lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Empty Image
PRU14 : Manifesto BN Penuhi Kehendak Rakyat
JohariBerita dan gambar oleh : Ezzuan AhmadManifesto tambahan yang diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, baru-baru ini dilihat sebagai satu manifesto yang mampu membela nasib rakyat.Dengan slogan tema 'Masa hadapan, kita bina bersama hari ini' dilihat sebagai langkah yang tepat untuk menjadikan Negeri Terengganu sebagai sebuah negeri maju dan sentiasa menjaga kebajikan rakyat pada masa akan datang.Manifesto tambahan yang diumumkan  memberi penekanan khusus kepada memartabatkan agama Islam dan keharmonian beragama, mengurangkan beban rakyat dan membina generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) ke arah Revolusi Perindustrian 4.0 (IR R.0).Ianya menyentuh 20 perkara penting seperti mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan dan pusat mencari kerja, JobsTerengganu serta memastikan keutamaan peluang pekerjaan bagi projek Laluan Rel Pantai Timur diberikan kepada anak tempatan.Selain itu kadar tol Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) juga akan diturunkan sehingga 50 peratus secara berperingkat, status rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) akan ditukar kepada sewa beli daripada sewaan dan pembinaan tambahan 20,000 rumah mampu milik.Dengan memberi penekanan kepada memperkasakan pendidikan dan penglibatan wanita di dalam pelbagai sektor dilihat sebagai tunjang utama kepada manifesto tersebut.Orang ramai yang ditemui menyambut baik pengumuman tersebut dan dilihat sebagai satu manifesto yang mampu membela nasib semua golongan yang memerlukan.Bagi pekerja swasta, Johari Mat Ali , 48, pengumuman yang dibuat merupakan sesuatu yang ditunggu oleh rakyat dan pasti dapat direalisasikan seperti mana yang ditunaikan  sebelum ini."Satu peluang yang baik dan bagi anak muda,  menambahkan peluang pekerjaan adalah satu yang ditunggu - tunggu dan patut direbut oleh mereka."Manakala isu rumah juga pada masa sekarang menjadi satu isu utama dan janji kerajaan untuk membina lebih banyak rumah kepada golongan pertengahan adalah satu yang terbaik dan mampu memenuhi kehendak rakyat," katanya.AdawiyahBagi Adawiyah Abdul Mutallib, 31, Kerajaan BN tidak pernah melupakan apa yang telah dijanjikan sepertimana dalam manifesto sebelum ini.Sambil menyifatkan sebalik manifesto itu, banyak perubahan dari segi pembangunan telah berlaku sejak merampas kembali tampuk pemerintahan pada 1999 lalu."Saya yakin terhadap kerajaan yang ada sekarang akan mampu membawa lebih banyak kemajuan dalam menjaga kesejahteraan rakyat khususnya."Saya tetap akan mengundi Barisan Nasional kerana saya yakin dan sudah merasa nikmat pembangunan yang telah dilaksanakan oleh parti ini sejak sekian lama,"katanya.
