lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Dr Sam Serah Polis Siasat Kenyataan Kontroversi Lim Kit Siang
Dr Sam Serah Polis Siasat Kenyataan Kontroversi Lim Kit Siang
KUALA NERUS, 19 Disember - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil langkah bagi melakukan siasatan terhadap kenyataan kontroversi yang dibuat Lim Kit Siang. "Saya rasa pihak berkuasa melalui polis telah mengambil langkah memanggil beliau dan (melakukan) soal siasat. "Perkara ini saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil langkah seterusnya terutama bagi memastikan keharmonian dalam negara kita ini masih tercapai. "Jadi sebarang suara-suara (kenyataan) yang boleh menganggu keharmonian itu, sudah tentu kita tidak mahu dengar suara-suara sedemikian," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, selepas menghadiri Program Exclusive Meet & Greet With World Championship FIM Mini GP 2023 (Inisiatif Qabil Irfan), di Litar Permotoran Gong Badak, di sini, hari ini. Terdahulu, Veteren DAP itu mengeluarkan kenyataan bahawa  tiada sekatan dalam perlembagaan untuk bukan Melayu menjadi Perdana Menteri. Dalam pada itu menyentuh mengenai jemaah menteri baharu yang dilantik dalam Kerajaan Perpaduan Dr Ahmad Samsuri berkata pihaknya tiada ulasan khusus untuk diberikan. Sebaliknya, hanya merakamkan ucapan tahniah terhadap pelantikan menteri dan timbalan menteri baharu atau pun yang masih dikekalkan selepas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan kabinet, pada Selasa lalu. "Saya tiada komen khusus cuma mengucapkan tahniah dan 'good luck' kepada mereka yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri yang baharu ataupun yang lama (dikekalkan)," ujarnya.  
19 Dec 23
526
'Tak Pernah Terfikir Nak Jadi PM'
'Tak Pernah Terfikir Nak Jadi PM'
KEMAMAN, 3 Dismber - Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak pernah terfikir untuk menjadi Perdana Menteri apabila menceburi bidang politik. Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Terengganu berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya atau meminta untuk menjawat jawatan itu. "Saya rasa dah jawab beberapa kali soalan (mengenai calon PM)target saya menyertai politik ini bukan untuk menjawat jawatan yang begitu tinggi. "Walaupun begitu, sekiranya di masa akan datang diberikan amanah oleh parti dan juga rakyat, saya akan pertimbangkan perkara itu," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diumumkan menang dalam PRK Kemaman, di Pusat Penjumlahan Undi, Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, di sini, semalam. Mengulas mengenai perkara yang akan dibawa ke parlimen, ujar Dr Samsuri ia bukan hanya berkait dengan parlimen malah akan turut berkaitan dengan agenda pentadbiran negeri. "Nanti saya masuk parlimen dulu, insya-Allah ada pekara berkait bukan sahaja Parlimen Kemaman tetapi negeri Terengganu sendiri. 'Serta akan bersama dengan rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain bersama saling membantu untuk kesejahteraan Negara Malaysia," ujarnya.
03 Dec 23
172
Tanggungjawab Besar Menanti Dr Sam
Tanggungjawab Besar Menanti Dr Sam
KUALA TERENGGANU, 3 Disember - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyampaikan mesej kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa ada tanggungjawab lebih besar sedang menanti. Perkara itu disampaikan beliau susulan kemenangan Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman dengan kemenangan besar 37,220 majoriti undi. Ujarnya, peningkatan majoriti berbanding Pilihan Raya Umum (PRU)Ke-15 jelas menunjukkan rakyat menyenangi Menteri Besar Terengganu dan menolak kerajaan Perpaduan. "Alhamdulillah, terima kasih kepada pengundi atas kemenangan yang besae dalam PRK Kemaman," ujarnya melalui hantara di facebook, semalam. Dalam pada itu , Abdul Hadi turut merakamkan ucapan tahniah kepada jentera yang telah bersungguh-sungguh melakukan gerak kerja dalam mengekalkan kemenangan PAS di Kemaman. "Tahniah kepada jentera yang bertugas dengan penuh kesungguhan bagi memastikan kemenangan terus kepada PAS dan Perikatan Nasional,"katanya.
