Artikel "Politik" Terkini
PRU14: Hanya BN Memahami Kehendak Rakyat
Manifesto Barisan Nasional (BN) merupakan manifestasi kehendak rakyat dalam mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata kerajaan hari ini telah bertanggungjawab dengan pencapaian prestasi 99.4 peratus yang telah tercapai dalam manifesto BN PRU yang lalu, secara logiknya BN mesti melebihi pencapaian ini untuk PRU14."Pengumuman untuk inisiatif RM1500 kepada anak-anak penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk ke universiti sekurang-kurangnya membantu meringankan beban keluarga bagi permulaan kits pembelajaran."Secara tak langsung juga membantu dari segi kewangan ketua isi rumah B40. Inisiatif ini juga sebagai galakan sosial pihak BN bagi memastikan setiap pelajar sentiasa berpotensi untuk menjadi warganegara terpelajar dan memiliki ilmu ke tahap yang tertinggi,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Berang.Tambahnya lagi, ini termasuklan peningkatan sumbagan BR1M sebanyak 20 peratus jelas menunjukkan kerajaan BN telah menguruskan kewangan negara secara terbaik dan hasil peningkatan pendapatan negara ini dipulangkan semula kepada rakyat." Walaupun ianya diberikan secara one off akan tetapi kesan kepada peningkatan pendapatan individu peserta BR1M ini meningkat hingga 3-12 peratus secara purata bulanan dalam setahun."Kalau kerajaan pada hari ini mampu beri bayaran berganda melalui BR1M, maknanya ekonomi negara tidak ada masalah seperti yang digembar gemburkan oleh pembangkang...masih kukuh dan tidak muflis seperti yang didakwa mereka."Nak kata negara dah muflis...dah tak ada duit, macam mana pihak penjawat awam dapat kenaikan gaji manakala anggota RELA,wataniah dan pasukan keselamatan yang bersara mendapat tambahan elaun, " katanya.Tambahnya lagi, kerajaan BN selama beberapa dekad telah menguruskan negara ini dengan cemerlang melalui pembangunan yang meliputi semua aspek termasuk pembangunan ekonomi dan fizikal."Jangan musnahkan semua perkara yang baik dan istimewa yang telah kerajaan BN berikan selama ini dengan memilih parti yang salah..kecil bagi kita tetapi besar buat rakyat..Hebatkan Negaraku," ujarnya.
11 Apr 18
28
PRU14 : Sokong Siapa Sahaja MB Selepas Ini
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berikrar akan terus memberi sokongan penuh kepada sesiapa sahaja yang bakal dilantik menjadi menteri besar selepas Barisan Nasional (BN) berkuasa semula di negeri itu selepas Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14) nanti.Menurutnya, beliau akan menjadi orang pertama menyokong pelantikan menteri besar baharu sekiranya beliau tidak lagi dilantik ke jawatan itu atau jika tidak lagi disenarai sebagai calon pada PRU14 nanti.“Sesiapa yang bakal dilantik menjadi menteri besar tidak penting tetapi apa yang paling utama ialah setiap ahli parti perlu berjiwa besar dan bekerja kuat bagi memastikan BN terus berkuasa di negeri berkenaan.“Tidak lupa juga perlu berlaku adil kerana jika sebelum ini ahli-ahli parti boleh tetap setia menyokongnya, maka saya juga perlu melakukan perkara yang sama kepada pengganti saya nanti,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Jabatan, Warga Pendidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Daerah Kemaman di Dewan Majlis Pembandaran Kemaman (MPK), Chukai, semalam.Turut Hadir, Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman, Pegawai Daerah Kemaman, Mohd Zahari Mohd Azahar dan Pegawai Penyelaras DUN Chukai, Dato’ Mohamed Awang Tera.Menurut Razif, survival politik orang Melayu perlu dimartabat dan dikekalkan di negeri berkenaan ataupun di negara ini.