Artikel "Politik" Terkini
MB Seru Rakyat Bersatu Hati
Dr Ahmad Samsuri (tiga, kanan) bersalaman dengan Tengku Muhammad Ismail (dua, kiri) di Dataran Batu Burok Kuala Terengganu Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke 61 Peringkat Negeri Terengganu.-Foto Harish Fadzillah
KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya negeri Terengganu bersatu hati membangun negara dan negeri seiring kemajuan global, memangkin pertumbuhan ekonomi dan melahirkan modal insan berintegriti.
Beliau menaruh harapan tinggi kepada rakyat Terengganu agar dapat menghayati kebebasan secara menyeluruh dengan mencorak identiti sendiri, mencipta kemajuan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.
"Besar harapan saya agar rakyat Negeri Terengganu dapat menghayati kebebasan secara menyeluruh, mencorak identiti sendiri, mencipta kemajuan di dunia dan kesejahteraan di akhirat," katanya ketika berucap di Hari Kebangsaan Ke-61 Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah di sini 31 Ogos.
Turut hadir di majlis berkenaan, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali dan Isteri, Hajjah Zaroni Othman, Pengerusi Jawatankuasa Agung Sambutan Hari Kebangsaan Ke 61, Encik Ariffin Deraman dan Isteri, Puan Arinah Lah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Isteri To' Puan Hajjah Kamsiah Dollah dan pegawai-pegawi tinggi kerajaan, para kenamaan dan isteri-isteri masing.
Menteri Besar berkata, dengan sambutan Hari Kebangsaan kali ini dengan tema “Sayangi Malaysiaku” beliau menyeru semua rakyat Malaysia bersatu hati tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan etnik agar negara membangun seiring kemajuan global, memangkin pertumbuhan ekonomi dan melahirkan modal insan berintegriti.
Katanya, negara sudah mengecapi kemerdekaan sejak tahun 1957 selama 61 tahun.
Pelbagai onak dan duri telah dilalui oleh negara sepanjang tempoh tersebut yang cukup untuk mematangkan pemikiran kita sebagai seorang warganegara yang berdaya saing untuk membangunkan negara dan negeri Terengganu khususnya.
Menurutnya, kemerdekaan yang dinikmati hari ini adalah hasil pengorbanan dan keberanian para pejuang terdahulu dalam mempertahankan maruah tanah air tercinta daripada penjajah.
"Haji Abdul Rahman Limbong dan Tokku Paloh antara tokoh ulama dari Terengganu yang terpahat dalam lipatan sejarah masih kekal segar di ingatan generasi masa kini kerana sanggup berkorban jiwa dan raga demi kebebasan negara.
"Mempertahankan sebuah kemerdekaan menuntut komitmen yang padu dan jitu daripada semua lapisan masyarakat. Kerjasama utuh antara pemimpin dan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama sangat penting dalam memastikan keamanan dan keharmonian pelbagai kaum sentiasa dijaga," tegasnya.
Namun begitu, katanya hakikat kemerdekaan adalah lebih luas. Merdeka bukan sahaja bebas penindasan fizikal tetapi bebas cengkaman mental daripada ideologi peninggalan penjajah.
"Mentaliti merdeka sepatutnya adalah berasaskan acuan sendiri, bebas daripada anasir luar yang boleh merosakkan.
"Negara kita kaya dengan adab dan tatasusila. Tambahan pula, Islam merupakan agama rasmi. Unsur-unsur songsang seperti LGBT, pergaulan bebas, hiburan melampau di alaf dunia tanpa sempadan boleh merencatkan pembangunan insan dan negara," ujarnya.