03 Dec 23
283
'Terima Kasih Rakyat Kemaman' - Dr Sam
'Terima Kasih Rakyat Kemaman' - Dr Sam
KEMAMAN, 3 Disember - "Saya mengambil kesempatan pada malam ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi di Kemaman," ujar Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Calon PAS PRK Kemaman tu berkata demikian sebaik sahaja diumumkan sebagai Ahli Parlimen Kemaman apabila menang dengan majoriti 37,220. Katanya, kemenangan itu adalah untuk rakyat di daerah berkenaan yang terpaksa berdepan dengan suasana PRK selama dua minggu. "Kita ucapkan terima kasih atas kemenangan besar ini walaupun peratusan keluar mengundi itu kecil berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 yang lepas. "Kita menjangkakan target yang dicapai sebagaimana yang diletakkan dalam kalangan pimpinan dengan majoriti 30,000. "Jadi dengan majoriti yang diperolehi ini adalah melebihi daripada sasaran awal," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, di Pusat Penjumlahan Undi, di Dewan Berlia Majlis Perbandaran Kemaman, di sini, semalam. Dalam pada itu, Dr Sam berkata, dari jumlah keluar mengundi adalah rendah berbanding sebelum ini. "Kita jangkakan yang keluar mengundi sekitar 72 hingga 74 peratus, tidak mencapai target peratusan keluar mengundi tetapi majoriti diperolehi adalah lebih daripada jangkaan. "Saya tak nak komen mengenai perkara itu, tetapi boleh ditafsirkan dengan pelbagai perkara, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku," ujarnya. Dalam pada itu, di atas kejayaan sulungnya sebagai Ahli Parlimen beliau  juga turut berterima kasih kepada jentera PAS dan Perikatan Nasional. "Seluruh jentera-jentera yang telah datang sama ada daripada penduduk tempatan mahupun dari dalam dan luar negeri. "Daripada PAS, Bersatu dan Gerakan yang telah bertungkus lumus membantu dalam memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya pada kali ini,"ujarnya.
02 Dec 23
251
Pentadbiran Berjalan Seperti Biasa, Tiada Cuti
Pentadbiran Berjalan Seperti Biasa, Tiada Cuti
KEMAMAN, 3 Disember - Pentadbiran kerajaan berjalan seperti biasa dan tiada sebarang pengumuman berkait cuti akan dibuat, ujar Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Katanya, tiada pengumuman cuti walaupun beliau telah mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman. Ujarnya, tindakan itu bagi mengelakkan berlakunya 'conflict of interest'. "Saya faham mengenai cuti itu, tetapi kerana berkait dengan saya sebagai calon yang bertanding dalam PRK. "Saya rasa ia akan memberikan signal 'conflict of interest', memberi cuti hanya kerana saya yang bertanding,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, selepas diumumkan sebagai Ahli Parlimen Kemaman, di Pusat Penjumlahan Undi PRK Kemaman, semalam. Mengulas lanjut, Dr Sam berkata jika diumumkan cuti, ia seperti meraikan kejayaan peribadi. "Seolah-olah ini merupakan pencapaian peribadi saya, sedangkan kita nak (beri) cuti 'is not about one individual'. "Tetapi (mestilah) tentang pekara yang lebih besar," ujarnya lagi.
02 Dec 23
1996
Dr Sam Singkir Calon BN Dengan Majoriti 37,220
Dr Sam Singkir Calon BN Dengan Majoriti 37,220
KEMAMAN, 2 Disember - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan kemenangan PAS di Kemaman dengan majoriti lebih besar iaitu sebanyak 37,220. Dr Sam yang juga merupakan Naib Presiden PAS memperolehi undi 64,968 melalui 249 jumlah peti yang diterima mengatasi pencabarnya. Calon Barisan Nasional, Bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor hanya mendapat undi 27,778 Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanya Pilihan Raya bagi PRK P040 Parlimen Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 65.76 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab.  
