Artikel "Politik" Terkini
Islamofobia ‘Hantui’ Pemikiran Penentang Islam
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjawab persoalan peserta Muzakarah Perundangan Islam Negeri Terengganu 2018, di Dewan Besar, Wisma Darul ImanKUALA TERENGGANU, 19 Oktober - Undang-undang Islam sebenarnya bersifat mendidik dan bukannya menghukum yang perlu difahami oleh masyarakat umum.Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian, ketika berucap sebagai ahli panel Muzakarah Perundangan Islam Negeri Terengganu 2018, anjuran Pejabat Mufti Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (18 Oktober).Beliau turut mengulangi pendapatnya bahawa masih terdapat Islamofobia yang ‘menghantui’ pemikiran pihak tertentu di negara ini.Malah, kata Presiden PAS itu, ketakutan juga turut melibatkan di kalangan orang Islam sendiri yang menentangnya.“Pertama perlu difahami bahawa undang-undang (hudud) itu lebih bersifat mendidik. Undang-undang yang menakutkan pesalah dan hendak jatuhkan hukuman payah, memerlukan saksi yang adil. “Kalau berzina perlu empat orang saksi yang melihat dengan mata dia sendiri. Jika tidak cukup tiga orang sahaja, saksi itu kena sebat 80 kali sebatan. Bukan mudah untuk menjatuhkan hukuman.“Ada juga kita mendapat maklumat, mereka menentang RUU355 ini kerana takut mempengaruhi orang bukan Islam kepada Islam. Malangnya, apa yang berlaku orang Islam pun takut juga, ini yang berlaku (pelik) dan kita rasa dukacita,” ujarnya.Sesuatu yang melucukan membuatkan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan Mufti Terengganu, Dato’ Zulkifli Muda ketawa.Menurut Abdul Hadi, ketakutan dan kebimbangan kelompok masyarakat non-muslim pula kerana khuatir kebaikan agama Islam akan mempengaruhinya.“Kita mendapat maklumat khususnya orang Kristian yang menentang hudud. Kenapa dia takut sangat? “Sebabnya ialah dia bimbang. Jika syariat Islam dilaksanakan walaupun sekadar (RUU) 355, menyebabkan orang bukan Islam (akan) memilih undang-undang Islam daripada undang-undang sivil. “Saya mengambil contoh hukuman (Islam) itu di Acheh. Orang bukan Islam buat kesalahan, dihukum takzir kena sebat 20 kali sebatan. Sebat yang tidak menyakitkan kedudukan (keadaan) pesalah. “Kalau undang-undang sivil (mereka) kena penjara empat bulan, tinggal anak bini susah. Tapi, dengan sebatan (Islam) yang tidak menyakitkan, cuma malu sekejap sahaja,” jelasnya kepada lebih 500 hadirin.Dua ahli panel, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan Dato’ Zulkifli Muda serta moderatornya, Timbalan Mufti Terengganu (kiri)Muzakarah Perundangan Islam itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang menggantikan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman dan Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Mohamed.
