Artikel "Politik" Terkini
PRU14 : Jangan Pilih Wakil Rakyat `Chipsmore'
Mohd Sabri bergambar dengan sekumpulan guru selepas merasmikan sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Terengganu, di Wisma Darul Iman. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimPengundi di Kuala Terengganu diminta supaya tidak mengulangi kesilapan memilih wakil rakyat seperti biskut `Chipsmore.' Pegawai Penyelaras DUN Ladang, Dato' Mohd Sabri Alwi berkata, pemimpin berkenaan bersikap tidak amanah untuk memperjuangkan nasib rakyat kerana sering meninggalkan kawasan sedangkan mereka dipilih supaya sentiasa bersedia berkhidmat dan turun padang menemui rakyat pada bila-bila masa sahaja.Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang berkata, kegagalan berada di kawasan sepenuh masa itu juga menyebabkan rakyat kehilangan tempat untuk merujuk dan menyelesaikan isu setempat. "Kita hanya minta penduduk Kuala Terengganu termasuk di DUN Ladang menilai semula wakil rakyat yang layak mereka pilih bagi meneruskan mandat menjaga kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka."Walaupun (BN) tewas sebelum ini, kita tetap bekerja dan turun padang bagi memastikan nasib rakyat tetap terbela. Jadi, kita minta rakyat membuat pilihan terbaik dan `wi gok sekali' pada kali ini (PRU14) sahaja,"kata beliau ketika berucap di hadapan lebih 1,000 warga pendidik sempena sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail yang juga calon BN Parlimen Kuala Terengganu dan calon BN Batu Buruk, Zamri Awang Hitam, calon BN Wakaf Mempelam, Salleh Othman dan calon BN Manir, Yusof Awang HitamSabri juga memberitahu, beliau sentiasa mengingatkan penduduk bahawa jawatan sebagai wakil rakyat bergelar `YB' (Yang Berhormat) bukan diutamakan beliau, sebaliknya YB yang dipraktikkan beliau sejak sahulu lagi adalah sebagai `yang berkhidmat'."Kita tidak mahu menjadi YB kerana mahu bergelar Yang Berhormat kerana pemimpin dan jentera BN sudah lama bekerja, mendekati rakyat dan turun bantu rakyat tanpa mengira masa dan di mana-mana sahaja."Oleh itu, jika rakyat memberi mandat dan memilih DUN Ladang kembali kepada BN saya pastinya akan kekal sebagai YB, yang berkhidmat, kerana itu adalah keutamaannya dan prinsip perjuangan saya,"katanya.Dalam pada itu, Sabri juga menghargai peranan warga pendidik yang sudah banyak berkorban demi melahirkan modal insan kelas pertama yang unggul dan cemerlang.Menurutnya lagi, golongan itu juga menjadi ejen yang memainkan peranan utama bagi merealisasikan aspirasi negara dan membentuk generasi pemimpin yang dapat meneruskan kesinambungan pembangunan negeri serta negara yang diiktiraf di peringkat dunia.
23 Apr 18
46
PRU14 : Seng Cheng Tanpa Jemu Bantu Penduduk
Toh Seng ChengPegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Toh Seng Cheng berikrar untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan menggerakkan momentum hingga kemuncak bagi mengembalikan kegemilangan kawasan itu.Calon BN DUN Bandar yang lebih dikenali sebagai Áh Cheng' itu turut bertekad memastikan majoriti pengundi kawasan itu akan kembali menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini."Kita sudah lebih setahun bekerja dan memberi perkhidmatan tanpa jemu kepada penduduk memberi perkhidmatan terbaik oleh semua komponen dan sayap parti yang penuh komitmen secara tidak langsung mampu menguatkan lagi sokongan bukan Melayu dan golongan muda yang dilihat lemah sebelum ini."Saya melihat gelombang perubahan sokongan kepada BN sudah berlaku dan kita tidak boleh leka, malah perlu lebih gigih kerana setiap undi tanpa mengira bangsa dan golongan usia itu amat penting untuk kita meraih kemenangan besar dan merampas semula DUN ini,"katanya ketika ditemui selepas pengumuman calon-calon BN Terengganu, kelmarin.Setiausaha MCA Bahagian Kuala Terengganu itu berkata, Dun Bandar mempunyai seramai 20,217 pengundi dan separuh daripadanya adalah pengundi muda. Sehubungan itu, pelbagai program dirangka bagi mendekati golongan itu serta merapatkan hubungan sesama bangsa seperti menerusi penganjuran Festival Peranakan Terengganu dan KT City Fun Run yang berjaya menghimpunkan golongan belia Melayu dan bukan Melayu dalam satu acara bersama sekali gus mengukuhkan perpaduan selain mewujudkan gaya hidup sihat."Jentera BN akan memberi fokus kepada pengundi muda yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan pengundi kawasan ini kerana mereka di kalangan yang mudah terpengaruh terhadap mesej dalam media sosial masa kini yang tidak tepat dan diputarbelitkan.“Saya amat berharap sebagai pengundi muda, mereka lebih peka dan membuat analisis dulu sebelum menerima satu-satu berita yang banyak dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan,” katanya.
