Artikel "Politik" Terkini
PRU14: Penamaan Calon Kuala Nerus Lancar
Proses penamaan calon P035 Kuala Nerus bertempat di Kompleks Majlis Sukan Negeri, Gong Badak, pagi ini berjalan lancar.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pasukan keselamatan dan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab."Perjalanan untuk proses penamaan calon pada pagi ini berjalan lancar."Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pegawai pengurus dan juga anggota SPR pada pagi ini yang dapat melaksanakan proses penamaan calon dengan lancar."Malah, pasukan keselamatan dapat mengawal keadaan dengan begitu baik sekali dan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan kepada wakil SPR di Kompleks Majlis Sukan Negeri, Gong Badak, hari ini.Ahmad Razif yang juga calon Barisan Nasional (BN) DUN Seberang Takir turut berterima kasih kepada kesemua penyokong parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di kawasan itu yang berpolitik secara matang."Saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong parti BN, Pas dan Pakatan Harapan kerana semua penyokong tidak agresif dan mereka berpolitik secara matang."Ini menampakkan pembaharuan dan proses demokrasi yang terpimpin dan begitu baik sekali," ujarnya.Katanya, persiapan rapi yang telah dibuat oleh pasukan keselamatan dan SPR telah membolehkan kesemua calon membuat proses penamaan calon dengan aman dan penyokong juga terkawal."Saya berharap proses sebegini (keadaan aman) akan berterusan sampai ke hari pengundian pada 9 Mei ini," ujarnya.Ahmad Razif bersama empat lagi calon BN Kuala Nerus menyerahkan borang pencalonan kepada wakil Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) kira-kira 9.05 pagi.
27 Apr 18
115
PRU14 : 10,000 Penyokong BN Mara Ke Stadium Negeri
Lautan penyokong BN berarak menuju ke Stadium Negeri. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail dan Hasmizi HamidSuasana sekitar Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hingar bingar dengan sorakan ribuan penyokong daripada tiga parti yang mengiringi calon masing-masing sempena proses penamaan calon, hari ini.Seluruh Terengganu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei ini.Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Nawawi Ismail, Salleh Othman (Wakaf Mempelam), Toh Seng Cheng (Bandar), Dato' Mohd Sabri Alwi (Ladang) dan Zamri Awang Hitam (Batu Buruk).Manakala calon Pas, Ahmad Amzad Mohamed (Kuala Terengganu), Wan Sukairi Wan Abdullah (Wakaf Mempelam), Ahmad Shah Mohamed (Bandar), Dato' Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang) dan Muhammad Khalil Abdul Hadi (Batu Buruk).Calon PKR terdiri daripada Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Parlimen Kuala Terengganu dan DUN Batu Buruk), Zubir Mohamed (Wakaf Mempelam), Azan Ismail (Bandar) dan Datuk Zulkifli Mohamad (Ladang).Lautan kira-kira 10,000 penyokong Barisan Nasional (BN) berarak sambil berselawat sejauh 500 meter dari Restoran Chicken Cottage, di Kampung Ladang sambil mengiringi calon, tiba di perkarangan stadium kira-kira jam 8.45 pagi.Lima minit sebelum itu, kira-kira 100 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba bersama calon mereka.Kira-kira 2,000 penyokong Pas pula tiba di perkarangan Stadium Negeri kira-kira jam 8.47 pagi.Pegawai Pengurus Pilihan Raya P036 Kuala Terengganu, Azmi Razik kemudiannya mengumumkan tempoh masa untuk semua calon menyerahkan borang penamaan bermula pada jam 9 pagi.Proses penyerahan borang pencalonan dimulakan dengan calon Pas, diikuti BN dan PKR.
