Artikel "Politik" Terkini
Shabery Sangkal Dakwaan Bekas TPM Isu Persempadanan Semula
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyangkal dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa persempadanan semula kawasan pilihanraya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.Menurutnya, persempadanan semula itu bukan hanya dilakukan sekarang malah dilaksanakan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.“Persempadanan semula kawasan pilihanraya itu sangat penting untuk memudahkan pengurusan sesebuah kawasan yang luas dan kepadatan penduduk yang tinggi.Katanya, jika dilihat di sesetengah kawasan yang mempunyai pengundi-pengundi ramai seperti di Kapar, Selangor tanpa persempadanan jumlah pengundinya boleh meningkat sehingga 160,000 orang bagi satu kawasan Parlimen.Shabery berkata, ianya jelas tidak munasabah kerana jumlah yang terlalu besar tidak praktikal untuk sesiapapun bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.“Pada masa ini, Parlimen Kapar mempunyai sejumlah 146,000 orang pengundi yang berdaftar,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Pegawai Seranta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Pemaju Masyarakat Risda di Resort World Kijal (RWK), Kemaman semalam.Menurut Shabery, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat untuk memberi kelebihan untuk Barisan Nasional (BN) dengan menambah majoriti BN di kawasan yang menang tipis pada PRU13.“Hasil lawatannya ke Pulau Ketam, Kapar baru-baru ini beliau diberitahu oleh penduduk di sana bahawa Ahli Parlimen kawasan itu yang disandang pembangkang tidak pernah sampai ke pulau berkenaan,” katanya lagi.
03 Feb 18
81
Sistem Pilihanraya Negara Antara Terbaik Dunia
Dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan berlaku penipuan dalam sistem pilihanraya negara sebelum ini adalah tidak berasas sama sekali.Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, kenyataan Presiden Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu jelas bertujuan untuk mengelirukan rakyat negara ini.“Sistem pilihanraya di negara ini adalah antara yang terbaik di dunia dan sekiranya dikatakan berlaku penipuan dalam sistem plilihanraya ini sudah tentu parti pembangkang tidak dapat memenangi kerusi-kerusi termasuk beberapa negeri yang lain masa ini,” katanya.Katanya, sistem pilihanraya di negara ini membenarkan pemerhati-pemerhati daripada semua parti politik yang bertanding dan itu menjelaskan bahawa ianya adil dan telus.Menurut Shabery, kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sangat mendukacitakan sekali gus bertujuan untuk mengelirukan pemikiran rakyat dengan kenyataan yang tidak berasas.“Setiap daerah mengundi dan parti yang bertanding ada dibenarkan wakil parti masing-masing dan mereka boleh mengemukakan protes jika merasakannya tidak adil,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Pegawai Seranta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Pemaju Masyarakat Risda di Resort World Kijal (RWK), Kemaman, semalam.Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kemaman merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Dato Seri Ahmad Said, Ketua Pegawai Seranta Risda Malaysia Ton Zalani Mat Darus, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi (BPPT) Ibu Pejabat Risda Amran Jaafar dan Pengarah Risda Negeri Terengganu, Esa Rahimin.
