lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Empty Image
Kerjasama Dengan MIC Adalah Kejayaan DHPP - Abdul Hadi
Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.MARANG, 30 Mac - Parti Islam Semalaysia (PAS) menyifatkan kerjasama dengan MIC adalah kejayaan sayap parti iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam mendekati kaum bukan Islam.Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, hubungan politik itu berlaku selepas mereka memahami bahawa pemerintahan Islam, terutama di Terengganu dan Kelantan sama sekali tidak menganiaya kaum dan agama lain.Jelasnya, hubungan dengan MIC yang keruh sebelum ini adalah disebabkan berlakunya salah faham antara kedua-dua parti pembangkang itu.“Ini yang mengejutkan mereka kerana sebelum ini mereka baca mengenai Islam melalui tulisan orang bukan Islam, jadi timbul kekeliruan (mengenai Islam).“Kerjasama dengan MIC ini lebih bersifat perkenalan dengan lebih dekat. Penjelasan kita mendapat respon yang baik dan mereka faham hak beragama itu dijamin oleh Islam dan perlembagaan.Bersalaman dengan anak tahfiz.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Bangunan Maahad Tahfiz Asy-Syatibi di Kampung Alor Lit, Bukit Payong, di sini semalam.Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang Dipertua (YDP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali, wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Mat Ghani Jusoh serta Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Asy-Syatibi, Mohd Nasir Ismail.Mengulas tentang kerjasama dengan MCA, beliau yang juga Presiden PAS berkata, pihaknya akan meneliti semua perkara terlebih dahulu sebelum mengadakan hubungan politik dengan parti itu.Tambah beliau, PAS mempunyai pengalaman yang luas dalam mendepani lapangan politik semasa dan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti demi kepentingan rakyat.Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Asy-Syatibi.Katanya, dalam suasana masyarakat majmuk di negara ini, PAS bukanlah sebuah parti bersikap jumud dan rasis seperti yang dimomokkan oleh sesetengah pihak.“Itu kita tunggu (kerjasama dengan MCA). PAS mempunyai pengalaman yang banyak dan panjang kerana kita bukan sahaja pernah bekerjasama dengan MIC dan UMNO, tetapi terlebih dahulu dengan DAP, PKR dan parti lain.“Politik ini fleksibel. Kita tak boleh beku atau jumud, apa lagi dalam suasana masyarakat majmuk dan Islam menerima wujudnya masyarakat majmuk, Islam itu (membolehkan) orang bukan Islam (terbabit) dalam kerajaan,” jelasnya.
30 Mar 19
244
Kerajaan Pusat Digesa Tangani Isu Doktor Duka Lara Dan Vaksin
Kerajaan Pusat Digesa Tangani Isu Doktor Duka Lara Dan Vaksin
  Ahmad Amzad Hashim. Oleh: Syed Kamal   KUALA TERENGGANU, 21 Mac - Kerajaan Pusat digesa untuk menyelesaikan masalah berkaitan doktor duka lara dan salah faham terhadap penggunaan vaksin yang kian membarah dalam masyarakat. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, masalah itu menyebabkan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang penuh dengan kebimbangan.   Jelasnya, paling merisaukan apabila isu berkaitan doktor pelatih yang ditempatkan berjauhan dengan keluarga dan keengganan segelintir masyarakat menggunakan vaksin akan mengakibatkan kesan buruk.   “Doktor pelatih terutama bagi yang sudah berkahwin terpaksa berkejar antara tempat kerja dengan rumah dengan mengejar masa hingga keletihan termasuk sesudah ‘on call’, ada yang kemalangan jalan raya sehingga maut.   “Mengenai vaksin pula, ia menjadi masalah dalam kalangan segelintir umat Islam,” ujarnya.   Beliau berkata demikian ketika mencelah perbahasan Titah DiRaja oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen, di Dewan Rakyat, kelmarin.   Mengulas lanjut tentang masalah tersebut, beliau berkata, kementerian serta pihak berkuasa harus mengambil perhatian yang serius.   Ujarnya, beliau berharap agar pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan doktor pelatih disemak kembali agar tidak merugikan negara dan rungutan doktor duka lara dapat diselesaikan segera.   Dalam menyelesaikan isu vaksin pula, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama KKM digesa duduk semeja bagi memberi penerangan sebenar tentang vaksin.   “Soal pekeliling Kementerian Kesihatan mengenai penempatan doktor pelatih (houseman) perlu ada budi bicara bila melibatkan soal kebajikan kehidupan doktor.   “Amat merugikan negara, para doktor yang dihasilkan dengan pelaburan besar, meninggal kerana kemalangan jalan raya berpunca daripada kegagalan Kementerian mengambil cakna isu kebajikan dalam penempatan doktor.   “Saya minta JAKIM dan pihak berkuasa agama yang lain membantu dengan membuat penjernihan isu ini agar tidak berbangkit lagi keraguan,” tambah beliau.    
