Artikel "Semasa" Terkini
Terengganu Tubuh Hab Pemprosesan Dan Pengembangan Cendawan Pertama Di Malaysia
Dr Azman (tengah) memeriksa cendawan segar yang terdapat di HPPC.BESUT, 19 November - Penubuhan Hab Pemprosesan dan Pengembangan Cendawan (HPPC) di Tempinis, Besut yang pertama di negara ini mampu membantu menjana pendapatan pengusaha cendawan, selain mengelak berlakunya lambakan tumbuhan itu di pasaran.HPPC berupaya menghasilkan pelbagai produk hiliran berasaskan cendawan segar dan cendawan kering, termasuk murtabak, sos, karipap, bebola, burger, perencah masakan dan yang terbaru satar dan keropok cendawan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, apa yang dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (Mestecc) itu merupakan projek perintis dan menjadi satu contoh pertanian menuju ke arah inovasi dan teknologi moden.Oleh itu, katanya, kerajaan berharap pengusaha cendawan di negeri ini memanfaatkan peluang yang ada dengan menambah jumlah tanaman dan mempelbagaikan produk hiliran.“Mereka boleh menghantar cendawan segar ke HPPC untuk diproses dan dikeringkan yang bertujuan memanjangkan ketahanan tumbuhan itu kepada setahun berbanding seminggu seperti sebelum ini,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan HPPC di Tempinis, Besut, hari ini.Hadir sama, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Zulkefly Harun dan Timbalan Ketua Setiausaha Sains Teknologi dan Inovasi Mestecc, Prof Madya Dr Ramzah Dambul.Berdasarkan rekod, hampir 230,000 kilogram cendawan segar dengan nilaian kira-kira RM1.3 juta mampu dihasilkan 39 pengusaha aktif di negeri ini sepanjang Januari sehingga Oktober lalu.Dr Azman turut memberitahu, mereka dibantu kerajaan melalui Program Pembangunan Ladang Organik dengan suntikan peruntukan sebanyak RM496,799 bagi tempoh 2014 sehingga 2018.“Peruntukan bagi tujuan sama akan diteruskan kerajaan di bawah kepimpinan PAS dengan jangkaan modal suntikan lebih tinggi. “Perkara itu akan diumumkan Menteri Besar dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2019 akhir bulan ini,” katanya.
19 Nov 18
311
Karnival Maulidur Rasul Meriahkan Sambutan Peringkat Dungun
Ghazali (kanan) ketika mengikuti Program Karnival Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Dungun, di Arena Merdeka Square, Dungun, baru-baru ini.Ustaz Foto oleh POk Mang JROleh : Adli MohamadDUNGUN, 19 November- Program Karnival Maulidur Rasul yang diadakan sepanjang lima hari, berakhir 20 November ini di Arena Merdeka Square, di sini, mampu memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Dungun.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, program yang bermanfaat kepada seluruh rakyat Terengganu, khususnya di seluruh Dungun itu mampu menyemarakkan semangat semua lapisan masyarakat bagi memperingati junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan mencontohi sifat Baginda."Baginda Rasulullah menjadi model dan teladan yang relevan untuk dicontohi sepanjang zaman, dalam membentuk keperibadiaan diri yang baik. Pada sambutan Maulidur Rasul pada kali ini, marilah sama-sama kita kenang kembali perjuangan Baginda."Rasulullah yang meninggalkan sejarah agung. Kerana perjuangan Baginda, kita pada masa kini menikmati cahaya Islam.Perjuangan kita pada hari ini, adalah agar Islam yang syumul dikembalikan pada pemerintahan negara, agar pemerintahan yang adil, telus dan saksama dapat dijayakan. Kerana itulah hasrat Kerajaan Negeri masa kini membangunkan negeri tercinta ini berasaskan prinsip Terengganu, Berkat, Maju dan Sejahtera,"katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika hadir sempena perasmian karnival itu, di sini, baru-baru ini.Ghazali berkata, masyarakat perlu sedar, segala kepincangan yang berlaku pada masa kini adalah kerana kegagalan melaksanakan syariat agama dan mencontohi sifat mulia Rasulullah SAW dalam segenap ruang kehidupan.Sehubungan itu beliau berharap agar masyarakat tidak melepaskan peluang untuk hadir pada setiap malam sepanjang karnival itu bagi mengikuti segala program yang bermanfaat.Dalam pada itu, pada setiap malam juga, pengunjung berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah berupa motosikal."Tahniah kepada Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli kerana merealisasikan program sebegini yang berlangsung dari 16 sehingga 20 November ini,"katanya lagi.
