Artikel "Politik" Terkini
PRU14 : Persempadanan Semula Kelebihan Untuk BN
Oleh : Ezzuan AhmadPersempadan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dilihat memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) memenangi beberapa kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) nanti. Mantan ADUN Rantau Abang, Datuk Za'abar Mohamed Adib berkata, persempadanan semula itu memberi peluang kepada BN untuk merampas kembali tiga daripada empat kerusi DUN yang dipegang pembangkang.Katanya, pun begitu, beliau mengakui BN mungkin terpaksa berhadapan dengan tugas berat, tetapi tetap berkemampuan merealisasikan hasrat tersebut menerusi kerja keras jentera parti."Sekiranya tiga kawasan iaitu DUN Sura, Rantau Abang dan Paka dapat ditawan kembali, adalah peluang cerah untuk memenangi kerusi parlimen juga. Mereka (Pas) tidak menjalankan kerja sebagai wakil rakyat dan rakyat sudah muak dengan cara mereka dan inginkan perubahan,"Rakyat juga harus sedar tentang apa yang telah terjadi pada tahun 1999 di mana mereka bertindak kejam dengan menghalau kanak-kanak dari kelas tadika dan beberapa perkara lain demi kepentingan politik peribadi mereka"katanya.Beliau berkata demikian pada Program Ramah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) DUN Sura yang dihadiri oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, malam tadi.Katanya, rakyat sudah mula sedar bahawa pembangkang tidak membawa sebarang perubahan kepada mereka dan rakyat sudah merasa peritnya sekarang.Za'abar pernah menjadi ADUN Rantau Abang selama dua penggal (1999 sehingga 201) sebelum tewas kepada calon Pas, Alias Harun pada PRU13.
03 May 18
64
Inisiatif UTC Terbaik Di Dunia
Mohd Najib menyerahkan Mykid dan sijil kelahiran kepada pengunjung yang mendapatkan perkhidmatan UTC sempena perasmian UTC di Paya Bunga Square. Foto oleh Harish fadzillah Abu KassimTiada mana-mana negara di dunia termasuk negara maju yang mampu melakukan inisiatif UTC (Pusat Transformasi Bandar) ini kerana mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti, pantas dan selesa kepada rakyat di bawah satu bumbung, kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Menurutnya, antara perkhidmatan yang menjadi tumpuan ramai pengguna termasuk membuat pasport antarabangsa apabila prosesnya hanya mengambil masa kira-kira satu jam berbanding perkhidmatan serupa di negara maju lain yang mungkin memakan masa sehingga dua minggu untuk siap.“Ada satu cerita, cerita benar yang berlaku baru-baru ini di mana sebuah keluarga hendak ke luar negara apabila sampai di airport, anaknya sedar bahawa pasport mak dia hanya tinggal seminggu sahaja lagi akan luput tarikh laku pasport.Sudah sampai di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) hendak naik kapal terbang, dalam masa tidak lama lagi, dia dalam keadaan cemas tetapi dia teringat kepada UTC di Pudu Raya (Pudu Sentral)..dia berkejar ke Pudu (Sentral) dan dia dapat memperbaharui pasport serta berkejar balik ke KLIA.“Banyak lagi cerita dan kisah-kisah yang memberangsangkan, kalu kita pandang sekali lalu jika kita berurusan hendak bayar cukai tanah, kita boleh bayar cukai tanah, kalau buat Mykad boleh buat dalam masa sejam, jika hilang pendaftaran boleh selasai 24 jam, sambil menunggu jika gigi sakit boleh masuk ke Klinik Pergigian 1Malaysia, bayar RM1 sahaja ..Kemudahan alatan di situ saya jamin adalah terkini bukan menggunakan alatan barangan terpakai. Jadi tidak rasa sakit hendak cabut gigi di UTC, bayar RM1 sahaja. Peniaga juga beruntung kerana putaran jumlah pengunjung yang semakin rancak,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Terengganu, di Paya Bunga Square, Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong.Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan calon Barisan Nasional Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Terengganu.Mohd Najib berkata, kejayaan inisiatif UTC menyebabkan ramai pengunjung dari luar negara begitu terpegun dan mahu mengetahui kaedah pelaksanaan kemudahan yang disediakan kerajaan itu.Tambah beliau lagi, sejak dilaksanakan pada 2012 sehingga 2016, seramai 61 juta rakyat di negara ini mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang disediakan 30 agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, badan berkanun serta swasta sepanjang tujuh hari seminggu yang terdapat di 21 UTC seluruh negara.Sementara di Terengganu, seramai 1,167,676 sudah mendapat manfaat di UTC sejak dibuka pada 27 Jun 2016 sehingga Mac tahun ini. Jumlah pengunjung meningkat daripada 306,000 (2016) kepada 6,750,000 (2017) dan sepanjang suku pertama tahun ini pula merekodkan seramai 186,000 pengunjung di UTC Terengganu.“World Bank dan juga Badan Commonwealth serta peringkat Asian juga telah membuat peninjauan dan mereka semua kata bahawa mereka beri markah yang begitu tinggi kepada perkhidmatan UTC yang dijalankan oleh kerajaan kita,” kata beliau lagi.Menurutnya, inisiatif UTC juga sebagai kayu ukur mutlak yang menepati slogan yang diperkenalkan sewaktu beliau mula-mula menjadi Perdana Menteri iaitu, `rakyat mesti didahulukan, pencapaian diutamakan’, maka UTC benar-benar berteraskan rakyat.