21 Apr 18
60
Empty Image
PRU14 : Ketua Keselamatan PPBM Besut Keluar Parti
Jentera Keselamatan Parti Pribumi  Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Besut lumpuh apabila Ketua Keselamatan parti itu, Hashim Che Hassan, 50, bertindak keluar parti itu, malam tadi.Hashim membuat pengistiharan keluar parti dan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli UMNO kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) Dato' Seri Idris Jusoh pada majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) Parlimen Besut di Dataran Jertih Souq, Besut, malam tadi.Majlis perisytiharan keluar parti dan penyerahan borang itu turut disaksikan lebih 5,000 penyokong BN yang hadir pada majlis pelancaran manifesto berkenaan.Ketika berucap pada majlis itu, Hashim berkata, dia yang sudah setahun memegang jawatan itu hilang kepercayaan terhadap PPBM kerana tidak mempunyai arah perjuangan sebenar untuk membela bangsa Melayu.“Saya diberi tauliah sebagai Ketua Keselamatan parti sudah tidak yakin kepada pemimpin PPBM malah tidak ada perancangan untuk membina negara,” Katanya yang disambut laungan Hidup Rakyat oleh penyokong BN.Beliau berkata, dia baru sedar parti pembangkang tidak mampu untuk memberi apa yang dijanjikan bukan sahaja kepada ahli malah seluruh rakyat negara ini.Oleh itu, katanya, tidak ada gunanya rakyat menyokong Pakatan Harapan (PH) kerana BN sahaja satu-satunya parti yang menjaga kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.Hashim berkata, beliau akan berusaha untuk menarik seberapa ramai ahli PPBM Besut supaya keluar dari parti itu dan menyokong semua calon BN di Besut.Idris yang juga Menteri Pendidikan Tinggi ketika berucap pada majlis perasmian pelancaran itu berkata, BN akan terus memberi perhatian terutama meningkatkankan taraf pendidikan negara ke persada antarabangsa selepas diberi mandat semula pada (Pilihan Raya Umum Ke-14) PRU14 nanti.Beliau yang juga calon bagi Parlimen Besut yakin pembangkang di Terengganu akan tewas pada PRU14 berikutan sambutan baik rakyat negeri ini terhadap kepimpinan Kerajaan BN sama ada di peringkat negeri mahupun Pusat.
20 Apr 18
44
Empty Image
Tuduhan Pembangkang Tidak Berasas- Ahmad Razif
Ahmad Razif melayan pelanggan pada Program  Jualan Sentuhan Rakyat. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengatakan masih ramai rakyat di Terengganu berada dalam kelompok miskin adalah tidak berasas.Katanya, pembangkang terlalu  mudah membuat tohmahan dengan membandingkan penerima Dana Aidilfitri sepanjang tempoh tiga tahun iaitu, 2015 sehingga tahun lalu.“Jika berpandukan  kepada angka sememangnya dilihat semakin meningkat kerana syarat  pendapatan yang dipersetujui kerajaan berjumlah RM2,500 pada 2015 berbanding RM3,000 pada 2016 dan 2017.“Apabila syarat kelayakan penerima dana dilonggarkan semakin ramailah yang boleh memohon, faktor itu sebenarnya dilihat meningkat,”katanya.Beliau berkata selepas Majlis Program Walkabout Jualan Sentuhan Rakyat dan Perasmian Pusat Tuisyen Khas Rakyat di Dewan Serbaguna Tok Jembal, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, isteri besar To’ Puan Seri Halina Zakaria.Razif turut memberitahu, kerajaan turut memperkenalkan bantuan dengan mengambil kira pelbagai aspek. Kerajaan menghulurkan bantuan kepada pasukan keselamatan tanpa mengira pangkat. Takkan ketua polis Terengganu pun tergolong dalam kelompok orang miskin."Bantuan-bantuan yang kita berikan itu bukan tertakluk kepada golongan miskin semata-mata tetapi atas faktor-faktor lain seperti menghargai sumbang dan sebagainya,"katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat seorang pemimpin pembangkang yang menyatakan masih ramai rakyat di negeri ini miskin dengan mengambil kira peningkatan jumlah peruntukan Bantuan Dana Aidilfitri.“Tuduhan tidak betul dan tanpa asas itu jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang ketandusan isu."Rakyat diminta menilai setiap berita terutamanya yang tular dimedia sosial agar tidak terpengaruh dengan  berita palsu,"katanya.
