lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Empty Image
PRU14: Kak Ton Seru Rakyat Bina Masa Depan Bersama BN
Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin menyeru pengundi di DUN tersebut membuat keputusan yang rasional dengan memilih BN bagi memastikan kawasan itu membangun seiring dengan pembangunan pekan dan bandar lain di Terengganu."Dua penggal kita lepaskan DUN ini kepada pembangkang. Pembangunan Pekan Bukit Payung yang dahulu mendahului bandar Marang kini sudah ketinggalan.Kak Ton beramah mesra dengan salah seorang penerima."Tapak pasar agro yang dirancang kerajaan dahulu kini tidak dapat dilaksanakan kerana kita silap memilih pembangkang yang mewakili kita dan ternyata  pembangkang gagal membawa kemajuan yang kita mahukan selama ini," katanya ketika merasmikan program Transformasi Anak Muda (TOM) di Kampung Laut, semalam.Seramai 871 penerima melibatkan penduduk Pusat Daerah Mengundi Atas Tol, Kampung Laut, Surau Haji Daud, Kedai Buluh, Undang dan Surau Panjang. menerima bantuan TOM.
06 May 18
136
Empty Image
PRU14 : 200 Keluar Pas Sertai UMNO
Mohamad Syakir berucap mewakili rakan lain yang mengisytiharkan diri menyertai UMNO, malam tadi.Seramai 200 ahli Pas Besut membuat kejutan menjelang hari pembuangan undi pada Rabu ini apabila mereka bertindak keluar parti dan menyertai UMNO malam tadi.Pengisytiharan itu diketuai seorang pemuda, Mohamad Syakir Mustaffa, 25, pada Program Kembali Semula Ke UMNO yang diadakan di di Dataran Pasar Akar, Hulu Besut.Mohamad Syakir, dari Kampung Gong Terap, Alur Lintah, mewakili rakan lain turut berucap bagi memperkenalkan diri sebagai anak muda yang sedia bersama Barisan Nasional (BN) dan keluar mengundi parti itu Rabu ini.Majlis bersejarah itu turut disaksikan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga calon BN Parlimen Besut, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof (calon BN Jertih) dan Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad (calon BN Hulu Besut).Muhamad Syakir berkata, sebagai anak muda dia dapat melihat perjuangan UMNO yang jelas dan lebih tersusun kerana sentiasa memberi perkhidmatan terbaik serta membela kebajikan rakyat.Mohamad SyakirKatanya, ketika berada di dalam Pas anak muda tidak diberi perhatian kerana kepemimpinan parti tidak mempunyai perancangan rapi untuk golongan belia.Nawi ketika ditemui memuji tindakan berani ahli Pas terbabit yang sanggup meninggalkan perjuangan parti itu menjelang hari terakhir kempen sebelum pembuangan undi sehari lagi.Katanya, tindakan ahli Pas yang menyertai UMNO adalah hasil gerak kerja jentera UMNO yang mendekati pengundi atas pagar dan penyokong Pas dengan cara kempen yang berhemah dari rumah ke rumah.“InsyaAllah menjelang hari pembuangan undi kita akan mendapatkan 400 penyokong Pas untuk bersama-sama UMNO  serta mengundi BN,” katanya.
06 May 18
45
Empty Image
PRU14 : Laporan Polis Berhubung Surat Terbuka Kepada Calon Kuala Berang
Ketua Penyelaras Pemuda UMNO Kuala Berang, Ahmad Badurol Hisyam Mukhatar, 29, hari ini membuat laporan polis berhubung surat terbuka kepada calon Barisan Nasional (BN), yang dimuat naik dan tular di laman Facebook (FB) sejak Jumaat lalu.Turut sama berbuat demikian Tengku Haphiz Tengku Putera, 35 yang juga anak kepada calon BN Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.Menurut Tengku Haphiz , dua laporan dibuat berikutan surat itu seolah-olah ingin mencetuskan kebencian dalam kalangan pengguna FB terhadap calon BN berkenaan.Antara kandungan surat itu memfitnah calon mencantas beberapa nama lain yang sepatutnya menjadi calon BN."Pemilik akaun juga menyentuh tentang beberapa projek di Dewan Undangan Negeri Kuala Berang ketika kempen Pilihan Raya Umum sedang rancak dijalankan."Surat itu mula tular di kalangan pengguna di FB yang memainkan sentimen negatif yang menimbulkan kebencian dan memfitnah sehingga saya terpaksa mengambil langkah ini bagi membersihkan nama calon yang juga ayah saya."Walaupun calon sudah banyak kali membuat penjelasan berkaitan soalan yang dikemukakan tetapi pemilik akaun tetap tidak berpuas hati dan terbaru membuat surat secara terbuka pula,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, petang tadi.Tengku Haphiz berkata, sekiranya pemilik akaun masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang calon berikan, dia boleh bersemuka dan mendapatkan maklumbalas yang lebih lanjut."Dengan memuat naik soalan serta surat terbuka di FB merupakan satu cara yang kurang tepat dalam mendapatkan jawapan sehinggakan mewujudkan rasa negatif di kalangan netizen terutama pengundi yang tidak tahu susur galur setiap perkara yang dinyatakan di laman sosial tersebut,"ujarnya.
