lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Empty Image
PRU14 : Pusat Hemodialisis Di Alur Limbat Bukti Kerajaan BN Cakna
Saiful Bahri berusaha keras mewujudkan Pusat Hemodialisis Rakyat untuk meringankan bebanan pesakit mendapat rawatan di pusat kesihatan berhampiran.Pusat Hemodialisis rakyat di Alur Limbat, Parlimen Marang siap dibina sepenuhnya dan bakal beroperasi tidak lama lagi.Projek kesihatan rakyat dibangunkan oleh kerajaan negeri menerusi usaha Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, Dato' Saiful Bahri Baharuddin membuktikan Manifesto Tambahan BN Terengganu bukan retorik dan janji kosong.Saiful yang juga calon BN DUN Alur Limbat berkata, kemudahan itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan berikutan ramai rakyat yang memerlukan rawatan hemodialisis akibat penyakit buah pinggang."Sebelum ini, hemodialisis hanya disediakan pihak swasta dan hospital. Jadi, biasanya kos tinggi diperlukan setiap kali rawatan."Hasil kerjasama agensi-agensi kerajaan, pusat ini diwujudkan bagi membantu rakyat mendapatkan rawatan dengan kos yang minimum."Ini usaha yang saya mampu lakukan berikutan hanya sedikit peruntukan yang diperolehi di DUN yang kalah kepada pembangkang penggal lalu. Pun begitu diharap kemudahan ini mengurangkan bebanan yang ditanggung pesakit," katanya.Pusat Hemodialisis terletak betul-betul di bawah Pejabat Penyelaras DUN Alur Limbat.Pusat Hemodialisis rakyat terletak di tingkat bawah Kompleks Majlis Daerah Marang (MDM) Telaga Mengkudu.Pusat ini akan diselia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.Dalam pada itu, Saiful yang akan bertanding di DUN tersebut mengharapkan sokongan pengundi kepada BN supaya lebih banyak pembangunan dan kemudahan dapat diwujudkan pada penggal akan datang.Tambahnya, rakyat perlu membuat penilaian dan pemilihan yang bijak pada 9 Mei ini jika tidak mahu ketinggalan dari aspek pembangunan prasarana dan projek kesejahteraan rakyat berbanding DUN yang disandang oleh BN.
01 May 18
1162
Empty Image
PRU14 : Ir Rosli Hormati Lawan
RosliOleh : Ezzuan AhmadCalon Barisan Nasional (BN) Kemasik, Ir Rosli Othman tidak akan memandang rendah keupayaan  lawannya dalam pilihan raya kali ini.Menurutnya, pertandingan tiga penjuru pada kali ini dianggap satu pertandingan sengit bagi merebut kerusi kawasan yang disandang beliau sejak 2008.Rosli berkata, kedua-dua lawannya itu mempunyai latar belakang pekerjaan yang sama sepertinya iaitu sebagai jurutera profesional."Tidak sesekali saya akan memandang rendah lawan  pada kali ini dan menghormati kewibawaan mereka tetapi kita akan berusaha untuk mengekalkan kemenangan kita dengan jentera yang kita ada sekarang," katanya.Beliau berkata, jentera parti di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM ) sudahpun berada dalam keadaan bersiap bersedia untuk dikerahkan sepanjang kempen bagi memastikan pengundi kekal memilih BN pada kali ini.Katanya, persiapan awal jentera termasuk mendekati pengundi untuk memberikan maklumat tepat mengenai kerajaan serta melancarkan setiap gerak kerja dan perkhidmatan.Rosli berkata, pada kali ini  bukan kemenangan  sahaja yang hendak dicapai namun juga mahu undi majoriti kepada BN juga meningkat.Pada kali ini, beliau akan dicabar oleh Ir Saiful Azmi Suhaili (Pas) dan Ir Rizan Ali dari Parti Keadilan Rakyat.