01 Sep 18
241
Manifesto Pakatan Harapan Hanya Janji Manis
Oleh: Ahmad Syahid AdnanPelbagai janji yang ditaburkan Pakatan Harapan (PH) sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hanya mainan politik dalam usaha meraih simpati dan sokongan rakyat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, ianya lebih kepada janji-janji manis kerana setelah berjaya membentuk kerajaan persekutuan, 10 manifesto yang dijanjikan dalam masa 100 hari pemerintahan masih belum ditunaikan sepenuhnya.“Tiada satu pun manifesto yang diselesaikan oleh kerajaan pusat yang mana telah memungkiri janji yang dinyatakan kepada rakyat."Kalau diberikan 10 soalan dalam peperiksaan, tiada satu pun jawapan yang betul diberikan oleh mereka." ujarnya ketika berucap sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, di Markas Pas Taman Desa Ria, malam tadi.Turut hadir, calon PAS DUN Seri Setia, Dr Halimah Ali, Timbalan Presiden PAS Pusat Idris Ahmad serta ADUN Air Putih Ab. Razak Ibrahim. Sementara itu, Idris berkata, maklum balas kerajaan pusat terhadap isu-isu semasa seperti royalti minyak, LGBT adalah antara kes yang gagal diselesaikan."Bayangkan antara isu terkini iaitu LGBT, jika diberikan hak dalam masyarakat maka ini akan menjadi salah satu tanda menghala kearah kemungkaran yang berleluasa," katanya.
28 Aug 18
87
Nafi Program Walimatul Urus Perdana Tiru BN - Haji Hanafiah Mat
Haji Hanafiah MatKUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa penganjuran program Walimatul Urus Perdana yang diadakan pada Jun lalu adalah program yang ditiru daripada kerajaan terdahulu.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat berkata, perkara itu tidak benar sama sekali, selain dilihat mahu memburukkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).Katanya, sebaliknya langkah itu sudah lama dirancang PAS dan memuatkan Karnival Kahwin Pertama Percuma sebagai janji dalam 20 Manisfesto PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu.“Hakikat yang berlaku, Barisan Nasional (BN) dilihat meniru PAS kerana apa yang dirancang dan dihebahkan perkara itu kepada masyarakat umum melalui media sosial sekitar 2015.Kerajaan Barisan Nasional melaksanakan program sama buat kali pertama pada pertengahan tahun 2016 dan diteruskan pada tahun seterusnya.“Jadi di sini, sangat tidak adil, sekiranya ada segelintir pihak menyatakan Pas meniru Barisan Nasional berkaitan perkara itu,” katanya ketika dihubungi Teganukita.net.Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cuka turut menambah, kesinambungan Program Walimatul Urus Perdana pada November ini akan ditambah baik selain menambah had kehadiran ahli keluarga pengantin kepada 100 individu berbanding 50 orang sebelum ini.“Syarat yang dikenakan masih sama iaitu pasangan atau seorang daripada mereka adalah rakyat negeri Terengganu dan perkahwinan itu adalah kali pertama.“Had umur yang ditetapkan adalah 18 hingga 35 tahun, berpendapatan ibu bapa pemohon tidak melebihi RM5,000.,” katanya.Tawaran itu masih dibuka, bagi mereka yang berminat boleh merujuk Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung di kawasan masing-masing
20 Aug 18
268
100 Hari Kejayaan, Lima Manifesto PAS Sudah Ditunaikan
Oleh : Fidee AzizKUALA TERENGGANU - “Alhamdulillah, lima Manifesto PAS telah ditunaikan sepanjang 100 hari Kejayaan Pas Terengganu yang telah memenangi PRU-14 pada baru-baru ini," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi di Markaz Tarbiyyah Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini, hari ini.Beliau memberitahu demikian ketika menyampaikan taklimat sempena Program Taklimat 100 Hari Kejayaan Kerajaan PAS Terengganu."Perkataan 100 hari manifesto ini sebenarnya bukan dari PAS, tapi sebenarnya dari Pakatan Harapan yang menawarkan kepada rakyat di dalam PRU-14 baru baru ini," katanya.Turut hadir Setiausaha Dewan Muslimat Negeri Terengganu, Rahimah Muda, Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Kuala Terengganu, Zaiton Abbas dan semua Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kuala Terengganu.Taklimat anjuran Lajnah Penerangan Dewan Muslimat Pas Kawasan Kuala Terengganu itu turut dihadiri 130 muslimat dari semua DUN di Kuala Terengganu.Muhammad Khalil menjelaskan kerajaan negeri tidak gopoh untuk menunaikan janji manifesto kerana ia bukan keperluan untuk tempoh masa 100 hari tetapi dalam tempoh satu penggal atau lima tahun.“PAS tidak gopoh menjanjikan 100 hari untuk melaksanakan manifesto yang diutarakan malah menjanjikan untuk menyelesaikan semua manifesto dalam tempoh satu penggal," katanya lagi.Sehubungan dengan itu, beliau juga menyatakan Manifesto PAS juga merangkumi Ad-Doruriyyatul Khams iaitu mempunyai lima keutamaan dan keperluan yang perlu dijaga antaranya agama, nyawa, keturunan, akal dan juga harta.
