lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Empty Image
PAU 2017 : Perang Mesti Menang
UCAPAN DASAR KETUA WANITA UMNO, TAN SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL, DI PERHIMPUNAN AGUNG WANITA UMNO 2017BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Taala WabarakatuhDOA PEMBUKAAN1. Saya suka mulakan ucapan ini dengan sebuah kisah tentang doa.2. Ketika Imam Syafie merantau hingga ke Mesir untuk bertemu dengan Imam Malik, meminta untuk didoakan, lantas jawab Imam Malik, “Kamu telah tersalah alamat. Sedangkan di rumahmu ada orang yang doanya, 100,000 (satu ratus ribu) kali ganda makbul doanya dariku dan tiada hijab doanya antara dia dan Allah SWT.3. Lalu Imam Syafie bertanya, siapakah dia? “Itulah doa ibumu.”4. Wahai Ibu Terbaik Bangsa, lapangkan hati dan besarkan jiwa. Angkatlah kedua telapak tangan kalian yang suci, bermohonlah pada Tuhan Rabbul Jalil.5. Ya Allah Rabbul Jalil, Kau jadikanlah tiap titis keringat Ibu Terbaik Bangsa ini, laksana titis embun yang membasahi pohon syurga-Mu.6. Ya Allah Ya Rahman, jangan sesekali Kau palingkan redha dan rahmat-Mu, seperti mana Ibu Terbaik Bangsa ini tidak berpaling dari perjuangan mempertahankan agama-Mu. Ikatlah hati-hati mereka, sekuat ikat janji mereka membela bangsa.7. Ya Allah Ya Quddus, Kau terangkanlah setiap jalan-jalan yang gelap, Kau perluaskanlah setiap ruang yang himpit dan tersepit, dengan Nur agama-Mu.8. Kau sucikanlah jalan Ibu Terbaik Bangsa ini dari dengki dan iri hati, limpahkanlah barakah laksana hujan membasahi bumi.9. Ya Allah Ya Muhaimin, Kami hidup kerana-Mu, kami berjuang kerana-Mu dan kami mati kerana-Mu. Teguhkanlah barisan serikandi Ibu Terbaik Bangsa ini dengan kebijaksanaan para rasul, kefasihan para nabi, dan kefahaman para sahabat.10. Ya Allah Ya Mutakabbir, Tuhan Maha Megah, Kau bukakanlah gerbang rahmat-Mu seluas-luasnya, untuk menerima kembali serikandi- serikandi bangsa kami yang mulia.11. Kau lapangkanlah kubur Allahyarham pejuang-pejuang kami, khususnya Allahyarhamah Puan Hapsah Khalid, Tan Sri Noriah Kasnon, Puan Aminah Manaf, Puan Norahan Abu Bakar, Puan Ramlah Ismail, Dato’ Wira Maznah Hamid serta serikandi bangsa yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami.12. Bariskanlah roh-roh mereka yang mulia ini, sebaris roh para mujahid yang syahid kerana jihad di atas nama-Mu.13. Ya Allah Tuhan pemilik segala kebesaran, bersaksikan keagungan kerajaan-Mu, kami pulangkan Ibu Terbaik Bangsa ini.14. Al Fatihah.15. Yang Berbahagia Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Napsiah Omar,16. Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Hajah Saripah Aminah Syed Mohamed,17. Yang Berhormat Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun,18. Yang Berhormat wakil Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Dato’ Razali Ibrahim, Dato’ Sri Irmohizam Haji Ibrahim dan Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki.19. Barisan Pegawai-Pegawai, Ahli-ahli EXCO Pergerakan Wanita UMNO Malaysia,20. Para perwakilan yang saya kasihi sekalian,21. Dif-dif jemputan, tetamu-tetamu khas, pejuang-pejuang Ibu Terbaik Bangsa, para pemerhati sama ada di dalam atau di luar dewan ini,22. Tuan-tuan dan puan-puan, wakil-wakil media, serta semua yang saya hormati sekalian.PEMBUKA BICARA23. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. ahli keluarga dan para sahabat baginda.24. Saya bagi pihak barisan kepimpinan tertinggi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kehadiran 973 (sembilan ratus tujuh puluh tiga) perwakilan Wanita dari 191 (seratus sembilan puluh satu) bahagian seluruh Negara, yang mewakili 20,370 (dua puluh satu ribu tiga ratus tujuh puluh) cawangan Wanita UMNO ke perhimpunan ini dengan membawa suara dari peringkat akar umbi.25. Saya ingin mengajak puan-puan untuk kita manfaatkan Perhimpunan Agung ini sebagai wadah perbahasan, tentang hendaknya rakyat, mahunya mereka apa yang kekurangan. Kita kumpul kekuatan jadi ledakan, kita perbaik kelemahan jadi keampuhan.Puan-puan sidang perwakilan sekalian,26. Sepenggal kita bersama, bersaksi ikrar percaya, Wanita UMNO terus membenteng parti.27. Laksana panglima di medan perang, walau beribu tentera di belakang, andai tunjangnya lemah belulang, pasti pasukan akan kecundang. Andai panglima gagah berani, arif menelah sifir musuh, tangkas mencatur langkah dan tingkah, pasti maranya tak akan patah.28. Begitulah Presiden parti kita, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Jiwanya kental membelah ombak cabaran, tidak goyah dilanda taufan fitnah yang tidak berkesudahan.29. Dengarkanlah YAB Dato’ Sri Presiden, setia Wanita tidak bertepi, percaya Wanita tidak ternafi, sokongan Wanita tidak akan terhenti. Teruskanlah memimpin kami, kibarkanlah panji aspirasi, pandulah transformasi yang telah dijanji.30. Kepada YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Naib Presiden UMNO serta saf kepimpinan UMNO, tekad Wanita terus teguh menyokong, memastikan barisan yang diluruskan lebih 70 tahun lamanya ini, terus tenang dan padu, memecah lontaran-lontaran hasutan, yang mencemburui ikatan kekuatan parti ini.31. Saya juga ingin memetik kenyataan Dato’ Sri Hishammuddin yang menekankan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, pada pemilihan parti akan datang, tiada ditandingi, demi perpaduan dan muafakat, serta kestabilan parti. Wanita sokong pendirian dan cadangan YB Dato’ Sri Hishammuddin yang penuh hikmah dan bijaksana.32. Kepada kepimpinan parti, Wanita mohon, teruslah menyokong pergerakan kami, dalam menjayakan apa jua perancangan, dan gerak kerja yang dijalankan, agar manfaatnya terus diterima rakyat dan Negara.Terima kasih daun keladi,Jasamu Tuan lekat di hati,Eh nanti, belum habis lagi,30 peratus jangan hanya di jari!JALINAN RAKYAT PLUS (JR PLUS): JENTERA BERSEPADU PILIHANRAYASidang perwakilan yang budiman,33. Ucapan terima kasih kepada YAB Presiden, bilamana bergemuruh Dewan Merdeka tahun lalu dengan standing ovation untuk kita semua.34. Sesungguhnya, tulang belakang parti ini rasa amat dihargai dan dihormati. Semangat membara itu kami bawa untuk semua Jalinan Rakyat di seluruh pelusuk negara.35. Pada April tahun ini pula, Wanita diiktiraf lagi. Kita diberi amanah meneraju pasukan yang lebih besar untuk Pilihanraya Umum ke-14 nanti. Jalinan Rakyat Plus atau JRPlus adalah rejimen jentera bersepadu pilihanraya, yang direalitikan oleh YAB Presiden parti.36. Ini membawa petanda bahawa, banyaknya kita bukan umpama buih di lautan, sebaliknya bergabung menjadi sebuah gelombang yang menggunung, mengharung badai fitnah dan tohmah, demi Negara yang tertegak gagah. 