Artikel "Politik" Terkini
Muslimat Gagah, Wanita Perkasa
Alias Harun menyampaikan ucapan penghargaan kepada jawatankuasa PPWK.Oleh: Nooreini Abu BakarMuslimat PAS Terengganu diseru agar tidak menyerahkan tugas memperkasa dan memartabatkan wanita Terengganu kepada pegawai-pegawai kerajaan yang ada semata-mata.Timbalan Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Sosial negeri, Alias Harun berkata, kita harus membawa mereka mencapai hala tuju kehidupan yang berdaya saing dan benar di sisi agama.“Kita sedang merangka jabatan-jabatan berkaitan wanita supaya dapat dimanfaatkan untuk mencapai hasrat kerajaan negeri selaras dengan konsep maju, berkat dan sejahtera”, ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Lawatan Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Sosial Negeri Terengganu ke Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK), Chempaka, baru-baru ini (5 Ogos).Delegasi tersebut diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Sosial negeri, Hanafiah Mat. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Helmi Harun dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT), Zarani Othman.Alias Harun yang juga ADUN Rantau Abang berkata, wanita adalah aset terpenting dalam membina keluarga sekaligus masyarakat yang bersatu-padu dan sejahtera."Justeru, kerajaan serius dalam memastikan pembangunan wanita dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan, modal insan, ekonomi dan sebagainya diambil tindakan yang sewajarnya," katanya.Sementara itu, Ketua DMPNT, Zarani Othman amat tertarik dengan jawatankuasa khusus untuk pemerkasaan wanita di bawah Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan, Mumtaz Mat Nawi."Dengan aktiviti-aktiviti termasuk bengkel jahitan berasaskan sulaman, kraftangan, kelas masakan dan kulinari, taska, kursus-kursus keusahawanan dan lain-lain lagi yang disediakan oleh PPWK, ianya amat berguna untuk dijadikan panduan kepada kerajaan negeri.“Begitu juga dengan PPWK yang ditubuhkan di setiap DUN,” tambahnya.
07 Aug 18
366
Terengganu dan Kelantan Benteng Pertahan Islam
Oleh: Syaharulhafizi SulongKerajaan PAS Kelantan dan Terengganu perlu berganding bahu untuk menjadi benteng kepada agama Islam di Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Kelantan, Dato’ Nassuruddin Daud berkata, banyak isu yang digembar-gemburkan oleh musuh Islam bertujuan memberikan fahaman yang salah terhadap Islam. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan Islam.Beliau berkata demikian dalam ucapan aluannya ketika menyambut ketibaan delegasi Kerajaan Negeri Terengganu yang membuat lawatan kerja ke Kelantan semalam. Lawatan kerja tersebut bertujuan meninjau, berdialog dan bertukar pandangan dalam pentadbiran agama.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam ucapan balasnya menganggap Kelantan sebagai 'abang' kepada negeri Terengganu dengan pengalaman mereka memerintah selama 28 tahun.“Saya berharap pertemuan ini akan memberikan manfaat kepada kita semua dalam bertukar pendapat dan dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.Ustaz Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payung mengetuai delegasi tersebut. Turut hadir, Timbalan Exco kedua-dua belah pihak, Ustaz Ridzuan Hashim dan Dr Md. Yusnan Yusof dan wakil agensi-agensi kerajaan dibawah portfolio yang berkaitan.Rombongan turut dibawa melawat ke Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) yang ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan pemikir-pemikir agama di Kelantan.
05 Aug 18
151
Penyelesaian Islam Bukan ‘Omong Kosong'
Politik dakwah `amar makruf nahi munkar' PAS bukan ‘omong kosong' kerana menawarkan penyelesaian yang tidak boleh dicabar sehingga hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, kepimpinan PAS tidak ada toleransi dalam perkara ini kerana mereka dipupuk mengamalkan sumber politik penting dalam pemerintahan Islam sejak dari akar umbi lagi.“Kita (PAS) tidak bawa amar makruf sahaja, kita tak bawa nahi mungkar sahaja tapi kita bawa kedua-dua amar makruf dan nahi munkar. Kita ikut kalau orang ajak buat benda yang baik dan tidak bertentangan dengan naluri orang.“Dan kita tak pernah gentar melarang orang buat sesuatu kerana apa yang berlaku berteraskan agama serta berprinsipkan kepada Islam,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Kem Jati Diri J3K Terengganu Sejahtera 2018 Daerah Dungun di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Marang, kelmarin.Nurkhuzaimi berkata, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga sangat marah sekiranya ada orang yang bertindak mengkritik mengenai sesuatu isu tanpa mengambil kira pendekatan serta penyelesaian secara Islam.“Dalam Sistem Cukai Dan Perkhidmatan (GST) kita telah keluarkan satu penyelesaian sehingga hari ini tidak boleh dicabar termasuk oleh golongan profesional ataupun golongan cendekiawan.“Kita mengeluarkan satu penyelesaian dokumen hijau dalam itu ada tiga penyelesaian negara iaitu GST, kejatuhan mata wang dan kesempitan kos sara hidup,” ujarnya.Menurutnya lagi, dalam hal yang sama, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) juga perlu memaklumkan kepada rakyat bahawa orang Islam berpegang dengan janji dan janji berkenaan akan dikotakan.“PAS mempersembahkan kepada rakyat melalui ‘dokumen hijau’ penyelesaian Islam dalam dokumen hijau semuanya boleh dicapai,“Kita (PAS) tetap dengan misi perjalanan dan insyaAllah lepas pada ini boleh tengok yang mana putih yang mana hitam…bukan kasut putih bukan kasut hitam…Yang mana permata yang mana kaca dan prinsip perjalanan yang ada sentiasa kita teruskan,” jelasnya.
