Artikel "Politik" Terkini
UMNO Perlu Diyakini Juarai Nasib Rakyat
UMNO perlu menggunakan kaedah komunikasi terbaik bagi meyakinkan rakyat bahawa parti itu yang benar-benar menjuarai nasib rakyat.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kita tidak boleh terlalu memberi tumpuan kepada fakta dan data untuk menyakinkan rakyat bahawa kita berada di jalan yang benar, sedangkan pada masa yang sama pembangkang memainkan emosi untuk meyakinkan rakyat bahawa kita di tempat yang salah."Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa fakta dan data itu penting, tetapi kebanyakan manusia membuat keputusan dan membentuk pemikiran berdasarkan emosi. Otak manusia lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding logik."Justeru itu,tidak hairanlah jika emosi marah,emosi benci, emosi menyampah, emosi meluat,emosi putus harapan, khuatir akan masa hadapan dan emosi jelek...jika emosi sebegini dapat dieksploitasi sepenuhnya untuk menyerang UMNO dan Barisan Nasional, maka rakyat mungkin tidak akan mengundi UMNO dan Barisan Nasional," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu Dan Pelancaran Jalinan Rakyat(JR)& JR Plus Peringkat Hulu Terengganu di Dewan Besar Akademi Binaan Malaysia, Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat; Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato'Jailani Johari; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi Mamat; Naib Ketua UMNO Bahagian, Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Ghazali Taib; Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Johari Abu Bakar dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.Ahmad Razif berkata, pada masa yang sama, di saat yang sangat kritikal bagi UMNO, usaha harus dilipatgandakan untuk turut sama menggunakan faktor emosi dalam meyakinkan rakyat bahawa UMNO benar-benar menjuarai nasib rakyat."Bukan emosi kebencian, kemarahan atau rasa jelik dan penyesalan. Tetapi emosi kasih dan sayang, emosi gembira dengan apa yang ada,emosi syukur bahawa 'molek doh lening'."Emosi yakin akan masa hadapan bersama UMNO dan Barisan Nasional. Emosi sukakepada yang indah, yang cantik dan yang positif.Emosi dihargai, Emosi kebersamaan dan disinilah wanita yang mempunyai daya pujuk boleh berperanan dengan pendekatan yang menyentuh emosi,"kata Ahmad Razif.
04 Aug 17
42
Tamatkan Polemik Asal-Usul Tun M- Annuar
Polemik mengenai asal usul Tun Mahathir perlu ditamatkan dan jentera parti tidak akan terperangkap dengan percubaan untuk memanjangkan isu itu oleh pihak tertentu,tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia,Tan Sri Annuar Musa.Jelasnya,ada usaha yang mahu memanjangkannya dengan cara melemparkan tuduhan yang salah kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM)sedangkan apa diungkapkan oleh TPM itu tenggelam kerana kita cuba polemikkan isu asal-usul."Yang sepatutnya ditekankan ialah TPM menyatakan pejuang parti termasuk Tun M mudah lupa perjuangan, pentingnya kita berjuang untuk orang Melayu termasuk dengan menjaga parti UMNO, jangan khianati parti,jangan bawa perpecahan dan jangan kita ambil musuh menjadi kawan..musuh-musuh yang nyata kepada orang melayu,orang Islam terutamanya DAP."Dan cuma yang disebut secara sepintas lalu, kemungkinan kepada Tun M itu ada elemen asal usul tidak Melayu tetapi hanya bercakap tentang Melayu masa dia berkuasa tapi bila tidak berkuasa, dia tidak lagi bercakap tentangnya..saya melihatnya begitu,"kata Annuar.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2017 di Dewan Komuniti Kuala Berang, malam tadi.Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Johari Abu Bakar;Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Dato' Rozi Mamat;Naib Ketua UMNO Bahagian,Yusof Awang Hitam;Ketua Penerangan UMNO Bahagian,Ghazali Taib;Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Datuk Fatimah Hamat dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Rozita Ismail.Hadir sama,Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang,Dato' Tengku Putera Tengku Awang.Jelasnya lagi,seeloknya jentera parti terleka dengan tindakan musuh-musuh parti yang sengaja mahu kita kita bercakap perkara yang remeh."Kerana kalau pemimpin-pemimpin politik beretorik, rakyat akan jadi mangsa..sepatutnya kita tumpukan perhatian kepada membela rakyat, menyusun agenda-agenda selari dengan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri(PM)."Cukuplah berpolemik tentang individu kerana individu itu tidak penting dan kita jangan tersasar daripada tugas utama kita menjaga rakyat,"katanya lagi.Beliau juga berkata sebagai kerajaan, sebarang teguran atau kritikan terutama dalam media sosial daripada rakyat perlu dilihat dari satu sudut positif."Rakyat yang menulis negatif dalam media sosial, dia tidak akan tinggalkan kita selagi ada dua perkara iaitu jangan berpecah-belah dan terus membela rakyat."Biar rakyat tegur sekarang sebab kalau rakyat asyik bagi pujian kepada kerajaan kemudian secara senyap ketika mengundi, tidak bagi mandat kepada kita..itu lebih bahaya,"kata Annuar lagi.Baginya lagi, jentera UMNO harus mencontohi PM, apabila diserang tidak hilang fokus malah memulihkan ekonomi, menjaga hubungan diplomatik dan meneruskan bantuan kepada rakyat yang memerlukannya.
