lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Empty Image
PAU 2017 : Melayu Dan UMNO Berpisah Tiada
Tidak ada parti lain yang boleh membela nasib orang Melayu kecuali UMNO. Bak kata pepatah orang lama, Melayu dan UMNO berpisah tiada, tegas Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang.Menurutnya, yang penting adalah bagaimana menghayati intipati ucapan dasar Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak secara menyeluruh bermula sejarah penubuhan UMNO, tujuan dan jasa-jasanya kepada orang Melayu."Ini termasuklah harapan YAB PM (Presiden Parti) untuk jangka masa panjang tentang kebergantungan kita kepada UMNO terutama orang melayu."Yang penting, saya lihat bukan sekadar kita menghayati dan mendengar ucapan Presiden Parti untuk membakar semangat kita orang Melayu untuk terjemahkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti agar kemenangan dua per tiga daripada 222 kerusi parlimen milik UMNO dan BN,"katanya.Beliau berkata demikian kepada Teganukita ketika diminta mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2017, pagi tadi.Tambahnya lagi, bagi kerajaan negeri Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, beliau yakin dengan susun atur gerak kerja yang dilakukan akan memberi penambahan kerusi di Dewan Undangan Negeri sebagai hadiah terbaik kepada presiden parti.
07 Dec 17
129
Empty Image
PAU 2017 : UMNO Terengganu Di Landasan Tepat Hadapi PRU14
UMNO negeri kini berada di landasan tepat berdasarkan saranan Presiden Parti supaya seluruh jentera parti berada dalam kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT), Dato' Mohamad Pehemi Yusof berkata, sehingga kini pihaknya bersama kepimpinan  Barisan Nasional Negeri Terengganu merencanakan program-program dan pelbagai usaha sebagai persediaan menjelang PRU14 nanti.Katanya, walaupun tarikh tepat untuk PRU14 belum diketahui namun jentera parti perlu bersiap sedia dan jangan menunggu tarikh keramat malah sebaik sahaja pulang daripada perhimpunan ini, jentera parti perlu menjalankan tugas masing-masing."Program terakhir sebelum PRU14 adalah mengadakan Simulasi  Pilihanraya pada minggu ketiga Januari 2018 yang mana kita akan ambil kira portfolio  baru yang diwujudkan oleh ibu pejabat UMNO Malaysia."Dalam simulasi tersebut, kita juga akan adakan latihan kepada jentera-jentera parti untuk menerima pakai arahan baru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia supaya sebati dengan tugas-tugas mereka,"katanya.Beliau berkata demikian kepada Teganukita ketika diminta mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2017, pagi tadi.Menurut Pehemi sebagai perwakilan, beliau sangat berpuas hati dengan ucapan itu menyentuh secara keseluruhan dalam menyeru dan meminta jentera-jentera parti supaya berada dalam kesiapsiagaan dari sekarang kerana PRU14 akan berlaku pada bila-bila masa sahaja."Pada awal bulan Februari 2018, kita akan adakan 'Himpunan Rakyat Terengganu'  untuk menceritakan kepada rakyat tentang 'Success Story' yang telah dicapai oleh kerajaan negeri dan rakyat Terengganu amnya."Ini juga termasuk memberitahu kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan negeri untuk rakyat,"katanya.
07 Dec 17
110
Empty Image
PAU 2017: UMNO Perlu Menang, Elak Sesal Masa Depan
UMNO perlu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang supaya tidak menyesal pada masa akan datang.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,  ucapan dasar Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 adalah jelas dan menumpukan kepada kesiapsiagaan menghadapi PRU14.Katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, menang atau kalah bukanlah lagi satu pilihan dalam PRU14 akan datang tetapi satu kemastian untuk menang."Dari segi negara dan orang Melayu akan membayar harga yang sangat mahal sekiranya UMNO kalah dalam pilihan raya yang akan datang."Ini kerana kita berhadapan dengan musuh politik kita yang menggunakan apa jua cara melalui perang persepsi yang ditujukan bagi melemahkan pemikiran rakyat terhadap UMNO," katanya kepada pemberita.Beliau ditemui pemberita di PAU 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini.Beliau yang juga ahli Parlimen Kemaman berkata, ucapan oleh presiden parti juga turut mendedahkan tentang kepura-puraan pembangkang yang mudah lupa dengan pakatan mereka di kalangan musuh-musuh politik."Mereka (pembangkang) mudah lupa, mereka berpakat dengan musuh-musuh yang dimaki dahulu dan turut menjilat apa yang mereka ludah dahulu," katanya.Dalam pada itu, Shabery penuh yakin UMNO dan Barisan Nasional akan meraih kemenangan yang lebih besar berbanding pada PRU sebelum ini.
