lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Empty Image
PRU14: Ambil Pendekatan Tidak Berkempen
Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap mengambil pendekatan tidak berkempen buat masa ini kerana banyak perkhidmatan dan projek kesejahteraan untuk rakyat sudah dilakukan sejak lima tahun lalu.Dato’ Sabri Mohd Noor berkata, segalanya sudah dilaksanakan dan ia adalah usaha yang terdaya dilakukan dalam tempoh berkenaan.Menurutnya, aktiviti berjumpa masyarakat di DUN itu adalah perkara rutin ketika beliau menjadi wakil rakyat dan 'tempoh berehat' malah kini, ia masih diteruskan."Rakyat dah tahu dan dapat nilai sendiri apa yang saya sudah buat dan sebenarnya banyak lagi yang sedang dan akan dirancang."Tapi apa pun, kita tunggu pilihan rakyat pada 9 Mei ini dan selepas itu saya akan mulakan semula tugas sebagai wakil rakyat jika dipilih," katanya kepada Teganukita.netSabri berkata, beliau yakin rakyat akan 'calit' atau mengundi BN supaya segala yang dirancang dapat diteruskan bagi fasa seterusnya.“Tugas hakiki sebagai wakil rakyat adalah membantu penduduk dan itulah yang dilakukan dulu, kini dan pada masa akan datang."Saya bekerja dengan rakyat sebab itu menjadi wakil rakyat dan berkhidmat kepada masyarakat di Setiu.Dengar dan selesai masalah kerja ambo, tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan kecuali tua dan mati," katanya.
02 May 18
29
Empty Image
PRU14 : `Wanita Besi' Terengganu
Ahmad Razif (kiri) bersama Halina dan Zaitun (dua dari kanan) mengaminkan doa di majlis masuk kampung di Balai JKKK Kampung Surau Haji Yaakob, DUN Bukit Payung. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimBarisan Nasional (BN) Terengganu mahu melahirkan `iron lady' negara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.Hasrat itu disuarakan Pengerusi BN Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika turun padang menemui penduduk di Balai JKKK Kampung Surau Haji Yaakob, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, Parlimen Marang, malam tadi."Saya selalu mengatakan bahawa kita kena berani mencabar kelaziman. Maka hari ini Terengganu mencabar kelaziman..Biasanya calon wanita seorang sahaja..tetapi sudah lama tiada. Maka kali ini (PRU14) sekali gus dua orang.Kita minta supaya kedua-dua calon wanita ini membuktikan (menang)."Ramai yang tidak percaya bahawa Terengganu ada calon-calon yang bertanding. Jadi ini sebagai permulaan..mungkin ini sebagai satu pemangkin untuk membolehkan calon-calon wanita boleh bertanding pada masa akan datang. Sebab Perlis negeri yang kecil pun ada calon wanita, jadi  Terengganu kenapa tiada..Jadi kita hendak buktikan di bawah kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional kita tiada masalah dan kita sentiasa memberi peluang dan melihat pencapaian kedua-dua calon ini,"katanya kepada pemberita sejurus program itu, malam tadi.Turut hadir isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), Dato' Muda Mamat.Hadir sama, calon Parlimen Marang, Mohamad Nor Endut dan calon Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin.Ahmad Razif sebelum itu dalam ucapannya mahu calon BN Bukit Payung, mampu membuktikan keupayaan bergelar sebagai `wanita besi' sepertimana gelaran Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Allahyarhamah Datuk Maznah Hamid yang menjadi ikon serta inspirasi kepada golongan hawa negara ini kerana kejayaan mempunyai 68 cawangan dan berjaya menyaingi 500 buah syarikat keselamatan lain di dunia.Menurut beliau lagi, DUN yang diwakili kedua-dua calon wanita, Bukit Payung dan Sura (Datuk Zainun Abu Bakar) bukan kerusi yang mudah, berikutan disandang oleh pembangkang. Bagaimanapun, prestasi semasa yang baik selepas empat hari berkempen mula memberi petunjuk yang baik untuk BN merampas semula kedua-dua kerusi itu. Tambahnya, beliau mahu dua calon wanita  itu membuktikan keupayaan untuk memenangi PRU14 ini dan menjadi wakil yang mampu membela nasib wanita dengan lebih agresif sekali gus memperkasakan taraf kehidupan golongan itu."Mereka (Zaitun dan Zainun) ini sangat gigih. JR (Jalinan Rakyat) di kedua-dua DUN ini akan bekerja bermati-matian, kerana mereka adalah di kalangan Ketua Wanita UMNO Bahagian masing-masing. Saya yakin, kedua-dua kerusi yang kita letakkan calon wanita ini akan menyaksikan pertandingan yang sengit dan insyaAllah akan memihak kepada kita,"katanya. Ahmad Razif juga yakin calon BN Bukit Payung itu mendapat sokongan tidak berbelah bahagi suami beliau (Pengarah UKOM) yang sarat dengan pengalaman politik apabila pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selama dua penggal (1986-1995) dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)) Binjai yang kini dikenali Pengkalan Berangan selama empat penggal (1982- 1999).Selain menjadi Ketua UMNO Bahagian Marang selama 21 tahun (1985-2004), Muda juga dilantik sebagai Pengerusi Biro Penaziran UMNO Negeri sejak 2014 sehingga kini.