“Setiap bekas wakil rakyat atau sesiapa sahaja yang tidak tersenarai sebagai calon PRU14 supaya tidak berasa kecewa sebaliknya terus menyokong setiap calon baharu.“Saya sentiasa menasihati setiap ahli parti supaya jangan sekali-kali mengkhianati parti jika tidak dicalonkan sebaliknya perlu terus setia dan berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan kemenangan besar,"katanya.Selain itu Razif berkata, apa yang penting sekarang ialah aspek solidariti dan permuafakatan ahli-ahli parti untuk bekerja kuat sekaligus merampas kembali DUN-DUN yang dikuasai pembangkang termasuk DUN Chukai di Kemaman dengan majoriti lebih besar. “PRU14 kali ini BN terpaksa berdepan dengan tiga penjuru iaitu Pas dan Pakatan Harapan yang sememangnya memerlukan BN bekerja kuat termasuk menggunakan sepenuhnya kekuatan orang muda.“Semboyan PRU14 dibunyikan dan ahli-ahli perlu melupakan semua isu dalaman parti untuk memulakan gerak gempur untuk melawan musuh.Pada majlis tersebut Datuk Seri Ahmad Razif turut menyampaikan sumbangan bantuan kewangan kepada 71 Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah di daerah Kemaman dan kepada semua J3K.
10 Apr 18
90
PRU14: Biarlah Qada Dan Qadar Yang Menentukan-Rozi
Tersenarai atau tidak sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak menjadi satu persoalan dan saya berserah kepada qada dan qadar, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Dato' Rozi Mamat.Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu berkata, semangatnya tetap bersama Barisan Nasional (BN) dan perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negara akan tetap diteruskan "Saya mesti berjuang untuk memastikan kemenangan BN sekali gus kekal sebagai kerajaan yang mentadbir negara...dan saya tidak ada rasa kerut kening nak fikir jadi calon atau tidak, semua ditentukan oleh Allah SWT."Tetap berjuang dan pastikan BN diberi kemenangan pada PRU kali ini dan tidak ada alasan untuk tidak memilih BN kerana kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk rakyat," katanya.Rozi berkata demikian ketika berucap pada pemberita di Majlis Pengagihan Bantuan Banjir DUN Telemong di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti dan Sosial Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Mohamed Zahari Razali serta Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman.Katanya lagi, tidak ada mana-mana kerajaan dalam dunia yang membantu rakyat seperti BN dan bukan dilaksanakan hanya untuk berdepan dengan PRU tetapi merupakan rutin tahunan termasuk meringankan beban mangsa banjir."Mungkin ada kelemahan di mana-mana tetapi kita sentiasa perbaiki. Ini juga selaras dengan slogan khas BN Terengganu menghadapi PRU (Terengganu Molek Doh) dan di DUN Telemong kita semangatkan perjuangan dengan 'Telemong, apee lagaih'."Apa yang ada pada hari ini, ianya perlu dikekalkan untuk anak cucu kita, jangan musnah apa yang dibina selama bertahun-tahun kerana silap membuat perhitungan dan pilihan," katanya lagi.