03 May 18
105
PRU14 : Pembangkang Terdesak Tabur Fitnah
Oleh :Ezzuan AhmadPembangkang sekali lagi dilihat terdesak apabila meraih simpati pengundi dengan membuat serangan peribadi terhadap calon kerusi N28, Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman.Dalam fitnahnya yang terbaru menyatakan sekiranya BN memenangi kerusi itu pada pilihan raya kali ini, Tengku Hamzah dikatakan hanya akan menjaga kebajikan masyarakat Felda dan bukan masyakarat di sekitarnya.Tengku Hamzah ketika ditemui berkata, fitnah yang ditaburkan itu menunjukkan seolah-olah pembangkang sudah terdesak dan ketandusan idea untuk meraih sokongan rakyat.Menurutnya, sepanjang menjadi Pegawai Penyelaras DUN Paka, beliau tidak pernah bersikap 'pilih bulu' dalam memberikan perkhidmatan dan bantuan kepada penduduk setempat."Meskipun saya berasal dari kalangan peneroka Felda, saya tidak pernah meminggirkan masyarakat lain dalam menghulurkan bantuan dan khidmat selama ini."Saya diberi amanah untuk menjaga kebajikan penduduk di Paka dan saya jalankan amanah tersebut sebaik mungkin," katanya.Menurut Tengku Hamzah, sekiranya diberi mandat untuk menjadi wakil rakyat, pembelaan dan kebajikan untuk warga Paka akan diteruskan selain menambah baik pembangunan dan projek untuk kesejahteraan rakyat.Beliau juga tidak menolak bahawa pembangkang memang dikenali sebagai parti yang sering menaburkan fitnah dan akan berbuat apa sahaja untuk menarik simpati rakyat. "Mereka (pembangkang) sendiri telah melihat pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan namun masih lagi menabur fitnah untuk memburukkan kerajaan, seakan tiada kebaikan dan itu memang tugas mereka."Fitnah dan pembangkang sudah sinonim dengan mereka.. mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggunakan cara tersebut," katanya.Baginya, meskipun banyak fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap calon BN, rakyat sudah faham dan masak dengan permainan pembangkang sejak dari dulu lagi.
03 May 18
64
PRU14 : Pembangunan Bukan Dari Tangan Pembangkang
Oleh : Ezzuan AhmadPembangunan fizikal dan program kebajikan rakyat yang dikecapi oleh penduduk di Paka pada masa kini dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukannya hasil usaha pembangkang.Calon bagi kerusi N28 DUN Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman berkata, nikmat pembangunan dan pelbagai bantuan yang dirasai penduduk di kawasan Paka adalah hasil usaha Kerajaan negeri selain kesepakatan dengan Kerajaan Pusat."Pembangkang (Pas) selalu menyatakan mereka juga telah membawa pembangunan di kawasan ini namun hakikatnya tidak dan hanya kami (BN) yang membawa pembangunan di sini," katanya.Menurutnya, Pas melalui wakil rakyat mereka yang juga penyandang ADUN Paka, Satipul Bahari Mamat sering berbangga dengan pusat tahfiz yang diwujudkan di kawasan tersebut namun semua sudah sedia maklum pembinaan tersebut adalah hasil dari sumbangan ahli-ahlinya sendiri.Tambahnya, apabila melibatkan mengenai kebajikan rakyat, Pas mendakwa kerajaan bertindak kejam kerana tiada sebarang peruntukan yang diagihkan kepada mereka. "Jika buat tahfiz ada peruntukan tetapi kenapa bila melibatkan pembangunan mereka (Pas) menyatakan bahawa kerajaan tidak memberi sebarang peruntukan."Sepatutnya mereka ada sumber kewangan