lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Dua Graduan Dedikasikan Anugerah Pelajaran DiRaja kepada Ibu Bapa
Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UniSZA, Muhamad Amir Zainudin dan Ong Ying Qian.KUALA NERUS , 17 November - Anak seorang pengawal keselamatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab, Muhamad Amir Zainudin menerima Anugerah Pelajaran Diraja Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sempena Konvokesyen Ke-10 universiti itu.Turut menerima anugerah sama, Ong Ying Qian,24 , graduan Sarjana Muda Diatetik (Fakulti Sains Kesihatan) yang berasal dari Bera, Pahang.Anugerah disampaikan Canselor UniSZA, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.Muhamad Amir melahirkan rasa syukur dengan anugerah itu dan berazam untuk meneruskan pengajian hingga ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di salah sebuah universiti impiannya di Jordan pada tahun hadapan."Alhamdulillah ini merupakan penghormatan kepada saya dan keluarga selepas berhempas-pulas selama ini...tiada rahsia untuk berjaya melainkan saya mengamalkan prinsip lebih banyak memberi daripada menerima."Bermakna lebih banyak kita beri ilmu dan bantu rakan-rakan maka saya lebih banyak dapat kefahaman tentang ilmu berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Ke-10 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus, di sini hari ini.Beliau yang kini sedang bekerja sebagai Arabic Content Analyst di Accenture Malaysia di Kuala Lumpur yang fasih berbahasa arab bercita-cita menjadi seorang pensyarah dalam bidang yang sama.Anak ketiga dari lima beradik ini ingin membuktikan latar belakang keluarga dan kesusahan yang dialami bukan penghalang untuknya berjaya serta membalas pengorbanan kedua ibu bapanya yang telah bersusah payah menanggungnya selama ini.Bagi Ong Ying Qian, 24, pula kejayaan diperoleh bukan alasan untuk mendabik dada tetapi dijadikan sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya."Bagi saya ini adalah batu loncatan untuk saya terus berjaya dengan berpegang kepada empat prinsip utama iaitu target, tindakan, tekun dan tabah sepanjang pengajian di sini."Hari ini saya bersyukur apabila menerima anugerah yang dianggap cukup bermakna bagi diri saya dan merupakan hadiah paling istimewa buat ibu bapa saya,"ujarnya.Beliau yang bercita-cita untuk melanjutkan  pengajian hingga ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di UniSZA kini sedang bekerja sebagai pembantu penyelidik di universiti yang sama turut menyimpan impian untuk menjadi seorang pensyarah yang terbaik untuk membantu bakal anak didiknya nanti.
16 Nov 18
951
Empty Image
Sultan Mizan Berangkat Ke Majlis Santapan Malam UniSZA
Sultan Mizan (tengah) mencemar duli, berangkat ke Majlis Santapan Malam UniSZA di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu semalam. KUALA TERENGGANU,  17 November - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Sultanah Nur Zahirah mencemar duli berangkat menghadiri Majlis Santapan Malam anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Primula Beach Hotel di sini semalam. Sultanah Nur Zahirah berkenan menyampaikan Anugerah Pelajaran Diraja kepada dua pelajar UniSZA termasuk Muhammad Amir Zainuddin dan Ong Yin Qian di majlis tersebut.Kedua-dua pelajar berkenaan masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM7,500 beserta sijil dan pingat bersadur emas,  sumbangan dari Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri. Sultanah Nur Zahirah turut berkenan menerima tiga sumbangan wakaf bagi pihak UniSZA termasuk Wakaf Tanah Majlis Daerah Besut (MDB), Wakaf Peralatan Produksi TV dan Wakaf Peralatan Dobi Layan Diri.Sultanah Nur Zahirah (dua dari kiri ) berkenan menyampaikan Anugerah Diraja kepada Muhamad Amir (tiga dari kanan).Penyumbang ketiga-tiga wakaf tersebut masing-masing terdiri dari MDB,  Karya Bestari Sdn Bhd dan Warga Pelajar UniSZA dan Pejabat Wakaf dan Infaq. Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri,  Haji Yahaya Ali dan Isteri, Hajah Zarani Othman, Setiausaha Kerajaan Negeri,  Dato' Ab Rahman Yahya dan Naib Canselor UniSZA, Prof Dato' Dr Ahmad Zubaidi A Latif. Sementara itu,  Pengarah Pejabat Wakaf dan Infaq UniSZA , Prof Dr Ahmad Azrin Adnan dalam satu kenyataan media berkata,  tanah yang diwakafkan oleh MDB dirancang untuk dibangunkan rumah kediaman yang disasarkan kepada warga Kampus Besut dan komuniti.Sultanah Nur Zahirah berkenan menerima sumbangan Wakaf Peralatan TV UniSZA."Hasil penjualan manfaat ini akan diagihkan bersama UniSZA dan MDB. "Jawatankuasa Pembangunan Tanah MDB yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UniSZA akan dibentuk bagi mengawal selia inisiatif ini," jelasnya. Menurutnya,  dalam usaha melahirkan bakat patuh syariah dalam bidang penyiaran,  Pusat Seni dan Warisan (PSW), Unit Media Kreatif Pusat Teknologi Maklumat ( PTM) dan Bahasa dan Komunikasi (FBK)  berkolaborasi membangunkan Pusat Produksi TV. "Pusat ini bakal dijadikan makmal bagi dua program Ijazah Sarjana Muda di bawah FBK yang memfokuskan media dan komunikasi, " ujarnya. Dalam pada itu Dr Ahmad Azrin berkata,  keperluan mewujudkan Dobi Layan Diri diperoleh daripada maklum balas pelajar. "Untuk itu, Pejabat TNC HEPA telah menggerakkan inisiatif mengumpul RM5 bagi setiap pelajar."Dengan bilangan 10,000 orang pelajar,  sebanyak RM50,000 diperoleh. "Sementara Pejabat Wakaf dan Infaq pula menyumbang RM50,000," jelas beliau lagi. Jumlah keseluruhan RM100,000 ini katanya,  akan membolehkan fasiliti itu diwujudkan. Menurut beliau keuntungan bersih yang diperoleh akan diagihkan kepada persatuan pelajar,  pelajar B40 dalam bentuk kupon makanan,  kos penyelengaraan dan tabung wakaf UniSZA. Selain itu katanya,  peralatan yang di peroleh menerusi mekanisme wakaf itu membantu pengguna menggerakkan tetikus komputer dengan hanya mengerakkan matanya. Pengguna pertama merupakan pelajar Orang Kurang Upaya (0KU) UniSZA yang mengalami kesukaran menggerakkan tangannya. 
16 Nov 18
686
Empty Image
Jenazah Konstabel Arif Dijumpai
Oleh: Muhd LukmanDUNGUN, 17 November - Mayat anggota  polis yang lemas di Durian Mentangau berjaya ditemui kira - kira jam 12.25 tengah hari semalam.Mangsa, Konstabel Wan Mohd Mohamad Ariff Wan Yahaya ditemui terapung oleh pihak keselamatan kira-kira 300 hingga 400 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh Sabtu lalu, 10 November.Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, operasi hari ini yang bermula sejak pagi tadi akhirnya membuahkan hasil dengan penemuan mayat mangsa."Kita memulakan operasi pencarian seawal jam 7.30 pagi yang melibatkan 75 orang anggota dari pihak polis, bomba, angkatan pertahanan awam dan orang kampung akhirnya berjaya menemukan mayat mangsa.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita semalam, mengulas menemui penemuan tersebut."Mayat tadi juga dijumpai berdekatan dengan lokasi mayat pertama (suspek) lebih kurang dalam jarak 50 meter.Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Dungun untuk dibedah siasat dan akan dihantar pulang ke kampung mangsa selepas solat jenazah."Setelah selesai urusan bedah siasat di hospital, kita akan solat jenazah di Masjid Jamek, Paka kemudian akan dibawa pulang ke kampung halaman mangsa, Pasir Mas, Kelantan," ujar beliau.Dalam laporan sebelum ini, mayat lelaki yang terbabit dalam kejadian kejar mengejar dengan anggota polis sebelum terjatuh ke dalam Sungai Paka di Kampung Baru Penyiram, Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lalu, ditemui lemas kira-kira 400 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh pada 11.50 pagi, 12 November.