10 Apr 18
309
PRU14: Setiu Janji 5-0
Mohd Jidin memalu gong sebagai gimik merasmikan programUMNO Bahagian Setiu berikrar untuk menghadiahkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke- 14 yang akan diadakan tidak lama lagi.Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, sebagai pemimpin di kawasan itu, dia mengetahui susur galur dan kehendak rakyat Setiu yang sememangnya setia terhadap parti UMNO."Saya memberi jaminan kawasan ini bukan saja akan menyapu bersih kerusi tetapi mampu memberi jumlah majoriti yang lebih besar andai semua ahli yang terlibat dalam jentera parti atau pengundi tidak bertindak 'cah keting' atau membuat undi rosak," katanya.Mohd Jidin turut berkata UMNO Terengganu dalam waktu peralihan kuasa dan usaha penjenamaan atau penremajaan semula parti, perlu meneliti pelbagai isu dan kriteria sebelum memuktamadkan dalam soal pemilihan calon yang bakal dipertaruhkan untuk bertanding dalam PRU14."Kita kini giat melancarkan perang, mengatur strategi mengambil hati pengundi sebaik saja parlimen dibubarkan Sabtu lepas," katanya selepas merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Peringkat DUN Batu Rakit di Mengabang Panjang, Batu Rakit, baru-baru ini.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, Ahli Parlimen Setiu Datuk Che Mohd Zulkifli Jusoh, Senator Datuk Abdul Rahman Mat Yassin, Setiausaha Politik Menteri Besar, Dr Rozailan Ibrahim dan semua pemimpin politik tempatan.Sementara itu, Bazlan berkata tiga tambahan pusat daerah mengundi (PDM), iaitu Kampung Mengabang Telong, Kampung Wakaf Tengah dan Kampung Mengabang Telipot menjadikan DUN Batu Rakit kini memiliki 11 PDM dengan tambahan 10 cawangan baru berikutan persempadanan baru yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Bazlan berkata tambahan itu bakal melonjak undi yang lebih banyak dan memerlukan kerja keras jentera perayu undi BN."Tapi kita tidak gentar kerana hari ini, DUN Batu Rakit bersiap sedia dengan 2,000 tenaga kerja yang terdiri dari tiga sayap parti iaitu Pemuda, Puteri dan Wanita," katanya lagi.
10 Apr 18
90
Kerajaan BN Tepati Janji, Tiada Rakyat Terpinggir
Kenyataan Rasmi YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman sempena pelancaran Manifesto Barisan Nasional Pilihan Raya Umum Ke -14 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (7 April 2018)Manifesto yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, sebentar tadi membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak sesekali mengabaikan nasib rakyat dari setiap golongan.Bermula dari Perlis sehinggalah ke Sabah, manifesto tersebut menekankan setiap inci perihal kebajikan rakyat serta pembangunan negara bagi membolehkan ekonomi negara berada di tahap yang lebih selesa.Kerajaan BN merupakan sebuah kerajaan yang menepati janji dan tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat sepertimana yang dicanangkan oleh parti pembangkang untuk membeli undi rakyat dan memperdayakan mereka.Malah manifesto yang diumumkan pada pilihan raya umum yang dahulu, Kerajaan BN telah berjaya melaksanakan semua manifesto yang diumumkan.Jadi rakyat tidak perlu berasa takut dan ragu-ragu dengan Kerajaan BN kerana kita janji, kita umum, kita buat dan kita laksanakan, bukan sahaja untuk kepentingan rakyat, malah untuk pembangunan modal insan serta negara.Kepada rakyat Terengganu, sekiranya diberi mandat sekali lagi kepada Kerajaan BN untuk memerintah, sudah pastinya pengumuman pembinaan lebuh raya yang menghubungkan dari Tepoh di Kuala Nerus ke Kelantan akan merancakkan lagi ekonomi tempatan tersebut di samping menjimatkan masa perjalanan.Ini merupakan berita gembira buat rakyat Terengganu khususnya penduduk di Kuala Nerus, Setiu dan Besut.Oleh itu, rakyat perlu yakin dan percaya bahawa Kerajaan BN merupakan kerajaan yang diasaskan untuk memberikan kesenangan dan kemakmuran kepada rakyat dan bukannya berasaskan dendam dan benci yang akhirnya akan memakan diri sendiri.