02 Dec 23
348
Cuaca Cerah, Pengundi Dinasihat Keluar Mengundi Awal
Cuaca Cerah, Pengundi Dinasihat Keluar Mengundi Awal
KEMAMAN, 2 Disember - Cuaca cerah pada pagi ini diharap memberi peluang kepada seramai 141, 043 pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman untuk keluar lebih awal bagi menunaikan tanggungjawab terhadap negara. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kewajipan itu perlu disegerakan dalam keadaan cuaca di Terengganu yang tidak menentu. "Alhamdulillah, pada pagi ini cuaca sangat baik, kita berharap supaya ia bertahan sampai ke petang, kita sama-sama berdoa. "Minta pengundi keluar awal, sebab (cuaca) tidak dapat dijangka. Kalau boleh semua dapat keluar lebih awal,  sekiranya berlaku hujan pada sebelah petang sekurang-kurangnya semua sudah 'cover'," ujarnya. Beliau berkata demikian  ketika ditemui pemberita semasa tiba di Pusat Pengundian, Sekolah Kebangsaan (SK)Kertih, di sini, hari ini. SK Kertih merupakan salah satu daripada 18 pusat pengundian yang dilawati oleh Calon PAS. Mengulas mengenai jangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tehadap peratusan keluar mengundi sebanyak 70 peratus, ujarnya beliau berharap peratusan itu akan terus meningkat dari semasa ke semasa. "Memang cabaran dalam mana-mana PRK ini memang berdepan cabaran berkenaan. "Cuma kita berharap suasana di Terengganu berbeza kerana kesedaran dalam kalangan pengundi, saya berharap keadaanya lebih baik dan ramai yang akan keluar mengundi," jelasnya.
02 Dec 23
316
PRK Kemaman Bawa Hasrat Rakyat Malaysia Tolak Kezaliman
PRK Kemaman Bawa Hasrat Rakyat Malaysia Tolak Kezaliman
KEMAMAN, 1 Disember – Rakyat Kemaman bukan hanya mewakili Kemaman dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen berkenaan bahkan mewakili rakyat Malaysia yang menolak kezaliman. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassurudin Daud berkata ia berikutan ketidakadilan yang wujud dalam negara Malaysia sekarang. Katanya, ekonomi semakin teruk dengan nilai ringgit juga semakin merundum dan apa lagi yang rakyat Malaysia nak harapkan. "Oleh kerana itu, saya berharap pengundi-pengundi di Kemaman membuat pilihan yang tepat memilih pemimpin yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar pemerintahan. “Al-Quran dan As-Sunnah merupakan dasar paling tinggi yang diletakkan dalam perlembagaan PAS itu sendiri,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika Ceramah Perdana ‘Grand Finale’ PRK P.040 Parlimen Kemaman di Padang Astaka Chukai di sini malam ini. Tambah Nassuruddin, calon PAS yang dipertandingkan itu merupakan yang terbaik dengan pencapaian yang luar biasa dalam bidang akademik dan politik. “Rakyat Terengganu juga dilihat telah membuat pilihan yang tepat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas dengan memberikan kemenangan yang luar biasa terhadap parti PAS. “Kita berharap tekad yang dibuat oleh rakyat negeri ini pada pilihan raya yang lalu dapat dibuat pada PRK Parlimen pada pagi esok. “Saya menyeru kepada semua rakyat Kemaman supaya mengekalkan kemenangan PAS dalam PRK Kemaman, Insya-Allah," ujarnya.                    