30 Apr 18
352
Empty Image
PRU14 : Sentuhan Blok Felda Bukti Peneroka Sepakat
Oleh : Ezzuan AhmadPeneroka Felda harus mengingati kembali perit jerih mereka dalam membangunkan Felda sehingga dikenali sehingga ke mata dunia.Calon BN Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman berkata, kejayaan Felda pada masa sekarang adalah hasil usaha kerajaan dalam membangunkan ekonomi orang Melayu khususnya satu masa dahulu.Tengku Hamzah yang juga seorang peneroka dari Felda Kerteh 4 berkata, golongan itu harus sedar bahawa apa yang mereka perolehi pada masa sekarang adalah datangnya daripada kerajaan yang banyak membantu masyarakat peneroka di negara ini bagi membawa keluar dari kepompong kemiskinan."Program Jelajah Blok yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Felda ini bertujuan untuk mengembalikan kembali semangat perpaduan di kalangan peneroka seperti satu masa dahulu," katanya.Tengku Hamzah ditemui pada program tersebut di Felda Kerteh 1, Paka, Dungun, hari ini.Beliau berkata, ada segelintir peneroka yang berpaling tadah dengan menyokong  pihak pembangkang dan ini membuktikan sikap tiada sikap berterima kasih terhadap Kerajaan BN."Ini sudah membuktikan bahawa mereka sudah menjadi ' lupa diri' dan mereka sedar apa yang diperoleh adalah usaha Kerajaan BN namun masih mahu menentang kerajaan."Respon sangat positif apabila masyarakat peneroka akan memberikan sokongan kepada BN pada pilihan raya kali ini."Mereka (peneroka ) tidak akan melupakan jasa kerajaan dalam membantu mereka selama ini dan bagi yang menyokong pembangkang bilangannya adalah sedikit " katanya.
30 Apr 18
39
Empty Image
PRU14 : Dulu Haram, Kini Halal...
Semua calon PRU14 Parlimen Besut bergambar kenangan selepas penamaan calon Sabtu lalu.Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini, calon pembangkang terutama Pas di Besut sanggup melakukan apa sahaja demi meraih undi.Kumpulan itu sanggup mengubah fatwa yang pernah diharamkan parti mereka sebelum ini dengan melarang ahlinya tidak mengerjakan solat di masjid yang dibina Kerajaan Barisan Nasional (BN).Calon Pas seakan meludah ke langit apabila sejak mutakhir ini mereka sudah menjelajah ke masjid dan surau yang dibina kerajaan semata-mata untuk mengambil peluang menemui masyarakat Islam sambil 'berkempen' dan memperkenalkan dirinya sebagai calon untuk PRU14.Perbuatan calon Pas berkenaan mengejutkan ramai kerana mereka kini sanggup mengatur program menjelajah masjid dan surau pada setiap waktu solat bertujuan memperkenalkan diri sebagai calon.Menurut penduduk pemimpin Pas yang menjadi calon sudah lupa fatwa yang dikeluarkan Presiden Pas, Dato’ Seri Abd Hadi Awang yang menyebut haram bagi penyokongnya mendirikan solat di masjid yang dibina Kerajaan BN sehingga mencetuskan peristiwa solat berjemaah berasingan di daerah ini.Bagaimanapun, perbuatan calon parti itu sekarang yang menjelajah masjid dan surau untuk memperkenalkan diri masing-masing seolah-olah sudah melanggar fatwa itu.Pengerusi Masjid Padang Luas, Salleh Abd Latif berkata, pihaknya terkejut apabila calon Pas bagi DUN Jertih Wan Azhar Wan Ahmad bersama beberapa penyokong tiba di masjid itu untuk mengerjakan solat Subuh kelmarin.“Sebaik selesai solat calon terbabit bangun sambal mengumumkan dia adalah calon Pas dan meminta Jemaah mengundinya,” katanya.Pengerusi Surau Rumah Awam Kos Rendah Seberang Jertih, Hamat Kassim berkata, rombongan calon Pas terbabit turut singgah di surau perumahan itu dan mengerjakan solat Asar bersama Jemaah.Katanya, sebaik selesai solat beliau bangun sambal memperkenalkan dirinya sebagai calon parti itu untuk DUN Jertih.Beliau berkata, sebelum ini calon terbabit tidak pernah datang ke surau berkenaan untuk menunaikan solat, tetapi selepas penamaan calon 28 April, mereka mengadakan program jelajah surau dan masjid untuk berkempen pula.