16 Nov 18
48
Empty Image
RM200 Ribu Sasaran Bantuan Kemanusiaan Yaman
Ustaz Nasaruddin Othman.KUALA NERUS, 17 November - Tabung Dana Kemanusiaan Yaman mensasarkan kutipan sebanyak RM200 ribu untuk dihantar ke negara yang sedang dilanda konflik itu pada bulan Disember ini.Ia adalah ikrar dan muafakat empat badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu mengurangkan penderitaan dan kelaparan yang sedang melanda penduduk di negara itu.Ahli Jawatankuasa Sekretariat Misi Kemanusiaan Yaman, Ustaz Nasaruddin Othman berkata, setiap NGO yang terlibat mensasarkan kutipan dana sebanyak RM50 ribu.“Insya-Allah dalam masa terdekat ini kita akan hantar sendiri bantuan yang dikumpulkan dalam setahun ini, kemungkinan besar pada bulan Disember.“Tapi tarikh belum ditentukan dan jumlah kita sasarkan melebihi RM200 ribu,” katanya yang  juga anggota NGO Yemen Care.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Tabung Dana Kemanusiaan Yaman di Sabasun 2, Gong Badak, semalam.Katanya, sumbangan tersebut adalah untuk membekalkan keperluan hidup yang sangat dibutuhkan mereka. Antaranya adalah makanan asasi, sumber air dan pendidikan di samping ubat-ubatan kerana ada penyakit yang melarat di sana.“Kita fokuskan juga kepada pendidikan selain makanan dan air bersih khususnya di kawasan pelarian,” ujarnya. Bekas Presiden Persatuan Pelajar Yaman itu memberitahu, sektor pendidikan menjadi kepentingan yang akan diberi perhatian kepada misi yang dijangka bermula pada hujung Disember.“Kita lihat pendidikan terkebelakang, kita nak tumpukan pelarian demi masa depan anak anak pelarian itu,” jelasnya.Justeru itu, beliau menyeru semua pihak yang prihatin agar dapat menyumbang kepada tabung kemanusiaan Yaman melalui NGO yang terbabit seperti Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI), Sabasun, Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera Terengganu (Hanees) dan Iman Care.
16 Nov 18
173
Empty Image
Bantuan RM10,000 Sebulan Buat Rakyat DUN Sura
Bantuan keperluan ringankan beban penduduk.Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 17 November - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura mengagihkan bantuan bulanan berupa beras dan barang keperluan harian membabitkan peruntukan berjumlah RM10,000 kepada golongan kurang berkemampuan di sekitar DUN itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, peruntukan tersebut merupakan hasil sumbangan orang ramai yang ingin membantu mereka yang memerlukan.  “Kita berusaha memastikan peruntukan setiap bulan mencukupi RM10,000 untuk diagihkan kepada mereka yang layak dan selain sumbangan, jumlah itu diperoleh daripada potongan sebahagian gaji saya sendiri," katanya. Sumbangan itu diagihkan dalam Majlis Penyampaian Bantuan Bulanan Fakir Miskin DUN Sura bagi bulan November di Masjid Lama Kampung Sura. Seramai 60 penduduk menerima sumbangan dalam majlis itu daripada jumlah keseluruhan 180 penerima yang menerima baki agihan di tiga lagi pusat agihan.Wan Hapandi memaklumkan, bantuan sebegini sudah lama dilaksanakan semenjak beliau dilantik sebagai wakil rakyat. "Program bulanan hasil inisiatif kita sendiri ini tetap berjaya dilaksanakan dengan jumlah peruntukan bulanan yang sama."Disebabkan itu, kita tetap meneruskan program ini apabila menjadi kerajaan pada hari ini," katanya.Majlis tersebut turut dihadiri wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat, wakil cawangan PAS Dun Sura serta ahli jawatankuasa yang terlibat.
