Artikel "Politik" Terkini
PRU14: Setiu Yakin Menang 5-0
JidinBarisan Nasional (BN) Parlimen Setiu dijangka mampu mengulangi kejayaan cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU11) PRU12 dan PRU13.Pada PRU Ke -14 pada 9 Mei ini, ramai yang beranggapan kelima-lima kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, DUN Langkap, DUN Permaisuri, DUN Jabi dan kerusi Parlimen Setiu pastinya sekali lagi bakal menyapu bersih dengan kemenangan 5-0.Pada kali ini Setiu mempertaruhkan calon otai, Dato Mohd Jidin Shafee sebagai Ahli Parlimen, diikuti Mohd Iskandar Jaafar calon kerusi DUN Jabi, Dato’ Abd Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Sabri Mohd. Noor (Langkap) serta penyandang, Bazlan Abd Rahman (Batu Rakit).HalimSementara itu, bagi calon Parlimen Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, terima kasih kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) kerana sekali lagi mempercayai dan memilihnya untuk bersama-sama calon lain berbakti kepada rakyat di negeri ini.“Dengan pengalaman yang ada termasuk pernah menjadi ahli Parlimen Setiu dan mantan Exco Kerajaan Negeri pastinya tidak menjadi masalah untuk memenangi hari pengundi.“Saya akan meneruskan kecemerlangan Setiu dengan menambah pelbagai kemudahan dan pembangunan,”katanya.Calon DUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh berkata, dia yakin DUN Permaisuri mampu mengekalkan majoriti tinggi seperti yang diperoleh sebelum ini walaupun bertukar calon yang sebelum ini disandang Mohd Jidin.Katanya, dia memberi keyakinan penuh kerana melihat sokongan rakyat di kawasan itu yang sememang setia dan kepada parti bukannya melihat kepada siapa yang bakal bertanding.“Saya berazam akan memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat di kawasan permaisuri dengan meneruskan agenda pembangunan, kebajikan, pendidikan dan pelbagai aspek yang boleh membantu ekonomi rakyat di kawasan itu,”katanya.IskandarManakala calon yang juga penyandang bagi kerusi DUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, berkata beliau bersama penyokong BN di kawasan itu sentiasa bersiap sedia dan sudah lama berkerja keras untuk mengulangi kejayaan memenangi DUN Jabi.“Dengan kepercayaan tinggi yang diberikan itu, saya akan meneruskan agenda menjaga kebajikan, pendidikan dan hal ehwal ekonomi rakyat.“Jabi antara kerusi harapan bagi membentuk Kerajaan BN, pastinya saya bersama-sama pengundi akan melakukan yang terbaik agar kubu kuat BN ini tidak akan tergugat,”katanya.
22 Apr 18
265
PRU14: Pok Usop Nekad Rampas Semula Manir
Yusof Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir mampu kembali kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan mencipta sejarah dan satu rekod baharu di Terengganu dengan pencalonan Yusof Awang Hitam sebagai calon BN kali ini.Yusof berkata, kerusi DUN Manir yang sudah tujuh penggal (hampir 30 tahun) di tangan pembangkang dan merupakan antara kubu kuat Pas di Terengganu dijangka mampu dimenangi BN pada PRU14 ini."Manir perlu kembali kepada BN kerana sudah terlalu lama ketinggalan berbanding tiga DUN lain di Parlimen Hulu Terengganu, jadi saya harap pada PRU kali ini, marilah kita sama-sama beri peluang kepada BN untuk menang."Hari ini pun, kita dapat lihat kerajaan tetap bantu dan jaga DUN Manir walaupun ditangan pembangkang..kalau BN menang, bayangkan apa yang akan orang Manir dapat tentunya lebih lagi pembangunan serta kemudahan-kemudahan lain dapat untuk orang Manir," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Yusof yang lebih dikenali sebagai Pok Usop turut berkata pihaknya hanya menunggu gendang dipalu dan kesiapsiagaan jentera parti yang sudah lama bergerak secara mantap pihaknya yakin BN dapat tawan Manir.Beliau juga berharap orang Manir akan memberi sokongan padu kepadanya berdasarkan rekod perkhidmatannya sepanjang lima tahun berkhidmat sebagai Pegawai Pembangunan DUN Manir yang sentiasa mendekati rakyat setiap masa.Untuk rekod, pada PRU13 lalu kerusi DUN Manir berjaya dipertahankan Pas, dengan majoriti 588 undi menerusi pertaruhan muka baru, Hilmi Harun dan sebelum itu (PRU12), Pas turut memenanginya dengan kelebihan majoriti hanya 432 undi.
