lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Gantung Ahli Parlimen Machang Langkah Undur ke Belakang
Gantung Ahli Parlimen Machang Langkah Undur ke Belakang
MARANG, 20 Julai - Tindakan mengantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan dilihat suatu langkah tidak wajar dan mundur ke belakang. Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu juga dibuat dengan cara yang tidak betul apabila menafikan hak untuk Ahli Parlimen itu bercakap atas isu dibangkitkan. "Sepatutnya boleh diambil tindakan dengan cara yang lain sekiranya didapati melakukan kesilapan kerana kita ada banyak jawatankuasa hak dan sebagainya yang doleh mengambil pendekatan untuk melakukan teguran dan sebagainya. "Tetapi kenapa 'disilentkan' Ahli Parlimen Machang dengan pengantungan selama enam bulan?. "Jadi saya tidak faham apakah bentuk sistem demokrasi yang kita hendak bawa untuk memastikan Malaysia maju ke depan di masa yang akan datang, ini seolah-olah kita balik ke belakang," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas mengadakan lawatan ke lokasi bencana ribut Daerah Marang, di sini, semalam. Dalam pada itu beliau yang juga merupakan Naib Presiden PAS berkata Perikatan Nasional (PN) belum memutuskan calon yang akan diletakkan untuk Pilihan  Raya Kecil (PRK) Nenggiri. "Jadi tidak perlu ada pihak yang sibuk-sibuk mahu mencaturkan PN. "Kanapa ada pihak hendak sibuk-sibuk minta supaya meletakkan calon daripada PAS, ikut kitalah hendak letak siapa calon, orang mana, siapa, umur berapa, kerja apa kerana semua itu kita akan putuskan berdasarkan pertimbangan kita untuk mengekalkan kemenangan PN," ujarnya.
20 Jul 24
227
Riben Putih Tanda Protes
Riben Putih Tanda Protes
KUALA LUMPUR, 15 Julai- Hari ini, Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) hadir ke Dewan Rakyat dengan mengenakan lilitan riben putih di lengan kiri sebagai tanda protes terhadap keputusan Speaker Dewan Rakyat baru-baru ini. Tindakan Speaker Dewan Rakyat memutuskan kerusi enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri adalah kekal dan tidak berlaku kekosongan merupakan kemuncak kepada kegagalan demi kegagalan kerajaan semasa. Memperguna Perlembagaan dengan pendefinisian peribadi demi menguntungkan parti adalah satu tindakan yang serius dan sangat tidak berintegriti oleh golongan pemerintah. Oleh itu, Ahli-ahli Parlimen PN bertegas dan tidak berkompromi dengan salah laku ini seraya sepakat mengenakan lilitan riben putih yang mana tindakan ini tidak menyalahi peraturan mesyuarat 41(f).  Selain sebagai tanda protes, tindakan ini sedang menghantar signal penting kepada semua pihak bahawa tiada lagi reformasi seperti yang dilaungkan oleh pihak kerajaan.
