Artikel "Politik" Terkini
Usah Kaburi Mata Rakyat
KUALA TERENGGANU, 27 Disember- Ahli Parlimen Setiu , Shaharizukirnain Abdul Kadir kesal dengan dakwaan Menteri Kewangan Lee Guan Eng berkaitan bantuan musim tengkujuh yang dikeluarkan dalam satu kenyataan, baru-baru ini.Katanya, dalam kenyataan itu, jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan Menteri Kewangan untuk memberikan 274,639 pekebun kecil yang sah berdaftar dilihat sekali lagi mempermainkan rakyat.“Bantuan tersebut hakikat sebenar merupakan peruntukan yang telah diperuntukkan dalam bajet 2018 malah kerajaan Pakatan Harapan yang telah mengurangkan peruntukkan tersebut daripada RM261 juta kepada RM164.7 juta.“Pengurangan sebanyak RM51.2 juta masih lagi menjadi tanda tanya rakyat ke mana wang tersebut yang sepatutnya diagih mengikut peruntukkan telah dikurangkan sebegitu banyak,” katanya dalam dalam satu kenyataanShaharizukirnain turut memberitahu, tambahan pula, pada 11 Disember lalu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man telah mendesak kerajaan PH agar mengagihkan peruntukkan tersebut yang seharusnya diagihkan semenjak November lalu tidak dilaksanakan.Katanya, setelah mendapat desakan daripada beberapa ahli parlimen terutama ahli pembangkang, Kerajaan bersetuju untuk mengagihkan peruntukkan tersebut.“Justeru itu, kerajaan PH tidak sepatutnya mengaburi mata rakyat dengan pemberian yang telah diperuntukkan oleh kerajaan lama. “Kerajaan seharusnya membawa perubahan baru yang lebih memahami kehendak rakyat bukan dengan hanya ‘ proclaim’dengan apa yang telah ditinggalkan oleh kerajaan dahulu,”katanya
26 Dec 18
156
Caj Wad Kelas Ketiga Percuma Mulai Tahun Depan
Dr Haji Alias ketika bercakap di sebuah stesen radio di Kuala Terengganu hari ini.
KUALA TERENGGANU, 17 Disember - Caj Percuma Wad Kelas Ketiga di Hospital Kerajaan akan berkuatkuasa mulai Januari tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Haji Alias Razak ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau, mulai tarikh tersebut pihak hospital kerajaan dijangka akan membuat tuntutan kepada Pejabat Penolong Setiausaha Kerajaan Bahagian Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar di Wisma Darul Iman di sini setiap bulan bagi caj berkenaan yang tidak berbayar.
Katanya, segala caj berkaitan akan dibayar kerajaan mengikut peruntukan yang disediakan dalam Bajet 2019 sebagaimana dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu oleh Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar baru-baru ini.
Bagaimanapun katanya kerajaan negeri sedang menyiapkan draf perjanjian persefahaman (MoU) dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) bagi membolehkan janji manifesto Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14) itu dilaksanakan.
"Draf cadangan MoU itu berada di Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri di Wisma Darul Iman dan dijangka akan diluluskan dalam bulan ini juga," jelas beliau.
Dalam Bajet 2019, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM17 juta termasuk untuk menyediakan perkhidmatan wad kelas ketiga percuma di hospital kerajaan.
Sementara itu ketika bercakap di sebuah stesen radio Terengganu di sini hari ini beliau berkata kerajaan negeri memerlukan peruntukan sebanyak RM5 juta setahun untuk membayar caj tersebut.
Katanya, ini seolah-olah kerajaan menjadi panel kepada pesakit dari kalangan seluruh rakyat Terengganu yang dikenakan caj wad berkenaan.
"Kos caj rawatan untuk semua rakyat Terengganu sama ada miskin atau kaya dari wad berkenaan akan ditanggung oleh kerajaan negeri," jelasnya lagi.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kerajaan negeri tiada hak (kuasa) untuk menghapuskan bayaran caj tersebut tetapi boleh membayarnya bagi pihak pesakit kerana bayaran itu ditetapkan oleh KKM.
"Cuma apa yang kerajaan negeri boleh buat ialah kerajaan membayar bagi pihak pesakit yang dikenakan caj berkenaan di hospital kerajaan.
"Jumlah yang kerajaan anggarkan untuk memberi kemudahan bagi seluruh rakyat Terengganu yang dimasukkan ke wad kelas ketiga percuma ialah sebanyak lebih kurang RM5 juta setahun," ujarnya.
