lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Empty Image
PRU14 : Pok Ku Selamanya Dekati Rakyat
Hari terakhir berkempen memperlihatkan semua calon parti yang bertanding menggunakan peluang untuk bertemu dengan pengundi bagi menerangkan manifesto dan pelbagai perancangan yang akan dilaksanakan sekiranya diberi mandat untuk menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Bagi calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi N28, Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman, juga tidak mensia-siakan peluang saat akhir ini untuk bertemu dengan penduduk di kawasan Felda Kerteh serta menemui golongan nelayan dan memberikan bantuan kepada pesakit yang memerlukan.Menurut Tengku Hamzah, peluang terakhir ini digunakan untuk bertemu untuk menerangkan berkenaan dasar kerajaan serta manifesto yang disusun untuk kesejahteraan rakyat."Kita (BN) telah pergi ke semua pelusuk kawasan di dalam Paka ini sejak dari awal lagi untuk menghulurkan bantuan serta memberi penerangan kenapa perlu mengekalkan kerajaan yang sedia ada ini untuk kesejahteraan mereka," katanya.Menurut Tengku Hamzah,  sepanjang tempoh berkempen, banyak permasalahan yang telah diutarakan oleh penduduk kepadanya kerana wakil rakyat dari pihak pembangkang (Pas) tidak pernah mengambil cakna berkenaan permasalahan mereka.Tambahnya, pada lawatannya juga turut menyumbangkan keperluan barangan keperluan seperti makanan dan bantuan kerusi roda kepada pesakit yang memerlukan."Kita turut memberikan penerangan kepada penduduk berkenaan kemajuan yang telah dibawa oleh pihak kerajaan (BN) dan adalah satu kerugian besar sekiranya tidak mempertahankan apa yang sudah diperolehi mereka" katanya.Kata beliau, pada siri lawatannya sepanjang tempoh berkempen, beliau juga melihat sokongan dan keyakinan rakyat terhadap BN telah meningkat kerana mereka sudah melihat sendiri kemajuan dan kesejahteraan yang telah di bawa sepanjang memegang tampuk pemerintahan negara."Penduduk mula sedar bahawa kemajuan yang dikecapi selama ini datangnya dari sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh dalam membawa agenda pembangunan demi kesejahteraan anak cucu mereka pada masa hadapan," katanya.Justeru itu dia berharap supaya pengundi dapat memilih kerajaan yang sedia ada untuk dikekalkan supaya lebih banyak bantuan dan pembangunan dapat dilaksanakan di negara ini .
08 May 18
29
Empty Image
PRU14: Setiu Boleh Menang 5-0
Mohd Jidin bermesra dengan penduduk Kampung Baru Pulau Redang. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Barisan Nasional (BN) di Setiu dijangka dapat mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan sasaran melepasi 61 peratus berdasarkan kepada sokongan rakyat yang sentiasa teguh berdiri di belakang barisan kepimpinan BN.Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan penerimaan rakyat di daerah ini dalam setiap program anjuran parti sama ada di peringkat belia, Puteri, Pemuda, Wanita dan veteran."Walaupun pembangkang sentiasa mencanangkan isu berkaitan masalah dalaman UMNO di Setiu, namun ia bukanlah satu isu besar kepada pihak kita mengekalkan kemenangan sama seperti pilihan raya lepas."Biasalah jika bunyi bising dalam rumah tangga ia ibarat asam garam untuk mengukuhkan persefahaman dan benda yang lepas biarlah menjadi iktibar kepada semua,” katanya yang juga calon  BN Ahli Parlimen Setiu.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Borang 5A kepada 194 penduduk Kampung Baru, Pulau Redang, kelmarin.Katanya, Setiu yang mempunyai empat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu Parlimen dianggap sebagai sandaran dan deposit kepada BN untuk terus menawan negeri ini.“Ini sebab, daripada keputusan pilihan raya lalu, Setiu merupakan kawasan kubu kuat BN dan pembangkang tidak boleh sewenang-wenangnya mengimpikan kemenangan di kawasan ini.“Saya percaya, semangat kerja berpasukan dalam diri semua ahli BN dapat memastikan hasrat pucuk pimpinan negeri menjadikan Setiu sebagai kawasan deposit BN direalisasikan,” katanya.