20 Aug 18
101
Suhakam Tidak Perlu Pertikai Undang-Undang Syariah Terengganu
Oleh: Abdul Hadi RaniKUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tidak seharusnya mempertikai keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu yang menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,300 dan enam sebatan syariah kepada pasangan lesbian yang ditangkap di Terengganu pada 8 April lalu.Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, Negeri Terengganu mempunyai undang-undang yang telah termaktub di dalam perlembagaan negeri."Suhakam sepatutnya lebih mengerti tentang prosedur mahkamah.Badan tersebut dilihat cuba mempersoalkan dan mengecam hukuman yang telah ditetapkan oleh mahkamah terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pasangan ini," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang disiarkan di media Parlimen Dungun, hari ini (20 Ogos).Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun menasihatkan supaya Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana hak asasi orang Islam juga perlu dihormati dalam negara berbilang kaum ini. Menurutnya, tindakan yang diambil terhadap pesalah tersebut tidak melanggar hak asasi manusia apatah lagi memalukan pasangan terbabit.Pasangan tersebut telah mengaku salah semasa perbicaraan dan hukuman tersebut dijatuhkan sebagai pengajaran kepada mereka dan masyarakat di luar sana."Hak asasi orang Islam perlu dilihat dan dinilai oleh Suhakam sebelum mengkritik tindakan yang diambil oleh Mahkamah Syariah.“Ini semua, dalam pengamatan saya, adalah cubaan untuk menjatuhkan dan memburuk-burukkan undang-undang syariah di negara ini dengan tuduhan dan permainan persepsi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," tegasnya.Masyarakat yang terlalu terdedah kepada budaya hedonisme tanpa kawalan akan mendorong mereka untuk mengikut hawa nafsu.“Apabila kurangnya pembudayaan agama dalam kehidupan, manusia akan tersasar dari landasan agama dan jatuh ke lembah nafsu.Saya berharap mereka akan bertaubat,” ujarnya.