19 Oct 18
62
PAS Berjaya Tingkat Undi PRK PD - Dr Samsuri
Dr Samsuri Mokhtar (kanan) menyerahkan hadiah kepada para pemenang Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak Sultan Mizan Cup di Terengganu International Endurance Park (TIEP), hari ini (14 Oktober).SETIU - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berjaya meningkatkan undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson walaupun tidak memenanginya.Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ianya merupakan sesuatu yang tidak mengejutkan dan beliau berpuas hati dengan proses demokrasi yang ada.“Semua dah tahu keputusan PRK Port Dickson, ianya tidak mengejutkan sebenarnya. Keputusan yang ada adalah hasil proses demokrasi yang ada. Siapa yang dapat undi terbanyak, dialah yang menang,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak Sultan Mizan Cup di Terengganu International Endurance Park (TIEP), hari ini (14 Oktober).Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat berkata, peningkatan undi yang diperolehi oleh calon PAS, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar adalah lebih baik.“Ini adalah keadaan yang sangat positif dalam keadaan kita berdepan dengan PRK yang mana kita lihat semua jentera daripada Pakatan Harapan melibatkan menteri turun dan sebagainya.“Namun, kita dapat melihat bagaimana undi yang diterima oleh PAS itu masih tetap utuh,” jelasnya. Katanya, ia menunjukkan bahawa dalam apa pun perkara yang berlaku di luar sana, PAS masih mempunyai pengundi setia tersendiri.Dalam PRK Port Dickson yang berakhir semalam, calon PAS mendapat 7,456 undi berbanding calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meraih 31,016 undi.Sementara itu, lima calon bebas, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mendapat 4,230 undi, Mohd. Saiful Bukhari Azlan 82 undi, Stevie Chan Ken Leong 337 undi, Kan Chee Yuen 154 undi dan Lau Seck Yan 214 undi.Sehubungan dengan itu, KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al - Muktafi Billah shah berkenan menyampaikan hadiah di majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Sultan Mizan Cup 2018 di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong pagi tadi.Turut mengiringi keberangkatan baginda, YAB Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,Pemenang pertama mendapat hadiah RM 25,000, jam Amaswiss, motosikal Ego, piala pusingan, piala iringan dan medal ialah Mohamad Fuad Hashim. Beliau juga mendapat juara dalam acara kuda terbaik. Mohd Faris Haikal Mohd Hassan Saari' memenangi tempat kedua mendapat hadiah berupa wang tunai RM18,000, motosikal Ego, piala iringan dan medal. Pemenang ketiga pula mendapat hadiah RM12,000, piala pusingan, medal dan motosikal Ego iaitu Mohd Sulaiman Muda.Mohd Baharuddin Ab Rahman pula mendapat tempat ke empat dengan hadiah berupa wang tunai RM6,000, piala pusingan, medal dan motosikal Ego.
13 Oct 18
260
Muslimat Digalak Ceburi Perniagaan Dalam Talian
Ustaz Ariffin ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Program Brainstorming Lujnah Ekonomi Muslimat PAS Negeri di Hotel Permai, hari ini.KUALA TERENGGANU - Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu digalakkan menceburi bidang keusahawanan dengan menerokai peluang perniagaan dalam talian bagi membantu mereka meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan ekonomi keluarga.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, penglibatan dalam bidang keusahawanan terutamanya perniagaan dalam talian bukan sahaja membolehkan golongan wanita bekerja dari rumah seterusnya membantu golongan ini menjana pendapatan sendiri.“Kerajaan negeri menyediakan peluang yang banyak untuk usahawan dalam talian mengembangkan perniagaan termasuk menerusi bantuan dalam bentuk latihan dan bimbingan.“Kita akan bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman untuk membangun dan meningkatkan lagi usahawan dalam talian di negeri ini termasuklah usahawan dalam kalangan muslimat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Program Brainstorming Lujnah Ekonomi Muslimat PAS Negeri di Hotel Permai (7 Oktober).Sementara itu, mengulas mengenai program yang diadakan itu Ustaz Ariffin yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata, beliau menyambut baik program yang diadakan bagi merealisasikan visi dan misi Lujnah Ekonomi Muslimat PAS Negeri itu.“Program yang diadakan selama dua hari ini memang baik. Mereka dah bincang untuk meningkatkan ekonomi Lujnah bagi membantu muslimat di peringkat kawasan masing-masing.“Antara yang mereka cadangkan adalah untuk melahirkan lima orang usahawan di setiap kawasan dan juga untuk melahirkan usahawan dalam talian.“Saya mencadangkan Muslimat negeri mengadakan perbincangan lanjut dengan Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri kerana kerajaan negeri memang banyak menyediakan bantuan perniagaan untuk membantu rakyat Terengganu termasuk muslimat,” ujarnya.