22 Apr 18
154
PRU14 : Abe Adi Pertahan Kota Putera
MahdiKhabar angin yang bertiup kencang terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa yang dikatakan tidak akan dicalon semula bagi mewakili Barisan Nasional (BN) terjawab apabila turut tercalon mengekalkan kerusi itu, hari ini.Mohd Mahdi atau lebih dikenali dengan panggilan Abe Adi dipilih mewakili BN bagi kerusi yang pernah disandangnya sebelum ini.Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Negeri Terengganu, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman di Majlis Pengumuman Calon BN Terengganu, di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu.Mohd Mahdi sebelum ini menjadi perbualan hangat bukan sahaja di kalangan pembangkang malah penyokong UMNO sendiri apabila nama beliau dikatakan antara yang `direhatkan' pada PRU14.Mohd Mahdi ketika ditemui selepas pengumuman itu berkata, beliau hanya mengetahui namanya disenaraikan semula selepas dihubungi Menteri Besar petang semalam.Katanya, jika sekiranya tidak terpilih beliau tetap akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti."Saya akan memikul tanggungjawab yang diberikan parti dan memastikan penduduk DUN Kota Putera tetus menikmati pembangunan," katanya.
22 Apr 18
986
PRU14 : BN Gempur Sura, Paka
Berita oleh : Izzuan AhmadDua kerusi `panas' Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura dan Paka mampu digempur dan bakal dirampas semula Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.Ini dilihat kepada pola pemikiran rakyat yang mahukan kepada perubahan dan pembangunan untuk kesenangan mereka di masa hadapan apabila kedua - dua kerusi tersebut yang dipegang oleh parti Pas dilihat sebagai tidak membawa kepada perubahan kepada rakyat .Meskipun kedua-dua kerusi tersebut berada di tangan pembangkang, Barisan Nasional dilihat tidak memilih bulu dalam menyalurkan bantuan melalui Pegawai Penyelaras DUN yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk membela dan membawa kemajuan kepada penduduk.Pengumuman dua muka baru untuk bertanding di dua kawasan tersebut kali ini dilihat sebagai satu percaturan yang tepat oleh Pengerusi BN Negeri kerana kedua - dua calon mempunyai pengalaman luas dalam bidang politik dan apa yang menariknya, pada pemilihan ini buat kali pertamanya BN telah meletakkan calon wanita akan untuk bertanding di DUN Sura.Bagi calon N28, DUN Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman, pemilihannya sebagai calon pada kali ini dilihat sebagai satu kepercayaan parti kepadanya untuk membawa perubahan di kawasan tersebut.Beliau yang merupakan Pegawai Penyelaras UMNO DUN Paka mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam bidang politik.Tengku Hamzah berkata, pemilihannya sebagai calon pada kali ini merupakan suatu kepercayaan yang diberikan oleh pengurusan tertinggi parti untuk membawa perubahan di kawasan Paka."Pas dilihat tidak membawa sebarang perubahan dan pembangunan di kawasan Paka dan semua yang dinikmati oleh rakyat sekarang adalah usaha dari Kerajaan BN yang turun sendiri mendengar permasalahan dan merealisasikan pembangunan untuk rakyat."Kami (BN) akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan ianya terbukti selama 60 tahun memegang tampuk pemerintahan negara " katanya.Sementara itu, calon tunggal wanita bagi DUN Sura (N27), Datuk Zainun Abu Bakar ketika ditemui berkata, pemilihannya pada pilihanraya kali ini merupakan satu tanggungjawab yang besar perlu di pikul dalam melastarikan pembangunan di kawasan tersebut.Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Dungun, berkata rakyat sudah mula sedar bahawa kemajuan yang dikecapi mereka selama ini ada hasil usaha dari pemimpin BN yang ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat."Wanita kini dilihat setaraf dengan kaum lelaki apabila ramai wanita telah diberi peranan untuk memegang jawatan yang tertinggi di dalam parti dan beberapa jawatan tertinggi di dalam kerajaan."Kami (wanita) akan memberikan sokongan yang terbaik kepada pimpinan Bahagian dan juga kepada jentera DUN bagi memastikan kawasan ini dapat dirampas kembali," katanya.
