lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Empty Image
Calon BN Sudah Muktamad
Menteri Besar bersama tetamu kehormat yang hadir  bergambar bersama replika cek dividen projek usahama Felcra Berhad berjumlah RM1.3 juta pada Majlis Sepetang Bersama Menteri Besar, Warga Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku SyamimTengku IsmailSemua calon Barisan Nasional (BN )Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sudah dimuktamadkan.Perkara itu disahkan oleh Pengerusi BN Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Menteri Besar, Warga Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang ini.Hadir sama, Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope.Menurutnya, semua senarai calon yang akan bertanding bersedia untuk didedah dan diumumkan pada bila-bila masa sahaja. "Kita buat pilihan calon ini selepas mengambil kira kehendak dan pandangan rakyat. Tiada yang disyorkan oleh sesiapa sebab kita ada agensi yang dilantik untuk turun ke bawah  bagi menilai dan mendengar suara rakyat."Paling penting wakil rakyat yang dipilih itu perlu berwibawa dan mereka ini di kalangan yang mampu menjalankan tugas untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat kawasan masing-masing,"katanya.Beliau berkata, wakil rakyat dan pemimpin yang disyorkan sebagai calon PRU14 ini adalah di kalangan mereka yang mampu memenangi hati rakyat dan menunjukkan rekod yang baik sepanjang berkhidmat.Tambahnya, itulah cara kerja yang dipraktikkan BN selama ini dan pada masa akan datang kerana keutamaan parti itu menunaikan tanggungjawab terhadap amanah yang diberikan dengan sebaik yang mungkin supaya rakyat membuat penilaian yang tepat setiap kali pilihan raya umum.  
13 Mar 18
32
Empty Image
Solidariti Semua Kaum Faktor Kemenangan BN PRU14 - Ahmad Razif
Menteri Besar (baju hitam, tengah) bergambar bersama pemimpin dan pegawai kerajaan di Kemaman serta 430 penerima angpau di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran 23 NGO kaum Cina Parlimen Kemaman di Dewan Komuniti Cina, Bandar Chukai, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKesepakatan dan solidariti tiga kaum menjadi antara faktor penyumbang kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang dikuasai pembangkang pada masa ini.Pengerusi BN Terengganu yang juga Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kaum Melayu, Cina dan India perlu bersatu dan bekerjasama bagi memastikan BN menawan kembali DUN  Chukai dan DUN lain.Katanya, walaupun ianya membabitkan kaum minoriti Cina dan India namun undi mereka boleh menjadi faktor penentu kepada kejayaan BN di Parlimen Kemaman.“Kerja berpasukan melibatkan tiga kaum berkenaan penting untuk menawan kembali DUN Chukai pada PRU14 sekali gus menjadikan Kemaman bandar besar dan maju."Apa yang penting sekarang ialah untuk memperkukuhkan politik dan menunjukkan solidariti agar politik lebih kukuh sekali gus dapat menarik keyakinan pelabur asing,” katanya.Ahmad Razif menyatakan perkara itu ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran 23 NGO kaum Cina Parlimen Kemaman di Dewan Komuniti Cina, Bandar Chukai.Majlis itu dihadiri kira-kira 5,000 penduduk Kemaman khususnya warga Tionghua.Pada majlis tersebut, Menteri Besar turut menyampaikan angpau kepada lebih 430 warga emas dan hadiah kepada pemanang cabutan bertuah.Beliau juga berjanji untuk memastikan lebih banyak pembangunan dalam pelbagai sektor dibawa masuk ke daerah Kemaman khususnya di Chukai sekiranya BN berjaya merampas kerusi itu daripada pembangkang.Dalam pada itu Ahmad Razif berkata, Parlimen Kemaman khususnya kawasan DUN Chukai kini dilihat menjadi perhatian kebanyakan para pelabur luar seperti China bagi menjana ekonomi setempat.
