Artikel "Politik" Terkini
Iktiraf Pilihan Yang Dibuat Rakyat PRK Semenyih - MB Terengganu
SETIU, 3 Mac - Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berpendapat, perkara yang penting dalam sistem demokrasi adalah dengan mengiktiraf pilihan yang dibuat oleh rakyat.Menurut beliau yang juga Menteri Besar Terengganu, kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih semalam menunjukkan keyakinan pengundi Semenyih terhadap calon pembangkang yang dipilih.Ahmad Samsuri berkata, pengundi sebenarnya mempunyai sebab-sebab tersendiri menolak calon Pakatan Harapan (PH) sebagaimana dalam PRK Parlimen Cameron Highlands lalu termasuk faktor-faktor semasa.Katanya, keputusan itu diharap tidak akan mewujudkan tindak balas tidak sihat dalam proses demokrasi di negara ini.“Parti mana pun yang memerintah di peringkat pusat mahupun negeri, parti berkenaan tidak harus menzalimi dan menghukum rakyat yang membuat keputusan.“Kita ingin menuju ke arah negara demokrasi yang sihat dan salah satu perkara yang penting dalam sistem demokrasi adalah mengiktiraf pilihan yang dibuat oleh rakyat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar (MB) Terengganu, di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada calon BN yang memenangi PRK Semenyih.
03 Mar 19
63
SPRM Sahkan Tiada Kemasukan RM90 Juta Ke Akaun PAS
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull ketika sidang media.KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Dakwaan PAS menerima dana RM90 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh sesetengah pihak berkepentingan adalah jelas tidak benar.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Sri Mohd Shukri Abdull berkata, siasatan yang dilakukan oleh pihaknya terhadap PAS mendapati tiada wang daripada 1MDB disalurkan kepada parti politik berkenaan.Jelasnya, penelitian yang dijalankan tidak menemui sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan tuduhan itu.“Siasatan SPRM setakat ini memang tiada kemasukan RM90 juta duit 1MDB ke akaun PAS.“Memang tak mendapati bahawa berlakunya kemasukan,” jelasnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang Dipertua (YDP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Zaki Hassan, ADUN Terengganu serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.Beliau turut berucap dalam majlis menandatangan IBR ADUN Terengganu.Terdahulu beliau menyaksikan lafaz ikrar bebas rasuah melibatkan semua wakil rakyat Terengganu yang diketuai oleh Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Pada 6 Februari yang lalu, SPRM telah memulakan siasatan ke atas dakwaan penyaluran dana berkenaan oleh Sarawak Report (SR) selepas menerima laporan daripada orang awam.Empat individu iaitu Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, bekas Timbalan Presiden PAS, Dr. Nasharudin Mat Isa, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa dan bekas pengerusi Bersih, S. Ambiga telah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.
24 Feb 19
207
Kenyataan PAS Tidak Bantu UMNO Hanya Perang Psikologi - MB Terengganu
KEMAMAN, 17 Februari - Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan kenyataan bahawa PAS tidak akan membentuk kerjasama bersama UMNO bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menerusi satu pengakuan bertulis yang ditandatangani oleh parti tersebut hanya satu perang psikologi.Menteri Besar Terengganu itu menjelaskan, dakwaan Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohammad itu tidak benar sebaliknya perjanjian bertulis itu adalah tanda sokongan PAS terhadap agenda PM dalam memelihara dan memperkasa umat Islam dan orang Melayu."Perjanjian itu tanda komitmen dan sokongan pada Perdana Menteri terutama dalam agenda memperkukuhkan orang Melayu dan Islam di Malaysia dalam aspek agama Islam, pendidikan dan ekonomi."Dakwaan bahawa PAS tidak menyokong UMNO disifatkan sebagai perang psikologi sebagaimana kebiasaan setiap kali tiba musim pilihan raya. Sekarang ini musim pilhan raya, ini ‘war game’. Tentu ada perang psikologi antara pihak-pihak yang bertanding,” jelasnyaBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran Hakmilik Tanah Projek Felcra Kawasan Bukit Keladi(PLBP) Sungai Pergam, Mukim Hulu Jabur, Projek Felda Seberang Tayor Peringkat 3 Mukim Tebak Dan Felcra Seri Bandi Peringkat 3 dan 4 Mukim Hulu Chukai, Daerah Kemaman, di sini, hari ini.Ahmad Samsuri diminta mengulas mengenai kenyataan tergempar yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir semalam selepas pertemuan di Yayasan Al-Bukhary dua hari lalu.Selain Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, pertemuan di Yayasan Al-Bukhary di Kuala Lumpur itu turut disertai Dr. Ahmad Samsuri.Walaubagaimana pun beliau berkata satu sidang media akan diadakan oleh PAS Pusat pada petang ini di Kuala Lumpur bagi menjelaskan mengenai pertemuan itu."Buat masa ini kita masih lagi berpegang pada keputusan di mana PAS akan membantu jentera UMNO pada PRK Semenyih," katanya.