22 Apr 18
264
PRU14: Ahmad Said Bakal Pertahan Kerusi Kijal
AhmadMantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said turut diumumkan sebagai calon yang akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Pengumuman itu sekali gus menjawab teka teki orang ramai yang menyatakan beliau antara penyandang yang tidak akan bertanding bagi memberi laluan kepada calon baharu di kerusi DUN itu.Majlis pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Negeri Terengganu, Dato’Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada Majlis Pengumuman Calon BN, di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Ahmad akan mempertahankan kerusi disandangnya sebelum ini iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal.Ahmad juga melahirkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dan berterima kasih kepada pucuk pimpinan BN yang masih mempercayainya untuk bertanding dan bakal meneruskan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di DUN itu.Katanya, beliau mampu dan berkeyakinan tinggi DUN Kijal akan kekal kepada BN berdasarkan sokongan pengundi di kawasan itu sejak sekian lama.“Begitu juga Parlimen Kemaman dan tiga lagi DUN lain di parlimen itu, dilihat berpotensi penuh untuk menang besar berdasarkan calon-calon yang ditampilkan pada kali ini,” katanya.
22 Apr 18
208
PRU14 : Calon Otai Kuala Berang Kekal
Tengku PuteraCalon otai, Dato' Tengku Putera Tengku Awang kembali mewarnai persada politik negeri apabila diumumkan mempertahankan kerusi bagi calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Beliau sebelum ini merupakan penyandang DUN Kuala Berang pada PRU13 yang lalu, mengalahkan calon PAS, Muhyidin Rashid dengan majoriti 449.Tengku Putera berkata, pencalonan kembali namanya dalam senarai PRU14 dianggap sebagai satu rezeki yang tidak diduga dan pastinya menjadi kelangsungan untuk terus berkhidmat kepada rakyat di DUN berkenaan."Saya sangat terharu dengan kepercayaan yang diberikan bagi memastikan kemenangan DUN Kuala Berang terus kekal kepada BN."Saya akan perjuangkan untuk pastikan BN tetap bertapak di Kuala Berang walaupun kita tahu ianya agak kritikal pada PRU13 tapi saya tetap akan pastikan kemenangan berpihak kepada BN dengan agenda kerajaan pusat dan negeri yang sentiasa perjuangkan pembangunan untuk rakyat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pengumuman calon BN di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu hari ini.Tengku Putera turut berazam akan meneruskan perjuangan dan mengalas tanggungjawab yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan sebaik mungkin selain tidak akan mensia-siakan harapan rakyat bagi melihat Kuala Berang terus membangun."Jangan sesekali kita belot, harus menangkan perjuangan kita untuk Kuala Berang, negeri seterusnya untuk Kerajaan Pusat...terimalah segala yang diputuskan dengan hati yang terbuka, kita akan menang dengan kekuatan jentera yang ada."Isu-isu yang pembangkang cuba timbulkan seperti masalah perumahan di Padang Setengga dan pembinaan hotel di kawasan masjid (Kuala Berang) tidak akan menjejaskan pengundi kerana ianya sudah hampir diselesaikan,"katanya.