15 Jul 24
691
Ahli Parlimen Pembangkang Kecewa Dengan Speaker Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Pembangkang Kecewa Dengan Speaker Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR, 10 Julai - Ahli Parlimen Perikatan Nasional menyatakan kekecewaan dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat berkenaan bekas enam Ahli Parlimen parti itu yang melompat parti. Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Dato' Muhyiddin Mohd Yassin pada sidang media hari ini berkata, beliau telah menerima surat daripada Speaker Dewan Rakyat pada petang semalam berhubungan perkara mendukacitakan itu. Katanya, surat tersebut menyatakan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan untuk keenam-enam kerusi bekas Ahli BERSATU yang telah melompat parti. "Kami amat kecewa dengan keputusan yang di berikan kerana bercanggah dengan peruntukan tersurat dan tersirat Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan sedangkan beliau telah berikrar untuk menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Negara." "Peruntukan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa kerusi ahli Dewan Rakyat hendaklah menjadi kosong jika dia tidak lagi menjadi anggota parti politik tersebut setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik tersebut. "Dalam situasi ini, jelas bahawa enam Ahli Dewan Rakyat tersebut tidak lagi menjadi ahli BERSATU berikutan dengan peruntukan peruntukan perlembagaan BERSATU.  "Keputusan YB Speaker adalah bercanggah dengan peruntukkan undang-undang dan telah bertindak di luar bidang kuasa beliau dalam membuat tafsiran yang songsang. Hanya mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan," katanya. Tegas Muhyiddin, beliau menyeru Speaker Dewan Rakyat untuk menegakkan tujuan dan hasrat sebenar peruntukan 49A Perlembagaan Malaysia yang bertujuan mengekang perbuatan-perbuatan khianat ahli Dewan Rakyat yang menodai mandat rakyat semasa pilihan raya. "Seperti mana kata-kata YDP Speaker semasa beliau menjadi pembangkang yang dipetik dalam hansard Dewan Rakyat bertarikh 27 Julai 2022 di muka surat 85, ketika membahaskan RUU Pindaan Perlembagaan bagi menghalang Ahli Parlimen melompat parti.  “Inilah satu-satunya undang-undang yang boleh menyekat kita daripada terus menjahanamkan negara kita. Tidak kiralah sama ada sebelah sini (pembangkang) atau sebelah sana (kerajaan) tetapi ini harus terhenti di sini,” "Hakikatnya, keputusan YDP Speaker ini sendiri telah mengkhianati semangat dan hasrat murni pindaan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang Ahli Parlimen melompat parti," jelas beliau.
10 Jul 24
376
Rakyat 'Tegur Kerajaan' di Sungai Bakap
Rakyat 'Tegur Kerajaan' di Sungai Bakap
KUALA TERENGGANU, 7 Julai- Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden PAS, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan ucapan tahniah atas kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, semalam. Menurutnya, walaupun peratusan keluar mengundi sedikit menurun berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail berjaya mempertahankan kerusi kawasan itu dengan majoriti lebih besar iaitu 4,267 undi, berbanding 1,563 undi. "Tentunya (kemenangan ini) berkait dengan testimoni rakyat yang ingin menyatakan pendirian mereka tentang penolakan beberapa isu yang ada di negara kita ini, antara isu yang ada di Sungai Bakap ialah isu air, subsidi diesel dan yang paling utama terangkum dalam semua itu adalah kos sara hidup yang menekan keseluruhan rakyat terutama para pengundi di Sungai Bakap," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Tambahnya sebagaimana pernah diucapkannya sebelum ini, suasana gerak kerja jentera di Sungai Bakap dilihat lebih meningkat berbanding PRK-PRK sebelum ini dibantu model baharu yang dilaksanakan pihak PN. "Kita lihat kerjasama yang lebih tersusun di kalangan petugas parti, lebih kurang kami sudah mendapat rentak untuk pilihanraya akan datang. "Modal yang dilaksanakan Alhamdulillah lebih berkesan, sekiranya wujud pilihan raya lain seperti Nenggiri dan kemungkinan pilihan raya di peringkat parlimen, model yang sama akan digunakan," ujarnya. Ketika ditanya tentang persediaan PN bagi menghadapi PRK Nenggiri selepas ini, Dr Samsuri memaklumkan pihak parti belum memuktamadkan sebarang keputusan untuknnya. "Belum lagi, sebab saya rasa masing-masaing ingin melihat keputusan di Sungai Bakap sebelum kita berbincang (lanjut) tentang PRK Nenggiri," katanya.
