, penerima anugerah Tokoh Jurunikah Peringkat Daerah Hulu Terengganu adalah Ramli @ Mustaffa Ahmad, Tokoh Bilal Peringkat Daerah Hulu Terengganu, Ismail Jalaluddin dan Tokoh Imam Peringkat Daerah Hulu Terengganu, Md Yunus Hassan.Turut hadir dalam majlis perasmian itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau negeri, Dr Haji Mamad Puteh, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Haji Zainal Abidin Mohamed, Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid serta Pegawai Penyelaras DUN Telemong, Safari Abu.
16 Nov 18
261
ADUN Muslimat Dilantik Akhir Bulan Ini
Haji Yahaya Ali.MARANG, 16 November - Kerajaan Terengganu bakal mencipta sejarah baharu apabila usul perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kalangan muslimat akan diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 25 hingga 29 November ini. Yang Dipertua DUN Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, turut dilantik seorang senator juga dari muslimat menggantikan seorang senator yang telah tamat tempoh perkhidmatannya baru-baru ini.Katanya, nama-nama mereka akan diumumkan dalam persidangan DUN tersebut. "Dua isu ini akan dapat diselesaikan. Insya-Allah usul berkait dengan ADUN yang dilantik dari kalangan wanita akan dibawa. "Begitu juga senator baharu bagi menggantikan senator lama yang telah habis tempoh perkhidmatan juga akan dibawa ke dalam persidangan DUN kali ini."Siapa dia mereka itu, akan dimaklumkan dalam persidangan DUN nanti," katanya dalam Sidang Media selepas Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi Kanak-kanak Taska Permata Keluarga Daerah Marang di Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah di sini semalam. Menjawab satu soalan pemberita, Haji Yahaya berkata, ADUN berkenaan akan mengangkat sumpah dan akan mengambil tempat duduk yang disediakan berdasarkan Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu dan Peraturan-peraturan Tetap DUN (Standing Order)."Sebagaimana yang menjadi peraturan sidang dewan iaitu merujuk kepada Undang-undang tubuh Kerajaa Negeri dan peraturan-peraturan tetap dewan, itu adalah perkara yang mesti disempurnakan. "Maksudnya, selepas daripada usul itu mendapat persetujuan daripada dewan, dia (bakal ADUN itu) akan terlebih dahulu mengangkat sumpah dan seterusnya dia mengambil tempat yang telah ditetapkan sebagai ahli dewan," ujarnya. Cuma katanya, ADUN wanita yang dilantik itu merupakan satu perkara baharu yang belum pernah dibuat di Terengganu. "Ini merupakan satu sejarah bagi kerajaan negeri kerana ahli yang dilantik ini mempunyai hak untuk berbahas dan menyuarakan pandangan. "Cumanya dia tiada kuasa mengundi sahaja kerana dia merupakan ADUN dilantik, " jelasnya. Berhubung kriteria pemilihan ADUN dan Senator, beliau berkata, kerajaan mengambil semua faktor kepimpinan termasuk latar belakang profesional, pendidikan agama dan orang muda sebagaimana menjadi hasrat masyarakat Terengganu. "Jadi kerajaan negeri telah memilih calon ini dengan mengambil kira semua kehendak dan juga pandangan masyarakat," jelasnya lagi.
16 Nov 18
70
Kelantan Tumpu Agenda Membangun Bersama Islam
KUALA TERENGGANU, 15 November - Kerajaan Negeri Kelantan memberi tumpuan terhadap banyak perkara bagi meneruskan hasrat Membangun Bersama Islam.Menteri besarnya, Dato’ Haji Ahmad Yakob berkata, dasar tersebut dapat dihayati oleh rakyat sehingga memberikan mandat kepada PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.Katanya, pelbagai program dan janji manifesto telah dikemukakan kepada rakyat sebagaimana parti politik lain.“Baru-baru ini kita telah ada satu perbincangan khusus di kalangan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan juga para pegawai kita telah memutuskan dalam jangka setahun akan datang kita memberi fokus kepada tiga perkara penting.“Dan tindakan ini secara bersepadu di kalangan semua portfolio, iaitu pertama sekali ialah kita berikhtiar untuk membanyakkan lagi peluang kepada rakyat khususnya dalam sektor perindustrian dan juga berasaskan kepada sumber asli,” jelasnya.Beliau berkata demikian dalam temu bual yang disiarkan secara langsung oleh Manis FM di kontinya di Kota Bharu semalam, 14 November.Oleh itu katanya, Negeri Kelantan mempunyai sumber asli yang banyak seperti batu bata dan sumber minyak. “Kita insya-Allah akan memberi penekanan kepada industri (yang) berasaskan sumber asli untuk sekurang-kurangnya sebagai satu hiliran. Sekarang contohnya kita telah bersetuju untuk meluluskan kilang simen oleh syarikat ATM dan dijangka 2019 akan mula dibina kilangnya.“Dan (kilang tersebut) akan beroperasi pada 2021 dengan kapasiti kita boleh menambah peluang pekerjaan sebanyak 966 orang insya-Allah dengan syarat 50% adalah asal kakitangan ataupun pekerjaan daripada orang Gua Musang,” ujarnya.Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri mengutamakan pendidikan dan pembinaan modal insan.Oleh sebab itu, setiap tahun pihak kerajaan memperuntukkan peruntukkan yang agak besar dari segi pendidikan untuk Yayasan Islam Kelantan juga.“Insya-Allah kita akan meningkatkan lagi usaha kita dengan dua skim termasuk guru sandaran dan guru. “Ada banyak guru ganti, guru sementara, jadi kita buat supaya lebih baik lagi,” tambah beliau.
