Artikel "Politik" Terkini
Calon PRU14 Terengganu Lulus Saringan SPRM
Menteri Besar menyampaikan hadiah kepada johan Pertandingan Ihtifal Kesenian Islam Kemas Peringkat Negeri Terengganu 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimPengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengesahkan semua senarai nama calon yang dipilih melepasi saringan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Beliau berkata senarai nama calon yang akan bertanding pada pilihanraya umum ke 14 (PRU14) di Terengganu telah pun dihantar kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak."Setakat ini, semua nama calon yang dihantar Badan Perhubungan UMNO Terengganu telah lulus saringan SPRM...tiada masalah. Cuma senarai calonnya (muktamad) kena tunggu pengumuman Presiden," katanya.Ahmad Razif yang juga Pengerusi BN Negeri turut memaklumkan bahawa manifesto BN Terengganu telah siap dan sedia untuk diumumkan."Kita tunggu selepas majlis pengumuman manifesto BN peringkat Pusat, kemudian barulah kita mengumum manifesto untuk negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Mahabbah IKIM FM & Universiti Sultan Zainal Abidin 2018: 'Untukmu Al Aqsa dan Rohingya' di perkarangan masjid universiti, Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.Beliau bagaimanapun enggan memperincikan manifesto BN Terengganu untuk pilihanraya umum kali ini namun memberi jaminan ia tetap memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat merangkumi semua aspek.Pada PRU13, BN Terengganu menyenaraikan 18 perkara dalam manifestonya antaranya membina 10,000 unit rumah mampu milik, memberi peluang kepada rakyat memiliki tapak rumah atau tapak pertanian dan pajakan tanah individu dinaikkan daripada 30 tahun kepada 60 tahun.BN Terengganu juga berjanji untuk membina tiga lagi sekolah menengah Imtiaz, masing-masing di Setiu, Marang dan Kuala Nerus bagi menjadikan satu daerah satu Imtiaz.Sekolah Menengah Imtiaz ditubuhkan hasil kerjasama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).Ahmad Razif berkata kesemua perkara dalam manifesto PRU13 telah pun dilaksanakan BN Terengganu.-- BERNAMA
29 Mar 18
206
Jangan Silap Langkah Lagi - Ahmad Razif
Ahmad Razif mengagihkan bantuan pentadbiran kepada J3K DUN Seberang Takir. Foto Harish Fadzillah Abu KassimRakyat digesa agar mengingati dan menilai semula kerenah pemimpin Pas ketika parti itu memerintah Terengganu selama satu penggal antara 1999 hingga 2004.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sepanjang tempoh itu, rakyat menerima kesan yang cukup perit apabila pemimpin pembangkang ketika itu gagal menjaga dan mengutamakan rakyat sebagaimana janji-janji mereka sebelum pilihan raya umum.Katanya, walaupun Barisan Nasional (BN) kalah dan gagal memerintah negeri ketika itu, pemimpin UMNO tetap menjalankan kerja dan amanah kepada rakyat."Pemimpin UMNO tetap menjenguk dan menjaga rakyat meskipun kalah tetapi lihatlah pemimpin Pas, mereka menghilangkan diri dan hanya muncul semula menemui rakyat menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi. "Jangan mudah tertipu dengan pemimpin pembangkang yang kini giat masuk kampung dan menabur pelbagai janji jika menang pilihan raya umum kali ini," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Pertemuan Bersama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Parlimen Kuala Nerus, Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang semalam.Ahmad Razif berkata, perbezaan itulah yang perlu dinilai oleh rakyat dalam memilih parti yang mampu menjaga mereka sama ada susah atau senang dan bukannya memilih waktu."Kini banyak janji ditabur oleh pemimpin Pas tetapi rakyat perlu berani bertanya sama ada janji-janji yang pernah mereka buat jika menang pada pilihan raya umum lalu sudah ditunaikan atau sebaliknya."Rakyat juga perlu bertanya di manakah pemimpin Pas berada dan mengapa mereka tidak mengambil tahu penyokong dan pengikut mereka yang menghadapi masalah setelah kalah pada pilihan raya umum lalu.Katanya, berbeza dengan pemimpin UMNO walaupun kalah, mereka tetap boleh ditemui pada bila-bila masa dan di mana sahaja, malah bersedia membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat tanpa mengira fahaman politik.