20 Aug 18
135
MB Harap DUN Terengganu Terbaik Seluruh Malaysia
Kuala Terengganu - Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu diharapkan menjadi contoh DUN terbaik seluruh Malaysia dengan menonjolkan kualiti perbahasan dan idea ahlinya dalam menyelesaikan masalah rakyat.Haji Yahaya (Duduk: Tiga dari kiri) bersama ADUN dan pegawai kerajaan selepas kursus khas selesai. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata dengan kursus khas untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pegawai Khas mereka akan menonjolkan keliber sebagai Ahli Yang Berhormat. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Kursus Khas kepada ADUN dan Pegawai Khas mereka di Dewan Gamelan 2 Aras 3 Primula Beach Hotel di sini pada 14 Ogos.Teks Ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Haji A Rahman Yahya. Turut hadir di majlis berkenaan, Yang Dipertua DUN, Haji Yahaya Ali, Penasihat Undang-undang Negeri Negeri Dato' Haji Azhar Abdul Hamid dan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Tuan Ahmad Azmi Salleh.Kursus itu menyentuh soal bagaimana menjadi seorang ADUN yang baik dalam konteks Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap DUN serta Pentadbiran Kerajaan Negeri yang disampaikan oleh Setiausaha DUN, Encik Zulkifly Isa.Encik Zukifly juga menyampaikan kursus berhubung dengan Hak dan Keistimewaan serta Peruntukan Seorang ADUN.Sementara Sedutan-sedutan Penting Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu Terengganu disampaikan oleh Dato' Haji Azhar.Seterusnya Menteri Besar mengharapkan DUN Terengganu menjadi contoh terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia dengan menonjolkan kualiti perbahasan dan idea yang baik bagi menyelesaikan masalah rakyat.Beliau juga mengharapkan semua ADUN negeri ini menjalankan tanggungjawab dengan baik kerana ia akan ditanya oleh Allah pada hari akhirat kelak.Dr Ahmad Samsuri juga mengajak mereka bermuhasabah (membuat perhitungan) terhadap segala tugasan yang dibuat supaya dinilai sewajarnya di sisi Allah.Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata dengan bantuan pegawai khas masing-masing segala urusan mereka dengan rakyat dan kerajaan dapat dipermudahkan sebaik mungkin. "Saya mengajak Yang Berhormat semua untuk sama-sama kita bermuhasabah akan tanggungjawab yang telah ditaklifkan kepada kita. "In Sya Allah dengan bantuan pegawai-pegawai khas yang hadir pada hari ini juga akan memudahkan lagi urusan kita melaksanakan tugas kepada rakyat," jelasnya.
14 Aug 18
56
Kerajaan Jangka Lantik Wanita Jadi ADUN
Haji Yahaya AliKUALA TERENGGANU - Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita bertaraf senator di Persidangan DUN November ini selepas perbincangan dan mengambil kira aspek perundangan dan perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.Yang Dipertua DUN, Haji Yahaya Ali berkata, bagaimanapun perkara tersebut masih dalam perbincangan dan beliau mengharapkan pelantikan itu boleh dibuat dalam Persidangan Bajet DUN November ini."Saya mengharapkan dalam sidang DUN yang akan datang boleh diselesaikan perkara ini."Namun ia bergantung kepada perbincangan demi perbincangan yang sedang dibuat."Kita belum tetapkan lagi persidangan akan datang, jika boleh perkara ini akan disekalikan dengan sidang bajet sekitar bulan November ini," kata beliau.Haji Yahaya (kiri) merasmikan Kursus Khas Kepada ADUN Terengganu di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu.Haji Yahaya berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Kursus Khas kepada ADUN Terengganu di Dewan Gemilang Primula Beach Hotel di sini, hari ini (14 Ogos).Turut hadir di majlis tersebut ialah ADUN-ADUN, Pegawai-pegawai Khas ADUN, pegawai serta kakitangan kerajaan yang lain.Menurut Haji Yahaya, peruntukan dalam Undang-undang Tubuh bagi Negeri Terengganu berhubung dengan perkara ini telah diluluskan sewaktu Kerajaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tahun 1999 hingga 2004 tidak lama dahulu.Antara ADUN yang hadir dalam Kursus Khas Untuk ADUN Terengganu di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu.Ianya telah dimasukkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri sebagaimana Perkara 27 (2) yang menyatakan bahawa sekiranya tidak ada wakil dalam kalangan ahli-ahli dewan wanita, dewan boleh melantik wanita sebagai ahli