27 Apr 18
380
PRU14 : 'Dato' Jai' Turut Sertai 12,000 Penyokong BN
Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari muncul memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P038 Hulu Terengganu, di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah Hulu Terengganu, hari ini.Kehadiran Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang sebelum ini penyandang Parlimen Hulu Terengganu itu mengejutkan ramai pihak yang turut teruja untuk bersama-sama menyokong calon BN.Sebelum ini juga, pelbagai spekulasi tersebar mengenai beliau sejak hari pengumuman calon pada 22 April lalu oleh Pengerusi BN Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil pada 1999 sehingga 2013, Dato' Rosol Wahid dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Hulu Terengganu menggantikan beliau.Rata-rata orang ramai menyifatnya sebagai pemimpin yang berjiwa besar yang akan terus membantu BN walaupun tidak dicalonkan pada PRU14 dengan hadir pada kali ini.Perarakan calon-calon bermula jam 7.30 pagi dengan berkumpul di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu dan mula bergerak ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah pada jam 8.30 pagi dengan diiringi hampir 12,000 penyokong BN.
27 Apr 18
192
PRU14: Zaitun Komited Tingkat Ekonomi Penduduk
Calon N18 Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung (N18), To' Puan Zaitun Mat Amin berazam memberikan nilai tambah kepada pembangunan sedia ada untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk di kawasan itu.Menurut beliau, kedudukan Bukit Payung yang terletak di laluan utama antara Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu menjadikan kawasan itu pesat membangun berbanding kawasan lain di sekitarnya."Namun, saya melihat keperluan untuk meningkatkan ekonomi penduduk di mana pembangunan tanpa peningkatan ekonomi masyarakatnya akan menyebabkan perkembangan kemajuan itu sendiri terhenti," katanya.Beliau yang berasal dari Kampung Atas Tol berkata, usaha membangunkan ekonomi telah dilakukan sejak dahulu lagi oleh Kerajaan BN walaupun DUN tersebut dimenangi pembangkang.Zaitun sendiri melalui Pergerakan Wanita UMNO telah banyak melaksanakan usaha membantu masyarakat terutama golongan ibu bagi meningkatkan ekonomi keluarga dan keluar dari taraf kemiskinan."Kerajaan melalui pegawai- pegawai yang dilantik telah menggerakkan usaha membangun masyarakat. Bagaimanapun, untuk mewujudkan usaha yang lebih sistematik dan tersusun, kita perlukan wakil rakyat dari pihak kerajaan sebagai penggerak dan melancarkan segala dasar kerajaan."Saya dengan ini menyeru rakyat untuk menyokong kerajaan hari ini supaya usaha yang telah dilaksanakan dapat diteruskan dengan lebih baik dan diperkasakan lagi," ujarnya.
27 Apr 18
650
PRU14: Kembalikan Kegemilangan Pembangunan Marang
Mohamad Nor berucap di hadapan penduduk dalam Majlis Tahlil dan Solat Hajat DUN Bukit PayungCalon P037 Parlimen Marang, Mohamad Nor Endut menyeru 105,000 pengundi yang turun pada 9 Mei ini untuk mengembalikan legasi kepimpinan kepada Barisan Nasional (BN) yang cemerlang membangunkan daerah dan negeri."Sewaktu Dato' Sri Abdul Rahman Bakar memimpin parlimen ini pada tahun 1986, beliau telah membangunkan Bukit Kor dengan Industri Kecil Sederhana (IKS)."Manakala, pada tahun 2004, beliau sekali lagi membuat pembangunan dengan membina Institut Latihan Perindustrian di Bukit Parit. Kedua-dua pembangunan ini telah memberi banyak manfaat kepada penduduk Marang."Saya yakin dan percaya 56 peratus pengundi muda yang menguasai undi pada Pilihanraya Umum ke - 14 kali ini mahukan transformasi baharu kepada parlimen ini dan melihat 'track record' pembangunan yang dibawa pemimpin terdahulu," katanya ketika ditemui di bilik gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung , Marang, malam tadi.Mohamad Nor memberitahu, sepanjang penggal lalu, kerajaan tidak lupa membangun daerah ini melalui pegawai- pegawai yang dilantik terutama Pegawai Pembangunan Parlimen dan DUN masing-masing."Tetapi, kita tidak mendapat peruntukan yang besar dan hanya menumpukan infrastruktur keperluan rakyat."Jadi, untuk mendapatkan impak yang lebih besar kepada pembangunan Marang, rakyat mesti meletakkan calon Barisan Nasional sebagai wakil kepada rakyat di parlimen ini supaya nikmat pembangunan itu lebih menyeluruh," katanya.