04 Aug 17
92
Pembangkang Cemburu Kejayaan BN
Tindakan pembangkang melabelkan Malaysia bakal menjadi negara bankrap bukan sahaja berniat jahat malah satu strategi mensabotaj ekonomi negara.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, pemimpin pembangkang termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memperkecilkan kejayaan Barisan Nasional (BN) kerana cemburu dengan perpaduan ahli UMNO.Katanya, pelancaran projek pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa (MRT) oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membuktikan kemampuan negara menghadapi ekonomi semasa. Idris yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata, beliau sendiri yang berpeluang menaiki MRT amat bangga kerana sistem pengakutan itu lebih baik dari negara maju."Penyediaan kemudahan sistem pengakutan ECRL untuk penduduk pantai timur seperti yang dirancang kerajaan satu lagi kejayaan negara," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Besut, hari ini.Idris berkata, pertumbuhan ekonomi negara pada tahap lima peratus pada suku tahun pertama tahun ini membuktikan tindakan kerajaan mengurus negara pada landasan betul.Oleh itu, katanya, ahli UMNO termasuk Puteri jangan mudah termakan hasutan pembangkang termasuk bekas pemimpin UMNO yang kini bersama pakatan pembangkang.
22 Jul 17
47
Puteri UMNO Perlu Tangkis Serangan Pembangkang Di Media Sosial- Jailani
Pergerakan Puteri UMNO perlu bersedia menangkis serangan-serangan parti pembangkang di media sosial dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU14)akan datang.Media Sosial menjadi satu kaedah berkempen yang paling berkesan bagi mempengaruhi undi dalam sesebuah pilihan raya berbanding media cetak atau media elektronik yang lain.Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato'Jailani Johari berkata, PRU12 telah membuktikan bahawa kesan media sosial mempengaruhi pengundi dalam memberi undi mereka.Jelasnya lagi,pihak pembangkang akan menggunakan pelbagai cara dan maklumat palsu sama ada menggunakan media konvensional atau media alternatif untuk memburukkan kerajaan pada hari ini untuk meraih undi dan merealisasikan matlamat mereka untuk menawan Putrajaya."Ini berlarutan kepada PRU13 dan mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia(IYRES) mengesahkan bahawa masyarakat lebih tertumpu kepada maklumat yang diperolehi dalam media sosial."Ini merupakan satu cabaran kepada kita kerana para pengundi sangat terpengaruh dengan maklumat-maklumat dalam media sosial seperti WhatsApp, Facebook,Twitter dan sebagainya tanpa diselidiki terlebih dahulu,"kata Jailani.Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian kepada 600 perwakilan dan permerhati Puteri UMNO daripada 110 cawangan di bahagian Hulu Terengganu yang hadir Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2017 di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Ghazali Taib;Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Fatimah Hamat.Menurut Jailani, sebagai ahli politik yang hebat, individu itu perlu menjadi pendamping setia kepada rakyat, menjadi jambatan penghubung rakyat dengan negara dan bukannya berfikir untuk menjadi calon."Fokuskan kepada persiapan bagi memenangi pilihan raya akan datang kerana pilihan raya ini merupakan ibu segala PRU dan adalah yang paling getir dalam sejarah perjuangan UMNO."Gerakan secara agresif bilik gerakan, memeenangi hati rakyat tanpa mengira usia, tambahkan daftar pengundi dan yang paling penting jiwai isu yang bakal memberi kemenangan kepada Barisan Nasional(BN),"ujarnya lagi.Beliau juga mahukan Puteri UMNO dan sayap-sayap lain termasuk pemuda dan wanita menguatkan barisan, menolak kepentingan diri dan emosi kerana ianya merupakan kerugian kepada parti.
