lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Empty Image
Presiden PAS Garis 10 Arahan
Dato' Seri Abdul Hadi Awang (dua dari kiri) menyempurnakan majlis perasmian dengan penerimaan replika Batu Bersurat Terengganu sebagai simbolik. Foto - Syaiful MustafaOleh: Khairul Azlam MohammadKUALA NERUS - Ucapan Dasar yang disampaikan oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Malaysia, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64, menggariskan 10 arahan kepada pemimpin parti di semua peringkat.Bertemakan ‘Islam Memimpin’, Dato’ Seri Abdul Hadi menegaskan, betapa pentingnya setiap pendokong PAS menerajui agenda penyelesaian Islam.Menurutnya, perkara itu penting bagi membentuk suasana politik baharu dan mencorak masa depan negara melalui pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS).Justeru itu, katanya 10 arahan itu perlu tindakan bersama di kalangan pimpinan parti di semua peringkat.“Pertama, semua pihak dalam PAS Pusat, Dewan-Dewan, Badan Perhubungan PAS Negeri dan PAS Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema 'Islam Memimpin', seterusnya merangka perancangan melalui pendekatan BPMS dan kesediaan untuk bekerjasama atas perkara kebaikan di semua peringkat.“Kedua, pentarbiyahan pimpinan dan ahli adalah elemen asasi yang perlu diteruskan melalui aktiviti usrah, tamrin dan liqa' fikri mengikut marhalah yang telah ditetapkan."Penumpuan wajar diberikan untuk memberi penambahbaikan dalam aspek silibus, kompetensi nuqaba’ dan sistem pemantauan, di samping proses pembentukan fikrah di kalangan anak ahli PAS dan pelapis perjuangan.“Ketiga, pentadbiran organisasi di semua peringkat perlu terus diperkemaskan supaya lebih berkesan."Selain itu, beberapa aspek pengurusan organisasi wajar diberi nilai tambah dalam sistem KPI dan perancangan strategik yang semakin diamalkan di peringkat negeri dan kawasan, antaranya dalam kempen penambahan ahli, pengurusan sumber manusia, kualiti mesyuarat, serta pengurusan kewangan yang sistematik," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muktamar Tahunan PAS Pusat di Stadium Tertutup Gong Badak, hari ini (15 September).Keempat, Dewan Ulamak perlu bertindak pantas menjadi jurubicara untuk menjelaskan isu semasa dengan merujuk kepada panduan Al-Quran dan As-Sunnah, serta proaktif dalam menganjurkan seminar ‘ilmiyyah dalam memahami persoalan Maqasid dan Siyasah Syar’iyyah.Ulamak perlu menarik seramai mungkin cerdik pandai untuk bersama PAS, di samping keperluan untuk menguasai ilmu moden dan mengembangkan dimensi ilmu yang dikuasai.Kelima, Dewan Muslimat perlu mendepani pelbagai isu masyarakat dan menyentuh hati nurani rakyat, melalui aktiviti kebajikan dan kekeluargaan."Dewan Muslimat berperanan besar dalam menentukan kuasa politik dan kejayaan membina kualiti insan dalam negara."Penganjuran aktiviti mesra wanita dalam lapangan kemahiran, minat dan riadah boleh dijadikan wadah untuk mendekatkan PAS kepada golongan wanita.“Keenam, Dewan Pemuda mestilah sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu Islam, dan bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan."Pendekatan dakwah yang kreatif, penguasaan media sosial dan penglibatan di lapangan anak muda mesti dimanfaatkan untuk membawa mesej Islam."Pemuda juga perlu mendepani isu nasional dan antarabangsa, serta mampu mengemukakan solusi terhadap permasalahan rakyat dan anak muda.“Ketujuh, DHPP wajar diperkemaskan dengan mempunyai modul-modul latihan khusus kepada ahlinya, dibangunkan bersama oleh Lajnah Tarbiah dan Lajnah Dakwah."DHPP di semua peringkat wajar menjadi jambatan yang menghubungkan PAS dengan parti politik dan NGO berasaskan kaum dan agama yang lain, bagi menarik sokongan pengundi bukan-Melayu yang boleh berubah dalam PRU15 kelak," tambahnya.Kelapan, pimpinan dan ahli PAS yang memikul tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, Anggota Lembaga Pengarah, Ketua Kampung dan Jawatankuasa yang berkaitan perlu melaksanakan amanah dengan sempurna."Semua yang dilantik wajib menunjukkan adab, akhlak dan keilmuan yang tinggi ketika perbahasan dan menghormati penjawat awam, sehingga menjadi contoh ikutan pihak lain.