08 Mar 18
56
Empty Image
Fokus Untuk Rampas Semula 15 DUN, 4 Parlimen Kalah - Ahmad Razif
Foto oleh Hasmizi HamidSaya sendiri akan mengetuai dan melihat secara berfokus serta meneliti 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat kerusi Parlimen yang jatuh ke tangan pembangkang pada PRU-13, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Katanya, beliau akan memainkan peranan sebaik mungkin merampas kembali 15 DUN dan 4 parlimen yang jatuh ke tangan pembangkang dan memulangkannya kepada BN."Yang mana 17 DUN menang tu saya lihat juga tetapi saya beri sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan yang ada."Empat Parlimen yang menang seperti di Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman.. kita beri kepada ketua bahagian untuk menjaganya dan mengatur strategi bagi mengekalkan kemenangan."Dan empat kawasan parlimen lagi saya sendiri akan fokus untuk melihat keperluan supaya kita boleh tambah lagi di samping 'retain' dan 'regain' mana-mana kerusi yang kita boleh dapat semaksima mungkin,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen BN Terengganu di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Dato' Seri Jailani Johari; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi jawatankuasa konvensyen, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan barisan kepimpinan UMNO negeri bersama parti komponen lain.Ahmad Razif berkata, pihaknya akan membuat penyelarasan dan 'monitoring' serta akan turun kebawah untuk melihat persediaan jentera."Mana-mana yang perlu dibantu..kita akan bantu termasuk gunakan modul dari Kemaman untuk bantu parlimen lain."Dengan semangat sekawan, semangat persahabatan dengan ikhlas, perjuangan yang berkobar..Insha Allah, kita akan berada di landasan yang betul maka kita akan dapat lihat keputusan yang memihak kepada BN," katanya.
02 Mar 18
48
Empty Image
90 Peratus Nama Calon BN Sudah Muktamad
pengerusi BN Negeri ketika sidang media sejurus merasmikan majlis penutup Konvensyen BN  petang ini.Foto oleh Hasmizi HamidLebih 90 peratus calon telah dimuktamadkan oleh Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke14 (PRU14) nanti.Pengerusinya, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata senarai calon bagi negeri Terengganu telahpun dihantar dan berada dalam proses akhir."Sebahagiannya saya difahamkan dah siap...termasuklah tapisan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), cuma ada satu dua lagi yang mungkin saat akhir ada perubahan lagi."Mungkin ada beberapa tempat sahaja yang masih lagi belum dimuktamadkan jadi apa-apa perbincangan yang berterusan akan dilakukan antara saya dengan  Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen BN Terengganu di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Dato' Seri Jailani Johari; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi jawatankuasa konvensyen, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan barisan kepimpinan UMNO negeri bersama parti komponen lain.Ahmad Razif berkata, beliau berpuas hati dengan kejayaan Konvensyen BN bersandarkan kepada semangat solidariti dan kemuafakatan yang lahir amat tinggi dan berkobar-kobar."Saya yakin dan percaya pada PRU14 ini,  kita dapat mengulangi kejayaan PRU yang lalu kerana saya nampak gelombang biru telah subur di kalangan mereka apabila dibangkitkan nostalgia dan sejarah...mereka bersemangat kembali."Saya berharap dengan momentom yang ada... kita kekalkan dan tingkatkan lagi dan kejayaan akan jadi milik kita (BN) dalam PRU14, "katanya.
02 Mar 18
74
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: Pembangkang Sengaja Timbul Isu Taman Ilmu
Muhammad Pehimi bersama pemenang Pertandingan Memancing Kelab RTM Terengganu sempena Ekspo Terengganu 2018. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Pembangkang dilihat sengaja berlagak hero, sedangkan mempunyai agenda tertentu dengan mempolitikkan isu Taman Ilmu di Tembila, Besut .Setiausaha UMNO Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof berkata, Taman Ilmu sedang rancak dibangunkan, malangnya ia cuba dipolitikkan saat menjelang Pilihan Raya Umum Ke 14.“Pembangkang cuba masuk kawasan larangan (Taman Ilmu). Dalam hal ini, saya serahkan kepada pihak kerajaan untuk memastikan kawasan larangan ini tidak dicerobohi kerana apabila mereka cerobohi, tentunya mereka tidak dapat maklumat yang tepat.“Kalau mereka ingin mendapatkan maklumat tepat, mereka tidak perlu ceroboh, boleh berjumpa dengan pihak kerajaan dan dapatkan apa maklumat yang diperlukan. Tidak perlu ceroboh tempat yang dilarang.“Kalau tidak, mereka masuk tanpa kebenaran. Ada apa yang mereka lihat? Ada apa yang mereka pandang? Mungkin persepsi mereka berbeza dengan keadaan sebenar dan seterusnya fakta yang dikeluarkan kepada masyarakat adalah fakta yang salah. Negara kita mempunyai undang-undang dan perlembagaan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pertandingan Memancing Kelab RTM Terengganu sempena Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Muhammad Pehimi diminta mengulas perkara itu kerana ada penganjuran konvoi ke Taman Ilmu di Tembila, Besut oleh Pemuda Pas Terengganu selepas solat Jumaat tadi.Ketua Pemuda Pas Besut, Wan Asriazwa Wan Husin sebelum ini berkata, program itu akan diteruskan sebagaimana yang dirancang, bagi membawa rakyat melihat projek kerajaan BN yang bermasalah.Sementara itu, jelas Pehimi, Taman Ilmu kini sedang rancak dibangunkan dan rakyat negeri ini akan mendapat berita gembira berkaitnya dalam masa terdekat.
