lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Empty Image
UMNO Yakin Menang 2/3 Kerusi
Pihak pengurusan UKOM dan Dato' Lokman bersama peserta Program Penerangan Isu Semasa di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Pertembungan beberapa penjuru dalam Pilihan Raya Umum akan datang bakal memberi peluang lebih cerah kepada Barisan Nasional untuk menang majoriti  2/3.Pengarah Komunikasi Strategik, Kementerian Kewangan Malaysia, Dato' Lokman Nor Adam berkata, walaupun  ada usaha untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada oleh DAP pada 2013 namun ia gagal.Katanya, antara  tindakan pembangkang ketika itu adalah mengerahkan pengundi-pengundi kaum Cina dari seluruh dunia balik termasuk dari Norway dan Australia."Tahun 2013 kita ada pertandingan satu lawan satu, tapi untuk 2018 ini ia akan menjadi minimum tiga penjuru. Maksudnya undi yang pembangkang nikmati sebelum ini terpaksa dikongsi bersama-sama dengan PAS sebagai contoh."Perlu diingat banyak kerusi yang DAP menang hari ini kerana ada sokongan daripada PAS. Banyak kerusi yang PKR menang juga kerana ada sokongan dari PAS. PAS juga menang kerana ada sokongan daripada DAP dan PKR. Tetapi hari ini PAS sudah tidak bersama dengan PKR, DAP, PAN dan PPBM," Katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Program Penerangan Isu Semasa Anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Pengarah UKOM, Dato' Muda Mamat.Dalam majlis tersebut, lebih 1,000 peserta terdiri daripada kakitangan awam memenuhi dewan tersebut.Sementara itu, Lokman berkata program penerangan sebegitu amat baik bagi membolehkan kakitangan awam khususnya supaya mereka boleh memberi penjelasan kepada orang awam lain."Kita nak supaya kakitangan awam ini antara orang yang terawal mendapat maklumat betul kerana apabila secara tidak langsung mereka yang hari-hari berhadapan dengan rakyat boleh memberikan penjelasan."Tapi kalau kita tidak memberikan penerangan kepada kakitangan awam kita itu sendiri, ini yang menyebabkan antara sebab kenapa dasar-dasar kerajaan kadang-kadang tidak disambut oleh kakitangan awam itu sendiri," katanya.Menurut Lokman, bermula Januari tahun lalu, sebanyak 296 program penerangan telah dilalukan olehnya termasuk kepada kakitangan awam, anak-anak syarikat kerajaan pusat dan negeri, mahasiswa universiti awam dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta pertubuhan-pertubuhan politik.
20 Feb 18
70
Empty Image
BN Terengganu Nekad Tawan Semua Kerusi Parlimen
Ahmad Razif ketika berucap sebelum merasmikan Majlis Pelancaran Gerak Gempur Tawan 4P Parlimen Kuala Nerus dan Jentera Pilihanraya Serta Majlis Pecah Tanah Bangunan UMNO Kuala Nerus di Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Barisan Nasional (BN) Terengganu nekad merampas kembali empat kerusi parlimen di negeri ini bagi membolehkan kesemua lapan kerusi parlimen menjadi milik mereka.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata buat masa sekarang, empat kerusi sedia ada milik BN bakal dikekalkan manakala empat lagi akan ditawan kembali.Katanya yang juga Pengerusi BN negeri, keyakinan penuh diberikan berdasarkan semangat yang ditunjukkan oleh jentera-jentera BN dan UMNO."Pagi ini kita telah melancarkan Gerak Gempur Tawan 4P yang pertama di kuala Nerus. Malam ini di Marang dan selepas daripada itu di Dungun dan juga Kuala Terengganu."Kita berkeyakinan penuh dengan semangat jentera pilihanraya Barisan Nasional dan UMNO ini. Mereka begitu bersemangat terutama kepada empat parlimen yang kita ingin tawan ini," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Gerak Gempur Tawan 4P Parlimen Kuala Nerus dan Jentera Pilihanraya Serta Majlis Pecah Tanah Bangunan UMNO Kuala Nerus di Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Ketua Puteri UMNO Malaysia, Dato' Mas Ermieyati Samsudin; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus , Khairuddin Abdul Majid.Tambah Ahmad Razif, dengan semangat yang sama ditunjukkan oleh jentera di parlimen Kuala Nerus, beliau yakin mampu merebut kembali tiga kerusi DUN dalam parlimen tersebut."Saya penuh yakin bahawa dalam Pilihanraya Umum 14 ini akan berpihak kepada BN dan kita akan dapat rampas kembali parlimen yang telah kita hilang dan juga tiga dun lagi selain mengekalkan Seberang Takir," katanya.Hampir 10,000 ahli UMNO serta pemimpin setempat hadir memenuhi tapak perasmian bagi memeriahkan majlis tersebut.Dalam majlis yang sama, 5,000 cermin mata percuma diagihkan hasil sumbangan oleh Puteri UMNO Malaysia.