37. Harapan disandarkan kepada kita Wanita, Ibu Terbaik Bangsa ini untuk mengemudi JRPlus akan kita pikul dengan penuh kesungguhan.38. Wanita berikrar, untuk PRU-14 nanti, bersama anak-anak Pemuda Puteri, ganding sama parti komponen Barisan Nasional, dan bergabung dengan mereka yang berkongsi aspirasi YAB Perdana Menteri, kami akan jadi pencari undi, penentu undi, perayu undi, pengekal undi, hatta pemecah undi di mana yang perlu.39. Bak kata Abraham Lincoln, “a house divided by itself cannot stand”. Insyaallah, selagi kita berdiri atas nawaitu yang satu, demi agama, bangsa dan Negara, UMNO terus kukuh mengemudi pertiwi.ROH IBU TERBAIK BANGSASidang perwakilan yang dikasihi sekalian,40. Sedari awal permulaan zaman
05 Dec 17
50
Empty Image
PAU 2017 : Wanita Teguh Sebagai Tulang Belakang Parti
Pergerakan Wanita UMNO akan terus kekal dengan penuh iltizam untuk membantu kepimpinan Presiden parti untuk membawa UMNO lebih jauh ke hadapan.Wakil Pergerakan Wanita UMNO Negeri Terengganu, Zurina Abdul Rahman,berkata sebagai tulang belakang sayap parti, wanita pastinya akan menyokong sepenuhnya kepimpinan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bagi membawa perubahan dan transformasi politik dalam parti keramat UMNO ini."Biar sehebat mana badai meredah, kita pantang menyerah dan kami Wanita UMNO bersiap sedia menerima arahan untuk mara mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional kerana kemenangan menjadi cita-cita utama kami."Bumi ini kitalah yang melakarnya, kitalah yang membentuknya, kitalah yang membina dan membangunkannya. Ayuh kita sepakat, kita bertekad untuk mempertahankan bumi ini kerana di sinilah kita bermula dan di sini jugalah kita akan tetap mempertahankannya," katanya ketika mencadang usul politik pada Perhimpunan Agung UMNO 2017, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur,  hari ini.Zurina berkata, jentera parti seramai 454,776 orang Jalinan Rakyat (JR & JR Plus) yang ditunjangi oleh wanita sebagai tulang belakang parti dan negara dilancarkan oleh presiden parti akan bersiapsiaga untuk ke medan perang bagi menawan hati pengundi sekali gus memastikan UMNO terus dominan di kalangan masyarakat Melayu."Terbukti kita punyai jentera wanita mantap, berdisiplin, mempunyai ilmu dan kepakaran, siap siaga serta berani menghadapi pembangkang atau sesiapa jua yang cuba memusnahkan kestabilan negara, keharmonian rakyat dan kerajaan BN yang dipilih secara demokratik,"katanya.Seramai 5,739 anggota perwakilan UMNO berkampung bagi mengikuti perhimpunan yang bermula semalam (5 Disember) hingga Sabtu ini (9 Disember).Daripada jumlah itu, seramai 2,978 perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO menyertai persidangan itu kali ini.