18 Nov 18
54
Jaga Kesihatan Dengan Sukan
Kesihatan adalah amanah yang harus dijaga.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinKUALA TERENGGANU, 18 November - Amalan bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah menasihati masyarakat terutama golongan muda supaya mengambil peluang menuntut ilmu dan bersukan selagi masih muda dan kuat.“Kita perlu bersukan supaya sihat tubuh badan. Berusahalah menjaga kesihatan. Namun, harus diingat yang mengurniakan kesihatan adalah Allah SWT.“Jangan pula apabila berlatih sukan ekstrem yang biasanya didominasikan kaum lelaki, kita menjadi lelaki. Semua sukan boleh dimainkan samada oleh lelaki atau wanita sesuai dengan batas dan syaratnya,” katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata demikian ketika menghadiri Sukan Ekstrem anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dengan kerjasama Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung di Terengganu Equestrian Resort, semalam.Program itu mengetengahkan pelbagai aktiviti sukan untuk golongan wanita seperti menunggang kuda dan memanah. Lebih 40 kanak-kanak dan ibu muda DUN Bukit Payung hadir memeriahkan program tersebut.
18 Nov 18
40
Musafir Maulid Didik Perpaduan Masyarakat
KUALA TERENGGANU, 18 November - Program Musafir Maulid yang diadakan memupuk perpaduan di kalangan masyarakat Negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, aktiviti kebajikan dan sosial yang diadakan di setiap daerah menyemai rasa kebersamaan antara penduduk setempat."Apabila kita laksanakan program sebegini, orang mula bertanya. Maka kita yang harus mengingatkan bahawa ini melahirkan kecintaan dan menyebarkan sunnah Nabi SAW," katanya ketika merasmikan penutup Musafir Maulid di Pulau Warisan, semalam.Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program itu.Dalam pada itu, Pengarah Program merangkap Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS), Kamaruzzaman Abdullah memberitahu, penganjuran program pada tahun ini membawa kelainan."Ini program julung kali diadakan bersempena Maulidul Rasul. Sebanyak 80 pasukan daripada lapan daerah bersaing dengan aktiviti kebajikan di daerah masing-masing dan pertandingan di Muzium Negeri Terengganu."Sambutan begitu hebat. Mudah-mudahan ia diteruskan pada masa akan datang," katanya.Beliau memaklumkan penutup acara ini adalah sambutan dan perarakan Maulidul Rasul yang akan diadakan pada 20 November di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah."Pemenang Musafir Maulid akan menerima hadiah utama bernilai RM2,000. Manakala, kedua dan ketiga masing-masing bernilai RM1,000 dan RM700," katanya.
18 Nov 18
60
Didikan Cemerlang Lahir Generasi Terbilang
Oleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 18 November - Bimbingan guru-guru di sekolah dan didikan ibu bapa di rumah kepada pelajar dapat menghasilkan mutiara yang sangat berguna dan tidak ternilai kepada keluarga dan masyarakat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun berkata, impak didikan yang terhasil daripada kerjasama guru dan ibu bapa inilah mampu melahirkan anak-anak yang cemerlang di masa kini.“Kejayaan pendidikan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang memiliki aktiviti membaca, menghafal doa-doa harian dan ayat-ayat Al-Quran merupakan suatu perkara positif yang menguatkan diri anak-anak setelah mereka dewasa kelak."Kita mahu hasilkan generasi yang diterapkan nilai-nilai Islam seperti mana diajarkan dan ditinggalkan oleh Baginda Nabi Muhamad SAW,” katanya ketika merasmikan Majlis Ihtifal PASTI gabungan DUN Manir di Kompleks Tarbiyah Wawasan Tuan Guru Dato' Harun Taib, Kampung Kubang Lembek, semalam. Turut hadir, Pengerusi PASTI Kawasan Hulu Terengganu Irham Nuri Abidin dan Ketua Pemuda PAS DUN Manir, Hamdi Harun.Ihtifal gabungan PASTI itu terdiri daripada empat PASTI iaitu PASTI Al-Ihsan, Kubang Lembek; PASTI Al-Hikmah, Teluk Menara; PASTI Al-Taqwa, Kedai Manir dan PASTI Al-Hidayah, Batu Hampar.