02 Mar 18
48
Empty Image
Formula Bersatu Padu BN Untuk Menang PRU - Ahmad Razif
Foto oleh Hasmizi HamidFormula bersatu padu perlu direalisasikan jika Barisan Nasional (BN) mahu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Terengganu.Pengerusi BN Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ianya perlu bagi merampas kembali beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen selain mengekalkan kemenangan sedia ada.Katanya, setiap parti komponen harus bekerja keras dan menggerakkan keseluruhan jentera pilihan raya mulai sekarang."Hasrat kita cuma satu, rapatkan hubungan antara pemimpin termasuk parti komponen dan sebagaimana yang berlaku di Dungun tadi.. semangat satu padu yang ditunjukkan oleh Dato' Din Adam dan dengan kekuatan jentera, saya percaya Dungun akan ulang sejarah untuk kita ambil balik 5-0."Begitu juga DUN-DUN lain, yang paling penting semangat jitu bersama formula satu padu, kita akan menang besar PRU14 nanti, "katanya ketika berucap sempena perasmian Konvensyen BN Terengganu, Hotel Primula, Kuala Terengganu, petang tadi.Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi BN, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein.Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN Negeri, Dato' Seri Jailani Johari; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Ahli Majlis Tertinggi BN, Dato' Seri Ahmad Shabery Chik.Ahmad Razif turut berkata, konvensyen BN yang julung kali diadakan itu mempunyai satu matlamat iaitu berkumpul dan  bersatu untuk menang besar dalam PRU14 nanti.
01 Mar 18
37
Empty Image
BN Akan Kuasai DUN, Parlimen Dungun
Hishammuddin menyampaikan amanat kepada warga Dungun dengan penuh semangat. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin Barisan Nasional (BN) akan menang di semua kerusi DUN di Dungun termasuk merampas semula tiga kerusi (DUN) dan parlimen selain meningkatkan majoriti DUN Bukit Besi.Katanya, bahagian itu kini mula menggerakkan jentera dan memberi petanda meyakinkan bahawa BN mampu menang di kawasan itu."Bagaimanapun, walaupun gerakan dan semangat yang kuat ianya tidak mencukupi jika tidak disandarkan pada kesedaran serta keinsafan.Kita sudah tiada masa untuk memikirkan perkara remeh-temeh, tiada masa untuk bersengketa sesama sendiri."Sekarang ini pertimbangan ialah perjuangan dan parti apabilamana jentera serta parti kita dapat didekati rakyat. Akhirnya akan menentukan jatuh bangunnya pemimpin dan juga kedudukan parti kita sendiri," katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Dungun di Padang Bola Seberang Pintasan, Dungun, hari ini.Turut hadir Pengerusi BN Negeri yang juga Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi UMNO Parlimen Dungun, Dato' Din Adam.Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan serta Menteri Tugas-tugas Khas di Pejabat Perdana Menteri berkata, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta timbalannya, Dato' Seri  Dr Ahmad Zahid Hamidi kini sedang melakukan persiapan yang begitu teliti dalam pemilihan calon."Saya tak pernah tengok persiapan yang begini teliti samada dalam konteks calon, sentimen di peringkat bahagian dan penerimaan rakyat kepada calon-calon kita."Saya juga terlibat secara langsung dan persiapan kita hari ini, saya harap dapat dihargai oleh pemimpin-pemimpin di peringkat parlimen dan dun serta di peringkat bahagian," katanya.Tambahnya, walaupun siapa sahaja yang diumumkan oleh Perdana Menteri, ianya sudah mengambil kira semua pertimbangan."Ia bukan satu perkara yang mudah tetapi perjuangan dan ikrar yang dilakukan lebih penting supaya kita sedar walau siapa saja yang dicalonkan kita akan bekerja bersungguh-sungguh," katanya.