19 Apr 18
35
Empty Image
PRU14 : Wan Nawawi Sedia Bertanding
Wan Nawawi ketika menjawab soalan Teganukita selepas berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Wisma Darul Iman, pagi ini. Foto oleh Tengku Mohd Syamim Tengku IsmailSetiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail bersedia menggalas tugas untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jika diarahkan pucuk pimpinan. Nawawi, 61, akan menamatkan perkhidmatan sebagai SUK pada akhir Jun ini dan mula bercuti pada  1 Jun dilantik sebagai SUK pada 3 Ogos 2016, selain turut memegang jawatan sebagai Pengerusi TDM sejak 29 Ogos 2017, memulakan perkhidmatan dalam pentadbiran negeri sebagai Pegawai Tadbir Negeri di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu pada 1 Julai 1981."Jika saya dipilih bertanding sebagai calon, saya minta sokongan dan saya tidak minta untuk menyokong saya secara membabi-buta,. Minta dengan Tuhan, memilih yang terbaik, sekiranya Tuhan membuka hati mereka untuk memilih saya sebagai wakil mereka, InsyaAllah saya akan memberikan tanggungjawab yang semaksimum mungkin sebagaimana saya berkhidmat sebagai pegawai kerajaan," katanya kepada Teganukita selepas berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Wisma Darul Iman, di Wisma Darul Iman, pagi ini.Nawawi mengulas demikian sebagai menjawab persoalan berhubung nama beliau antara yang disebut-sebut akan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU ini.Menurut beliau lagi, sebelum ini sudah ditawarkan untuk bertanding,  namun menolak atas faktor belum bersedia dan masih mahu terus berkhidmat sebagai pegawai pentadbiran kerajaan."Ini tafsiranlah..memang saya sudah berhasrat  untuk meninggalkan perkhidmatan ini lebih awal. Berkait sama ada saya bertanding atau tidak, ia juga satu anugerah. Saya tidak melihat ia sebagai satu yang membangggakan, ini tanggungjawab yang perlu saya pikul (jika dipilih). “Saya tidak tahu..ini sudah diatur oleh Ilahi sepanjang karier saya. Saya selalu menggunakannya sebagai anugerah Ilahi.. seperti juga (kejayaan) dalam bidang-bidang  sukan yang saya dapat, betapa besarnya nikmat dan kurniaan Allah kepada saya. Kalaulah saya terpilih saya juga akan mengabdikan diri untuk memberi perkhidmatan (terbaik),”katanya.
17 Apr 18
459
Empty Image
PRU14 : PPBM Umum Calon Di Tiga Parlimen, Lapan DUN
Razali (lima dari kanan) bersama calon-calon PPBM yang akan bertanding pada PRU14Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu mempertaruhkan pengerusinya, Dato' Razali Idris, 52, sebagai calon Parlimen Hulu Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).PPBM yang dibubarkan buat sementara itu mendahului rakan parti dalam pakatan pembangkang apabila mengumumkan kesemua calonnya yang akan bertanding pada PRU14 kecuali dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Dengan pengumuman itu bermakna  PPBM akan bertanding di 10 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga daripada lapan kerusi Parlimen di Terengganu.Razali berkata, pemilihan merupakan calon-calon berkaliber dan menepati citarasa rakyat bagi mencipta kejayaan dalam PRU14."Mereka adalah muka baharu dan tidak mempunyai pengalaman dalam dunia politik dan kita yakin boleh menang di kerusi yang dipertandingkan."Calon-calon terdiri dari kalangan profesional termasuk jurutera, doktor, ahli perniagaan selain bekas pegawai tadbir negeri," katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon di pejabat PPBM negeri, Bukit Perpat, Ajil, Hulu Terengganu, malam tadi.Dua lagi calon Parlimen ialah Dato' Ir. Wan Nazari Wan Jusoh (Besut) dan Dato' Dr Mohd Faudzi Musa (Setiu).Calon PPBM lain yang diketengahkan bagi kerusi DUN ialah Che Ku Hashim Che Ku Mat (Kuala Besut), Ismail Abdul Kadir (Hulu Besut), Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan (Tepuh), Dato' Zulkifli Mohamad (Ladang), Aidi Ahmad (Pengkalan Berangan), Zamani Mamat (Ajil), Mohamad Arif Arifin (Bukit Besi) dan Dato' Wan Marzuki Wan Sembok (Kijal).Namun dua kerusi DUN iaitu Langkap dan Batu Rakit masih belum dapat diisi calonnya disebabkan pihaknya masih meneliti kelayakan calon yang dijangka akan selesai dalam tempoh terdekat.
