lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Juadah Bawaan, Tradisi Unik Kampung Pasir Raja
Kerjasama dan persaudaraan dipupuk dalam tradisi.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 22 November - Setiap kali Maulidur Rasul, seluruh negara meraikannya dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan perarakan.Bagi penduduk Kampung Pasir Raja, mereka memiliki tradisi tersendiri dalam menyambut Maulidur Rasul setiap tahun.Pegawai Penyaras Dewan Undangan Negeri ( DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, tidak seperti kampung-kampung lain, setiap kali menyambut Maulidur Rasul, penduduk di kampung itu akan bersama-sama menyediakan juadah bawaan atau lebih dikenali sebagai ‘pot-luck’.“Tradisi unik ini menguatkan jalinan persaudaran dan semangat saling bekerjasama bagi menjayakannya. Penyediaan makanan secara ‘pot-luck’ ini amat unik bagi sebuah komuniti kampung.“Makanan dibawa dari rumah masing-masing menjadikan hidangan lauk-pauk yang tersedia berbeza-beza. Secara tidak langsung, penduduk kampung dapat merasai banyak jenis juadah ketika jamuan,” katanya.Munurutnya, kebanyakan juadah tersebut berasaskan pelbagai ikan sungai, ulam-ulaman yang tiada di tempat yang lain.Aktiviti sambutan libatkan segenap lapisan masyarakat."Sesiapa yang belum pernah datang Pasir Raja, cuba datang. Masakan di sini tersendiri dan unik," katanya kepada pemberita ketika hadir pada sambutan Maulidur Rasul, yang diadakan di Kampung Pasir Raja, semalam.Tradisi sambutan Maulidur Rasul dengan penyediaan sebegitu sudah lama dan dikekalkan sehingga ke hari ini.Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa pada tahun ini, sambutan berkenaan telah ditambah baik dengan menyuntik elemen kesedaran dan kebaikan disebalik tradisi sambutan itu.“Pengertian di sebaliknya lebih besar. Bukan sekadar perarakan dan aktiviti mahupun jamuan semata-mata. Sambutan ini mengingatkan kita betapa pentingnya mencontohi Rasulullah SAW dalam  segenap aspek kehidupan."Masyarakat perlu menghidupkan cahaya Islam agar mengundang keberkatan sejajar dengan hasrat kerajaan Negeri Terengganu. “Ketahuilah perlunya pengimarahan masjid. Jangan dibiarkan masjid sahaja besar, tetapi kosong tanpa kehadiran masyarakat," jelasnya.Sebagai Penyelaras DUN, Ghazali menegaskan pihaknya akan memberi fokus utama kepada pembangunan modal insan dan kerohanian masyarakat Pasir Raja dengan mengatur pelbagai program yang mendidik masyarakat disulami elemen Islam.