20 Mar 19
130
Empty Image
Amaran Jangan Tunduk Kepada LGBT
Foto oleh - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU, 16 MAC - Persatuan Isteri Wakil Rakyat & Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa') menggesa Kerajaan Persekutuan supaya tidak tunduk dengan tuntutan yang dimohon oleh kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).Setiausaha Khairunnisa’, Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, ia kerana  pelbagai tuntutan yang dimohon mereka akan menyebabkan berlakunya huru-hara dalam masyarakat.“Contohnya mereka mohon diadakan tandas yang boleh  bercampur lelaki dan perempuan, permohonan perkahwinan mereka antara lelaki sama lelaki boleh didaftarkan di Pejabat Agama,” jelasnya.Beliau yang juga isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan Tolak LGBT di Batu Buruk, semalam.Menurutnya, Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran Pakatan Harapan tidak seharusnya mengikut kehendak golongan tersebut kerana apa yang berlaku adalah bertentangan dengan undang-undang yang berlandaskan syariat Islam sama ada di peringkat negara ataupun negeri.“Insya-Allah mudah-mudahan kita teruskan lagi memberi  kefahaman di peringkat  kawasan, DUN dan kampung supaya gejala ini tidak terus berleluasa lagi.“Kita perlu berbincang untuk mengambil tindakan sewajarnya supaya perkara ini dapat dibendung serta tidak membiarkan begitu sahaja LGBT ini,” ujarnya.
15 Mar 19
46
Empty Image
Jaga Sensitiviti Agama Dan Kaum - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama masyarakat Besut.BESUT, 16 Mac - Semua pihak dinasihatkan supaya lebih bertanggungjawab dan saling menjaga sensitiviti agama dan kaum lain di Malaysia.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keamanan yang dinikmati hari ini perlu dijaga dan dipertahankan daripada sebarang anasir jahat yang mula menyerang negara.Jelasnya, kenyataan provokatif dan bermotif politik pihak tertentu untuk menggugat keharmonian seharusnya diurus dengan sebaiknya.“Dalam suasana Malaysia ini berbilang bangsa, berbilang agama, sebab itulah semua pihak harus menjaga sensitiviti.“Tidak ada mana-mana pihak yang boleh menekan pihak yang lain sehingga sampai ke dinding, kerana kita tahu naluri manusia, bila ditekan dia akan bertindak balas,” katanya.Menyaksikan persembahan silat.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Jadual 5A Kepada 170 Peserta dari Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Mukim Keluang dan Durian Ubi di Taman Awam Pantai Air Tawar, di sini semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Pegawai Daerah Besut, Rozali Salleh dan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Besut, Ahmad Rizal Mamat.Hadir sama, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad, Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor serta Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh.Ahmad Samsuri turut berkata, sebagai rakyat yang cintakan perpaduan, setiap rakyat wajar membuat sebarang pertimbangan yang adil sebelum mengeluarkan kenyataan.“Sebab itulah saya minta kepada pihak yang membuat kenyataan berunsur rasis supaya berfikir banyak kali dalam memberi apa jua pandangan,” katanya.
15 Mar 19
80
Empty Image
PAS Kecam Serangan Tembakan Rambang Di New Zealand
Abdul Hadi Awang. Foto ihsan - Media Presiden PASKUALA TERENGGANU, 15 Mac - PAS mengecam tragedi kemanusiaan melibatkan serangan pelampau di dua masjid di Christchurch, New Zealand hari ini, yang turut mengorbankan nyawa saudara Islam yang tidak berdosa.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS berkongsi rasa simpati dan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa dan mengharapkan penjenayah yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan dengan segera."PAS menyifatkan insiden ini sebagai suatu tindakan terkutuk yang melampaui batas kemanusiaan dan tidak boleh diterima oleh masyarakat dunia keseluruhannya."PAS menegaskan bahawa budaya toleransi antara agama adalah sangat penting bagi mewujudkan keamanan sejagat, manakala budaya prasangka dan prejudis seperti fahaman ‘Islamofobia’ perlu ditangani semua pihak," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya hari ini, mengulas tentang insiden gelap bagi umat Islam tersebut."Semoga Allah merahmati roh saudara-saudara kita di Christchurch, New Zealand," ujarnya.