30 Apr 18
80
Empty Image
PRU14: Pengundi Di Tepoh Perlu Bijak Menilai
Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh sewajarnya menilai kembali perubahan dan pembangunan yang dilaksanakan sepanjang pemimpin pembangkang mengambil alih kawasan itu selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail berkata, penilaian yang dibuat perlu tepat, adil dan berfokus kerana setiap prasarana yang dibangunkan seperti pembinaan jalan raya dan  perumahan dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).Katanya, walaupun menyedari kawasan itu dipimpin pembangkang, Keraajaan BN tetap setia melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat.“Sebagai contoh, perubahan ketara yang sudah dinikmati penduduk di kawasan itu adalah pembinaan jalan raya  bermula dari Gemuroh menghala ke Manir-Banggol Tuan Muda kemudian melintasi Kampung Pulau Sekati- Losong dan seterusnya boleh ke Pusat Bandar Kuala Terengganu.“Sejak perasmian jalan itu dan juga pembukaan Lebih Raya Pantai Timur II dua tahun lalu, peniaga kedai makan, kedai buah, pasar basah dan pasar malam semakin mendapat sambutan orang ramai,” katanya kepada Teganukita, di Pusat Media PRU14, Kuala Terengganu, hari ini.Menurut Basir, apa yang membanggakan ada penduduk lain turut bersama-sama membuka perniagaaan kecil-kecilan sepanjang laluan itu selepas melihat peniaga sedia ada yang juga rakan sekampung bertambah maju.“Perkara itu, pastinya dapat menambah pendapatan penduduk setempat melalui perniagaan yang dijalankan,” katanya.Apabila bercakap mengenai perkhidmatan yang ditawarkan kepada rakyat di kawasan itu, calon BN DUN Tepoh itu berkata,  beliau berkata masih belum berpuas hati kerana banyak perkara yang perlu ditambah baik terutama berkaitan prasarana, kemudahan sukan dan perumahan.“Oleh itu, saya ingin berpesan kepada rakyat di Tepoh, buatlah pilihan yang terbaik pada PRU14 nanti  untuk kelangsungan kemajuan dan perubahan di Tepoh,” katanya.
30 Apr 18
97
Empty Image
PRU14 : Zaitun Ikrar Balas Kepercayaan Pucuk Pimpinan
Calon Barisan Nasional (BN) DUN N18 Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin berikrar untuk membalas kepercayaan pucuk pimpinan parti terhadap beliau dengan menakluki semula kerusi kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekali gus membaiki segala kelemahan yang tidak diendahkan oleh pembangkang selama ini.Menurutnya, selama dua penggal rakyat terkapar-kapar dan tidak mempunyai hala tuju untuk meringankan beban serta memudahkan urusan mereka sejak BN tewas pada PRU12 dan PRU13 yang lalu."Namun begitu Kerajaan BN tetap akan membantu rakyat dengan memberi pelbagai inisiatif melalui Pegawai Pembangunan DUN untuk menangani isu rakyat...jadi sangat rugi kalau tidak merampasnya daripada Pas yang tidak menjaga kebajikan rakyat."Oleh sebab itu, sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat pada PRU14 nanti, saya akan meletakkan satu asas untuk memastikan usaha-usaha tambahan daripada pembangunan sedia ada jajaran pendidikan melalui pertumbuhan pusat-pusat pengajian atau universiti di persekitaran Bukit Kor."Termasuk juga pembangunan kawasan industri yang sudah pasti memberi impak yang baik kepada pertumbuhan kawasan Industri Kecil Sederhana (IKS) dan sebagainya,"katanya.Beliau bercakap kepada Teganukita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Belia dan Beliawanis DUN Bukit Payung, di Hotel Permai, Kuala Terengganu, semalam.Zaitun berkata, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) turut membawa manfaat besar kepada rakyat yang akan mengubah landskap ekonomi dan kehidupan rakyat seluruh Pantai Timur terutama penduduk sekitar Bukit Payung yang turut menerima limpahan projek berimpak tinggi tersebut."Kita akan lihat makin banyak peluang pekerjaan akan terhasil daripada projek ECRL dan yang menikmatinya adalah rakyat terutama belia di kawasan ini serta pelbagai nikmat yang muncul daripada pembangunan yang pantas."Untuk anak muda, Transformasi Negara 50 (TN50) akan memfokuskan pembangunan anak muda dalam aspek pekerjaan dan perumahan dan banyak lagi peluang-peluang keemasan jika BN diberi peluang untuk merampas kembali DUN Bukit Payung pada 9 Mei ini,"ujarnya.Pada masa yang sama, beliau akan berusaha untuk menjayakan Terminal Agro yang terbengkalai setelah Pas mengambil alih Bukit Payung pada PRU12 dahulu jika diberi mandat  pada PRU14.