21 Jul 17
138
PRU14 Jadi Keutamaan- Mas Ermieyati
Ahli Pergerakan Puteri UMNO diingatkan supaya jangan berfikir mengenai pemilihan parti sebaliknya harus mengutamakan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) terlebih dahulu.Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pemilihan parti hanya berlaku selepas PRU14 dan tidak bermakna jika menang pemilihan tetapi kalah dalam pilihan raya."Tidak ada maknanya kalau menang pemilihan parti sekiranya kita kalah dalam PRU14 dan hilang kuasa...memang tidak bermakna."Sebab itu saya beri ingatan bahawa sesiapa pun termasuk ahli puteri yang bermimpi mengenai jawatan dalam parti...teringin tidak mengapa tetapi jangan dahulukan kepentingan mengejar jawatan sebagai keutamaan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2017 di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu hari ini.Seramai 600 perwakilan dan permerhati Puteri UMNO daripada 110 cawangan bahagian Hulu Terengganu hadir di majlis tersebut.Turut hadir Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato'Jailani Johari; Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Ghazali Taib dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Fatimah Hamat.Mengulas mengenai calon-calon PRU14, Mas Ermieyati berkata sesiapa pun yang terpilih sama ada orang baru atau lama, berpendidikan atau tidak dan mempunyai pengalaman harus diserahkan kepada Presiden Parti dan pucuk pimpinan untuk menentukannya."Presiden UMNO dah beritahu bahawa ada kaedah metodologi untuk buat pemilihan calon jadi bukan tugas kita untuk mempersoalkan siapa calon dan jangan ada cah keting dalam hal ini,"ujarnya lagi.Beliau juga berkata, walaupun Puteri UMNO mempunyai formula tertentu dalam gerak kerja pilihan raya tetapi yang paling penting dan utama adalah perpaduan dan perpaduan dalam parti."Sebab sejarah dah buktikan bagaimana hebatnya calon dan manifesto tetapi apabila di dalam parti itu berantakan maka tidak akan boleh menang dalam pilihan raya nanti."Saya harap bila berbicara tentang pilihan raya, kita perlu selesaikan masalah dalaman terlebih dahulu bagi memastikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional(BN) termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) yang kalah dapat dirampas kembali,"kata Mas Ermieyati.
21 Jul 17
38
Puas Hati dengan Perkhidmatan Wakil Rakyat Terengganu- Ahmad Razif
Ahmad Razif melayan tetamu Majlis Sambutan Hari Raya UMNO Terengganu, di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim UMNO Terengganu berpuas hati dengan perkhidmatan setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan juga Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen yang ditempatkan untuk menjaga kawasan masing-masing.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BUPNT), Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan mampu mengagihkan peruntukan untuk keperluan sepatutnya khususnya untuk kebajikan masyarakat setempat.Katanya, pelbagai program dilaksanakan sejak dulu lagi untuk rakyat di kawasan masing-masing dan jumlah kehadiran masyarakat setaip kali penganjuran program juga sangat memuaskan. “’Melihat keadaan itu, saya yakin dan menaruh harapan tinggi bahawa UMNO Terengganu tidak ada masalah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekiranya berlaku pada bila-bila masa.“BN sentiasa bersiap sedia menghadapi tentangan sengit PAS dan pendatang baru iaitu Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekiranya turut bertanding dalam pilihan raya akan datang,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menhadiri Majlis Sambutan Hari Raya UMNO Terengganu, di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu, hari iniTurut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir EmbongHadir sama, Setiausaha BUPNT, Dato' Muhammad Pehemi Yusof dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Johari Abu Bakar.Kira-kira 10,000 pengunjung hadir pada majlis yang bermula jam 11 pagi sehingga 2 petang.Pelbagai juadah disajikan, termasuk nasi dagang, nasi minyak, kambing bakar, sate, laksa Terengganu dan beberapa menu istimewa lain.