03 Feb 18
56
Jejambat Bukit Tumbuh Lancarkan Lalu Lintas
Ahmad Razif ketika merasmikan Majlis Pelepasan Trafik Jejambat Di Bukit Tumbuh, Kuala Nerus, baru-baru ini.Dakwaan pembangkang yang menyatakan pembinaan jejambat Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu yang beroperasi 21 Disember lalu merupakan satu pembaziran adalah tidak benar sama sekali berikutan kini menjadi pilihan utama penduduk setempat untuk berulang alik ke Pusat Bandar Kuala Terengganu.Berbanding sebelum ini, mereka yang tinggal berdekatan kawasan itu terutama Tepoh , Teluk Pasu dan Batu Enam lebih gemar memilih laluan Kampung Jeram, Teluk Pasu dan Losong untuk ke tempat sama.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman berkata, pengguna mengakui pembinaan persimpangan bertingkat sepanjang 350 meter itu adalah bertepatan dengan kehendak rakyat.Katanya, sebelum ini rata-rata pengguna terpaksa berdepan masalah kesesakan lalu lintas hampir sejam untuk berulang alik ke tempat kerja di pusat bandar.Menurutnya lagi, sekiranya berlaku kemalangan jalan raya, keadaan itu bertambah teruk kadang kala sesak hampir dua jam.“Menyedari keadaan itu, kerajaan mengambil pendekatan membina persimpangan membabitkan peruntukan hampir RM25 juta,” katanya.Projek mula dibina sejak November 2015 dan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri itu dibuka kepada pengguna mulai 21 Desember lalu.Sementara itu, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri turut merancang membina laluan bertingkat di Bandaraya Kuala Terengganu bagi mengatasi kesesakan dengan kos dianggarkan bernilai RM500 juta.Katanya, cadangan membina laluan berkenaan sudah dimajukan kepada kerajaan pusat."Laluan bertingkat itu akan dibina bermula dari persimpangan lampu isyarat Batu Buruk ke Jalan Sultan Muhammad dan pembinaannya kelak dapat menyuraikan kesesakan di Jalan Sultan Mahmud yang menjadi jalan utama untuk masuk ke Bandaraya Kuala Terengganu."Selain itu, kerajaan negeri sedang membuat persediaan menaik taraf laluan empat lorong di Jalan di Durian Burung, Teluk Pasu, Batu Enam, Tepoh ke susur Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)," katanya.
30 Jan 18
80
Puteri UMNO Hulu Terengganu Sedia Bertempur Menangkan BN
RozitaJentera gerak gempur pilihan raya UMNO sudah mula bergerak secara berperingkat-peringkat di seluruh negara sebagai persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekali gus memenangkan Barisan Nasional (BN) untuk kekal menerajui negara dan juga negeri.Puteri sebagai sayap kiri parti keramat itu perlu bekerja keras terutama menarik lebih ramai ahli baru terutamanya pengundi kali pertama dan seterusnya memastikan mereka menjadi pengundi yang bijak bagi menjamin kemenangan BN.Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail berkata, bagi ahli Puteri inilah masa terbaik untuk mematangkan diri dalam politik sebelum mereka beranjak kepada Wanita UMNO satu hari nanti serta mampu memikul tanggungjawab tersebut dan sentiasa bersemangat menjayakan perjuangan parti dalam mengangkat martabat bangsa.“Saya yakin program-program politik yang dijalankan oleh Puteri mampu mengenal pasti dan menarik lebih ramai orang muda untuk bersama-sama UMNO dan BN. Perang politik hari ini bukan lagi berbentuk tradisional atau kerahan tenaga tapi sekarang ia lebih kepada perang idea dan pendapat serta bagaimana kita menangani isu-isu yang diutarakan pihak lawan.“Kita mahu hasilkan ahli Puteri UMNO yang berkualiti, bukan setakat ramai dari segi bilangan sahaja.Kita mahu Puteri pada hari ini dikenali sebagai wadah perjuangan orang muda yang terbaik dan melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berkaliber. “Sebagai sayap parti yang mewakili orang muda, sudah pasti kami akan mensasarkan golongan belia dan beliawanis untuk menyokong Barisan Nasional melalui pelaksanaan program yang berbentuk ilmiah dan lain-lain program yang berupaya menarik perhatian golongan ini,” katanya ketika dihubungi Teganukita hari ini.Rozita berkata, dengan lahirnya ahli-ahli Puteri yang mampu berkomunikasi dan bijak mengutarakan pendirian parti, banyak isu yang dimainkan pembangkang akan dapat ditangkis dengan mudah terutama melalui media baru.
