Artikel "Politik" Terkini
Wahid Tidak Mahu Bertanding
Mohd Abdul Wahid (kiri) berbual dengan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika persidangan DUN di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) PAS Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut tidak mahu mempertahankan kerusi yang dimenangi sejak 1990 pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Abdul Wahid menyuarakan hasrat tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen pada PRU kepada pucuk pimpinan parti di peringkat negeri sebaik berakhirnya sidang DUN Khamis lalu.Dia yang juga bekas EXCO kerajaan negeri dan diberi tanggungjawab sebagai portfolio Pembangunan Usahawan dan Belia pada 1991 hingga 2004 ketika PAS menerajui kerajaan, akan menyatakan hasrat itu kepada Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang."Walaupun tidak bertanding, tetapi sokongan kepada parti akan diteruskan dan akan membantu calon yang diketengahkan parti untuk bertanding bagi mempertahankan kubu kuat PAS di DUN Wakaf Mempelam."Saya juga sudah mengenal pasti calon mewakili parti untuk bertanding bagi mempertahankan kerusi DUN Wakaf Mempelam dan akan menyerahkan nama kepada pucuk pimpinan tertinggi PAS," katanya ketika dihubungi, semalam.Mohd Abdul Wahid yang dilahirkan pada 29 September 1957, di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu antara wakil rakyat PAS paling lama dan pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu selepas memenangi kerusi pada pilihan raya kecil pada 2009."Walaupun tidak bertanding, tetapi saya berjanji akan terus bersama PAS dan tidak akan lari untuk meneruskan perjuangan menegakkan agama, bangsa serta tanah air," katanya.Dalam perkembangan lain, pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri yang juga ADUN Bandar, Azan Ismail, tetap untuk bertanding bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU lalu."Sebagai pengerusi dan wakil tunggal PKR di DUN Bandar, saya tidak akan mengundur diri untuk bertanding mempertahankan kerusi walaupun saya dimaklumkan akan berlaku pertandingan tiga penjuru iaitu PKR, PAS dan Barisan Nasional (BN)," katanya.Sumber : BH Online
19 Dec 17
80
Bajet 2018 : Adun Batu Burok `Bermimpi'
Syed Azman (kanan) bersama Dato' Seri Ahmad Said ketika persidangan DUN di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi seakan sedang bermimpi apabila membangkitkan beberapa isu lapuk termasuk bertindak membandingkan golongan petani dan nelayan yang perlu membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan kadar yang sama sebagaimana ahli korporat yang kaya-raya. Syed Azman ketika membahaskan Bajet 2018 di Sidang Dewan, pada hari ini menyifatkan GST sebagai regrasif kepada rakyat dan juga golongan miskin meminta supaya kerajaan menilai dan menghapuskan cukai itu, kemudiannya ditempelak oleh Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih) berikutan kenyataan perbandingan Syed Azman itu tidak berasas sama sekali.Dato' Tengku Putera Tengku Awang (BN-Kuala Berang) yang teruja dengan perumpaan Syed Azman membidas mengenai perbandingan antara orang di hujung pantai dan ahli korporat, tidak relevan kerana golongan hujung pantai (nelayan) akan mendapat pulangan menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia dan juga pelbagai bantuan oleh kerajaan kepada golongan kurang berkemampuan.Isu e-book sudah selesaiSyed Azman turut menimbulkan semula mengenai isu projek e-Book, dengan mendakwa projek yang dihentikan tahun lepas merekodkan ratusan lebihan komputer riba yang tidak terpakai masih berada di Syarikat Top IT (Industries), di Gong Badak.