16 Nov 18
96
Empty Image
MDI Dapat Tempat Di Hati Masyarakat
Dato' Seri Abdul Hadi Awang (kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang murid MDI.Oleh: Aziz HambaliMARANG, 17 November - Madrasah Darul Iman (MDI) yang diasaskan oleh PAS Kawasan Marang terus mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa yang inginkan pendidikan terbaik seiring pendidikan dunia dan akhirat bagi anak-anak mereka.Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah (ALP) MDI, Ahmad Maaruf Ismail berkata, sambutan ibu bapa agak luar biasa misalnya permintaan bagi sesi kemasukan pelajar tahun 2019."Kita membuka permohonan pada 1 Jun yang lalu. Borang kemasukan yang perlu diisi oleh ibu bapa habis dalam masa 1 jam sahaja. Sehingga sekarang permintaan masih tinggi," katanya di Majlis Perasmian Bangunan Baru MDI di Kampung Titian Baru, semalam.Dalam majlis itu, Bangunan Baru MDI dirasmikan oleh Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang. Beliau turut menyempurnakan gimik perasmian.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong dan pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Ismail Osman.Sementara itu, Mudir MDI, Mazlan Ibrahim ketika ditemui media berkata, pihaknya sentiasa berusaha memperkasakan lagi MDI bagi menjadikannya satu industri pendidikan yang berkualiti dari segi akademik, lebih-lebih lagi dari segi agama.Justeru, menurut beliau, penubuhan MDI bertujuan untuk merancakkan lagi bidang pendidikan sepertimana pendidikan yang telah dilaksana oleh Rasulullah SAW."Masyarakat sekarang ini mencari satu formula untuk menyelamatkan anak-anak dari terjerumus ke dalam gejala sosial yang membimbangkan."Inilah keyakinan kita, pendidikan Islam dan keyakinan guru-guru kita untuk berusaha mendidik dan memartabat pendidikan sebaik mungkin."Kita telah ada 'produk' yang berjaya. Kita ada penerima Anugerah Kecemerlangan Tahfiz, adik Hamdan Syakirin. Kita ada pelajar terbaik yang menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah dan sebagainya.Sehingga kini pelajar MDI kesemuanya sudah mencecah 1,090 orang," ujarnya.
16 Nov 18
445
Empty Image
Terengganu Sedia Perkasa Bahasa Inggeris
'Lexicon Fiesta' sajikan pelbagai acara.Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS, 17 November - Dalam mengejar era globalisasi ini, penguasaan bahasa Inggeris khususnya bagi mahasiswa perlu diberi perhatian serius dalam usaha melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dan berdaya saing.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, kerajaan negeri menyokong penuh hasrat bagi meningkatkan kemahiran penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mahasiswa dengan memberi peruntukan yang sewajarnya untuk program sebegini."Kemahiran berbahasa Inggeris menjadi syarat utama bagi sesetengah industri."Oleh itu, mahasiswa harus bersedia dengan kemahiran itu sebelum menghadiri temuduga untuk membina karier mereka di masa hadapan.Dr. Alias galak aplikasi bahasa Inggeris di luar kelas."Mahasiswa tidak boleh berhenti belajar bahasa Inggeris setakat dalam kelas sahaja. Mereka mesti mengaplikasikan bahasa tersebut di luar kelas juga," katanya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup 'Lexicon Fiesta' di Kolej Kediaman Sheikh Abdul Malek, Kampus Utama Universiti Malaysia Terengganu (UMT), kelmarin.Karnival anjuran pengurusan Kolej Kediaman dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) serta Pusat Pembelajaran Bahasa Inggeris itu mendapat sambutan hangat mahasiswa dalam acara yang dipertandingkan iaitu pengucapan awam, pencarian bakat kolej dan debat.Dr. Alias merakamkan ucapan tahniah kepada penganjur dan berharap program seumpama itu dapat diteruskan setiap tahun bagi menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan mahasiswa dalam pelbagai acara bermanfaat.Hadir sama, Timbalan Naib Canselor UMT (Bahagian HEPA), Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali.