06 Oct 18
31
Kerajaan Tonjol Keadilan Walau Berbeza Agama - Dr Balachandran
Dr Balachandran berucap kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Darul Iman.KUALA TERENGGANU - Ketua Dewan Himpunan Penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu, Dr Balachandran Gopal Krishnan telah dilantik sebagai Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mulai 1 September lalu.Menurut Dr Balachandran, pelantikan beliau bertujuan memastikan pimpinan PAS dalam erti kata lain pimpinan negeri diberi penerangan mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh warga bukan Islam di Terengganu.“Walaupun warga bukan Islam di Terengganu hanya merangkumi tiga peratus dari jumlah penduduk Terengganu, tetapi apa yang kita laksana di sini akan menjadi satu ‘role model’ kepada negeri di pantai barat.“Sebab kita menjadi tumpuan, bagaimana pentadbiran PAS dapat membawa satu pendekatan yang mesra dan penyelesaian kepada sesuatu yang memberi ketidakselesaan kepada warga bukan Islam,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Darul Iman (2 Oktober).Katanya, beliau juga memainkan peranan supaya semua kaum di negeri ini dapat menghormati antara satu sama lain.“Sebagai seorang Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar, kita berperanan membawa satu pendekatan supaya masyarakat di luar sana dapat menikmati keindahan Islam iaitu keadilan dan kesaksamaan serta politik tanpa perkauman.“Kita hendak tonjolkan bahawa orang bukan Islam ada hak mereka dan kerajaan prihatin kepada mereka walaupun hanya kelompok kecil di negeri ini.“Kita juga patut menerangkan kepada orang bukan Islam di Terengganu secara amnya bahawa Islam wajib memimpin kerana bila Islam memimpin, ia akan menyelesaikan dan menjaga hak-hak orang bukan Islam," ujarnya.Katanya, Islam adalah agama rasmi Malaysia dan PAS yang memperjuangkan agama Islam perlu memimpin negeri ini sekaligus membawa Terengganu ke arah maju, berkat dan sejahtera. “Kita juga harus memastikan pendekatan rahmat untuk semua menjadi realiti, bukan secara retorik sahaja. Pendekatan ini kita kena tonjolkan kepada orang bukan Islam supaya mereka rasa selesa.“Kita juga hendak beritahu orang bukan Islam bahawa sesiapa yang dilantik sebagai wakil pemimpin mereka baik Melayu India mahupun Cina wajib dihormati, kita tidak mahu bawa faktor perkauman di sini,” ujarnya.Katanya, semua kaum di negeri ini diharap dapat bersama-sama berganding bahu, memahami dan mewujudkan masyarakat majmuk di bawah pimpinan Islam yang memberi keadilan dan kesaksamaan, politik tanpa perkauman dan menjaga hak masing-masing.
03 Oct 18
1474
'Caj Semula Bateri', Misi Lebih Bertenaga - Dr Azman
Dr Azman Ibrahim (terlantar) menerima kunjungan sahabat handai di KTS.
KUALA TERENGGANU - Fasa rehat seketika bagi penyembuhan dan pemulihan ibarat proses caj semula bateri untuk kembali ke medan dengan lebih bertenaga selepas ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, beliau merasai sendiri pengalaman melalui proses bius spinal yang menjadikan seseorang lebih memahami keadaan seorang pesakit stroke yang terlantar.
"Sebelum ini bila melawat pesakit stroke, ada juga terdetik, tak kan sikit pun tak mampu nak gerakkan kaki.
"Namun, apabila kesan bius spinal menjalar sepenuhnya, anggota kita dari pinggang ke bawah hanya mampu dipandang sahaja.
"Sebatang jari kaki pun tak mampu digerakkan apatah lagi nak angkat kaki.
"Anggota tubuh bahagian bawah terasa berat dan kita kehilangan seluruh upaya.
"Beginilah yang dilalui oleh pesakit stroke yang mengalami kerosakan saraf," ujarnya.
Menurut Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, pembedahan untuk menyambung 'ankles tendon' kaki kiri yang putus sepenuhnya mengambil masa lebih 2 jam.
"Doktor pakar bius bagi pilihan samada nak bius sepenuhnya (general anaesthesia), 'epidural' atau 'spinal'.
"Saya pilih yang paling ringkas iaitu spinal yang disuntik pada bahagian 'L Vertebrae'.
"Disebabkan kes ini sudah kronik lebih 100 hari, bahagian 'ankles tendon' yang putus sudah terbentuk ruang sekitar 5 cm.
"Proses pembedahan menjadi lebih rumit kerana semua bahagian labu betis perlu dibuka untuk membetulkan semula kedudukan tendon yang telah mengecut ke atas.
"Walau bagaimanapun, Alhamdulillah pembedahan berjaya," tambahnya.