16 Feb 18
106
Empty Image
Taman Ilmu : Tidak Terabai Seperti Yang Difitnah
Projek Taman Ilmu dirancang pada 2004 apabila Kerajaan BN Terengganu kembali memerintah selepas zaman kegelapan pentadbiran Pas selama lima bermula 1999 hingga Mac 2004.Ilham Menteri Besar ketika itu Dato’ Seri Idris Jusoh untuk mewujudkan satu pusat pendidikan utama Negeri Terengganu yang diberi nama sebagai Taman Ilmu akhirnya direalisasikan.Hasrat itu menjadi kenyataan setelah mesyuarat kerajaan  negeri bersetuju untuk membuka tanah seluas 280 hektar di Tembila Besut sebagai Hab Pendidikan Negeri Terengganu dengan jumlah kos keseluruhan RM400 juta.Pembangunan itu adalah dari Rancangan Malaysia Ke-9 yang mana ianya dibangunkan menerusi Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di kawasan seluas 280 hektar dengan kos kira-kira RM300 juta mulai tahun 2007.Rancangan ECER ini adalah satu usaha bersama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memangkin tahap pembangunan kawasan Pantai Timur semenanjung terutamanya di Terengganu.Setiap negeri di Pantai Timur ini  akan muncul dengan tema pembangunannya yang tersendiri dan Negeri Terengganu akan dikenali sebagai gerbang pelancongan dan pendidikan bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.Projek keseluruhan Taman Ilmu yang mana berkomposisikan komponan bangunan termasuk perpustakaan, kolej kediaman, mini stadium, dewan konvensyen, dewan kuliah dan masjid berjaya disiapkan pada 2012.Ketika itu Kerajaan BN Terengganu menyiapkan keseluruhan fasiliti untuk kegunaan para warga Taman Ilmu kini dan akan datang di mana ketika itu keseluruhan 90 peratus siap melibatkan 14 kontraktor tempatan.RANCANGAN DAN PELAKSANAANKini fasa baru Taman Ilmu bermula di bawah Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang terus memandang kehadapan bagi meneruskan agenda pembangunan pendidikan Negeri Terengganu.Tertangguh bukan bermakna projek kepentingan rakyat akan diabaikan dan diberhentikan terus pembinaannya.Terengganu yang dikenali sebagai ‘Negeri Anjung Ilmu’ bakal mencipta sejarah tersendiri di bawah pentadbiran Kerajaan BN Terengganu menerusi Menteri Besar, Ahmad Razif  apabila Taman Ilmu mula diisi dengan beberapa buah universiti.Ketika ini Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menempatkan pelajar mereka seramai 250 orang pelajar lelaki dari Kampus Besut  dan bakal diisi lagi sehingga 500 orang setelah siap dibaikpulih blok asrama yang kedua nanti.Selain UniSZA beberapa Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain menunjukkan minat untuk membuka kampus pengajian di Taman Ilmu termasuk Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).Aswara ditubuhkan pada 1994 dengan nama asal Akademi Seni Kebangsaan akan dijenamakan sebagai Universiti P.Ramlee (UPR) sempena penghargaan kerajaan atas sumbangan seniman agung itu dalam industri hiburan tanah air.Satu perjanjian akan dimeterai oleh Kerajaan BN Terengganu dengan UMK serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada pertengahan Mac ini serta perkembangan itu juga, Terengganu akan memiliki sebuah lagi universiti awam tempatan.Menurut Ahmad Razif sebelum ini, konsep yang digunakan dalam Taman Ilmu adalah sharing facilities bermaksud kerajaan negeri sedia tapak sahaja dan mana-mana IPT ingin membuka kolej mereka atau pejabat, bangunan pusat pembelajaran perlu bina sendiri dan kerajaan negeri hanya sediakan tapak serta keperluan lain seperti hostel, masjid, perpustakaan dan mini stadium.Katanya, semua kelengkapan ini sudah ada cuma perlu buat sedikit pengubahsuaian akhir.