05 Aug 18
39
PAS Tidak Bertanding, Bukan Beri Laluan Kepada UMNO - Ahmad Samsuri
PAS tidak meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis bukan kerana memberi laluan, sebaliknya itu atas pelbagai pertimbangan selepas mendapat pandangan daripada rakan-rakan (PAS) di Selangor, kata Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Menurut beliau, PAS memutuskan perkara itu selepas mempertimbangkan kajian dan maklumat terkini yang ada termasuklah kedudukan kewangan semasa parti itu.“Walaupun dibaca sesetengah pihak, bahawa keputusan tidak bertanding itu sebagai memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding, itu adalah tafsiran orang di luar. Apa yang berlaku adalah keputusan PAS sendiri untuk tidak meletakkan calon atas pertimbangan-pertimbangan yang pelbagai selepas mendapat pandangan daripada rakan-rakan di Selangor,”katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Dana Maahad Darul Quran (MDQ) sempena Ihtifal Idul Ilmi MDQ 2018 di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang, kelmarin.Mengulas mengenai persediaan PAS bagi berdepan PRK di Balakong, menteri besar menjelaskan kedudukan PAS bagi meletakkan calonnya di situ juga belum ditentukan lagi berikutan baharu sahaja menerima berita itu (kematian ADUN Balakong) hari ini (Jumaat lalu).Beliau yang juga Ketua pengarah Pilihan Raya PAS Pusat seterusnya akan mengadakan perbincangan susulan perkara itu bagi mendapat pandangan daripada bawah terutama di kalangan jentera pilihan raya PAS Selangor sebelum membuat sebarang keputusan.
21 Jul 18
109
Mohd Syahir Dilantik Setiausaha Politik Presiden PAS
Mohd Syahir (kanan) bersama Dr. Ahmad SamsuriPengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Mohd Syahir Che Sulaiman dilantik sebagai Setiausaha Politik Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang baharu.Pelantikan beliau bagi menggantikan Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang kini dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu.Perkara ini disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada 8 Julai lalu, di Kuala Terengganu.Dr. Ahmad Samsuri melalui laman Facebooknya semalam, merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan itu."Perlantikan ini amat tepat, berdasarkan kelayakan dan kebolehan beliau yang amat membanggakan."Saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua, sekiranya sepanjang menggalas amanah sebagai Setiausaha Politik Presiden sejak 2008, terdapat kelemahan dan kekurangan. "Pengalaman saya sebagai Setiausaha Politik Presiden, merupakan suatu pengalaman yang tidak ternilai harganya."Kepada Saudara Syahir, selamat menunaikan tanggungjawab sebaiknya demi bangsa, agama dan negara," ulas beliau lagi.Mohd Syahir merupakan lulusan Sarjana Pengajian Pembangunan (Master of Development Studies) Universiti Malaya (UM) dan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Beliau kini memegang jawatan Penolong Naib Presiden (AVP), Development Strategy di sebuah syarikat korporat terbesar negara.