23 Apr 18
204
PRU14 : Wakaf Mempelam Kian Membiru
SallehPegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (PPD) Wakaf Mempelam, Salleh Othman optimis mampu menarik lebih ramai pengundi di DUN itu untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Katanya, pengalaman sejak 1982 berkecimpung dan berkhidmat dalam dunia politik sebelum dilantik sebagai PPD sejak empat tahun lalu memberinya kelebihan untuk memahami landskap politik di kawasan yang sudah sekian lama dikuasai pembangkang itu."Saya positif dengan situasi politik masa kini dan dapat melihat penerimaan pengundi terhadap BN kian baik di Kuala Terengganu termasuk di DUN Wakaf Mempelam."Malah, di DUN Wakaf Mempelam juga kita merekodkan sejumlah 10,611 pengundi yang menyokong BN. Jadi kita sasarkan 1,000 lagi golongan atas pagar dapat menyertai kita dan menambah sokongan sedia ada sekali gus memastikan kemenangan pada 9 Mei ini,"katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pengumuman Calon-Calon BN Terengganu oleh Pengerusi BN Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, semalam.Salleh memberitahu, reaksi positif dan penerimaan ramai itu diperolehi hasil pertemuan dan lawatan jentera BN ke rumah-rumah di kebanyakan cawangan sejak kebelakangan ini termasuk penerimaan ahli Pas sendiri.Tambah beliau lagi, penguasaan pembangkang juga kian merosot apabila mereka sudahpun berpecah dua, sekali gus menjadi antara kelebihan yang akan memihak kepada BN.Menurut Salleh, jika diukur pertembungan satu lawan satu BN dengan Pas sebelum ini, BN pernah merekodkan kekalahan dengan majoriti 600 undi."Rekod satu lawan satu (BN-Pas) dilihat kita sama-sama kuat. Jika lebih dari 1,000 majoriti undi (kalah) itu mungkin wujud masalah dalaman. Alhamdulillah ini semua tidak berlaku setakat ini."Kita berharap proses dan perjalanan PRU ini lancar dan tiada protes dalaman. Malah, saya melihat kesatuan dan muafakat di kalangan jentera parti dan akar umbi bagi membuat sebarang keputusan untuk kebaikan bersama juga satu senario yang positif, "katanya.Kata beliau lagi, penduduk di DUN itu juga tidak seharusnya menoleh ke belakang lagi dan keluar menunaikan tanggungjawab pada 9 Mei ini dengan memilih BN supaya mandat yang dizahirkan dapat membawa lebih banyak pembangunan dan projek kesejahteraan rakyat.