17 Feb 19
72
Kerajaan Persekutuan Perlu Serius Bantu Guru
SETIU, 11 Februari - Sebanyak 4,525 permohonan pertukaran guru diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi 2019 daripada keseluruhan 25,332 permohonan yang diterima membuktikan Kerajaan Persekutuan tidak mengambil serius isu duka lara guru.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, kerajaan perlu lebih serius membantu para guru yang berdepan kesukaran untuk bertukar.Beliau dalam kenyataan medianya baru-baru ini menyifatkan langkah kerajaan yang masih menunggu keputusan bilangan guru duka lara Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sebagai tidak prihatin terhadap isu tersebut."Kerajaan digesa agar menangani isu duka lara guru ini dengan serius."Sebelum ini, sebahagian guru berhadapan situasi berjauhan dengan keluarga malah sesetengah isu membawa kepada penceraian suami isteri."Ini merupakan antara faktor utama kepada kemurungan guru."Malah, keputusan bagi menambah bilangan kaunselor juga bukan satu keputusan bijak," tegasnya dalam kenyataan tersebut.Shaharizukirnain turut mengingatkan, kenyataan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik sebelum ini bahawa guru sepatutnya berkorban bagi mengelak masalah kekurangan guru yang membawa kepada duka lara murid dan ibu bapa mendatangkan reaksi kurang senang daripada kebanyakan guru. "Kerajaan seharusnya dapat menanganinya secara holistik demi kebajikan guru-guru sejajar dengan usaha kerajaan memartabat profesion perguruan," katanya.
11 Feb 19
28
Kerajaan Pusat Digesa Selesaikan Segera Isu Perumahan
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 1 Februari - Kerajaan Pusat perlu bertindak segera dalam menyelesaikan isu perumahan yang menjadi keresahan dan kebimbangan rakyat Malaysia sejak lima tahun kebelakangan ini akibat harga yang tidak mampu milik.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, beliau mengalu-alukan pelancaran Dasar Perumahan Negara 2018-2025 oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini.“Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diharapkan dapat menyelesaikan banyak isu perumahan yang tertangguh sekian lama."Sekiranya masalah ‘market mismatch’ berjaya diatasi, maka isu lambakan penawaran (overhang properties) yang telah mencecah RM19.5 bilion (suku ketiga 2018) boleh dikurangkan," ujarnya menerusi akaun media sosial milik beliau kelmarin.