21 Nov 18
656
Empty Image
Nekad Jual Telur Sotong, Sara Keluarga
Alias Harun bersama peserta PJD selepas Majlis Penyampaian Cek PJDKUALA TERENGGANU, 21 November - Nekad mahu mengubah kehidupan keluarga selepas kematian suami pada 2006, mendorong Aini Harun, 52, dari Seberang Kastam, Besut menjual telur sotong secara kecil-kecilan.Aini berkata, ketika itu dia hilang punca pendapatan untuk menanggung empat anak yang masih kecil, hanya terlintas untuk menjual telur sotong selepas melihat kejayaan beberapa kenalan di Kuantan, Pahang.“Saya memberanikan diri menjual produk dari Kedah itu di Terengganu berikutan tiada pesaing, selain mahu menampakkan kelainan berbanding peniaga lain.“Alhamdulillah selepas beberapa tahun, produk yang menggunakan nama Kak Ma Telur Sotong mendapat sambutan cukup menggalakkan, mampu menjual  antara 10 hingga 15 kilogram (kg) sehari dengan nilaian RM35 sekilogram,” katanya.Aini berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Cek Pinjaman Program Jaya Diri (PJD) di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Kuala Terengganu, hari ini.Hadir merasmikan program itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun dan Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Aini turut memberitahu, dalam tempoh tertentu terutama pada Jun dan Julai, bekalan telur sotong akan terputus kerana bukan musim sotong bertelur..“Keadaan ini menyebabkan pelanggan terdiri daripada pengusaha restoran tempatan dan individu dari Kuala Lumpur terpaksa menunggu dalam tempoh lama.“Tidak mahu berdepan masalah itu, saya mengambil keputusan membuat pinjaman PJD dalam jumlah RM10,000 supaya dapat dijadikan modal untuk membeli telur sotong dalam kuantiti yang banyak agar bekalan untuk pelanggan tidak terputus.“Selepas ini, saya mahu membuat tempahan sehingga 200 kg berbanding hanya 100 kg sebelum ini,” katanya yang kini kembali berumahtangga.Sementara itu, Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata, YPKT merekodkan pada masa kini, seramai 2,643 peserta PJD aktif membuat pinjaman dengan nilaian RM15 juta. Katanya, program itu nyata membantu peserta kerana mengenakan syarat yang mudah iaitu penubuhan kumpulan bagi menggantikan cagaran atau penjamin yang bekerja tetap.“Berdasarkan rekod, setiap peserta yang mengikut program itu mampu memperoleh pendapatan antara RM500 sehingga RM2,000 sebulan. “’YPKT akan terus meningkatkan usaha melahirkan usahawan dari kalangan peserta PJD itu dengan bantuan kursus dan bimbingan yang bersesuaian.“’Perkara ini sangat penting kerana sebahagian besar peserta yang menyertai program ini tidak pernah mendapat bimbingan keusahawanan,” katanya
21 Nov 18
226
Empty Image
Wujud Urusetia Khas Bantu Golongan Wanita Di Terengganu
Hanafiah Mat. KUALA TERENGGANU, 21 November - Kerajaan negeri akan menubuhkan satu jawatankuasa urusetia wanita bagi menjaga kedudukan golongan berkenaan meliputi semua daerah di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, kebanyakan jawatan tinggi pada hari ini dipegang oleh wanita dan ia merupakan tanggungjawab portfolionya  bagi memastikan wanita sentiasa berada di hadapan bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi dalam pentadbiran dan juga politik.“Insha Allah pada bulan Disember ini, kita akan wujudkan urusetia wanita bagi membantu portfolio saya dan juga merancang satu sambutan khas untuk wanita yang diberi nama Hari Aisyah sempena nama isteri Rasulullah SAW sekitar bulan dua nanti.“Pemilihan nama Aisyah dibuat dengan mengambil kira negeri Terengganu sebagai negeri ilmu dan Aisyah merupakan tokoh wanita dalam keilmuan. Sambutan tersebut akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu di Dewan konvesyen, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu, Muhammad Noh Abdullah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zuhami Omar dan Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri, Asma Mahidin.Tambahnya lagi, sebuah lagi tanda kecaknaan kerajaan negeri untuk golongan ibu tunggal bakal beroperasi pada bulan Mac tahun hadapan.“Kompleks Ibu Tunggal yang telah siap dibina di Kampung Bukit, Chendering akan beroperasi sepenuhnya untuk menjaga kebajikan lebih 32,000 golongan ini yang berdaftar di negeri ini.“Ia bakal beroperasi sebagai tempat yang akan menguruskan segala hal berkaitan ibu tunggal bagi memastikan kecaknaan dan penjagaan dari segi perundangan serta sara hidup berada dalam keadaan baik. Kita juga akan adakan seminar perundangan kerana sebahagian wanita apabila mereka bercerai, mereka tidak tahu pasal hak nafkah,” ujar Hanafiah.Menurutnya lagi, antara pengisian di kompleks itu nanti, pihak berkaitan akan adakan cara untuk menjalankan perniagaan dan menyalurkan bantuan dari Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) supaya ibu tunggal dapat berdikari dan bekerja menanggung kehidupan harian mereka.