08 May 18
173
Empty Image
PRU14: Dato' Pul Pilihan Anak Muda Alur Limbat
Ahmad ShukriRamai anak muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, Marang mahu calon Barisan Nasional (BN), Dato' Saiful Bahri Baharuddin mendapat mandat untuk diangkat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, sekali gus menunaikan janji untuk membawa pembaharuan dan perubahan fizikal.Seorang anak muda, Ahmad Shukri Muda, 32, dari Kampung Kepong berkata, penglibatan Dato' Pul sejak empat tahun lalu sebagai Pegawai Pembangunan DUN banyak menyelesaikan masalah rakyat, namun terdapat kekangan jika dibandingkan dengan kawasan yang mempunyai ADUN daripada  Kerajaan BN."Saya yakin, sekiranya pengundi Alur Limbat mahu lebih pembaharuan dan pembangunan di kawasan sendiri, yang sudah lama ketinggalan ini, sepatutnya esoklah masa terbaik sebagai penentuan masa depan untuk tempoh lima tahun akan datang."Realitinya juga jika dinilai empat tahun kebelakangan ini, kita seharusnya berterima kasih kepada Kerajaan BN kerana menerusi usaha Dato' Pul juga sudah banyak menyelesaikan masalah dan memperbaiki infrastruktur seperti membuat saliran air untuk mengelakkan banjir di kawasan Kepong," katanya.Shukri turut memaklumkan anaknya yang memerlukan rawatan turut dibantu Dato' Saiful melalui Tabung Darul Iman setelah usahanya memohon bantuan ADUN pembangkang selaku wakil rakyat di DUN itu tidah diendahkan.Wan KhairuPerkara yang sama diakui oleh Wan Mohd Khairu Affendy Wan Sulong, 35, dari Kampung Kubang Panjang apabila mendambakan kemajuan DUN itu dan juga Marang seperti kawasan lain di Terengganu khususnya Bandar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Kemaman."Beliau banyak membangun infrastruktur untuk anak muda seperti balai raya Kampung Gelugor Kedai. Malah ambil peduli tentang rakyat walaupun pengadu datang dari luar kawasan Alur Limbat. Ini wakil rakyat yang kita mahukan sebenarnya," ujarnya.Manakala, seorang penduduk, Zaipas Ismail, 43, dari Kampung Banggol Katong juga berharap Dato' Saiful dapat mengembalikan DUN itu kepada BN sekali gus merealisasikan semua janji dan memastikan pembangunan seiring dengan bandar dan pekan lain yang dimenangi BN."Saya harap pengundi di sini memilih pemimpin yang betul-betul mampu membangunkan kampung dan kawasan ini,"luahnya.
08 May 18
88
Empty Image
PRU14: Pembangkang Guna Langkah Terdesak Tarik Undi
Segala manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijanjikan pembangkang dilihat tidak lebih daripada mainan persepsi dan langkah terdesak untuk menarik sokongan rakyat.Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Nerus, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata, apa yang dijanjikan pembangkang itu belum tentu mampu direalisasikan.“Apa yang saya nampak ialah memang persepsi adalah sesuatu yang dimainkan oleh mereka yang sebenarnya tidak ada kekuatan.“Mereka cuba mempengaruhi pengundi-pengundi dengan membuat keputusan berdasarkan emosi,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Jualan Sentuhan Rakyat yang turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Dataran Permata, Seberang Takir, hari ini.Katanya, namun sebaliknya apa yang dijanjikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih realistik dan sudah terbukti hasilnya.“Apa yang kami (BN) lakukan adalah menyatakan tentang apa yang kami hendak buat maknanya manifesto-manifesto yang kami ketengahkan dan tunjukkan telah terbukti.“Daripada sejarah yang lepas semua manifesto yang hendak dilakukan berjaya kami laksanakan.“Sebab selepas ini apabila kita memerintah kita tidak boleh memerintah berdasarkan persepsi tetapi kita memerintah berdasarkan apa yang kita hendak buat,” ujarnya.Malah katanya, sejak dari awal sehingga ke saat akhir tempoh berkempen, kerajaan BN menggunakan pendekatan berhemah.Menurutnya lagi, terserah kepada pengundi membuat pilihan kerana mereka dapat menilai kesantunan kerana budi baik itu adalah lebih penting untuk menonjolkan seseorang calon yang boleh diangkat sebagai pemimpin masyarakat.