“Kesembilan, kawasan dan cawangan perlu mempunyai sasaran kerja yang jelas dan dipantau oleh pimpinan negeri."Program dalaman seperti aktiviti tarbiyah dan kepimpinan mestilah menjadi agenda yang penting dalam taqwim tahunan, di samping mempelbagaikan program kebajikan dan kemasyarakatan untuk menambah ahli dan menarik sokongan rakyat kepada PAS.“Dan yang ke-10, pimpinan dan ahli PAS secara keseluruhannya perlu menjaga hubungan dengan Allah, membina syakhsiah dengan Ta’lim dan Tarbiyah, membekalkan ilmu kepada akalnya secara bertafaqquh, menanamkan iman dan akhlak yang mulia kepada rohaninya, serta wajib melengkapkan diri dengan ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah mengikut kemampuan,” ujarnya.Perasmian muktamar itu diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini (15 September).Hadir sama pada majlis itu, Mursyidul Am PAS, Haji Hashim Jasin, Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia, Dato’ Dr Mahfodz Muhamed, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan serta seluruh kepimpinan PAS Pusat, Dewan-dewan Ulamak, Muslimat, Pemuda dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Badan Perhubungan PAS negeri-negeri dan para perwakilan di seluruh negara.Manakala, tetamu jemputan terdiri daripada kepimpinan tertinggi Umno yang diketuai Presiden partinya, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Mahadzir Khalid dan Datuk Seri Ismail Sabri, Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Penerangan Umno, Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah.Sementara itu, pimpinan MIC yang hadir iaitu Timbalan Presiden, Dato’ Seri SK Devamany AJK Pusat, Dato’ Seri M Saravanan serta beberapa orang pemimpin MIC Terengganu.
15 Sep 18
336
Empty Image
‘Islam Memimpin’ Diangkat Tema Muktamar
Dato' Seri Abdul Hadi Awang (kiri) menyampaikan anugerah kepada tokoh PAS. Foto - Syaiful MustafaKUALA TERENGGANU - Tema Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kali Ke-64 iaitu ‘Islam Memimpin’ jelas menekankan kepimpinan dengan agama sebagai agenda dan teras utama parti.Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Malaysia, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, kepimpinan yang dimaksudkan bersyaratkan iman dan sentiasa mentaati Allah dalam ibadah serta amalan diri dan bermasyakat, sehingga memimpin negara.”Alhamdulillah PAS berjaya mempertahankan ciri-ciri parti Islam secara amali yang tidak mampu diganggu-gugat oleh musuh-musuh Islam sejak zaman penjajah sehingga kini.”PAS sentiasa melakukan penambahbaikan mengikut perkembangan semasa, walaupun pemimpinnya silih-berganti menghadapi cabaran mengikut perjalanan usia PAS sejak ditubuhkan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar sekaligus merasmikan Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, hari ini (15 September).Dalam perkembangan yang sama, Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan betapa pentingnya setiap pendokong PAS untuk terus menerajui agenda penyelesaian Islam bagi membentuk suasana politik baharu dan mencorak masa depan negara, melalui pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).“Apa yang penting kita menghormati keputusan rakyat dan bersama dengan semua pihak untuk membentuk budaya politik baharu dengan penuh hikmah, bagi membetulkan apa yang salah dan menambah baik apa yang betul,” katanya.Turut hadir, Mursyidul Am PAS, Haji Hashim Jasin, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri SK Devamany, Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-64 secara rasminya bermula hari ini, 15 September di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu.Majlis perasmian disempurnakan dengan penyerahan gimik replika Batu Bersurat Terengganu kepada Presiden PAS dan penyampaian anugerah kepada tokoh-tokoh PAS.SUKTRA Terengganu menyerikan majlis dengan persembahan pentomen berkisarkan semangat juang tanah air.Muktamar yang diadakan saban tahun ini akan diteruskan sehingga esok, 16 September 2018.