07 Apr 18
33
Tindakan Ironik Pakatan Harapan Guna Logo PKR
Keputusan Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dianggap sebagai satu tindakan yang cukup ‘ironik’ dan mengejutkan semua pihak.Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, pun begitu terpulanglah kepada PH untuk menggunakan apa-apa logo atau lambang.“Asal usulnya Parti Keadilan Rakyat menggunakan logo atau lambang berbentuk mata yang diilhamkan daripada mata Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebam bagi meraih simpati rakyat.“Pada ketika itu rakyat amat marah dan tidk berpuas hati dengan tindakan Tun Mahathir sehingga menyebabkan mata Datuk Seri Anwar lebam,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawanita bersempena Road to MAHA 2018 di Pantai Kuala Kerteh, Kemaman hari ini.Turut hadir Menteri Wanita, Keluarga dan Kemasyarakat, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Dr Ismail Bakar, Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Dato’ Seri Ahmad Said dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kemaman, Dato’ Rohani Abdullah.Menurut Shabery, pada pilihan raya umum 1999 ada negeri yang mengalami kekalahan termasuk Terengganu.“Bagaimanapun teori politik pembangkang hari ini telah bertukar dan lari daripada landasannya sehingga menyebabkan penyokong PKR sanggup memeluk Tun Mahathir.“Pada masa ini ramai penyokong pembangkang lari daripada prinsip perjuangan asal mereka sehingga sanggup menyokong orang yang mengkhianati mereka dahulu,"katanya lagi.Semalam Pengerusi PH, Tun Mahathir Mohamad mengumumkan kesemua calon daripada empat parti komponennya akan menggunakan simbol PKR pada PRU14 ini.Pengumuman itu dibuat Tun Mahathir pada siri kemuncak Jelajah Pakatan Harapan yang berlangsung, di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.
07 Apr 18
197
BN Terengganu Mahu Tambah Empat Parlimen, Lapan DUN Baru
Barisan Nasional (BN) Terengganu akan mewujudkan persempadan semula empat Parlimen dan lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini jika memenangi majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.Pengerusinya, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, persempadanan semula itu penting bagi membolehkan wakil rakyat khususnya Ahli Parlimen memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat."Terengganu terlepas persempadanan pada 1999 apabila kalah (PRU10). Ini kerana persempadan semula dibuat selepas mendapat kelulusan Sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) dan kelulusan sidang parlimen. Maka kita terlepas proses (persempadan) itu sedangkan negeri lain sudah buat.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan JR (Jalinan Rakyat) PLUS Negeri Terengganu dan Jentera PRU14 Wanita Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari iniTurut hadir Pengerusi Wanita Barisan Nasional Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Wanita UMNO Negeri, Datuk Fatimah Hamat.Menurut Ahmad Razif, di bawah empat DUN pada masa kini, seorang ahli parlimen perlu berkhidmat kepada kira-kira 100,000 rakyat dan jumlah besar itu amat menyukarkan untuk memberi prkhidmatan yang lebih lancar.Beliau sebelum itu amat berbangga dengan persiapan dan komitmen JR PLUS dan Jentera Pilihan Raya Wanita Negeri Terengganu yang sentiasa bersiap sedia untuk bekerja pada PRU14 sebaik pembubaran DUN dan Parlimen pada bila-bila masa sahaja."Kita cukup berkeyakinan untuk mempertahankan kerajaan negeri dan juga memberikan kemenangan kepada BN Pusat."BN Terengganu boleh menyumbang lebih banyak kerusi untuk Parlimen bagi membantu mengekalkan Kerajaan BN Pusat dan juga Kerajaan BN Terengganu," katanya.
05 Apr 18
59
Bubar DUN Tanpa Ambil Kira Cuti Umum
Mohd Zubir ketika mengunjungi gerai pameran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Terengganu sempena Majlis Perasmian Program Menhubung Menyatu @Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini. Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu tidak akan mengambil kira pada hari cuti umum bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan dalam tempoh yang telah ditetapkan.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong berkata, setiap DUN akan dibubarkan selepas pembubaran Parlimen dan mendapat perkenan dari Sultan.“DUN Terengganu sudah membuat persiapan dan bersedia jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.“Pembubaran dewan adalah suatu perkara yang besar. Tidak kira termasuk hari cuti umum atau tidak, prosesnya perlu dibuat secepat mungkin kerana kita tidak mahu perkara yang melibatkan perlembagaan dan sebagainya akan terganggu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Menhubung Menyatu @Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Ali Mohamad Nor.Katanya, mengikut kepada prosedur operasi standard (SOP) sedia ada, Dun Terengganu akan dibubarkan selepas pembubaran Parlimen dan mendapat perkenan dari Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.“Sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, DUN Terengganu akan menyediakan surat pengisytiharan pembubaran dewan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Jawi.“Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman kemudiannya akan mohon menghadap Sultan Mizan untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi membubarkan DUN.“Sebaik sahaja Tuanku perkenan, barulah pengisytiharan pembubaran diwarta dan dikeluarkan. Kita kemudiannya akan serahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan,” katanya.