07 Jul 24
211
Kekecewaan Rakyat Terhadap Kerajaan Berlaku Akibat Tekanan
Kekecewaan Rakyat Terhadap Kerajaan Berlaku Akibat Tekanan
KUALA TERENGGANU, 3 Julai - Kekecewaan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Persekutuan muktakhir ini berlaku secara organik akibat tekanan berterusan dalam pelbagai sektor terutamanya kos sara hidup. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelbagai isu dibicarakan rakyat Malaysia tanpa terpengaruh dengan mana-mana parti politik.  "Saya lihat secara umumnya isu yang ada dalam negara banyak dan bukan parti politik sahaja yang memainkan isu yang ada ini. "Bahkan kita lihat di media sosial ia berlaku secara organik di kalangan rakyat, pengusaha, peniaga kecil dan sebagainya yang merasa telah berlaku tekanan kehidupan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bayaran Bantuan Khas 'One off' tahun 2023 kepada imam ketiga Masjid Mukim Negeri Terengganu, di Perkarangan U2, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Mengulas mengenai usaha menolak kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim, katanya perkara itu bukan diatur oleh parti tetapi merupakan gerakan massa oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Jadi terpulang kepada tafsiran mana-mana pihak apa yang sedang berlaku ini, tapi pokok pangkalnya isu di kalangan rakyat ini telah berlaku secara organik bukan diapi-apikan oleh mana-mana pihak," ujarnya.
03 Jul 24
160
PAS Umum Calon Sungai Bakap 15 Jun
PAS Umum Calon Sungai Bakap 15 Jun
KUALA TERENGGANU, 13 Jun - Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap bagi Perikatan Nasional (PN) akan diumumkan secara rasmi pada 15 Jun (Sabtu) ini. Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, calon yang dipilih itu adalah calon yang terbaik dipilih pucuk pimpinan parti dan mampu memberikan perkhidmatan yang sangat cemerlang kepada rakyat di Sungai Bakap. "Kita akan umumkan calon PRK DUN Sungai Bakap itu pada hari Sabtu nanti.Kalau saya bagi hint, dah tak ada kejutan la untuk hari Sabtu nanti. "Insya-Allah kita ada peluang untuk menang dan kita doakan agar peratus yang keluar mengundi itu tinggi," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas kerana mengalami keradangan dalam perut. Pada PRN Pulau Pinang Ogos lalu, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai.
12 Jun 24
171
'Pintu Rumah Negeri Kami Sentiasa Terbuka' - Dr Sam
'Pintu Rumah Negeri Kami Sentiasa Terbuka' - Dr Sam
KUALA NERUS, 12 Mei - "Pintu rumah negeri kami sentiasa terbuka dalam memastikan hubungan yang baik berlangsung antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan demi Kesejahteraan Rakyat," ujar Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Ujarnya, selama ini apa yang diiltizamkan olehnya adalah memastikan hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan bertambah baik. "Pintu rumah terbuka ini juga adalah gambaran keyakinan kami, bahawa hubunagn antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri seharusnya sentiasa positif dan bertambah baik seperti peribahasa Melayu ; tidak ada kusut yang tidak selesai, tidak ada keruh yang tidak jernih. "Di masa yang sama, terbukanya rumah besar ini bukan bermakna rumah kami tidak bertuan, apabila sahaja rumah ini dikunjungi dan tetamu berada di depan pintu, maka berikanlah salam, insya-Allah salam akan disambut," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Perkarangan Kompleks Sukan Gong Badak, di sini, baru-baru ini. Tambah Ahmad Samsuri, berbeza pandangan dan politik adalah lumrah namun matlamat sama di peringkat kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan perlu diutamakan agar rakyat tidak menjadi mangsa. Namun, katanya perbezaan yang ada juga mesti mengikut garis panduan, kaedah dan adabnya. "Sasaran, yang dibawa oleh Kerajaan Persekutuan, contohnya untuk menokhtahkan kemiskinan tegar di Malaysia termasuklah di Terengganu, merupakan antara satu hala tuju yang sama digariskan oleh pentadbiran kerajaan negeri. "Begitu juga persamaan dalam usaha membawa pelabur, meningkatkan kecekapan tatakelola, pentadbiran yang berintegriti, meningkatkan kualiti hidup rakyat dan sebagainya. "Seharusnya dalam keadaan sebegini, masa dan tumpuan kita dicurahkan pada membincangkan dan melunaskan persamaan ini daripada melebarkan perbezaan yang ada antara negeri dan Persekutuan, apatah lagi perbezaan tersebut adalah perbezaan partisan," katanya. Justeru beliau yakin jika negara serta negeri ditadbir secara telus maka rakyat akan dapat lebih banyak manfaat. "Saya yakin, jika kita tulus dan murni hati demi masa depan dan kesejahteraan rakyat secara bersama maka lebih banyak perkara yang dapat kita capai dalam kerangka semangat federalisme," ujarnya.  
