lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Empty Image
PRU14 : 464,000 Keluar Mengundi Sehingga Jam 2 Petang Ini
Sekumpulan pengundi menunjukkan jari yang dicalit sebagai tanda sudah membuang undi pagi ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Sehingga jam 2 petang ini,  jumlah peratusan pengundi seluruh Terengganu yang keluar mengundi di 401 pusat mengundi mencapai 63 peratus atau 464,078 orang.Seramai 736,632 pemilih berdaftar di negeri ini layak menunaikan tanggungjawab masing-masing sehingga jam 5 petang ini bagi menentukan kepimpinan negara dan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.Calon BN Bukit Payung, To' Puan Zaitun beramah mesra dengan perayu undi ketika keluar membuang undi pagi ini.Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Terengganu, Nik Andy Suwardy Amry berkata, setakat 2 petang ini, 63 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka di 401 pusat mengundi seluruh Terengganu. Katanya, daripada jumlah itu, hanya tujuh pusat mengundi ditutup awal iaitu pada jam 3 petang ini. Tujuh sekolah berkenaan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian, SK Pulau Redang, SK Kuala Jenderis, SK Tepus, SK Kampung Shukor, SK Jongok Batu dan SK Sg Pergam.
08 May 18
245
Empty Image
PRU14 : Proses Pengundian Di Dungun Terkawal
Din membuang undi di SK Bukit besi. Foto oleh Ezzuan AhmadSeramai 90,000 pengundi berdaftar layak mengundi di 49 pusat pembuangan undi yang melibatkan 173 saluran di Parlimen Dungun sehingga jam 5 petang ini.Tinjauan Teganukita mendapati, pusat pembuangan undi yang dibuka bermula jam 8.00 pagi mula dikunjungi pengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka untuk membuang undi dan sehingga tengahari ini, tiada sebarang provokasi dilakukan oleh penyokong part-parti yang bertanding. Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun, Dato' Din Adam keluar untuk membuang undi seawal pukul 8.00 pagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Besi, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketengah Jaya dan calon DUN Rantau Abang, Wan Zaulkifli Wan Gati pula mengundi di SK Gong Pasir.Menurut Din, dia amat berpuas hati dengan perjalanan proses pembuangan undi setelah membuat lawatan ke beberapa pusat pembuangan undi di Parlimen Dungun dan turut memuji pasukan keselamatan kerana berjaya mewujudkan suasana tenteram di setiap pusat pembuangan undi."Ketiga parti bertanding telah menunjukkan suasana politik yang matang apabila keadaan terkawal dan tenang di semua pusat mengundi. "Setiap petugas telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh komitmen dan pengundi serta penyokong parti turut mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya.
08 May 18
121
Empty Image
PRU14: Kak Ton Santuni Pengundi Uzur
Kak Ton mengunjungi saniah sambil bertanya khabar wanita itu, pagi ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailCalon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin sempat menziarahi seorang penduduk tempatan di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Bukit Payung, yang dikatakan tidak mahu keluar mengundi kerana uzur, pagi ini.Warga emas berkenaan, Saniah Umar, 62, dikunjungi Kak Ton selepas mengadu kurang sihat menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi.Bagaimanapun, selepas ditemui Kak Ton, dia akhirnya bersetuju untuk keluar mengundi di pusat pengundian di Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Bukit Payung, dengan ditemani anaknya. Sebanyak 50 pusat mengundi termasuk empat pusat mengundi awal menerusi 201 saluran di seluruh Parlimen Marang
08 May 18
295
Empty Image
PRU14: Proses Buang Undi Bukit Payung Harmoni
Proses pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung sehingga tengahari tadi, berjalan dengan lancar dan harmoni.Sejak jam 8 pagi, pengundi berdaftar mula memenuhi pusat pengundian untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.Calon Barisan Nasional (BN), To' Puan Zaitun Mat Amin sempat beramah mesra dengan pengundi- pengundi di kawasan itu sebelum dan selesai membuang undi.Beliau juga sempat bertemu dan bergambar dengan calon Pas, Mohd Noor Hamzah di pusat pengundian Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Bukit Payung, pagi tadi.