28 Mar 18
40
Polis Siasat Kes Portal Fitnah Mohd Sabri
Laporan polis mendesak pihak penguatkuasa mengambil tindakan terhadap penulis berita dan pemilik portal dipercayai milik sebuah parti pembangkang yang menyiarkan berita berunsurkan fitnah. Foto oleh Hasmizi HamidPolis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan sisatan berhubung tindakan sebuah portal disyaki milik parti pembangkang yang menyiarkan berita fitnah terhadap Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, susulan kejadian itu, polis menerima lima laporan mengenai berita yang mengandungi unsur fitnah terhadap Mohd Sabri disiarkan portal terbabit sejak kelmarin.Katanya, pihaknya akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 500, Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan pemilik portal itu boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali."Setakat ini polis sudah menerima lima laporan yang meminta siasatan dan tindakan undang-undang dikenakan keatas pemilik portal serta penulis berita berkenaan," katanya.Sebelum itu, Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Abdul Razak Ali membuat laporan polis mendesak pihak penguatkuasa mengambil tindakan terhadap penulis berita dan pemilik portal dipercayai milik sebuah parti pembangkang yang menyiarkan berita berunsurkan fitnah.Katanya, laporan itu dibuat selepas tersebarnya kenyataan palsu dan berniat jahat itu menerusi portal rasmi milik parti pembangkang sejak tengah hari semalam."Penulis portal menyiarkan berita palsu dan mengandungi usur fitnah yang kononnya Mohd Sabri mengeluarkan kenyataan amaran akan mengambil tindakan keatas pengundi yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14)."Kenyataan disiarkan dan ditular di media sosial termasuk Facebook (FB), Buletin Online dan Kumpulan p FB Gabungan Anak Terengganu (GATE) adalah palsu serta sengaja direka bertujuan menghasut rakyat terutamanya pengundi di Parlimen Kuala Terengganu untuk merosakkan reputasi selain menjatuhkan maruah Mohd Sabri," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, hari ini.Turut membuat laporan meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan terperinci adalah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Mohd Armi Irzan Mohamad, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Nia Notieya Zaharuddin.Tambah beliau lagi, pihaknya juga menuntut pemilik portal dan penulis berita itu memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.
28 Mar 18
126
Penentu (King Maker) Sabah Dan Sarawak, Bukan Pas Manakala Terengganu 50-50 - Mustaffa Ali
Walaupun Pas agak optimis menawan Terengganu, tetapi Pengerusi Penasihat Pas, Dato' Mustaffa Ali berpendapat kedudukan adalah 50-50, kecuali Kelantan sahaja beliau yakin Pas masih boleh menjadi kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Begitu juga, walaupun Pas mendakwa akan menjadi penting sebagai penentu (King Maker) untuk satu satu pihak menubuhkan kerajaan di peringkat Pusat, tetapi bekas Pengarah Pilihan Raya Pas itu berpendapat, 'king maker' yang sebenar ialah Sabah dan Sarawak.Mustaffa amat yakin, Barisan Nasional (BN) masih boleh menguasai kawasan kawasan Parlimen yang majoritinya orang Melayu, khususnya di kawasan luar bandar, manakala kawasan yang majoriti Cina dikuasai DAP.Baginya ketiadaan Pas dalam pakatan memang memberi kesan yang besar kepada pembangkang PH.Terengganu, katanya perlawanan sebenar hanyalah BN (UMNO) dan Pas, bukan pembangkang Pakatan Harapan (PH) dan sebab itu 50-50.Bahkan tegas Mustaffa di Kelantan PH tidak ada kemampuan untuk menghalang Pas dari terus berkuasa dan membentuk kerajaan selepas PRU14.Sebelum ini pimpinan Pas Terengganu begitu optimis memerintah semula Terengganu.Ketika ditanya tentang peluang Pas menawan Terengganu kali ini (PRU14) Pesuruhjaya Pas Terengganu, Dato' Hussin Awang kelihatan optimis dan berkata, peluang lebih terbuka dan lebih mudah, berbanding pilihan raya yang lepas.Ini jelas berbeza dengan Mustaffa hanya meletakkan kedudukan Pas di Terengganu 50- 50 sahaja, kerana baginya sokongan BN di kawasan luar bandar masih kuat atas tawaran BN yang didakwa sebagai 3M (Kewangan, Kemudahan Kebendaan dan Jentera ).Soalan: Mengapa Dato ' kata Sabah Sarawak penentu?Mustaffa: Sebab mereka menyumbang 56 kerusi sebab itu mereka minta atau desak itu dan ini sekarang dan mereka mahu berpaut pada kerajaan yang kuat.Soalan: Apakah Dato' tidak yakin Pas yang bertanding 130 kerusi Parlimen berupaya menang 40 dan menjadi King Maker?Mustaffa: Saya kata Sabah dan Sarawak yang menjadi penentu (King Maker). Itu kita kena faham dinamika baru politik masa kini dan akan datang yang tidak pernah kita terfikir nanti.Mustaffa yang juga bekas Setiausaha Agung Pas berkata, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Perak masih akan dimenangi BN walaupun di Perak dan Johor agak sengit.Keadaan politik agak dinamik, Selangor, Kedah kata Mustaffa juga 50- 50 apatah lagi Pas tiada dalam pakatan pembangkang (PH).'Kecuali di Pulau Pinang, saya jangkakan PH iaitu DAP kekal berkuasa, ' katanya.Beliau berharap tiada huru hara berlaku dalam pembentukan kerajaan selepas PRU 14 nanti .Ditanya oleh penulis tentang kenapa Tun Mahathir marahkan Dato' Sri Najib, Mustaffa berkata Tun Mahathir mahu Perdana Menteri selepasnya termasuk Najib mendengar cakap atau menurut kehendaknya.