15 Apr 18
128
Empty Image
PRU14 : Pemimpin UMNO Besut Janji Tidak Khianati Parti
Pemimpin UMNO Besut sepakat berjanji tidak akan mengkhianati parti jika mereka tidak dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Umum (PRU14) ini.Pemimpin berkenaan, Ahli Parlimen Besut, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan Tinggi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut merangkap Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad; ADUN Jertih, Dato' Muhammad Pehimi Yusof yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu dan ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.Mereka sudah beberapa kali membuat pengakuan terbuka di hadapan ahli parti bahawa akan akur dengan sebarang keputusan dibuat pucuk pimpinan tertinggi parti terutama mengenai kedudukan diri masing-masing.Hasrat itu bagaimanapun disambut dingin oleh ahli akar umbi kerana mahu khidmat mereka masih diperlukan untuk pembangunan Daerah Besut dan mengukuhkan kekuatan Barisan Nasional (BN) Terengganu.Idris yang sebelum ini memberi laluan kepada Nawi untuk menjadi Ketua UMNO Bahagian itu menjadi idola kepada semua wakil rakyat di Parlimen Besut juga pernah berkata bahawa sudah sampai masanya orang muda perlu diberi peluang menjadi pemimpin.Nawi ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan Pengerusi PDM Parlimen Besut pada Ahad lalu berkata, beliau tidak kisah sama ada namanya dicalonkan atau tidak pada PRU14 ini."Saya sudah tiga penggal diberi peluang menjadi wakil rakyat tidak akan kecewa jika tidak dicalonkan sebaliknya akan terus menyokong BN" katanya.Pada majlis sama, Muhammad Pehimi turut melahirkan nada sama dengan Nawi dan berikrar akan terus membantu parti jika tidak dicalonkan semula.Bagaimanapun, jentera BN Besut yang menjadi kubu kuat parti di utara Terengganu berharap semua wakil rakyat sedia ada dikekalkan bagi memberi kemenangan lebih besar kepada BN Terengganu.Pengerusi PDM Seberang Jertih, Abdul Rani Mat Amin pula berkata, khidmat semua wakil rakyat BN di Besut masih diperlukan kerana mereka disukai pengundi selain mempnyai rekod cemerlang.
15 Apr 18
92
Empty Image
PRU14 : BN Optimis Rampas Alor Limbat, Bukit Payong
A. Latiff ditemuramah media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Marang."Kita yakin akan mendapat kembali dua kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) yang pernah dimenangi Barisan Nasional (BN), Alor Limbat dan Bukit Payong selain mengekalkan DUN Pengkalan Berangan, kata Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang.Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemampuan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini, ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Daerah Marang di Binjai Rendah, Marang, hari ini.Keyakinan beliau selaku individu yang mengetuai jentera BN Marang juga bersandarkan PRU14 adalah masa terbaik untuk pengundi berfikir secara terbuka serta positif dalam memilih calon dan parti yang terbukti mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat.A. Latiff turut menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada Pengerusi BN Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam memilih 'calon boleh menang' bagi seluruh DUN dan Parlimen Marang."Di samping itu, kita juga melihat BN berpotensi besar untuk menawan DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang. Semuanya tidak mustahil kerana sejarah pernah kita lakukan di Parlimen Marang sebelum ini."Jentera Marang akan berjuang sebaik mungkin untuk BN dan percaya siapapun calon yang dipilih, itu merupakan pilihan terbaik untuk kita," tegasnya.