08 May 18
81
Empty Image
PRU14 : Moyang Enam Cicit Mengundi Sejak 1959, Kekal Pilih BN
Meskipun usianya sudah menjangkau 83 tahun, namun tidak menghalang seorang warga emas yang uzur akibat sakit tua untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)  esok.Menurut moyang kepada enam cicit Mohd Noor Ngah, walaupun uzur dan terpaksa dipapah atau berkerusi roda, ia terpaksa diketepikan demi masa depan anak cucu cicitnya."Pertama kali mengundi pada tahun 1959..pada masa tu Kapal Layar di bawah Parti Perikatan pada usia 23 tahun dengan semangat nak jadikan Tanah Melayu (Malaysia) milik bangsa kita."Hingga kini, Pak Cik berasa tidak tenang kalau tidak mengundi, kerana ini tentang ketuanan Melayu...takut hilang kuasa dan bangsa Melayu dijajah kembali," katanya yang juga bekas guru kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kuala Berang, hari ini.Mohd Noor merupakan seorang daripada 17,848  pemilih yang layak mengundi bagi Dewan Undangan Negeri Kuala Berang pada PRU14 ini.Apa yang menariknya, Mohd Noor yang mempunyai 11 anak dan kira-kira 30 cucu itu mendakwa tidak pernah ketinggalan keluar mengundi setiap kali pilihan raya sejak dia layak mengundi bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai rakyat.Menurut Mohd Noor, selagi masih hidup dan mampu melaksanakan tanggungjawab, dia akan turun mengundi sebagai melunaskan tanggungjawab yang besar bagi memilih pemimpin negara.Tambahnya yang pernah memegang pelbagai jawatan parti sejak dalam perikatan hingga ke parti Umno, menganggap perjuangan dan sokongannya terhadap Barisan Nasional sudah sebati dalam diri dan keluarga."Kalau dulu pernah jadi penceramah masa parti kapal layar .Lepas tukar kepada Umno, pak cik pernah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Setiu pada tahun 60an dan jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Terengganu pada tahun 70an."Jawatan terakhir sebelum bersara dari politik, sempat memegang jawatan Naib Ketua Veteran Umno Bahagian Hulu Terengganu dan terpaksa berehat apabila sakit tua...tetapi syukur bila perjuangan ini diwarisi oleh dua anak perempuan yang bergiat aktif dalam Puteri Umno,"katanya lagi.Mohd Noor berkata, baginya tiada istilah kecewa atau merajuk dengan parti sejak menceburi kancah itu kerana perjuangan untuk Melayu menjadi agenda baginya untuk memastikan BN tetap berkuasa."Orang yang mudah kecewa dan merajuk bukan pejuang sebenar kerana mempunyai misi lain disebalik perjuangan politik memertahankan kedaulatan melayu...jangan kerana sikap kita... anak cucu kehilangan tanahair kerana niat nenek moyang terdahulu...menangis air mata darah pun tidak berguna lagi,"ujar Mohd Noor.
07 May 18
187
Empty Image
PRU14 : Setiap Undi Bernilai, Jangan Korbankan Masa Depan Sendiri - Jailani
Dengan hanya satu hari, satu undi, satu pangkah, mampu mengubah segalanya dalam tempoh lima tahun akan datang...maka golongan anak muda dan pengundi baru perlu mengambil tanggungjawab ini dengan hati yang ikhlas dan jujur, demikian pesanan mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari.Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu berkata, golongan itu perlu mengambil tanggungjawab itu pada esok (9 Mei) untuk memilih calon yang terbukti berintegriti, dihormati, telus, amanah dan bekerja keras kerana semua ciri itu menjadi asas kepada kerajaan yang dibentuk nanti."Sikap tidak mengambil tidak ambil atau istilah yang lebih sensasinya, sikap suka menjadi 'pemerhati kehormat' semata-mata adalah tidak baik.Ia bukan sahaja merugikan negara, lebih teruk akan merugikan diri sendiri kerana masa depan golongan ini masih panjang."Ramai belia pada hari tidak sedar bahawa tanpa penglibatan aktif mereka dalam amalan demokrasi, ia bukan sahaja akan menjadikan pentadbiran negara lesu..malah mengakibatkan sesuatu dasar yang boleh memberi impak yang buruk kepada masa depan mereka sendiri boleh terlepas dan diluluskan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Santai Anak Muda Hulu Terengganu Peringkat Dewan Undangan Kuala Berang di Dewan Komuniti Kuala Berang, malam tadi.Pada majlis tersebut, Jailani turut menyerahkan Dana Bantuan Pentadbiran Belia Cawangan sebanyak RM5,000 daripada kerajaan negeri kepada 26 buah persatuan belia di kawasan tersebut.Tambahnya lagi, masa depan dan kelangsungan kedaulatan negara, jatuh bangun anak bangsa, pandangan baik atau buruk orang luar kepada kita, semuanya bergantung kepada golongan belia yang menjadi 'tulang belakang' atau 'nadi' sesebuah masyarakat."Kesemuanya amat bergantung dan dipengaruhi oleh tahap kecergasan, kebijaksanaan dan daya saing anak-anak muda kerana belia adalah cerminan masa depan sesebuah negara."Sebagai bekas Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri yang telah mencurahkan bakti dan khidmat sepanjang lima tahun yang lalu, saya sudah cuba yang terbaik, saya hanya boleh membuka jalan...saya hanya mampu menyediakan kain rentang putih..tetapi anda semualah yang mesti mencorak dan mewarnakannya dengan aspirasi yang betul, dengan semangat yang kuat serta dengan kesungguhan yang ikhlas dengan memastikan BN akan menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini, "ujarnya.