“Ini dinyatakan di muka surat 60 Laporan Ketua Audit Negara 2016, Semakan Audit mendapati lebihan stok e-Book 700 unit pada kos RM663,600 tidak diagih sebelum perberhentian e-Book kepada pelajar masih tersimpan di stor TIISB,”katanya.Bagaimanapun, ketika A. Latiff Awang (BN-Pengkalan Berangan) mahu menjelaskan jawapan yang tepat dan pernah diberikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri pada persidangan sebelum ini, Tengku Putera bangun memberitahu bahawa setiap kali penggulungan untuk merumus isu itu, Syed Azman sering `hilang’ dan pastinya tidak akan mendapat maklumat tepat berkenaan.“Bila kita jawab (isu dibangkit pembangkang) Batu Buruk tiada, saya gerenti, petang ini saya gerenti (beliau) tiada,” kata Tengku Putera sambil dijawab balas oleh Syed Azman, `InsyaAllah..saya ada’.Isu telaga minyak BertamSyed Azman kemudiannya turut mengulangi bahawa tidak wujud perjanjian secara perundangan antara Petronas dengan Kerajaan Persekutuan, malah beliau juga memberitahu turut menulis surat kepada Pengerusi Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, pada 9 Ogos 2017 lalu memohon penjelasan status perundangan mengenai dua perkara berhubung isu minyak berkenaan.Pertama, mengenai status secara perundangan perjanjian minyak antara Terengganu dengan Kerajaan Persekutuan dan yang kedua, sama ada status kawasan medan minyak di Blok PM307 Bertam berada di kawasan perairan Terengganu ataupun Pahang.Tengku Putera kemudian mencelah mengenai isu minyak berkenaan, bahawa kenyataan Syed Azman mengatakan tiada perjanjian itu tidak benar kerana hakikat sebenar perjanjian masih berjalan tetapi ianya tertakluk kepada syarat dan keadaan tertentu.“Tidak menyatakan perjanjian antara Kerajaan Terengganu dengan Persekutuan terbatal. Ini jelas dan kita masih bawah Prinsip Persekutuan. Fakta itu terlalu jauh dan tidak betul di Dewan Yang Mulia”, kata Tengku Putera.Syed Azman berkata, beliau merujuk laporan Bernama, pada September 2014, Petronas dan Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia bawah Kementerian Kewangan yang diberi mandat menimbang bahawa tiada petroleum didapati atau diperoleh di dalam negeri Pantai Timur, iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu.Speaker DUN meminta Bentara Dewan supaya mengambil petikan (Bernama) itu, untuk membacanya secara terperinci berdasarkan apa yang didakwa oleh ADUN Batu Buruk itu.Bagaimanapun, Syed Azman tetap mempertahankan pendiriannya untuk terus merujuk kepada kenyataan menerusi `media’. Bagaimanapun, Speaker DUN merujuk kepada Peraturan 26 (Dewan) supaya tidak merujuk kepada kenyataan surat khabar, orang persendirian atau badan kewangan sebagai fakta dan bukti kepada isu yang diperbahaskan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman (BN-Seberang Takir) kemudiannya menjelaskan bahawa hasil 85 peratus yang diterima kerajaan negeri daripada Kerajaan Persekutuan adalah daripada petroleum dan tiada isu kerajaan negeri tidak menerima hasil petroleum.“Soal Bertam adalah dalam proses perundingan dan kita sedang menunggu keputusan daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) untuk menentukan bahawa sempadan kawasan Bertam ini adalah milik Terengganu atau Pahang.“Jupem menyatakan bahawa urusan ini akan selesai pada pertengahan atau akhir bulan Januari ini. Maka kerajaan negeri keputsan daripada Jupem. Perkara ini telah pun dijelaskan pada Sidang Dun sebelum ini,” jelas Ahmad Razif.Ringgit Malaysia terus mengukuhSyed Azwan dalam kenyataan terdahulu turut menyentuh isu kejatuhan nilai ringgit Malaysia tanpa mendapat fakta yang sahih dan cuba mengumpan pemerhati di sidang Dun dengan isu -isu nasional.Untuk rekod, ketika persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 berakhir 9 Disember lalu, agensi penarafan Moody’s Investors Service mengesahkan penarafan ke atas penerbit mata wang tempatan dan asing serta bon tidak bercagar pada rating AAA, dengan prospek yang stabil.Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 8 Disember lalu menyatakan, `Moody’s mengesahkan penarafan Malaysia sebagai stabil di bawah kategori A3, membuktikan bahawa ekonomi Malaysia berada di landasan yang betul.Kedudukan ringgit juga menjadi lebih baik selepas PAU2017 dan ringgit dijangka terus mencatatkan aliran mengukuh ke paras bawah RM4 berbanding dolar Amerika. Malah ianya disahkan oleh penganalisis pasaran, bukannya pakar ekonomi di media soasial seperti facebook.Itu yang dijangka oleh pakar menjelang Januari 2018, manakala mereka juga turut meramalkan nilai ringgit menuju RM4 berbanding dolar selepas PAU 2017.Menurut penganalisis, antara penyebab nilai ringgit semakin positif adalah kerana pertumbuhan ekonomi yang kukuh hasil usaha keras Dato’ Sri Mohd Najib.TA Securities Holdings Bhd pula turut mengakui perkara sama. Ia berkata, unjuran ringgit bagi 2018 adalah pada paras RM4.10 berbanding dolar AS daripada RM4.15 sebelum ini.Kenaikan nilai ringgit juga berlaku kerana pengukuhan harga minyak mentah dunia dan jangkaan keputusan Pilihan Raya Umum Ke- 14 yang dijangka memihak kepada Barisan Nasional (BN) , seterusnya menjadikan kedudukan pusat pentadbiran negara, Putrajaya adalah stabil dan kekal kepada BN.The Economist Intelligence Unit pula dalam kajian terbarunya merumuskan BN di bawah kepimpinan Dato’ Seri Mohd Najib akan terus menguasai Putrajaya.Terbaru, Nada Choueiri yang mengetuai pasukan International Monetary Fund, IMF dan berada di Kuala Lumpur pada 28 November hingga 8 Disember lalu juga memberikan pujian terhadap keadaan ekonomi Malaysia. IMF meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar 5.5 peratus hingga 6 peratus pada 2017.Rating Moody’s yang semakin naik, ramalan dari The Economist Intelligence Unit, pujian daripada IMF dan jangkaan kedudukan ringgit yang semakin kukuh ini adalah bukti dan fakta jelas bagaimana kedudukan sebenar ekonomi di negara ini.Selain itu, mengenai GST, pembangkang marahkan kerajaan yang mengambil 6 peratus dari harga barang dan perkhidmatan untuk menampung kos pembinaan, penyediaan dan penyelengaraan infrastruktur, kesihatan, pendidikan sekolah dan keselamatan.Realitinya, tiada siapa memaki hamun peniaga dan pengeluar yang mengambil keuntungan antara 30-50 peratus atas keuntungan barangan yang dijual. Malah, tiada siapa memaki hamun Samsung dan Apple yang menjual telefon bimbit berharga RM 4-5 ribu seunit walau kos pembuatan seunit sekitar RM 1,500 sahaja.(Apple spends $236 to make each iPhone 6s Plus device, which it sells for over three times that value at $749—a 217.4% percent markup. SOURCE: CNBC)Pada masa yang sama, tiada pula yang memaki hamun artis yang mengenakan harga tiket konsert RM888 untuk seorang. Semua golongan ini untung besar, malah jauh sekali memberi faedah besar kepada masyarakat bawahan, tetapi kelompok itu tetap diagung-agungkan.Sebaliknya kerajaan yang membuat pelbagai bantuan untuk rakyat dicaci dan dicerca kerana mengutip GST enam peratus. - http://terengganu.news
12 Dec 17
215
Bajet 2018 : Dewan Jadi Tempat Berbalah - Hilmi
YB Hilmi (dua, dari kanan) bersama ADUN yang lain menikmati jamuan tengahari sebaik selesai sesi soalan di persidangan DUN, di Wisma Darul Iman, tengahari tadi. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailSidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, sedikit tercemar apabila YB Hilmi Harun (PAS -Manir) mengeluarkan dakwaan persidangan sebagai tempat perbalahan.Bagaimanapun, selepas ditegur Yang Dipertua (YDP) DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong, Hilmi mengeluarkan kenyataan itu berdasarkan peraturan mana, beliau kemudiannya menarik balik perkataan `baloh’ dan menukarkan kepada `berbahas’.Mohd Iskandar turut meminta YB Manir itu menarik balik kata-katanya bahawa `Dewan sebagai tempat berbalah’. Susulan itu, Hilmi cuba membetulkan semula perkataan `baloh’ sebagai tempat bincang.Beliau sebelum itu berkata, `tempat ini (DUN) tempat baloh, bukan tempat makan, tempat makan.. baru tenang’.YB Ariffin Deraman (PAS-Alur Limbat) sebelum itu ditegur YDP supaya menjaga adab dan akhlak yang