‘Taman Ilmu kita akan bangunkan mengikut asas iaitu melibatkan beberapa universiti dan kita akan libatkan IPTA, IPTS yang boleh memberi impak yang baik kepada pembangunan pendidikan Negeri Terengganu.Hari ini dengan slogan ‘Terengganu Molek Doh’ dan ianya berada di landasan yang betul dan terbaik bagi memacu sebuah kerajaan yang cukup cakna akan pendidikan rakyatnya yang mana melahirkan rakyat yang berilmu, beramal dan berbakti suatu hari nanti.SALAH LAPOR DAN FITNAHKenapa dikatakan salah lapor? Pihak yang berkepentingan politik akan melihat dari sudut yang negatif dan cuba menutup kebenaran. Paling teruk, mereka melapor dengan niat jahat agar rakyat Terengganu khasnya keliru tentang apakah perancangan dan pelaksanaan yang sedang berjalan dalam projek yang bakal membawa banyak manfaat kepada rakyat setempat khasnya dan negara amnya.Kenapa tidak laporkan tentang fasa pembinaan yang telah siap dan sudah diguna pakai? Masjid Taman Ilmu sudah sempurna pembinaan dan kegunaannya meliputi solat lima waktu, solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidil Fitri termasuk Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha.Kalau jujur maka laporkan secara keseluruhan apa sebenarnya ‘berlaku’ di Taman Ilmu. UniSZA juga telah menggunakan dua blok bangunan di Taman Ilmu sebagai asrama kediaman pelajar. Kenapa perkara sebegini tidak dilaporkan?Betulkan laporan dan bukannya meneruskan salah lapor hanya bersandarkan ‘pembuktian’ penglihatan mata kasar.Perlu timbulkan persoalan sama ada kepada pihak yang sedang menguruskan Taman Ilmu atau pun sekurangnya bertanyakan diri sendiri. Logikkah ‘spotlight’ tumbang sendiri akibat tidak dijaga selama lebih enam bulan?Menurut beberapa sumber tempatan, keseluruhan bangunan tersebut diberikan kawalan keselamatan yang sempurna sehinggakan berlakunya kecurian dan pencerobahan  yang cukup terancang.Tiang lampu limpah (highmast) tersebut yang tingginya kira-kira 30 meter dan berat dianggar tiga tan ditumbangkan sebanyak empat unit tanpa meninggalkan kesan hentakan yang kuat dipermukaan tanah dan trek balapan di mini stadium. Ianya hanya boleh dilakukan menggunakan jentera berat serta membuktikan bahawa tenaga manusia tidak dapat menumbangkan tiang tersebut.Apakah ianya satu jenayah terancang yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan melakukan jenayah mencuri dan merompak?Melapor biarlah tepat dan betul dan bukannya bermotifkan politik serta sama-sama membantu agar apa yang diusahakan kerajaan menjadi kenyataan.PENCEROBOHAN DAN KESELAMATANKerajaan negeri telah mewartakan kawasan Taman Ilmu itu sebagai kawasan larangan kepada orang awam dan jika ingin memasuki kawasan berkenaan seharusnya mendapat kebenaran daripada pengawal keselamatan.Kesalahan menceroboh kawasan larangan boleh diambil tindakan didakwa mengikut “Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959” dalam erti kata “kawasan larangan” ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 4;.-Terengganu.news
13 Feb 18
2771
Empty Image
Taman Ilmu : Ketua UPU Bandar Jerteh Ceroboh Untuk Memfitnah?