27 Apr 18
32
PRU14 : Pembangkang Hanya Tabur Janji Kosong
Oleh : Ezzuan AhmadPembangkang dilihat tidak membawa sebarang pembangunan dan hanya pandai menabur janji-janji kosong setiap kali tibanya pilihan raya.Calon Barisan Nasional (BN) Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman berkata, ianya dapat dilihat di mana tiada pembangunan dilakukan di kawasan yang dimenangi mereka.Katanya, banyak pembangunan dilakukan oleh BN di kawasan yang dikuasai pembangkang melalui Pejabat Penyelaras DUN yang diwujudkan oleh kerajaan negeri bagi memastikan nasib rakyat terbela."BN tidak memilih bulu untuk membantu dan mendengar denyut nadi rakyat. Tidak seperti pembangkang yang hanya memilih orang yang menyokong mereka sahaja," katanya.Beliau berkata demikian pada ucap utama Program Pemberian Dana di Dewan Sivik Paka, Dungun, hari ini.Tengku Hamzah berkata, mengambil contoh seperti di Paka ini meskipun berada di bawah Pas, Kerajaan BN masih melaksaakan pembangunan dan membantu masyarakat yang memerlukan."Wakil rakyat sedia ada yang telah diberikan amanah tidak menjalankan amanah yang diberikan oleh pengundi untuk membela nasib mereka, sebaliknya kami (BN) tanpa segan silu turun membantu,"katanya.Tambahnya, rakyat harus sedar tentang perkara ini dan tidak memberikan sokongan kepada pembangkang untuk membawa pembangunan di kawasan tersebut."Hanya BN sahaja yang mampu membawa kepada perubahan kepada rakyat dan ia telah dibuktikan sepanjang memegang tampuk pemerintahan negara,"katanya.Ditanya bagaimanakah peluang untuk memenangi kerusi di DUN Paka, beliau memberitahu pengundi sudah mula sedar pembangunan yang dinikmati di Paka adalah dari BN dan yakin perubahan sokogan terhadap BN akan bertambah.
25 Apr 18
60
PRU14 : Sengketa Itu Biasa, Tidak Jejas Parti
IdrisOleh: Ezzuan AhmadProtes yang berlaku pada segelintir ahli UMNO pada pengumuman calon untuk bertanding dalam pilihan raya adalah perkara kecil dan biasa berlaku di mana-mana.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, situasi sedemikian sudah dijangka akan berlaku pada setiap kali pengumuman calon.Katanya, ini adalah kerana masing - masing mempunyai calon yang dikehendaki. Pun begitu, beliau menegaskan bahawa ianya tidak sama sekali akan menjejaskan parti dalam menuju pada matlamat yang satu iaitu untuk menang dalam pilihan raya."Perkara ini sudah lama berlaku namun ianya tidak akan berpanjangan dan ahli sendiri tahu ianya akan merugikan parti sekiranya berpanjangan,"katanya.Beliau ditemui selepas merasmikan Kolej Komuniti Cawangan Dungun di Bandar Al Mukhtafi Bilah Shah (AMBS), Dungun, petang tadi.Idris berkata, perkara sebegitu bukan sahaja terjadi di negeri ini tetapi ianya berlaku di negeri-negeri lain juga namun ianya dapat diselesaikan dalam masa yang singkat."Pilihan calon yang dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi parti merupakan satu keputusan yang terbaik dan semua ahli parti dapat menerimanya meskipun berlaku sedikit salah faham," katanya. Tambah beliau, meskipun berlaku sedikit perbalahan, ianya tidak seperti parti lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sehingga sekarang tidak boleh menyelesaikan sengketa dalam parti sehingga berlarutan untuk yang panjang."Cuba kita lihat PKR Selangor, sehingga sekarang mereka tidak boleh duduk semeja dan ini menunjukkan mereka hanya berjuang untuk diri sendiri dan bukannya untuk parti."Keadaan salah faham di kalangan kita (BN) sudah pun reda dan masing-masing (ahli ) sedang menjalankan tanggungjawab untuk memastikan kemenangan parti dalam pilihan raya ini," katanya.Apabila ditanya berkenaan pencalonan orang lama seperti beliau dan Dato' Seri Ahmad Said, Idris berkata, pemilihan yang dibuat oleh Menteri Besar dan pucuk pimpinan parti itu satu keputusan terbaik yang mengambil kira pelbagai faktor dalam menjamin kemenangan BN pada pilihan raya ini.