15 Sep 18
82
Empty Image
PH Menang Tanpa Akhlak & Moral
Dato' Seri Abdul Hadi Awang menjawab soalan yang diajukan oleh pihak media. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU - Kerajaan Pakatan Harapan disifatkan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu di atas padang yang tidak sama rata dengan kehilangan akhlak dan moral.Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Malaysia, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, penguasaan media sosial oleh parti gabungan Pakatan Harapan nyata tidak mempedulikan perhitungan dosa dan pahala apabila menyebarkan fitnah kepada pihak yang berbeza pendirian.“Berita bohong yang menyerang parti lain disebarkan meredah sempadan tanpa peduli benar atau salah.“Bahkan, pasca PRU14 masih menampakkan sikap yang sama apabila manifesto yang dicanang dan dijanjikan dalam tempoh 100 hari pentadbiran dilihat tidak konsisten,” ujarnya.Namun katanya, PAS masih menekankan politik damai kepada kerajaan persekutuan.“Kita tidak menyerang membuta tuli, namun segala tindakan Kerajaan Pakatan Harapan akan berada dalam pemerhatian."PAS juga tidak akan berdiam diri sekiranya tindakan kerajaan pusat memberi mudarat kepada rakyat dan menyalahi prinsip Islam," tegasnya.Beliau mengharapkan perubahan dalam kerajaan baharu dan menyatakan bahawa janji Pakatan Harapan untuk memulangkan royalti kepada Kerajaan Terengganu dan Kelantan merupakan tanda-tanda positif dan perlu dilunaskan.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas Muktamar Tahunan PAS malaysia di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, hari ini (15 September).Dalam perkembangan yang sama, Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan muktamar pada kali ini menampilkan kelainan yang ketara.“Kita didatangi oleh banyak parti politik termasuk kepimpinan tertinggi UMNO dan MIC.“Ini merupakan nilai tambah kepada muktamar yang diadakan saban tahun ini,” tambahnya.Turut hadir, Mursyidul Am PAS, Haji Hashim Jasin, Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Husain Awang.
14 Sep 18
31
Empty Image
PRK ‘Langkah PD’, PAS Buka Laluan Kepada UMNO - Mahfodz
Dr Mahfodz (kanan) dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-64. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailOleh: Khairul Azlam MohammadKUALA TERENGGANU - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sedia memberi laluan kepada parti UMNO bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, yang bakal diadakan tidak lama lagi.Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS sempena muktamar ini.“Kelmarin (13 September), kita ada bincang sedikit mengenai PRK (Parlimen) Port Dickson."Kita bagi laluan kepada UMNO dan kita (PAS) lebih suka jika (berlaku) pertandingan satu lawan satu. “Calonnya pun kita tengok, sebab kita hendak beri laluan kepada calon Umno sebagaimana dia (UMNO) memberi sokongan kepada kita (Seri Setia),” beliau berkata demikian ketika muktamar berhenti rehat.Muktamar Dewan Ulamak PAS Malaysia Kali Ke-57, disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin, di Permai Hotel Kuala Terengganu, kelmarin (13 September).Menurut Dato’ Dr Mahfudz, kerjasama politik yang dijalinkan itu mesti membawa keuntungan kepada Islam dan orang Melayu.“Matlamat kita bukan hanya hendak keuntungan kepada PAS tetapi menguntungkan Islam dan orang Melayu. “Sebab, dalam apa jua tahaluf atau taawun bukan hanya untuk keuntungan PAS sahaja."Kita ‘win-win situation’,” ujarnya.Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSU), Dato’ Dr Nik Wan Zawawi berkata, satu kesepakatan dicapai di kalangan parti-parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak.“Kita telah mencapai suatu benda (kesepakatan) yang boleh kita bekerjasama iaitu parti-parti pembangkang yang ada ini kita bentuk kekuatan. “Kita sudah dapat benda yang boleh kita bekerjasama. Semua parti-parti pembangkang yang ada termasuk Sabah dan Sarawak."Dalam erti kata lain, mana-mana kawasan jika berlaku pilihan raya di dalam itu, yang akan bertanding pembangkangya.adalah satu sahaja,” ujarnya.Hadir sama pada sidang media itu, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia, Dato’ Dr Johari Mat dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
14 Sep 18
603
Empty Image
DHPP Perjuangkan Lapan Agenda
