Artikel "Semasa" Terkini
Perutusan Khas Ahli Parlimen Marang Sempena Maulidur Rasul 2018/1440H
Firman Allah Taala:هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ“Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad S.A.W.) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”. (Surah As-Soff: 9)Rasulullah S.A.W diutuskan kepada umat akhir zaman bagi membawa risalah Tuhan, mentauhidkanNya serta menyebarkan ajaran Islam sebagai Ad-deen mengikut tafsiran Al-Quran dan Sunnah Baginda S.A.W.Risalah Nabi S.A.W adalah rahmat bagi sekalian alam. Mengajar bermuamalah dengan orang Islam dan bukan Islam. Disyariatkan mendidik dan menghukum kepada pesalahnya, lembut ataupun keras.Firman Allah Taala:وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. (Surah Al-Anbiya': 107)Marilah kita mensyukuri nikmat Allah kerana menjadikan kita umat Nabi Muhammad S.A.W. Kita buktikan kasih kepada Baginda S.A.W dengan mengamalkan petunjuknya dan berjuang untuk menegakkan ajarannya.Banyakkan berselawat ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W. di bulan yang mulia ini. Semoga kita bersama kekasih kita, Nabi Muhammad S.A.W di Hari Akhirat nanti. Nabi S.A.W bersabda: الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ“Seseorang itu bersama siapa yang dia sayangi”. (Muttafaqun ‘Alaih)“Islam Memimpin”ABDUL HADI AWANGAhli Parlimen Marang20 November 2018
20 Nov 18
179
Pesara Disaran Aktif Berpersatuan
Dr. Alias bersalaman dengan pesara sempena Mesyuarat Penubuhan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Kuala Nerus, di Dewan Sivik Gong Badak, Kuala Nerus.Oleh : Safwan SyakirKUALA NERUS, 20 November – Pesara kerajaan dinasihatkan agar memanfaatkan masa terluang dengan menyertai aktiviti yang dapat mengekalkan kecergasan dan kesihatan mental serta fizikal melalui penyertaan dalam persatuan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pesara mestilah mengambil bahagian dalam program yang dianjurkan oleh persatuan seperti aktiviti senaman atau riadah yang sesuai dengan peringkat umur supaya kekal berbanding dengan mereka yang mensia-siakan masa terluang.“Program seperti ziarah dapat memberi motivasi yang positif kepada para pesakit yang mana bagi mereka sudah tiada harapan untuk sembuh di samping dapat memberi harapan dan keceriaan untuk menempuhi hari-hari mendatang tanpa putus asa,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Penubuhan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Kuala Nerus, di Dewan Sivik Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.Turut hadir, Yang Dipertua PPKM Bahagian Negeri Terengganu, Dato’ Syed Abu Bakar Syed Abdullah.Sehingga kini terdapat kira-kira 2,400 anggota PPKM di seluruh Terengganu.Dr Alias berkata, interaksi antara golongan pesara juga dapat membuka minda mereka mengenai dunia luar serta dapat melihat kebesaran Allah SWT melalui program lawatan ke tempat menarik dan bersejarah selain dapat mengeratkan silaturahim sesama anggota.“Kerajaan sentiasa menyokong program-program yang bermanfaat untuk persatuan dan akan menyumbang dana yang sewajarnya bagi menampung kos aktiviti program, ianya juga sebagai menghargai jasa dan pengorbanan pesara yang dahulunya berkhidmat sebagai penjawat awam,” katanya lagi.Sementara itu, menyentuh mengenai manifesto pada Pilihan Raya Umum yang lalu, kerajaan akan mengecualikan cukai pintu rumah kediaman dengan kadar sifar dan melupuskan segala tunggakan yang terdahulu serta menyediakan bantuan kewangan kepada pesakit kronik melalui Tabung Darul Iman.