06 May 18
67
Empty Image
PRU14: Empat Pusat Undi Awal Anggota Beruniform Di Marang
Anggota ATM beratur untuk memasuki bilik mengundi.Seramai 274 pengundi yang berdaftar sebagai pengundi awal melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat kawasan masing-masing bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Kem Rejimen 512 Askar Wataniah, Padang Midin, pagi ini.Pengundi yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan serta veteran ATM memenuhi pusat pengundian sejak jam 8 pagi lagi.Dalam pada itu, 11 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut melaksanakan pembuangan undi di Balai Polis Bukit Payung yang menjadi pusat pengundian yang merekodkan pengundi awal paling sedikit daripada empat pusat pengundian di Parlimen Marang hari ini.Dua pusat pengundian lain yang dibuka ialah Ibu Pejabat Polis Daerah Marang dan Kem Polis Simpanan Persekutuan, Wakaf Tapai.
04 May 18
81
Empty Image
PRU14: Kerajaan BN Hargai Tradisi Kaum Cina
Ahmad Razif melakukan gimik perasmian sambil diperhatikan oleh Wan Nawawi,  Seng Cheng dan tetamu kenamaan lain. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menghargai kebudayaan, kesenian dan tradisi masyarakat  Cina sebagaimana bangsa Melayu dan bangsa lain di negeri ini.Sehubungan itu, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan peruntukan berjumlah RM500,000 bagi sebarang aktiviti kebudayaan dan kesenian masyarakat Hainan di Esplanade Kampung Cina, Kuala Terengganu, malam tadi.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Perarakan Mazu 2018 yang berlangsung sehingga jam 11 malam.Menurut Ahmad Razif, festival yang diadakan kali kedua ini akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri sebagai acara tahunan."Kita mahu mempromosikan festival ini ke peringkat antarabangsa dalam usaha memperkenal perpaduan dan keunikan negeri ini."Kebudayaan masyarakat cina di Terengganu memiliki sejarah panjang di mana Laksamana Cheng Hoon pernah berlabuh di negeri ini untuk mendapatkan bekalan makanan dan air tawar dalam ekspedisi ke Melaka suatu masa dahulu," katanya.Beliau mahu sejarah itu diangkat untuk generasi muda bagi mengukuhkan jambatan perpaduan antara kaum.Dalam majlis tersebut, Ahmad Razif turut menyeru masyarakat menyokong calon BN Toh Seng Cheng (DUN Bandar) dan Dato' Wan Nawawi Wan Ismail (Parlimen Kuala Terengganu) untuk memastikan projek kesejahteraan dan pembangunan berjalan lancar.
04 May 18
81
Empty Image
PRU14: Kak Ton Santuni Peniaga, Tinjau Keperluan Pasar Bukit Payong
 Zaitun beramah mesra dengan peniaga ayam di Pasar Bukit Payong. Foto oleh Irsyadi Abu BakarCalon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin mengunjungi peniaga di Pasar Bukit Payung, sambil meninjau permasalahan mereka yang boleh diatasi segera, pagi ini.Beliau yang hadir dengan jentera Jalinan Rakyat (Wanita) beramah mesra kita-kira sejam dengan peniaga-peniaga dan pengunjung di pasar tersebut.Zaitun yang tidak lekang dengan senyuman serta sikapnya yang ramah sejak dulu, memaklumkan kunjungannya bukan sekadar kempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tetapi juga sebagai satu pendekatan untuk melihat keperluan masyarakat."Saya sudah biasa di sini sebelum ini dan mereka semua mengenali saya. Hari ini, ada beberapa aduan berkenaan kos sewa tapak dan pembaikan pasar yang tidak diselesaikan sekian lama, insyaAllah saya akan menilai semula aduan tersebut dan menyelesaikannya," katanya.Zaitun turut menyeru masyarakat di Bukit Payung supaya memberikan sokongan kepada beliau melalui undi kepada Barisan Nasional (BN) 9 Mei nanti."Berilah kepercayaan kepada saya untuk membawa dan menyelesaikan permasalahan masyarakat di sini yang tertangguh penggal lalu. Kemenangan BN di sini bermakna suara rakyat Bukit Payung di Dewan Rakyat," ujarnya penuh harapan.Turut hadir bersama dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato' Muda Mamat.Sebahagian pengunjung tidak melepaskan peluang merakam kenangan bersama Zaitun.
