Artikel "Politik" Terkini
UMNO Terengganu Mampu Kekal Pentadbiran
UMNO Terengganu masih kuat dan mampu kekal memerintah negeri ini bersandarkan perpaduan di kalangan ahli serta semua pemimpin terutama Menteri Besar dan mantan-mantannya.Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, persengketaan lalu adalah manisfestasi sejarah silam yang sudah berlalu dan perbezaan perlu diketepikan demi kepentingan UMNO serta Barisal Nasional (BN)."Saya ingin beritahu kepada seluruh kepimpinan jangan pernah usik-usik UMNO dan BN Terengganu selagi ketiga-tiga pemimpin berada di sini (Menteri Besar (MB), Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan mantan MB, Dato' Seri Idris Jusoh dan Dato' Seri Ahmad Said). InsyaAllah Terengganu masih milik BN dalam Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) nanti," katanya.Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kemaman di Dewan Berlian Majlis Pembandaran Kemaman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh.Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Dato' Seri Ahmad Said dan Timbalannya, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, Ahmad Fikry Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kemaman, Shaheda Jusoh.Ahmad Zahid berkata, beliau juga kagum dengan kesungguhan UMNO Bahagian itu yang melakukan transformasi selaras matlamat Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak."Saya percaya perwakilan yang hadir pada hari ini merupakan terdiri daripada seluruh UMNO Kemaman," katanya.Menurut Ahmad Zahid lagi, segala permasalahan yang berlaku di kalangan parti pembangkang adalah satu peluang terbaik untuk UMNO dan BN merampas semula kerusi yang ditawan pembangkang sekali gus mengekalkan kemenangan serta pemerintahan."Bukan hanya kelemahan dan perpecahan musuh politik tetapi yang utama perpaduan dan kekuatan kepimpinan serta keahlian jika kesatuan dapat dikukuhkan maka kita dapat rampas semula kerusi kalah."UMNO dan BN tidak mahu kehilangan kuasa dalam PRU ini kerana dari sejarah yang kita pelajari akibat kehilangan negeri yang pernah kita alami dulu. Kita tidak akan pernah sanggup untuk tinggalkan kepentingan rakyat," katanya.
08 Sep 17
136
Kesepaduan Tiga Pemimpin Pastikan Kemenangan BN Dalam PRU-14
Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Daerah Kemaman, hari ini. Foto oleh Tg Mohd Syamim Tg Ismail"Jadikan kesepaduan tiga pemimpin ini sebagai contoh dalam membentuk perpaduan khususnya kepada pemimpin dan anggota parti," kata Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Katanya, gandingan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif bersama bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh dan Dato' Seri Ahmad Said dilihat mampu memastikan UMNO terus menang di Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, gandingan kerjasama dalam membangunkan parti dan negeri itu juga berupaya melenyapkan segala kontroversi yang pernah timbul sebelum ini."Realitinya adalah Ahmad dan Idris bukan lagi Menteri Besar Terengganu tetapi duduk diatas pentas bersama-sama Ahmad Razif. Ini menunjukkan sejarah silam telah berlalu. Perbezaan sudah diketepikan demi kepentingan UMNO."Jangan pernah usik UMNO dan Barisan Nasional(BN) Terengganu selagi ketiga-tiga pemimpin berada di sini. Insyallah Terengganu masih milik BN pada PRU-14 nanti," ujarnyaBeliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Ketua UMNO Bahagian Kemaman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Dato' Seri Ahmad Said; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh.Ahmad Zahid berkata, beliau yakin dengan pencantuman idea ketiga-ketiga pemimpin itu bagi menzahirkan pelbagai pembangunan untuk kebaikan rakyat negeri ini dapat direalisasikan berdasarkan pengalaman masing-masing dalam menangani era dan politik di Terengganu.