13 Jul 17
41
Ahli UMNO Kian Bersatu, Sedia Hadapi PRU14
Ahmad Razif memotong kek pada Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, hari ini. Ftoto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailParti Barisan Nasional (BN) dan UMNO negeri ini sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan pada bila-bila masa.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ahli-ahli parti juga sudah bersatu dan tiada apa-apa isu dalaman yang masih berbangkit.“Nampaknya, ahli-ahli BN dan UMNO begitu bersemangat apabila kita lihat program-program raya yang dianjurkan oleh parti pun mendapat sambutan di luar jangkaan kita.“Ini menunjukkan sokongan rakyat kepada kerajaan dan juga parti BN dan UMNO berada pada tahap yang maksimum,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas persediaan menghadapi PRU14 pada Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, hari ini.Ahmad Razif berkata, beliau berkeyakinan penuh bahawa tidak ada lagi isu dalaman parti BN dan UMNO di Terengganu dan seluruh kepimpinan serta ahli UMNO negeri ini juga sudah bersiap-sedia menghadapi PRU14.Sementara itu, beliau berkata persidangan peringkat bahagian di negeri ini akan bermula Ogos ini.“Baru-baru ini sahaja kita telah selesai mengadakan persidangan di peringkat cawangan-cawangan dan amat mengagumkan kerana sebahagian besar lebih daripada 98 peratus cawangan berjaya mengadakan mesyuarat.“Cuma ada beberapa cawangan yang tidak dapat adakan mesyuarat disebabkan sebahagian daripada ahli puteri telah melebihi had umur dan telah pergi kepada wanita dan menyebabkan bilangan sesetengah cawangan itu tidak cukup dan tidak boleh mengadakan mesyuarat,” ujarnya.Katanya, walau bagaimanapun ianya tidak menjadi masalah kepada parti kerana kes itu sangat kecil berbanding semangat yang menakjubkan daripada ahli-ahli cawangan yang menghadiri mesyuarat peringkat cawangan walaupun tiada pemilihan.
11 Jul 17
69
Segerakan Program Retreat Sebagai Persediaan PRU14- Ghazali
Penganjuran Program Retreat Kepimpinan Sayap-Sayap UMNO di Terengganu perlu dipercepatkan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa sahaja.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, kesemua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu mengadakannya secepat mungkin agar kepimpinan lebih bersedia bagi memastikan kemenangan UMNO di Terengganu."Setakat hari ini, daripada 32 DUN di Terengganu, 30 peratus sudah pun selesai mengadakan Retreat Kepimpinan UMNO dan saya berharap bakinya dapat menyelesaikan secepat mungkin."Sebagai Exco Komunikasi dan Multimedia, saya amat berharap ianya selesai segera kerana PRU14 boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.Lagi cepat kita buat,lagi bagus kerana persediaan rapi mampu memberi kemenangan di satu-satu kawasan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Retreat Pergerakan Wanita UMNO, Agensi Transformasi Rakyat serta Kepimpinan Masyarakat DUN Ajil, di Pulau Kapas, Marang, semalam.Seramai 90 peserta menyertai Retreat kali ini bagi memantapkan persediaan untuk menghadapi PRU14 dan menambah majoriti undi di DUN Ajil.Ghazali yang juga ADUN Ajil berkata, penekanan kepada kepentingan media sosial diberi keutamaan kerana jentera perlu mengetahui kekuatan serta peranan Facebook,blog dan twitter untuk menangkis tohmahan dari pembangkang."Kita kena pantas bertindak menggunakan media sosial ini dan pada masa yang sama, peranan media arus perdana juga sangat diperlukan."Ianya penting kerana publisiti melalui media arus perdana ini akan memberikan satu suntikan semangat dan motivasi kepada kepimpinan UMNO untuk melakukan yang terbaik dalam membela kebajikan rakyat di kawasan masing-masing,"katanya.