perlu dipatuhi di dalam Dewan berikutan sudah lima kali bangun, manakala Hilmi pula sudah tiga kali bangun untuk mencelah tanpa kebenaran sehingga mengganggu persidangan menjawab soalan pada sesi pagi tadi.Sebelum itu, Ghazali Taib (BN-Ajil) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri berkata 13 masjid dikesan mendirikan solat Jumaat tanpa kebenaran oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sehingga kini.Antaranya, Surau Maahad Tahfiz Waltarbiayah, Tok Jiring; Surau Hijau Kampung (Kg) Padang Lalang Felda Neram 1, Kemaman; Surau Matlail Badrain, Besut; Masjid Lama Tebing Tembah, Paka; Surau Kag Tok saboh, Besut dan lain-lain lagi. Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab soalan Mohd Iskandar Jaafar (BN-Jabi) berhubung berapa jumlah masjid di Terengganu dikesan mendirikan solat Jumaat tanpa kebenaran dan apakah status masjid itu, selain tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa.Menurut Ghazali, pada 22 Februari 2015 berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Hal Ehwal Islam Maidam kali pertama pada 2015, tujuh daripada 13 buah masjid berkenaan diberi kebenaran menunaikan solat Jumaat tertakluk kepada lima syarat.Syarat berkenaan adalah A- pihak mohon memohon perlu mendapat sekurang-kurangnya 80 tandatangan pemastautin, B- tidak menjejaskan aktiviti berjemaah di majid sedia ada, C- pihak majlis perlu mengadakan pertemuan dengan wakil masjid dan surau mengenai syarat yang perlu dipatuhi dan D,- tidak benar mempamerkan lambang dan simbol berkaitan parti politik dan E-Maidam boleh mengawal masjid dan surau itu. Tujuh masjid/surau berkenaan adalah di Besut, iaitu Surau Kg Pak Sik Keruak, Hulu Besut; Surau Kg Tok Dat,Surau Kg Padang Landak, Surau Kg Lahar, Surau Kg Awek, Hulu Besut; Masjid Lama Kg Jabi dan Surau As Salam Kg Gong Gemuntong Jertih. Tambah Ghazali, kerajaan negeri menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan terus memantau dan institusi agama dan rumah ibadat itu tanpa mengira kepartian dan politik demi memastikan kelangsungan kemaslahatan umat Islam di negeri ini.www.terengganu.news
12 Dec 17
320
PAU 2017 : Ucapan Presiden Suntik Semangat Luar Biasa - Ahmad Razif
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT), Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan ucapan penggulungan Presiden UMNO Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 mencipta satu kelainan.Beliau berkata, ianya cukup berbeza dengan ucapan di PAU sebelum ini yang mana pada PAU 2017, memberi satu semangat yang luar biasa kepada semua perwakilan."Mesyuarat Perwakilan Sayap-sayap UMNO di PAU 2017 amat hebat sekali dengan menyentuh dan memberi suntikan besar kepada pejuang UMNO termasuklah ucapan penggulungan daripada YAB Presiden, saya nampak satu kelainan dan semangat yang saya tak pernah lihat sebelum ini."Sebaik sahaja, mereka (perwakilan) ini pulang ke kawasan masing-masing,akan dibawa bersama 'aura' baharu bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan pada awal tahun hadapan berdasarkan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua perwakilan, respon dan reaksi dari perwakilan-perwakilan."Saya nampak tiada masalah dalam UMNO kerana segala permasalahan sebelum ini sudah selesai dan pemilihan kepimpinan (jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan) sudah tidak timbul," katanya ketika diminta mengulas mengenai Ucapan Penggulungan Presiden Parti, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.Ahmad Razif berkata, semua peringkat harus akur dengan lontaran pandangan dan nasihat yang diberikan oleh Presiden Parti dan memberi tumpuan sepenuhnya pada PRU14 yang akan datang pada bila- bila masa."InsyaAllah berbekalkan semangat PAU 2017 yang diberikan kepada semua perwakilan, kami akan pulang dan membuat persiapan yang lebih baik bagi memastikan kemenangan PRU14 berpihak kepada Barisan Nasional,"ujarnya.