07 Dec 17
54
Empty Image
PAU 2017: Kurangkan Situasi Pergaduhan Sesama Sendiri - Johari
Johari yang ditemui pada PAU 2017 di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah KasimKurangkan situasi pergaduhan sesama sendiri bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional kekal menerajui kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.Itulah antara kata-kata oleh Ketua Pemuda Terengganu, Johari Abu Bakar ketika mengulas ucapan dasar oleh Presiden UMNO, Dato' Seri Ahmad Najib Tun Razak semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017) di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.Johari berkata, ucapan oleh presiden parti tersebut memberi semangat untuk melihat UMNO menang dengan majoriti besar untuk menguasai parlimen selain memastikan Terengganu terus kekal di tangan Barisan Nasional.Katanya, apa yang penting untuk terus kekalkan kemenangan selain merampas kerusi yang tewas adalah solidariti seperti yang ditekan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib (Tun Abdul Razak)."Kita berada di landasan yang betul dimana semangat kali ini adalah semangat perjuangan untuk menentang lawan kita pada hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah parti pembangkang terdiri daripada Bersatu, DAP dan PAN yang mana orang kata banyak bercakap bohong."UMNO ini telah lama mendekati rakyat, dah lama buat cerita kejayaan di mana telah menyediakan kemudahan-kemudahan untuk rakyat bagi memastikan rakyat bersama kita."Kerajaan telah menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur untuk rakyat dan juga bantuan-bantuan kepada nelayan, serta pekebun-pekebun kecil. Ini adalah suara daripada rakyat dan kerajaan telah memenuhi kehendak mereka," katanya.Tambahnya, ucapan tahniah juga kepada kepimpinan tertinggi Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di atas gerak kerja yang telah dan sedang diberikan kepada sayap Pemuda UMNO Negeri Terengganu."Antara gerak kerja yang telah kita laksanakan seperti simulasi pilihan raya serta JR Plus."Terengganu telah bersiap sedia untuk berperang, lawan pembangkang dan kita akan pastikan menang dengan majoriti besar," katanya.
07 Dec 17
43
Empty Image
PAU 2017 : UMNO Terengganu Sedia Hadapi PRU14
Ahmad Razif ketika ditemui di PAU 2017 di PWTC, Kuala Lumpur. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.UMNO Terengganu perlu memastikan bahawa hala tuju, selain perlu membuat persediaan rapi jika mahu menang pada  Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan pada tahun hadapan.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata persediaan rapi itu termasuklah merubah pendekatan kepada politik baharu yang boleh diterima rakyat."Jadi kerana itulah kita sudah tidak ada pilihan lagi. Kena pastikan bahawa persediaan rapi perlu dibuat dan penuh berstrategi. Yang paling utama adalah solidariti dan permuafakatan menyelesaikan segala isu dalaman dan sesama sendiri. "Hari ini kita buat persediaan jentera kita yang terkuat kerana dalam ucapan presiden parti menyatakan bahawa PRU14 ini bukan sebarang pilihan raya," katanya.Beliau ditemui pemberita di PAU 2017 di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.Beliau yang juga Menteri Besar berkata melalui ucapan yang penuh bersemangat oleh presiden UMNO tersebut turut menekankan tentang lima perkara bagi terus mendapat sokongan dari setiap ahli."Pertama adalah berkait solidariti dimana kita mesti mempunyai kekuatan dan permuafakatan. Kedua berkait dengan berada di landasan yang betul. Seterusnya adalah memastikan dari segi penguasaan media."Seterusnya kita kena memantapkan lagi kekuatan kita (UMNO) ini dan akhirnya Insyaallah kita beristiqamah serta berserah pada Allah," katanya.