11 Jul 18
707
Kerajaan Negeri Beri Perhatian Cadangan Perantau
Menteri Besar bersalaman dengan tetamu di Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Anak-Anak Terengganu Di Perantauan Sempena Aidilfitri 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimSemua cadangan dan sumbangan pemikiran anak-anak Terengganu di perantauan akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri sebagai usaha memajukan negeri ini.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pertemuan Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Anak-Anak Terengganu Di Perantauan 2018, sempena Aidilfitri itu juga pendekatan terbaik kerajaan negeri untuk bermesra dan mendekati seluruh anak-anak Perantau.Oleh itu, majlis tersebut katanya, adalah medan yang sesuai untuk mendapatkan pandangan dan cadangan dari rakan-rakan perantau.“Pada masa yang sama, majlis ini menjadi tempat kepada kerajaan negeri menyampaikan hasrat dan misi kerajaan serta menjawab isu-isu semasa yang melibatkan pentadbiran dan politik,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Anak-Anak Terengganu Di Perantauan 2018, sempena Aidilfitri 1439H, di Dewan Konvensyen Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang, Exco-exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan Presiden Perantau Prof. Dr. Kamaruzaman Yusof serta lebih 3,000 perantau.Oleh itu, beliau yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pusat itu berkata, tugas kerajaan yang dipilih untuk bangun mendepani masa mendatang dengan politik kasih sayang, politik matang dan sejahtera, yang diamalkan oleh parti itu.“Ini merupakan anjakan pemikiran supaya rakyat tidak takut dengan perubahan, yang dilakukan dalam proses demokrasi negara kita.“Kita bangun dengan poliitik yang lebih harmoni ke dalam masyarakat, bukan politik kebencian…(tetapi) politik yang menyelesaikan masalah,” tegasnya.-Buletinonline
17 Jun 18
82
Singgah Sahur Di Marang Dekatkan Pemimpin Dengan Rakyat
Program Singgah Sahur anjuran Pemuda Parti Islam Se Malaysia (Pas) Kawasan Marang menjadi platform pemimpin tempatan untuk melihat dan beramah mesra dengan masyarakat setempat.Ketua Pemuda Pas Marang, Yusuf Abdul Hadi, berkata aktiviti amal itu merupakan sumbangan daripada parti tersebut selain menjadi peluang untuk mendekati masyarakat terutama golongan muda."Aktiviti ini adalah acara tahunan kami sepanjang Ramadan. Ia bermula jam 12 tengah malam sehingga jam 3 pagi. Tahun ini, kami telah mengadakan program ini di semua DUN (Dewan Undangan Negeri) di bawah Parlimen Marang."Melaluinya, kami turut mempelawa pemimpin tempatan turut serta supaya mereka dapat mendengar dan memerhati keperluan masyarakat terutama di DUN masing-masing," katanya.Yusuf berkata, program itu menyasarkan sumbangan makanan untuk bersahur kepada agensi kerajaan dan swasta yang berkerja pada waktu malam serta kelompok anak-anak muda secara santai.Sebanyak 200 bungkus makanan berjaya diagihkan kepada agensi dan masyarakat di DUN Rhu Rendang menerusi program itu, baru-baru ini.
12 Jun 18
45
Kerajaan Negeri Bermatlamat Tambah Baik Pentadbiran
Dr Ahmad Samsuri menyertai pegawai dan kakitangan menunaikan solat hajat berjemaah di Dewan Besar, Wisma Darul Iman diikuti dengan ucapan ringkas sebaik selesai solat hajat di Wisma Darul Iman.Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailMenteri Besar, Prof Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengulangi kenyataan beliau semalam, untuk tidak akan menganiayai mana-mana pihak, melainkan melakukan penambahbaikan untuk mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Terengganu yang baharu. "Objektif yang terbesar (kerajaan negeri) adalah memastikan gangguan (rombakan) terhadap pentadbiran kerajaan negeri berada pada tahap minima. Sekiranya masing-masing yang telah dilantik oleh kerajaan negeri (terdahulu) dapat menjalankan tugas dengan baik dan sempurna, maka tidak menjadi halangan kerajaan negeri meneruskan lantikan mereka. "Ini adalah proses pentadbiran yang biasa dalam mana-mana syarikat multinasional pun akan berlaku penambahbaikan dan penilaian dari dari semasa ke semasa.sama ada secara bulanan atau tahunan sebab kita akan tengok kerana matlamat kita mahu melihat kelancaran jentera pentadbiran dan apa yang kita bawa kepada rakyat boleh sampai kepada sasaran,"katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, berkata demikian kepada media sejurus memulakan tugas secara rasmi pagi semalam, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.Menteri Besar yang mengenakan sut kelabu kelihatan tenang memasuki ruang pejabat di Tingkat 16 dengan diiringi 10 barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Turut mengiringi beliau, pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.iteliti apabila beliau bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) memulakan tugas pada Isnin ini.Turut serta, Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Husain Awang dan barisan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu.Dr Samsuri kemudiannya menyertai pegawai dan kakitangan menunaikan solat hajat berjemaah di Dewan Besar, Wisma Darul Iman diikuti dengan ucapan ringkas sebaik selesai solat dan kemudiannya menyertai sidang media sebelum ke jamuan pagi di tingkat U2.Selain itu, Ahmad Samsuri berkata, pihaknya juga akan berbincang dan melihat sebarang keperluan khusus serta apa langkah seterusnya kerajaan negeri termasuk menambah baik portfolio EXCO yang baharu, selain perancangan melaksanakan manifesto dijanjikan kepada rakyat dalam mesyuarat EXCO pertama Rabu ini."Insya-Allah hari Rabu selepas menghadap perkenaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku (Sultan Mizan Zainal Abidin) (Istana Syarqiyyah), kita akan memulakan mesyuarat EXCO yang pertama. Jadi media kena sabar dan tunggu (perancangan dan keputusan),"katanya.Selain itu, beliau juga menyatakan isu royalti antara perkara utama yang menjadi komitmen kerajaan untuk menuntut hak rakyat dikembalikan semula melalui cara dan pendekatan yang terbaik.