Dalam perkembangan yang sama, kaki kiri beliau perlu 'immobilize' dalam tempoh 6 minggu dan perlu menjalani rawatan fisioterapi sebagai sebahagian proses pemulihan.
"Terima kasih semua kakitangan Kuala Terengganu Specialist (KTS) Hospital yang baik dan berdedikasi, Pakar Bius, Dr Khairudin, Pakar Orthopaedik, Dr Mohd Ros, Dr Termizy, Fisioterapi Maliki dan semua yang membantu serta mempermudahkan urusan.
"Terima kasih juga kepada semua sahabat dan kenalan yang sempat datang ziarah serta mendoakan," ujarnya.
Terdahulu, Dr Azman Ibrahim terpaksa menjalani pembedahan kaki setelah hampir 4 bulan bertahan akibat kecederaan tendon pada bahagian buku lali, baru-baru ini (19 September).
22 Sep 18
353
Kerajaan Terengganu Laksana Janji Manifesto Bantu Sekolah Pondok Dan Agama Rakyat
Kerajaan Terengganu akan membantu kewangan dan Infrastruktur pusat-pusat pengajian rakyat - Ustaz Mohd Nor Hamzah - Foto - Solahuddin Al IdrusKUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu melaksanakan janji Manifesto PAS untuk membantu pondok dan Sekolah Agama Rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ianya adalah suatu usaha yang bagus dan dialu-alukan oleh pihak kerajaan.Tambahnya, kerajaan sendiri juga mencadang dan telah pun meletakkan satu perjanjian untuk membantu sekolah agama rakyat."Rabitah ialah sebuah NGO yang menggabungkan seluruh institusi pengajian agama Terengganu ini."yang terpisah langsung daripada kerajaan dengan gabungan mereka sendiri," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena kunjungan Rabitah Institusi Pendidikan Rakyat Terengganu di Tingkat 18 Wisma Darul Iman semalam, Selasa, 18 September.Jelasnya, Rabitah menjadi penghubung penghubung kepada kerajaan sebagai penyampai suararakyat daripada komuniti pondok kepada pihak kerajaan.Namun begitu kata beliau, tidak semua pondok yang bergabungdengan Rabitah ini kerana sebahagiannya tidak mahu terikat dengan kokurikulum kerajaan.Beliau menambah, Rabitah ini sebagai pemudahcara untuk mendaftar di bawah pejabat agama."Di waktu yang sama pejabat agama dapat mengawal selia dan memantau institusi terbabit."Jadi insya Allah saya akan berusaha untuk bincang dengan Exco pendidikan dan Menteri Besar untuk menjadikan Rabitah sebagi platform orang tengah kepada kerajaan dan pondok," jelas beliau.Justeru itu, beliau menjamin akan membantu kewangan dan pembangunan infrastruktur pusat-pusat pengajian itu.
19 Sep 18
69
Enam Penerima Anugerah Tokoh Istiqamah
Dr Abu Bakar Abdullah antara penerima Anugerah Tokoh Istiqamah Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Foto- Syaiful MustafaKUALA NERUS - Muktamar Tahunan PAS Kali ke-64, yang bersidang pada 15 dan 16 September lalu, telah menganugerahkan “Tokoh Istiqamah” kepada enam penerimanya di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus.Tokoh-tokoh itu dipilih dari pelbagai latar belakang dan peranan penting bersama perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), antaranya seperti berikut.Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok kini menetap di Sungai Merab, Selangor. Keluarga asalnya dari keturunan beraja Bugis, Sulawesi, Indonesia. Ayahnya allahyarham Raja Ibrahim atau lebih dikenali Daeng Mariok merupakan seorang Putera Raja yang ditabalkan di Kalimantan, Indonesia.Beliau lulusan pengajian Islam dan pernah belajar di Kolej Islam Malaya. Beliau menyambung pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Mesir hingga ke peringkat PhD dan sekembalinya ke Malaysia, beliau mengajar di Kolej Islam Kelang.Apabila UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) ditubuhkan dan Kolej Islam Malaya diserap menjadi Fakulti Pengajian Islam, beliau menjadi pensyarah di UKM tersebut.Jawatan yang pernah disandang dalam PAS