24 Apr 18
52
PRU14 : Ambil Semangat Gelombang Biru
Oleh : Ezzuan AhmadRakyat diminta membuat pemilihan yang tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk mengekalkan kemakmuran serta pembangunan yang dikecapi sekarang.Calon BN Parlimen Dungun, Dato' Din Adam berkata, rakyat perlu mengambil ikhtibar 'gerhana politik' yang melanda Negeri Terengganu pada 1999 apabila tiada pembangunan yang dilakukan oleh Pas sepanjang memegang tampuk pemerintahan negeri."Masih kita ingat bagaimana sengsaranya rakyat pada zaman itu di mana tidak dapat merasai pembangunan yang diharapkan dan kita tidak mahu ianya berulang," katanya.Beliau berkata demikian pada ucapannya pada program perasmian Kolej Komuniti Cawangan Dungun, yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi , Dato Seri Idris Jusoh di Bandar Al Mukhtafi Bilah Shah, Dungun, hari ini.Din berkata, rakyat perlu bijak memilih parti yang mampu memberikan jaminan untuk masa depan dan bukan parti yang tidak dapat menjanjikan apa-apa kepada pengundi yang sudah memberi mandat."Barisan Nasional adalah parti yang terbukti sudah membawa banyak pembangunan di negara ini dan rakyat perlu kekalkan momentum yang sedia ada ini."Pembangkang hanya pandai berjanji sahaja namun banyak janji- janji yang tidak dapat ditunaikan, adakah rakyat mahu pemimpin yang hanya pandai tabur janji sahaja? " katanya.Tambah beliau, gerakan Gelombang Biru yang diasaskan oleh Dato' Seri Idris Jusoh juga menyaksikan semangat rakyat untuk memilih BN bagi membawa perubahan di Negeri Terengganu."Semangat itu perlu dikekalkan untuk pilihan raya yang akan datang untuk melestarikan pembangunan yang dirancang oleh BN demi kesejahteraan semua," katanya.Beliau juga berharap supaya rakyat dapat memilih calon yang tepat sebagai wakil untuk membawa suara rakyat untuk kesejahteraan semua.Menurutnya lagi, rakyat tidak boleh membiarkan sejarah lama berulang lagi kerana sudah terbukti pembangkang hanya cakap kosong.
24 Apr 18
83
PRU14 : Mohamed Nafi Dakwaan Sabotaj Parti
Mohamed ketika menjelaskan isu mengenai dakwaan terhadap beliau kepada media. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Calon Barisan Nasional (BN) Chukai, Dato’ Mohamed Awang Tera tampil untuk membersihkan namanya yang didakwa bertindak mensabotaj parti sehingga mengakibatkan BN mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu."Saya dikatakan bekerja untuk memenangkan calon Pas pada PRU13. Itu tuduhan pertama yang perlu saya bersihkan. Perkara ini bukan timbul pada musim pilihan raya ini, malah timbul sejak PRU13 akibat keputusan pilihan raya yang teruk dan kepimpinan BN ketika itu dipersoalkan.“Kekalahan teruk majoriti 2,400 undi dikatakan sebab saya mensabotaj parti selepas tidak dipilih semula (calon BN) pada PRU13 ketika itu. Saya terkejut tidak terpilih dan memang sedikit kecewa tetapi tidaklah sehingga mensabotaj parti. Saya terus berada di markas saya, Cawangan Banggol. Masa yang sama saya juga menyerahkan semua jentera parti yang sudah saya bina semuanya kepada calon baharu ketika itu. Ramai yang menyaksikan saya hanya duduk dan melayan orang ramai di markas Cawangan Banggol itu,”katanya. Pegawai Penyelaras DUN Chukai itu menjelaskan, nama beliau sedikit terjejas dengan dakwaan itu, bagaimanpun beliau tetap yakin mampu menawan semula DUN berkenaan dan majoriti kemenangan lebih besar berbanding PRU11 dan PRU12 yang pernah ditandingi beliau ketika itu.Menurut Mohamed lagi, dakwaan