21 Nov 18
703
Empty Image
Kawasan Pendaratan Helikopter Di Bukit Besi Diceroboh
Ghazali meninjau Sektor Pengkalan Hadapan Mukim Jerangau, di Kampung Tepus, yang dijadikan sebagai lokasi pendaratan helikopter apabila musim banjir berlaku di kawasan itu. Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 21 November- Tempat pendaratan helikopter di Sektor Pengkalan Hadapan Mukim Jerangau di Kampung Tepus, Bukit Besi, di sini sekiranya terputus hubungan apabila banjir, dipercayai diceroboh oleh syarikat yang menjalankan aktiviti pembalakan.Malah, kawasan yang dibangunkan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkenaan juga didapati turut dibina rumah kongsi untuk pekerja syarikat pembalakan berkenaan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, tindakan itu tidak wajar berikutan tanah yang menjadi hak milik kerajaan sepatutnya tidak dicerobohi dengan sewenang-wenangnya."Kawasan pendaratan helikopter ini memainkan peranan penting apabila berlakunya bencana banjir yang besar apatah lagi jalan-jalan yang menjadi perhubungan utama di kawasan ini terjejas dan terputus hubungan."NADMA akan memainkan peranan dengan menggunakan helikopter untuk menyalurkan bantuan serta menjadikan kawasan dataran itu sebagai tempat pendaratan," jelasnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melakukan tinjauan di Sektor Pengkalan Hadapan Mukim Jerangau, di Kampung Tepus, di sini, semalam.Ghazali berkata,  perkara itu (pencerobohan) tidak boleh dipandang remeh  kerana dataran berkenaan perlu sentiasa terkawal dan berkeadaan baik serta siap siaga bagi menghadapi bencana yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja."Kita sekarang ini berada dalam keadaan musim tengkujuh, sebelum ini kita telah mengadakan rundingan dengan syarikat berkenaan. Malangnya mereka menyatakan bahawa bersedia menerima apa jua risiko sekiranya semasa helikopter mendarat mendatangkan kerosakan dan kerugiaan harta benda dan rumah kongsi yang dimiliki mereka. "Mereka lebih melihat dari sudut yang mereka hadapi, tanpa memikirkan bahawa helikopter tidak akan mendarat dengan mudah jika tiada ruang yang sesuai untuk mendaratkan helikopter," tegasnya,"katanya.Beliau turut menerima aduan dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tepus, yang syarikat berkenaan turut memakirkan lori di dataran khas untuk mendaratkan helikopter.Pada masa yang sama, pihaknya juga mahu syarikat berkenaan membuat pertimbangan yang sewajarnya terhadap nasib penduduk sekiranya bencana banjir melanda kawasan itu.