23 Apr 18
205
PRU14 : Mat Tera Mampu Pulangkan Chukai Kepada BN
MohamedBekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Dato' Mohamed Awang Tera sekali lagi menjadi taruhan Barisan Nasional (BN) di kerusi ADUN Chukai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)Mesra dengan panggilan 'Mat Tera' pencalonannya kali ni dilihat akan mampu merampas kembali kerusi DUN Chukai yang dipegang oleh Pas.Dianggap sebagai 'Winabble Candidate', beliau dilihat mampu menarik pengundi di kalangan kaum lain untuk terus menyokong BN.Meskipun terpaksa berhadapan dengan protes di kalangan ahli parti sendiri, beliau menyatakan itu adalah perkara biasa di dalam kancah politik."Tapi (protes) ini kebiasaannya pada awal-awal sahaja, biasalah ada ahli parti mula-mula rasa tak puas hati (dengan calon) tetapi lama kelamaan kepentingan parti itu melebihi segala-galanya."Saya akan berusaha selesaikan (perkara ini) sebelum bermulanya kempen," katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman calon BN berkenaan, di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, semalam.Berikutan itu, tegas beliau penyelesaian kepada masalah itu akan dilakukan secara baik namun jika penyelesaian cara baik tidak berkesan, tindakan tegas akan diambil sebagaimana yang telah diarahkan pihak pucuk pimpinan. Ujarnya, beliau akan terus bekerja dengan jentera yang sedia ada untuk menjalankan amanah yang telah diberikan bagi memenangi pilihanraya yang dianggap penting sepanjang bergelar sebagai ahli politikMohamed merupakan bekas ADUN Chukai selama dua penggal dari 2004 hingga 2013 dan pada PRU13, namanya tidak disenaraikan sebagai calon di kerusi tersebut.
23 Apr 18
92
PRU14: Penduduk Bukit Besi Setia,Yakin Bersama BN
RosleeBerita oleh : Izzuan Ahmad Majoriti pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi masih yakin dengan kemampuan Barisan Nasional (BN) dan akan kekal memberi mandat itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.Ini kerana parti tersebut telah membuktikan bahawa telah banyak melakukan pembangunan serta membela nasib rakyat di kawasan tersebut.Penyandang ADUN Bukit Besi, Roslee Daud yang juga bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkata, respon rakyat dan pengundi untuk terus memihak kepada BN dizahirkan menerusi sambutan dalam pelbagai program anjuran parti dan Kerajaan BN.Katanya, penduduk juga tanpa ragu mengakui hanya BN yang kekal dari dulu membela dan menunaikan janji kepada rakyat. Malah, tiada sebab untuk mereka menolak parti itu pada PRU nanti."Penduduk sudah melihat pembangunan yang telah dibuat oleh BN dan mereka mahukan parti ini untuk terus kekal pada kali ini."Ini dibuktikan dengan pelbagai bantuan yang telah diberikan seperti pemberian dana, Projek Perumahan Mampu Milik, Pembinaan LPT2 dan banyak lagi,"katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pengumuman calon-calon BN Terengganu oleh Pengerusi BN Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Menurut Roslee, pada PRU kali ini BN dilihat mampu memenangi dengan mudah kerana ianya merupakan kubu kuat di daerah ini." Kita tiada masalah dalaman kerana ahli parti sedar perbalahan tidak membawa apa - apa makna sebaliknya akan menghancurkan parti itu sendiri " katanya lagi.Tambahnya, jentera parti sudah pun bersedia dari awal untuk menghadapi pilihanraya pada kali ini dan akan mempertahankannya daripada jatuh ke tangan pembangkang.
22 Apr 18
341
PRU14 : Sabri Mahu Kekal Sebagai 'YB, Yang Berkhidmat'
Mohd SabriCalon Barisan Nasional (BN) Ladang, Datuk Mohd Sabri Alwi mahu kekal menjadi 'YB' yang berkhidmat kepada lebih 22,000 pengundi di DUN itu sebagai kelangsungan gerak kerja parti jika dipilih memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti."BN sudah lama berkhidmat di seluruh Terengganu termasuk di DUN Ladang..bukan hanya lima tahun lalu kita tumpukan kawasan ini, malah sejak sekian lama kita turun bantu rakyat tanpa mengira parti, masa dan juga keadaan di seluruh kampung dan cawangan."Oleh itu, jika rakyat memberi mandat dan memilih DUN Ladang kembali kepada BN saya akan kekal sebagai YB, yang berkhidmat, kerana itu keutamaannya seperti mana yang sudah kita lakukan selama ini," katanya.Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan Pegawai Pembangunan DUN Ladang berjanji untuk sentiasa melihat ke bawah mendengar permasalahan dan suara rakyat serta mengatasi setiap permasalahan itu dengan segera yang mungkin.Menurutnya lagi, beliau sentiasa mengingatkan diri untuk menjadikan kesilapan dan kelemahan parti pada pilihan raya umum terdahulu sebagai ikhtibar bagi mengembalikan kekuatan BN dLadang tanpa mencari kesalahan pihak lain."Jika dipilih berada di atas pastinya rakyat di bawah dan akar umbi mahu supaya saya mendengar suara mereka dan menyelesaikan segala permasalahan yang ada."Saya akan sentiasa menunduk ke bawah dan sedaya upaya akan mengembalikan kepercayaan dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk manfaat pengundi-pengundi di DUN Ladang,"katanya.Terkenal dengan slogan 'Wi Gok Sekali', beliau yang turut dikenali ramai penduduk sebagai pemimpin yang merendah diri dan mesra, juga yakin BN semakin berjaya menawan hati pengundi-pengundi DUN Ladang menerusi pelbagai gerak kerja turun padang jentera parti yang diketuai beliau sendiri.Tambahnya lagi, pelbagai program, bantuan dan usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat yang dilakukan parti itu memberi petanda baik untuk Ladang mengembalikan kerusi itu kepada BN.