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) buat julung kalinya mengadakan Konvensyen DHPP bertemakan 'Memimpin Perpaduan' sempena Muktamar Tahunan PAS Ke 64 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Balasubramaniam Nachiapan berkata, kovensyen tersebut sangat penting dalam menentukan hala tuju perjuangan DHPP khususnya ketika berhadapan dengan kerajaan yang baharu diwujudkan selepas Pilihan Raya Umum Ke 14.Justeru katanya, DHPP akan memperjuangkan lapan agenda pertamanya, memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terbela."Kita sebagai sayap perjuangan semestinya mendokong kerja murni ini dengan mempertingkatkan kerja kebajikan kepada masyarakat di kalangan bukan Islam."DHPP juga mendesak kerajaan Pusat mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat dan mematuhi manifesto seperti dijanjikan," ujarnya ketika menyampaikan ucaptama sempena konvensyen tersebut.Turut hadir, Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang.Malah katanya, DHPP juga meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam agenda bertindaknya yang merangkumi aspek pekerjaan, pelajaran dan sosio ekonomi masyarakat."Dalam membina sebuah masyarakat yang harmoni, memperkukuh perpaduan rakyat merupakan satu keutamaan yang perlu dititik beratkan dan DHPP akan berusaha untuk menjaga perpaduan rakyat, "ujarnya.Menurutnya lagi, antara lain yang diperjuangkan DHPP ialah untuk menambah keahlian dengan menyasarkan 10 peratus daripada jumlah ahli sedia ada ketika ini yang telah mencecah lebih 20,000 orang.Dalam pada itu, DHPP akan terus berjuang bersama PAS, menyokong pindaan RUU355 dan agenda perjuangan DHPP terakhir adalah fokus kepada kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke15.Katanya, PAS telah mengorak langkah untuk mendekati masyarakat bukan Islam sejak dari awal penubuhannya."Kita menyedari bahawa PAS merupakan sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan namun ia menolak perjuangan yang berteraskan perkauman malah memberi keadilan kepada semua masyarakat," ujarnya.
13 Sep 18
240
Empty Image
Kerjasama UMNO-PAS Makin positif
Dato' Hashim JasinKUALA TERENGGANU - Kerjasama antara UMNO dengan PAS mulai dilihat bergerak secara positif sejak Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kadis dan Seri Setia baru-baru ini.  Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Haji Hashim Jasin berkata, PAS harus melihat realiti politik bahawa Malaysia sangat berhajat kepada perpaduan orang Melayu Islam dalam mempertahankan agenda Islam dan maruah bangsa."Kita (PAS) sedar sepenuhnya tentang kebobrokan politik yang pernah dilakukan oleh UMNO sepanjang lebih 60 tahun menjadi kerajaan.  "Tetapi dengan jiwa da'i (pendakwah) yang ada pada kita, kita harus berusaha untuk memperbetulkan kefahaman pemimpin dan ahli UMNO terhadap Islam, dengan cara kita mendekati mereka," katanya ketika merasmi Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Kali Ke 57 di Hotel Permai di sini 13 September.  Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut hadir dalam majlis tersebut bersama 1,000 orang perwakilan dan pemerhati.  Dato' Haji Hashim seterusnya berkata, PAS tidak boleh melihat UMNO dan ahlinya sebagai musuh sebaliknya mereka adalah sasaran dakwah dan perlu dikembalikan mereka ke landasan Islam yang sebenar.  Menurut beliau menjadi tanggungjawab besar ulama dalam PAS untuk memahamkan ahli-ahli parti itu bahawa persoalan kerjasama dengan UMNO adalah perkara 'Mutaghayyirat' (strategi boleh berubah).  "Apa yang penting, PAS mesti memainkan peranan untuk menjadi pemimpin dalam agenda perpaduan ini dengan Islam menjadi teras kepada segala bentuk kerjasama dengan al-Quran dan Sunnah menjadi sumber rujukannya," jelas beliau.Katanya, apapun bentuk kerjasama yang berlaku, PAS mesti memastikan bahawa ia akan memberi keuntungan kepada Islam.  "PAS tidak boleh bersikap keras dengan lawan politik yang juga beragama Islam, semata-mata kerana rekod kejahilan, pengaruh sekular dalam pemikiran mereka dan juga catatan-catatan amalan korupsi yang pernah mereka lakukan.  "Inilah medan dakwah yang membawa agenda 'Rahmatan Lil 'Alamin yang sebenar," jelasnya lagi.  Katanya dalam soal perpaduan dengan UMNO, ia bukanlah perkara 'Thawabit' (perkara dasar, tidak boleh berubah) menyebabkan PAS tidak boleh berganjak langsung dan sanggup membiarkan maslahah ummah terpinggir oleh sentimen politik sempit.