08 Sep 17
66
Terengganu Anjur Solat Hajat Merdeka Di Lapan Masjid
JohariPemuda UMNO Terengganu akan menganjurkan Solat Hajat Kemerdekaan dan Doa Untuk Palestin di lapan buah masjid terpilih di seluruh negeri menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke- 60 tahun, malam esok (30 Ogos).Ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar berkata, program itu akan diadakan selepas solat Isyak bagi memohon keamanan dan kemakmuran supaya Malaysia terus subur serta kedaulatan Islam terus dipelihara oleh semua masyarakat.Katanya, program itu dirancang bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di seluruh Terengganu. Lapan masjid berkenaan adalah Masjid Ulul Albab, Jertih, Besut; Masjid Kg. Apal, Jabi, Setiu; Masjid Kg Bukit Tunggal, Kuala Nerus; Masjid Kg. Durian Burung, Kuala Terengganu; Masjid Kg. Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu; Masjid Kg. Merchang, Marang; Masjid Al Azim, Felda Kerteh 3, Dungun dan Masjid Kg. Payoh, Kijal, Kemaman."Pada program sama, kita turut memanjatkan doa keamanan untuk rakyat Paletin yang mempertahankan tanah air mereka dan Masjid Al-Aqsa, bangsa Rohingya yang berada Myanmar mahupun yang menjadi pelarian serta keselamatan untuk seluruh dunia Islam,"katanya dalam saru kenyataan kepada media, hari ini.Dalam pada itu, Johari berharap agar masyarakat sekitar turut serta sekali gus dapat melahirkan rasa cinta kepada negara.Tambahnya, aktiviti dan amalan itu merupakan sebahagian tuntutan dalam Islam iaitu cinta kepada negara.
29 Aug 17
98
Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus `Luar Biasa'
Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus hari ini boleh dianggap sebagai majlis luar biasa dan lain daripada yang lain.Katanya sambutan yang diberikan ini boleh diibaratka sebagai satu "pakej" lengkap dan sangat istimewa baginya dan jarang dibuat pada persidangan perwakilan UMNO bahagian di tempat lain."Saya berharap majlis sama di Bahagian Kuala Terengganu petang ini mendapat sambutan yang sama atau lebih baik daripada Bahagian Kuala Nerus.“Mengapa luar biasa, antaranya semua memakai pakaian sama warna iaitu biru dengan pimpinan peringkat atasan, selain perasmiannya di dalam stadium, biasa hanya di dalam dewan sekolah majlis bandaran,” katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri.Beliau berkata demikian ketika mengakhiri ucapan pada majlis perasmian persidangan perwakilan bahagian itu yang dihadiri lebih ahli UMNO termasuk daripada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Kuala Nerus.Ahmad Zahid berkata, sambutan itu menggambarkan semangat gelombang biru masih kuat di Terengganu walau apa pun cabaran yang dihadapi UMNO hari ini.“Oleh itu, suka saya mengingatkan ahli UMNO agar kekal berjuang dalam UMNO walau apa pun cabaran dan dugaan yang datang melanda."Zaman gerhana di Terengganu pernah kita lalui dan masih segar dalam ingatan, sebab itu bila kita berhimpun ketika ini, amat penting untuk kita kuatkan iltizam kita, semangat kita bahawa dalam apa jua keadaan, yang penting perjuangan UMNO pasti kita pertahankan,”katanya
24 Aug 17
814
Pemuda Dan Puteri UMNO Perlu Juarai Perang Siber
Pemuda dan Puteri UMNO perlu lebih menguasai perang siber berbanding pembangkang bagi menangkis dan menyerang balas fitnah yang dilakukan.Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini sangat penting dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang kerana media sosial menjadi medium utama dalam penyampaian maklumat serta untuk melancarkan serang balas setiap fitnah dilontarkan pembangkang."Dalam dua pilihan raya lepas saya nampak pembangkang lebih ke depan dari segi kuasai perang siber berbanding kita...sebab Pemuda dan Puteri harus memjuarai perang siber."Kini orang muda lebih bergantung untuk mendapatkan maklumat daripada media sosial dan jentera Pemuda dan Puteri UMNO harus kuasainya dan mendahului pembangkang."Fitnah pembangkang di media sosial kalau tidak digempur maka akan menjadi persepsi baru kepada orang muda,"kata Ismail Sabri.Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Akademi Binaan Malaysia di Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian, Dato'Jailani Johari; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi Mamat; Naib Ketua UMNO Bahagian, Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian,Ghazali Taib; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat; Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Johari Abu Bakar dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.Menurut Ismail Sabri lagi, sebagai pemimpin,kita mesti mempertahankan serangan dan pada masa sama perlu jadi macam mereka dengan mendedahkan segala kepincangan mereka kerana pembangkang juga tetap ada kelemahan."Dedahkan keburukan dan kepincangan pihak pembangkang, pertahankan dan lakukan serang balas supaya rakyat tidak terus terpengaruh dengan fitnah dilemparkan pembangkang,"katanya.