07 May 18
54
Empty Image
PRU14 : Jangan Biar Sejarah Hitam 1999 Terengganu Berulang
Tindakan tidak berperikemanusiaan kepada anak kecil di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) yang terpaksa mengusung meja dan kerusi apabila dihalau Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1999, masih menjadi igauan ngeri buat sebahagian besar rakyat negeri ini.Walaupun kezaliman itu berlalu hampir 19 tahun lalu, iaitu selepas PAS memenangi Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU-10), sikap membisu seolah-olah membalas dendam oleh pucuk pimpinan tertinggi parti itu masih menghantui fikiran pengundi untuk terus memberi mandat kepada PAS pada PRU-14, esok.Selain bertindak menghalau kanak-kanak daripada Tabika di balai raya sehingga menyebabkan pembelajaran terpaksa dilakukan di wakaf atau menumpang di ruang tamu rumah penduduk, JSR yang dilantik kerajaan PAS terus bermaharajalela apabila turut merantai mesin jahit dibekalkan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) untuk melatih golongan wanita menjahit pakaian.Sikap agresif pemimpin dan penyokong PAS terserlah apabila mereka mengepung dan mengunci pintu pagar Wisma Darul Iman, beberapa jam sebelum keputusan PRU-10 diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Dicaci pemimpin PASSeorang mangsa sikap agresif pemimpin dan penyokong PAS, Roslan Abdul Rahman, 55, berkata cacian dan pelbagai kata carutan dilemparkan ketika dia dan isteri serta anak keluar dari pekarangan Wisma Darul Iman.Katanya, dia dan ahli keluarga serta anak cuba dihalang untuk keluar dari Wisma Darul Iman, selepas kunci keretanya dirampas pemimpin PAS."Saya bernasib baik apabila seorang rakan membantu keluarkan saya daripada kepungan pemimpin dan penyokong PAS."Walaupun kejadian itu sudah berlalu lebih 19 tahun, peristiwa kelakuan biadab dan di luar ajaran Islam itu masih menghantui saya dan ahli keluarga," katanya.Biarpun peristiwa zalim itu berlaku pada 1999 hingga 2004 dan rakyat sudah menjatuhi hukuman kepada parti itu apabila pemimpin mereka hanya memenangi empat daripada 32 kerusi pada PRU-11, sikap kepemimpinan PAS yang diibaratkan sebagai biskut 'Chipsmore' kerana gagal melaksanakan tanggungjawab selepas diberi mandat amat mengecewakan pengundi.Sebagai bukti rakyat mengalah dan tidak berdendam selepas menjatuhkan hukuman kepada PAS pada PRU-12, calon parti itu sekali lagi diberi mandat apabila PAS dipilih memenangi 15 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan pada PRU-13.Bagaimanapun, 15 Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) PAS, termasuk seorang wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal melaksanakan kewajipan seperti dijanjikan selepas diberimandat 'percubaan' pada PRU lalu.Seorang suri rumah, Asmah Salleh, 50, dari Kampung Padang Tanjung, Bukit Payung, Marang, berkata sejak PAS memenangi kerusi di DUN Bukit Payong pada PRU lalu, tiada kelibat wakil rakyatnya masuk ke kampung untuk menyelesaikan masalah dihadapi penduduk."Kami hanya mengenali dan berjumpa wakil rakyat PAS yang kini dipilih semula untuk bertanding ketika dia masuk kampung menabur pelbagai janji, ketika berkempen pada PRU lalu."Saya sendiri sudah lupa wajah sebenar wakil rakyat PAS itu, tetapi hanya nampak semula wajahnya melalui poster, televisyen serta