21 Nov 18
136
Empty Image
Isu Roboh Rumah Di Kampung Tanjung Sah Undang-Undang - MB
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ditemui media hari ini.KUALA TERENGGANU, 21 November - Kerajaan negeri berharap isu merobohkan sebuah rumah di Kampung Tanjung Kelab Pantai oleh pihak berkuasa hari ini untuk tujuan projek pembangunan tidak diperbesar atau dipolitikkan oleh mana-mana pihak.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tindakan itu tidak salah dari aspek perundangan kerana pemiliknya telah lama diberikan notis untuk mengosongkan rumah berkenaan.“Sebenarnya sudah ada perundingan tentang rumah berkenaan dan cara bagaimana diuruskan pengambilan tanah di kawasan itu, malah pemilik yang mendakwa tanah beliau itu juga telah diberi peluang untuk mengemukakan bukti-bukti pemilikan dan sebagainya.“Perkara ini telah diuruskan dan kita dapati tiada halangan untuk kerajaan ambil tindakan hari ini untuk kosongkan tanah malahan nilai pampasan pun telah diberi mengikut pertimbangan dan status pemilikan itu,” ujarnya.Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kekecohan yang berlaku apabila rumah pusaka yang dibina pada awal 1900 itu, milik Wan Mokhtar Wan Yusof, 64, di Kampung Tanjung Kelab Pantai dirobohkan pihak berkuasa untuk projek pembangunan.Menurut beliau, dakwaan Wan Mokhtar bahawa kerajaan negeri hanya memberi notis selama tiga hari untuk mengosongkan rumah tersebut adalah tidak benar.“Dakwaan tuan tanah itu tidak tepat. Dari aspek perundangan, apa yang dilakukan kerajaan negeri itu tidak salah. Isu yang disebut sebagai pampasan dan sebagainya itu adalah ehsan yang diberi mengambil kira mereka menduduki tempat itu sebelum ini.“Tetapi dari aspek perundangan yang telah dibuat, sebenarnya tidak ada hujah yang kuat dari orang yang mendakwa itu tanah miliknya dan kita minta supaya proses (merobohkan) dapat diteruskan.“Ia sebenarnya bukan masalah tiga hari notis kerana prosesnya telah berjalan begitu lama dan sudah dalam makluman mereka yang berkenaan,” ujarnya.Menyentuh mengenai nilai estetika rumah itu yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak, Dr Ahmad Samsuri berkata, ianya lebih kepada pandangan peribadi masing-masing.“Kecualilah rumah itu ada unsur-unsur sejarahnya yang sangat unik. Kita akan membuat pertimbangan. Oleh kerana tidak ada unsur-unsur yang unik, bukan rumah berusia ratusan tahun dan sebagainya, saya rasa tidak menjadi halangan untuk kita mengambil langkah tersebut.“Memang susah untuk kita buat semua pihak berpuas hati, tetapi mengambil kira rumah itu tidak didiami oleh sesiapa pun, bukan kita menghalau orang yang sedang menduduki rumah itu dan sudah berapa lama sebenarnya tidak ada penghuni, tindakan merobohkan untuk tujuan pembangunan di kawasan itu bukanlah satu tindakan untuk menganiayai mana-mana pihak,” ujarnya.
20 Nov 18
109
Empty Image
Terengganu Bakal Perkenal Pinjaman Syarie Usahawan Tani
Dr. Azman Ibrahim.Oleh : Aziz HambaliMARANG, 21 November - Kerajaan negeri bakal memperkenalkan bantuan khas berkonsepkan Islam menerusi pinjaman tanpa faedah dikenali sebagai Skim Bantuan Tani khusus untuk rakyat yang menceburi dalam industri pertanian bermula tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, Skim Bantuan Tani ini adalah satu skim bantuan yang akan dijadikan sebagai satu sumber dana untuk membiayai rakyat yang menceburi empat sektor utama iaitu pertanian, penternakan, perikanan dan industri asas tani dalam bentuk pinjaman tanpa faedah yang diuruskan oleh pihak Lembaga Pertubuhan Peladang.Katanya,  jumlah dana yang akan disuntik ke dalam skim bantuan tani berkenaan akan diumumkan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam bajet pada 25 November ini."Usahawan tani yang berhasrat memajukan bidang pertanian diseru rebut peluang ini dengan membuat permohonan mulai tahun depan, tetapi perlu membayar balik pinjaman dalam tempoh yang akan ditentukan pihak jawatankuasa skim