02 May 18
117
Empty Image
PRU14 : MCA Dekati Pengundi Tionghua
Oleh : Ezzuan AhmadMCA Bahagian Kemaman akan terus mendekati pengundi Tionghua atas pagar bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali menang di kerusi N31 Chukai dari tangan Pas.Pengerusi MCA Bahagian Kemaman, Datuk Seri Jamy Tan berkata, pendekatan itu sudah dibuat sejak enam bulan lalu agar dapat menambah majoriti kemenangan bagi kerusi Parlimen Kemaman pada pilihan raya kali ini.Menurut Jamy, pengundi Cina di DUN Chukai mempunyai kira-kira 3,800 orang dan 1,800 daripadanya merupakan ahli MCA."Daripada 1,800 pemilih Cina berdaftar itu pula dianggarkan 80 peratus menyokong BN manakala selebihnya adalah pengundi atas pagar yang berusaha didekati agar kembali bersama BN."Kita membuat lawatan dari rumah ke rumah untuk menemui pengundi atas pagar dan dari situ kita cuba merapatkan hubungan dengan mereka agar sokongan mereka hanya kepada BN," katanya.Jamy ditemui selepas program ceramah perdana di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dusun Nyior, Chukai, emaman, semalam.Menurut Jamy, maklum balas yang di terima sangat memuaskan cuma apa yang menjadi kebimbangan ialah pengundi luar namun dia yakin pengundi tempatan akan menyokong BN.Program ceramah berkenaan turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Kemaman merangkap calon BN DUN Kijal, Dato' Seri Ahmad Said dan calon BN Dun Chukai, Dato' Mohamed Awang Tera.Apabila ditanya mengenai strategi MCA untuk menambah hati pengundi luar, Jamy memberitahu, pihaknya akan berhubung terus dengan keluarga kesemua pengundi luar terbabit."Kita akan sampaikan penerangan jelas mengapa perlu mereka mengundi BN. Ini kerana kalau undi Pas pun tak datangkan hasil kerana sepanjang sepenggal Pas di Chukai, tiada apa-apa perubahan pun."Hanya BN yang mampu buat perubahan dan boleh beri apa yang rakyat mahu," katanya lagi.Sehubungan itu, katanya, MCA akan terus bekerja keras dan memberi sokongan penuh kepada BN agar misi menawan kembali Dun Chukai berjaya direalisasikan.