07 Dec 17
29
Empty Image
PAU 2017 : Najib PM Terbaik
Zainuddin ZainalDato' Sri Mohd Najib (Tun Abdul Razak) adalah antara Perdana Menteri terbaik sejak saya berada dalam parti politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) 60 tahun lalu, kata bekas Naib Pengerusi Veteren UMNO Selangor, Zainuddin Zainal,84.Menurutnya, pendapat dan analisa yang dibuat beliau itu mengambil kira rekod dan sejarah kepimpinan PM yang terdahulu dan tidak menafikan semua personaliti yang pernah mengetuai pentadbiran negara itu ada kelebihan masing-masing yang tidak perlu disangkal."Najib memang antara yang terbaik antara enam PM yang pernah saya bersama dan saya berani menyatakan beliau adalah PM yang bijak, berdedikasi dan tegas dalam mentadbir negara."Saya sempat bersama dengan lima orang PM sebelum sejak zaman Tunku Abdul Rahman...dan saya lihat Najib ni lain dari yang lain sebab itu saya menyokong penuh kepimpinannya,"katanya ketika ditemui Teganukita di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini.Zainuddin yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas Kepada Mantan Menteri Kerja Raya, Dato' Zain Mohammad berkata, senario PAU kali ini juga sangat berbeza kerana merupakan perhimpunan Melayu terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)."Hebat dan terbaik...nampak penyatuan di sini apabila orang Melayu berkumpul tanpa mengira status demi kelangsungan parti keramat UMNO."Ini juga satu petanda yang baik untuk PRU14 nanti kerana saya melihat satu semangat yang berkobar-kobar di kalangan perwakilan dan para pemerhati yang datang....dan saya yakin UMNO dan BN akan terus memerintah dan mempertahankan Putrajaya,"katanya.
06 Dec 17
67
Empty Image
PAU 2017 : Bukti UMNO Parti Tersusun, Ada Peraturan
Perhimpunan Agung UMNO 2017 menjadi bukti bahawa UMNO adalah parti yang mempunyai struktur mantap, organisasi tersusun, ada Perlembagaan dan peraturan serta patuh kepada undang-undang, malah dapat menunjukkan kepada parti-parti lain termasuklah serpihan UMNO, mengenai kaedah melaksanakan mesyuarat agung mengikut perlembagaan parti, yang juga menepati kehendak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), kata Setiausaha Agung UMNO, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Katanya, inilah satu-satunya persidangan yang menghimpunkan bangsa Melayu, dengan asas dan tujuan sebagai sebuah parti politik, yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu, demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.“Perhimpunan Agung UMNO 2017 ini bukan sahaja platform kepada anggota parti di akar umbi untuk mendengar amanat dan amanah daripada para pemimpin tetapi, persidangan ini juga adalah lambang kebersamaan dalam UMNO yang meliputi semua peringkat, dari cawangan, bahagian, negeri hinggalah ke peringkat Majlis Tertinggi UMNO.“Perjuangan UMNO terus dihayati dan bersemarak lantaran kekuatan sokongan dari ahli-ahli parti yang tidak pernah putus terhadap kepimpinan semua peringkat.“Biarpun ada pihak luar yang melemparkan tohmahan, membuat tuduhan, menabur fitnah dan cuba memecahkan perpaduan parti namun, syukur Alhamdulillah, kesatuan setiap anggota UMNO telah mendukung kebersamaan dalam meneruskan perjuangan, bukan sekadar memastikan kesinambungan UMNO terus teguh, tetapi apa yang lebih penting adalah meneruskan penghayatan terhadap asas dan tujuan parti ini ditubuhkan. Dalam apa juga keadaan, perjuangan UMNO adalah untuk agama, bangsa dan negara.”Tengku Adnan yang membacakan laporan UMNO sebelum memulakan persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2017, di Dewan Merdeka turut memaklumkan bahawa jumlah ahli UMNO telah meningkat kepada 3,644,295 orang dengan bilangan cawangan sebanyak 21,851.