sendiri melalui parti yang diwakili mereka dan bukan meyalahkan kerajaan, jika buat tahfiz ada pula peruntukan kenapa bila nak buat pembangunan tiada peruntukan?" katanya.Katanya, rakyat harus sedar apabila Pas mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri pada 1999 di mana perkara pertama yang dibuat ialah menghalang dan menghalau pelajar tadika dari menggunakan bangunan mereka untuk belajar."Mereka (Pas) selalu mendabik dada mengatakan bahawa mereka cakna akan pendidikan namun apa yang dibuat kepada pelajar tadika pada tahun itu menunjukkan sebaliknya. "Saya ingat lagi bagaimana kanak-kanak menangis kerana dihalau di tempat mereka menimba ilmu, saya ingat lagi bagaimana mereka terpaksa menumpang di bangunan-bangunan dan kedai untuk menimba ilmu, mereka hanya kanak-kanak, apa yang Pas fikirkan masa itu? Hanya kepentingan politik sahaja,"katanya.Tengku Hamzah berkata, Pas hanya pandai menabur janji kosong sahaja dan hanya berbangga dengan kemajuan yang dibawa oleh BN."Semua yang ada ini adalah hasil dari kerajaan dan wakil rakyat yang dilantik (Pas) tidak berbuat apa-apa dan hanya menabur fitnah berkenaan kerajaan. BN sahaja yang menjaga kebajikan dan membuat pembangunan di Paka ini. "Adakah BN tidak memperjuangkan islam sepertimana yang didakwa mereka?Kerajaan juga memperjuangkan agama islam namun cara dan perbuatan mereka (Pas) yang sebenarnya yang tidak mengikut Islam dan ianya boleh diibaratkan seperti 'sibuk mencari dosa orang tetapi dosa-dosa sendiri belum tentu kelihatan dan terhapus'," katanya.Menurutnya lagi, sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, Pas tidak seharusnya membuat fitnah dan hanya tahu menyalahkan pihak lain atas kegagalan mereka.
03 May 18
76
PRU14: Kaunter Aduan Bergerak Kak Ton Beri Khidmat Terbaik Kepada Masyarakat
Inisiatif calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung,To' Puan Zaitun Mat Amin mewujudkan Kaunter Aduan Bergerak menjadi medium terbaik dalam memberi khidmat secara langsung dan efektif kepada masyarakat setempat.Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang itu berkata, kaunter bergerak berkenaan akan ditempatkan di kawasan tumpuan orang ramai supaya masyarakat lebih mudah untuk berhubung serta bersemuka dengan pemimpin tempatan."Kaunter aduan ini adalah manifesto tambahan saya bagi DUN ini. Tujuannya supaya rakyat dapat mengutarakan sebarang masalah kepada wakil mereka untuk dibawa ke peringkat atasan."Sebelum ini, rakyat sukar bertemu dan menyuarakan pendapat kepada pemimpin di sini. Ini adalah usaha untuk mendekatkan hubungan pemimpin dan rakyat. Ianya jadi lebih mudah apabila kita yang turun kepada rakyat untuk mendengar masalah mereka," katanya ketika ditemui pemberita sejurus pelancaran oleh Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil di Dewan Sivik Bukit Payong, hari ini.Buat masa ini, Zaitun berkata, beliau tidak mengehadkan permasalahan atau pendapat yang diterima daripada masyarakat Bukit Payung, malah menerima kesemuanya dan akan berusaha menyelesaikan sebaik mungkin sekiranya terus diberi mandat pada 9 Mei ini."Kita akan cuba selesaikan apa masalah sekalipun dan membawa Kaunter Aduan Bergerak menyelusuri seluruh pelusuk kampung bagi memberi khidmat terbaik kepada masyarakat," tegas beliau lagi.