09 Dec 17
292
PRU 2017: Wanita Sedia Bertanding PRU14
Wanita UMNO akan mempersiapkan diri sepenuhnya dan sedia menyahut cabaran jika ditawarkan kerusi kepada calon wanita di Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Zurina Abdul Rahman berkata, sudah terbukti lebih 50 peratus pengundi adalah wanita dan survival mana-mana parti politik serta kerajaan akan lebih terjamin apabila pemimpin wanita dengan isu wanita diarus perdanakan.Katanya, ketika ini, Dewan Rakyat mempunyai 14 atau 6.3 peratus Ahli Parlimen Wanita Barisan Nasional (BN) termasuk lapan Wanita UMNO dan enam parti komponen, iaitu hanya 9.3 peratus Wanita UMNO daripada 86 Ahli Parlimen parti itu."Di Dewan Negara, wanita UMNO ada lapan dan wanita parti komponen ada tiga daripada 63 kerusi. Di Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, kita hanya ada 25 wanita UMNO dan lima wanita parti komponen."Maka, jika diberi peluang untuk calon wanita di Terengganu terutamanya kami bukan hanya menyambut baik, malah akan mempersiapkan diri untuk menyahut cabaran ini."Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan," katanya oleh Teganukita pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar berpendapat sudah tiba masanya perubahan dilakukan di Terengganu dengan meletakkan calon wanita yang berkaliber."Kita ada ramai calon wanita yang layak dan boleh diketengahkan untuk PRU14 nanti."Mereka ini merupakan golongan profesional yang terdiri daripada peguam, guru dan ahli korporat yang mempunyai ciri-ciri yang diperlukan seperti formula 'likable' dan 'winnable' yang diumumkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman,"ujarnya.Sementara itu, ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata, PRU14 kali ini memerlukan calon 'likeable' dan 'winnable' tidak kira siapa asalkan boleh memenangkan Barisan Nasional."Ini juga merupakan saranan Perdana Menteri yang mahukan calon pilihan rakyat dan jika calon wanita yang menjadi kegemaran..apa salahnya jika kita letakkan calon wanita di Terengganu pada kali ini,"katanya.
09 Dec 17
131
PAU 2017: Kerajaan Tubuh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara
Tengku ZaihanKerajaan Barisan Nasional bersetuju untuk menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi menangani isu dan mendepani cabaran kenaikan kos sara hidup.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Hamzah Zainuddin berkata, ini penting supaya rakyat tidak terus terbeban dan merungut dengan bebanan kenaikan pelbagai barangan dan perkhidmatan pada masa kini."Presiden Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah bersetuju untuk merealisasikan cadangan yang diberikan Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar ketika sesi perbahasan," katanya pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.Penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara mendapat perhatian oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.Katanya, penubuhan majlis tersebut amat bertepatan dengan suasana ekonomi pada zaman yang penuh mencabar kini."Terima kasih diucapkan kepada presiden parti, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di atas penubuhan majlis tersebut dan tidak lupa kepada jurucakap Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar yang membahaskan usul tersebut."Ini membuktikan kerajaan sentiasa memahami denyut nadi rakyat walaupun dalam situasi ekonomi global yang sangat mencabar dan kita turut terpalit kesannya," katanya kepada Teganukita.Tambahnya, ia sekaligus membuktikan bahawa UMNO merupakan parti pembela rakyat dulu, kini dan selamanya.Tengku Zaihan berkata, walaupun dihujani pelbagai fitnah dan kata cacian oleh pihak pembangkang, namun ianya tidak menggugat parti keramat yang sentiasa istiqamah dalam membantu sekali gus merasai denyut nadi rakyat.