20 Nov 18
58
Tidak Beragama Samaratakan Agama
"Tak boleh samaratakan Islam dengan agama lain ." - Tuan Guru Haji Abdul HadiKUALA TERENGGANU, 20 November - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang berkata, umat Islam wajib menentang ICERD kerana dasar kesamarataannya yang tidak adil termasuk menyamaratakan Islam dengan agama lain.Orang yang melakukan perbuatan tersebut disifatkannya sebagai tidak beragama.Beliau berkata, ICERD ialah satu fahaman yang dibawa oleh barat supaya memberi hak samarata antara kaum kononnya untuk menegakkan keadilan."Kita kena faham bahawa maksud adil itu ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya, " katanya.Tuan Guru Haji Abdul Hadi (kanan) menyampaikan tausiyahnya di Masjid Abidin Kuala Terengganu semalamSebagai contoh ibu bapa yang ada anak 10 orang, tidak sama dengan ibu bapa yang mempunyai anak tiga orang."Tak boleh atas dasar sama rata menyamakan pembahagian (nafkah dan lain-lain) antara kedua-duanya."Mesti dibezakan antara kedua jenis ibu bapa itu," jelas beliau.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tausiyah sempena Majlis Ambang Maulidul Rasul di Masjid Abidin di sini semalam.Dr Ahmad Samsuri bersalaman dengan orang ramai di Masjid Abidin Kuala Terengganu semalam.Turut hadir, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Exco-exco Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azhar Abdul Hamid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Mohamed.Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata, orang Islam bumiputera di negara ini dalam keadaan ketinggalan, diatur oleh penjajah Inggeris dahulu.Katanya, orang bukan Islam diletak di bandar, manakala orang Islam diletak di pinggir bandar, di kampung dan di kawasan pendalaman.Menurut beliau, orang bukan Islam di bandar menguasai perniagaan dan pelabuhan manakala orang Islam banyak yang miskin dan kemudahan pelajarannya lemah."Orang Islam telah diberi hak tidak adil oleh penjajah kerana mereka disisih sejak dahulu untuk menguasai bandar dan ekonomi negara."Justeru ICERD wajib ditentang kerana menjadikan kedudukan agama Islam sama dengan agama-agama lain, " tegasnya.Orang Islam katanya, tidak boleh menyifatkan Islam sama dengan agama lain kerana orang yang menyifatkan demikian tidak beragama.Menurut beliau, orang Islam wajib menjaga sempadan termasuk tidak menyamakan Islam dengan agama lain."Nak perjuangkan persamaan hak sehingga menganggap Islam sama dengan agama lain, ini tidak betul kerana orang menyamaratakan Islam dengan agama lain sebenarnya dia tidak beragama," tegasnya lagi.
19 Nov 18
139
Permohonan SMA Terengganu 2019
Gambar hiasan. Foto ihsan - SMAOnlineINFO RASMI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU:Permohonan ke SMA Negeri Terengganu secara ONLINE bagi kemasukan 2019Permohonan Ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu dan Madrasah Moden MAIDAM adalah aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Unit ICT JHEAT dan dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan. Modul ini digunakan oleh ibubapa/penjaga yang ingin membuat permohonan ke Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 6.Aplikasi ini boleh dicapai oleh mana-mana komputer yang mempunyai kemudahan internet.Untuk memohon sila klik Menu Aplikasi Online dan pilih kategori yang berkaitan.Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian :1) Permohonan ke SMANT akan dibuka Sehari Selepas Keputusan UPSR diumumkan jam 9.00 pagi. Permohonan akan dibuka selama 10 hari sahajar2) Semakan Ujian Bertulis akan dibuka tarikh yang akan dimaklumkan kemudian3) Ujian akan diadakan pada tarikh seperti berikut :i) 10 Disember 2018 bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Terengganuii) 12 Disember 2018 bagi kemasukan ke SMA(A) Sultan Zainal Abidin, K. Trg.iii) 6 Disember 2018 bagi kemasukan ke Madrasah Moden MAIDAM Terengganu4) Semakan Tawaran akan dibuka pada 24 Disember 20185) Pendaftaran sekolah bagi tingkatan 1 tahun 2019 adalah seperti berikut :i) Sekolah Menengah Agama Terengganu pada 30 Disember 2018 (Ahad)ii) SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 02 Januari 2018 (Ahad)iii) Madrasah Moden MAIDAM Terengganu pada 6 Januari 2018 (Ahad)Sila layari web berikuthttp://smaonline.terengganu.gov.my
19 Nov 18
545
Keputusan UPSR 29 November Ini
Datuk Dr Amin Senin. Foto ihsan - ISMAWebKUALA LUMPUR, 20 November - Semua murid Tahun 6 boleh mengambil Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah pada 29 November 2018 mulai jam 10:00 pagi di sekolah masing-masing.Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Amin Senin berkata, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 melalui mySMS 15888."Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10:00 pagi 29 November 2018 dan akan ditamatkan pada 6:00 petang 8 Disember 2018," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini, mengulas tentang tarikh Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2018 (PPSR).Dalam perkembangan sama, katanya, PPSR merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna."Pelaporan tersebut merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan UPSR bagi murid aliran perdana atau Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran."Waris dibenarkan mengambil dokumen pelaporan sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri."Semakan keputusan UPSR dan PASR 2018 juga boleh dibuat melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my," jelasnya.