iaitu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS sejak 2015 hingga sekarang. Naib Presiden PAS (1989 hingga 1997), Ahli Jwatankuasa Kerja PAS Pusat (1976 hingga 1989), Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Ahli Majlis Syura Ulamak, Pengarah Urusan Harakah PAS dan Pengerusi Pemilihan PAS (2007). "ORANG LAMA" Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok menerima cenderamata daripada Presiden PAS. Dr Daeng Sanusi pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Kelantan selama dua penggal iaitu 1990 - 1995 dan 1995- 1999. Penerima anugerah kedua, Allahyarham Prof Dr Mohd Khazani Abdullah, dilahirkan pada 1968 di Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu pada tahun 1981 hingga 1983. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan (1984-1985), Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari University of Missouri, Rolla USA pada tahun 1991 sehingga 1993. Menamatkan Ijazah PhD di Universiti Malaya pada tahun 1999.Dr Khazani merupakan aktivis PAS semenjak zaman belajar dan merupakan seorang pakar dalam bidang Fiber Optik. Beliau pernah dianugerahkan sebagai Saintis Muda Negara pada tahun 2001, dengan pelbagai sumbangannya dalam bidang Fiber Optik. Allahyarham antara tenaga pemikir dalam Jemaah PAS bersama-sama dengan Profesor Dr Ahmad Samsuri Mokhtar iaitu pakar aero angkasa Malaysia. Selepas kejatuhan kerajaan PAS Terengganu tahun 2004, beliau lebih serius membantu Tuan Guru Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) membangunkan kembali kekuatan PAS terutamanaya di Terengganu. Dr Khazani terlibat dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perantau Terengganu dan jawatan terakhir beliau ialah Timbalan Presiden Perantau Terengganu. Allahyarham juga antara pengasas NGO Ilmuan iaitu sebuah wadah yang menghimpunkan para cendikiawan yang mempuyai fikrah Islam. Manakala, di peringkat kepimpinan PAS Pusat pula, beliau dilantik AJK PAS Pusat untuk sesi 2015-2017, dan menjadi pemikir utama untuk memperkenalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).Kejayaan beliau juga dengan menjadi pemikir utama dalam PAS di bilik strategic ISP dan badan pemikir PAS ini juga merangka Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) dan merangka ‘road map’ PAS ke arah kejayaan PRU14 lalu. Tokoh Istiqamah ketiga diberikan kepada Haji Noh Ahmad, 59, berasal dari Pangkor, Perak. Mempunyai seorang isteri, Puan Sepiah Shaharom dan tujuh orang anak. Beliau kini keuzuran kerana diserang penyakit angin ahmar. Pendidikan tertingginya, ijazah dalam Pengurusan Pendidikan UPSI. Pengalaman bekerja sebagai Guru dan Guru Besar Sekolah Kerajaan serta telah bersara pada tahun 2015.Pengalaman dalam PAS iaitu AJK DPP (Dewan Pemuda PAS) Pusat sebagai Pengarah Pasti Pusat pada tahun 80-an dan 90-an. Setiausaha dan Ketua DPP Perak. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan Yang Dipertua (YDP) PAS Lumut. Anugerah Tokoh Istiqamah keempat, To’ Puan Ustazah Fatimah @ Zainab Ibrahim, 66, yang lahir pada bulan Oktober 1952 di Kampung Tanjung Kapur, Kuala Terengganu. Beliau anak kedua dari 10 orang adik-beradiknya. Ustazah Fatimah @ Zainab lebih dikenali dengan panggilan Kak Nab. Beliau merupakan isteri kepada Allahyarham Dato’ Harun Taib dan mempunyai lima orang anak terdiri dari dua lelaki dan tiga perempuan.Jawatan dalam parti iaitu Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu dari tahun 1997 hingga 2011, Ketua Muslimat PAS Hulu Terengganu (1985-2013), Ketua Muslimat PAS Pusat (2001-2003) dan AJK PAS Pusat (2003-2005).Selain itu, beliau adalah Pengerusi Persatuan Khairunnisa (2000 hingga 2003), Nazirah UPI Hulu Terengganu (2000-2004), Ahli Lembaga Yayasan Pembangunan Keluarga (YPU) tahun 2000-2004.Hajah Shopiah Ahmad, 