Taman Ilmu yang diilhamkan mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh dengan berkonsepkan ‘Sharing Fasility’ yang kini diteruskan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Ahmad Razif berusaha yang dilakukan oleh rakan kepimpinan terdahulu demi memartabatkan pendidikan Negeri Terengganu demi melihat bangsanya terus maju dan cemerlang.Ketika ini beliau berusaha keras untuk mengembalikan perancangan awal yang telah dibuat kerajaan negeri sebelum ini.Tular di laman sosial aplikasi whatsapp satu video yang menunjukkan kononnya kerajaan BN Terengganu mengabaikan terus Taman Ilmu yang terletak di Tembila, Besut Terengganu.Umum mengetahui projek ini terhenti seketika kerana faktor-faktor yang telah dijelaskan beberapa kali termasuk jawapan di dalam sidang DUN Terengganu yang terbaharu.Sepatutnya wakil rakyat PAS dengan rendah hati menceritakan kedudukan sebenar projek yang bakal menaikkan nama negeri dan juga lokaliti tersebut.Adakah wakil rakyat PAS melihat isu Taman Ilmu ini sebagai senjata utama untuk menyerang kerajaan BN Terengganu walaupun mereka tahu apa perancangan sekarang dan masa hadapan projek berkenaan.Projek Taman Ilmu seperti yang dirancang oleh MB Razif bakal melalui beberapa fasa . Fasa-fasa awal sudah pun berjaya dilaksanakan seperti asrama, masjid dan beberapa fasiliti yang lain.Individu yang dipercayai Ketua UPU Bandar Jerteh dilihat cuba menyebarkan laporan yang tidak benar dan menceroboh kawasan yang diwartakan.Beliau sepatutnya maklum dan lebih cerdik apabila melibatkan ‘ceroboh harta milik orang lain’ tidak perlu ada pengawal keselamatan untuk ditempatkan sebagai syarat pencerobohan boleh berlaku.Ketua UPU Bandar Jerteh sepatutnya memahami apa itu membaik pulih dan apa itu rancangan projek yang terhenti selama ini.Kerajaan BN negeri Terengganu tidak pernah selama ini membuat kenyataan akan membiarkan Taman Ilmu terbengkalai selamanya.Laporlah perkara yang betul, bukan melihat bisul di celah punggung untuk memburukkan keadaan. - Sumber Terengganu TimesPihak yang berkenaan wajar mengambil tindakan terhadap ketua UPU Bandar Jerteh dan juga penceroboh di tapak projek berkenaan.
12 Feb 18
742
Empty Image
Tonjolkanlah Kebaikan, Bukan Fitnah BN
Johari Abu BakarPembangkang perlu menonjolkan kebaikan dan kejayaan di negeri masing-masing, bukannya menarik simpati rakyat dengan menabur fitnah dan tohmahan terhadap Barisan Nasional (BN).Ketua Pemuda BN Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar berkata, sebagaimana kerajaan di negeri ini dan juga peringkat persekutuan umumnya, kerajaan BN lebih suka menonjolkan sisi positif untuk memastikan rakyat terus yakin dan bergerak seiring untuk memastikan kemajuan negara."Kalau pembangkang rasa dia boleh, tunjuklah dengan kerajaan yang ada bukan membuat fitnah berita palsu, bukan dengan isu bersifat peribadi.“Patutnya dia tunjuk apa ‘success story’ yang telah dibuat di negeri pembangkang itu sendiri contoh di Kelantan, di Selangor dan di Pulau Pinang. Kalau dia gagal, maknanya rakyat boleh menilai,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.Menjelang pilihan raya tidak lama lagi, Mohd Johari percaya, pembangkang giat melancarkan perang saraf terhadap BN dan kerajaan bakal diserang dengan pelbagai tohmahan bagi menangkis keyakinan rakyat terhadap parti itu pada PRU14.Keadaan itu seringkali berlaku dan tidak menolak perang saraf boleh berlaku dalam pelbagai bentuk unuk mendapat simpati rakyat, selain mewujudkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan sedia ada.