12 Aug 17
362
Pemimpin, Ahli UMNO Jangan Terlalu Selesa- Jailani
UMNO dan Barisan Nasional(BN) tidak boleh merasa selesa kerana berjaya mentadbir negara. Sebaliknya, harus bersama terus bekerja-keras untuk menjuarai hati rakyat, demikian kata Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Dato' Jailani Johari.Menurutnya, parti itu tidak boleh mendabik dada dan terus dibuai dengan mimpi yang panjang kerana berjaya memenangi majoriti kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri( DUN)."Kita semua harus bersama, terus kerja keras dalam menjuarai hati rakyat. Jangan hirau apa pembangkang buat tapi yang penting apa kita buat untuk rakyat. Tonjolkan kisah-kisah kejayaan UMNO dan Barisan Nasional."Jangan sibuk fikir hal pembangkang tetapi lupa apa patut kita lakukan untuk rakyat. Ingat pesanan Yang Amat Berhormat Presiden Parti bahawa ini bukan masa menjala undi tetapi memancing setiap pengundi,"kata Jailani.Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Akademi Binaan Malaysia di Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.Jailani berkata, kesetiaan, keikhlasan dan kerjasama merupakan elemen utama yang menjadi resipi jika mahu terus menjuarai hati rakyat."Kesetiaan rakyat berdasarkan kepada kejujuran dan keikhlasan pemimpin parti. Kita mahukan rakyat setia pada kita, tetapi adakah kita setia pada parti dan adakah kita setia berkorban untuk rakyat."Sebagai pejuang dan srikandi bangsa, kita mesti mempunyai semangat yang kental berani, tabah dan kuat dalam menghadapi ranjau politik yang semakin hari semakin menguji ketabahan kita,"katanya lagi.Menurut Jailani, kebanyakan ahli UMNO kini ada yang telah terpesong daripada matlamat asal perjuangan parti."Mereka sibuk mencari jalan untuk menjadi calon sama ada dalam parti dan pilihan raya." ‘Cah Keting’ dan cantas mencantas masih menjadi virus dalam parti kita. Mungkin mereka lupa perjuangan parti bukan untuk kepentingan sendiri dan jawatan, sebaliknya perjuangan parti sebenarnya untuk rakyat,"ujar Jailani.Beliau turut berkata, pemimpin dah ahli UMNO dinasihatkan jangan sibuk bersaing untuk mendapatkan jawatan dalam UMNO sehingga lupa cabaran yang lebih besar supaya dapat menjuarai hati rakyat."Jangan jadi jaguh kampung, menang di (dalam) parti kalah di hati." Kita sepatutnya bersama-sama menyokong siapa sahaja wakil yang akan dipilih oleh parti dan sama-sama mengatur strategi untuk kekal Parlimen (Hulu Terengganu) dan tiga DUN serta rampas kembali DUN Manir,"ujarnya.
11 Aug 17
218
Nafi Lesen Rumah Bot Ditarik Balik
Pemilik rumah bot yang menjalankan operasi di Tasik Kenyir menafikan menerima ugutan lesen operasinya akan ditarik balik kerana membawa rombongan dari kumpulan parti pembangkang melawat pulau bebas cukai di Pulau Bayas, Khamis lalu.Pengurus Besar Suria Permata Kenyir House Boat, Azman Zahari berkata, kerajaan negeri dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) tidak pernah menghubunginya untuk mengambil tindakan menarik balik lesen operasi seperti diviralkan melalui laman sosial parti pembangkang.Katanya, dua pekerjanya yang diberi tanggungjawab mengendalikan rumah bot juga tidak menerima sebarang panggilan telefon dari kerajaan negeri dan Ketengah mengenai lesen operasinya akan ditarik balik."Adalah tidak masuk akal kerajaan negeri dan Ketengah untuk mengambil tindakan setegas itu atas kesalahan membawa rombongan, termasuk kumpulan dari parti pembangkang melawat Tasik Kenyir."Saya dan dua pekerja juga menafikan ada mengeluarkan kenyataan kepada media, terutamanya dari parti pembangkang menerima ugutan sama ada melalui telefon atau secara lisan," katanya kepada BH, ketika dihubungi, pagi ini.AzmanAzman berkata demikian ketika mengulas laporan disiarkan melalui laman sosial termasuk Facebook (FB) parti pembangkang yang mendakwa ada menerima ugutan dari kerajaan negeri dan Ketengah lesen operasi botnya akan ditarik balik kerana membawa sekumpulan rombongan melawat beberapa pulau di Tasik Kentyir termasuk di pulau bebas cukai di Pulau Bayas.Beliau berkata, kenyataan dimuatnaikkan melalui laman sosial termasuk