itu tidak wajar dibangkitkan sama sekali kerana semua pihak perlu akur bahawa pemilihan calon BN perlu mengambil kira pelbagai aspek dan proses tapisan yang ketat melibatkan banyak agensi tertentu sebelum nama calon dimuktamadkan pucuk pimpinan parti sendiri.Malah, katanya jika dakwaan itu benar, beliau percaya pastinya akan dihadapkan kepada Lembaga Disiplin UMNO dan tidak akan dicalonkan semula bagi kerusi DUN itu."Pihak terbabit tidak pula membuat laporan kepada lembaga disiplin parti supaya tindakan boleh diambil kepada saya tapi sebaliknya beliau hanya berani membuat tuduhan di dalam 'Public Speeches',"katanya lagi.Selain itu juga, timbul juga dakwaan lain yang beliau menaiki kereta milik orang Pas ketika keluar mengundi, sedangkan kereta berkenaan milik sahabat beliau yang menjadi jentera ketika bertanding PRU11 dan PRU12.Tambah beliau, anak pemilik kenderaan itu juga adalah Ketua Pemuda UMNO Cawangan Banggol.Dalam pada itu, beliau berkata selepas pengumuman calon BN di Kediaman Seri Iman pada Ahad lalu, beliau menerima respon yang sangat baik dari pengundi dan juga jentera parti di DUN Chukai sekali gus menolak dakwaan pencalonan beliau ditolak oleh akar umbi dan pengundi kawasan berkenaan."Ini pilihan raya paling getir dan pada saat begini kita sepatutnya tidak menambahkan masalah dengan isu-isu dalaman. Pada masa ini kita sepatutnya merapatkan saf bagi mengukuhkan parti untuk menentang parti lawan bagi memastikan BN menguasai semua DUN dan Parlimen Kemaman serta seluruh negeri."Saya juga tetap yakin masih diterima oleh sebahagian besar pengundi dan mereka juga kembali bersemangat untuk mengekalkan rekod tanpa kalah sepertimana saya bertanding di N31 Chukai pada PRU11 dan PRU12 sebelum ini.,"katanya.Menurut beliau lagi, DUN Chukai mempunyai 30,300 pengundi merangkumi 14 pusat daerah mengundi (PDM) yang melibatkan 29 cawangan.Selain itu juga, semua jentera parti bersedia untuk bekerja dan dakwaan beberapa PDM akan ditutup adalah bohong dan provokasi semata-mata.Beliau juga menyeru kepada semua pemimpin jentera parti bagi merapatkan saf dan bersama sama berganding bahu untuk memenangkan BN.
24 Apr 18
38
PRU14: Masyarakat Cina Perlu Sokong BN
Halina menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Masyarakat termasuk kaum Cina di negeri ini perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kebajikan mereka terus terbela.Yang Dipertua Badan Amal Dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi), To’ Puan Seri Halina Zakaria, berkata golongan itu perlu mendukung dan menyokong kerajaan sedia ada supaya bantuan dapat terus disalurkan kepada mereka. Katanya, ini kerana kerajaan sedia ada sentiasa komited membantu setiap golongan masyarakat di negara ini tanpa mengira kaum dan agama.“Inilah indahnya keamanan di negara ini dan ia perlu dipertahankan. “Kita tutup cerita lama dan tutup buku lama, kalau ada perkara yang tidak bersetuju, kita lupakan sahaja. Kita sokong BN di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak,”katanya.Beliau berkata demikian pada Program Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bandar bersama Serikandi di Dewan PPR, Padang Hilira, Kuala Terengganu, hari ini.Seramai 600 ibu tunggal di DUN itu hadir bagi menerima sumbangan RM200 beserta barangan keperluan dapur dengan nilaian RM100.Pada masa sama, kerajaan negeri turut mengagihkan bantuan pengurusan RM5,000 kepada Kelab Ibu Tunggal DUN Bandar.
24 Apr 18
32