“Kalau kita hendak memerintah, kalau hendak ambil kerajaan, kita tunjuk apa kebaikan-kebaikan yang telah kita buat contohnya di negeri pembangkang itu. Tunjukkan kebaikan baharulah rakyat sokong,” katanya.Beliau bagaimanapun tidak menolak pembangkang gagal untuk menunjukkan cerita kejayaan di negeri masing-masing kepada rakyat.Jelasnya, ketika ini, sebahagian negeri pembangkang sering dilanda masalah, selain pemimpinnya di negeri tertentu berdepan tuduhan rasuah serta masalah politik yang belum selesai berikutan kerjasama longgar antara satu sama lain.“Di Pulau Pinang isu tidak selesai. Jadi ini menyebabkan rakyat tidak suka. Inilah masanya rakyat berfikiran matang untuk memilih kerajaan. Jadi kena pilihlah kerajaan, bukan dengan undi rosak,” katanya. - Sumber Sinar Harian
10 Feb 18
44
Empty Image
Kerajaan Terengganu Cakna Bantu Rakyat
Ahmad Razif sempat beramah mesra dengan penduduk di DUN Bukit Tunggal sebelum merasmikan Majlis Penutup Karnival Sukan Rakyat dan Jamuan Rakyat di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Kerajaan negeri terus berusaha dalam membantu sekaligus menjaga kebajikan rakyat walaupun kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut dimenangi oleh pihak pembangkang sebagai tanda kecaknaan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata walaupun kawasan tersebut telah kalah namun menjadi komitmen dan tanggungjawab kerajaan negeri untuk terus membantu rakyat.Katanya, kerajaan yang ada pada hari ini tidak akan sesekali menganiyai rakyat walau dalam apa jua keadaan."Walaupun tempat yang tak menang pun kita tetap akan jaga dan kita tetap bagi kebajikan."Kita akan memelihara dan memastikan perjuangan kita membantu rakyat akan dilaksanakan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Karnival Sukan Rakyat dan Jamuan Rakyat di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Terengganu, Adli Kesah; Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail dan Pegawai Penyelaras DUN Bukit Tunggal, Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad.Dalam ucapan tersebut juga, Ahmad Razif telah meluluskan beberapa perkara untuk pembangunan di DUN Bukit Tunggal antaranya perumahan.Katanya, pihak kerajaan negeri telah meluluskan pembinaan 300 unit Rumah Mampu Milik (RMM) di kawasan tersebut seperti yang dibina di Pulau Duyung."Cuma sekarang saya nak meminta Tuan Arif untuk cari tanah. Kalau sudah ada, beritahu saya dan kita akan dirikan 300 unit RMM."Selain itu, kerajaan negeri juga bersetuju untuk bagi peruntukan RM1 juta kepada DUN Bukit Tunggal untuk membina rumah dengan nilai RM40,000 namun dijual dengan harga RM20,000."Kerajaan akan bina rumah dengan harga RM40,000 namun pemilik hanya bayar RM20,000 secara bulanan tanpa bunga iaitu RM100 sebulan. Rumah ini dibina kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM2,000 dan ke bawah," katanya.Selain itu, Ahmad Razif turut memberi peruntukan sebanyak RM500,000 untuk baik pulih jalan di DUN tersebut.