14 May 18
285
PRU14 : Pasangan Suami Isteri Angin Ahmar Turut Mengundi
Meskipun menghidap penyakit angin ahmar tidak menghalang sepasang suami isteri untuk menunaikan kewajipan mereka sebagai rakyat Malaysia untuk keluar mengundi.Pasangan suami isteri berkenaan, Isa Ibrahim, 63, dan isterinya Fatimah Kadir, 64, kali pertama membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kalong dengan menggunakan kerusi roda akibat diserang angin ahmar.Isa berkata, dia diserang penyakit tersebut pada 2016 menyebabkan dia lumpuh separuh tubuh manakala isterinya diserang penyakit yang sama pada 2015.Menurut isa, keadaan tersebut telah menyebabkannya menghadapi kesukaran untuk bergerak kerana menghadapi kesukaran untuk berjalan manakala isterinya juga menghadapi masalah yang sama akibat dari penyakit tersebut. "Sejak diserang penyakit ini kehidupan saya dan isteri sudah berubah sama sekali kerana dahulu saya yang menjaga isteri yang lumpuh separuh badan namun sekarang saya juga yang diserang penyakit sama,tambahan pula kami duduk berdua sahaja di rumah," katanya.Katanya, demi tanggungjawab kepada negara, dia dan isteri menggagahkan diri untuk keluar mengundi meskipun sedar menghadapi masalah untuk bergerak.Bagi Fatimah, meskipun mempunyai masalah untuk bergerak, demi semangat cintakan negara dia menggagahkan diri untuk menjalankan kewajipannya sebagai seorang rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan yang membela nasib rakyat."Kak sendiri memang menghadapi masalah untuk berjalan dan memegang benda namun semangat akak untuk tengok negara ini maju di bawah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat, kak gagahkan diri. "Kak mengucapkan banyak terima kasih kepada semua petugas kerana telah menghulurkan banyak bantuan bermula dari rumah sehingga tempat mengundi dan kak tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengundi," katanya.Pasangan tersebut dibawa ke pusat pembuangan undi oleh petugas suruhanjaya Pilihan Raya dan dihantar pulang ke rumahnya oleh petugas yang sama.
09 May 18
48
PRU14 : Dato' Mat Beratur Dua Jam Bersama Pengundi
Calon Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, Dato’ Mohamed Awang Tera tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, Kemaman untuk membuang undi kira-kira jam 10.27 pagi tadi.Mohamed kemudiannya sempat bertanya khabar dan beramah mesra dengan pengundi-pengundi lain dan berbaris kira-kira selama lebih dua jam sebelum masuk ke pusat pembuangan undi pada jam 12.30 tengahari.Menurut Mohamed Awang, proses membuang undi bagi DUN Chukai untuk PRU14 kali ini dilihat berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.“Peratusan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka dilihat agak tinggi dan sesetengah saluran pengundi terpaksa berbaris sehingga tiga jam.“Pengurusan pengundian di semua saluran lebih lancar dengan adanya petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membantu pengundi kelainan upaya dan uzur dengan bantuan kerusi roda,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas beratur lebih dua jam sebelum diminta masuk oleh petugas SPR untuk membuang undi di Pusat Pengundian yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai, hari ini.Menurut Mohamed, beliau melihat pengundi keluar sejak awal pagi untuk menunaikan kewajipan mereka dan memuji tindakan berkenaan yang menjadikan proses membuang undi semakin lancar.“Secara umumnya saya amat berpuashati kerana tiada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini yang boleh menganggu proses pengundian hari ini.“Para pengundi kelihatan begitu matang dan memahami ideologi serta fahaman politik masing-masing.“Saya yakin dan percaya bahawa dengan adanya kerjasama yang padu khususnya daripada para pengundi kaum Tionghua, Barisan Nasional (BN) DUN Chukai akan dapat merampas kembali kerusi berkenaan daripada parti PAS yang dimenanginya pada PRU13 yang lalu,” katanya.
09 May 18
157