bantuan."Dari segi kelulusan skim bantuan tani ini, jawatankuasa induk skim bantuan yang dipengerusikan exco pertanian sendiri akan menimbang dari segi permohonan dengan turun ke lapangan untuk melihat segala aspek," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Majlis Dialog bersama Exco Pertanian bertempat di Dewan Semarak Pantai Kelulut, dekat sini, semalam. Turut hadir dalam majlis tersebut, Pegawai Khas ADUN Rhu Rendang, Wahad Osman.Mengulas lebih lanjut mengenai syarat skim bantuan tersebut, ianya bergantung kepada apa yang pemohon hendak usahakan dan jawatankuasa induk bersama panel akan turun ke lapangan bagi menilai sesuatu projek yang hendak diusahakan manakala satu tempoh akan diberikan kepada pemohon, bergantung pada industri apa yang hendak ceburi untuk mereka mula membayar.Menurutnya, ada industri yang mungkin selepas tiga hingga enam bulan perlu bayar, ataupun akan pertimbangkan tempoh yang lama dan apa yang penting, kita tidak mahu bebankan peminjam seperti buat pinjaman hari ini, bulan depan terus kena bayar dalam masa yang sama mereka sedangkan belum mendapat sebarang hasil daripada apa yang hendak diusahakan."Yang paling utama sekali, kita hendak supaya halangan-halangan rakyat kita untuk bekerja itu kita cuba permudahkan. Itulah matlamat kita sebab kerajaan tidak mengambil kira untung rugi nak bantu rakyat, apa yang kita hendak biar rakyat yang untung.“Isu rakyat kita yang hendak memulakan industri tetapi mereka kekurangan modal maka kerajaan perlu mempunyai satu alternatif. Kalau rakyat ini hendak membuat pinjaman bank tentu sekali mereka terikat dengan syarat-syarat ketat pinjaman bank, kadar faedah, cagaran dan sebagainya yang di luar dari kemampuan sebahagian besar daripada rakyat kita," ujarnya.
20 Nov 18
77
Empty Image
Masalah Banjir Di Laluan Utama Kuala Berang Akan Diatasi-Dr. Mamad
Dr Mamad PutehOleh: Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU  19 November -Kerajaan negeri sedia membantu menyelesaikan masalah  laluan utama Kuala Berang yang sentiasa  terputus hubungan dengan laluan dari kedua-dua arah dinaiki air apabila hujan lebat berterusan pada musim tengkujuh.Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh berkata kerajaan negeri telah berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana laluan yang bermasalah ini merupakan jalan persekutuan dan menjadi tanggungjawab JKR persekutuan."Cadangan dari pihak JKR adalah dengan menaikkan aras jalan di laluan Kampung Batu 24 dan membuat jambatan baru di Sungai Getang dengan anggaran kos kasar sekitar RM20 juta."InsyaAllah kita akan usahakan perkara ini dengan sebaik mungkin kerana kerajaan persekutuan juga sedang mengalami masalah kewangan,”ujar beliau ketika berucap dalam Program Permata Maulidur Rasul bagi Daerah Hulu Terengganu di Hospital Hulu Terengganu, di sini hari ini.Turut hadir, Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu merangkap Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu, Hj Muhyidin Abd Rashid; ADUN Ajil, Maliaman Kassim; Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu dan Pegawai Agama Hulu Terengganu, Tuan Junaidi Tuan Ismail.Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang berkata masalah ini berlaku setiap kali musim banjir apabila penduduk dari Ajil selalu tersekat untuk ke hospital dengan kenaikan air di Sungai Getang, manakala penduduk dari Kuala Berang dan Telemong selalu tersekat di laluan Kampung Batu 24.Dalam masa yang sama, juga beliau berharap agar semua kakitangan di sini (hospital) dapat bertugas dengan baik, sabar dengan kerenah orang yang sakit dan sikap pelawat walaupun terpaksa berhadapan pelbagai ragam.Dr. Mamad juga berharap dengan adanya program tahunan seperti ini dapat mengingatkan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW sempena kelahiran beliau dan dalam masa yang sama juga, dapat mengeratkan hubungan antara pimpinan negeri, kakitangan hospital serta pesakit.