27 Mar 18
85
Salur Peruntukan Aktifkan PDM
Ahmad Razif bersama sebahagian J3K Kuala Terengganu pada Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama J3K Kuala Terengganu, di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Kerajaan negeri hari ini menyalurkan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada setiap J3K parlimen Kuala Terengganu bagi mengaktifkan Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing.Menteri Besar, Dato'Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tidak kurang daripada RM450,000 dibelanjakan untuk 108 buah J3K parlimen berkenaan. Beliau mengharapkan peruntukan itu digunakan sebaik mungkin untuk mengaktifkan PDM. "Gunakan peruntukan ini untuk buat persediaan. Mulakan buka PDM."Pastikan setiap malam dah mula operasi. Hidupkan PDM masing-masing dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang," ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama J3K Kuala Terengganu, di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Terengganu Azmi Razik dan Pegawai Penyelaras DUN Ladang Datuk Mohd Sabri Alwi. Sementara itu, Mohd Sabri berkata, unit khas telah ditubuhkan UMNO Kuala Terengganu di setiap DUN bagi memantau mana-mana ahli atau pemimpin yang berniat mengkhianati parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi. Katanya, tindakan itu bagi memastikan kejadian memboikot calon seperti yang berlaku dalam PRU sebelum ini tidak akan berulang kembali.
26 Mar 18
185
Wanita UMNO Hulu Terengganu Perlu Bekerja Tanpa Mengira Calon
Pergerakan Wanita UMNO Hulu Terengganu diingatkan supaya terus komited bekerja tanpa mengira calon bagi menentukan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari berkata, golongan wanita bukan hanya sebagai penyumbang mutlak kepada perjuangan parti, akan tetapi juga merupakan penentu kemenangan dalam setiap pilihan raya."Saya ingin menarik perhatian mengenai kempen atau lobi-melobi menjadi calon yang nampaknya semakin hebat dan sengit dan berharap agar trend ini tidak akan mencetuskan pelbagai masalah dalam parti."Kita merasa agak terkilan kerana terdapat individu tertentu yang sanggup mempergunakan nama pemimpin tertinggi parti untuk menaikkan nama masing-masing sebagai bakal calon di kawasan-kawasan tertentu." UMNO mempunyai sistem pemilihan calon dan ini dibuat bukan secara 'tangkap muat' tetapi menerusi penilaian yang teliti.Biarlah pucuk pimpinan menentukannya...apabila calon telah dipilih kita mesti akur dan menyokongnya kerana itulah semangat kesatuan dan perpaduan yang kita harapkan,"katanya ketika merasmikan Forum Perdana Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Kuala Berang, hari ini.Turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Terengganu, Datuk Fatimah Hamat.Jailani berkata semua ahli perlu sedar jawatan bukan segala-galanya kerana semua ahli mempunyai peranan sebagai satu komponen dalam sebuah gabungan. "Jangan menjadi pengkhianat dalam parti, kerana tindakan yang demikian itu, boleh memudaratkan kestabilan parti dan seterusnya boleh menggagalkan hasrat untuk memajukan negara kita."Persekitaran yang mencabar ini dan masa yang teramat suntuk menuntut kita untuk bergerak sepanjang waktu, tanpa noktah, tanpa rehat kerana survival kita bergantung kepada keputusan PRU-14 nanti,"katanya.Tambah Jailani lagi,UMNO tidak boleh lagi diperkasakan berdasarkan kepada jeritan perjuangan yang lantang, sebaliknya harus bekerja keras kerana tuntutan rakyat dan negara semakin tinggi.