22 Apr 18
38
PRU14 : BN Mampu Tawan Parlimen Dungun
Berita oleh: Izzwan AhmadDinBarisan Nasional (BN) menzahirkan keyakinan mampu merampas kembali kerusi P039, Parlimen Dungun dari tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.Calon bagi kerusi tersebut, Dato' Din Adam berkata, kepercayaan yang diberi oleh pucuk kepimpinan tertinggi parti dilihat sebagai penghormatan tertinggi kepadanya dalam membawa perubahan di dalam daerah Dungun."Kepercayaan yang diberi adalah dilihat sebagai satu keyakinan bahawa kita mampu untuk membawa kepada perubahan dan pembangunan di daerah ini."Politik itu berteraskan kepada pembangunan. Politik itu berteraskan kepada masa depan. Jadi rakyat memahami bahawa hanya BN yang mampu membawa ke arah tersebut,"katanya ketika ditemui selepas pengumuman calon oleh Pengerusi BN Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Din berkata, apa yang telah dijanjikan dalam manifesto sebelum ini sudahpun ditunaikan dan ianya bukanlah sesuatu janji kosong sepertimana yang dilakukan oleh pihak pembangkang. "Ini membuktikan bahawa kita BN serius untuk membawa perubahan dan pembangunan kepada rakyat dalam memastikan mereka merasai satu kehidupan yang lebih baik " katanya.Beliau juga yakin pola pemikiran masyarakat di Daerah Dungun sudah berubah untuk memberikan kepercayaan kepada BN untuk memerintah dan membawa pembangunan kepada mereka."Kita lihat di empat DUN iaitu di Bukit Besi, Rantau Abang, Paka dan Sura sudah mula menampakkan keyakinan kepada BN untuk mentadbir dan ianya akan direalisasikan dalam pilihan raya kali ini," katanya.Kerusi Parlimen Dungun pada pilihan raya lepas dimenangi oleh Pas, iaitu Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang menewaskan calon BN, Dato Rosli Mat Hassan.Katanya lagi, dengan slogan `Sepadu ' yang sering digunakan dapat meniupkan semboyan jentera parti untuk merampas kembali kerusi parlimen yang dipegang oleh Pas.
22 Apr 18
251
PRU14 : Gandingan Dua `Z' Calon Serikandi BN
Zaitun bersama anak-anak yang hadir memberi sokongan pada hari pengumuman calon Barisan Nasional, di Kediaman Seri Iman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailBarisan Nasional (BN) Terengganu memahat sejarah apabila pertama kali menampilkan dua calon wanita pada Pilihan Raya Umum bagi merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung dan Sura pada 9 Mei ini.ZaitunKetua Wanita UMNO Bahagian Marang, To’ Puan Zaitun Mat Amin dan Bendahari Wanita UMNO Negeri, yang juga Ketua Wanita UMNO Dungun, Datuk Zainun Abu Bakar, menjadi dua calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), yang diumumkan Pengerusi Barisan Nasional Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.BN Terengganu sekali lagi mempertaruhkan calon wanita Zaitun, 61 dan Zainun, 65, selepas kali pertama menerusi Nordiana Shafie, yang bertanding di DUN Batu Buruk namun kalah kepada calon PAS pada PRU12.ZainunCalon Bukit Payung yang juga bekas Ahli Dewan Negara itu aktif dalam politik sebagai EXCO Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, manakala Zainun pula yang juga Pegawai Pembangunan DUN Sura aktif sebagai Bendahari Pergerakan Wanita UMNO Negeri.Zaitun yang juga pengerusi Jalinan Rakyat Plus Parlimen Marang berkata, beliau cukup yakin untuk merampas semula DUN Bukit Payung kerana sudah hampir lima tahun bekerja dan isu di Parlimen Marang sudah lama ditangani bersama jentera akar umbi termasuk 23 cawangan UMNO seluruh DUN (Bukit Payung).“Gelombang PRU12 dan 13 sudah berlalu, kini pada PRU14 saya yakin rakyat Bukit Payung mahu generasi mereka terbela dan mereka pastinya mahu kerajaan yang kukuh dan stabil dapat membela dan menjaga kebajikan mereka.“Kita yakin lebih 23,000 pengundi di Bukit Payung sudah bijak menilai dan akan memilih BN pada PRU14,”katanya.