13 Sep 18
105
Sebat Syarie Jadi "Free Marketing"
Sebat Syarie Jadi "Free Marketing"
Tuan Guru Dato' Dr Mahfodz Mohamed KUALA TERENGGANU - Kejayaan Negeri Terengganu melaksanakan sebatan Syarie ke atas pasangan lesbian baru-baru ini menghasilkan 'pasaran bebas' (free marketing) atau menjadi viral, sehingga berjaya membuka mata banyak pihak. Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Dato' Dr Mahfodz Mohamed berkata, perlaksanaan hukuman tersebut telah menjadi perbincangan hangat seluruh rakyat Malaysia dewasa ini.     "Inilah yang disebut sebagai "free makerting' iaitu hukuman dilaksanakan di Terengganu tetapi rakyat seluruh Malaysia yang berbincang perihalnya," kata beliau ketika menyampaikan ucaputama di Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Kali Ke 57 di Hotel Permai di sini 13 September yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.   Dato' Dr Mahfodz berkata, sebagaimana sebatan yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah di Terengganu ke atas pasangan lesbian, telah berjaya membuka mata banyak pihak.     "Ada yang memuji dan mengambil pengajaran daripada keindahan perundangan Islam namun ada juga yang menentang dan mempertikaikannnya.     "Tugas kita ialah terus melaksanakan kerja-kerja Islam serta memberikan penerangan menurut perspektif syariat. Bukan semua yang menentang hukuman tersebut malah ada yang bersetuju," jelasnya.     Terdahulu itu beliau berkata, PAS secara jelas menyatakan pendirian dalam pelaksanaan undang-undang jenayah Islam di mahkamah syariah bahawa ia terbatas dengan Akta dalam Perlembagaan Persekutuan.     Disebabkan itu katanya, Tuan Guru Presiden PAS, (Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang) selaku Ahli Parlimen Marang membawa usul persendirian menerusi Rang Undang-undang 355 bagi membolehkan mahkamah syariah dapat diperkasakan.     "Malangnya dan amat menyedihkan ia ditentang bukan sahaja dari kalangan ahli parlimen bukan Islam malah terdapat juga ahli parlimen beragama Islam yang tidak bersetuju dengan usul itu dengan alasan yang pelbagai," ujarnya.     Justeru, Dato' Dr Mahfodz berkata, terhalangnya keindahan dan rahmat Islam kadang kala dengan sebab sikap orang Islam sendiri.     "Benarlah kata-kata Syeikh Muhammad Abduh bahawa Islam terhalang dengan sebab sikap orang Islam sendiri," ujarnya lagi.
13 Sep 18
70
Empty Image
Kerajaan Terengganu Seru Hadir Muktamar Tahunan Kali Ke-64
Haji Muhyiddin Abdul Rashid.KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu menyeru agar semua rakyat  hadir beramai-ramai untuk memeriahkan Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di mana Terengganu akan menjadi tuan rumah bagi muktamar kali ini.Muktamar penuh akan berlangsung selama dua hari satu malam  di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak bermula 15 hingga 16 September ini.Setiausaha Politik Menteri Besar selaku Penolong Setiausaha Jawatankuasa Induk Muktamar Tahunan PAS Malaysia, Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata, program ini tidak hanya tertumpu di Stadium Gong Badak sahaja tetapi juga bakal berlangsung di Hotel Permai Inn yang melibatkan Dewan Ulama, Dewan Pemuda di  Duyong Marina  Resort, Dewan Muslimat  di Taman Tamadun Islam, manakala Auditorium Stadium Tertutup merupakan lokasi bagi Dewan Himpunan Penyokong PAS.“Dewan Ulama’ akan diadakan pada 13 September, Dewan Pemuda pada 13 dan 14 September dan untuk Dewan Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS masing-masing berlangsung pada 14 September ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Wisma Darul Iman, baru-baru ini (3 September).Terdapat pengisian-pengisian seperti ceramah , pertandingan jet ski, memanah , 'motor cross',  santai selebriti dan banyak lagi acara menarik akan dipertontonkan di muktamar tahunan tersebut.Menurutnya, ceramah pada malam 14 September akan disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man,  Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasruddin Hassan dan ramai lagi.“Kita juga mengadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, persembahan daripada kumpulan qasidah, santai artis dan juga Pentas Otai.“Santai artis kita jemput Zulkifli Yahya, Ustaz Haslin Baharim atau dikenali Ustaz Bollywood dan moderatornya ialah Ustaz Wan Ahmad Tarmizi.“Selain itu, sebanyak 352 lot gerai termasuk untuk jualan-jualan kering  serta 30 buah 'food truck' turut disediakan kepada peniaga-peniaga,” katanya.Beliau berharap agar muktamar kali ini bukan sahaja dapat menghasilkan keputusan-keputusan yang baik tetapi juga menjadi satu pertemuan umat Islam seluruh Malaysia.