akhbar, selepas diumumkan sebagai calon untuk bertanding pada PRU yang akan diadakan esok," katanya.Asmah berkata, pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi 15 kerusi DUN dan empat Parlimen di negeri ini pada (PRU-13) diibaratkan sebagai biskut 'Chipsmore'.Pemimpin tak turun padangKatanya, gelaran pemimpin biskut 'Chipsmore' itu amat bertepatan apabila semua bekas wakil rakyat parti pembangkang itu menghilangkan diri selepas diberi mandat, tetapi muncul semula menabur pelbagai janji menjelang PRU Rabu ini."Pengundi di 15 DUN dan empat Parlimen yang dikuasai pemimpin PAS bernasib baik, kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih mengambil berat untuk membantu menyelesaikan masalah pengundi apabila melantik Pegawai Penyelaras DUN (PPD)."PPD yang dilantik Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, tidak berdendam seperti dilakukan pemimpin parti pembangkang, apabila mereka menyalurkan bantuan tanpa memilih kasih dan fahaman politik," katanya.- Berita Harian
07 May 18
46
Empty Image
PRU14 : Rosol Paling Layak, Diterima Ramai Pengundi
Rosol mendekati seorang penduduk Kuala Berang yang kurang upaya dalam lawatan ke kawasan itu, kelmarin. Foto oleh Hasmizi HamidCalon Barisan Nasional (BN) Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Rosol Wahid dilihat sebagai pemimpin paling layak dan sesuai memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Pandangan ini disuarakan oleh sebahagian besar masyarakat yang ditemui malah turut meminta pengundi menolak pembangkang, sama ada Pas dan juga Parti Keadilan Rakyat yang dikatakan tidak mampu meneruskan legasi kepimpinan BN sebelum ini.NawawiSeorang penduduk, Nawawi Ismail, 45, dari Kampung Buluh, berkata, siapa pun calon pada PRU14 ini, sokongan penuh wajar diberikan oleh pengundi asalkan mewakili parti BN serta mampu meneruskan kesinambungan pembangunan dan kemajuan. "Kita pernah ada pengalaman sebelum ini iaitu pada tahun 1999 apabila pembangkang diberi peluang untuk mentadbir tetapi mereka telah mengabai dan mensia-siakan kebajikan serta gagal membawa pembangunan untuk faedah rakyat,"katanya kepada Teganukita ketika ditemui di Majlis Sepetang Bersama Veteran ATM Cawangan Hulu Terengganu di Plaza Rahmat OKB,Kuala Berang, hari ini.HalimahBagi Halimah Abdullah, 52, dari Kuala Berang, peluang BN untuk menang parlimen Hulu Terengganu cerah jika semua peringkat pengundi dan penduduk memberikan kerjasama secara kolektif serta menunaikan tanggungjawab dengan keluar mengundi."Semua pengundi harus bijak memilih...apa yang pembangkang boleh bagi setakat ini, hanya BN yang bantu rakyat sejak dahulu..hanya BN yang faham apa yang kami nak," katanya lagiSementara itu, calon berkenaan, Rosol berkata, beliau melihat satu sambutan yang cukup memberangsangkan terhadapnya sebagai calon parlimen daripada masyarakat terutama pengundi."Saya melihat sokongan ini tidak pernah putus setiap kali turun padang ke kampung-kampung apabila pengundi datang berjumpa dan menyatakan akan memberi undi kepada saya yang mewakili BN pada 9 Mei ini."Saya cukup berharap kepada semua pengundi P038, buatlah pilihan terbaik dan jangan lupa bahawa hanya parti keramat BN ini sebagai parti yang dapat meneruskan kesinambungan pemerintahan yang sedia ada dan kekal menjaga kebajikan rakyat," ujarnya.