03 May 18
104
PRU14 : Sokong Ayoh Ku Kekal Terajui Kuala Berang - Pengundi
Sebahagian beliawanis yang sempat merakamkan foto bersama Tengku Putera ketika Program Turun Padang hari ini.Foto oleh Tengku SyamimDengan menyifatkan pilihan terbaik, penduduk N23 menyatakan sokongan jitu kepada anak tempatan, Dato' Tengku Putera Tengku Awang, sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Berang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Sulaiman Md HassanPengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Padang Tara, Sulaiman Md Hassan, berkata Tengku Putera sewaktu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang selepas memenanginya pada PRU13 banyak membantu penduduk setempat meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka termasuk pembangunan kawasan.“Kami menyokong penuh apabila namanya dicalonkan kembali bagi kerusi DUN Kuala Berang kerana beliau merupakan calon yang paling layak dan sentiasa mempunyai pendekatan baharu bagi politik luar bandar."Malah pengundi percaya dan meletakkan kepercayaan calon mampu membawa lebih banyak perubahan dari segi pembangunan dan ekonomi di kawasan Kuala Berang termasuk Kampung kami,” katanya kepada Teganukita ketika ditemui hari ini.Nur Fauzani Md ArshadBagi pengundi muda, Nur Fauzani Md Arshad, 35, Kampung Getang, berkata ini merupakan kali kedua berpeluang mengundi selepas PRU13 yang lalu dan dia tetap menyokong calon yang sama.Baginya Tengku Putera yang lebih mesra dengan panggilan Ayah Ku, dikatakan seorang calon yang memiliki wawasan jauh bagi mempertingkatkan usaha penduduk tempatan memajukan ekonomi.“Ayah Ku merupakan anak tempatan yang mempunyai wawasan tinggi dalam bidang ekonomi, justeru saya percaya beliau dapat menjadi pemimpin terbaik di kawasan ini,” tegasnya.Mariam Deraman kelihatan teruja ketika dikunjungi calon N23 Tengku Putera dan isteri Halijah Ali.Seorang warga emas Kampung Tapu, Mariam Deraman, 90, pula berkata, dia sejak mula mula mengundi hanya BN yang menjadi pilihannya."Tok dok (tidak) pernah pangkah yang lain, biar lah orang kata macam-macam pun sebab tok cuma tau BN parti hak paling molek sekali."Ku Tera pun wakil rakyat hok bagus dah yang Tok kenal..dok sombong, cakna ke warga emas kalau nak bandingkan dengan orang lain...payah nak cari orang macam ni," katanya.Bakar HusinSementara itu bagi, Bakar Husin, 67, berkata Tengku Putera merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat yang sememangnya bertanggungjawab untuk menghadapi pelbagai cabaran pembangunan di kawasan terbabit.“Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Tengku Putera untuk bersama-sama melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk rakyat di Kuala Berang."Pemilihannya sekali lagi sebagai calon BN pada PRU14 nanti adalah amat sesuai kerana hubungan rapatnya dengan penduduk setempat.“Kami yakin beliau dapat membawa lebih banyak pembangunan di kawasan ini,” katanya lagi.
03 May 18
104
PRU14 : Guru Usah Terpengaruh Janji Pembangkang
Golongan pendidik terutama guru diingatkan jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji yang ditaburkan pemimpin parti pembangkang kerana mereka sebenarnya tidak mampu untuk menunaikan janji berkenaan.Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, sebagai golongan berpendidikan guru sepatutnya tahu menilai kebaikan yang dilakukan kerajaan berbanding pihak pembangkang yang hanya pandai menabur fitnah.Sebahagian guru yang menghadiri sambutan Hari Guru Peringkat Parlimen BesutKatanya, kerajaan sudah banyak membangunkan sistem pendidikan negara bermula peringkat sekolah hingga ke universiti.Bagaimanapun, katanya ramai guru lebih cenderung mendengar apa sahaja yang diperkatakan pemimpin pembangkang menyebabkan mereka hilang fokus dan mengalih sokongan.“Guru adalah individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk keperibadian murid,” katanya ketika merasmikan sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Parlimen Besut di Jertih, hari ini.Yang turut hadir calon BN Jertih, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof dan calon BN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.Idris yang juga calon BN bagi Parlimen Besut berkata, kecemerlangan pendidikan di Terengganu adalah hasil perancangan rapi kerajaan negeri dan Persekutuan dan ia tidak mampu di dilaksanakan negeri lain terutama negeri yang dikuasai pembangkang.Beliau berkata, janji pembangkang untuk menghapuskan pelbagai projek dan usaha yang dilakukan Kerajaan BN adalah satu perbuatan yang mundur dan rakyat sepatutnya menolak idea berkenaan.