01 Dec 23
191
Dr Sam Layak Jadi Perdana Menteri – Tun M
Dr Sam Layak Jadi Perdana Menteri – Tun M
KEMAMAN, 1 Disember – “Dr Sam dah memang layak jadi Perdana Menteri,” ujar Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata calon Parti Islam Se-malaysia (PAS), Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempunyai keperibadian yang lengkap sebagai seorang pemimpin tertinggi. Katanya, beliau menyeru kepada semua rakyat Kemaman agar keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 2 Disember bagi mengubah nasib negara. "Walaupun saya bukan ahli PAS mahupun Bersatu namun saya menyokong penuh perjuangan kedua-dua parti tersebut. "Nasib kita diselesaikan dengan mudah sahaja yang tidak memerlukan peperangan seperti di negara lain iaitu cuma keluar mengundi sahaja. "Sekiranya kita tidak keluar mengundi seperti seolah-olah kita tidak mempedulikan nasib negara kita," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika Ceramah Perdana ‘Grand Finale’ PRK P.040 Parlimen Kemaman di Padang Astaka Chukai di sini malam ini. Tambah Tun Dr Mahathir, walaupun pilihan raya ini bukan menentukan kerajaan namun kita ingin menunjukkan kepada umum bahawa rakyat Malaysia ingin memilih parti yang baik menjadi kerajaan. Tambahnya, ia berikutan kerajaan yang ada sekarang bukanlah berjuang untuk bangsa, agama dan negara tetapi berjuang untuk mendapat tempat sebagai Perdana Menteri. "Tiada satu pun yang dilakukan selama 365 hari beliau menjadi Perdana Menteri melainkan ucapan yang dapat kita dilihat di sidang media, akhbar dan lain-lain. "Namun segalanya ucapannya itu adalah perbohongan dan tidak ada satu pun tindakan yang dilaksanakan beliau. Tun Dr Mahathir berkata pilihan raya ini peluang bagi rakyat untuk menunjukkan pendirian bahawa masalah yang ditimpa oleh masyarakat mesti diutamakan khususnya melayu. Beliau berkata, kita ingin negara kita dihormati dan dipandang tinggi oleh seluruh dunia dan tidak mahu agama kita dicemar ataupun dihina oleh sesiapa.    
01 Dec 23
693
'PAS Letak Dr Sam Untuk Jadi PM' - KJ
'PAS Letak Dr Sam Untuk Jadi PM' - KJ
KUALA TERENGGANU, 29 November - Langkah PAS meletakkan Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bukan semata-mata kerana ingin memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, tetapi merupakan usaha meletakkan Menteri Besar Terengganu itu sebagai Perdana Menteri Malaysia yang berkaliber pada masa akan datang. Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata ia juga merupakan satu agenda memperkenalkan kepada negara bahawa PAS memiliki calon teknokrat yang sangat layak. Ujarnya, dengan penampilan sulung sebagai Ahli Parlimen nanti akan memberikan keyakinan kepada rakyat dalam negara ini melalui kewibawaannya. "Apabila dia masuk Parlimen nanti diharapkan (dapat mematikan) segala kritikan terhadap PAS, Perikatan Nasional (PN) tidak reti cakap tentang polisi, teknikal, mengenai sains, soal infrastruktur dan sebagainya. "(Di mana) dia akan menampilkan perbahasan yang menyebabkan orang kata (melihat), eh, boleh terimalah dia (Dr Sam) sebagai Perdana Menteri," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika bersiaran melalui podcast 'Keluar Sekejap', semalam. Mengulas lebih lanjut, Khairy berpadangan bahawa langkah meletakkan Dr Ahmad Samsuri bukan langkah sembarangan sebaliknya PAS mahu membuktikan ada agenda besar untuk negara. "Sebab itu langkah mencaturkan Dr Ahmad Samsuri adalah sesuatu yang sangat signifikan dan jangan kita ingat bahawa PAS letak Dr Sam kerana semata-matang hendak menang PRK Kemaman. "Ini adalah satu langkah jangka masa panjang , suatu kenyataan (menzahirkan) hasrat untuk meletakkan calon Perdana Menteri daripada PAS," katanya.
29 Nov 23
771