15 Nov 18
198
Dialog Islam - Kristian Perlu Diketengahkan
Datuk Seri Abdul Hadi gesa dialog antara agama sebagai langkah menjaga keharmonian.MARANG, 15 November - Pihak yang mengedarkan Bible baru-baru ini digesa menghormati sensitiviti rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam.Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sepatutnya pihak berkenaan mengadakan sesi dialog terbuka dengan cendekiawan Muslim dalam mencari kebenaran dan menjaga hubungan antara agama. “Agama Islam dilindungi perlembagaan dan bidang kuasa negeri-negeri. Sepatutnya dialog diketengahkan dan bukan edar Bible.“Mengapa agenda Dr. Zakir Naik yang dilakukan secara terhormat dibendung? Pihak gereja perlu terbuka dengan orang Islam untuk berdialog,” katanya ketika merasmikan bangunan baru Madrasah Darul Iman di Kampung Titian Baru, Bukit Payung, hari ini.Sebelum ini, tular di media sosial gambar yang memaparkan kegiatan mengedarkan Bible kepada pelajar Muslim di beberapa sekolah di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.Abdul Hadi yang merupakan Presiden PAS, turut mengingatkan batas kebebasan dalam beragama yang digariskan perlembagaan Malaysia.“Kita sedar walaupun ada kebebasan beragama perlu ada batasnya iaitu jangan menyentuh sensitiviti orang Islam. Umat Islam menjaga diri untuk tidak menyentuh sensitiviti bukan Islam, tetapi hubungan dijalinkan secara terhormat. “Setiap negeri memiliki bidang kuasa berkenaan hal ini di samping Kerajaan Persekutuan juga memiliki kuasa tertentu (bagi menanganinya),” katanya.Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.Manakala, Perkara 11(4), Perlembagaan memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang Islam.
15 Nov 18
132
YPKT Lahir 1,170 Huffaz Kanak-kanak
Haji Yahaya (dua dari kiri) menyampaikan sijil dan hadiah saguhati kepada kanak-kanak di Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi Kanak-kanak TPK Parlimen Marang. MARANG, 15 November - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) berjaya melahirkan seramai 1,170 kanak-kanak berumur empat tahun yang menghafaz sebanyak 23 ayat lazim seluruh negeri tahun ini, termasuk 132 orang kanak-kanak dari Parlimen Marang.Beliau berkata tahun ini Majlis Hafaz Muqaddam anjuran YPKT dilaksanakan mengikut Parlimen dan bagi parlimen Marang yayasan itu berjaya melahirkan seramai 132 huffaz cilik."Saya percaya dengan kurikulum bersepadu yang dilaksanakan oleh YPKT di 66 buah TASKA PERMATA KELUARGA (TPK) seluruh negeri, mampu menggilap dan meningkatkan potensi diri sekaligus menerapkan nilai-nilai kerohanian dan sahsiah diri anak-anak sejak awal usia," ujarnya.Haji Yahaya berucap di Majlis Hafaz Muqaddam (23 Surah Lazim) dan Graduasi 2018, TPK Parlimen Marang.Kerajaan Negeri katanya sangat menggalakkan usaha menyubur pembinaan keluarga bahagia sebagai asas kesejahteraan rakyat, apatah lagi institusi keluarga adalah unit terpenting dalam pembinaan setiap masyarakat.Justeru kerajaan negeri telah membelanjakan kira-kira RM20 juta setahun untuk kos pengurusan dan operasi TASKA seluruh negeri, manakala hasil kutipan yuran adalah kira-kira RM10 juta setahun."Ini menunjukkan kerajaan negeri perlu menanggung kos pengurusan sebanyak