19 Nov 18
23
Orang Muda Perlu Jaga Akhlak
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 20 November - Orang muda perlu sentiasa menjaga akhlak dan tingkah laku dalam melakukan apa jua perkara.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, semangat dan jiwa muda yang sentiasa sukakan cabaran mestilah dikawal dengan sebaiknya."Jiwa orang muda semuanya mahu dicuba, tetapi perlu ingat, setiap perkara yang ingin dibuat mestilah berpandukan ajaran agama."Hal ini supaya apa yang dibuat itu tidak lari daripada akidah dan akhlak seorang muslim yang sebenar," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Kelab Y15ZR Tranung Region di Kem Damai Tanjung Demong, Bukit Keluang, Besut, baru-baru ini (16 November)."Setiap program ataupun aktiviti yang melibatkan orang muda hendaklah diisi dengan pengisian-pengisian agama bagi memantapkan lagi kefahaman agama dalam diri."Mereka juga perlu fokus terhadap isu-isu semasa yang berlaku pada masa kini terutamanya apa yang sedang berlaku di dalam negara kita Malaysia."Saya mahu anak muda sentiasa berada di barisan hadapan bagi mempertahankan agama dan bangsa dalam negara kita insya-Allah," katanya.Majlis itu dihadiri 250 orang pemilik motosikal jenama Yamaha Y15ZR daripada seluruh Negeri Terengganu yang diketuai oleh Ketua Kelab Y15ZR Tranung Region, Hairi Ikman Mohd.
19 Nov 18
50
Misi Yaman Atas Dasar Tanggungjawab & Kemanusiaan
KUALA NERUS, 20 November - Misi menghulurkan bantuan kepada negara yang terjejas akibat perang dan malapetaka perlu diteruskan atas dasar tanggungjawab dan kemanusiaan lebih-lebih lagi kepada saudara seislam.Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i- MiTS) Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, kesusahan yang menimpa umat Islam adalah ujian daripada Allah SWT.“Jadi kesengsaraan yang berlaku ni sebenarnya sebab Allah nak uji umat Islam.“Allah Taala menguji orang Islam ini supaya kita faham dunia ini bukan tempat kekal,” katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Tabung Dana Kemanusiaan Yaman di Sabasun 2, Gong Badak, baru-baru ini (16 November).Oleh itu katanya, kebajikan sejagat sangat penting terutamanya kepada mangsa penindasan atau bencana, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan keperitan mereka.“Yang pertamanya, yang kena musibah itu sendiri sabar atau tidak. Yang kedua, nak tengok orang Islam seakidah yang lain tu dia mari tak perasaan nak tolong sahabat dia yang ditimpa musibah. “Sebab itu kita takut apabila membicarakan tentang ukhuwah ini. Nabi bersabda, "Barangsiapa yang tak ambil berat tentang kehidupan orang Islam, maka dia bukan dari mereka,” ujarnya.Menurut beliau, keadaan pelarian di Syria sekarang kesejukan dalam musim sejuk yang tiba dan para pelarian menghadapi masalah kebuluran kerana ketiadaan makanan, minuman serta tiada tempat penginapan.Justeru beliau mengucapkan syabas kepada agensi yang menguruskan misi-misi kemanusiaan di Yaman dan serata dunia.Bagi sesiapa yang ingin menderma, boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Pertubuhan Cakna Yaman Malaysia; Maybank (562245510737) dan CIMB (8603144942).
19 Nov 18
198
Kakitangan i-MiTS Main Peranan Penting Sebar Maklumat Dasar Kerajaan Kepada Rakyat
Foto - Shaharulhafizi Shamsudin.KUALA TERENGGANU, 19 November - Kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, mereka yang dilantik selepas PAS menerima mandat memerintah negeri ini juga perlu bertindak sebagai mata, telinga dan mulut kerajaan.“Selain menjadi pelaksana kepada agenda kerajaan, kakitangan i-MiTS adalah mata dan telinga kerajaan untuk mendengar segala permasalah dan aduan daripada masyarakat untuk diambil tindakan sewajarnya.“Juga menjadi mulut untuk menyampaikan semua polisi dan dasar kerajaan agar masyarakat tahu apa yang dilaksanakan kerajaan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Perhimpunan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Negeri Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini. Turut hadir, Ahli Dewan Negara, Senator Dato' Husain Awang, Pengarah i-MiTS Negeri Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said @ Mat Ali.Menurut beliau, selain menjadi pelaksana kepada pembangunan modal insan, kakitangan i-MiTS turut bertanggungjawab mengajak dan menanamkan dalam diri seluruh lapisan masyarakat tentang pengabdian diri kepada Allah.“i-MiTs berperanan bukan sahaja membangunkan peribadi semata-mata tetapi membangunkan masyarakat, keluarga, usahawan, pendakwah, kakitangan kerajaan dengan satu perkara yang besar iaitu pengabdian diri kepada Allah.“Di samping berperanan melaksanakan seluruh agenda yang ada dalam kerajaan termasuk pembangunan sukan, belia, wanita, keluarga, usahawan juga menjadi tanggungjawab kakitangan i-MiTS menjayakannya,” ujarnya.Justeru katanya, beliau mengharapkan seluruh kakitangan i-MiTS dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada negeri selaras dengan visi i-MiTS dalam menyebarluaskan dan menerapkan dasar kerajaan kepada rakyat Terengganu dalam menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.