FB parti pembangkang yang mendakwa pihaknya menerima ugutan lesen operasi akan ditarik balik adalah fitnah dan tidak sepatutnya dikeluarkan parti berkenaan."Pada Khamis lalu, hanya dua pekerja saya mengendalikan tempahan bot kerana saya berada di Bangkok, Thailand mengendalikan urusan perniagaan."Saya juga tidak dimaklumkan mengenai tempahan untuk membawa rombongan sekumpulan wanita dari parti pembangkang," katanya yang terkejut selepas membaca laman sosial, termasuk mendakwa dia ada mengeluarkan kenyataan menerima ugutan dari kerajaan negeri termasuk pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).Azman berkata, pekerjanya yang mengendalikan tempahan dan membawa rombongan itu memaklumkan kepada ketua kumpulan itu bahawa pulau bebas Cukai iaitu Pulau Bayas adalah belum siap sepenuhnya"Pekerja yang mengendalikan bot itu sudah memaklumkan Pulau Bayas adalah kawasan larangan,"Demi menjaga hati pelanggan, pengendali bot itu terpaksa memenuhi permintaan dan kehendak ketua kumpulan berkenaan," katanya.Azman berkata, dia juga meminta pemilik akaun laman sosial menarik balik kenyataan dikeluarkan kerana ianya satu fitnah dan ada unsur mencemarkan imej syarikatnya yang sudah mengendalikan perniagaan menyediakan perkhidmatan sewaan rumah bot di Tasik Kenyir.Sumbangan berita: Baharom Bakar, Berita Harian
09 Aug 17
158
Wanita UMNO Perkasakan JR & JR Plus Hadapi PRU 14
Pergerakan Wanita UMNO Hulu Terengganu akan terus meningkatkan keberkesanan Jalinan Rakyat(JR)dan JR Plus sebagai platform utama sayap itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat berkata, sehubungan dengan itu pihaknya akan meningkatkan pemantapan jentera JR di setiap bahagian selari dengan pengiktirafan wanita sebagai tulang belakang parti UMNO untuk bergerak aktif dengan turun ke peringkat akar umbi bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti.Menurut Fatimah, adalah mustahak untuk ahli Wanita UMNO memberi kekuatan kepada kepimpinan parti kita supaya pembangkang sama ada dari luar atau di dalam parti tidak mampu melemahkan pemerintahan yang ada sekarang."Wanita sentiasa mengadakan program dan aktiviti- aktiviti di setiap cawangan yang mana turut dibantu oleh skuad Sayang di setiap cawangan."Di Hulu Terengganu ,kita mempunyai keahlian Jalinan Rakyat(JR)seramai 2,248 orang di mana setiap seorang JR perlu menjaga 30 orang pengundi di setiap lokaliti yang telah ditetapkan,"katanya berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Akademi Binaan Malaysia (ABM), Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.Tegasnya yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri, Wanita UMNO tidak akan sesekali melemahkan kepimpinan negeri sendiri dan akan sentiasa menjadi benteng utama kepada parti.Mengulas mengenai persiapan Pergerakan Wanita UMNO menghadapi PRU 14, Fatimah berkata, jentera kerja Wanita UMNO berada dalam keadaan siap siaga untuk membantu semua calon BN."Walaupun parti bagus dan berjaya menambat hati rakyat, jika jentera kerja melakukan tugas tidak memuaskan hati, parti sukar untuk mencipta kemenangan."Wanita mahu dan inginkan kemenangan 5-0, di kelima-lima Dewan Undangan Negeri termasuk di Parlimen Hulu Terengganu dan berharap semua sayap-sayap UMNO Hulu Terengganu bersatu dan bekerja keras untuk menghadapai PRU 14 akan datang," katanya lagi.Menurut Fatimah, persiapan jentera kerja amat mustahak dan beliau amat berpuashati dengan gerak kerja Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu."Kita telah adakan pelbagai taklimat dan kursus kepada JR untuk melancarkan pergerakan mereka ke peringkat akar umbi sebagai mata telinga parti dalam menjaga kebajikan dan masalah rakyat."Pihak kami telah merancang pelbagai program mendekati rakyat, meramaikan penyokong di samping pengundi atas pagar untuk memberikan sokongan kepada BN.“Apa jua yang berlaku kita kena bersama dengan kepimpinan utama kita yang ada sekarang kerana kita perlu bersama ketua kita di negeri ini, menjalankan gerak kerja bagi mempertahankan parti kita dalam PRU14 yang merupakan ibu segala pilihan raya nanti," katanya.