08 May 18
164
Empty Image
PRU14 : Hampir 50 Peratus Keluar Mengundi Sehingga Tengahari
Proses pengundian di satu daripada 50 pusat mengundi di Parlimen Marang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Sehingga jam 12 tengahari ini, jumlah peratusan keluar mengundi di 401 pusat mengundi seluruh Terengganu mencapai 48 peratus.Untuk rekod, seramai 736,632 pemilih berdaftar di negeri ini dijangka menunaikan tanggungjawab masing-masing sehingga jam 5 petang ini  dalam menentukan kepimpinan negara dan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.  Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Terengganu, Nik Andy Suwardy Amry berkata, setakat tengahari, jumlah pengundi berdaftar yang sudah membuang undi mencapai 48 peratus di semua pusat mengundi menerusi 1,433 saluran. Katanya, daripada jumlah itu, hanya tujuh pusat mengundi akan ditutup pada pukul 3 petang iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian, SK Pulau Redang, SK Kuala Jenderis, SK Tepus, SK Kampung Shukor, SK Jongok Batu dan SK Sg Pergam, manakala lain-lain pusat mengundi akan dibuka sehingga pukul 5 petang. Katanya, mereka yang akan keluar mengundi dinasihatkan membuat semakan maklumat pengundian masing-masing seperti nama pusat mengundi dan saluran mengundi (dalam buku Daftar Pemilih) melalui aplikasi MySPR Semak atau melalui laman pengundi.spr.gov.my.. Selain itu, kaedah lain adalah melalui sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO.KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 atau telefon ke talian 03-88927018 atau semak di barung SPR di setiap Pusat Mengundi pada Hari Mengundi. "Parti-parti politik tidak dibenarkan membuka, menubuhkan atau menyenggarakan suatu pejabat atau barung dengan alasan untuk membantu pengundi-pengundi menyemak maklumat pengundian mereka. " Dokumen-dokumen pengenalan diri yang boleh digunakan pada hari mengundi adalah kad pengenalan, pasport, lesen memandu, resit kehilangan kad pengenalan JPN KPPK11 atau resit pengenalan sementara KPPK09," katanya. 
08 May 18
602
Empty Image
PRU14 : Shabery, Rosli Selesai Mengundi Di SK Kemasik
Dua calon Barisan Nasional (BN), Ahli Tertinggi UMNO, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan DUN Kemasik, Rosli Othman mengundi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Kemasik pagi ini.Kedua calon tersebut tiba kira-kira jam 8:15 pagi dan selesai membuang undi pada jam 9 pagi.Suasana di pusat mengundi itu begitu meriah namun terkawal apabila pengundi-pengundi datang awal pagi untuk menentukan wakil rakyat kawasan mereka.Kelima-lima saluran beroperasi dengan lancar dengan pengundi mematuhi proses membuang undi.Kerusi roda juga turut disediakan khas oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk pengundi-pengundi warga emas dan uzur.
08 May 18
307
Empty Image
PRU14 : Dato' Ku Selesai Buang Undi
Calon Barisan Nasional (BN) N23 Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang dan isterinya, To' Puan Halijah Ali tiba di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang , kira-kira pukul 8.15 pagi tadi bagi menunaikan tanggungjawab membuang undi.Tengku Putera yang ditemui pemberita selepas selesai membuang undi berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya setakat ini."Alhamdulillah semuanya berjalan baik, proses demokrasi berjalan lancar dan tiada sebarang bentuk provokasi dilakukan."Saya lihat ramai turun awal untuk mengundi, cuaca juga baik dan harapnya semua pengundi di sini akan keluar mengundi," katanya.Ia menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Tengku Putera dengan calon Pas, Dr Mamad Puteh dan calon PKR, Mohd Nor Othman
08 May 18
133
Empty Image
PRU14 : Tiba Masanya Selamatkan Wakaf Mempelam Dari Cengkaman Pembangkang - Salleh
Salleh berucap di Program Diskusi keibubapaan Cemerlang 2018, Setiap Anak Permata Negara, di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Kuala Terengganu. Foto oleh Hasmizi HamidPegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam, Salleh Othman merayu pengundi di kawasannya untuk  menolak parti yang gagal membawa perubahan dan pembangunan, sementelah menjaga kebajikan rakyat.Calon Barisan Nasional (BN) DUN Wakaf Mempelam itu secara jujur mengajak pengundi di kawasan itu untuk menilai dengan sebaik mungkin dan keluar mengundi pada esok (9 Mei) bagi memilih parti yang terbukti sudahpun membela nasib serta masa depan generasi akan datang, tidak lain dan tidak bukan hanyalah BN."Kita tidak mahu sudah acap kali `keguguran'..sudah tujuh kali,, Sampai bila kita kena hadapi saat duka ini. Saya menyeru dan merayu semua pengundi di DUN saya, (Wakaf Mempelam) supaya kali ini kita selamat melahirkan selepas sekian lama kita menjaga kandungan kita."Macam DUN Bandar baru sekali keguguran (Pilihan Raya Umum Ke-13), jadi ubatnya tidak banyak. Boleh bangkit dan menang semula (DUN Bandar). Berbanding Wakaf Mempelam seperti orang yang sudah sakit lama, terkena strok hanya mata yang mampu bergerak, maka ubatnya payah dan kena jumpa