05 Dec 17
264
Empty Image
PAU 2017 : Tanam Mentaliti Untuk Menang- Ahmad Zahid
Sebahagian perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2017 . Foto Mastura Jamaldin“UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus memiliki `winning mentality' atau mentaliti untuk menang. Ia bukan hanya  sekadar konsep dan falsafah tetapi memerlukan semangat, keyakinan dan tindakan,” kata Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Sayap UMNO di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur, malam tadi.Menurutnya, di peringkat serantau dan global, UMNO adalah parti politik yang masih kekal memerintah dan tidak pernah tewas dalam pilihan raya sejak 1955. "Kita bukan riak, jauh sekali mahu bersikap takabur. Ini adalah fakta yang sama sekali tidak boleh disangkal. "Kita tidak akan berpaling atau berundur walau setapak pun..UMNO tidak boleh kalah, BN tidak boleh tewas dan paling penting kita tidak akan membiarkan Putrajaya beralih tangan! Putrajaya akan terus menjadi milik kita. Milik UMNO dan Barisan Nasional,"katanya.Seramai 2,978 perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2017 kali ini.Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan betapa pentingnya gerak kerja di semua tiga sayap melaksanakan tanggungjawab itu secara holistik dalam misi mencapai kemenangan besar atau simboliknya 2314 (sasaran dua pertiga majoriti pada PRU14).Katanya, UMNO mempunyai penyokong tegar sejak dahulu hingga sekarang dan perlu memastikan supaya 100 peratus ahli UMNO mengundi dan memihak kepada BN pada PRU14."Kita tidak mahu ada yang masih mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga ke saat akhir. Pastikan undi mereka masuk ke kantung BN! Begitu juga ahli-ahli parti dalam komponen BN, pastikan mereka meletakkan kertas undi memilih BN sepanjang masa."Kita perlu menang besar. Kita mesti utamakan parti. Justeru, ketepikan soal berkecil hati merajuk dan sabotaj parti kerana ia hanya akan melumpuhkan gerak kerja kita,"ujar Ahmad Zahid.
05 Dec 17
33
Empty Image
Selamat bersidang, Perhimpunan Agung UMNO ke- 71- Ahmad Razif
Saya turut sama mengalu-alukan Perhimpunan Agung UMNO  ke- 71 dan mengucapkan selamat datang kepada semua perwakilan dan pemerhati dari segenap ceruk dan rantau.  UMNO berakar umbi sejak tempoh masa yang begitu panjang sejarah, jasa dan kecemerlangannya kepada rakyat di negara ini.UMNO melalui kerajaan Barisan Nasional telah memperkenalkan banyak projek berfaedah untuk rakyat dan program yang membantu peningkatan taraf hidup rakyat dalam tempoh kini dan sebelumnya.Program untuk kepentingan rakyat dijalankan secara konsisten bukan hanya kerana Pilihan Raya Umum semata-mata, tetapi kerana itulah perjuangan UMNO dan BN dari dulu hingga sekarang, tradisi membela rakyat.UMNO dan BN telah berusaha keras untuk memenuhi keperluan rakyat dan adalah diyakini rakyat menilai itu semua. Kewujudan UMNO dan BN adalah sentiasa untuk mengambil cakna (prihatin) kepada rakyat dari segenap lapisan dan peringkat dalam semua jurusan atau bidang.Dari rakyat kita datang, kepada rakyat kita kembalikan untuk mandat seterusnya.  