16 Dec 18
57
Tunggu Audit Bebas Sahkan Isu Tabung Haji - Khairuddin
Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 11 Disember - Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH) perlu melantik juruaudit bebas bagi melaksanakan audit terhadap akaun Tabung Haji (TH) yang didakwa bermasalah.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, TH merupakan aset terbesar umat Islam negara dan ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup kelemahan kerajaan dalam membayar dividen kepada pendeposit.“Cadangan penjualan aset TH kononnya untuk menyelesaikan masalah kewangan bakal mendedahkan aset TH ke tangan pihak luar.“Sudah banyak kali Kerajaan Persekutuan bermain dengan angka sebegini bagi mengelirukan masyarakat," katanya ketika dihubungi pemberita semalam.Beliau menegaskan bahawa cadangan itu perlu ditangguhkan sehingga pihak audit bebas mengesahkan dakwaan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Mujahid Yusof.
10 Dec 18
47
Turun RM6 Juta, Kerajaan PH Tak Serius Bela Anggota Bomba Dan Penyelamat
Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir.Oleh: Dzakaria Mohd Salleh, Helmi Abd SalamKUALA LUMPUR, 6 Disember - Penurunan bajet RM6 juta bagi emolumen anggota bomba dari tahun 2018 ternyata memperlihatkan Kerajaan Persekutuan yang masih tidak memberi perhatian serius kepada keselamatan dan kebajikan anggota bomba dan penyelamat.Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, emolumen bagi anggota bomba yang berjumlah seramai 14,751 orang diturunkan daripada RM619.2 juta pada 2018 kepada RM613.2 juta pada 2019."Ianya telah mengalami penurunan sebanyak RM6 juta. Mengikut rekod, negara telah dikejutkan dengan kematian enam orang anggota bomba ketika operasi menyelamat mangsa lemas di Puchong Perdana baru-baru ini (3 Oktober)."Tambahan pula, yang terdekat isu seorang anggota bomba yang cedera dalam rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman juga perlu diberi perhatian," katanya.Beliau berkata demikian ketika berbahas tentang butiran 030100 Bomba dan Penyelamat pada Sidang Parlimen yang sedang berlangsung sekarang sehingga 15 Disember ini.Katanya, dalam anggaran bajet 2019 yang dibentangkan baru-baru ini, ternyata kerajaan masih tidak memberi perhatian serius kepada angota bomba dan penyelamat."Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan disaran untuk memberi perhatian serius kepada pasukan bomba dan penyelamat yang menjalankan tugas berisiko untuk menyelamatkan mangsa bencana atau tragedi."Saya mencadangkan agar pihak kerajaan menaikkan elaun angota bomba dan penyelamat yang mempertaruhkan nyawa bagi keselamatan masyarakat," tegasnya.
05 Dec 18
38
Hindari Provokasi Ketika Himpunan Tolak ICERD - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 5 Disember - Rakyat negeri ini yang akan menyertai perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 8 Disember ini dinasihatkan supaya menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekacauan, provokasi dan rusuhan.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, peserta perhimpunan perlu mengelakkan sebarang perlakuan negatif dan mematuhi segala peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan. “Saya mengambil kesempatan pada hari ini untuk menyeru seluruh rakyat Terengganu dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian untuk sama-sama hadir dalam perhimpunan ICERD yang dijadualkan pada hari Sabtu, 8 Disember yang akan datang ini.“Bergeraklah ke sana dengan keadaan yang cermat dan patuh kepada undang-undang jalan raya serta berhimpunlah dalam keadaan aman, tenteram dan elakkan sebarang bentuk provokasi sekiranya ditimbulkan oleh pihak-pihak yang tidak ingin melihat perhimpunan aman itu dijalankan dengan penuh harmoni,” ujarnya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi beliau, hari ini.Katanya, peserta perhimpunan juga dinasihatkan agar mengikuti segala nasihat daripada pihak berkuasa agar perhimpunan tersebut akan menjadi contoh perhimpunan terbaik pada masa akan datang.“Ambillah maklumat dan dengarlah nasihat daripada pihak keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya perhimpunan tersebut akan menjadi satu contoh perhimpunan yang terbaik di kalangan rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan kesejahteraan yang berpanjangan dalam politik dan sosiologi masyarakat di tanah air kita ini," ujarnya.