14 Apr 18
183
Empty Image
PRU14 : Turun Caj Tol LPT2, 40,000 Peluang Kerja Dalam Manifesto Tambahan BN Terengganu
Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu akan  menurunkan bayaran tol di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sehingga 50 peratus secara berperingkat-peringkat, mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan, peluang pekerjaan dan perniagaan mengutamakan rakyat Terengganu dalam Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) serta meningkatkan penglibatan golongan wanita yang berkelayakan dalam pentadbiran kerajaan mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) antara yang terkandung dalam Manifesto Tambahan  BN Terengganu yang diumumkan hari ini.Empat daripada 20 'touch point' berkenaan akan dilaksanakan sekiranya BN terus diberi mandat mentadbir negeri sejurus memenangi  'peperangan' Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) tidak lama lagi.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, selain manifesto BN di peringkat Pusat yang dilancarkan Perdana Menteri minggu lalu, BN Terengganu turut menyenaraikan 20 titik sentuhan berkenaan untuk dilaksanakan Kerajaan BN sebaik mendapat mandat mentadbir negeri."Mana-mana kerusi yang kita tidak menang kita rampas kembali, manakala yang kita sudah menang kita kekalkan kerusi BN."Sebaik sahaja rakyat mengekalkan mandat kepada BN dan memberi kemenangan lebih besar kepada Terengganu, kita akan tunaikan manifesto tambahan (BN) yang mempunyai lima komponen yang utama selain komponen lain yang menjadi sebab kekal memilih BN,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena lawatan kerja rasmi Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO ke Hulu Terengganu bagi melancarkan Jentera Pilihan Raya Parlimen Hulu Terengganu  dan pelancaran Manifesto Tambahan BN Terengganu di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu.Turut hadir,  isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis.Hadir sama, Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Terengganu, Dato' Muhammad Pehemi Yusof, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari, Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi Mamat dan kepimpinan BN Negeri.`Masa Hadapan Kita Bina Bersama'Manifesto Tambahan Barisan Nasional Terengganu mempunyai 5 komponen.10. Komponen PERTAMA: 5 SEBAB KENAPA PERLU PILIH BN TERENGGANUSebab Pertama : ISTIQOMAH menjaga Maqasid SyariahSebab Kedua : BANYAK cerita kejayaan (success stories)Sebab Ketiga : REKOD pentadbiran dan kepimpinan yang baikSebab Keempat : BERPENGALAMAN mengurus tadbir NegeriDan Sebab Kelima : BERSUNGGUH dalam membantu rakyat11. Komponen Kedua : TEMA DAN WAR CRY Tema Manifesto ialah  Masa Hadapan, Kita Bina Bersama atau Our Future, We Build Together       War Cry kita ialah Terengganu…Molek Doh!12. Komponen Ketiga : CERITA KEJAYAAN TERENGGANU Oleh kerana kita mempunyai banyak cerita kejayaan yang melambangkan rekod pencapaian pentadbiran yang cemerlang, maka manifesto ini turut menyebut bahawa terdapat 144 cerita kejayaan, sepanjang lima tahun BN Terengganu menjadi Kerajaan dan kita turut berikan 10 contoh. 13. Komponen Keempat : 5 TERAS AKUJANJI Pertama : Memartabatkan Agama Islam dan Keharmonian BeragamaKedua : Meningkatkan usaha meringankan beban rakyatKetiga : Membina generasi TN50 ke arah Revolusi Industri 4.0Keempat : Memperkasa Pendidikan sebagai asas kecemerlangan sumber manusiaDan Kelima : Menyerlahkan lagi penglibatan aktif golongan Wanita dalam pelbagai bidang14. 