09 Dec 17
31
PAU 2017 : Perang Ini Bapa Segala Pilihan Raya
Perang kali ini yang bergelar bapa segala pilihan raya, kita akan bertempur, berlawan habis-habisan! Allahu Akbar! tegas Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Jelasnya, UMNO akan terus malar dan segar untuk hidup memimpin, bukan sekadar 30 tahun mendatang malah InsyaAllah bagi tempoh seribu tahun lagi."Saya ingin mengajak semua berfikir masak-masa mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini...'is not just another general election'."Lebih mustahak jika kali ini negara tergadai dan terlepas jatuh kepada pihak yang salah dan tidak bertanggungjawab, apa yang bapa terdahulu bina dengan segala susah payah selama ini akan ranap dan musnah,"katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung 2017.Najib berkata, percaturan perjuangan kali ini cukup serius dan tidak ada tawar- menawarnya lagi."Pertamanya, sanggupkah kita membiar agama Islam dan syiar diperlekeh dan diperhina di tanah ini?"Kedua,sanggupkah kita melihat kedudukan isntitusi raka-raja Melayu tidak lagi dimulia manakala institusi kebanggaan Melayu seperti MARA, FELDA serta Tabung Haji akan disisih,"ujarnya.Tambahnya lagi,Perhimpunan Agung dan PRU kali ini bukan hanya demi UMNO tidak juga untuk Barisan Nasional(BN), namun terpikul semua misi yang amat besar bagi menentukan survival yang penting dan destini masa depan umat serta negara.Najib berkata, kita berbicara mengenai arah kompas halatuju atau hak rakyat sebagai pengundi pada setiap pilihanraya, saya tidak mahu lagi kita mengulangi kesilapan dan kelalaian yang berlaku dalam PRU-13."Semua orang tahu UMNO tidak lemah, kita masih menang dan berjaya menambah jumlah 79 kepada 88 kerusi Parlimen, kita menjadi mangsa politik persepsi pembangkang."UMNO bukan parti bersifat rasis, jika tidak bagaimana kita diterima mengepalai parti komponen daripada pelbagai bangsa sejak puluhan tahun dengan penuh berhemah,"kata Najib.Beliau turut berkata,apabila sudah ada calon yang dikenalpasti, janganlah diboikot dan disabotaj tetapi tumpahkanlah taat setia serta sokongan yang tidak berbelah bagi bagi memastikan kemenangan milik UMNO dan BN pada PRU14 nanti.
08 Dec 17
36
PAU 2017: Terengganu Guna Formula 'Likable, Winnable'
Dato' Seri Ahmad Razif dan isteri, To' Puan Seri Halina bersama rombongan sempat meluangkan masa ke Laman Media di PWTC sempena PAU 2017. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Formula 'likable' dan 'winnable' akan diguna pakai oleh UMNO dan Barisan (BN) Nasional Terengganu untuk memastikan isu 'cah keting' dapat diatasi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, isu tersebut adalah perkara biasa berlaku dalam PRU yang lalu, bagaimanapun ianya perlu diatasi untuk kepentingan bersama dan parti.Katanya, dalam mengatasi isu tersebut juga Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu telah mewujudkan satu jawatankuasa baru dinamakan ' Crisis Room'."Kita telah wujudkan satu jawatankuasa yang dinamakan 'Crisis Room' untuk mengurangkan apa sahaja isu yang berkait dengan 'cah keting'."Kita telah kenal pasti di setiap DUN dan parlimen siapa yang akan 'cah keting'. Jadi kita sudah buat persiapan apakah tindakan yang akan di ambil atas permasalahan ini," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam lawatanya ke Laman Media bagi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini.Turut hadir Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Dr Mohd Rozailan Ibrahim @ Mamat dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Dato' Muda Mamat.Dalam lawatan tersebut, Ahmad Razif turut menyampaikan sumbangan kepada media yang bertungkus-lumus membuat liputan sempena PAU 2017 tersebut.Mengulas lanjut mengenai pembangkang di Terengganu, Ahmad Razif berkata pihak UMNO negeri tidak mempunyai masalah kerana telah bersedia untuk menghadapinya.Katanya, dengan penambahan parti-parti serpihan yang baru, ianya sedikit sebanyak memberi lebih keuntungan untuk UMNO."Cuma apabila pertandingan satu lawan satu mungkinlah yang ini akan jadi 50-50 di sebahagian tempat, tetapi apabila berlaku tiga penjuru dan lebih sudah tentu insyaallah ini akan memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional," katanya.