UMNO dilahirkan dari akar umbi. Oleh itu, melalui sistem demokrasi atau pilihan raya,  sudah semestilah UMNO/BN akan mengembalikannya kepada rakyat untuk membuat ketentuan kembali yakni mandat untuk kembali menerajui kerajaan.PRU 14, rakyat sekali-kali tidak menolak UMNO /BN, itu keyakinan kita, itu perjuangan dan usaha kita- Kemenangan jadikan fokus kita setiap masa. Inilah antara hidup dan mati kedudukan agama, bangsa kita -Melayu dan Islam yang menaungi semua bangsa bangsa dan agama lain di negara ini.Keduanya kita mempunyai sokongan yang sangat kuat di akar umbi khususnya yang berpusat di luar bandar yang masih memerlukan khidmat dan usaha BN membantu kehidupan mereka. Ketiga, pimpinan sentiasa dalam keadaan setia dan patuh kepada perjuangan. Ini adalah perkara pokok yang penting untuk menyelesaikan apa apa masalah jika wujud.Terdapat beberapa isu yang perlu ditangani dengan cepat dan bersungguh-sungguh, jangan bocorkan ‘ kapal’ kita ini, jika ada sedikit bocor tampal dan baikilah agar tidak dimasuki air. Itulah kesetiaan dan kejujuran perjuangan bersama kita.Mari kita sentiasa bergerak ke hadapan (moving forward) dengan pelbagai program dan inisiatif untuk rakyat dengan menghasilkan pelbagai cerita kejayaan yang telah mampu dicapai.Akhirnya penting juga untuk menyatakan realitinya atau faktanya bahawa kerajaan yang dipimpin UMNO/BN ini , diterajui utama oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno dan Pengerusi BN mendengar suara rakyat .Dan begitulah kita di Terengganu memberi tindakan atas apa jua masalah dan hasrat rakyat berasaskan salah satu prinsip  TTB (Transformasi Terengganu Baharu), iaitu inklusif- suara rakyat suara keramat.Marilah kita terus membudayakan kemenangan dan kecemerlangan.Selamat Bersidang.DATO’ SERI HAJI AHMAD RAZIF ABD RAHMANPENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO TERENGGANU MERANGKAP MENTERI BESAR TERENGGANU.4 Disember 2017
03 Dec 17
924
Empty Image
Sokongan Terhadap BN Kian Meningkat
Ahmad Razif sempat bermesra dengan masyarakat setempat sebelum menyempurnakan penyerahan bantuan kepada warga India dalam program di SK Lembah Jabor, Kemaman, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di seluruh Malaysia terutama di Terengganu semakin meningkat dengan mendadak sejak kebelakangan ini.Pengerusi BN Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kesungguhan dan gerakan yang dilakukan oleh parti-parti komponen membuatkan masyarakat lebih faham serta mengetahui perkara yang sebenarnya sedang berlaku dan semakin menerima parti itu."Saya berkeyakinan penuh untuk negeri Terengganu dan Kerajaan Pusat kita akan dapat mengekalkan kuasa serta memastikan majoriti kita akan perolehi dalam pilihanraya akan datang," katanya.Menteri Besar berkata demikian pada Majlis Penyerahan Wang Dana Khas Deepavali di Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor, Kemaman, semalam.Turut hadir, Pengerusi MIC Terengganu, Dr Dayal Krishnan dan Pegawai Daerah Kemaman, Zahari Md Azahar.Dalam majlis tersebut, seramai 140 orang penerima menerima bantuan itu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM52,400 bagi Daerah Kemaman.Manakala 107 orang lagi penerima adalah dari Kuala Terengganu melibatkan peruntukan RM36,600 menjadikan keseluruhan bantuan oleh kerajaan negeri berjumlah RM89,000.Ahmad Razif dalam pada itu juga berkata bahawa pelbagai usaha sedang direncanakan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional di Terengganu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 terutama untuk menarik undi masyarakat India."Kita akan buat (kerjasama) bersama dengan MIC negeri, tapi kita tidak boleh beritahu lagilah."Strategi kita tidak boleh beritahu orang. Itu adalah antara pihak Barisan Nasional yang akan kita gandingkan dengan semua parti-parti komponen," katanya.