“Dalam keadaan UMNO diserang dari pelbagai pihak, bukan hanya pembangkang atau bekas pemimpin UMNO sendiri, ternyata keahlian UMNO terus meningkat yang membuktikan bahawa parti ini sentiasa mendapat sokongan.Jelasnya, negeri Sabah mencatat jumlah ahli tertinggi dengan Bahagian Silam mewakili ahli teramai sementara Kampung Batu Putih Darat, Libaran adalah Cawangan yang mencatat jumlah ahli tertinggi.“Walaupun UMNO telah diasak dengan pelbagai tohmahan serta berdepan dengan pelbagai cabaran, namun syukur alhamdulillah kerana parti ini terus menerajui kecemerlangan, bukan sahaja dalam pembangunan dan kemajuan negara tetapi juga mempunyai jalinan hubungan dua hala yang amat baik dengan parti-parti politik serantau dan di peringkat antarabangsa.”Beliau turut melaporkan, UMNO menerima delegasi luar negara seramai 95 orang, mewakili 20 parti melibatkan 16 buah negara. – MediaUMNOSumber : UMNO Online
06 Dec 17
117
Empty Image
PAU 2017 :Lembayung Arjana Bangsa
Bismillahirrahmannirrahim.Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam, Tuhan Yang Maha Esa. Salam dan selawat ke atas Rasulullah SAW, Ahli Keluarga, dan para sahabatnya, serta para tabiin yang telah mendahului kita. “Sesungguhnya Allah SWT menciptakan apa yang dirancang, dan Dia lah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya”. (Surah Al Qasas ayat 68) Sidang perwakilan sekalian.Sesungguhnya, saya lontarkan mafhum terjemahan ayat tersebut sebagai pembuka bicara, kerana kita semua dalam Dewan Merdeka ini, adalah insan terpilih, pemimpin masyarakat akar umbi. Kitalah umara’ penyambung perjuangan menyebarkan “Risalah Nubuwwah”. Kita seharusnya menjadi pemimpin “Qudwah Hasanah”, role model yang boleh memberi teladan terbaik kepada masyarakat. Malam ini, saya berdiri di hadapan bangsa untuk mencanai minda dalam kalangan sidang perwakilan dari Bahagian Padang Besar, Perlis hingga ke Bahagian Kudat di Sabah. Kita berhimpun di rumah agam ini, dari 191 bahagian seluruh negara, membawa niat dan hajat, mendengar debat dan amanat, demi kelangsungan umat sejagat. Persidangan ini adalah himpunan suara bangsa, menyatukan minda dan idea, merentasi kepelbagaian etnik dan budaya. Inilah satu keindahan dan keunikan. Bagai, bila tabuh dipalu, tiupan nafiri dimainkan, yang capik datang bertongkat, yang buta teraba-raba, yang tuli leka bertanya, yang jarak tolak-tolakan, yang rendah bertinjau-tinjau, yang dara duduk bersimpuh, yang teruna duduk bersila. Semuanya atas satu agenda untuk menyambung wasilah perjuangan bangsa. Inilah Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2017. Inilah perhimpunan kita! Sidang perwakilan sekalian.Saya tidak mahu lagi berbicara tentang 7 cabaran politik yang diutarakan dalam persidangan tahun lalu. Malam ini, saya akan bentangkan 7 manifesto bangsa yang akan menjadi satu gagasan besar. Ia juga bekalan pemikiran dan asas tindakan kita dalam menghadapi PRU ke-14. Inilah Inilah manifesto sebelum manifesto. Inilah manifestasi akujanji kita kepada rakyat. Saya percaya 7 manifesto ini yang merangkumi 7 lembayung arjana (kejayaan) bangsa akan menjadi pegangan kita buat selama-lamanya. Agak-agaknya kenapalah saya memilih angka 7 ini ?  Sebenarnya  angka tujuh sering diulang dalam Al-Quran. Allah SWT menciptakan tujuh petala langit, tujuh petala bumi,Dan disempurnakan pada hari ketujuhAda 7 lautan dan ada 7 benua.Penciptaan manusia juga mempunyai tujuh fasa Pensyariatan tujuh pusingan tawaf  danTujuh kali ulang-alik bagi sa’ie  dalam ibadah haji dan umrah Melontar jamrah juga dengan tujuh biji batu Takbir pertama solat sunat hari raya  juga sebanyak tujuh kali.Dengan ketentuan Allah SWT  7 orang presiden  telah memimpin UMNO sejak 7 dekad yang lalu Pastinya, Dato’ Sri Najib sebagai Presiden UMNO ketujuh, cabarannya