69, pula menerima anugerah Tokoh Istiqamah kelima sempena Muktamar Tahun PAS kali ke-64. Suaminya, Allahyarham Mohd Hussin Paiman. Beliau berasal dari Jasin, Melaka.Pendidikannya, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 1966 serta mendapat Diploma Ilham pada tahun 1998. Pengalaman kerjayanya, Guru Madrasah As-Sunnah Terentang (1970-1985) waktu pagi. Guru Tadika Belia 4B (1970-1975) waktu petang, dan Guru Tadika anjuran Risda dan Kemas dari tahun 1975 hingga 1984.Pengalaman dalam PAS bermula sebagai Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) pada tahun 1967-1970. Setiausaha dan Pemangku Naib Ketua DMPNM (1970-1975), Setiausaha dan Pemangku Naib Ketua DMPNM (1975-1980), Timbalan Ketua DMPNM (1980-1984), Ketua DMPNM (1984-2001), Timbalan Ketua DPMNM (2001-2007) dan Naib Ketua DMPNM dari tahun 2008 hingga sekarang. Manakala, Tokoh Istiqamah keenam diberikan kepada Dr Abu Bakar Abdullah, yang lahir pada 29 Mei 1952 di Kampung Gemuruh, Kuala Nerus. Beliau mula mendapat Pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuruh pada tahun 1959 hingga 1964. Kemudian ke Sekolah Agama Jamiah Diniah Tok Jiring dan Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abdin, Batu Burok, Kuala Terengganu. Selepas itu melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang (1971) dan menyambung pengajian peingkat Ijazah dan Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1980 dalam bidang Pengajian Islam. Ustaz Abu Bakar mendapat Ijazah Sarjana Muda (MA) dengan Kepujian Kelas Kedua Atas serta Diploma Pendidikan pada tahun 1983. Manakala, Ijazah Kedoktoran (PhD) diperolehi di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).Hasil perkongsian hidup dengan isteri pertamanya, Allahyarhamah Tengku Aminah Tengku Ali dikurniakan seramai 13 orang anak.Jawatan dalam PAS yang pernah disandangnya sebagai Ketua Pemuda PAS Terengganu, AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, YDP PAS Kawasan Kuala Nerus dan Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) Tepoh.Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kerajaan PAS Terengganu (1999-2004) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh untuk beberapa penggal sebelum ini. Dr Abu Bakar Abdullah kini keuzuran setelah diserang angin ahmar sejak lebih setahun lalu.
17 Sep 18
945
BPMS Berkesan Di Pahang
Ustaz Zuridan Daud membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden. Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Perwakilan Muktamar PAS menyambut baik saranan pucuk kepimpinan tertinggi parti agar ahlinya menerima konsep Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS).Perwakilan PAS Pahang, Ustaz Zuridan Daud menyokong penuh, konsep BPMS itu yang membuahkan hasil lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, lalu.Katanya, pendekatan BPMS yang diperkenalkan oleh Dato’Seri Tuan Guru Abdul Hadi cukup berkesan di Pahang.“PRU15 akan datang, kita mensasarkan PAS akan dapat menerajui negeri Pahang, InsyaÁllah.“Kita (PAS) kena perkasakan lagi konsep Tahaluf dan Taawun sebagaimana yang disarankan oleh Presiden PAS dalam ucapan dasar muktamar ini,” ujarnya ketika mengambil bahagian membahas Ucapan Dasar Presiden Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, 16 September lalu.1,200 perwakilan menghadiri Muktamar PAS.Justeru, beliau turut mengingatkan kepada seluruh kepimpinan dan ahli parti disemua peringkat agar mempertingkatkan ilmu pengetahuan.“Kita mahu segala tindakan pimpinan disemua peringkat bertindak tidak mengikut emosi tetapi berlandaskan ilmu pengetahuan.“Cuba kita (ahli) perhatikan tulisan-tulisan Tuan Guru (Abdul Hadi) di dalam facebooknya, sarat dengan ilmu-ilmu dan pengetahuan yang matang,” jelasnya selaku pembahas keenam muktamar tersebut.