20 TOUCHPOINTS :Pertama  : Mewujudkan 40,000 peluang pekerjaanKedua : Membina tambahan 20,000 unit Rumah Mampu MilikKetiga : Mewujudkan Onestop Center (JobsTerengganu)Keempat : Mewujudkan Pelan Strategik Revolusi Industri 4.0 untuk generasi TN50Kelima : Menjadikan Sukan Bermotor dan E-Sports sebagai sukan berimpak tinggiKeenam : Mewujudkan Pusat Pemindahan Banjir Bersepadu (P2B) di setiap daerahKetujuh : Meluaskan Rangkaian Pengangkutan Awam di kawasan tumpuan ramaiKelapan : Mewujudkan Sekolah Rendah Imtiaz (SERI)Kesembilan : Mewujudkan Pusat Hemodialisis di setiap daerahKesepuluh : Menurunkan Bayaran Tol LPT2 sebanyak 50% secara berperingkatKesebelas : Membina rumah – rumah PPR di setiap daerahKedua belas : Menukar status rumah PPR daripada Sewa kepada Sewa beliKetiga belas : Membina LPT 3Keempat belas : Memperluaskan Bantuan Program Transformasi Gerai untuk penjaja kecil dan usahawan mikroKelima belas : Memperkasa Pusat Pengajian Agama Harian untuk golongan dewasa di setiap daerahKeenam belas : Memperkenalkan Kad Harga Patut kepada mereka dalam senarai e-kasih, OKU, Ibu Tunggal dan Anak YatimKetujuh belas : Memperluaskan program Jualan Sentuhan Rakyat ke semua daerahKelapan belas : Memastikan peluang – peluang pekerjaan dan perniagaan mengutamakan rakyat Terengganu dalam Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL)Kesembilan belas : Meningkatkan Penglibatan Golongan Wanita yang berkelayakan dalam pentadbiran kerajaan dan GLCDan kedua puluh : Mewujudkan Pusat Tahfiz Darul Iman di setiap daerah
12 Apr 18
869
Empty Image
TPM Hadir Perjumpaan Tertutup Di Hulu Terengganu
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri perjumpaan tertutup pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Hulu Terengganu, di Bangunan UMNO Hulu Terengganu, di Kuala Berang, hari ini.Naib Presiden UMNO itu tiba bersama-sama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis pada jam 2.30 petang dengan diiringi Pengerusi Badan Perhubungan BN Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar.Turut hadir, Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Terengganu, Dato' Muhammad Pehemi Yusof, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari dan Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi MamatPada majlis berkenaan Zahid menyampaikan amanat kepada kira-kira 150 anggota jawatankuasa tertinggi parti termasuk tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.Beliau juga menasihati ahli parti agar sentiasa memberikan sokongan penuh kepada calon yang dipilih dan jangan sehingga ada pergolakan dalaman dan sabotaj sesama ahli.
11 Apr 18
215
Empty Image
BN Tanggung Tunggakan Cukai Akibat Janji PAS
Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu terpaksa membayar tunggakan cukai pintu selama lima tahun kira-kira RM26 juta kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) selepas berjaya mengambil alih semula negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).Tunggakan itu adalah langkah BN untuk tidak membebankan penduduk selepas mereka tidak membayar cukai pintu berikutan janji PAS dalam manifesto parti itu pada PRU-11 untuk memansuhkan cukai berkenaan jika menang menyebabkan tunggakan itu.Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh, berkata selepas memenangi kerajaan negeri Terengganu pada PRU-11, kerajaan negeri PAS tidak mengeluarkan arahan pemansuhan cukai pintu, sebaliknya hanya mengarahkan PBT tidak mengutipnya.Beliau berkata, kerajaan PAS pada 1999 hingga 2004 juga tidak mengeluarkan arahan bertulis termasuk kelulusan mesyuarat EXCO kepada PBT mengenai pemansuhan cukai pintu."Kerajaan pimpinan PAS negeri juga tidak pernah membentangkan untuk mendapatkan kelulusan pemansuhan cukai pintu di Parlimen."Pemansuhan cukai pintu di negeri ini hanya boleh dilakukan jika Parlimen meluluskan pindaan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)," katanya kepada NSTP.Samiun berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Manifesto PAS yang sekali lagi berjanji untuk mengecualikan cukai pintu kediaman jika berjaya merampas negeri ini pada PRU-14.Katanya, selepas BN berjaya merampas semula negeri pada PRU-12, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak membebankan rakyat apabila menjelaskan bayaran tunggakan cukai pintu kepada MBKT sebanyak RM26 juta- BERITA HARIAN
11 Apr 18
90