18 Nov 18
201
Musafir Maulid Telusuri Muzium Terengganu
Memanah merupakan antara tugasan yang diterima peserta. Foto - Che Ku Zuhilmi Che Ku Shamsuddin.KUALA TERENGGANU, 18 November - Seramai 450 peserta Konvoi Musafir Maulid berhimpun di Muzium Negeri Terengganu sempena sambutan Maulidul Rasul, semalam.Konvoi bermula dari kesemua lapan daerah itu menampilkan kumpulan bermotosikal dan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang tiba sejak jam 11:00 pagi.Para peserta kemudian diarahkan untuk menyelesaikan perlumbaan 'Memburu Khazanah' yang disediakan oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT).Dalam perlumbaan ini, peserta terpaksa melakukan beberapa tugasan iaitu memanah, membuat serunai tradisional daripada daun nyiur dan menyelesaikan kuiz berkaitan sejarah Islam dan Terengganu.Zakaria sambut baik acara Musafir Maulid.Penolong Pengarah LMNT, Zakaria Abdul Hadi merakamkan terima kasih kepada kerajaan negeri terutama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) kerana memilih muzium sebagai salah satu lokasi Musafir Maulid."Sempena Maulidur Rasul, setiap tahun pihak LMNT mengadakan pameran berkaitan maulid nabi dan sejarah Islam Terengganu."Jadi, hari ini peserta diberikan tugasan meneliti pameran tersebut dan juga tugasan menyiapkan permainan tradisi yang semakin dilupakan iaitu 'serunai nyiur' sebagai tambahan," katanya.Beliau turut berharap lebih banyak program seperti itu diadakan di muzium."Ini dapat membangkitkan nostalgia generasi dahulu kepada generasi masa kini selain memberi pendedahan pelbagai perkara berkaitan sejarah kepada mereka," katanya.Acara sambutan Maulidul Rasul akan menutup tirai pada 20 November dengan perarakan dan pengisian gilang-gemilang di ibu negeri itu.
18 Nov 18
261
Kerajaan Negeri Komited Majukan Taman Eco-Rimba
HULU TERENGGANU, 18 November -Kerajaan Terengganu akan menyalurkan peruntukan yang lebih besar bagi memajukan produk pelancongan berasaskan eko-rimba bagi menaik taraf dan menyelenggara taman berkenaan pada tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Ariffin Deraman berkata, peruntukan ini bagi memulihkan taman eco-rimba supaya lebih menarik, tersusun rapi dan mampu menjadi tarikan lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.Jelasnya lagi, bila penaiktarafan ini dibuat, taman eco-rimba lebih menarik dan pelancong akan datang lebih ramai dan seterusnya mampu menjana sumber kewangan negeri."Buat masa sekarang, kita ada memfokuskan enam taman eco-rimba yang merupakan produk pelancongan utama negeri yang dikawal selia oleh Jabatan Perhutanan Negeri berpotensi dengan dibuktikan peningkatan pelancong di enam kawasan berkenaan."Ia termasuk Hutan Lipur Sekayu, Hulu Terengganu; Lata Tembakah dan Belantan, Besut; Air Terjun Chemerong dan Taman Rimba Bukit Bauk, Dungun serta Air Terjun Menderu, Kertih."Saya juga telah meminta pihak Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) kemukakan perancangan segera untuk tambahan peruntukan apabila dimaklumkan jumlah yang diterima jabatan untuk mengurus dan menyelenggara setiap taman adalah sekitar RM20,000 setahun dan ia agak kecil," katanya.Ariffin Deraman.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas lawatan kerja ke Taman Eko Rimba, Sekayu, Hulu Terengganu, di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Dato' Ahmad Fadzil Abdul Majid.Ahmad Fadzil Sementara itu, Ahmad Fadzil berkata, jabatannya kini dalam proses menyiapkan Pelan Rancangan Pembangunan Hutan Lipur untuk dibentangkan pada tahun hadapan bagi permohonan tambahan peruntukan."Antara kandungannya ialah rancangan pembangunan yang lebih menyeluruh, tersusun dan sistematik bagi melonjakkan pelancongan eko-rimba," ujarnya.
