Artikel "Politik" Terkini
Muktamar PAS : Dewan Pemuda Kemuka 4 Prinsip Perpaduan Masyarakat Malaysia
Muhammad Khalil (kiri) menyampaikan anugerah kepada Setiausahanya, Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden.KUANTAN, 19 Jun - Dewan Pemuda PAS Malaysia meletakkan empat prinsip kesepakatan yang perlu dicernakan bagi merealisasikan agenda perpaduan masyarakat Malayia.Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, prinsip pertama adalah kesepakatan atas dasar menegakkan keadilan Islam dengan lebih komprehensif.Katanya, prinsip kedua adalah perpaduan dan kesepakatan tidak berasaskan kepada perkauman.“Prinsip ketiga perlu kepada pemusatan untuk penyelesaian isu rakyat, merentasi sempadan ideologi. Manakala prinsip keempat adalah ikhlas,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Ke-60 di Bukit Gambang Resort City, di sini hari ini.Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan lebih 100 tetamu jemputan khas termasuk wakil-wakil kedutaan asing.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berkata, keadilan dalam Islam melangkaui bangsa dan agama serta ia memberi jaminan dan menjaga hak-hak orang bukan Islam.Sementara prinsip kedua berhubung kait dengan prinsip pertama iaitu tidak disandarkan kepada perkauman.Perwakilan pemuda dari Terengganu fokus mendengar Ucaptama Muhammad Khalil.“Kita perlu membuktikan kepada masyarakat Malaysia bahawa kesepakatan ini menjadikan perlembagaan sebagai dasar kontrak sosial yang disepakati bersama para pejuang kemerdekaan dari berbilang kaum,” ujarnya.Bagi prinsip ketiga katanya, pemuda perlu menfokuskan agenda penyelesaian isu rakyat yang kini semakin meruncing.Menurut beliau, Dewan Pemuda PAS Malaysia dan PAS bukan hanya mengambil bahagian dalam pilihan raya sebagai sebuah parti politik tetapi bergerak juga dalam bidang kebajikan dan pendidikan.“Ini dapat dilihat melalui peranan Jabatan Amal Malaysia, kolej universiti, sekolah-sekolah, kelab sukan dan jabatan profesional,” tambahnya.Menyentuh prinsip keempat, beliau berkata, setiap pihak dalam gabungan ini seharusnya berusaha memahami dasar dan perjuangan rakan yang lain sekali gus mencari titik persamaan dalam persoalan perbezaan prinsip masing-masing.
19 Jun 19
188
Muktamar PAS : Sedia Temui Semua Pihak
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.KUANTAN, 19 Jun - PAS menyambut baik hasrat sesetengah pihak untuk berta’awun sekali gus melihat masa depan politik negara dengan lebih berfokus supaya tidak terpalit dengan sentimen perkauman.Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS ada peranan sekali gus mengadakan pertemuan dengan MCA, MIC dan parti-parti lain.“Ada (masa) yang kita (PAS) berjumpa dengan cara berkunjung ke pejabat mereka dan ada (masa) mereka datang ke pejabat PAS.“Jadi hubungan ini kita akan teruskan,” jelasnya.Datuk Tuan Ibrahim (kanan) bersalaman dengan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia di Muktamar Dewan Pemuda PAS Ke-60 di Bukit Gambang Resort City Pahang.Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Ke-60 di Bukit Gambang Resort City, di sini hari ini.Mengulas ketidakhadiran wakil MCA ke muktamar tersebut, beliau berkata, PAS telah menjemput semua parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk hadir ke Muktamar PAS kali ini.“Saya dimaklumkan bahawa MCA ada mesyuarat pada hari ini, jadi parti itu tidak menghantar wakil untuk hadir,” ujarnya.Bagaimanapun, UMNO dan MIC menghantar ketua dan kepimpinan tertinggi pemuda masing-masing untuk hadir ke muktamar berkenaan.