24 Mar 18
283
Terengganu Boleh Menang Dua Pertiga - Lokman
Lokman ketika memberi penerangan berkaitan dasar kerajaan dan isu semasa kepada 700 orang yang hadir dalam majlis di Dewan Berlian Utama, Majlis Pembandaran Kemaman.Senario politik Negeri Terengganu tetap memihak kepada Barisan Nasional (BN) dengan kemenangan dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.Pengarah Komunikasi Strategik di Kementerian Kewangan Malaysia, Dato’ Lokman Noor Adam berkata, kemenangan dua per tiga itu bukan Terengganu sahaja malah di peringkat parlimen dan Pusat juga akan menang besar pada PRU14.Katanya, beliau berani menyatakannya perkara tersebut kerana dalam PRU13 yang 2013, pelbagai fitnah yang ditabur oleh pihak pembangkang untuk menjatuhkan BN namun tuduhan tersebut tidak memihak kepada pembangkang.“Walaupun ketiga-tiga barisan pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS bergabung sejak PRU10 lagi namun ianya tidak berjaya, akhirnya BN juga yang menang dan ketika itu juga satu lawan satu antara BN dan pembangkang,” katanya.Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan berkaitan dasar kerajaan dan isu semasa kepada 700 orang yang hadir dalam majlis di Dewan Berlian Utama, Majlis Pembandaran Kemaman, hari ini.Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) serta di akhir majlis diadakan sesi soal jawab bersama Pengarah Komunikasi Strategik di Kementerian Kewangan Malaysia.Turut hadir Pengarah Unit Komunikasi Terengganu (UKOM), Dato’ Muda Mamat dan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Idris Bidin.Hadir sama, ketua-ketua jabatan, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung seluruh Kemaman dan kakitangan kerajaan.
20 Mar 18
112
Pakatan `Copy Paste' Inisiatif Sudah Dibuat Kerajaan BN - Johari
Johari sebagai salah seorang ahli panel Program Ukhuwah Kasih & Ihsan Rakyat (UKIR) dan Sembang Santai Orang Muda Kuala Berang 2050 bersama -sama Adun Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku AwangPergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu menyifatkan manisfeto Pakatan Harapan (PH), 'satu rakyat satu rumah' sekadar 'copy paste' inisiatif yang telah diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN).Ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar berkata manifesto tersebut tidak lebih kepada retorik semata-matadengan cuba memberi harapan palsu kepada rakyat."Apa yang saya lihat, PH cuba memberi harapan yang tidak realistik apabila mengumumkan tawaran rumah untuk rakyat menerusi satu daripada lima teras utama manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)."Jika dilihat kembali, tiada janji baharu yang segar dan realistik daripada manifesto berkenaan... semua kerajaan BN dah buat...dah laksanakan dan PH hanya 'copy paste'... cuba meraih undi dengan janji manis sebagai gula-gula supaya rakyat menyokong mereka."PH berjanji untuk membina pemilikan rumah pertama untuk setiap rakyat Terengganu, sedangkan ia sudahpun dilaksanakan kerajaan negeri melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), rumah mampu milik, rumah mesra rakyat dan pembangunan perumahan di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), "katanya kepada pemberita di Program Ukhuwah Kasih Dan Ihsan Rakyat (UKIR) & Sembang Santai Orang Muda Kuala Berang 2050 di Dewan Komuniti Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas manifesto PH yang diumumkan oleh Azan Ismail dengan tawaran rumah untuk semua menerusi satu daripada lima teras utama manifesto PRU14.Azan Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Manifesto Harapan Terengganu mengatakan dengan populasi sejuta rakyat negeri ini, pihaknya yakin mampu membina sebuah rumah untuk setiap orang sekiranya berjaya menawan negeri ini dalam PRU itu nanti.Johari turut menegaskan kerajaan negeri sentiasa mengutamakan kehendak rakyat terutama dalam isu perumahan dan menasihatkan PH supaya tidak menjanjikan sesuatu yang hanya retorik untuk dilaksanakan."BN tidak melontarkan janji palsu, apa yang kita janji kepada rakyat telah banyak dikotakan bagi memastikan rakyat Terengganu memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah setiap seorang pada masa akan datang."Ini terbukti baru-baru ini apabila kerajaan negeri telahpun bersetuju membina sebanyak 300 unit Perumahan Rakyat di setiap DUN pada tahun ini untuk membolehkan rakyat memiliki rumah kos rendah," ujarnya.