08 Dec 17
122
PAU 2017: UMNO Bukan Kerja Semasa PRU Sahaja
Mohd Sabri AlwiUMNO dan Barisan Nasional tidak hanya turun padang untuk pilihan raya semata-mata, tetapi bekerja untuk rakyat tanpa mengira masa.Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi berkata, pelbagai pendekatan UMNO bersama rakyat telah lama dibuat dan tidak hanya tertumpu pada musim pilihan raya.Katanya, dalam ucapan Presiden Parti juga turut menekankan supaya tidak leka dan mengambil mudah dalam sebarang perkara."Yang paling penting adalah pendekatan kita sebagai pemimpin UMNO untuk turun ke bawah berjumpa dengan para pengundi kita dan cuba menyelesaikan apa sahaja masalah dihadapi oleh pengundi-pengundi ini."Pendekatan ini bukan kita buat pada hari ini dan bukan kerjanya untuk bila sampai musim pilihan raya. Tapi kita bekerja setiap masa untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat," katanya kepada Teganukita.Beliau ditemui pemberita di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.Tambahnya, sebagai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, bantuan perlu disampaikan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik mereka kerana landasan kemanusiaan mengatasi parti.Sabri yang juga Pegawai Pembangunan DUN Ladang berkata, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat, UMNO akan cuba membantu dan memberi servis terbaik kepada sesiapa yang dilanda musibah.Dalam masa yang sama, Sabri berkata politik pada hari ini merupakan politik persepsi terlalu banyak tohmahan dilakukan terutamanya daripada pembangkang kepada UMNO."Namun demikian, Alhamdulillah di Kuala Terengganu kita mempunyai media sosial ataupun 'cyber trooper' yang bergerak sebagaimana diarahkan oleh Presiden Parti untuk menangkis segala tohmahan oleh pembangkang."Dalam masa yang sama juga, Kuala Terengganu mendapat tempat ketiga anugerah media sosial dan cyber di kalangan 191 bahagian," katanya.
08 Dec 17
48
PAU 2017 : Pilihan Tepat Demi Masa Depan
Setiap warga negara perlu membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi demi kepentingan negara dan masa depan generasi akan datang.Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman berkata, pesanan itu dibawa oleh Presiden Parti, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang inginkan bukan sahaja ahli UMNO tetapi rakyat membuat keputusan terbaik pada PRU nanti, dengan menilai rekod Barisan Nasional (BN) sejak merdeka sehingga hari ini."BN telah menunjukkan pencapaian rekod terbaik dan cemerlang dalam pemerintahan negara dan hanya BN yang mampu teruskan agenda bagi memartabat dan manfaat semua bangsa."Oleh itu, rakyat perlu membuat pilihan yang betul kerana hanya BN yang mempunyai hala tuju yang terbaik dalam membawa rakyat Malaysia ke hadapan terutama generasi baharu,"katanya.Bazlan berkata demikian kepada Teganukita ketika diminta mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2017, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. hari ini.Selain itu, beliau juga menekankan penyatuan di kalangan ahli UMNO kerana parti ini merupakan tunjang yang kuat kepada pemerintahan negara."Sebagaimana pesanan Presiden Parti, bersatulah untuk hadapi Pilihan Raya UmumKe-14 yang merupakan 'Bapa kepada segala pilihan raya'."Untuk pastikan Malaysia terus di hadapan, rakyat perlu terus memilih BN untuk kelangsungan pemerintahan yang ada," ujarnya.
07 Dec 17
87