16 Nov 18
80
Empty Image
Takziah Buat Keluarga Zara
KUALA TERENGGANU, 15 November - Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita Menteri Besar, Khairiah Mokti menzahirkan rasa sedih dan terkesan dengan tragedi menyayat hati yang mengorbankan nyawa bayi berusia 11 bulan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal, minggu lalu.Bayi malang yang didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuhnya disahkan meninggal dunia selepas dua hari dilaporkan tenat sebaik dirujuk ke Hospital Serdang, Jumaat lalu."Takziah kepada keluarga dan mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan kepada ibu bapa anak syurga itu."Kita berdoa supaya InsyaAllah penjenayah itu dihukum setimpal dengan kesalahannya dan mampu melunaskan perasaan tak puashati keluarganya dengan hukuman tersebut,"katanya.Beliau mengulas demikian ketika dihubungi di pejabatnya, di sini.Khairiah berkata, sekiranya hukuman mati atau hukuman gantung tidak dilaksanakan seolah-olah memberi kebebasan kepada penjenayah dan tidak menerima pengadilan yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan itu."Apa pula hak keluarga yang menjadi mangsa, apa hak dia, ke mana dia nak lepaskan perasaan dia yang tak puas hati bila orang yang bunuh anaknya bebas begitu sahaja," tegasnya.Mengulas lanjut, mewakili suara wanita, beliau juga tidak bersetuju hukuman mati dimansuhkan memandangkan jenayah yang dilakukan amat tidak berperikemanusiaan dan menganiaya keluarga terutama ibu mangsa.Maka katanya, sudah amat wajar undang-undang hudud dilaksanakankerana tiada undang - undang lain yang mampu menangani permasalahan masyarakat yang sedang 'sakit' ini."Setiap apa yang Allah jadikan itu ada hikmahnya dan mungkin kejadian ini  membuka mata ramai lagi ibu di luar sana untuk berhati-hati dan mereka kena yakin bahawa undang-undang Islam sahaja mampu menyelamatkan wanita di dunia dan juga di akhirat."Kalau tidak beramal dengan undang-undang Islam wanita dan kanak-kanak ini biasanya akan tertindas akan didiskriminasi, " ujar beliau lagi.Tambahnya, apabila dijalankan undang-undang Islam maruah dan kehidupan wanita akan terbela daripada dunia hingga  ke akhirat.Khairiah turut mempersoalkan kenapa sekolah tahfiz disarankan ditutup.Malah, apa bezanya Sekolah Tahfiz dengan sekolah Cina."Tapi kenapa kita sekarang ini nak mengatakan Islam zalim sedangkan pada masa yang sama di sekolah Cina baru-baru ini juga berlaku pergaduhan sampai mati di kawasan sekolah," kata beliau.Menurutnya lagi, setiap perancangan yang baik oleh Kerajaan Pusat dan kepimpinan akan disokong, bagaimanapun jika melaksanakan perkara yang tidak baik dan melanggar peradaban manusia serta agama maka akan ditentang.Ulas beliau lagi, setiap apa yang Allah SWT jadikan itu ada hikmahnya dan mungkin kejadian itu (kes Zara) akan membuka mata ramai ibu supaya lebih berhati-hati dan perlu yakin bahawa undang-undang Islam sahaja mampu menyelamatkan wanita di dunia dan juga di akhirat.