29 Apr 18
184
Empty Image
PRU14 : Serikandi Terengganu Tekad Tawan Bukit Payung
Calon Barisan Nasional (BN) N18 DUN Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin bertekad untuk membuktikan pemilihannya bagi mewakili serikandi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak sia-sia seterusnya mampu menghadiahkan DUN itu kepangkuan BN.Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah untuk merampasnya daripada Pas yang sudah dua penggal menguasai kawasan itu, jika mendapat sokongan majoriti pengundi yang menuntut perubahan fizikal dan modal insan di DUN itu."Setakat hari ini apabila saya mula berkempen di sekitar DUN Bukit Payung, nampaknya penerimaan masyarakat setempat sangat positif  kerana calon wanita lebih dekat dengan hati pengundi."Satu gelombang besar bakal merubah pimpinan yang datang bukan sahaja daripada dalaman tetapi juga dari pengundi luar yang ghairah untuk melihat N18 dirampas kembali daripada Pas."Saya juga banyak melawat ke kampung-kampung untuk bertemu pengundi dan amat mengejutkan mereka menyambut baik saya sebagai calon wanita di sini,” katanya.Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Belia dan Beliawanis DUN Bukit Payung, di Hotel Permai, Kuala Terengganu, malam ini.Malah katanya, beliau yakin mampu memberi saingan sengit kepada penyandang sebelum ini , Mohd Nor Hamzah (Pas) yang memenanginya  dengan majoriti 613 pada PRU13.“Saya telah bergiat sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang sejak 2004 lagi dan Bukit Payung adalah tempat ‘lepak’ saya bersama ahli parti wanita...ini menjadi kelebihan saya dan orang kampung untuk menerima saya dengan baik,” katanya lagi.DUN Bukit Payung menyaksikan persaingan tiga penjuru antara To' Puan Zaitun Mat Amin menentang calon Pas yang juga penyandang kerusi itu, Mohd Nor Hamzah dan calon Parti Keadikan Rakyat, Mohd Dalizan Abdul Aziz.
29 Apr 18
127
Empty Image
PRU14 : Pendidikan Percuma Pembangkang Hanya Omong Kosong
Oleh : Ezzuan AhmadPembangkang dilihat seperti hanya cakap kosong dan tidak boleh dipakai apabila menawarkan manifesto yang tidak realistik untuk membela nasib rakyat termasuk menawarkan pendidikan di universiti awam secara percuma.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, meskipun dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini ada menjanjikan menanggung pengajian secara percuma, namun perincian mengenainya tidak pula dijelaskan."Kerajaan sudah pun memang dah menawarkan (pendidikan) percuma di peringkat sekolah rendah dan menengah tapi mengenakan sedikit bayaran di peringkat pendidikan tinggi walaupun kos sebenarnya lebih tinggi."Kalau pembangkang kata beri dulu kami memerintah namun tidak dijelaskan kepada rakyat  dari mana mereka akan  mendapat sumber kewangan untuk melaksanakannya , boleh dikatakan cuma cakap - cakap kosong yang tidak boleh dipakai," katanya.Ahmad Shabery yang juga calon BN Parlimen Kemaman dan merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kemaman 2018 di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman di Bukit Teruna, hari ini.Turut hadir , calon BN DUN Kijal; Datuk Seri Ahmad Said; calon Kemasik, Ir Rosli Othman; calon Chukai, Dato' Mohamed Awang Tera dan calon DUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.Beliau mengulas mengenai manifesto Pakatan Harapan pada PRU14 yang menawarkan dua janji berkaitan pendidikan tinggi iaitu pertama,  ingin menjadikan universiti awam percuma dalam tempoh lima tahun dan tidak meletakkan kewajipan kepada graduan untuk membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga mencapai angka gaji RM4,000.Bagaimanapun Pakatan Harapan gagal memberikan justifikasi dan jumlah perbelanjaan sebenar bagi dua manifesto berkaitan pendidikan tinggi tersebut.Mengulas lanjut, beliau berkata untuk memberi pendidikan percuma, perlu dilihat dari pelbagai aspek iaitu tahap kualiti pendidikan itu sendiri."Kualiti pendidikan yang baik ada kosnya. Pembangkang menawarkan pendidikan percuma, tapi adakah mereka pernah beritahu bagaimana untuk membiayainya?"Negara-negara maju dan sebagainya menawarkan pendidikan percuma tetapi cukai yang dikenakan kepada rakyatnya adalah tinggi termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang jauh lebih tinggi daripada apa yang dikenakan di sini." Jika pembangkang menawarkan pendidikan tinggi percuma dan pada masa sama mereka turut berjanji menghapuskan GST, mereka perlu menjelaskan bagaimana cara untuk mendapatkan sumber kewangan," katanya.