22 Apr 18
464
PRU14: Mohamad Nor Optimis Tumbang Pas Di Marang
Mohamad NorBarisan Nasional (BN) optimis mampu menumbangkan dominasi pembangkang di Parlimen Marang pada pilihan raya umum lalu. Calon Parlimen (P037) Marang, Mohamad Nor Endot meluahkan keyakinan tersebut selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini, sekali gus akan menentang Presiden Pas, Abdul Hadi Awang pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU14)."Walaupun saya diberi kepercayaan untuk bertanding di Parlimen yang sekian lama telah didominasi oleh pembangkang, saya yakin dalam PRU14 ini saya akan menyerahkan kembali kepada BN."Apa relevannya lagi berada di bawah kepimpinan pembangkang sedangkan terbukti BN sahaja yang telah memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat selama ini. Mengapa tidak kita pulangkan parlimen ini kembali kepada BN,"kata beliau lagi.Mohamad Nor menambah, jentera parti memiliki kekuatan tersendiri dan bersedia menggempur kubu pembangkang pada kali ini.Pengerusi Peyelaras DUN Bukit Payung itu turut mengajak seluruh jentera untuk berjuang habis-habisan kerana tidak mustahil kegemilangan bekas Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Rahman Bakar yang merampas parlimen itu pada PRU11 2004 lalu.Abdul Rahman pernah mengalahkan Abdul Hadi sebanyak dua kali iaitu pada PRU 1986 dan 2004 sehingga mendapat jolokan 'giant killer'.
22 Apr 18
81
PRU14 : Empat Otai Kembali Bantu Penguasaan BN
MohamedEmpat calon Barisan Nasional (BN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ibarat sirih pulang ke gagang apabila turut diberi kepercayaan membarisi senarai 32 calon kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.HalimKeempat-empat mereka, Dato' Abd Halim Jusoh yang pernah menjadi ADUN Permaisuri, Dato' Mohamed Awang Tera (DUN Chukai), Dato' Rosol Wahid (DUN Ajil) dan Dato' Din Adam (DUN Bukit Besi) adalah wakil rakyat yang pernah menang pada PRU12 (2008).Di atas kertas, Mohamed dan Din diihat berdepan cabaran besar untuk merampas kembali DUN Chukai serta Parlimen Dungun yang kini disandang Pas, sementara Rosol dan Abdul Halim diamanahkan supaya mempertahankan kerusi BN Parlimen Hulu Terengganu dan DUN Permaisuri.RosolRosol yang juga Ahli Jawatakuasa UMNO Bahagian berkata, pencalonannya pada PRU14 ini memberi cabaran lebih besar berbanding kerusi DUN Ajil yang dimenanginya selama tiga penggal sejak 1999 hingga 2008.“Sebagaimana kita ketahui tsunami politik pada 1999 apabila Pas mengambil alih pemerintahan sebagai kerajaan, saya antara empat wakil rakyat BN yang menang dan menjadi pembangkang ketika itu.“Bagaimanapun, rekod selama tiga penggal di kerusi DUN Ajil, pengundi yang berpihak kepada BN semakin baik dan meningkat..dengan jentera parti yang kuat, saya yakin BN akan terus menang di Hulu Terengganu,” katanya.DinManakala Din yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri pada 2004 berkata, pemilihan semula beliau memberi peluang untuk memacu pembangunan dan kemajuan untuk dinikmati pengundi Parlimen Dungun pada PRU kali ini.“Kita sudah lama bekerja keras dan berkhidmat untuk rakyat tidak kira masa dari segenap lapisan masyarakat sama ada di bandar atau di kampung-kampung,“Tiada parti lain selain BN yang mampu membawa perubahan tidak kira dari segi sosial dan fizikal di Parlimen ini berbanding pihak pembangkang yang sekadar wujud pada nama semata-mata,” katanya.