pakar. Maka, saya sudah berbuat bermacam cara, tinggal anda semua pengundi untuk menyembuhkannya kerana bagi saya, setiap undi amat bernilai dan menjadi penentuan esok,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Program Diskusi keibubapaan Cemerlang 2018, Setiap Anak Permata Negara, di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, calon BN DUN Bandar, Toh Seng Cheng dan isteri calon BN Parlimen Kuala Terengganu, To' Puan Anis Hamid yang mewakili Dato Wan Nawawi Wan Ismail.Dalam pada itu, Salleh optimis masih berpeluang menarik pengundi untuk memihak kepada BN ketika kempen hanya berbaki sehari lagi menuju ke hari pembuangan undi.Katanya, mengikut bancian terkini, majoriti pengundi yang tidak memihak kepada BN hanya kurang 500 orang dan jentera parti akan lebih agresif bekerja untuk memastikan jumlah itu terus dikurangkan sehingga mampu menjadi sifar bagi memastikan BN memenangi kerusi DUN itu walaupun sekadar menang tipis.Bagi To' Puan Anis pula, beliau yakin kredibiliti, kesungguhan dan pelbagai rekod kejayaan yang sudah dibuktikan oleh suami beliau sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam dan menerajui  persatuan sukan di peringkat negeri serta negara akan mampu diadaptasikan untuk menjadi wakil rakyat yang sebenar seperti dimahukan oleh rakyat."Saya akan sentiasa menyokong perjuangan beliau, walaupun selepas pencen kami berasa tiba masanya untuk memberi tumpuan bagi menambah saham akhirat. Bagaimanapun selepas beberapa kali menolak (tawaran) sebagai calon, sudah tertulis ini adalah anugerah dan amanah daripada Allah SWT yang perlu suami galas."Saya bersama anak-anak dan keluarga sentiasa menyokong sepenuh jiwa kerana yakin laluan ini adalah antara jalan yang diberikan Dia untuk kami terus mencari saham àkhirat..terus berkhidmat kepada rakyat jika diberi mandat oleh semua,"katanya lagi ketika berucap ringkas mewakili Wan Nawawi.Salleh berucap di Program Diskusi keibubapaan Cemerlang 2018, Setiap Anak Permata Negara, di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Kuala Terengganu. Foto oleh Hasmizi Hamid
08 May 18
82
Empty Image
PRU14 : Orang Bukit Payung Mahu Kak Ton Jadi ADUN
FazlinPilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Terengganu menyaksikan sejarah tercipta apabila Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan dua calon serikandi bagi merampas semula dua daripada 15 kerusi yang disandang pembangkang. Pengumuman nama calon wanita yang tidak asing dalam dunia politik, To' Puan Zaitun Mat Amin, 61, mengisi kerusi DUN Bukit Payung, bukanlah suatu yang mengejutkan. Turut menggalas cabaran itu, Datuk Zainun Abu Bakar yang bertanding di DUN Sura Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan `Kak Ton' disenangi dengan kemesraannya yang sering mendasari rakyat di akar umbi di samping memperlihatkan ketokohan tersendiri, apatah lagi pernah dilantik sebagai Senator dan menganggotai Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.Biarpun pada awalnya ada yang terkejut dengan percaturan BN mempertaruhkan calon wanita selepas kegagalan Nordiana Shafie, perintis calon wanita yang bertanding di DUN Batu Buruk (PRU12), namun kemampuan Zaitun ternyata tidak dipandang enteng. Malah ramai mahukan figura itu berjaya memenangi hati rakyat dan diangkat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).Seorang penduduk, Fazlin Yunus,38, dari Kampung Surau Haji Yaakob amat berharap Kak Ton mencipta sejarah tersendiri di Terengganu dan juga Malaysia sebagai `wanita besi'  yang akan merampas semula DUN itu daripada tangan pembangkang."Dua penggal kita ditadbir urus oleh Pas, saya berharap Kak Ton dapat sokongan dan menang kali ini."Saya amat mengharapkan manifesto tambahan tu dilaksanakan segera kerana ia memberi nilai tambah kepada penduduk di sini. Semoga PRU14 yang dikatakan ibu segala pilihan raya akan menjadi milik BN," katanya.Zaitun berdepan dengan dua calon lain dalam pertandingan tiga penjuru bersama penyandang, Mohd Nor Hamzah (Pas) dan calon baharu mewakili PKR, Mohd Dalizan Abdul Aziz.Sementara itu, Che Rosmalina Che Abu Bakar, 33, pengundi dari Kampung Laut yakin Zaitun akan menunjukkan keupayaan untuk mentadbir kembali bukit payung."Kita rasa teruja bila ada calon kaum ibu dalam PRU14. Harap sangat ada perubahan dalam EXCO negeri dan Kak Ton berjaya mencipta sejarah dan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri bagi memperkasakan wanita kali ini."Saya yakin jika sebelum ini, selama dua penggal berturut Pas memenangi kerusi ini, iaitu pada PRU12 dan PRU13, namun begitu kali ini ramai mahu BN pula menang, apatah lagi diwakili wanita (Kak Ton),"katanya lagi.Abdul WahabBagi  seorang lagi penduduk setempat, Abdul Wahab Ngah, 54 tidak kisah siapa yang menjadi calon sama ada wanita atau lelaki, asalkan wakil rakyat itu daripada BN."Saya cuma ingin Zaitun menang dengan harapan beliau dapat mentadbir dengan cemerlang berbanding ADUN yang lalu. Kita kena sokong kewibawaan pemimpin wanita dari Terengganu ini,"katanya.