07 May 18
36
Empty Image
PRU14 : Pok Ku Tidak Lokek Hulur Bantuan Untuk Penduduk Paka
Oleh : Ezzuan AhmadNama `Pok Ku' cukup sinonim dan dikenali oleh penduduk di kawasan Paka kerana kelibatnya sering kelihatan di mana -mana majlis dan sentiasa muncul apabila penduduk memerlukan bantuannya.Beliau yang sebelum ini merupakan Pegawai Penyelaras DUN Paka tidak lokek untuk menghulurkan bantuan pada bila-bila masa sahaja diperlukan.Menurut Pok Ku atau nama sebenarnya Tengku Hamzah Tengku Deraman, walapun sebelum ini beliau tiada jawatan sebagai wakil rakyat tetapi kegiatan masuk kampung bagi menyelesaikan masalah penduduk adalah satu keutamaan baginya sebagai pemimpin yang dilantik kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat."Tidak perlu gelaran yang berhormat dalam memberikan bantuan dan perkhidmatan serta bantuan kepada penduduk tetapi amanah yang diberikan sebagai pegawai penyelaras perlu dilaksanakan" katanya.Menurutnya, antara program rutin yang sering dilakukan olehnya selepas Pas memenangi kerusi bagi kawasan tersebut ialah menggerakkan program yang diberi nama ` Jom Bantu Rakyat'.Katanya, semua kegiatan dan gerak kerja berkenaan sudah dilakukan sejak empat tahun lalu secara berperingkat-peringkat dengan memasuki satu kampung ke kampung yang lain serta menemui majoriti penduduk bagi melihat keperluan dan mengatasi masalah mereka."Kita (BN) mendekati rakyat yang memerlukan bantuan seperti pesakit kronik dan penduduk miskin. Segala info dan data berkenaan masalah penduduk kita perolehi melalui J3K (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)yang ada di setiap kawasan malahan masalah seperti ketiadaan bekalan elektrik turut kita bantu," katanya.Beliau menambah, pelbagai bantuan dan program demi kemajuan dan kelangsungan penduduk dapat diteruskan dengan lebih baik dan lancar sekiranya BN diberi mandat untuk memenangi DUN Paka  pada pilihan raya Rabu ini ."Pembangkang tidak membawa sebarang kemajuan di kawasan Paka ini dan selama empat tahun, Kerajaan BN yang banyak memberikan bantuan dalam mengatasi masalah yang dihadapi rakyat" katanya lagi.
07 May 18
33
Empty Image
PRU14 : Elaun Sara Hidup Nelayan, Pesawah Dinaikkan Jika BN Kekal
Oleh : Ezzuan Ahmad Nasib lebih 54,000 nelayan dan 300,000 pesawah di seluruh negara akan terus diperjuangkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan mandat menerajui kerajaan pada pilihan raya kali ini.Menterinya, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kebajikan golongan tersebut perlu diberi perhatian kerana tergolong antara penyumbang kepada industri makanan negara."Saya membayangkan elaun sara hidup untuk nelayan dan pesawah akan dinaikkan selepas ini sebagai menghargai sokongan golongan itu terhadap BN " katanya."Bila diutarakan tentang nasib pesawah dan nelayan kepada perdana menteri saya lihat perasaan kasihan beliau yang sangat mendalam terhadap golongan ini " katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta penyampaian bantuan 'touch point' kepada nelayan Dungun, di Pasar Besar Dungun, hari ini. Turut hadir, calon BN Parlimen Dungun, Datuk Din Adam; calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, Datuk Zainun Abu Bakar dan calon BN DUN Rantau Abang, Wan Zaulkifli Wan Gati.Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata beliau terpaksa memberitahu golongan nelayan bahawa ada risiko yang besar sekiranya mereka memilih pakatan pembangkang yang diketuai Tun Mahathir Mohammad pada pilihan raya umum kali ini."Pada zaman dia memerintah, tiada bantuan khusus diberikan kepada golongan tersebut dan sekiranya pakatan memerintah, nasib golongan ini tidak akan dibela" katanya.Katanya lagi, kebimbangan itu disuarakan beliau kerana Pakatan Harapan (PH) di dalam manifestonya mahu menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tetapi pada masa yang  sama hendak memberi perkhidmatan secara percuma kepada rakyat. "Mereka (PH) hendak beri tol percuma, PTPTN percuma, jadi ada kemungkinan elaun sara hidup untuk golongan ini akan dikurangkan atau ditarik balik untuk digunakan bagi projek-projek kerajaan yang lain," katanya.
07 May 18
44