20 Nov 18
121
Empty Image
SMAASZA Terengganu Diiktiraf Antarabangsa
Rombongan SMAASZA pulang dari Zagreb, Croatia dengan lima enugerah antarabangsa. Dato' Tengku Hassan (tiga dari kiri) menyambut kepulangan mereka di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus semalam.KUALA NERUS, 21 November - Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) Kuala Terengganu, muncul sekolah terbaik dan bertaraf dunia di Pertunjukan Reka Cipta Antarabangsa (International Invention Show-INOVA) Ke 43 di Zagreb Fair, Croatia baru-baru ini.SMAASZA mendapat lima anugerah kecemerlangan termasuk anugerah terbesar iaitu Rekacipta Terbaik Asia (Best Invention Of Asia) untuk produk P' Amary di samping satu pingat emas, masing-masing untuk produk 'P' Amary' dan 'Smart Eazer'.Kedua-dua produk tersebut juga menerima Anugerah Istimewa (Special Award) dari World Invention Intellectual Property Association (WIIPA) dan JSC NIIAS, Russian Railways.Serentak itu, Kerajaan Terengganu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan cemerlang yang dicapai oleh pelajar dan guru sekolah tersebut."Tahniah atas pencapaian cemerlang warga SMAASZA," - Dato' Tengku Hassan.Ucapan berkenaan telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar ketika menyambut kepulangan rombongan sekolah tersebut di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini semalam.Mereka terdiri dari tiga pelajar termasuk Ahmad Fakhrul Ismail, 16, Ahmad Aliuddin Zulkifli, 16 dan Wan Wadhihah Nadhirah Faisal, 13, serta dua guru pengiring termasuk Saripah Embong dan Zawiah Dollah.Turut menyambut ketibaan mereka ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah dan Pengajian Tinggi, Ustaz Maliaman Kassim dan Pengarah Pendidikan Negeri, Haji Safruddin Haji Ali Hussin.Dato' Tengku Hassan (dua dari kiri) dan Haji Safruddin menyambut ketibaan anggota rombongan SMAASZA di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus semalam.Menceritakan lebih lanjut latar belakang kejayaan sekolah berkenaan Dato' Tengku Hassan berkata, kisahnya bermula apabila guru dan pelajar berkenaan berhasrat untuk menyertai pertandingan INOVA yang disifatkan sebagai bertaraf dunia itu."Saya telah sampaikan hasrat mereka untuk menyertai pertandingan tersebut dengan pembiayaan kerajaan negeri kepada Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar."Lalu Menteri Besar terus segera meluluskan satu peruntukan khas untuk mereka ke sana," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang berkata, sebelum ini, mereka telah banyak menyertai pertandingan dalam negeri tetapi keperluan mereka tidak dimaklumkan kepada kerajaan.Tiga pelajar SMAASZA menunjukkan anugerah antarabangsa di pertandingan INOVA di Zagreb, Croatia.Apabila dimaklumkan tambahnya, kerajaan segera menyediakan peruntukan kewangan bagi membolehkan rombongan sekolah tersebut di hantar ke Zagreb, Croatia."Mereka ini sebenarnya telah banyak mendapat anugerah berbentuk pingat emas di banyak pertandingan di dalam dan di luar negara sebelum daripada ini."Jadi kerajaan amat berbesar hati untuk membantu mereka agar kecemerlangan itu lebih bersemarak lagi dan memberi impak yang baik kepada negara dan negeri Terengganu sendiri," ujarnya.Sementara itu berhubung dengan dua produk dipertandingkan itu, beliau menjelaskan bahawa 'P' Amary' merupakan produk kesihatan berasaskan minyak sawit untuk merawat penyakit kulit, anti bakteria, kulat dan penghalau serangga.Manakala Smart Eazer pula merupakan produk pencuci, boleh digunakan untuk mencuci pakaian dan sebagainya."Kedua-dua produk ini merupakan produk yang cukup baik dan insya-Allah kita (kerajaan) akan mengadakan perbincangan untuk membolehkan produk tersebut di'patten'kan sekaligus dikomersialkan," jelasnya lagi.