19 Mar 18
45
Purata Pendapatan Nelayan Di Terengganu RM2,000 Sebulan
Nelayan tradisional atau nelayan Zon A (pesisir pantai) di negeri ini mampu mendaratkan sebanyak lebih 16,509 tan metrik ikan dengan nilai lebih RM132 juta setahun.Dengan jumlah 5,698 orang nelayan Zon A di seluruh Terengganu, ia merekodkan hasil purata pendapatan nelayan melebihi RM2,000 sebulan.Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Zawawi Ali berkata, rekod itu sekali gus menutup dakwaan pembangkang yang mengatakan nelayan kita berpendapatan RM500 ke bawah sebulan."Itu semua fitnah dan dakwaan berniat jahat dan saya menafikan dakwaan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, bahawa nelayan di negeri ini hidup tersepit dengan pendapatan di bawah RM500 sebulan,"katanya pada sidang media di lokasi pendaratan ikan Tok Jembal, Kuala Nerus, hari ini.Menurut Zawawi lagi, berdasarkan kajian dijalankan bersama Bank Pembangunan Islam terhadap 145 nelayan di Kuala Nerus, hanya 70 daripada kumpulan itu yang meraih pendapatan kurang RM500 sebulan kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara sambilan.Katanya, kajian itu juga menunjukkan secara purata, pendapatan nelayan di sekitar Kuala Nerus antara RM750 hingga RM2,500 sebulan."Pendapatan mereka itu kalau dinilai keseluruhan, tidak termasuk pelbagai bantuan kerajaan seperti Elaun Sara Hidup antara RM250 hingga RM300 sebulan kepada setiap nelayan berdaftar, insentif hasil tangkapan dengan kadar antara 10 sen hingga 20 sen sekilogram."Kerajaan juga menyediakan skim bantuan subsidi diesel petrol bagi menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan,"katanya.Zawawi berkata, untuk tahun ini juga, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk membantu nelayan tempatan membeli peralatan operasi merangkumi mesin tarik bot di 10 pengkalan nelayan, bantuan tong insulasi dan peralatan elektronik GPS."Kerajaan menyediakan bantuan ini bertujuan menambah kesejahteraan nelayan dengan peningkatan hasil tangkapan sekaligus meningkatkan hasil pendapatan mereka."Selain itu, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM550,000 untuk pembinaan tukun tiruan bertujuan membantu nelayan tradisional turun ke laut walaupun pada musim tengkujuh," katanya.Menurutnya lagi, seramai 7,114 nelayan tempatan berdaftar di negeri ini, manakala 2,419 nelayan asing kebanyakannya dari Vietnam dan Thailand.
18 Mar 18
686
Warga Felcra Sokong BN
Menteri Besar bersama tetamu kehormat bergambar bersama penerima anugerah Majlis Sepetang Bersama Menteri Besar, Warga Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku SyamimTengku IsmailWarga Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Terengganu akan terus memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menerajui pentadbiran pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, peserta Felcra akan terus bersemangat menzahirkan sokongan terhadap parti yang sudah banyak berjuang dan berjasa bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada generasi mereka."Pertemuan kita ini untuk kita sama-sama memperingati bahawa kita sudah berada di ambang PRU14. Felcra akan terus main peranan untuk membangkit semangat membantu apa jua yang perlu kita pertahankan (pentadbiran) sama ada kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. "Kita melihat hanya UMNO sahaja yang dapat mempertahankan Malaysia supaya lebih maju dan ditransformasikan pada masa akan datang. Kita bukan hanya perlu memikirkan pilihan raya esok, malah kita perlu fikir untuk tempoh 20 tahun..30 tahun lagi (generasi akan datang),"katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kinabantangan berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Sepetang Bersama Menteri Besar, Warga Felcra Berhad, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang ini.Majlis dirasmikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Menurut Bung lagi, pemimpin BN dan UMNO juga sentiasa mentransformasikan perjuangan dan orientasi kerja mereka demi masa depan generasi akan datang sebagai wadah pelindung dan penyelamat bangsa."InsyaAllah Terengganu akan terus mencapai kejayaan dan melalui transformasi pada masa-masa akan datang."Saya juga cukup yakin dengan kepimpinan UMNO Terengganu yang diterajui Dato' Seri Ahmad Razif,"katanya.Sementara itu, Felcra berjaya memajukan 19 kawasan di seluruh Terengganu membabitkan 178 projek dengan keluasan keseluruhan 23,474 hektar dengan melibatkan seramai 5,918 orang peserta.Felcra Berhad juga mengagihkan kira-kira RM65 juta dividen bagi tempoh 2013 hingga 2017.
13 Mar 18
185