02 May 18
102
Empty Image
PRU14 : Pembangkang Raih Simpati Tuduh Projek Tanaman Jagung Bijian
Oleh : Ezzuan AhmadDakwaan pembangkang kononnya projek perintis tanaman jagung bijian di Kampung Dadong, gagal adalah tidak benar sama sekali dan ianya hanya bertujuan untuk meraih simpati politik.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,  projek itu memberikan satu kejayaan besar kepada kementeriannya kerana ia membuktikan ia boleh ditanam dan dibangunkan di negara ini."Sebenarnya projek tanaman jagung bijian ini dijalankan mengikut kaedah giliran iaitu selepas tanaman jagung, padi pula ditanam jadi pembangkang jangan cepat buat tuduhan, bila lihat padi ditanam di tapak projek jagung bijian, mereka kata Jabatan Pertanian gagal, menteri tak pandai dan sebagainya," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Program Penuaian Jagung di Kampung Seberang Tayor Hilir, petang semalam.Ahmad Shabery berkata, kaedah tanaman secara giliran digunapakai di kawasan itu kerana projek tanaman padi hanya dijalankan setahun sekali memandangkan ia bukan dalam kawasan jelapang padi negara yang membolehkan tanaman padi ditanam sepanjang tahun. "Menerusi projek ini, kaedah giliran diguna pakai iaitu ada waktu tanam jagung dan ada waktu tanam padi yang mana untuk satu musim kedua-dua tanaman ini ia memakan masa lebih kurang 100 hari," katanya.Calon Parlimen Kemaman mengulas mengenai tuduhan dilemparkan pembangkang bahawa projek rintis jagung bijian yang dijalankan di Kampung Dadong tidak berjaya selepas melihat tapak projek berkenaan kini ditanam dengan tanaman padi.Tambah beliau, dengan kaedah giliran itu, ianya dilihat menjadikan tanaman akan menjadi lebih subur dan memberi pulangan hasil yang lebih baik kepada pengusaha."Selepas habis musim jagung, ia akan ditanam dengan padi dan akan menjadikan padi lebih subur kerana keadaan tanah akan lebih baik dengan kaedah yang kita gunakan sekarang.Melihat kepada kejayaan projek perintis berkenaan , beliau menambah, projek itu akan diperluaskan  di 20 lokasi di Johor dan Kedah dan selain itu akan turut dibangunkan di Sabah dan Sarawak.Menurut beliau, projek tanaman jagung bijian sangat perlu dilaksanakan bagi menghasilkan makanan ternakan terutama sekali untuk ayam kerana Malaysia perlu menternak ayam dalam  jumlah besar untuk menampung keperluan negara.
02 May 18
375
Empty Image
PRU14 : Pilih Parti Yang Tunai Janji, Beri Khidmat Terbaik - A. Latiff
Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang mengingatkan pengundi terutama golongan muda supaya memilih secara matang dengan melihat 'track record' parti yang mampu menjana pembangunan dan memberi khidmat terbaik. "Mengapa kita ingin pilih parti yang tidak mampu membangun dan memberi sumbangan kepada masyarakat? "Sedangkan Kerajaan BN di Terengganu terbukti berjaya melaksanakan Manifesto Pilihan Raya Umum (PRU13) lalu dan bagi PRU14 ini, manifesto yang diumumkan lebih baik dan realistik," katanya ketika ditemui di Pusat Media PRU14, di Hotel Permai, Kuala Terengganu, semalam.A. Latiff yang merupakan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan penggal lalu mengharapkan pengundi di DUN tersebut dapat turun mengundi beramai-ramai supaya BN dapat meningkatkan majoriti perbezaan undi berbanding PRU lalu.Beliau juga berkeyakinan bahawa perkhidmatan yang diberikan betsama jentera parti pada penggal lalu melalui bantuan, peningkatan ekonomi dan pembangunan secara bersepadu di DUN itu memberi petunjuk terbaik untuk pengundi terus menyokong BN.Selain itu, katanya kerajaan negeri sedang membangunkan banyak pembangunan di Marang dan kestabilan politik penggal hadapan akan membantu kelancaran projek-projek itu.Kompleks Perniagaan di Binjai Rendah bernilai 8.2 Juta hampir siap dibangunkan.
02 May 18
61
Empty Image
PRU14: Lapan Calon BN Bekas Guru
Barisan Nasional (BN) Terengganu mengiktiraf profesion perguruan apabila meletakkan lapan daripada 32 calon yang  akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), di kalangan guru.Mereka adalah  Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar bakal merebut kerusi Seberang Takir; Bazlan Abd Rahman (Batu Rakit) dan Che Mansor Salleh calon bagi Buloh Gading.Calon lain yang disenaraikan,  Dato’ Rosol Wahid bakal merebut kerusi Parlimen Hulu Terengganu, Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad (Bukit Tunggal), A. Latiff Awang (Pengkalan Berangan); Dato’ Rozi Mamat (Telemong) dan Ghazali Taib (Ajil).Ahmad Razif berkata, pemilihan mereka adalah di atas persetujuan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak dan juga berdasarkan kepercayaan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.Katanya, kebanyakan masyarakat hari ini percaya mengenai kredibiliti dan sikap kepimpinan yang ada pada seorang guru.“Oleh itu, tidak menjadi masalah bagi kerajaan BN melantik lapan daripada 32 calon BN Terengganu untuk menjadi pemimpin masayarakat setempat.“Dengan ilmu yang ada, pastinya boleh membawa perubahan di DUN masing-masing terutama mengenai aspek minda masyarakat, pendidikan dan pembangunan modal insan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perayaan Hari Guru peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang.Hampir 5,000 guru hadir pada majlis itu yang diserikan dengan pelbagai persembahan dan penganugerahkan kepada guru cemerlang.Majlis sama, Ahmad Razif mewakili kerajaan negeri menyampaikan wang sumbangan RM250,000 kepada untuk Tabung Hari Guru 2018