29 Apr 18
69
Empty Image
PRU14 : Isu Perumahan Jadi Keutamaan Di Rantau Abang
Isu perumahan kepada golongan kurang berkemampuan akan menjadi agenda utama BNOleh: Ezzuan AhmadCalon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, Wan Zaulkifli Wan Gati, akan memberikan tumpuan bagi memenuhi kehendak rakyat untuk memiliki kediaman sendiri sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat nanti.Menurut Wan Zaulkifli, isu memiliki rumah kediaman sendiri adalah menjadi masalah utama bagi penduduk berpendapatan rendah dan golongan pertengahan."Isu ini memang sudah menjadi satu perkara yang sudah lama disuarakan oleh rakyat di mana dengan harga rumah yang meningkat dan syarat ketat dari bank menyukarkan mereka untuk memiliki rumah sendiri."Walaupun banyak projek perumahan sudah dilakukan oleh kerajaan namun isu sebegini masih lagi menjadi isu yang utama pada masa sekarang," katanya.Menurutnya, kerajaan sudah banyak membantu rakyat dalam menangani isu ini dengan menyediakan Perumahan Mampu Milik (RMM), Projek Perumahan 1Malaysia (PRIMA) dan banyak lagi.Tambah beliau, kerajaan tetap akan terus berusaha membantu rakyat dalam menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi ."Kerajaan sekarang sudah terbukti sebagai sebuah kerajaa  n yang prihatin dan ianya dapat dilihat dalam menifesto BN yang sudah dilaksanakan sebelum ini," katanya.Apabila ditanya peluang untuk memenangi kerusi DUN itu, beliau berkata BN mempunyai peluang untuk merampas kerusi yang dipegang oleh Pas sebelum ini.Keyakinan itu menurut beliau bersandarkan kepada maklumbalas penduduk yang mahukan perubahan dan kemajuan di kawasan mereka."Pas tidak melakukan apa-apa pembangunan di kawasan ini dan semua pembangunan yang ada sekarang ialah hasil usaha BN yang membantu rakyat meskipun di kawasan pembangkang," katanya.
29 Apr 18
91
Empty Image
PRU14: Kerja Keras Menangkan Parti - Mohd Jidin
 Mohd Jidin bersama empat calon BN di Parlimen Setiu Semua jentera parti di peringkat akar umbi diminta bekerja keras untuk memenangkan calon Barisan Nasional (BN) yang terpilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafee berkata, semangat dan komitmen semua pihak terutama jentera parti dapat memastikan parti BN terus mendapat tempat di hati rakyat dan mengembalikan kekuatan BN di Parlimen Setiu dan juga negeri ini."Kita mesti teruskan perjuangan tanpa meminggirkan nilai persahabatan ini demi mengekalkan keadilan dan kesejahteraan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Hari Penamaan Calon di Pejabat Daerah Setiu, Bandar Permaisuri, semalam.Mohd Jidin turut berterima kasih kepada kira 4,000 penyokong yangsetia mengiringi  kelima-lima calon BN dan memastikan kesemuanya berjalan lancar dan harmoni."Saya rasa gembira kerana di kalangan penyokong luar juga begitu baik dan inilah yang kita harapkan demokrasi sebenarnya berjalan lancar, muhibbah dan semangat persaudaraan sebagai satu keutamaan yang telah berjaya dibuktikan pada hari ini," katanya
29 Apr 18
66