08 May 18
171
Empty Image
PRU14: Tsunami Biru Melanda Chukai
Boom KimTsunami biru yang melanda Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) membuktikan sebagai penanda aras DUN itu akan kembali kepada Barisan Nasional (BN).Ironinya, kedudukan pembangkang di DUN itu sudah makin goyah. Sokongan kepada BN juga terbukti dizahirkan ramai pengundi termasuk di kalangan masyarakat Tionghua  Chukai yang berharap kerusi disandang oleh Pas itu berbalik semula kepada BN.Ketua Wanita MCA Bahagian Kemaman, Boom Kim Lain berkata, pengundi kaum Tionghua lebih berpihak untuk mengundi BN kerana mahu BN kekal menjadi peneraju kerajaan negeri serta Pusat.“Sebelum ini Dato' Mohamed Awang Tera (calon BN DUN Chukai) pernah jadi wakil rakyat kita selama dua penggal dan perhubungan masyarakat Cina dengan beliau selaku ADUN ketika itu sungguh baik dan akrab kerana sikap beliau yang prihatin dan cakna kepada rakyat tanpa mengira kaum.“Masyarakat Tionghua Kemaman juga memberi respon positif dan hasil tinjauan saya mendapati mereka memang mahukan Dato' Mat (menang),"katanya .Menurut Boom Kim, calon BN itu juga tiada masalah jika rakyat meminta bantuan dan sentiasa berhubung rapat dengan semua masyarakat di Chukai bagi menyelesaikan setiap isu dengan segerA.Selain itu juga, masyarakat Tionghua turut menyatakan sokongan terhadap calon BN Parlimen Kemaman (P040) yang juga merupakan Ahli Tertinggi UMNO, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek selaku penyandang Ahli Parlimen itu.Seorang lagi pengundi Chukai, Lip Voon Toong berkata, dia sangat menyukai dan menghormati dua tokoh kepimpinan DUN dan parlimen Kemaman itu sekali gus mahu kedua-duanya memenangi PRU ini. Lip Voon“Bagi saya MCA menyokong beliau kerana sepanjang bergelar menteri, Dato' Shabery amat menjaga dan prihatin kepada masyarakat Tionghua Kemaman dan juga peka dengan kesejahteraan rakyat di daerah itu termasuk menyediakan perkhidmatan bas Kemaman `shuttle'.“Bagi calon DUN pula, tiada sebarang masalah yang timbul kerana atas sikap beliau yang sangat bertanggungjawab terhadap pengundi-pengundi BN dan saya juga yakin bahawa kaum Cina semua akan memberi sokongan  tidak berbelah bahagi kepada beliau,” katanya.RosniazizaSeorang lagi pengundi dari Kampung Paya Berenjut, Rosniaziza Omar, 41, berkata,sebelum ini dia sudah mengundi sebanyak tiga kali dan tidak pernah mengharapkan parti lain menang melainkan BN."Berdebar-debar juga nak keluar mengundi untuk kali keempat esok (hari ini) sebab suasana PRU14 ini lain sikit dari sebelum ini. Kalau PRU13 dan sebelum ini di DUN Chukai cuma dua penjuru tapi kali ini tiga penjuru."Sebab itu perang bendera pun meriah dan naikkan lagi semangat untuk keluar memangkah calon dan parti pilihan saya," katanya yang akan membuang undi di Sekolah Menengah Elit Mak Lagam.Nik ImranSeorang lagi anak muda, Nik Arman Nik Ahmad berkata, dia sangat yakin dan berharap calon BN DUN Chukai dikenali sebagai pemimpin yang peramah dan bertanggungjawab itu akan memenangi kerusi itu serta menafikan kuasa pembangkang.“Saya berasa terharu dengan adanya calon seperti Dato’ Mat kerana sentiasa prihatin terhadap penduduk-penduduk Kemaman terutama di Chukai sendiri.“Zaman beliau memenangi kerusi ini sepanjang dua penggal pada PRU11 dan 12 lalu, Dato' Mat memang sangat merendah diri dan sentiasa menjaga kebajikan kita semua,"katanya lagi.
08 May 18
203