01 Feb 19
41
Pendidikan Seks; Jasnita Sedia Beri Pandangan Kepada Kerajaan Pusat - Nuridah Salleh
KUALA TERENGGANU, 29 Januari - Jaringan Badan Bukan Kerajaan Wanita atau ringkasannya Jasnita bersedia untuk duduk semeja bagi membincangkan soal pendidikan seks yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).Penasihatnya, Nuridah Mohd Salleh berkata, beliau berbesar hati memberi pandangan berkenaan perkara tersebut sebelum kerajaan mengambil sesuatu tindakan.“Kita mengikuti isu ini terutama yang melibatkan remaja kita dalam masalah gejala sosial sekarang. Ada antaranya yang menyebabkan kepada perzinaan,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Majlis Hi-Tea dan Pelancaran Gabungan NGO Wanita di Permai Hotel kelmarin.Sehubungan itu, katanya, Kementerian Pendidikan sepatutnya memasukkan mata pelajaran Pendidikan Islam di semua peringkat sekolah.“Kita nak tahulah dari sudut pandangan Kementerian Pendidikan sendiri macam mana dia nak masukkan pendidikan Islam ini. Kadang-kadang ada orang pertikaikan ini bukan sekolah agama.“Sebenarnya pendidikan Islam itulah yang sepatutnya menjadi benteng (cegah zina) sama ada anak remaja ataupun orang dewasa,” ujarnya.
28 Jan 19
216
Masjid RTB Bujal Terengganu Bakal Dibina Semula
Masjid Bujal hampir menyembah bumi sepenuhnya setelah dirobohkan.KUALA TERENGGANU, 28 Januari - Kerajaan negeri sedang merancang untuk membina semula Masjid Bujal di Kijal, Kemaman selepas ia dirobohkan 14 tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan menyelesaikan masalah keperluan untuk membina masjid berkenaan.Katanya, sebelum ini tapak sedia ada dibiarkan begitu sahaja sekali gus tanah di situ masih tidak ditebus guna sehingga hari ini.Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas selesai diwawancara dalam segmen 'Kabbo Royak' Siri Kelima TV Darul Iman di Pejabat Urusetia Penerangan Daul Iman (UPDI) di sini hari ini.Kira-kira 14 tahun yang lalu, Masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal, Kijal itu telah dirobohkan dengan dibantu jentera jabatan kerajaan dan anggota polis.Masjid di RTB yang dinamakan dengan Desa Makmur hasil derma orang ramai akhirnya menyembah bumi dan kawasan masjid tersebut terbiar tanpa dimajukan.Masjid RTB Bujal dibina di atas Lot PT 3294 yang dikhususkan sebagai tapak surau dalam Pelan Susun Atur Perumahan Kampung Bujal sebagaimana diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 3 Ogos 2003. Satu lot lagi untuk pembinaan surau adalah di PT 3297.Pelan susun atur tersebut menyediakan 363 unit kediaman untuk diisi peserta dan ianya jauh dapat memuatkan lebih daripada 40 orang yang menjadi syarat untuk mendirikan solat Jumaat.Masjid Bujal ketika dalam pembinaan.Para peserta membina masjid tersebut dengan niat untuk dijadikan masjid bagi tujuan beriktikaf dengan adanya mihrab di bahagian hadapan dan kolah tempat mengambil wuduk manakala susun atur jubin lantainya berbentuk saf sembahyang.Selepas peristiwa perobohan masjid tersebut, rombongan demi rombongan dari seluruh negara datang melawat kesan perobohan masjid sehingga akhirnya kesan runtuhan itu telah dihapuskan sama sekali.