RM10 juta setahun iaitu kira-kira 50 peratus daripada kos perbelanjaan tidak termasuk kos pembaikian, penyelenggaraan bangunan TASKA dan peralatan serta permainan kanak-kanak," jelasnya.Kanak-kanak Parlimen Marang diraikan di Majlis Hafaz Muqaddam (23 Surah Lazim) dan Graduasi 2018, TPK Parlimen Marang.Teks ucapan beliau dibacakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Haji Yahaya Ali dalam Majlis Hafaz Muqaddam (23 Surah Lazim) dan Graduasi 2018, TPK Parlimen Marang anjuran YPKT di Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.Turut hadir Pengarah YPKT Haji Mohd Shafaruddin Mustaffa, Isteri Haji Yahaya, Hajah Zarani Othman yang juga Ibu Angkat TPK Pengadang Baru, Ibu Angkat TPK Taman Desa Permai, To' Puan Seri Hajah Zainah Awang Ngah, Ibu Angkat TPK Belukar Jambu, Zainon Wahab, Ibu Angkat TPK Kampung Pak Madah, Arinah Lah dan Pengurus Besar PTPTN Negeri, Azizah Nasik @ Abd Rashid.Dr Ahmad Samsuri seterusnya berkata, YPKT merupakan satu-satunya agensi kerajaan negeri terbesar dalam negara yang melaksanakan perkhidmatan TASKA untuk kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah.Justeru katanya, dengan penubuhan TPK, ia telah memberi peluang kepada kanak-kanak di rumah bagi memperolehi suatu bentuk asuhan dan didikan formal sebagaimana diajar di pusat asuhan tersebut.
14 Nov 18
240
Doa, Tidak Stres Hadapi Peperiksaan - Tengku Hassan
Tengku Hassan bersalaman dengan pelajar yang menghadapi SPM di SMKTB, semalam. Oleh : Pok Abbas KUALA TERENGGANU, 15 November - Ketenangan dan doa menjadi amalan yang amat penting kepada pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula kelmarin hingga 13 Disember ini.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar menasihati calon SPM supaya tenang dan tidak berasa stres sepanjang menjawab peperiksaan awam itu.Bagaimanapun, katanya apa yang lebih penting adalah mengulang kaji pelajaran itu selain tidak meninggalkan solat dan banyak berdoa kepada Allah SWT.“Pelajar-pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM hari ini hendaklah berada dalam keadaan tenang, tidak stres, menjaga emosi dan jangan lupa solat serta banyak berdoa kepada Allah SWT.“Itu semua penting dan yang paling utama, kita (pelajar) kena banyak ulang kaji pelajaran untuk hadapi peperiksaan ini. InsyaAllah, anak-anak pelajar sekalian boleh jawab periksa dan mendapat kejayaan cemerlang nanti,” katanya sebagai memberi kata-kata semangat kepada pelajar.Beliau berkata demikian ketika melawat pusat peperiksaan awam itu, di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah (SMKTB), di sini, semalam.Kehadiran Tengku Hassan bagi memberi sokongan moral kepada pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut disambut Pengetuanya, Mohamad A. Ghani, guru dan kakitangan sekolah.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang berharap pelajar sekolah berkenaan mampu menjadi contoh kepada calon SPM yang lain dan mampu memperolehi keputusan yang cemerlang.Tengku Hassan turut mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada pengetua dan guru yang bertungkus lumus bagi memastikan pelajar SMKTB bukan sahaja berjaya di dunia, malah tidak meninggalkan amalan baik sebagai bekalan ke akhirat.