15 Mar 19
23
Empty Image
Kerajaan Penyatuan Ummah : Belum Dimuktamad
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA NERUS, 13 Mac - Kerajaan Penyatuan Ummah antara dua parti terbesar di Malaysia, UMNO dan PAS masih belum dimuktamadkan lagi.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, hasrat yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Mohamad Hasan baru-baru ini belum dibincangkan lagi di peringkat kepimpinan kedua-dua parti itu.Jelasnya, PAS juga terlebih dahulu akan mendengar cadangan dan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk ahli-ahlinya.“Buat masa ini tiada sebarang keputusan dan perbincangan yang mendalam lagi di peringkat kepimpinan PAS pusat.“Kita masih menunggu sebarang maklum balas daripada pelbagai ‘stakeholders’ sama ada ahli-ahli parti dan juga kepimpinan UMNO,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program ‘MB Mari Kampung Kite’ sempena Siri Jelajah Penerangan Bajet 2019 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, hari ini.Program bual bicara 'MB Mari Kampung Kite' turut mendapat perhatian kaum ibu.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri,  Dato’ A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md Azhar, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.Ahmad Samsuri yang juga Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat turut berkata, usaha bagi membina sebuah pentadbiran yang kukuh adalah satu cadangan yang baik.Tambah beliau, kerajaan yang kuat akan memberikan banyak manfaat untuk dinikmati bagi seluruh rakyat. “Kita melihat bahawa apa jua inisiatif, usaha ke arah membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan inklusif adalah satu perkara yang memberi kepentingan kepada rakyat.“Kita masih menunggu sebarang maklumat (penuh daripada kepimpinan kedua parti) sebelum membuat sebarang keputusan ,” katanya.
13 Mar 19
99
Empty Image
Kesatuan Islam Senjata Paling Ampuh
Foto - Solahuddin Al-IdrusMARANG, 8 Mac - Kesatuan umat Islam adalah senjata paling ampuh bagi menggagalkan segala usaha untuk menundukkan orang Islam.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, usaha penyatuan ummah itu sangat ditakuti oleh kerana segala perancangan sulit mereka untuk menguasai orang Islam akan musnah. Jelasnya, perbezaan fahaman politik dan sosial tidak seharusnya menjadi penghalang buat seluruh umat Islam di Malaysia bersatu."Kekuatannya terletak pada orang Islam, yang bersatu bersama  dengan (syarat) Islam."Menunjukkan bahawa kita di akhir zaman ini, kalau nak balik menang semula mestilah menyatukan orang-orang Islam, kita menyatukan orang-orang Islam yang bermacam-macam ini, macam-macam fahaman," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Munajat dan  Solat Hajat Perdana Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan berikutan fitnah yang ditohmah terhadap parti itu, di sini, semalam.Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Dato’ Husain Awang, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahri Mamat, ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak, ADUN Batu Burok, Khalil Abdul Hadi, serta kepimpinan PAS peringkat DUN dan parlimen.Tambah beliau, perpecahan  dan persengketaan yang berlaku membuka peluang kepada musuh untuk menguasai Islam.Apabila suasana begitu wujud, maka umat Islam akan hilang kuasa dan kedudukan secara beransur-ansur.“Pilihan raya yang lalu menyaksikan bagaimana terbentuknya satu kerajaan yang dikuasai oleh orang bukan Islam.“Orang bukan Islam 66 kerusi, orang Islam 58 kerusi yang memerintah negara kita pada hari ini, padahal orang Islam 65 peratus, orang bukan Islam 35 peratus sahaja, tetapi mereka boleh menguasai kerajaan Islam.“Sekarang kita sedang mengusahakan untuk menyatukan umat Islam di negara kita ini untuk membina kekuatan semula,” tambah beliau.