10 Feb 18
143
Empty Image
Ahmad Razif Seru NGO Berjihad
Ahmad Razif ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Terengganu Bersama NGO Perantau Lembah Klang di Kuala Lumpur, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyeru kepada semua termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk berjihad melawan fitnah yang semakin berleluasa.Katanya, jihad yang dimaksudkan adalah dengan memesan kepada mereka yang sering melakukan fitnah supaya menghentikannya.Ahmad Razif berkata, selain daripada berpesan, fitnah juga perlu dilawan melalui memberikan fakta yang betul."Kerana itulah saya ingin mengajak semua sekali termasuk NGO-NGO kita untuk berjihad. Jihad sekarang bukan angkat senapang, parang atau pedang tetapi jihad sekarang adalah dengan jari melalui telefon yang ada di tangan kita.  Kita kena jelaskan."Yang penting hari ini kita kena buat perkara yang betul kerana kita sudah berada di atas landasan dan tidak perlu takut walaupun saya tengok banyak serangan demi serangan dilakukan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Terengganu Bersama NGO Perantau Lembah Klang di Kuala Lumpur, malam tadi.Turut hadir, Speaker DUN, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pemangku Presiden Persatuan Anak Terengganu Di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pesat), Sham Aziz Ismail.Dalam majlis tersebut lebih 200 wakil daripada 15 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu melibatkan diri.Setiap NGO turut menerima RM10,000 bagi menguruskan kelab dan persatuan mereka selain mengadakan program-program untuk anak Terengganu di perantau.Tambah Ahmad Razif, sebagai orang yang berjihad kini, kita perlu memberikan kebenaran kerana hanya kerajaan Barisan Nasional sahaja yang menjaga kebajikan rakyat jika dibandingkan pihak lain."Mereka (pembangkang) boleh fitnah. Apabila masuk ke mahkamah, jawapan yang diberikan adalah bergurau."Hanya tuhan sahaja yang tahu keadaan mangsa fitnah tersebut. Betapa seksanya mereka, keluarga serta keturunan. Semua orang bercakap. Anak serta keluarga disisihkan adalah kerana fitnah," katanya.
08 Feb 18
39
Empty Image
Guru Jangan Ghairah Tonjol Diri Sebagai Penyokong Pembangkang
Kementerian Pelajaran tidak akan menghalang guru daripada menyokong mana-mana parti politik tetapi mereka diingatkan supaya tidak terlalu ghairah dalam menonjolkan diri sebagai penyokong pembangkang.Menterinya, Dato' Seri Mahdzir Khalid berkata guru perlu menghormati profesion mereka dan terikat dengan peraturan serta undang-undang sebagai penjawat awam.“Ini adalah negara demokrasi dan setiap individu ada hak untuk menyokong sesiapa sahaja yang mereka mahukan tetapi jangan terlalu menonjol apabila menunjukkan sokongan.“Contohnya, jika dia seorang guru besar dan pada masa yang sama pemimpin sebuah parti pembangkang, tidak sesuai jika dia naik ke pentas untuk bercakap perkara yang tidak baik terhadap kerajaan. Nanti apa pula kata ibu bapa dan pelajar?“Anda berada dalam kerajaan tetapi pada masa yang sama anda tidak berpuas hati dengan kerajaan dan anda tunjukkan ketidakpuashatian anda secara terbuka. Itu tidak betul. Harus ada garis antara seorang penjawat awam dengan penyokong parti pembangkang, ” katanya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serada, semalam.Turut hadir Pengerusi Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri A. Latiff Awang dan Pengarah Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Hussin.Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata pihak kementerian telah mengenal pasti sekolah-sekolah yang akan menjadi pusat mengundi pada pilihan raya umum ke-14.“Suruhanjaya Pilihan Raya telah memaklumkan Kementerian dan semua Jabatan Pelajaran negeri mengenai sekolah-sekolah yang akan dibuat pusat mengundi.“Kita mempunyai 10,200 sekolah di seluruh negara dan kebanyakannya akan dijadikan pusat mengundi,” katanya. - sumber Terengganu Times
08 Feb 18
165
Empty Image