20 May 17
88
Sasar 300 Ahli UMNO Baru Dalam Tempoh Seminggu
Ahmad Razif selepas Program Jelajah Biro Keahlian Daftar Pemilih UMNO Malaysia Ke Terengganu, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang semalam. Foto oleh Harish Fadzillah KassimLapan Bahagian UMNO di Terengganu diminta terus memberi fokus kepada usaha menambah jumlah ahli bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum akan datang.Setiap bahagian perlu menyasarkan penambahan sekurang-kurangkan 200 hingga 300 ahli dalam tempoh seminggu.Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Malaysia, Dato’ Seri Panglima Abd Azeez Abd Rahim, berkata sehubungan itu, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO diminta tidak hanya menumpukan kepada penganjuran pelbagai program sebaliknya juga memberi keutamaan kepada pendaftaran ahli baharu.Katanya, berdasarkan data yang direkodkan, keahlian UMNO Terengganu mencatatkan bilangan 277,402 ahli membabitkan 1,063 cawangan berakhir April lalu.“Daripada jumlah itu, Kuala Nerus mencatatkan jumlah paling tinggi dengan bilangan keahlian 6,612 orang diikuti Marang (6,166), Kemaman (5,693) Besut (5,630) Setiu (5,246), Hulu Terengganu (5,681) Dungun (4,669) dan Kuala Terengganu pula dengan bilangan 4,553 ahli UMNO.“Melihat angka itu, Terengganu terutama membabitkan daerah Kuala Nerus dikategorikan antara yang cemerlang dan aktif dalam usaha menambah bilangan ahli,”katanya.Beliau berkata demikian pada Program Jelajah Biro Keahlian Daftar Pemilih UMNO Malaysia Ke Terengganu, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang semalam.Hadir merasmikan program itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Azeez berkata, usaha menambah bilangan ahli UMNO perlu dilakukan dengan segera, teratur dan berterusan untuk berhadapan dengan cabaran besar pada PRU akan datang.
17 May 17
133
Kemas Berperanan Elak Insiden 1999 Berulang - Ahmad Razif
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berperanan sebagai jentera yang akan sentiasa membantu dan memperkuatkan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berharap supaya Kemas Negeri yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr Faridah Mat dapat memperkukuhkan fungsinya bagi mengelak berulang tsunami politik pada 1999 (PRU10) apabila BN Terengganu tumbang berikutan ramai yang berpaling tadah dan termakan hasutan pembangkang.“Alhamdullilah dengan kekuatan yang kita bina akhirnya BN dapat menguasai semula pada 2004. Kita juga nampak perkara ini sudah mula menampakkan hasilnya dan perkembangan terbaharu apabila Presiden Pas Dato’Seri Abdul Hadi Awang ketika Majlis Syura Ulama Pas, baru-baru ini membuat keputusan supaya ikatan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan Pas terlerai (berpecah), pada Jumaat lalu.“Jadi ini menunjukkan bahawa Pas kini sudah sedar tentang apa sebenarnya matlamat-matlamat parti yang pernah bersekongkol dengannya sebelum ini terutamanya DAP. Majlis Syura Ulama PAS pada 11 mei lalu sebulat suara mengambil keputusan untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR secara serta-merta,” katanya ketika berucap pada program Karnival Semarak Desa Daerah Kuala Nerus di Kampung Telaga Daing, Kuala Nerus, semalam.Ahmad Razif yang juga Menteri Besar berkata, langkah Pas itu seharusnya menjadi iktibar kepada bekas pemimpin UMNO yang berpaling tadah supaya meneliti semula keputusan mereka untuk tidak sama sekali bersekongkol dengan pihak pembangkang bagi menjatuhkan BN dan UMNO.Beliau juga memuji tindakan pemimpin Pas yang kini dilihat semakin berminat untuk menjalin kerjasama dengan UMNO terutama dalam agenda membangunkan Islam dan Melayu.“Mana pernah kita lihat sebelum ini seorang permimpin utama, Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama dengan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, Exco Negeri, A Latiff Awang dan Dato’Muhammad Pehemi Yusoff hadir (pada majlis) meletakkan tukun di perairan Marang, baru-baru ini. "Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak juga berulang kali mempelawa pihak yang bersama dengan Islam termasuk Pas untuk bersama-sama dengan UMNO melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam di bumi Allah ini...kita nampak ia semakin membuahkan hasil," katanya.
14 May 17
295