22 Apr 18
63
PRU14 : Rosol 'Comeback', Pertahan Hulu Terengganu
Gandingan mantap calon-calon BN Hulu TerengganuMantan Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Dato' Rosol Wahid yang pernah berkhidmat sejak 1999 hingga 2013 dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen Hulu Terengganu.Dengan tagline 'Hulu Terengganu Hulubalang Terengganu', kemunculan semula beliau selepas direhatkan seketika pada PRU13 mengganggap pencalonannya adalah sebagai wadah terbaik meneruskan perkhidmatan kepada rakyat.Rosol berkata, tanggungjawab mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Terengganu itu merupakan satu takdir dengan peluang yang diberikan kepada selepas tiga penggal berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil sebelum ini."Alhamdulillah kerana diberi peluang sekali lagi untuk menabur bakti kepada rakyat Hulu Terengganu dengan kawasan yang lebih luas berbanding ketika saya menjadi ADUN seketika dahulu."Kali ini saya perlu lebih fokus dan membuat perancangan rapi supaya rakyat Hulu Terengganu tidak ketinggalan berbanding daerah-daerah lain dengan pengalaman yang saya ada sebelum ini," katanya kepada pemberita di kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.RosolKetika ditanya mengenai pertembungan dengan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Dato' Razali Idris, beliau menyifatkannya senario itu pelik tapi benar."Pertembungan yang merupakan antara sahabat yang pernah bersama dalam perjuangan yang sama dahulu. Satu perkara yang pelik tapi benar sebab dia tidak mengundi untuk diri dia sendiri yang berada di Marang tetapi bertanding di Hulu Terengganu."Saya tidak punyai masalah mengenainya dan saya yakin Parlimen Hulu Terengganu menang bergaya pada PRU14 nanti," katanya
22 Apr 18
296
PRU14: Telemong Kubu Kuat BN
Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Dato' Rozi Mamat sekali lagi diberi amanah untuk mempertahankan kubu Barisan Nasional (BN) di DUN itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Katanya, BN akan mengekalkan kemenangan pada PRU14 selain menambah undi dengan mensasarkan majoriti 7,864 walaupun sasaran itu bukannya satu kerja yang mudah."Jika ingin mencapai sasaran 7,864 majoriti semua pihak perlu fokus dengan apa yang di inginkan untuk mencapai kemenangan dengan gerak kerja dan komitmen jentera parti bagi mengekalkan kemenangan besar di kawasan tersebut yang telah bermula sejak PRU13 lagi."Kita sudah buat yang terbaik untuk pengundi kali pertama di DUN Telemong dan pengundi luar yang perlu dijaga bagi memastikan undi mereka adalah untuk BN dengan pelbagai program yang telah dilaksanakan bersama mereka setiap tahun," katanya.Tambahnya lagi, semua pihak di Cawangan perlu menggarap usaha bersama bagi memastikan pengundi DUN itu tidak berganjak kepada parti lain selain BN walau apapun yang melanda."Namun saya tidak pandang ringan kepada calon pembangkang yang merupakan rakan sekampung tetapi saya yakin dengan kekuatan jentera yang ada bahawa BN tetap menguasai dengan semangat yang ada ..Telemong tetap menang."Perancangan yang telah dibuat akan tetap diteruskan melalui Kerajaan BN termasuk pembangunan untuk penduduk setempat dan memastikan DUN Telemong tidak lagi ketinggalan dalam banyak aspek," katanya lagi.Rozi, 47, berasal dari Kampung Chapu menjadi ADUN Telemong sejak memenangi PRU12 dan mempertahankan kerusi itu pada PRU13.Pada PRU13 lalu, Rozi mendapat 10,262 undi dengan majoriti 6,864 undi mengalahkan calon PKR, Narawi Embong yang memperoleh 3,398 undi.
22 Apr 18
787