05 Dec 18
42
Nafi Konflik Dengan MB Terengganu - Abdul Hadi
KUALA TERENGGANU, 4 Disember - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menafikan wujudnya konflik membabitkan dirinya dengan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagaimana yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.Abdul Hadi berkata, dakwaan itu bermotifkan politik semata-mata dan tidak benar sama sekali, bahkan hubungan kedua-duanya di samping kepimpinan negeri dan parti amat baik tanpa sebarang konflik."Saya yang lantik dia, bertanding di kawasan saya di Rhu Rendang, takkan mudah-mudah nak suruh berhenti begitu."Dia (pihak berkenaan) mungkin tidak ada modal dan perkara ini mahu dijadikan modal," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Memperingati Itqan Al-Muluk Bita'dil As-Suluk (Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu) di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam di sini petang ini.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.Sebelum ini, dalam catatan beberapa individu di laman sosial Facebook mendakwa terdapat kumpulan yang telah bertemu Abdul Hadi bagi menukar Menteri Besar Terengganu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi.Mesej tular bertajuk Kerusi MB Terengganu Panas? itu mendakwa tindakan tersebut disebabkan rasa tidak puas hati kumpulan berkenaan terhadap Ahmad Samsuri yang dikatakan lebih mengutamakan orang luar dalam membuat lantikan politik bagi jawatan-jawatan berprestij.Abdul Hadi turut menolak dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mengaitkan perkara berkenaan dengan ketidakpuasan membabitkan duit royalti di samping isu Himpunan Menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).Sementara itu, Satiful Bahri tidak menolak kemungkinan penyebaran fitnah itu adalah cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengalihkan isu sekali gus mengaburi rakyat dalam soal Himpunan ICERD dan kegagalan pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan."Terengganu dengan persekitaran, manifesto dan janji yang dilaksanakan walaupun baharu enam bulan tetapi telah terkehadapan dari segi politik, pengurusan dan pentadbiran berbanding negeri lain."Saya rasa cubaan untuk mengalihkan isu. Setakat ini dalam kalangan exco kita memang bekerja sebagai satu pasukan yang menggabungjalinkan agamawan dan profesional, jadi tidak berbangkit soal itu," katanya.
04 Dec 18
134
Elaun Nelayan Perlu Ditingkatkan RM500 Sebulan
Dato' Dr Khairuddin Aman Razali.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA LUMPUR, 14 November - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menggesa Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) meningkatkan elaun sara hidup nelayan kepada RM500 sebulan.“Saya minta supaya elaun sara hidup ini bukan setakat diperkenalkan kembali atau diteruskan, tetapi perlu ditingkatkan lagi kepada RM500 sebulan berbanding RM250 dan RM300 sebelum ini," kata beliau ketika membahaskan Bajet 2019 di Dewan Rakyat, semalam.Katanya, rata-rata rakyat yang bekerja sebagai nelayan memperoleh pendapatan sekitar RM600 hingga RM1,000 sahaja sebulan.“Tanpa bantuan seumpama ini, agak sukar bagi mereka berhadapan dengan suasana ekonomi bagi memenuhi keperluan harian mereka,” katanya.Dr. Khairuddin berharap agar kerajaan PH meningkatkan lagi elaun sara hidup nelayan, terutama apabila tiba musim tengkujuh yang sememangnya boleh menggugat mata pencarian mereka.Dalam ucapannya semalam, beliau turut membangkitkan pelbagai isu ekonomi rakyat termasuk isu pengangguran, pemberhentian kerja dan hutang isi rumah.
13 Nov 18
156
Terengganu Sambut Baik Penubuhan Sekolah Kepimpinan Belia
Wan Sukairi Wan Abdullah.KUALA NERUS, 7 November - Kerajaan Terengganu menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan sekolah kepimpinan belia memandangkan had umur pengundi akan diturunkan dari 21 tahun kepada 18 tahun.Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menyarankan supaya melaksanakan modul berteraskan sejarah negara yang sebenar.Katanya, ia merungkai kisah sebenar mengenai perjuangan kemerdekaan negara yang tidak diajar sepenuhnya di sekolah-sekolah kebangsaan pada hari ini, menyebabkan mereka tidak tahu maklumat sebenar kemerdekaan.“Contohnya, peranan yang dimainkan para ulama untuk memberikan kesedaran kepada rakyat terutama di peringkat akar umbi untuk bangkit menentang penjajah tidak didedahkan. “Jadi pendedahan sejarah ini sangat penting supaya belia-belia kita tahu apa yang dilakukan oleh nenek moyang mereka dahulu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kompleks Tarbiyyah Darul At-Taqwa (Komtaq), baru-baru ini (3 November).Menurutnya, di samping itu, ia akan membangkitkan semangat dan cita-cita untuk mempertahankan negara dari sebarang ancaman yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian negara di masa akan datang.“Mereka juga lebih pandai untuk membuat penilaian siapa yang sebenarnya berjuang untuk kemerdekaan negara sekaligus akan menjadi seorang pengundi yang tahu apa keperluan masa hadapan."Ini adalah soal siapa yang perlu mereka pilih dan perjuangan bagaimana yang boleh menyelamatkan negara pada masa akan datang,” jelasnya.Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, mereka perlu diberi kesedaran sehingga mampu mempunyai satu tahap pemikiran yang benar-benar matang yang menyebabkan undi yang mereka akan keluarkan adalah undi yang benar-benar berkualiti.