18 Nov 18
343
Madrasah Darul Bayan Terengganu Terbaik UPSRI
Ustaz Mohd Nor menyerahkan keputusan kepada Nur Ainun Sofia Muhammad Ainuddin yang dinobatkan pelajar terbaik UPSRI 2018 di Madrasah Darul Bayan, hari ini DUNGUN, 18 November - Madrasah Darul Bayan (Sekolah Rendah Islam Darul Bayan) di Paka muncul sekolah terbaik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) 2018 yang diumumkan hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, peperiksaan UPSRI adalah diwajibkan kepada pelajar Tahun 5 bagi Sekolah Rendah Islam (Dar) di bawah seliaan Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu.Menurut beliau, seramai 576 calon mengambil UPSRI pada tahun ini di tujuh buah madrasah di Terengganu dan tiga di Melaka.“Peperiksaan ini dilaksanakan untuk pelajar Tahun 5 sebagai penilaian awal khususnya mengenai pengajian Islam sebelum mereka ini berhadapan dengan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ketika meningkat ke Tahun 6.“Keseluruhan Madrasah Dar yang ada di Terengganu sebanyak 11 buah tetapi pelajarnya yang mengambil peperiksaan UPSRI hanya tujuh buah kerana baki empat buah lagi pelajarnya belum menjangkau ke Tahun 5, ada yang baru buka dan sebagainya.“Madrasah Dar di Melaka juga turut sama menerima kurikulum yang kita susun dan terdapat calon yang menduduki UPSRI,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pengisytiharan Keputusan UPSRI 2018 di Madrasah Darul Bayan, Paka, hari ini.Menurut beliau, secara keseluruhan seramai 27 pelajar berjaya memperoleh keputusan terbaik dengan mendapat 10A hingga 13A.Katanya, daripada jumlah itu, seramai tujuh orang mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh 13A iaitu masing-masing dua pelajar dari Madrasah Darul Bayan, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin, Madrasah Darul Iman Bukit Payong dan seorang lagi dari Madrasah Darul Taqwa Batu Enam, Kuala Terengganu.“Selain itu, pelajar yang mendapat 12A terdiri daripada tiga pelajar Madrasah Darul Bayan, Madrasah Darul Iman Bukit Payong (2) dan seorang pelajar Darul Ehsan, Kubang Lembek Kuala Terengganu. “Pelajar yang mendapat 11A pula seramai tujuh orang iaitu seorang dari Madrasah Darul Taqwa Batu Enam Kuala Terengganu, Madrasah Darul Taqwa Kemaman (2) dan Madrasah Darul Iman Bukit Payong (4).“Dan yang mendapat 10A seorang daripada Madrasah Darussalam Losong Kuala Terengganu, Madrasah Darul Taqwa Batu Enam Kuala Terengganu (2) dan Madrasah Darul Iman Bukit Payong (4),” ujarnya.Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong turut mengucapkan tahniah kepada pengurusan Madrasah Darul Bayan atas kecemerlangan dan pencapaian yang diperoleh.“Semoga keputusan UPSRI pada tahun ini menjadi pencetus semangat dan menjadi kayu ukur untuk pelajar-pelajar lebih berusaha pada masa akan datang, tahniah kepada semua calon yang terlibat.“Tidak lupa juga ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan saya kepada guru-guru dan juga warga kerja yang terlibat dalam menjayakan UPSRI pada tahun ini,” katanya.Nur Ainun Sofia Muhammad Ainuddin yang memperoleh 13A dari Madrasah Darul Bayan dinobatkan sebagai pelajar terbaik UPSRI.