09 Sep 18
789
Empty Image
Tidak Tunai Manifesto, PH Bakal Dihukum!
Ustaz Ahmad Shah Muhamed (tengah) sedang berkempen untuk calon PAS, Dr Halimah Ali .Oleh: Syed Abdul RahmanPETALING JAYA - Kerajaan Pakatan Harapan yang tidak melaksanakan manifestonya wajar dihukum oleh rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia kali ini dengan mengundi dan memberi peluang kepada calon yang ditampilkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dr Halimah Ali.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, beliau melihat sambutan yang baik daripada penduduk tempatan terhadap Dr Halimah Ali."Saya yakin bahawa dalam tempoh berkempen ini, timbul kesedaran dalam diri pengundi bahawa Kerajaan Pakatan Harapan di peringkat negeri mahupun pusat tidak dapat melaksanakan manifesto sepertimana yang dijanjikan."Lakukanlah perubahan sekarang dengan memberi sokongan kepada calon PAS untuk menjadi wakil yang mampu membawa suara rakyat.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, semalam (4 September).Menurut Ustaz Ahmad Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, rombongan PAS Kawasan Kuala Terengganu telah berkampung di DUN Seri Setia bermula 1 hingga 4 September."Saya berharap agar pengundi di DUN Seri Setia mengundi Dr Halimah Ali bagi merealisasikan hasrat menjadi pembangkang yang berkesan dalam sidang DUN yang akan datang," ujarnya.PAS Kuala Terengganu telah menghantar wakil seramai 12 orang dari setiap DUN dan bermula hari ini, petugas dari DUN Ladang dan Wakaf Mempelam akan mengambil alih tugasan kempen sehingga hari mengundi.Turut hadir dalam tempoh berkempen pada kali ini, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Azrin Aris.
04 Sep 18
41
Empty Image
Kekalahan Lalu Sebagai Pengajaran
Oleh: Ahmad MawardiHULU BESUT - Misi mempertahankan kemenangan amat sukar dengan banyaknya fitnah di akhir zaman ini. Jadikan kekalahan dahulu pengajaran buat kita semua dalam memperkukuh gerak kerja parti, kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Hilmi Harun. Menurutnya, pemuda hari ini perlu mengatur gerak kerja dari sekarang tanpa mengharapkan bantuan orang lain dan bekerja dengan ikhlas demi kelangsungan parti dan kerajaan hari ini."Pemuda perlu sentiasa beramal untuk dunia seperti hidup selamanya dan beramal untuk akhirat seperti kematian pada esok hari."Wahai pemuda, jagalah Allah nescaya Allah akan menjaga kamu. Jika kalian berkumpul untuk memberi manfaat kepada sesuatu, sesungguhnya tidak akan dapat manfaat tersebut kecuali apa yang telah ditetapkan oleh Allah," katanya.Ahli Dewan Undangan Negeri Manir yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri itu berucap demikian di Program Kembara Merdeka 2018 Belia DUN Manir di Dewan La Hot Spring Resort Hulu Besut, di sini, semalam (1 September).Hilmi turut memberitahu, kelebihan pemuda Pantai Timur adalah didedahkan dengan pelbagai program ilmu yang mana sebahagian besar dapat menghasilkan pemuda yang kuat dan istiqamah bersama Islam.Tambah beliau, menjadi kekuatan parti dan jemaah Islam dalam proses pelaksanaan Islam yang sebenarnya apabila PAS sanggup keluar daripada pakatan demi menjaga dasar dan prinsip Islam.Hampir 100 peserta di kalangan belia DUN Manir menyertai program itu. Peserta menyertai konvoi bermula 11.30 pagi dari perkarangan Kompleks Al-Kawthar Kubang Lembek, Manir dan tiba di La Hot Spring Resort pada jam 2.30 petang.
02 Sep 18
57