21 Apr 18
586
PRU14 : BN Terengganu Tampil Calon Boleh Menang
Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailBarisan Nasional (BN) Terengganu hari ini mengumumkan senarai calon yang akan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14).Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi BN Terengganu yang juga Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di kediaman rasminya Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini. "Inilah barisan calon-calon (BN) yang akan mengekalkan 17 kerusi BN dan merampas semula 15 kerusi di tangan pembangkang dan empat lagi kerusi Parlimen yang kita hilang sebelum ini."InsyaAllah semua calon BN ini yang akan dibawa pada Hari Penamaan Calon pada 28 April ini tanpa apa-apa perubahan. Dua serikandi (calon wanita di DUN Bukit Payong dan Sura) juga kita akan pastikan dapat merampas semula dan memihak kepada BN,"katanya.Daripada barisan calon-calon BN yang diumumkan, parlimen dan DUN Besut mengekalkan penyandang sedia ada, Hulu Terengganu juga mengekalkan muka lama, dengan calon parlimen melakukan `comeback', apabila meletakkan mantan ADUN Ajil selama tiga penggal pada 1999-2013, Dato' Rosol Wahid. Parlimen dan DUN di Kemaman juga mengekalkan penyandang, termasuk mantan ADUN Chukai (2004-2013), Dato' Mohamad Awang Tera dicalonkan semula kali ini. Parlimen Setiu juga mengekalkan penyandang, kecuali DUN Permaisuri bertukar kepada mantan ADUN, Dato' Halim Jusoh yang pernah memenangi kerusi itu pada PRU12 lalu.Sementara Kuala Terengganu, Dungun dan Kuala Nerus juga menampilkan ramai muka baharu, dengan Ahmad Razif turut mempertahankan kerusi DUN Seberang Takir (Kuala Nerus).CALON BARISAN NASIONAL (BN) BAGI DUN DAN PARLIMEN TERENGGANUP.033 - Besut (Dato' Seri Idris Jusoh)-penyandangN01 - Kuala Besut (Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman)-penyandangN02 - Kota Putera (Mohd. Mahadi Musa )-penyandangN03 - Jerteh (Dato' Muhammad Pehimi Yusof )-penyandangN04 - Hulu Besut ( Nawi Mohamad ) -penyandangP.034 -Setiu (Dato' Mohd. Jidin Shafee )N05 - Jabi (Mohd. Iskandar Jaafar ) -penyandangN06 - Permaisuri (Dato' Halim Jusoh)-muka baharuN07 - Langkap (Datuk Sabri Mohd. Noor )-penyandangN08 - Batu Rakit (Bazlan Abd. Rahman) -penyandangP.035 Kuala Nerus (Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad) -muka baharuN09 - Tepuh (Datuk Mohd. Basir Ismail)-muka baharuN10 - Buluh Gading (Che Mansor Salleh)-muka baharuN11 - Seberang Takir (Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman) -penyandangN12 - Bukit Tunggal (Tuan Arif Sahibu Fadillah Tuan Ahmad)P.036 Kuala Terengganu (Dato' Wan Nawawi Wan Ismail) -muka baharuN13 - Wakaf Mempelam (Salleh Othman)- muka baharuN14 - Bandar (Toh Seng Cheng)-muka baharuN15 - Ladang (Datuk Mohd. Sabri Alwi )-muka baharuN16 - Batu Buruk (Zamri Awang Hitam)-muka baharuP.037 Marang (Mohamad Nor Endot)- muka baharuN17 - Alur Limbat (Datuk Saiful Bahri