07 Nov 18
97
Wan Hassan Pertikai Sikap Kerajaan Pusat
Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.KUALA LUMPUR, 29 Oktober - Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mempertikaikan sikap pemimpin Kerajaan Pusat yang banyak mempersalahkan individu dan kerajaan dahulu berbanding melontarkan idea bernas untuk merencana kemajuan dan pembangunan rakyat.Ini kerana katanya, pemimpin hebat bercakap tentang idea manakala pemimpin biasa bercakap tentang (kesalahan) orang."Mereka asyik menyalahkan orang dengan mengatakan kononnya, orang ini tak betul, kerajaan itu tak betul. Sepatutnya kita bercakap tentang idea," jelasnya ketika bangun membahas Usul Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat, hari ini.Beliau turut mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat menyelesaikan kos sara hidup rakyat di bandar dan luar bandar."Apakah teras dan kerangka untuk kita bincangkan bagaimana kita boleh mengurangkan kos sara hidup rakyat."Sepatutnya itu isu yang utama tetapi kita berbincang tentang orang lain, tentang kerajaan ini salah, kerajaan itu salah, sepatutnya kita bincang tentang idea (penyelesaian masalah rakyat dan negara)," ujarnya lagi.Justeru, beliau ingin tahu bagaimana perancangan kerajaan baru bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.Begitu juga bagaimana Kerajaan Pusat merancang untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri-negeri pantai timur dan pantai barat di Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak)."Apakah perancangan yang nak dibuat untuk kepentingan kita mengeluarkan rakyat yang berada di paras kemiskinan, di bandar dan luar bandar?" soalnya lagi.Kerajaan Pusat perlu fokus menyelesaikan masalah kemiskinan di kalangan T20, M40 dan B40.Katanya rakyat di kelompok B40 dipercayai telah berperanan menukar kerajaan lama kepada kerajaan baru sekarang."Namun rakyat (termasuk golongan B40) dibebankan dengan SST setelah dihapuskan GST."Rakyat sedang menunggu janji-janji kerajaan baru tentang bagaimana usahanya untuk menurunkan harga minyak dan harga barang," katanya.
28 Oct 18
947
Pusat Khidmat, MPKK Jadi Pemudah Cara Rakyat
Haji Mohd Fazil Wahab ketika berucap dalam program Taklimat Peranan dan Kepimpinan Peringkat DUN Seberang.Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 22 Oktober - Pejabat Khidmat Masyarakat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) disarankan menjadi pemudah cara dalam menyelesaikan masalah masyarakat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir,Haji Mohd Fazil Wahab berkata, MPKK dan Pusat Khidmat seharusnya berkerjasama bagi memastikan agenda kerajaan dapat berjalan dengan lancar. Hal itu, katanya agar bertepatan dengan motto kerajaan negeri iaitu Terengganu ‘Maju, Berkat dan Sejahtera’. “MPKK dan Pejabat Khidmat merupakan orang suruhan kepada penduduk, kerana mereka adalah agensi kerajaan yang berada di kampung-kampung dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat.“Rakyat sedang menilai gerak kerja yang dilakukan oleh agensi itu kerana setiap aduan dan permasalahan diajukan terlebih dahulu kepada mereka,” ujarnya ketika ditemui selepas program, Taklimat Peranan dan Kepimpinan Peringkat DUN Seberang Takir di Dewan Amber, Scout Inn, Telaga Batin, Seberang Takir, di sini, kelmarin.Menurut beliau, MPKK yang dijenamakan semula daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) ini perlu berperanan lebih baik dari sebelumnya.Hadir sama, Timbalan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) negeri, Raja Arizal Raja Arif dan Pengarah Majlis Tindakan DUN Seberang Takir, Haji Zakaria Dagang selaku ahli panel dalam program tersebut.
21 Oct 18
530