04 Apr 18
238
Manifesto BN Terengganu Fokus Tiga Bidang
Menteri Besar beramah mesra dengan tetamu yang hadir sempena majlis temu mesra di Dewan Merdeka Kota Putera Square, semalam. Foto oleh Mohamad IshakBarisan Nasional (BN) Terengganu akan menumpukan tiga bidang utama dalam manifesto peringkat negeri bagi meneruskan kesejahteraan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tiga bidang berkenaan adalah tawaran mengurangkan kos beban hidup rakyat, perumahan dan pendidikan yang bakal diberi keutamaan sebagai janji Kerajaan BN kepada rakyat negeri ini.Katanya, menerusi usaha mengurangkan kos beban hidup rakyat beberapa insentif baru berbentuk bantuan akan disediakan dalam manifesto berkenaan.Beliau berkata, kemudahan tempat tinggal sebanyak 40,000 rumah mampu milik turut disediakan bagi memberi tempat tinggal yang lebih selesa kepada penduduk yang tidak mempunyai rumah kediaman.Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 1,000 unit rumah mampu milik akan disediakan kepada penduduk Daerah Besut.“Usaha juga disediakan untuk memberi perhatian kepada bidang pendidikan bagi mengekalkan pencapaian Terengganu sebagai hab pendidikan utama negara,” katanya selepas Majlis Temu Mesra Peringkat Daerah Besut di Dewan Merdeka Kota Putera Square Kampung Raja, semalam.Pada majlis itu lebih 4,000 peserta mewakili ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan guru-guru seluruh Daerah Besut.Sehubungan itu, Menteri Besar berharap rakyat negeri ini memberi mandat semula kepada BN supaya semua program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar selepas berjaya membentuk kerajaan.Beliau berkata, BN Terengganu juga tidak menolak menjalin kerjasama dengan PAS selepas pilihan raya bagi meneruskan pembangunan yang dirancang kerajaan.Pada majlis itu, Ahmad Razif turut menyampaikan bantuan RM5,000 kepada setiap JKKK dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) serta RM2,000 kepada PIBG.
02 Apr 18
47
Rakyat Perlu Buat Pilihan Tepat
Ahmad Razif beramah mesra dengan tetamu. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailRakyat Terengganu harus membuat pilihan tepat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi bagi memastikan negeri ini tidak kembali ke zaman “kegelapan” semasa di bawah pentadbiran Pas.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata meminjam slogan Parlimen Besut Dato' Seri Idris Jusoh, “Masihkah Kau Ingat,” rakyat Terengganu perlu ingat bagaimana Pas semasa mentadbir negeri ini telah menutup tadika, gagal menguruskan sampah sarap serta tidak menunaikan janji untuk melaksanakan hukum hudud.“Jika rakyat terus beri kepercayaan kepada BN, Insya-Allah, landskap negeri ini akan berubah hebat dalam beberapa tahun akan datang,” katanya.Ahmad Razif berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 5,000 tetamu pada Majlis Pertemuan Bersama J3K, guru- guru dan ahli PIBG di Dewan Arena Merdeka DungunAhmad Razif yang juga Pengerusi BN Terengganu berharap rakyat akan terus memberi kepercayaan dan mandat kepada kerajaan negeri bagi memastikan negeri ini kekal milik BN." Pada masa sama mahu mengingatkan rakyat Terengganu supaya memberi mandat yang kuat kepada BN untuk membolehkannya terus menjaga kebajikan rakyat, melaksanakan pembangunan dan pelbagai program," katanya.
30 Mar 18
36