04 May 18
297
Empty Image
PRU14 : Tiada Sumbangan Pas Di Chukai
Penantian Barisan Nasional (BN) selama lima tahun untuk merampas kembali DUN Chukai kembali kepada BN akan berakhir pada 9 Mei ini.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, selama lima tahun di bawah pemerintahan Pas tiada sumbangan dan bantuan yang diberikan terhadap penduduk Chukai.“Sudah ramai penduduk Kemaman berjumpa saya mengadu bahawa tiada sumbangan terbaik untuk pengundi-pengundi Chukai disediakan oleh wakil rakyat Pas.“Saya juga percaya tempohnya sudah habis dan kini tiba untuk memberikan BN peluang berjuang serta menyelesaikan pelbagai rintangan di Chukai,” katanya.Beliu berkata kepada pemberita semasa Majlis Sembang Santai Bersama Nelayan di Dewan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kemaman, hari ini.Turut hadir, calon N31 DUN Chukai, Dato’ Mohamed Awang Tera, Ketua Setiusaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Seri Dr. Ismail Bakar, dan Timbalan Ketua Pengarah  (Pengurusan) LKIM, Untong Keri dan Ketua Wanita UMNO Kemaman, Dato’ Rohani Abdullah.Menurut Ahmad Shabery, tiada inisiatif yang diambil oleh wakil rakyat Pas sama ada menulis surat mahupun memberitahu mengenai masalah yang dihadapi oleh penduduk kepada pihak berwajib.“Pengundi-pengundi di Kemaman menginginkan sebuah parti yang boleh mewakili mereka dan memerlukan satu pemerintahan yang stabil dan kesinambungan pemerintahan sebelum ini.“Sekiranya berlaku pertukaran pemerintahan secara mendadak tidak banyak kesan yang dianggap positif kepada mereka,” katanya.
04 May 18
42
Empty Image
PRU14: BN Tarik Balik Penggantungan Raja Ahmad Soufi
Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersetuju untuk menarik balik penggantungan keahlian Ketua Cawangan UMNO Kampung Langgar, Raja Ahmad Soufi Sulaiman.Jelasnya, penarikan balik penggantungan ini bagi memastikan  sokongan daripada UMNO tetap utuh bagi kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Beliau mengumumkan perkara tersebut di Program Mesra Rakyat Bersama YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang, hari ini.Terlebih dahulu, Pengerusi Badan Peehubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman memaklumkan pihaknya telah membuat surat rayuan baru-baru ini kepada Lembaga Disiplin supaya Raja Soupi dikembalikan status ahli UMNO setelah digantung keahliannya selama enam tahun."Kita dah buat surat rayuan tersebut dan berharap kepada badan disiplin menerimanya kerana dia dah bekerja kuat untuk BN..jadi berilah peluang kepadanya," katanya lagi.Raja Ahmad Soufi digantung keahliannya sebagai ahli UMNO mengikut perlembagan apabila melanggar peraturan 3.1.6 yang menggunakan media massa bagi menolak Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari sebagai calon PRU14 bermula pada 30hb Januari 2018.Raja Ahmad Soufi yang ditemui berkata penarikan balik penggantungan keahlian UMNO merupakan satu berita gembira lebih-lebih lagi disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri."Saya ucapkan terima kasih kepada PM kerana menerima balik saya sebagai ahli UMNO. Sebelum ini pun saya tetap menjalankan tugas saya sebagai penyokong parti walaupun bukan ahli lagi sebab saya berjiwa UMNO."Saya akui mungkin cara saya mengkritik Ahli Parlimen Hulu Terengganu agak keras kerana menggunakan laman sosial sebagai tempat melontarkan serangan tetapi saya tiada pilihan apabila masih tidak ada perubahan setelah berjumpa antara satu sama lain."Dan pada hari ini apabila diberi peluang sekali dengan penarikan balik pengantungan keahlian UMNO, saya akan pastikan ianya tidak sia-sia dengan memberi kemenangan kepada BN pada PRU14 nanti," katanya.