Baharuddin) -muka baharuN18 - Bukit Payong (To' Puan Zaitun Mat Amin) -muka Wakaf BaharuN19 - Rhu Rendang (Datuk Nik Dir Nik Wan Ku)N20 - Pengkalan Berangan (A. Latiff Awang) -penyandangP.038 Hulu Terengganu (Dato' Rosol Wahid)N21 -Telemong (Dato' Rozi Mamat)-penyandangN22 - Manir (Yusof Awang Hitam)N23 - Kuala Berang (Dato' Tengku Putera Tengku Awang)-penyandangN24 - Ajil (Dr Ghazali Taib)-penyandangP.039 Dungun (Dato' Din Adam) N25 - Bukit Besi (Roslee Daud ) -penyandangN26 - Rantau Abang (Wan Zaulkifli Wan Gati) -muka baharuN27 - Sura (Datuk Zainun Abu Bakar )-muka baharuN28 - Paka (Tengku Hamzah Tengku Draman -muka baharuP.040 Kemaman (Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek) -penyandangN29 - Kemasik (Ir. Rosli Othman ) -penyandangN30 - Kijal (Dato' Seri Ahmad Said) -penyandangN31 - Cukai (Dato' Mohamad Awang Tera )N32 - Air Putih (Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar) -penyandang
21 Apr 18
287
PRU14 : Manifesto BN Besut Tawar Lapan Bidang Utama
Barisan Nasional (BN) Besut menawarkan lapan bidang utama menerusi manifesto Parlimen Besut bagi memberi kesejahteraan kepada penduduk daerah itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Pengarah Pilihan Raya BN Besut, Nawi Mohamad berkata, lapan bidang utama yang terkandung dalam manifesto khas itu diselaraskan dengan BN negeri dan Pusat supaya semua janji parti dapat dilaksanakan selepas PRU14.Majlis pelancaran Manifesto BN Besut itu disempurnakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga calon BN Parlimen Besut di Dataran Perhentian Kereta Sewa Jertih, Besut, malam tadi.Kira-kira 5,000 penyokong BN memeriahkan majlis pelancaran berkenaan yang turut dihadiri oleh empat bakal calon BN dari DUN Kuala Besut, Kota Putera, Jertih dan Kuala Besut.Nawi berkata, lapan bidang yang akan diberi tumpuan termasuklah membina Lebuh Raya Pantai Timur (LPT3), membina 1,500 rumah mampu milik,meneruskan pembangan Pusat Pendidikan Taman Ilmu, manaiktaraf Hospital Besut kepada Hospital Berpakar, merancakkan industri pelancongan, menjadikan Daerah Besut sebagai pusat ternakan dan bekalan susu kambing negara, menjadikan persisiran Sungai Keluang sebagai tempat riadah dan membina Kota Putera Mall.Nawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut berkata, bagi menjayakan semua janji BN dalam manifesto itu penduduk Besut diminta meneruskan sokongan kepada semua calon BN yang diberi peluang bertanding pada PRU14.“Kita memerlukan sokongan padu bagi memastikan empat calon Dewan Undangan Negeri dan Parlimen kekal,” katanya.Idris yang juga Menteri Pendidikan Tinggi ketika berucap pada pelancaran itu berkata, rakyat negeri ini perlu ingat supaya penderitaan yang dialami ketika Pas memerintah negeri ini tidak berulang kembali.Katanya, sepanjang tempoh pemerintahan Pas rakyat menderita dan tidak ada satu masjid pun dibina oleh parti itu walaupun mereka bercakap mengenai Islam.
21 Apr 18
224