05 Aug 17
611
Wanita UMNO Dituntut Manfaat Kemajuan Teknologi
Wanita UMNO mesti menerima cabaran dan mendakap perubahan bersama kemajuan teknologi untuk meletakkan parti itu di kedudukan yang terbaik melalui rangkaian media sosial.Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Jailani Johari berkata, Wanita UMNO perlu menggunakan medium media sosial ini untuk memberi penerangan yang jelas kepada golongan wanita dan surirumah mengenai isu-isu yang menjadi viral."Beri mereka ini penerangan sebenar agar tidak keliru dan tertipu dengan dakyah-dakyah pembangkang yang memanipulasi maklumat. Kita perlu mendidik masyarakat di luar sana agar meneliti dahulu sesuatu berita yang mereka terima dan jangan sesekali kongsi berita-berita yang palsu atau fitnah."Kita perlu sentiasa berwaspada dan beringat kerana bukan semuanya benar di internet. Jika tidak pasti jangan kongsi ataupun kita boleh layari portal SEBENARNYA.MY bagi mendapatkan maklumat yang tepat berhubung sesuatu isu semasa,"kata Jailani ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Akademi Binaan Malaysia (ABM), Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang dihadiri lebih 1,200 perwakilan dan Jalinan Rakyat(JR)& JR Plus daripada 130 cawangan di Bahagian Hulu Terengganu.Turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi Mamat; Naib Ketua UMNO Bahagian, Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Ghazali Taib; Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Johari Abu Bakar dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.Menurut Jailani yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, pada alaf ini media sosial menjadi medium komunikasi utama di kalangan masyarakat, tidak terhad kepada golongan muda sahaja malahan pelbagai peringkat umur menggunakannya untuk memberi penjelasan pelbagai isu dicetuskan parti pembangkang bagi menjatuhkan kerajaan."Penyebaran berita palsu dan fitnah semakin berleluasa kini dengan pihak pembangkang sering mengambil kesempatan untuk memburukkan kerajaan.Tapi saya yakin sayap Wanita kini dilengkapi dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan agar dapat bertindak pantas membantu dalam situasi yang memerlukan," katanya.Tambahnya lagi, Wanita UMNO merupakan tulang belakang, golongan yang paling setia, rajin dan sentiasa menjaga maruah parti sejak dahulu lagi ketika memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu."Di Parlimen Hulu Terengganu,untuk terus relevan di hati rakyat, kita mesti sepakat, sepadu, sehati, sejiwa dan seperjuangan bagi memastikan kita kekal di Parlimen dan di tiga Dewan Undangan Negeri(DUN) iaitu Telemong, Ajil serta Kuala Berang... InsyaAllah kita akan menawan kembali DUN Manir yang menjadi kubu pembangkang." Kita perlu pastikan kemenangan kita kali ini adalah dengan majoriti yang lebih besar. Kita gempur habis-habisan dan saya yakin kita pasti berjaya dengan gerak gempur yang dilakukan oleh Wanita UMNO di bawah Jalinan Rakyat(JR)," ujarnya lagi.
05 Aug 17
100
Terengganu Sedia Pilih Calon Wanita Pada PRU14
UMNO Negeri Terenganu bersedia meletakkan calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jika dipersetujui Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Menurutnya, UMNO negeri tiada masalah mengenai calon wanita kerana ada individu yang layak untuk memegang jawatan itu."Setakat ini untuk jumlah yang bakal diletakkan sebagai calon..kita belum putuskan tapi kita akan lihat dengan segera dan nilai sebelum buat keputusan," katanya pada kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Besar Akademi Binaan Malaysia, Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu supaya calon Barisan Nasional (BN) diperuntukkan kepada calon wanita pada PRU14 nanti.Turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat; Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato'Jailani Johari; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Dato' Rozi Mamat; Naib Ketua UMNO Bahagian,Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian,Ghazali Taib; Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian ,Johari Abu Bakar dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang,Dato' Tengku Putera Tengku Awang.Menurut Ahmad Razif, Kerajaan UMNO dan BN sentiasa mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita, malah menetapkan sasaran penglibatan yang tinggi untuk wanita dalam kerjaya termasuk menduduki jawatan-jawatan penting dalam kerajaan dan GLC.Beliau juga mengakui dari segi keupayaan, sememangnya terdapat golongan itu yang berwibawa dan berkemampuan untuk diketengahkan bagi memastikan kemenangan BN kelak."Sebagai contoh, kita sekarang ada tiga Menteri Kabinet wanita, enam orang Timbalan Menteri wanita dan 14 Senator dari kalangan wanita."Malah dalam Pilihan Raya Ke-13 yang lepas, peratus pengundi wanita lebih sedikit dari pengundi lelaki iaitu 50.23% dan ini jelas menunjukkan peranan wanita sangatlah besar malah boleh menentukan jatuh bangunnya sebuah kerajaan di Malaysia,"katanya
04 Aug 17
40