12 May 24
270
PAS Sokong Mana-Mana Calon Wakili PN
PAS Sokong Mana-Mana Calon Wakili PN
KUALA TERENGGANU, 22 April - PAS menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini. Naib Presidennya, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PAS terbuka untuk menerima siapa sahaja menjadi calon dan akan memastikan jenteranya turun untuk membantu kempen calon tersebut demi memastikan kemenangan PN. "Sudah tentu, PAS akan kerahkan jentera kerana yang akan bertanding nanti adalah PN, daripada parti mana sekalipun itu akan diputuskan oleh kepimpinan dalam mesyuarat khas PN petang ini. "Mesyuarat berlangsung di Kuala Lumpur untuk membincangkan secara terperinci mengenai calon yang akan dipilih. "Namun, saya tak pasti sama ada mesyuarat akan terus umum nama calon atau ada satu majlis pengisytiharan yang lain untuk umumkannya...bergantung kepada ketetapan mesyuarat petang ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas istiadat pembukaan penggal kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-15 di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Sementara itu, Ahmad Samsuri yakin dengan momentum positif PN untuk memenangi PRK tersebut berdasarkan data-data dan respons semasa, kemenangan adalah berpihak kepada PN sehingga kini. "Kajian sikap yang kita buat bagi pihak PN sendiri dan kajian daripada pihak luar termasuk Merdeka Centre juga menunjukkan populariti kerajaan negeri yang ada di Selangor dan Kerajaan Pusat agak menurun. "Itu menjadi 'plus point' pada kedudukan PN untuk mencalonkan individu yang terbaik di PRK Kuala Kubu Baru nanti," katanya. PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dan 27 April sebagai hari penamaan calon. Hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari. Pada pilihan raya negeri tahun lalu, mendiang Lee Kee Hiong daripada DAP berjaya mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu mengalahkan Teoh Kien Hong (Gerakan), Siva Prakash Ramasamy (Muda), dan Chang Boon Lai (Parti Rakyat Malaysia) dengan majoriti 4,119 undi.
22 Apr 24
234
'Pulangkan Royalti Minyak, Jangan Aniaya Kami' - Rakyat Terengganu
'Pulangkan Royalti Minyak, Jangan Aniaya Kami' - Rakyat Terengganu
KUALA TERENGGANU, 15 Mac - Rata-rata rakyat di negeri ini mahu Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menghentikan penganiayaan yang sedang berlaku dengan mengembalikan sepenuhnya royalti minyak Terengganu. Seorang peniaga, Mohd Shafia Yusof, 56, berkata tindakan menangguhkan bayaran itu bukan satu tindakan bijak tetapi ia menzalimi dan menyusahkan masyarakat Terengganu yang menikmati pelbagai bantuan daripada kerajaan negeri. Katanya, melalui wang royalti segala kebajikan untuk rakyat seperti i-Belia, i-Fitri, i-Perantau, bantuan kewangan untuk orang kurang upaya (OKU) dan Lesen Memandu Terengganu Sejahtera (LMTS) dapat dilakukan. "Sebenarnya tindakan melambat-lambatkan wang royalti ini seolah-olah sengaja mahu mencipta persepsi serta pandangan kalangan rakyat bahawa kerajaan negeri tidak mampu menjaga rakyat sedangkan mereka (Kerajan Persekutuan) yang menafikan hak rakyat. "KIta minta supaya Kerajaan Pusat melunaskan semua hak rakyat yang tertunggak termasuk duit royalti ini," ujarnya ketika ditemui di Pasar Tani, Padang Hiliran, di sini semalam. Bagi Md Rani Awang, 65, Kerajaan Persekutuan hari ini dilihat terus bermain politik dengan 'membuli' rakyat Terengganu sedangkan mereka juga merupakan warganegara yang sah dan hidup di negara demokrasi. "KIta minta supaya jangan abaikan orang Terengganu yang majoritinya