30 Jan 18
87
UMNO Terengganu Beri Tumpuan Khusus Empat Parlimen
Ahmad Razif bersama pucuk pimpinan UMNO Dungun dalam Himpunan Semarak Kasih di SMK Bukit Besi, Dungun, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Empat parlimen bakal diberi tumpuan khusus supaya kerusi-kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan tersebut dapat ditawan semula.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata UMNO Terengganu dalam usaha untuk merampas kembali DUN berkenaan. program Gempur Tumpuan Parti bakal dilancarkan dalam masa terdekat.Katanya, program tersebut bakal bermula di Parlimen Kuala Terengganu seterusnya diikuti dengan Parlimen Kuala Nerus, Marang dan Dungun."Kita akan keluarkan semuanya kerana nampak potensi dan peluang untuk kita menang mendapatkan kerusi DUN dan parlimen ini sangat cerah."Kita akan gunakan konsep perpaduan serta bersepadu. Semua jentera kita akan gandingkan selain dengan mendapat bantuan daripada pusat," katanya.Beliau ditemui pemberita Himpunan Semarak Kasih Kepimpinan UMNO DUN Bukit Besi 2018 di Dewan Semerbak, SMK Bukit Besi, Dungun, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Biro Pendidikan UMNO, Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud dan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato' Din Adam.Ahmad Razif yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri berkata, dengan apa yang dilakukan di Bukit Besi, beliau yakin DUN tersebut mampu menang dengan majoriti lebih besar.Tambahnya, dengan kehadiran Tan Sri Dr Ibrahim ke Bukit Besi, ianya secara tidak langsung menunjukkan bahawa mereka mendapat bantuan dari UMNO Malaysia."Dengan kehadiran Biro Pendidikan UMNO, ianya secara tidak langsung juga memastikan bahawa DUN Bukit Besi ini akan mendapat majoriti besar sekaligus memudahkan kita memberi peluang untuk merampas kerusi parlimen," katanya.
27 Jan 18
181
Kemaman Kekal Jadi Kubu UMNO
Ribut dalam cawan yang melanda Kemaman, Terengganu beberapa tahun yang lepas cuba diambil kesempatan oleh beberapa pihak. Mungkin mereka lupa bahawa ribut dalam cawan tersebut telah menjadikan air tersebut semakin mesra dan akrab.Pembangkang dilihat cuba memanaskan keadaan di Kemaman menjelang pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal berlangsung bila-bila masa saja lagi. Semalam, portal pro pembangkang cuba meniup angin kesangsian ke dalam kancah politik Negeri Terengganu yang dilihat semakin mengukuh dan stabil. Mereka membuat berbagai andaian dan tuduhan tidak berasas berkenaan negeri tersebut dengan harapan ianya akan menganggu suhu politik Terengganu.Dalam masa yang sama mereka cuba menutup bagaimana pakatan harapan diketuai DAP telah menghancurkan Selangor dan Pulau Pinang. Kedua-dua negeri tersebut yang pada mulanya merupakan antara negeri termaju di Malaysia bertukar menjadi antara negeri yang menanggung hutang yang tinggi. Selangor dan Pulau Pinang juga kini menjadi negeri yang penuh dengan masalah banjir kilat, rasuah, salah guna kuasa dan lain-lain lagi.Datuk Seri Ahmad Said yang sinonim dengan Kemaman telah menegaskan beberapa bulan yang lalu bahawa beliau mahu melupakan semua sejarah silam dalam kerjaya politiknya dan menyeru semua pihak tidak mengungkit cerita lama.Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu, berkata beliau juga tidak menyimpan dendam kepada sesiapa dan berikrar terus setia dengan UMNO, walaupun mengakui didatangi pelbagai tawaran menarik daripada pembangkang yang mahu memancing sokongannya.Ahmad Said yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal berkata, yang lebih penting sekarang ialah persediaan untuk menghadapi PRU14 yang disifatkan sebagai penentu hidup mati UMNO.Malah Ahmad Said berkata, beliau menghormati rakan seperjuangannya Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan enggan lagi menyebut perkara yang sudah berlaku.Apabila Ahmad Said telah berikrar setia bersama UMNO maka suhu politik Kemaman kini berada dalam keadaan yang sangat stabil. Oleh itu, Kemaman masih lagi kubu kuat UMNO. Namun seperti biasa pembangkang tetap akan menyebarkan khabar-khabar angin yang tidak berasas.-PRU14.TV