bukan kecil tetapi besar. Cabarannya amat berbeza dengan presiden terdahulu tambahan pula ketika ini adanya ancaman media sosial. Terima kasih aktivis media sosial prokerajaan Barisan Nasional (BN) yang banyak membantu kita. Biro IT UMNO juga tidak kurang hebatnya sentiasa memberi penjelasan isu semasa, dan menangkis tohmahan pembangkang dan membalas serangan. Pada zamannya juga tercetus suatu revolusi ekonomi dan industri yang dipacu oleh ledakan teknologi digital. Kita kini memasuki Revolusi Industri Keempat, mengubah cara manusia berkomunikasi, berinteraksi dan berdagang. Ia membabitkan kemunculan teknologi baharu seperti robotik, artificial intelligence (kepintaran buatan), teknologi nano, teknologi quantum, bioteknologi, percetakan 3D dan ‘autonomous vehicles’ atau kenderaan serba canggih.Selain itu, semua peranti elektronik sama ada di rumah atau dalam industri telah dilengkapi dengan perisian dan alat pengesan perubahan (sensor) yang membolehkan peranti berkongsi dan bertukar maklumat di antara satu sama lain. Ini terkandung dalam Internet of Things atau IoT. Ia pasti memberi kesan kepada geopolitik, ekonomi, keselamatan, sosial dan pendidikan negara. Hanya sebuah parti politik yang dinamik dan progresif mampu menghadapi gelombang baharu ini. Dasar tidak pernah berubah yang berubah hanyalah pendekatan. Alhamdulillah, Dato’ Sri Presiden yang berlatarbelakang pendidikan ekonomi mampu membawa kita mengharungi Revolusi Industri Keempat ini. Kita semua ahli UMNO memberikan dokongan penuh kepada panglima kita. Sidang perwakilan sekalian.Gerbang PRU 14 kian kita hampiri. Dari hitungan ‘eddah’ politik, tempoh tamat penggal ini akan berakhir pada Jun 2018. Tidak boleh lari dari jeda masa itu, kita akan turun ke gelanggang sederap serentak. Datanglah Januari, datanglah Mac, atau bulan apa pun, kita akan hadapinya. Yang penting, kita harus memiliki “winning mentality” atau mentaliti untuk menang. Ia bukan sekadar konsep, bukan sekadar falsafah tetapi memerlukan semangat, keyakinan dan tindakan. Kita tidak akan berpaling atau berundur walau setapak pun! Obor perjuangan yang kita bawa bersama persis kisah Tariq Ibni Ziyad yang tidak lari dari peperangan akan kita terjemahkan. Namun, berpaling tidak sama sekali!UMNO tidak boleh KALAH! BN tidak boleh TEWAS! Kita tidak akan membiarkan Putrajaya beralih tangan! Putrajaya akan terus menjadi milik kita. Milik UMNO dan Barisan Nasional.LEMBAYUNG KESEJAGATAN POLITIK Sidang perwakilan sekalian.UMNO adalah sebuah parti politik  yang masih bertahan dan relevan sehingga hari ini. Berbanding parti politik lain  UMNO adalah sebuah parti politik, parti keramat paling unggul
05 Dec 17
104
Empty Image
PAU 2017 : ‘Nostalgia Dongeng, Harapan Palsu. Transformasi Sebenar’
UCAPAN DASAR, KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA, KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR“Nostalgia Dongeng, Harapan Palsu, Transformasi Sebenar ”BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.Yang Berbahagia Dato’ Pengerusi TetapYang Berbahagia Saudara Timbalan Pengerusi TetapWakil-wakil Majlis TertinggiYang Berbahagia Saudara Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO MalaysiaAhli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO MalaysiaKetua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO NegeriPara Perwakilan dan Pemerhati1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat kita sekali lagi berkumpul di perhimpunan tahunan terbesar parti keramat orang Melayu. Sesungguhnya ini adalah satu tanggungjawab yang berat bagi kita yang mewakili suara akar umbi dari seluruh pelosok tanah air sebagai pewaris kepada perjuangan yang telah menentang penjajah, memerdekakan negara dan memajukan bangsa.2. Dalam