04 May 18
339
Empty Image
PRU14 : Beri Mandat BN Terus Terajui Terengganu
Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama calon-calon BN Hulu Terengganu pada Program Mesra Rakyat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail.Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyeru rakyat Terengganu memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus menerajui negeri ini.Katanya, menerusi kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang memperkenalkan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) pelbagai bentuk pembaharuan dan pembangunan sedang dirancang dan juga telah dilaksanakan.Katanya, seluruh pengundi di negeri ini patut memilih kerajaan yang memberi manfaat kepada mereka kerana banyak lagi pembangunan akan dilaksanakan sekiranya rakyat tetap utuh menyokong kerajaan negeri sedia ada. “Bagi peluang Menteri Besar yang baru pegang jawatan lakukan pembaharuan pada negeri kerana beliau hendak laksanakan pembaharuan terhadap Terengganu. Jangan kita sekejap tukar sana dan sini.  “Tukar kereta boleh, tapi jangan tukar kerajaan kerana sesuatu perubahan itu mengambil tempoh yang sangat lama. Jika sekejap nak tukar, sekejap nak tukar, habis rosak kita,” katanya ketika berucap pada Program Mesra Rakyat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato ' Mohd Zubir Embong serta Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A.Rahman Yahya. Hadir sama, calon BN Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, Calon BN DUN Manir, Yusof Awang Hitam, dan Calon BN DUN Telemong, Dato’ Rozi Mamat.Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi BN mengharapkan semua kepimpinan BN negeri ini bersatu.“Mari kita rapatkan barisan. Saya tak nak dengar ada masalah dalaman, saya tak nak ada cah keting, saya tak nak ada peteh keting, saya minta kita semua pertahankan barisan, kalau ada apa perubahan pun kita terima.“Sebab itu saya hendak ucap terima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari kerana walaupun  tidak menjadi calon dia tidak kacau kerana dia ‘gentlemen’,” ujarnya.
04 May 18
328
Empty Image
PRU14 : BN Yakin Rampas Semula Tujuh Kerusi
 Oleh : Ezzuan Ahmad Barisan Nasional (BN) Terengganu optimis akan dapat merampas kembali tujuh kerusi yang mengalami kekalahan tipis pada Pilihan Raya Umun Ke-13 (PRU13) lalu.Pengerusi Barisan Nasional Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, keyakinan tersebut disuarakan selepas melihat momentum sokongan rakyat terhadap parti tersebut di semua kawasan terbabit sudah mula menunjukkan peningkatan yang sangat baik."Saya dapat melihat momentum ini meningkat sepanjang tempoh berkempen dan saya yakin ianya akan bertambah lagi."Memang sebelum ini ada berlaku isu di kalangan ahli parti selepas pengumuman calon dan kebangkitan tersebut dapat dilihat selepas semua isu sudah selesai" katanya.Beliau berkata demikian pada Program Ramah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) DUN Sura, malam tadi. Menteri Besar berkata, selain tujuh kerusi utama tersebut, beberapa kerusi lain yang menjadi kubu kuat pembangkang seperti DUN Sura juga akan dirampas dari pembangkang."Peningkatan sokongan ini adalah disebabkan oleh kekuatan jentera parti yang bertungkus lumus dan penghijrahan ahli UMNO yang dianggap musuh dalam selimut yang menyertai Parti Pribumi,"Kita sudah nampak pada hari ini di mana ahli yang menjadi gunting dalam lipatan, yang mensabotaj parti sudah menyertai pembangkang, ini adalah kelebihan pada kami (BN) meskipun bertanding tiga penjuru" katanya.Ahmad Razif menjelaskan, dengan peningkatan sokongan sedemikian, sejarah 2004 apabila BN memenangi 24 kerusi dijangka dapat berulang kembali.Pada PRU13 lalu, tujuh kerusi yang mengalami kekalahan tipis ialah DUN Rantau Abang (majoriti tewas 141 undi),  Tepoh (229), Manir (588), Bukit Payung (613) , Bukit Tunggal (652) dan Ladang pula  924 undi.
03 May 18
41