21 Jan 18
36
BN Terengganu Jangka Menang Besar
Wan Abdul HakimUMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi mempertahankan dan mengukuhkan lagi kerajaan sedia ada. Ketua Penerangan UMNO negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, BN dijangka akan meraih sekurang-kurangnya 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam daripada lapan kerusi Parlimen berdasarkan senario semasa dan bersandarkan gerak kerja parti selain kaji selidik oleh pelbagai pihak.Pun begitu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih mengingatkan supaya semua ahli parti tidak perlu begitu yakin dan meletakkan mereka dalam zon selesa malah perlu bekerja lebih keras bagi meraih kejayaan itu.“Saya yakin kita berada di landasan yang betul dan hasil daripada kerja kuat oleh semua jentera kita selama ini, dengan permuafakatan yang terjalin, kita sudah bersedia menghadapi pilihan raya,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Taklimat Kesiapsiagaan PRU-14 UMNO Bahagian Kemaman , malam semalam yang disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian, Dato’ Seri Ahmad Said.Menurut Wan Abdul Hakim, dengan kewujudan dua parti baharu yang bakal bertanding, Pas tetap saingan utama UMNO dan BN, bukannya PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dianggap tidak mempunyai pengaruh.Sementara itu, Ahmad dalam ucapannya berharap BN dapat menguasai semula kesemua kerusi di Kemaman dan DUN Cukai yang terlepas kepada Pas pada PRU13 dapat ditawan kembali, sekali gus membantu menyumbang kemenangan lebih besar di peringkat negeri.Beliau mengingatkan biarpun laporan-laporan menunjukkan kemenangan lebih berpihak kepada BN di negeri ini, namun keyakinan itu perlu ada batasnya dengan menjadikan peristiwa 1999 sebagai contoh apabila tampuk pemerintahan jatuh kepada Pas.“Kita pernah kalah hampir semua DUN kecuali Kemasik dalam Parlimen Kemaman pada tahun 1999 sedangkan semua beranggapan Kemaman adalah benteng kekuatan UMNO negeri,” ujarnya.Sumber : Utusan Online
21 Jan 18
93
BN Terengganu Tidak Tergugat
Ahmad Razif yang turut ditemani isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria berkesempatan melawat kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna pada Karnival Jom Sihat di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak tergugat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Pas, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti tersebut bakal kembali merampas Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata semua parti yang bertanding akan mengatakan bahawa mereka akan menang.Namun demikian, itu tidak menjejaskan kepercayaan rakyat Terengganu terhadap BN Terengganu untuk terus menyokong kerajaan sedia ada sekarang."Saya ingin nyatakan disini bahawa kebanyakan rakyat Terengganu hari ini telah menyatakan dengan jelas bahawa 'Terengganu molek doh'."Kalau 'Terengganu molek doh' jadi jelaslah hari ini kenapa kita hendak tukar lagi. Maknanya kita teruskan kerana agenda pembangunan membantu rakyat masih banyak lagi belum dilaksanakan hari ini," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Sihat Anjuran Lions Club Kuala Terengganu dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu, Martin Tok dan Presiden Lions Club of Kuala Terengganu, Kee Wei Loon.Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata, BN Terengganu sudah berada di landasan yang betul dalam menghadapi PRU 14 ini dan tidak boleh membiarkan kesilapan sama pada tahun 1999 berulang kembali."Untuk kita perbetulkan sampai kepada tahap ini adalah bukan perkara yang mudah. Jadi kita haraplah rakyat Terengganu akan mengambil iktibar dengan apa yang pernah berlaku 1999-2004.Jadikan ianya sebagai satu iktibar supaya perkara ini tidak akan berlaku lagi dan beri peluang kepada kerajaan sedia ada untuk meneruskan perjuangan kerana tidak ada lagi kerajaan sebaik BN berbanding parti-parti lain," katanya.
12 Jan 18
61
Orang Terengganu Percaya Tidak Sertai PAS Jadi Kafir?