17 Sep 18
612
Tidak Pernah Cairkan Prinsip Dasar Perjuangan
Ustaz Idris Ahmad menyampaikan ucapan di Muktamar. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak pernah mencairkan prinsip dasar perjuangan Islam kerana ianya adalah kekuatan yang ada pada PAS.Naib Presiden PAS Ustaz Haji Idris Haji Ahmad berkata, parti PAS tetap mempertahankan jati diri walaupun sesetengah orang mengatakan bahawa PAS rugi dari dunia politik.Tambahnya, PAS mempunyai prinsip dasar yang jelas dan menhala tujuan tang telus dalam sesebuah pemerintahan.“Hari ini kita menyebut dan kita berkumpul dengsn satu tekad ialah untuk kita mempertegaskan lagi tentang dasar perjuangan kita,“Apa sahaja yang kita nak bawa soal itu kita nak merangka strategi dan menentukan hala tuju kita yang kita tentukan ialah Islam,”ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Muslimat PAS Malaysia di Dewan Konvensyen Taman Tamdun Islam, baru-baru ini, Jumaat, 14 September.Katanya, dasar yang dibawa oleh PAS ialah apa yang Islam perintahkan maka lalui dengan kemampuan yang ada sekadar dengan kuasa yang ada pada pemerintahan.Tambahnya, apa yang dilarang oleh agama hendaklah ditinggalkan secara menyeluruh.“Kita bersama dengan PAS kerana kita yakin ini ialah salah satu cara untuk kita nak lakukan amal soleh."Walaupun dikatakan ketegasan di sini PAS bukan Islam dan Islam bukan PAS seperti mana yang ditulis lalu disebut oleh pimpinan kita.“Begitu juga masjid bukan Islam dan Islam bukan masjid tapi kerja untuk mendirikan masjid (adalah) kerja amal yang membolehkan pahala di sisi Allah SWT,” katanya.Menurutnya, walaupun PAS dituduh penunggang agama tetapi parti PAS tidak menghalang orang lain berkata.“Dasar Islam tidak akan berubah daripada dulu hingga kini dan Insya-Allah sampai bila-bila, ini yang penting kepada kita.“Ianya tidak akan berubah sama ada waktu kita menang ataupun waktu kalah dan kita tidak pernah larang dengan suasana dan keadaan sehinggakan kita mengadaikan prinsip kita iaitu Islam,” jelasnya.
16 Sep 18
36
Siap Sedia Hadapi PRU15- Presiden PAS
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
KUALA NERUS, 15 September - Dalam 'Post-Moterm'nya, PAS mendapati sokongan pengundi teras dan pengundi atas pagar meningkat melebihi 2.04 juta atau 18 peratus undi popular.
Sokongan itu dijangka meningkat ketika parti itu menghadapi Pilihan raya Umum ke 15 (PRU15) yang dijangka diadakan tidak sampai lima tahun seperti kebiasaannya.
Justeru Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengarahkan jentera parti persiap sedia menghadapi pilihan raya itu dari sekarang.
Beliau membuat arahan itu ketika menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Ke 64 di Stadium Tertutup Gong Badak di sini.
Kira-kira 10,000 perwakilan, pemerhati dan wakil-wakil entiti politik dalam dan luar negeri hadir di muktamar tersebut.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi berkata, PAS telah menjalankan 'post moterm' terhadap pencapaian dalam Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14) dengan mengambil kira pandangan semua pihak.
Ini termasuk jentera parti di peringkat kawasan dan negeri mahupun pandangan luar termasuk ahli akademik, badan pemikir dan tokoh masyarakat.
"Semua maklumbalas dan pandangan yang diterima akan diperhalusi oleh Jawatankuasa 'Post-Moterm', bagi mengemukakan syor dan tindakan yang perlu diambil bagi menghadapi PRU15 kelak.
"Ini termasuk dalam aspek kelemahan yang perlu diperbaiki, misalnya penguasaan media sosial, penyampaian mesej kepada bukan Islam dan pengundi muda serta pendaftaran pengundi, " jelasnya.
Menurut beliau aspek positif yang perlu dikekalkan dan ditingkatkan ialah penambahan ahli dan cawangan, kesediaan jentera, kualiti calon dan tawaran manifesto yang boleh dilaksanakan.
15 Sep 18
49