20 Nov 18
1639
Empty Image
Taman Pertanian Sekayu Tidak Ditutup
Ariffin Deraman (dua dari kiri) mencuba menyedut madu lebah kelulut menggunakan picagari sambil diperhatikan oleh Mohd Amran. Oleh: Ahmad FadhilahHULU TERENGGANU, 21 November - Pengurus Taman Pertanian Sekayu, Mohd Amran Awang memaklumkan, Taman Pertanian Sekayu akan dibuka sepanjang tahun kecuali jika berlaku banjir atau sebarang arahan tutup daripada pihak berkuasa."Fenomena kepala air dan wabak kencing tikus tidak pernah berlaku di sini sejak dibuka," ujarnya.Dalam tumpuan lain, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri berkata, beliau dimaklumkan kehadiran pengunjung di sini sangat ramai terutama pada hari Jumaat, Sabtu dan cuti-cuti sekolah."Salah satu tarikan yang ada di sini adalah pusat ternakan lebah kelulut. Terdapat puluhan spesis yang ada, sebahagiannya tidak terdapat di tempat-tempat yang lain dan pengunjung boleh melihatnya sendiri dari dekat."Selain itu, terdapat juga dusun buah-buahan tempatan. Di sinilah terdapat kelainan kerana pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman mengait buah tersebut apabila musim buah tiba," menurutnya.Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata demikian ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas selesai Lawatan Kerja Ke Taman Eko Rimba Sekayu dan Taman Pertanian Sekayu di Hulu Terengganu, baru-baru ini (18 November).Tambah beliau, portfolionya akan bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim bagi sama-sama memajukan Taman Pertanian Sekayu.
20 Nov 18
520
Empty Image
Media Rakan Kongsi Kerajaan
KUALA TERENGGANU, 21 November - Media adalah rakan kongsi kepada Kerajaan Terengganu dalam membangunkan negeri yang maju, berkat dan sejahtera.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, kerajaan yang ada sekarang ini menyedari peranan media yang sangat penting.“Apa yang kita nak sebenarnya adalah apa yang berlaku dalam perkembangan kerajaan hari ini dilaporkan dengan betul dan tepat. Itu hasrat kita.“Bukan bermakna apa yang dilaporkan sebelum ini tidak tepat dan betul. Saya sebut untuk mengukuhkan hasrat kerajaan melihat peranan media dapat dimainkan secara yang saya sebutkan tadi,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam Majlis Apresiasi Bersama Media di Damai Lounge U2, Wisma Darul Iman, kelmarin.Oleh itu, katanya, sekiranya fungsi media tidak seimbang, ia boleh menjejaskan prestasi kepimpinan dan kerajaaan negeri.Haji Yahaya menganjurkan majlis tersebut bagi menghargai pengamal media atas kerjasama yang telah diberikan selama ini.Katanya, beliau sedang membuat beberapa pembaharuan dalam perjalanan Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) yang akan bermula pada 25 November ini.Beliau mahu mendengar sendiri maklum balas daripada media agar perjalanan sidang DUN berjalan lancar."Memang sebenarnya menjadi hasrat saya untuk adakan pertemuan seumpama ini dan saya harap ia akan menjadi pertemuan tahunan ataupun lebih kerap (sekiranya perlu) untuk kelancaran sidang DUN.“Saya tambah (menjadi) lima hari untuk memberikan kepuasan kepada ahli Yang Berhormat (wakil rakyat) dan supaya mereka mempunyai masa yang lebih lapang dan mencukupi untuk membawa suara rakyat.“Dan cita-cita saya, memang saya berusaha  untuk mengangkat Dewan Undangan Negeri kita ke satu peringkat  (yang) lebih baik insya-Allah,” tegasnya.
20 Nov 18
38