kita berhimpun di dewan serba indah ini, jangan dilupa mereka yang diuji dengan musibah banjir – yang kini di pusat pemindahan, menunggu surutnya air, menadah harapan. Kepada Allah SWT kita berdoa agar semuanya diselamatkan, dipermudahkan urusan dan diberi ketabahan.Para perwakilan sekalian,3. Kita bukanlah yang pertama, bukan juga yang terakhir. Di medan inilah lahirnya sebuah perjuangan yang suci, yang digagas pejuang terdahulu dan ditatang generasi ke generasi, zaman berzaman. Dan untuk tika dan saat ini, perjuangan suci itu tergalas di atas bahu kita semua.4. Apa yang saya maksudkan adalah – kita merupakan penyambung kepada sebuah perjuangan murni – perjuangan untuk menyatukan bangsa. Bukan perjuangan yang disulam kebencian terhadap sesiapa, tetapi satu wadah yang mulia, yang lahir di istana dan bukan di jalan raya – yang memungkinkan penyatuan orang Melayu, yang menzahirkan cita-cita orang Melayu, yang mempertahankan hak dan kedaulatan orang Melayu. Sebuah perjuangan yang dibina atas harapan sebenar untuk mengangkat martabat bangsa, bukan atas benci, bukan atas dendam, semata-mata untuk kuasa.5. Tahun lepas, pada pentas yang sama kita telah melafazkan ikrar persediaan Pemuda kepada pucuk pimpinan parti bagi menghadapi perang besar kita tidak lama lagi. Kita melaungkan slogan perang mewakili lebih 600,000 Tariq Ibn Ziad sebagai hulubalang parti. Namun hari dan purnama berlalu, gendang perang masih belum dipalu. Tapi janganlah ini membuatkan kita alpa dan leka, menyandar dari kedudukan siap siaga. Kerana tiada lagi teka teki sama ada ini perhimpunan agung terakhir parti sebelum PRU ke-14 nanti.6. Maka atas kesedaran itu, biarlah perhimpunan kali ini kita tumpukan kepada satu persoalan sahaja. Rakyat Malaysia kini berada di sebuah persimpangan dilema – kekal atau ubah. Satu pangkah yang bakal menentukan nasib mereka hari ini, dan masa depan anak dan cucu mereka nanti. Lebih daripada pilihan raya-pilihan raya yang lalu, membuat keputusan itu amat sukar kali ini kerana lanskap politik telah banyak berubah. Justeru, ramai yang masih di atas pagar, memerhati dan mencongak-congak, dan hanya akan membuat pilihan di saat akhir nanti.7. Di Pakatan sebelah sana, walaupun tetap caca merba, kini wajahnya berbeza. Partinya sudah berbeza. Pemimpinnya juga bertambah, apabila ada yang berpaling tadah dari sini ke sana. Mereka mempersembahkan nostalgia, gandingan Mahathir dan Anwar – sebuah gabungan lama pemerintah negara namun dijenama sebagai gabungan masa depan. Mereka juga menjaja harapan, dengan belanjawan dan track record di negeri mereka berkuasa, juga kononnya ditunjangi bakat muda yang lebih hebat daripada kita.8. Alhamdulillah, UMNO pula kini kuat semula apabila sudah pulih dari drama pembelotan dan perebutan kuasa. Barisan telah kita kembali rapatkan dan hati telah kita satukan semula. Perjuangan kita tidak menjaja gula-gula namun bertunjangkan kepada transformasi yang digarap untuk Malaysia.9. Maka, persoalan besar yang saya maksudkan itu adalah mengapa rakyat perlu mengundi kita, Barisan Nasional? Mengapa di kotak undi nanti, hanya dacing yang perlu dipangkah, dan bukan yang lain. Bahawa nostalgia dongeng yang dilagukan di sana, bahawa harapan palsu yang digula-gulakan mereka, tiada bandingannya dengan keazaman dan transformasi sebenar yang kita bawa.10. Di perhimpunan agung terakhir sebelum kita turun ke gelanggang ini, marilah kita bangkitkan keyakinan orang ramai bahawa UMNO lah pilihan yang satu, prihatin terhadap rakyat, bijak mengurus negara – bahawa UMNO lah yang terbaik untuk meneraju dan mengemudi Malaysia dalam menghadapi apa jua cabaran melanda.
05 Dec 17
44
Empty Image
PAU 2017 : Mentaliti Negaraku Memperkasa Wanita Ke Arah Kecemerlangan
05 Dec 17
75