01 Mar 18
313
Empty Image
Konvensyen BN Terengganu Bermula Esok
Konvensyen Barisan Nasional bakal bermula esok di Hotel Primula. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Barisan Nasional Terengganu bakal mengadakan konvensyen pertamanya sepanjang empat tahun pemerintahan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Hotel Primula selama dua hari bermula esok.Pengerusi Jawatankuasa konvensyen tersebut, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata perasmian konvonsyen tersebut akan dilakukan oleh Naib Presiden UMNO Malaysia, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein.Katanya, konvensyen pada kali ini akan menghimpunkan 1,100 ahli terdiri daripada semua parti komponen Barisan Nasional Terengganu dan bakal menampilkan kelainan."Antara keunikan yang kita nak perkenalkan dalam konvensyen kali ini ialah pada hari pertama, kita jemput semua media menyertai kita daripada petang sampai malam."Pada sebelah petang, kita ada perasmian oleh Naib Presiden UMNO dan pada sebelah malam kita ada sesi pembentangan tentang ekonomi serta fakta-fakta perkara yang berlaku di Malaysia oleh Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali."Dalam sesi konvensyen kali ini juga kita ada persembahan video daripada Presiden parti, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Beliau tidak boleh hadir tetapi kita dapatkan khas pesanan-pesanan daripada beliau," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Sidang Akhbar Sempena Konvensyen Barisan Nasional Terengganu 2018 di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.Tambah Wan Abdul Hakim, tema yang dibawakan kali ini adalah 'Terengganu Molek Doh' bertujuan untuk memberitahu rakyat bahawa kerajaan sekarang adalah yang terbaik dan akan terus bersedia menjadi kerajaan yang terbaik untuk rakyat pada masa seterusnya.Katanya, dalam konvensyen tersebut juga, mantan-mantan pemimpin turut akan hadir termasuk Tan Sri Wan Moktar Wan Ahmad serta mantan Ahli Dewan Undangan Negeri, dan juga mantan calon.
28 Feb 18
34
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Indikator Kemenangan BN Terengganu
   Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  yakin dan positif  kemampuan Barisan Nasional (BN) untuk terus mengekalkan  kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.Katanya, keyakinan itu bersandarkan kepada satistik yang telah diperlihatkan menerusi beberapa kaji selidik yang dijalankan oleh semua termasuk jentera parti."Malah kami amat yakin dengan kesiapsiagaan jentera dari akar umbi peringkat DUN, Parlimen dan juga Negeri."Keyakinan ini bertambah apabila melihat komitmen yang  luar biasa telah saya perhatikan bukan sahaja semangat kepimpinan sepasukanyang dibawa YAB Menteri Besar Terengganu, namun saya lihat Setiausaha Kerajaan Negeri bersama pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan  jalinan  rangkaian kerjasama yang cukup erat  dan ini amat penting kerana rakyat harus didahulukan,"katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melancarkan Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri Besar, Dato’ seri Ahmad Razif Abd Rahman; Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong  dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi wan Ismail Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kerajaan negeri mengutamakan kepentingan rakyat dan terbukti menerusi penganjuran ekspo berkenaan yang memaparkan 144 inisiatif  merangkumi pencapaian Kerajaan Negeri Terengganu, malah juga memperlihatkan pelbagai kejayaan rakyat Terengganu sendiri dalam semua bidang.Tambahnya, kejayaaan ini akan dapat dilipatgandakan jika BN terus mendapat mandat pada PRU14 ini.Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pemilihan calon BN adalah bersandarkan kepada metodologi dan ujikaji terutama mengutamakan kriteria peribadi individu yang disenangi pengundi, daya kemenangan calon, selain daya masa depan yang mampu menjaga kepentingan pengundi yang diwakilinya serta mampu mewujudkan rasa kekitaan di kalangan wakil rakyat yang ada akan diketengahkan di peringkat negeri juga Pusat.
26 Feb 18
58
Empty Image
Yakin BN Terengganu Menang Besar- Ahmad Razif
Ahmad Razif bersama Wanita UMNO selepas merasmikan penutup Program 2P: Pemantapan dan Pengukuhan Wanita UMNO Negeri Terengganu 2018. Harish Fadzillah KasimUMNO Terengganu yakin parti Barisan Nasional dapat mengekalkan kuasa pemerintahan negeri ini dengan jumlah kerusi  lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 seperti mana yang pernah dicapai PRU pada 2004.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata  berdasarkan rekod dan pemantauan, rakyat hari ini semakin sedar  dan mula menerima apa yang dilakukan kerajaan, selain  senario politik semasa dan jentera parti dikatakan semakin padu.Katanya, oleh itu, tidak mustahil untuk Terengganu mengulangi sejarah pencapaian cemerlang pada PRU Ke- 12 apabila memenangi 28 daripada keseluruhan 32 kerusi berbanding hanya empat kerusi pada tahun 1999."Ketika ini seluruh jentera parti sudah bersiap sedia untuk 'berperang' dan hanya menunggu 'signal' daripada Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib  Tun Abdul Razak.," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutup Program 2P: Pemantapan dan Pengukuhan Wanita UMNO Negeri Terengganu 2018 di Auditorium Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur di Wakaf Tapai, Marang petang tadi.Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang; Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam dan Naib Ketua Wanita UMNO negeri, Dato' Rohani Abdullah.Seramai 580 pemimpin pergerakan Wanita UMNO hadir dalam program yang disifatkan sebagai persediaan peringkat akhir sebelum menghadapi PRU-14.
20 Feb 18
87