17 Nov 18
1969
Asyraf Penuhi Impian Arwah Ibu Bapa Genggam PhD
Asyraf Ridwan Ali,KUALA NERUS, 17 November - Demi memenuhi impian arwah ibu bapa yang ingin melihat anak mencapai pendidikan tertinggi menjadi pembakar semangat buat Asyraf Ridwan Ali meneruskan pengajian untuk menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD).Walaupun terpaksa berkerusi roda apabila diserang penyakit saraf dan tulang belakang, beliau mengambil masa lebih enam tahun untuk menghabiskan tesis PhD dan akhirnya berjaya menamatkan pengajian di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (Pengkhususan Pendidikan Islam Dalam Tulisan Jawi).Asyraf, 44, yang juga Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit, berkata beliau terpaksa bertarung penyakit 'diffuse idiopathic skeletal hyperostosis' sejak 2015."Hanya satu hasrat saya iaitu ingin merealisasikan impian arwah orang tua yang ingin melihat anaknya mencapai kejayaan dan pencapaian tertinggi dalam pendidikan dan itu pembakar semangat utama untuk terus berjuang."Memang sukar untuk saya menghabiskan tesis dengan dengan penyakit ini selain pergerakan terbatas, kadang-kadang hanya terlantar bila sakit dan memerlukan kerusi roda untuk bergerak," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sidang pertama Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Ke-10 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Dewan Al-Muktafi Bilal Shah, di sini, hari ini.Asyraf Ridwan menerima PhD berkenaan yang disampaikan Canselor UniSZA, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.Beliau yang menjalani pembedahan tulang belakang pada April tahun lalu berkata, untuk bangkit semula bukan mudah dan bersyukur kerana keluarga serta tenaga pensyarah banyak membantu memberinya semangat baharu."Saya ambil masa lebih tiga bulan untuk bangkit semula selepas pembedahan dan bukan mudah untuk meneruskan perjuangan apabila terpaksa membahagikan masa dengan kerjaya, rawatan dan pengajian termasuk menghabiskan tesis,"katanya lagi.Seramai 2,359 graduan UniSZA diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-10 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus sepanjang tiga hari bermula hari ini.Daripada jumlah itu, seramai 65 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah, graduan sarjana (134), sarjana muda (1,641) dan diploma (999).
17 Nov 18
1028
Syaikh Ismail Anak Jati Terengganu Terima Anugerah Kehormat UniSZA
Imam Besar, Masjid Negara Kuala Lumpur, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad KUALA NERUS 17 November-Imam Besar, Masjid Negara Kuala Lumpur, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Pengajian al Quran pada majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-10 di sini hari ini.Anugerah disampaikan Canselor UniSZA, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah di atas sumbangan beliau terhadap kemajuan dalam bidang al Quran negara.Turut berangkat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.Syaikh Haji Ismail Muhamad, 74, anak kelahiran yang berasal dari Padang Pulut, Dungun, Terengganu berkelulusan lulusan ijazah Al-Qiraat dan Ulum Quran Maahad Al-Qiraat dari Universiti Al-Islam Azhar Shubra, Kaherah, Mesir pada tahun 1970.Beliau juga memberi sumbangan dalam bidang musabaqah tilawah dan menghafaz al Quran peringkat negeri dan kebangsaan sejak 1982 hingga sekarang serta menyandang jawatan Timbalan Pengerusi Majlis Tilawah al Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa pada 2010 hingga kini.Syaikh Ismail berkata anugerah ini merupakan satu hadiah yang tidak ternilai baginya setelah sekian lama berkhidmat dalam bidang al Quran ."Tiada kata yang dapat gambarkan perasaan saya kerana dicalonkan untuk anugerah tertinggi ini dan mengucapkan rasa syukur kepada Allah Taala serta terima kasih yang tidak terhingga kepada UniSZA atas penghormatan luar biasa memilih saya."Pengiktirafan ini sebagai penghargaan terhadap pecinta al Quran yang tidak ada tolok bandingnya,"katanya.Syaikh Ismail berkata demikian ketika berucap di Majlis Konvokesyen Ke-10 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus, di sini hari iniBeliau juga merupakan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Terengganu 2010, dan Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2015.Syaikh Ismail turut menyumbang dalam bidang pentadbiran dengan memegang pelbagai jawatan antaranya Pengetua Ma'had Tahfiz al Quran negeri Terengganu (1982-1992), Ahli Lembaga Institut al Quran, Terengganu(2011-sekarang)dan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dari 2012-2014.Di samping itu, beliau juga aktif dalam program rakaman al Quran di Radio Televisyen Malaysia(RTM), membuat rakaman 30 juzuk al Quran di bawak kelolaan Yayasan Terengganu dan merakam al Quran secara tartil di bulan Ramadan.
16 Nov 18
1315