16 Nov 18
163
Empty Image
Ibu Bapa Berperanan Bentuk Modal Insan Anak-Anak
Dr. Azman menyampaikan anugerah kepada salah seorang murid di Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Rendah Kerandang 2018.Oleh:Hidayah AzlinSETIU, 16 November - Pembentukan modal insan bermula dari rumah dalam usaha membentuk peribadi mulia dalam kalangan anak-anak  bagi melahirkan generasi yang cemerlang dalam semua aspek.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata ia merupakan cabaran besar kepada ibu bapa masa kini untuk mengubah mentaliti dan cara berfikir anak-anak yang lemah berhadapan cabaran dunia."Sayang bila anak-anak yang sepatutnya menjadi aset bagi masa depan namun kita tidak mampu melahirkannya."Sangat penting untuk anak-anak diukir dan dicorak dari kecil lagi kerana mendidik anak dari kecil seumpama mengukir di atas batu. Ukirannya akan kekal untuk satu tempoh yang lama. Sementara mula mendidik anak ketika dewasa seumpama mengukir di atas air batu. Kesannya hanya seketika," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Rendah Kerandang 2018, di sini semalam.Lebih 140 murid termasuk pra sekolah diraikan sebagai penerima anugerah kecemerlangan pendidikan dan kokurikulum dalam pelbagai anugerah termasuklah pencapaian akademik, sahsiah, imam muda dan kokurikulum bagi menaikkan semangat mereka dalam menuntut ilmu.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, elemen terpenting dalam proses pembentukan modal insan yang berjaya adalah manusia yang menjaga hubungan baik antara manusia dan Allah SWT."Kepuasan sebenar adalah kita meletakkan diri sebetulnya sebagai hamba dan solat merupakan simpulan terakhir bagi menghubungkan kita sebagai hamba dengan Pencipta kita."Jika kita rasa kita boleh hidup sendiri, tentulah kehidupan seseorang itu tiada haluan,"ujarnya lagi.Menurutnya, hidup bermasyarakat dapat melahirkan kemanisan walaupun berlaku pertukaran kerajaan tanpa menimbulkan perasaan negatif dalam masyarakat." Saya amat bersyukur kerana antara kita dapat memainkan peranan yang terbaik terutama Guru Besar, Guru-guru, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ibubapa dan lain-lain."Saya dimaklumkan rata-rata ibu bapa di sekolah ini merupakan petani dan penoreh getah, saya nyatakan kita perlu bangga menjadi anak seorang petani. Kita tak perlu jadi anak orang besar untuk berjaya tapi jiwa yang besar akan membolehkan anak orang kecil seperti kita berjaya."Walaupun SK Kerandang Besut sebuah sekolah luar bandar, pencapaian akademik dan ko korikulum sangat membanggakan. Anak-anak inilah modal insan aset masa depan keluarga, masyarakat dan ummah."Kerajaan negeri tentunya meletakkan sektor pendidikan sebagai agenda penting negeri yang diberi tumpuan khusus dalam Bajet 2019," katanya.
16 Nov 18
207
Empty Image
Pesakit Tambah Ramai, Perlu Tambah Hospital
Dr Alias Razak di sidang media selepas merasmikan Lexicon Fiesta Closing Ceremony.KUALA TERENGGANU, 16 November - Kerajaan Terengganu menafikan wujudnya kekurangan bilangan doktor di negeri ini, sebaliknya mengakui jumlah pesakit semakin bertambah.Justeru itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berharap dua buah hospital yang sedang dibina dapat disiapkan segera.Katanya, sesebuah hospital itu dibina dengan kapasiti menampung 800 katil, dan tidak boleh ditambah tenaga kerjanya.“Sekarang bukan doktor tak cukup tapi pesakit ramai sangat. Sebab hospital sudah dibuat dengan kapasiti (tertentu), kalau tak silap saya 800 katil.“Di hospital tidak ditambah jawatan lebih daripada kapasiti (ditetapkan), sebab itu kita buat hospital baru. Contohnya Hospital di Dungun dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), bila dah siap nanti dengan sendirinya jawatan ada di situ dan ada pesakit yang akan mendapatkan rawatan,” jelasnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Lexicon Fiesta Closing Ceremony di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), semalam.Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, masalah tidak dapat diselesaikan secara drastik kerana ‘pesakit berulang’.“Yang biasa ramai kat klinik ini sakit yang terpaksa datang berulang. Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan sakit jantung, jadi (pesakit) berulang-ulang.“Kadang-kadang sebulan dua kali, minggu ini jumpa doktor pakar perubatan sebab ada masalah kesihatan darah tinggi atau kencing manis.“Minggu depan (pula) untuk rawatan susulan,” tegas beliau.Oleh itu, Alias berpesan  agar semua penduduk negeri ini mengamalkan gaya hidup yang sihat.“Sebab  itu kita kempen pada hari ini mencegah lebih baik daripada merawat. Jadi, kena jaga kesihatan, ‘exercise’ (bersenam),  jaga pemakanan, jangan makan lebih, kurangkan garam supaya kuranglah sikit penyakit kronik,” tambahnya.
16 Nov 18
127