13 Nov 17
125
Empty Image
Bawa Politik Bermoral-PM
Musuh kita adalah pembangkang, jangan cemburu sesama sendiri dan jangan menyerang sesama kita walaupun kita tak suka kepadanya dan saya paling tidak suka perkara ini, tegas Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak."Saya Perdana Menteri, saya kena jaga, saya adalah Perdana Menteri untuk Malaysia... saya kena bawa politik bermoral, politik yang ada tata susila, sopan santun dan saya lebih suka kalau nak pukul... pukul dengan sindiran, cuit, tak pukul tegak cara kasar atau 'brutal',orang kata secara biadab."Sebab itu kita jangan ajar rakyat Malaysia politik macam ini...kita ni pemimpin, kita ni orang tua, kena tunjuk teladan yang baik...kalau berbeza pendapat pun tak apa, tak setuju dengan dasar pun tak apa, tetapi jangan sesekali burukkan peribadi orang, ini bukan politik orang Malaysia."Dan ini tak sepatutnya datang daripada bekas seorang pemimpin negara, ini bukan caranya, saya tak mahu anak muda belajar politik seperti ini kerana kita mahu membina sebuah negara yang berjaya," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.Dalam pada itu, Najib memuji Biro IT UMNO Malaysia dalam menjadikan media sosial sebagai gerak kerja bafi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)."Satu usaha yang amat penting kerana PRU14  sangat-sangat dekat dan terbukti bahawa sumber yang paling berpengaruh alaf ini ialah dari media sosial. Kita kalah dalam peperangan media sosial dalam PRU12 dan PRU13... jadi kita harus menang dalam PRU14."Sudah terbukti bahawa berita benar atau tidak boleh tersebar luas ..boleh ditular sekelip mata kalau tidak bertindak cepat. Gunakan media sosial sebagai lidah kita yang akan memberi impak yang cepat dalam penyampaian berita,"katanya lagi.Beliau juga meminta jentera media sosial lebih kreatif berbanding pembangkang bagi menarik pembaca di laman sosial.Konvensyen Media Sosial diadakan untuk memberi penerangan tentang kepentingan,etika media sosial dan gerak kerja yang lebih berkesan kepada setiap penggiat media sosial UMNO bagi menghadapi PRU14.Ia juga merupakan rumusan kepada usaha Biro IT yang telah menyelesaikan gerak kerja utama seperti penubuhan Ahli Jawatankuasa dan whatsapp Biro IT 191 Bahagian,Bengkel Penggerak Maya(BPM),Bengkel Teknikal Maya(BTM) dan Seminar Media Sosia(SMS).
04 Nov 17
58
Empty Image
Tentera Siber UMNO Perlu Pantas Tangani Isu Negatif-Ahmad Zahid
Tentera siber UMNO perlu pantas menangkis sebarang isu negatif untuk menjatuhkan pemimpin atau kerajaan oleh pihak pembangkang khususnya perkara yang menjatuhkan karakter pemimpin, tegas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata,tentera siber UMNO harus bijak mengurus isu yang ditimbulkan dengan segera kerana ianya tidak mustahil boleh merosakkan imej kepimpinan atau kerajaan yang ada."Hari ini kita dapat lihat bagaimana sesebuah persepsi yang tidak diuruskan dengan baik boleh menjatuhkan ramai pemimpin, kerajaan dan parti politik."Sekiranya kita tidak dapat mengatasinya segera dan hanya mendapat jawapan tiga atau empat bulan kemudian, maka berlakulah apa yang bekas Pengerusi Bersama Bersih, Ambiga lakukan terhadap Pas apabila parti itu dituduh menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri dan 1MDB (1Malaysia Development Berhad)," katanya.Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Media Sosial UMNO peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.Tambahnya lagi, tentera siber UMNO merupakan pahlawan barisan hadapan yang sudah dilatih dan bertindak segera untuk menguruskan persepsi negatif."Mahkamah awam lebih berkuasa daripada mahkamah undang-undang pada hari ini. Jika persepsi itu gagal diuruskan dengan baik, kita akan tenggelam," katanya.Menurut Ahmad Zahid, Malaysia merupakan antara negara tertinggi di dunia mempunyai peratusan penduduk yang aktif dalam media sosial, membabitkan 60 peratus daripada populasi penduduk.Konvensyen yang dihadiri lebih 3,800 jentera media sosial daripada 165 bahagian seluruh Malaysia diadakan untuk memberi penerangan mengenai kepentingan, etika media sosial dan gerak kerja yang lebih berkesan kepada setiap penggiat media sosial UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.