02 May 18
142
Empty Image
PRU14 : Prestasi Terbaik Calon Wanita
Ahmad Razif meninjau tugasan pengamal media di Pusat Media PRU14, di Hotel Permai. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPrestasi calon wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura dan Bukit Payung, memberangsangkan seterusnya mencerahkan peluang BN merampas dua DUN milik pembangkang itu, kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Ketua Wanita Dungun dan Marang, Datuk Zainun dan To' Puan Zaiton dikatakan begitu cemerlang mengetuai kempen masing-masing dan wajar diberikan pujian kerana berkemampuan serta begitu wibawa dalam gerak kerja mendekati pengundi.Ahmad Razif berkata, beliau sendiri sangat terkejut dengan perkembangan yang berlaku di dua DUN yang diwakili calon wanita itu sebaik sahaja kempen bermula selepas penamaan calon Sabtu lalu, sekali gus memberi gambaran yang sangat baik dan wajar menjadi contoh kepada semua calon BN yang bertanding.“Pada peringkat awal kita berasa sukar untuk menang di kawasan Sura, namun akhir-akhir ini kita lihat prestasi di Sura lebih baik dari DUN lain. Dua calon wanita ini insyaAllah akan menang.“Malah, calon-calon baru yang lain juga tiada masalah untuk memenangi pilihan raya kerana penerimaan rakyat sangat baik,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke Pusat Media PRU14, di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.Ahmad Razif juga berkeyakinan dengan prestasi calon baru termasuk Dr Tengku Asmadi Mohamad (Parlimen Kuala Nerus) dan  Dato' Wan Nawawi Wan Ismail (Parlimen Kuala Terengganu) untuk merampas semula dua parlimen itu daripada pembangkang.Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan semua calon dan jentera parti supaya tidak terlalu selesa dan `over confident’ tetapi terus bekerja dengan gigih untuk memastikan 9 Mei ini BN akan memperolehi keputusan terbaik.
02 May 18
79
Empty Image
PRU14 : 'Sapa Bila Nok Lok Wakaf Pelam Mundur..' - Salleh
SallehSapa bila nok lok (membiarkan) ke (kepada) pembangkang dan biarkan DUN Wakaf Mempelam mundur? Ketika kawasan lain maju..Kita (Wakaf Mempelam) juga satu-satunya kawasan pinggir bandar yang ketinggalan sokmo, kata Pegawai Penyelaras DUN (PPD), Salleh Othman.Calon BN DUN Wakaf Mempelam itu berkata, kali inilah peluang terbaik untuk warga tempatan membuat pilihan tepat dan memberi mandat kepada BN supaya pembangunan bergerak seiring di seluruh DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu.Katanya, berbanding DUN lain, Wakaf Mempelam adalah yang terkebelakang dari pelbagai aspek sama ada pembangunan fizikal dan juga modal insan berikutan sudah 36 tahun dikuasai Pas."Saya memberi cabaran kepada pengundi di DUN ini supaya lebih bijak memilih dan tidak terus menggadaikan kawasan kita kepada pembangkang yang jelas gagal membawa apa-apa perubahan serta kemajuan untuk rakyat."Selama bergelap ini, Kerajaan BN juga yang menyediakan segala kemudahan dan menjaga kebajikan warga tempatan tanpa ada yang tercicir daripada mendapat dana, subsidi serta pelbagai bantuan," katanya kepada Teganukita, baru-baru ini.Salleh berkata, sebagai anak tempatan dan sudah mengetahui segala selok belok kawasan Wakaf Mempelam, beliau yakin mampu membawa pembaharuan dan nafas baharu demi kesejahteraan dan manfaat warganya jika dipilih majoriti pengundi pada pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.Tambahnya, jika sebelum ini ramai melihat kerusi kebal Pas ini sukar digugat, namun pada PRU14 ini dilihat berlaku gelombang kebangkitan apabila semua cawangan dapat mengibarkan bendera BN dan membina markas termasuk di kampung yang dikatakan kubu kuat Pas sendiri."Saya melihat satu gelombang biru yang luar biasa dengan kekuatan jentera terdiri daripada akar umbi dan sayap parti yang saling muafakat dan bersatu untuk mengerah tenaga bagi mengembalikan Wakaf Mempelam kepada BN."Suatu sejarah apabila sebaik sahaja kompang PRU dipalu, semua kawasan bangkit menaikkan bendera. Jika ada kawasan `hitam' sebelum ini sukar untuk kita letak bendera BN, kali ini tiada masalah. Itu petanda BN sudah kian diterima pengundi DUN ini,"katanya lagi.Menurut Salleh lagi, sepanjang empat tahun dilantik sebagai PPD beliau berusaha memberi nafas baharu dan memulihkan segala kelemahan serta menambah baik peranan jentera parti mahupun kerajaan sehingga ke akat umbi supaya sentuhan lebih menyeluruh kepada rakyat.