14 Nov 18
179
Terengganu Tidak Berhasrat Ambil Alih TCFC
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.KUALA TERENGGANU, 15 November - Kerajaan Terengganu tidak berhasrat untuk mengambil alih pengurusan Terengganu City FC (TCFC).Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri sudah ada komitmen yang agak besar untuk mengambil pasukan baru.Katanya, ianya juga akan menambahkan komitmen kerajaan negeri dalam sektor kewangan.“Saya akan mendapatkan maklumat yang rasmi dalam sikit masa lagi tentang perkara ini dan sudah tentu kita akan cuba selesaikan isu ini dengan cara paling baik sebab yang dinyatakan tadi bukan mudah bagi TCFC berjaya menjulang trofi Liga FAM musim ini dan layak ke Liga Perdana musim depan. “Dan apatah lagi TCFC adalah satu pasukan yang dibangunkan oleh kelab perseorangan, bukannya melalui komitmen daripada kerajaan,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian ketika ditemui pihak media di Tingkat 5 Wisma Darul Iman, kelmarin.Sehubungan itu, katanya, beliau difahamkan ada pihak yang berminat untuk mengambil alih TCFC tetapi kita tunggu pihak tersebut mengumumkan sendiri pihak mana yang berminat.“Cuma kita sebenarnya lebih mengharapkan masalah yang berlaku diselesaikan dengan baik demi kesejahteraan semua pihak.“Bukan sahaja pasukan itu, bahkan yang paling penting pemain itu sendiri, para jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam pasukan itu supaya tidak berlaku sesuatu perkara tidak sepatutnya,” ujarnya.Menurut Ustaz Wan Sukairi, beliau mendapat maklumat bahawa isu pokok berkait dengan isu pembayaran gaji sudah diselesaikan.Dalam laporan sebelum ini, jurulatih dan pemain skuad The Sharks (TCFC) membuat aduan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas hilang sabar dengan karenah pengurusan yang gagal membayar gaji sejak enam bulan lalu.
14 Nov 18
49
Terengganu Bina Pusat Pemulihan Dadah Holistik Konsep ‘Kampung’
Mohd Nor menerima modul Terapi Gantian Minda (TGM) daripada Dr. Nasir berkaitan rawatan penagihan.KUALA TERENGGANU, 14 November - Kerajaan Terengganu bercadang mewujudkan Pusat Pemulihan Dadah secara holistik berkonsepkan ‘perkampungan’ sebagai penyelesaian kepada masalah ketagihan dadah dalam masyarakat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, pusat pemulihan itu bakal menggabungkan perubatan moden, psikologi, terapi kerohanian dan penempatan pekerjaan sebagaimana pendekatan yang dipraktikkan Universiti Islam Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Pusat Komuniti Saadah (PKS).“Pusat ini akan menggunakan kawasan ‘perkampungan’ yang terkawal, kondusif dan tidak terdedah kepada umum. Pusat ini juga akan menerapkan terapi kerohanian dan perubatan moden.“Kerajaan juga akan membantu pelatih pusat untuk mendapat pekerjaan setelah mereka pulih sepenuhnya,” katanya ketika merasmikan penutup Persidangan Antarabangsa Sains Ketagihan Kali Kedua yang diadakan di Kampus Kota UniSZA, hari ini.Beliau bagaimanapun melihat beberapa cabaran dalam melaksanakan program itu. Mohd Nor yakin rawatan menggabungkan pelbagai aspek mampu pulihkan pelatih.“Sudah tentu kita berdepan kos yang tinggi untuk mewujudkan pusat ini. Selain itu, kita juga akan menghadapi kesukaran mendapatkan tenaga pakar dan pastinya berdepan kritikan apabila kita membuat keputusan membangunkan sesuatu perkara baru yang lain dari kebiasaannya.“Namun, modul yang bakal digunakan memberikan keyakinan terhadap usaha ini. Pihak Unisza telah melaksanakan kajian selama lima tahun berkaitan penyelesaian terhadap masalah penagihan dadah dan sebanyak 11 modul telah dibukukan mengenai perkara ini,” katanya.Mohd Nor turut memaklumkan, PKS yang dibangunkan oleh UniSZA pula akan diperluaskan ke setiap daerah.“PKS akan diperkemaskan dan menjadi modul sokongan kepada pusat pemulihan yang akan dimulakan asasnya pada tahun 2020. Saya berharap pusat pemulihan ini akan menjadi model pemulihan dengan konsep ‘perkampungan’ pertama di dunia,” katanya.Dalam pada itu, Ketua penyelidik Pusat Penyelidikan Ketagihan (CentRenA), Profesor Dr. Nasir Mohamad menyatakan PKS yang baru beroperasi selama dua bulan menerima pelatih secara sukarela yang inginkan pemulihan.“Kita memberikan khidmat nasihat dan bimbingan seperti ziarah. Buat masa kini terdapat 17 pelatih yang menyertai bimbingan di PKS,” katanya.Persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu dianjurkan CentRenA dengan kerjasama Universiti Malaya Centre of Addiction Science (UMCAS), Unversiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
14 Nov 18