27 Jan 19
1983
Rakyat Suarakan Kebangkitan Di PRK Cameron Highland
Dr. Samsuri bersama Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim (kiri) ketika ditemui pemberita dalam Majlis Memperkenalkan Jersi dan Pemain TFC 2019. KUALA NERUS, 27 Januari - Kemenangan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highland menunjukkan kebangkitan suara rakyat dalam menolak kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang menerajui pemerintahan negara kini.Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat merangkap Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, secara umumnya kemenangan itu memberi tanda amaran kepada PH tentang pemerintahan mereka selama lapan bulan menjadi Kerajaan Persekutuan.“Itu yang kita nampak dalam PRK kali ini. Ini juga adalah masa PH untuk membuat penilaian kembali di pihak mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Memperkenalkan Jersi dan Pemain Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, semalam.Beliau turut berpendapat, kemenangan itu juga merupakan isyarat positif penerimaan rakyat kepada pembangkang.“Ketika turun berkempen di sana baru-baru ini saya dapat merasai penerimaan positif masyarakat Cameron Highland kepada kerjasama Barisan Nasional (BN) dan PAS yang sama-sama berkempen kali ini,” katanya. PRK Cameron Highland semalam menyaksikan calon BN, Ramli Mohd Noor mengekalkan kerusi Parlimen kawasan tersebut apabila meraih 12,038 undi menewaskan caloh PH, M Manogaran (8,800 undi) serta dua calon bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi).PRK itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada November mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivaraajh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu terbatal kerana didapati berlaku amalan rasuah dan mempengaruhi pengundi kawasan itu.
26 Jan 19
44
Abdul Hadi Akan Bantu Kempen Di PRK Cameron Highland
Dato' Seri Abdul Hadi menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan kepada petugas DITC di Majlis Perasmian Dewan Dato' Seri Tuan Guru DITC di Teluk Kalong, Kemaman.KEMAMAN, 15 Januari - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang akan memberi kerjasama untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highland pada 26 Januari ini bagi membantu calon Barisan Nasional (BN).Abdul Hadi berkata, beliau juga tidak mahu meletakkan undi PAS sebagai penentu kemenangan calon BN kerana ia hanya akan diketahui selepas PRK nanti melalui 'post mortem'."Namun begitu, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum yang lepas, jumlah pengundi PAS perlu diambil kira dalam kemenangan calon."Insya-Allah kita akan memberi kerjasama kepada calon parti pembangkang , beliau tidak mewakili UMNO, PAS atau mana-mana parti, hanya menggunakan lambang parti BN."Saya akan turun sendiri berkempen pada hari Ahad ini bagi memastikan penyokong-penyokong PAS keluar pada hari mengundi sebagai tanda sokongan dan kerjasama," katanya.Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Dewan Dato' Seri Tuan Guru di Darul Iman Training Centre (DITC),Teluk Kalong, Kemaman, di sini, hari ini.Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DITC, Shuhaimi Embong.Hadir sama, Mursyidul Am PAS, Dato' Haji Hashim Jasin.Sebelum ini, PAS bersetuju dengan calon yang dikemukakan BN dalam PRK Cameron Highland kerana bertepatan dengan suasana semasa dan geopolitik di kawasan berkenaan.
15 Jan 19
130
Projek Bermanfaat Kerajaan Terdahulu Perlu Diteruskan - Nuridah Salleh
Oleh: Hailmey MansorKUALA NERUS, 31 Disember - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diseru agar meneruskan segala projek-projek yang di tinggalkan oleh kerajaan terdahulu.Ahli Dewan Negara, Nuridah Salleh berkata, walaupun kerajaan telah bertukar tampuk pemerintahan, pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan lama harus diteruskan.“Terdapat projek-projek telah dijanjikan oleh kerajaan dulu dan bajetnya telah diluluskan."Jadi, kita harap kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan kini perlu teruskan," katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat kawasan hakisan pantai di Kampung Baru, Seberang Takir, semalam.Berhubung projek jalan sepanjang pantai yang menghubungkan Kuala Terengganu City Centre(KTCC) dari Seberang Takir, Nuridah memaklumkan telah membawa isu tersebut dalam persidangan Dewan Negara untuk mendapatkan pengesahan status projek itu.“Kita telah bawa isu ini dalam persidangan bahas belanjawan baru-baru ini, cuma setakat ini tidak ada jawapan konkrit daripada pihak kerajaan," katanya.Beliau berharap projek-projek itu dapat diteruskan kerana kerajaan negeri tidak dapat sewenang-wenangnya mencampuri urusan kerajaan Persekutuan.Turut hadir menyertai lawatan ini ialah Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab.
31 Dec 18
60