“Masih ada orang Islam di Terengganu percaya bahawa orang UMNO dan orang lain yang tidak menyertai PAS kafir,” dakwa Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad.Dakwa beliau, itu antara sebab beliau mempersoalkan mengapa masih tiada golongan mufti menolak dakwaan PAS dan `Amanat Hadi’ (ucapan lama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang)Dakwa bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu, jika mufti tidak menolak dakwaan PAS dan `Amanat Hadi’, maka mereka juga akan jadi kafir kerana tidak menyatakan penolakan terhadap amanat itu.“Mufti tidak harus terlibat dalam politik, tetapi apabila agama diperalatkan untuk politik dengan mengelirukan orang Islam, amatlah penting dan menjadi tanggungjawab mufti memberi penjelasan sama ada pendapat orang politik itu benar-benar berasas kepada Islam.“Hakikatnya jika orang bukan PAS temasuk saya dianggap kafir, maka mufti juga boleh dikatakan kafir kerana tidak menyertai PAS. Jika ‘Amanat Hadi’ diterima mufti bekerja dan menjadi pegawai dalam kerajaan kafir, benarkah?” dakwanya.Beliau berkata demikian dalam satu surat yang ditujukan kepada akhbar Utusan Malaysia. Mahathir meminta Utusan Malaysia menyiarkan kandungan suratnya itu dalam akhbar berkenaan.Pemimpin PAS hari ini menyangkal dakwaan Mahathir bahawa `Amanat Hadi’ menyatakan orang UMNO sebagai kafir sebaliknya cuma menjelaskan perkara yang boleh membatalkan syahadah sepanjang perimtahan Mahathir.Ungkapan menghina Islam seperti kalau hukum potong tangan dilaksanakan maka kudung semua tangan orang Islam dan kalau laksana hukuman rejam, maka habis batu di jalanan antara ungkapan yang menjadikan seorang muslim jatuh kufur.
07 Jan 18
120
Puteri Hasrat Lahir Pendebat Sebagai Jurucakap Di Akar Umbi - Mas Ermieyati
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia,Datuk Wira Mas Ermieyati Shamsuddin bergambar bersama-sama jentera-jentera IT Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu selepas melakukan penyerahan lap top.Pergerakan Puteri UMNO Malaysia akan melahirkan lebih ramai pendebat sebagai jurucakap bagi sayap termuda dalam parti di peringkat akar umbi itu, jelas Ketuanya, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.Menurutnya,jurucakap ini akan menjadi kekuatan utama sebagai pendebat yang akan berhujah dengan pihak pembangkang bukan sahaja di media sosial malah secara berhadapan."Ini termasuklah mengadakan program penerangan yang berkala di peringkat bahagian dan saya mahu semua Puteri bahagian mencontohi apa yang dilakukan oleh Pergerakan Puteri Hulu Terengganu yang mencapai tahap tertinggi dalam usaha menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja."JR Plus juga menjadi gerak kerja utama dan Puteri UMNO khususnya perlu memperhalusi gerak kerja dan penyatuan sesama mereka harus lebih erat," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Perjumpaan Jentera Pilihanraya Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, hari ini.Hadir sama, Ketua Puteri UMNO Negeri, Erni Salwani Saidi dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.Mas Ermieyati berkata, gerakan untuk mengenalpasti mana-mana ahlinya yang layak mendaftar sebagai pemilih di seluruh negeri dan bahagian supaya segera membuat pendaftaran dan urusan ini diserahkan kepada Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, DatukZahida Zarik Khan."Saya lihat ada berlaku peningkatan dan di Bahagian Hulu Terengganu telah ada peningkatan daftar pemilih dalam kalangan Puteri sebelum berakhirnya hari ini."Hari ini hari terakhir untuk mendaftar sebagai pemilih dan jumlah tersebut akan diumumkan apabila laporan berkenaan diserahkan kepada saya esok,"ujarnya lagi.Beliau turut menyentuh tentang isu calon wanita muda dalam PRU14 dan berkata setakat ini beliau telah berjumpa dan memaklumkan hal ini kepada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri untuk mencalonkan mereka yang layak."Saya berharap adanya calon wanita muda dari kalangan Puteri tetapi tetap akan akur dengan keputusan peringkat tertinggi terutama Presiden UMNO, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan saya yakin beliau amat memahami aspirasi wanita,"katanya
25 Dec 17
43