merupakan Melayu Islam, kerana apabila terus bermain politik menyebabkan hasrat untuk memberikan kebaikan kepada rakyat tidak tercapai. "Apatah lagi ia akan mengakibatkan orang Terengganu dianaktirikan dan akan menjadi rakyat paling miskin, jangan cuba beri tuba kepada rakyat," ujarnya. Dalam pada itu, Ramlah Abdullah, 61, berkata rakyat tidak ada masalah untuk terus menyokong pemerintahan kerajaan hari ini ini sekiranya berlaku adil kepada seluruh rakyat. "Tindakan menangguhkan duit royaliti ini menekan kami, maka kesianlah rakyat Terengganu, pelbagai bantuan tidak dapat disalurkan. "Harapnya tunaikanlah segala apa yang telah dijanjikan sebelum ini, sekarang ini rakyat melihat bahawa Perdana Menteri hanya pandai berjanji sebagaimana janjinya jika menang hari ini, esok minyak akan turun," ujarnya. Sementara itu, Ahmad Zahid Awang, 60, berkata perbezaan parti antara kerajaan negeri dan persekutuan tidak sewajarnya dijadikan isu bagi menafikan hak rakyat Terengganu. "Walaupun berbeza parti kena mempunyai semangat federalisme, kita ini tinggal dalam satu bumbung (negara) jadi kena layan sama rata antara anak sendiri dan anak tiri. "Kembalikan hak rakyat Terengganu kerana itu merupakan duit Terengganu yang menjadi hak semua orang di negeri ini untuk mendapat kebaikan daripada royalti itu," katanya. Mohd Shah Abdul Ghani pula berharap Kerajaan Persekutuan memberikan hak itu terus kepada kerajaan negeri ini untuk diuruskan. "Setahu saya sepatutnya kita menerima RM1.5 bilion, tetapi yang diterima hanya lebih RM600 juta sahaja setakat ini, jadi kita minta supaya disalurkan mengikut jadual demi kebaikan semua pihak," katanya.  
15 Mar 24
418
Sentuh Sensitiviti Umat Islam, Pemuda PAS Lapor Polis
Sentuh Sensitiviti Umat Islam, Pemuda PAS Lapor Polis
KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Saranan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Khoo Ham untuk melantik pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri bagi menggubal Undang-Undang Islam dilihat sengaja menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Iryad Syafiq Burhanuddin berkata, kenyataan pemimpin DAP itu berkenaan dilihat sengaja mencabar undang-undang perlembagaan serta bersikap biadap. "Ia juga turut menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja), saya kira ia satu kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan kerana menyentuh sensitiviti umat Islam dan bangsa Melayu. "Sebagai pemimpinan dalam mana-mana parti poltik dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan (sebarang) ucapan (Kenyataan)," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, selepas mewakili DPPNT membuat laporan berkait isu berkenaan, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut katanya, isu tersebut juga telah mendapat respons daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar rakyat yang bukan beragama Islam menghormati dan tidak mencampuri urusan berkait hal ehwal Islam di negara ini. "Sebagaimana kita semua tahu bahawa agama Islam merupakan agama rasmi dalam perlembagaan, sepatutnya ia tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak," katanya. Sehubungan dengan itu juga beliau mengharapkan agar pihak polis serta pihak yang berkuasa untuk menyiasat perkara tersebut kerana ia merupakan perkara yang serius dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. "Sekiranya disabitkan kesalahan, kena buat sesuatu termasuk mengambil tindakan tegas supaya perkara ini tidak dipandang ringan oleh mana-mana pemimpin," tegasnya.
01 Jan 24
258