03 Nov 17
33
Empty Image
Perjuangan UMNO - Pas Sama, Tegakkan Agama - Ahmad Razif
UMNO sudah lama membuka pintu rundingan untuk bekerjasama dengan Pas. Malah pucuk pimpinan tertinggi negara, Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak juga sudah beberapa kali menawarkannya, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Menurutnya, UMNO sejak sekian lama menghulurkan tangan kepada Pas bagi mengukuhkan hubungan silaturahim di antara sesama Islam."Kita tidak nampak apa perbezaan antara UMNO dengan Pas kerana perjuangan kita sama, iaitu menegakkan agama yang membawa kepada kebaikan. Tiada sebab untuk kita tidak boleh bekerjasama dan soal bekerjasama itu ditentukan oleh peringkat pimpinan tertinggi..Presiden Parti (UMNO)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Turun Padang Menteri Besar Terengganu Ke Daerah Kuala Terengganu, di Stadium Negeri, hari ini.Menteri Besar mengulas demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Lembaga Penasihat Pas, Dato' Mustafa Ali, dalam satu sidang media khas, dua hari lalu yang meminta Pas menyambut cadangan rundingan yang dibuat oleh UMNO demi kepentingan negara ini.Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri amat berbesar hati dengan kesediaan Pas dan tiada masalah untuk menyertai sebarang rundingan dari parti itu."Kita sedia berunding. Malah kita juga sedia bertolak ansur kepada Pas untuk mengadakan sebarang program sepertimana penganjuran Himpunan Fastaqim di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, (30 September) baru-baru ini,"katanya.Dalam laporan sebelum ini juga, Mustafa yang juga bekas pengarah pilihan raya Pas berkata parti itu wajar berunding dan menyambut tangan dihulurkan UMNO dan kenyataan itu juga sebagai merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa sebelum ini.Bagi veteran Pas itu lagi, partinya tidak semestinya masuk Barisan Nasional (BN) selepas berunding tetapi perlu berunding secara rasmi untuk bekerjasama dengan UMNO.
23 Oct 17
74
Empty Image
Jentera Siber Sampaikan Perkara Positif Dibuat Kerajaan - Ahmad Maslan
Peserta-peserta BTM Negeri Terengganu bergambar bersama Dato' Ahmad MaslanBiro Informasi dan Teknologi meminta semua Jentera Siber Barisan Nasional (BN)dan UMNO menyampaikan perkara positif yang dilaksanakan Kerajaan Pusat dan negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.Pengerusi Biro Informasi dan Teknologi UMNO, Dato' Ahmad Maslan berkata, jentera siber dan media sosial UMNO dan BN perlu menyampaikan perkara positif dan cuba memerangi fitnah media sosial yang dibuat oleh pihak pembangkang menggunakan teknologi yang terkini.Jelasnya lagi, ianya sangat perlu kerana kerajaan mempunyai pelbagai perkara yang boleh disebarkan menerusi media sosial, kaedah yang cepat, berkesan dan efektif kerana segala gajet sentiasa di tangan penggunanya."Mereka boleh menularkan segala aktiviti pemimpin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing untuk diketahui oleh anak-anak muda terutama peminat media sosial."Saya juga nak maklum kepada jentera siber (cyber troppers) UMNO supaya tidak menyebarkan fitnah dan mereka juga harus maklum apabila semakin hampir dengan PRU14... jumlah fitnah yang disebarkan itu akan bertambah,"kata Ahmad.Beliau berkata demikian di sidang media di Bengkel Teknikal Maya (BTM)Negeri Terengganu di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, hari ini.Menurut Ahmad yang juga Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri, hanya tinggal empat negeri iaitu Pulau Pinang, Pahang, Wilayah Persekutuan dan Kedah yang akan menyelesaikan BTM sebelum November ini.Sementara itu,beliau turut memaklumkan tentang Tweet yang dilaporkan oleh Malay Mail online dua hari lalu yang menyebut bahawa pengguna Facebook yang menyokong BN dan UMNO mempunyai penyokong dua kali ganda lebih ramai dari penyokong pembangkang."Ini perkara yang menarik kerana ia dibuat oleh pihak ketiga iaitu Poli Tweet yang tidak ada kaitan dengan parti politik dan ia disiarkan oleh Malay Mail yang memberitahu hasil kajian terhadap pengguna facebook bahawa sokongan  terhadap UMNO dan Pakatan Harapan berjumlah 4.4 juta sementara pembangkang pula angkanya separuh daripada itu."Untuk kali pertama kajian seperti ini meletakkan UMNO di hadapan pembangkang dalam perang media sosial..mungkin usaha membuah hasil tapi jangan terlalu selesa dan tak buat kerja nanti lain jadinya,"tegas Ahmad.