19 Nov 18
105
Kerajaan Negeri, JPJ Jalin Kerjasama Tunai Manifesto Lesen Motor Percuma
KUALA TERENGGANU, 19 November - Kerajaan negeri akan menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi merealisasikan pemberian lesen motor percuma kepada golongan belia bermula Januari 2019 seperti mana Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerjasama ini bagi mencari kaedah dan pelaksanaan terbaik dalam melaksanakan janji kerajaan yang dijangka akan diumumkan pada pembentangan sidang bajet pada 25 November ini."Tujuan pihak kami mengadakan kunjung hormat pada hari ini adalah untuk berbincang dengan JPJ tentang pemberian lesen motor percuma dan mencari kaedah serta penyelesaian terbaik untuk kita lakukannya, yang dijangkakan akan diumumkan dalam persidangan bajet tidak lama lagi dan pelaksanaannya selepas daripada itu."Segala bantuan dan khidmat dari pihak JPJ sepanjang tempoh pelaksanaan ini akan membantu pihak kerajaan negeri dalam merealisasikan janji kerajaan baharu dalam pemberian lesen motor percuma kepada belia berumur 16 hingga 40 tahun," katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) sempena lawatan kerja di Pejabat JPJ, Kuala Terengganu, di sini hari ini.Turut hadir Pengarah JPJ negeri, Zulkarnain Yasin.Tambah Wan Sukairi lagi, selepas ini pertemuan akan diadakan dengan pihak Institusi Memandu untuk berbincang dalam tempoh sehari dua ini.“Ini kerana banyak proses terpaksa melalui pihak mereka untuk mendapatkan lesen ini dan kita akan buat perjumpaan ini sebelum pembentangan bajet untuk penyelarasan terbaik," ujarnya lagi.Sementara itu, Zulkarnain berkata, pihaknya akan membantu apa yang pihak kerajaan negeri perlukan dalam merealisasikan pelaksanaan manifesto tersebut."Kami sentiasa mengalu-alukan program-program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan negeri untuk kita sama-sama laksanakan. Pihak kami akan memberi segala bantuan selagi tidak menyalahi undang-undang yang termaktub dalam peraturan JPJ bagi memastikan pelaksanaan manifesto berjaya,” katanya. Untuk rekod, sebagai permulaan seramai 20,000 belia berumur 16 tahun hingga 40 tahun layak menikmati tawaran itu.
19 Nov 18
219
12,000 Hektar Tanah Terbiar Di Terengganu
Dr Azman Ibrahim berucap pada Program Sepetang Bersama Dua Exco bersempena Karnival Maulidur Rasul Peringkat Daerah Dungun, hari ini. Foto - Media DungunOleh: Adli MohamadDUNGUN, 19 November - Kerajaan Negeri Terengganu telah mengenal pasti 12,000 hektar tanah terbiar yang belum diusahakan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, 12,000 hektar tanah itu mampu diusahakan oleh golongan muda."Dalam masa yang sama, kita ada orang muda yang sihat dan bersemangat."Ada agensi yang boleh membantu, dan ada kursus kemahiran yang disediakan berkaitan pertanian," ujarnya.Beliau berkata demikian, ketika berucap pada Program Sepetang Bersama Dua Exco bersempena Karnival Maulidur Rasul Peringkat Daerah Dungun di Arena Merdeka (SQUARE), Dungun, hari ini.Dalam tumpuan lain, Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi memberitahu, portfolio di bawahnya terdiri daripada 32 agensi yang berkait dengan pertanian, perikanan, penternakan dan juga agensi Padiberas Nasional Berhad (Bernas)."Di bawah pentadbiran yang lengkap, kita akan berusaha bersungguh-sungguh, untuk meletakkan sektor pertanian negeri di tempat yang terbaik," jelasnya.
19 Nov 18
42