07 Mar 19
134
Empty Image
Gabungan Dua Parti Melayu Yang Ditunggu-tunggu
KUALA TERENGGANU, 7 Mac - Penyatuan UMNO-PAS secara rasmi adalah gabungan dua parti yang ditunggu-tunggu demi kelangsungan ummah dalam realiti suasana politik semasa pada hari ini.Ketua Penerangan PAS negeri, Ustaz Mohd. Nor Hamzah berkata, beliau mengalu-alukan penyatuan itu dan seterusnya melupakan perbalahan dalam politik sehingga ia menimbulkan cemburu di kalangan musuh Islam."Usaha UMNO-PAS untuk berpegangan tangan bagi menyebar kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat itu tentunya telah menyebabkan musuh Islam cemburu."Musuh Islam cuba untuk memastikan usaha itu gagal dengan melemparkan pelbagai tohmahan kononnya kami bergabung dengan perompaklah atau penipu."Dia (musuh Islam) boleh melabel berbagai-bagai tuduhan kerana tujuannya hanya untuk memecahkan kita (UMNO-PAS)."Kerana dia sedar bahawa kerjasama dan penyatuan ini boleh menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ada seterusnya menyekat penguasaan rakus yang sedang dilakukan oleh pihak DAP, " katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan menyampaikan Sijil Tauliah Penyembelih di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), di sini, hari ini.Terdahulu, UMNO dan PAS mengumumkan jalinan kerjasama secara rasmi demi penyatuan ummah.Berikutan itu satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memperincikan kerjasama tersebut.Pengumuman kerjasama itu sekali gus dapat menepis dakwaan bahawa PAS tidak akan menyokong UMNO seperti diperkatakan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
07 Mar 19
41
Empty Image
Jalinan Kerjasama PAS, UMNO Demi Penyatuan Umat Islam
KUALA TERENGGANU, 7 Mac - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjelaskan bahawa gagasan penyatuan ummah adalah jalinan kerjasama antara PAS dengan UMNO bagi menyatukan umat Islam terutama orang Melayu.Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama yang dijalinkan adalah melibatkan parti-parti politik Melayu termasuk Bersatu.“Memang kita bekerjasama dengan parti-parti khususnya parti Melayu. Dalam parti Melayu kita dapati orang Melayu berpecah, orang Cina tidak berpecah."Orang Cina pakat undi DAP, MCA pun undi DAP, Gerakan pun undi DAP. Kita Melayu ni banyak sangat parti.“Sebab itu PAS berpendapat perlu menyatukan parti-parti orang Melayu. Parti orang Melayu yang tinggal ialah PAS, UMNO dan Bersatu, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) bukan parti Melayu. Sebab itu kita bekerjasama dengan parti Melayu termasuk Bersatu dalam kerajaan," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan tazkirah sempena Program Tazkirah Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Abdul Hadi berkata, kerjasama kali ini bukanlah yang pertama, malah PAS pernah menjalinkan kerjasama dalam pelbagai isu global."Ini bukan kali pertama kita kerjasama dah banyak kali. Kita pernah bekerjasama dalam isu Palestin, Bosnia dan Myanmar," katanya.Abdul Hadi berkata, hubungan rasmi antara dua parti itu tidak meminggirkan golongan bukan Islam."Tidak timbul isu rasis dalam kerjasama ini kerana dalam PAS kita ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). "Kita juga telah bertemu dengan pemimpin MIC dan mereka memberikan kerjsama yang sangat baik," katanya.Katanya, kerjasama itu juga mendapat sambutan yang baik di peringkat akar umbi ahli parti.
06 Mar 19
37
Empty Image
PAS, Abdul Hadi Nafi Bayar Clare
KUALA TERENGGANU, 7 Mac - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hari ini menafikan dakwaan pihaknya membayar RM1.4 juta kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sebagai sebahagian daripada persetujuan penyelesaian saman Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang di luar mahkamah.Dalam laporan media sebelum ini, Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai maklumat yang cukup untuk membuktikan bahawa PAS ada membayar editor Sarawak Report itu sebagai penyelesaian luar mahkamah kes saman membabitkan kedua-dua pihak.Katanya, dakwaan Presiden PKR itu tidak benar kerana tiada bayaran yang dibuat sama ada oleh PAS mahupun dirinya sendiri.“Saya tidak bayar dan PAS juga tidak bayar, dakwaan itu tidak betul,” ujarnya kepada pemberita selepas menyampaikan tazkirah sempena Program Tazkirah Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman, hari ini.Abdul Hadi berkata, PAS juga tidak melihat sebarang keperluan untuk pihaknya mengemukakan saman terhadap fitnah tersebut.“Tindakan kita menjelaskan pada masyarakat apa yang sebenar dan perlu disedari PAS banyak penyumbang bukan sahaja di kalangan orang Melayu tetapi orang bukan Islam.“Kita juga tidak mahu habiskan masa dan duit dengan saman ini, cuma kita tangkis serangan fitnah melalui solat hajat,” ujarnya.
06 Mar 19
49