12 Oct 17
26
Empty Image
Tidak Pernah, Tidak Akan Sertai Pas
Bekas Ketua Hakim Mahmakah Syariah, Dato' Ismail Yahya Bila pulak. Dini hari tadi saya terbaca beberapa WhatsApp yang saya gi ke Fastaqim. Walhal saya di KL sejak 26 September lagi. Ada program UU dan Syariah hingga 28 September.Pada 28 September itu juga anak kedua saya masuk wad di Sunway Medical Centre, Bandar Sunway, kerana masalah batu karang.Sabtu kelmarin operation membuang hempedunya telah dijalankan. Saya masih di KL menunnggu dia ‘discharge’. Ikut orang tak ada akhlak menfitnah rosak binasa kita. Pembuat fitnah mereka tak takut dosa.Berbohong dah jadi asam garam kehidupan mereka.Tanpa asam garam mereka tidak boleh hidup. Buruk sangka juga tetap di dada mereka.Mereka perlukan itu semua semata-mata nak kan kekuasaan, jelasnya dalam satu kenyataan.Bekas Pengurus Besar Ketengah, Dato' Wan Mat Amin Wan DaudSaya menafikan sama sekali dakwaan bahawa menyertai Pas atau akan menyertai Pas.Peliklah, bagaimana pihak itu boleh menyatakan saya menyertai Pas dan akan muncul dalam program anjuran Pas itu.Saya cukup kesal dan menafikan sekeras-kerasnya fitnah itu.Macam mana saya hendak ke Fastaqim sedangkan saya dan keluarga sedang bercuti di Indonesia iaitu sejak Rabu lalu lagi sudah bertolak ke Indonesia, jelasnya kepada wartawan Teganukita/TIT.Bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Dato' Dr Aziz DeramanSaya menafikan sama sekali khabar itu dan ia suatu fitnah ke atas saya yang tersebar dalam laman sosial bahawa saya akan menyertai Pas.Tidak ada sebab untuk orang ramai mempercayai fitnah kerana ia sengaja ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan niat tidak baik untuk hangatkan program parti itu.Semua khabar angin itu tidak benar. Saya mengutuk sekeras-kerasnya orang yang memulakan viral fitnah besar itu.Ia sangat tidak betul dan kerja ‘orang gila', katanya kepada wartawan Teganukita/TIT.Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Encik Zakaria HussinSaya menafikan sama sekali pembabitan dalam sebarang parti politik Pas.Saya kini hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan peluang untuk beribadat di tempat tinggal kami sekeluarga di Mak Lagam Kemaman dan amat bahagia dengan kehidupan kini selepas bersara pada 25 April 2015 yang lepas.Saya terkejut dengan tular berkenaan yang diterima sendiri melalui aplikasi WhatsApp malam tadi, sehingga ada rakan yang menghubungi saya perihal perkara itu. Pada mulanya saya terkejut, namun dalam dunia teknologi maklumat kini manusia sewenang-wenangnya melontarkan fitnah tanpa batas, saya rasa ianya tidak perlu dilayan.Bagaimana pun saya segera memberi respon balas untuk membela diri saya dalam kumpulan whatsapp malam tadi bahawa saya tidak berhasrat pun menyertai parti politik. Saya lebih tenang melayan cucu-cucu di rumah selain membuat tumpuan kepada amal ibadat harian, katanya kepada wartawan Teganukita/TIT.Demikian respon yang diberikan susulan penularan fitnah menerusi media sosial yang membariskan mereka sebagai antara nama-nama tokoh besar negeri yang bakal menyertai Pas sempena Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus pada 29 dan 30 September lalu.
30 Sep 17
87