Taman Ilmu Fasa Terakhir Kemasukan Pelajar
Foto : Google image Pembangunan Taman Ilmu yang diilhamkan ketika era pentadbiran mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 2004  kini sedang dalam fasa terakhir memasukkan pelajar. Projek menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan dibangunkan di bawah Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di kawasan seluas 280 hektar dengan kos kira-kira RM300 juta itu dibina mulai 2004. Rancangan ECER ini adalah satu usaha bersama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memangkin tahap pembangunan kawasan Pantai Timur terutamanya di Terengganu. Setiap negeri di Pantai Timur ini  akan muncul dengan tema pembangunannya yang tersendiri dan  Terengganu akan dikenali sebagai gerbang pelancongan dan pendidikan bagi pembangunan ECER. Pada masa yang sama, projek ini juga dapat mengembang dan memperhebatkan lagi industri minyak dan gas petrol kimia yang di Negeri Terengganu sekali gus mampu menjana ekonomi rakyat negeri ini.     Bagi merealisasikan hasrat itu, Taman Ilmu di Tembila Besut kini mempunyai beberapa fasiliti untuk kegunaan dan sebahagian besar komponen utama seperti perpustakaan, pusat pelajar, kompleks sukan, dewan konvokesyen, kediaman pelajar dan masjid.       Hari ini kita dapat melihat pembagunan Taman Ilmu dimanfaatkan dan ketika ini kediaman pelajar sudah digunakan serta diisi oleh pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melibatkan 250 pelajar dan bakal ditambah menjadi 500 orang apabila pengubahsuaian blok kedua siap nanti. Selain UniSZA, dua buah universiti yang terdapat di Terengganu dan Kelantan iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan dibantu bagi meningkatkan pencapaian di bidang pengkhususan masing-masing turut akan menempatkan pelajar mereka di Taman Ilmu tersebut. Perkara itu disampaikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Dato’ Seri Idris di majlis perasmian Kolej Kediaman UniSZA pada tahun lalu (2017). Katanya, UniSZA dikhususkan dalam bidang agama dan ilmu, UMT dalam bidang oceanografi dan persekitaran, manakala UMK bidang keusahawanan mengikut kelompok universiti komprehensif. Ketika majlis perasmian kolej kediaman UniSZApada September lalu, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) juga berminat untuk menjadi sebahagian dari warga Taman Ilmu. Dalam majlis itu juga turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian itu, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohamad Nur; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Emiritus Dato’ Dr. Kamarudin Husin dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif. Hadir sama, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar; Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof  Dato’ Dr  Mortaza Mohamad;  Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Prof Dato Mohd Rizon Juhari dan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Ir. Dr. Hanisah Tapsir. Secara tidak langsung, tiga buah universiti lagi bakal mengisi dan menjadi warga Taman Ilmu di Besut selain UniSZA. Terbukti kenyataan berbau fitnah yang dibawa oleh pembangkang Terengganu terutamanya dari Pas hanyalah mahu mengaburi mata rakyat dengan menyebarkan gambar-gambar lama, sebelum usaha baik pulih di sebahagian Taman Ilmu tersebut dilaksanakan. Cukup-cukuplah merekacipta fitnah untuk mengelirukan rakyat, sebaliknya perlulah menggunakan pendekatan “apa yang kita boleh beri kepada rakyat” dan “bukannya apa yang kita boleh menipu dan mengelirukan rakyat” -terengganu.news
08 Feb 18
123
Empty Image
Pakatan Harapan Terengganu Mulai Kecamuk