dewan.Katanya, fokus kerajaan ialah mahu melihat wanita berperanan dalam DUN Terengganu."Walaupun mereka tidak menjadi calon dan tidak terpilih dalam pilihan raya tetapi mereka mempunyai peranan yang sama dengan ADUN yang lain termasuk boleh bercakap, berbahas dan mengemukakan soalan kepada DUN Terengganu."Cumanya sedikit perbezaan dengan ADUN yang dipilih dalam pilihanraya ialah mereka (ADUN Wanita) tidak boleh mengundi, selainnya mereka mendapat hak yang sama seperti ADUN lain," jelasnya lagi.Haji Yahaya yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu berkata, mereka hanya sebagai seorang ADUN yang berstatus senator, tidak bertanggungjawab kepada mana-mana kawasan pilihan raya.Katanya, perkara ini dalam proses perbincangan termasuk soal elaun dan keistimewaan sebagai ahli dewan kerana ia melibatkan undang-undang.Justeru perkara ini perlu dirujuk kepada pihak yang lebih tinggi termasuk Pegawai Undang-undang Negeri."Yang penting ialah kerajaan negeri mahu jadikan dewan kita ini berkesan."Sebab itu saya sebutkan tadi beberapa perkara yang menjadi amalan negeri lain berkait dengan soal 'select comitee', seperti Jawatankuasa Hisbah yang bertanggungjawab kepada semua termasuk badan eksekutif dan legislatif (DUN) perlu diwujudkan," ujarnya lagi.
13 Aug 18
153
Hasil Negeri Untuk Yang Berhak
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi AwangAhli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata kekayaan negeri harus diagihkan kepada seluruh rakyat jelata sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang.Ini kerana katanya, Allah SWT menentukan pembahagian rezeki tidak terkecuali hanya untuk orang yang beriman sahaja tetapi juga untuk orang yang bukan Islam.Ini dinyatakan Allah kepada Nabi Ibrahim A.S. ketika baginda meminta supaya rezeki diagihkan kepada keturunan baginda yang beriman sahaja."Allah Ta'ala kata, rezeki diberi kepada semua sama ada yang menentang Aku atau yang beriman, tidak terkecuali kepada sesiapa pun."Begitulah juga kita ketika menjadi kerajaan kena beri semua tak kira yang menyokong kita tau menentang kita," tegasnya.Beliau berkata demikian dalam satu majlis, di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, Selangor, hari ini.Dr Ahmad Samsuri MokhtarTerdahulu dari itu Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam kebanyakan majlis menyatakan bahawa Kerajaan Terengganu tidak akan mendiskriminasikan rakyat dalam semua aspek termasuk dalam agihan bantuan kerajaan.Kerajaan negeri telah memastikan mereka yang layak menerima bantuan mendapat hak mereka tanpa mengira latar belakang politik, kaum dan agama.Dalam pada itu Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, turut menyebut bahawa terdapat di kalangan orang Islam yang mahu hanya al-Quran sahaja menjadi panduan dalam amal ibadat mereka sehari-hari dengan menolak Hadis Nabi s.a.w. secara bulat-bulat.Katanya, pegangan tersebut adalah salah di sisi Islam kerana al-Quran sendiri perlu penjelasan dari Hadis Nabi s.a.w. dalam banyak perkara termasuk sembahyang, Ibadat Haji dan sebagainya."Ibadat sembahyang tidak dijelaskan secara detail dalam al-Quran tetapi ia dijelaskan melalui hadis Nabi yang sahih di mana Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Sembahyanglah kamu sebagaimana aku sembahyang," katanya.Sebagaimana Al-Quran, hadis Nabi SAW ada kaedah ilmunya yang patut diketahui oleh umat Islam, tidak boleh diperkatakan semberono.Hadis menurutnya dikategorikan kepada empat termasuk Hadis Sahih, Hassan, Dhoif dan Maudhu'.Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi berkata, hadis sahih terbahagi kepada hadis mutawatir dan A'ahad."Umat Islam wajib berpegang dengan hadis mutawatir, tidak boleh ditolak, jika ditolak ia boleh membatalkan iman," jelasnya.Ini kerana hadis ini diriwayatkan oleh ramai perawi dan mereka pula boleh dipercayai dari segi ilmu, akhlak, sifat adil dan kuat ingatan."Manakala Hadis A'ahad diriwayatkan oleh hanya seorang perawi sahaja. Sementara hadis hassan diriwayatkan oleh perawi yang ada sifat pelupa sedikit, sementara hadis dhoif pula diriwayatkan oleh perawi antara lain kurang baik dari segi akhlaknya."Namun begitu hadis itu boleh diamalkan untuk mencari kelebihan dalam melakukan amal ibadat. Sementara hadis maudho' adalah hadis yang direka atau palsu, ianya hendaklah ditolak," tegasnya.