03 May 18
57
PRU14: Kak Jat Minta Pilih Calon Serikandi
Shahrizat berucap ditemani calon DUN Bukit Payung, Zaitun dan calon Parlimen Marang, Mohamad Nor.Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyeru semua wanita di Marang supaya menyokong calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin untuk dpilih sebagai wakil rakyat dalam kepimpinan Negeri Terengganu.Kata beliau, bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Terengganu mencatatkan sejarah apabila menyenaraikan dua calon wanita bertanding di DUN Sura (Datuk Zainun Abu Bakar) dan Bukit Payung."Wanita perlu ingat, di bahu kita terletak tanggungjawab untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Bukit Payung," "Ceritakan kebaikan dan kemajuan yang dibawa kerajaan hari ini kerana kita ada bukti BN telah memerintah negara dengan baik," katanya ketika melawat Parlimen Marang dalam program Jelajah Hebatkan BN PRU14, di Dewan Sivik Bukit Payong, Marang, hari ini.Shahrizat turut mengingatkan supaya jentera Jalinan Rakyat (Wanita) berkempen penuh adab dan nilai yang melambangkan pekerti wanita Pantai Timur.Turut hadir, calon Parlimen Marang, Mohamad Nor Endut dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato' Muda Mamat.Shahrizat berkata, Terengganu mencatatkan pembangunan yang amat baik selepas 2004 sekali gus mencipta masa hadapan yang lebih baik untuk anak-anak bangsa dan generasi akan datang.
03 May 18
46
PRU14: Manifesto BN Realistik, Bukan Retorik
Manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukan sahaja dilihat realistik dan diyakini seluruh rakyat, bukan retorik seperti pembangkang.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau membayangkan sokongan sebenarnya dijangka akan meningkat memandangkan manifesto yang dibentangkan oleh BN memperjuangkan kepentingkan rakyat secara nyata.Pauzi"Manifesto ini juga merupakan komitmen kami kepada keseluruhan rakyat tidak kira kaum dan latar belakang. Semua orang mendapat manfaat. Kita juga tidak sekadar berjanji seperti yang lain sebaliknya menunaikan setiap yang dijanjikan,"katanya pada satu majlis baru-baru ini.Kakitangan kerajaan, Pauzi Mahmud, berkata Manifesto BN dilihat merangkumi kehendak pelbagai kaum dan peringkat umur.“Pada masa yang sama memberi kelebihan kepada golongan belia apabila kerajaan BN turut menawarkan 40,000 peluang pekerjaan dan menumpukan aspek sukan bermotor.“Oleh itu, saya menyarankan golongan berkaitan merebut peluang yang ada dengan memilih kepimpinan yang boleh mencorak negara khususnya Terengganu,” katanya. SaufianPengerusi Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Semenanjung Malaysia, Saufian Ngah, berkata langkah dan janji kerajaan mahu menambahkan bilangan rumah melalui manifesto BN sangat bertepatan dengan keperluan rakyat yang kian mendesak itu.Katanya, umum mengetahui rumah adalah keperluan asas paling penting bagi setiap masyarakat terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak ramai.“Sebelum ini, kerajaan sudah membina pelbagai jenis perumahan rakyat, namun masih belum mencukupi, seboleh- bolehnya perlu sasaran satu rumah untuk satu keluarga,” katanya.
02 May 18
66
PRU14: 300 Rumah Mampu Milik Setiap DUN
Ahmad Razif berucap di majlis pertemuan dengan penduduk DUN Alur Limbat. Di belakang beliau Mohamad Nor (kanan) dan Saiful Bahri. Foto Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri akan membina 300 unit Rumah Mampu Milik di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh empat tahun akan datang.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan berita baik itu ketika turun padang menemui penduduk di Kampung Banggol Katong, DUN Alur Limbat, Parlimen Marang, malam ini.Katanya, Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah meluluskan peruntukan untuk membina 10,000 unit rumah tersebut di seluruh Terengganu."Oleh kerana itu, saya akan mengagihkan peruntukan ini kepada 32 DUN di seluruh negeri jika kita memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini."Saya berharap para pengundi tidak mengambil ringan kewajipan membuang undi untuk Kerajaan BN merealisasikan perancangan itu nanti keranapada 9 Mei bakal menjadi penentu kepada pembangunan negeri bagi lima tahun akan datang," katanya.Ahmad Razif berkata, Terengganu banyak ketinggalan pada tahun 1999 sepanjang pemerintahan Pas dan zaman kegelapan itu sepatutnya menjadi memori buruk yang tidak sepatutnya berulang dalam lipatan kehidupan rakyat negeri ini."Kita jangan memilih untuk merugikan negeri ini sekali lagi, pilihlah kerajaan yang mampu berkhidmat," tegasnya.Beliau turut memaklumkan sebanyak 50 buah rumah di bawah Projek MyBN sedang dilaksanakan dan bakal dijual dengan harga serendah RM20,000 untuk membantu rakyat.Mantan Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Rahman Bakar turut hadir memberikan sokongan.
02 May 18
45