Baru sahaja tinggal bersesak di rumah dengan hasrat berkongsi segalanya, namun dengan keadaan sekitar membiakkan hama, penghuninya mula diserang penyakit kudis buta yang mudah berjangkit. Resah pedih gatal itu seakan tidak lagi boleh ditanggung.Kain baju mula direbus di tengah laman dan disidai di pinggir jalan. Itu analogi seorang kawan tentang kemelut yang turut melanda Pakatan Harapan di negeri ini yang mengimpikan untuk mengambil alih pentadbiran negeri.Semua ini menyusul selepas kemelut di beberapa negeri hasil pendekatan 'bersetuju untuk bersetuju' yang menyatukan mereka sehingga sedia tinggal serumah selama ini untuk menumbangkan musuh bersama, UMNO/Barisan Nasional dan Pas.Orang yang diberi kepercayaan menjadi Ketua Penerangannya, Hambali Abdul Latiff yang juga Setiausaha PPBM negeri pula benar-benar memberi penerangan, tanpa perlu diselindungkan, agar tidak pula perlu disuluh oleh sesiapa lagi untuk melihat di mana tempat kegatalan yang teramat.Satu demi satu didedahkan di laman sosial seakan tidak mempedulikan sesiapa lagi, kedudukannya atau menjaga maruah pakatan itu, dan 'serangan' awalnya terhadap Pengerusi Pakatan Harapan negeri, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang disifatkan lemah dalam mengemudikan perjalanan.Timbalannya pula, Azan Ismail yang juga Pengerusi PKR diberi bayangan sebagai orang yang lebih layak bagi memikul tanggungjawab berat berkenaan dengan pengalaman dan kematangan politiknya dari segi kerja pilihan raya dan kerja parti. Malah parti serpihan Pas itu juga digambarkan sebagai agak tamak dengan keghairahan untuk mendapatkan mendapatkan lebih banyak kerusi yang mula menimbulkan rasa cuak parti-parti sahabat bersandarkan keupayaan sebenar PAN yang mereka tahu tidak akan akan membawa ke mana-mana.Raja Kamarul Bahrin dilihat sehingga kini seakan berperanan hanya mahu menjaga kepentingan PAN dan kerusi-kerusi  yang mahu ditandingi, bukannya menyeluruh  dalam memenuhi impian besar itu.Mereka mahu Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu bertindak sebagai ketua kepada parti komponen tanpa mengikut sahaja terlunjuk pemimpin PAN dalam melaksanakan apa yang telah dipersetujui dalam mesyuarat  dan bukannya mermbuat pusingan U mengubah keputusan.Dalam keasyikan bertelingkah soal pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak berkesudahan, proses penyusunan semula  Pengerusi /Ketua Pakatan Harapan Parlimen masih belum  dilakukan bersesuaian dengan persetujuan pembahagian kerusi Parlimen oleh Pakatan Harapan Pusat.Begitu juga dengan soal gerak kerja di Pusat Daerah Mengundi dan cawangan -cawangan dengan kekuatan jentera dan lain-lainnya yang masih menimbulkan banyak tanda-tanya ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 sudah hampir di muka pintu.Soal pembahagian kerusi DUN difahamkan sudah mulai tempuh jalan buntu,  justeru mereka terpaksa menyerahkan kepada Pakatan Harapan Pusat untuk membuat keputusan yang dibimbangi tidak juga akan meredakan keadaan.Difahamkan selepas enam siri perbincangan, kata putus bagi enam daripada daripada 32 kerusi, belum dicapai kerana masih berlaku pertindihan iaitu di Bukit Tunggal, Sura, Cukai, Kemasik,  Ladang dan Batu Buruk apabila PAN turut mahukan kerusi-kerusi berkenaan.Cuma kerusi Kijal dan Wakaf Mempelam tidak menarik minat mana-mana parti awalnya, namun ketika PKR bersedia mengambil tempat  yang sekadar dianggap 'membunuh diri' itu, PAN dikatakan mengubah pendirian mahu turut mencuba setelah menemukan calon yang dikatakan layak.Sedangkan pada awalnya  difahamkan mengikut konsesus, kerusi di setiap kawasan Parlimen perlumempunyai taburan tiga parti bagi memungkinkan gerak bersama yang lebih padu dan jika PAN kekal dengan pendiriannya, tiga ketua bahagian PPBM tidak berpeluang untuk bertanding.Ekoran pergolakan ini, sudah dicetuskan soal kemungkinan satu pakatan baharu dalam Pakatan Harapan negeri melalui gabungan PPBM dan PKR  dengan keyakinan dua parti itu lebih berupaya menyaingi Pas dan Barisan Nasional  manakala PAN dibiarkan bersama dengan DAP.Adakah senario politik Pakatan Harapan Terengganu akan berubah dalam sedikit masa lagi? Tanya Ketua Penerangannya sendiri. Apapun, semoga dalam keadaan gatal yang teramat ini, tiada yang terselak kain di jalan. - Sumber Utusan Online
06 Feb 18
38