11 Aug 18
181
Dewan Pemuda PAS Sasar Peningkatan Ahli Untuk Perkasa Parti
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) akan terus memperkasakan Pemuda di peringkat parlimen dan cawangan dengan penambahan ahli parti yang baharu.Ketua DPPNT, Kamaruzaman Abdullah berkata, tumpuan itu diberikan dalam bentuk peningkatan ahli Pemuda sebagai gerak kerja peringkat akar umbi selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini.Katanya, ini adalah langkah yang harus dilaksanakan dengan segera supaya PAS mampu mengorak langkah lebih jauh tanpa sebarang masalah dengan mengamalkan budaya politik matang."Kita harap melalui Muktamar kali ini, Pas bebas daripada masalah dalaman sekaligus dapat memberikan tumpuan penuh hadapi PRU15."Ini merupakan masa untuk kita bekerja demi mengekalkan kemenangan yang telah diperolehi, jangan leka dengan apa yang ada sekarang dan kita perlu terus kerja dan kerja untuk majukan parti."Salah satu cara untuk perkasakan parti adalah membuat penambahan ahli dan menarik ahli baru untuk menjadi ahli parti supaya lebih kuat dan perkasa,"katanya.Beliau berkata demikian di Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu di Dewan Majlis Daerah Marang, yang dirasmikan oleh Presiden Pas, Dato' Seri Hadi Awang, semalam.Kamaruzaman berkata, Pemuda PAS merupakan antara penyumbang utama yang telah memberi kemenangan yang tidak terduga pada PRU14."Kemenangan yang tidak disangka dengan kecelaruan politik, dengan andaian PAS akan mengalami kekalahan namun dengan pergorbanan yang dilakukan oleh semua pihak terutama anak muda demi menegakkan Islam, akhirnya PAS menang di Terengganu."Oleh sebab itu, kita tidak boleh leka dengan kemenangan kerana rakyat sedang menilai apa yang kita lakukan dan sehingga hari ini, kita telah laksanakan hampir separuh dari 20 manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat,"ujar beliau lagi.
11 Aug 18
104
Peranan Besar Pemuda PAS Selamat Generasi
Abdul Hadi menyampaikan ucapan kepada 'muktamirin'.Oleh: Aziz HambaliPemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berdepan dengan cabaran dan peranan yang besar untuk menyelamatkan generasi muda yang kini semakin parah.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, generasi ini perlu diselamatkan dengan kesedaran agama."Kita harus membantu dan mengeluarkan mereka daripada kejahilan agama, masalah sosial dan keruntuhan akhlak."Justeru, pemuda berperanan penting untuk memberikan pendidikan politik yang matang dan menyedarkan mereka akan serangan pemikiran penjajah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) Kali Ke-49.Terdahulu, muktamar tersebut dimulakan dengan acara konvoi. Ratusan anak muda menyertai konvoi tersebut dan mereka berlepas dari Masjid Rusila.Muktamar yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Marang, Kampung Paya itu dihadiri oleh lebih 800 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negeri yang mewakili setiap kawasan.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong, ADUN Manir, Ustaz Hilmi Harun, ADUN Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Bendahari PAS Terengganu, Cikgu Shukrimun Shamsudin.
10 Aug 18
118