712
Tabung Darul Iman Bantu Keluarga Urus Pesakit Kronik
Ir Saiful Azmi Suhaili cuba berinteraksi dengan Ramli Muda yang terlantar sakit kronik.Oleh: Khalid Abdullah KEMAMAN, 14 November - Pesakit kronik diberi perhatian serius dan akan dibantu Kerajaan Terengganu melalui bantuan sara hidup Tabung Darul Iman (TDI).Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, bantuan sara hidup pesakit kronik perlu dimanfaat sepenuhnya terutama untuk menjaga serta mengurus ahli keluarga mereka yang sakit."Keluarga atau pesakit boleh ke pejabat ADUN untuk mendapatkan borang bantuan TDI, bersama surat sokongan pihak hospital dan dengan syarat-syarat utama yang mudah," ujar Ir Saiful Azmi.Beliau ditemui ketika menyerahkan bantuan TDI kepada pesakit kronik terlantar, Ramli Muda, 61, di Kampung Cabang Kertih, di sini, semalam.Sementara itu, isteri pesakit kronik tersebut, Mahsuri Abdul Rahman, 58, cukup terharu menerima kunjungan ADUN Kemasik yang datang sendiri menyerahkan sumbangan TDI."Suami diserang penyakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu, walaupun mendapat bantuan kewangan RM300 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta bantuan anak-anak, namun bantuan yang diterima hari ini sangat bermakna."Inilah kali pertama kami menerima bantuan susu dan pampers dari TDI, ianya dapat meringankan beban kewangan terutamanya harga susu yang sangat mahal."Terima kasih kepada wakil rakyat yang datang berkunjung ke rumah, melawat suami dan menyerahkan bantuan susu dan pampers hari ini," kata Mahsuri lagi.
14 Nov 18
971
Tiang Masjid Lagi Banyak Daripada Jemaah
Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA NERUS, 14 November- `Tiang masjid lagi banyak daripada jemaah' merupakan ungkapan yang sering menjadi perumpamaan untuk membandingkan bilangan jemaah yang hadir ke satu-satu rumah ibadat itu.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, antara perkara yang digambarkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika menceritakan suasana akhir zaman ialah masjid-masjid banyak dibina dan tersergam indah tetapi sunyi daripada petunjuk Allah SWT.“MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) merupakan organisasi pelaksana kerajaan negeri di peringkat akar umbi, apabila akar sepohon pokok diberi baja dan air secukupnya, maka daun dan batangnya akan sihat serta menghasilkan buah yang berkualiti.“Institusi masjid merupakan nadi kepada pembinaan pembangunan tamadun manusia dan petunjuk kepada jatuh bangun sesuatu masyarakat.“Rasulullah SAW dalam membina tamadun manusia di Madinah Al- Munawwarah bermula dengan pembinaan masjid sebagai satu isyarat bahawa sebarang tamadun atau pembangunan yang hendak dibina selepas itu mestilah bermula dengan hubungan dan ikatan yang erat dengan Allah SWT,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perasmian penutup Majlis Perjumpaan Imam, Bilal, MPKK dan Jawatankuasa Masjid Daerah Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus di Dataran Arena Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di sini, kelmarin.Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Pengurusan Kewangan Dan Pembangunan JHEAT, Azhar Yusof, Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus, Ustaz Azmi Tengah, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman, Ustaz Mohd Soud Said.Ustaz Ridzuan juga mengaitkan logo Terengganu maju, berkat dan sejahtera yang di dalamnya terkandung gambaran masjid melambangkan kepada pembangunan modal insan dan bentuk bulatan yang menggambarkan pemuafakatan sesama masyarakat.“Landskap politik terkini yang didominasi oleh orang bukan Islam menyebabkan mereka begitu berani mencabar Islam.“Edaran risalah kristian kepada pelajar sekolah selepas waktu pembelajaran di Pulau Pinang dan Taman Perumahan di Shah Alam serta isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) menuntut kepada pemuafakatan supaya umat Islam tidak terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang melanda sekarang ini.“Cabaran ini menuntut kepada kesungguhan kita untuk memperkuatkan akar umbi melalui institusi masjid, mengimarahkan dan mengembalikan fungsinya yang sebenar di samping kerjasama erat dan muafakat bersama komuniti kampung khususnya MPKK,” tambah beliau lagi.Dalam pada itu, beliau juga berharap agar semua hadirin di majlis itu dapat membuat anjakan paradigma ke arah suasana lebih baik, positif dan bersemangat dalam menghadapi cabaran getir serta bersama-sama merealisasikan hasrat ke arah Negeri Terengganu maju, berkat dan sejahtera.
14 Nov 18
395