02 May 18
341
Empty Image
PRU14 : Tiada Cabaran Besar BN Kekal Parlimen Kemaman
Oleh : Ezzuan AhmadKeputusan PKR untuk meletakkan calon yang tidak dikenali bagi kerusi P040 Parlimen Kemaman untuk melawan penyandang, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dilihat tidak akan memberikan cabaran besar untuk BN mengekalkan kerusi itu.Ketua UMNO Bahagian Kemaman,  Dato' Seri Ahmad Said berkata, meskipun calon tersebut merupakan anak jati Kemaman, namun penglibatannya di dalam politik di daerah itu tidak menonjol."Penyandang sekarang dilihat sebagai calon pilihan kerana sudah banyak membawa perubahan di Daerah Kemaman."Saya lihat parti ini perlu mempunyai 'grass root ' orang yang terkenal, orang yang memberi khidmat di kawasan itu dan  memang orang pun dah kenal siapa itu Shabery Cheek," katanya.Beliau ditemui selepas menghadiri program Mesra Rakyat bersama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), di Dewan Sivik, Bandar Seri Bandi, Kemaman, hari ini.Menurut Ahmad, situasi tersebut dapat dilihat pada proses penamaan calon pada Sabtu lalu apabila hanya sekitar 300 orang penyokong PKR  memberikan sokongan berbanding parti lain."Dia (calon PKR) kebanyakan masa dia berada di Kuala Lumpur dan sekiranya dipilih adakah dia sentiasa bersama rakyat apabila diperlukan? Tidak, "katanya.Ahmad turut berkeyakinan bahawa pengundi di Kemaman sudah matang dalam menilai dan memilih calon yang terbaik untuk membawa perubahan lebih pesat di daerah tersebut .Tambahnya, kemajuan dan pembangunan  sudah dibuktikan oleh Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek sepanjang bergelar menteri.
01 May 18
60
Empty Image
PRU14 : Pertandingan Tiga Penjuru Kelebihan Kepada BN
Oleh : Ezzuan AhmadPertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Undangan Negeri  (DUN) Chukai  dilihat akan memberi kelebihan kepada BN untuk merampas semula kerusi berkenaan daripada Pas.Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Dato' Seri Ahmad Said berkata, sebarang kemungkinan mungkin akan berlaku seperti mana yang terjadi kepada Pas apabila ramai penyokongnya yang berpaling tadah menyertai Pakatan Harapan kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti tersebut"Situasi tersebut akan memberi kelebihan kepada BN di mana pengundi Pas pada pilihan raya sebelum ini memberikan undi kepada PKR sekali gus menyebabkan undi pas itu sendiri merosot."Kemerosotan undi yang berlaku antara Pas dan Pakatan Harapan itu akan membolehkan BN mempertahankan kerusi DUN Chukai dan semua kerusi lain yang dipertandingkan dalam Parlimen Kemaman," katanya.Beliau ditemui selepas menghadiri program Mesra Rakyat bersama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), di Dewan Sivik, Bandar Seri Bandi, Kemaman, hari ini.Menurut Ahmad lagi, BN mempunyai kelebihan di kawasan yang mempunyai penyokong tetap dan itu antara indikator kejayaan BN pada kali ini.Beliau yang juga calon bagi kerusi DUN Kijal berkata, perpecahan yang berlaku di dalam Pas sememangnya dilihat dapat membantu meningkatkan majoriti undi untuk BN.Tambah beliau, tumpuan kempen juga akan dipergiatkan di semua kawasan penempatan Felda khususnya dalam DUN Air Putih dan Kemasik bersama-sama calon mereka iaitu Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan Ir Rosli Othman."Kita akan memastikan gerak kerja jentera parti lebih agresif dengan meneruskan usaha untuk mencapai kemenangan di semua lima kerusi yang akan dipertandingkan di daerah ini,"katanya.
01 May 18
63