19 Jun 19
180
Muktamar PAS : ‘Demi Islam’ Kesinambungan Prinsip Perlembagaan Parti
Muhammad Khalil Abdul Hadi.KUANTAN, 19 Jun - Dewan Pemuda PAS Malaysia mengangkat ‘Demi Islam’ sebagai tema muktamarnya kali ini bertujuan mengajak anak muda kembali semula kepada prinsip dan teras perjuangan PAS.Ketuanya, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ia juga menjadi prinsip utama kepada kesepakatan yang telah dan akan diwujudkan pada masa hadapan.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-60 di Bukit Gambang Resort City, di sini hari ini.Muktamar itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Turut hadir, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan lebih 100 tetamu jemputan khas termasuk wakil-wakil kedutaan asing.Seorang pemimpin Jabatan Amal Terengganu menerima anugerah dari Muhammad Khalil (kanan) diperhatikan oleh Datuk Tuan Ibrahim (tengah).Katanya, sejarah politik PAS penuh warna warni dan melalui jalan penuh ranjau.“Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa PAS adalah parti politik di dalam Malaysia yang paling dinamik dan berani dalam memutuskan sesuatu berdasarkan prinsip.“PAS pernah bersama dengan UMNO dan pernah juga berseteru degan UMNO. PAS pernah berpatah arang, berkerat rotan dengan DAP, PAS juga pernah bersahabat dengan DAP.“PAS juga pernah berkawan dengan PKR dan PAS tidak ragu-ragu memutuskan hubungan dengan PKR,” jelas beliau.Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berkata, dalam semua tindakan ini, ada ahli yang menerima dengan patuh dan taat, ada yang tidak bersetuju.Katanya, apa yang lebih penting, setiap tindakan yang PAS lakukan sepanjang sejarah politiknya sama ada bertahalluf atau berta’awun didasarkan kepada prinsip utama yang digariskan dalam perlembagaan parti iaitu demi mempertahankan Islam.
19 Jun 19
202
Tinggalkan Politik Kotor, Fokus Khidmat Pada Rakyat - Khalil Abdul Hadi
Muhammad Khalil Abdul Hadi.KUALA TERENGGANU, 13 Jun - Ahli politik di seluruh Malaysia digesa supaya menjauhi pendekatan politik fitnah dan kotor agar rakyat tidak terus dihimpit pelbagai masalah.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, gaya dan cara berpolitik sedemikian tidak membawa sebarang keuntungan kepada masyarakat ataupun negara.Jelasnya, sebaliknya suasana tersebut akan merugikan rakyat Malaysia yang mahukan perubahan selepas tampuk kepimpinan negara bertukar kepada Pakatan Harapan (PH).“Kita agak sedih dan dukacita dengan suasana politik dalam negara kita, sepatutnya kita sudah lupa (tinggalkan) politik-politik seperti ini (video seks), politik kotor dan lucah.“Selepas PH menang, mendapat mandat daripada rakyat, sepatutnya fokus terarah kepada kebajikan rakyat, memberikan khidmat pada masyarakat, tetapi malangnya kita tidak lihat itu berlaku,” ujar beliau ketika menjawab pertanyaan media berhubung kes penyebaran klip video yang dikatakan mirip seorang seorang Menteri. Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan supaya dakwaan tersebut dihakimi dengan adil tanpa mengira latar belakang politik pihak tertentu.Katanya, tuduhan tersebut harus diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan.“Ini prinsip PAS sejak dahulu. Kita tak mengira siapa misalnya dalam kes bekas Timbalan Perdana Menteri dulu (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kita mengambil prinsip yang sama termasuklah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).“Prinsip kami jelas, seseorang itu tidak boleh dihukum bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah. Kita tak boleh 'hukum' mengikut media sosial hari ini yang rangkaiannya tiada sempadan,” tambah beliau.Awal pagi semalam, Setiausaha Sulit kepada seorang Timbalan Menteri membuat pengakuan mengejutkan apabila bersumpah dia merupakan individu dalam sebuah klip video seks bersama seorang lelaki mirip pemimpin PH.Tiga video panas tersebut masing-masing berdurasi satu minit 35 saat dan sebuah rakaman audio berdurasi lima minit 24 saat tersebar sejak semalam.
12 Jun 19
438
MB Terengganu Berat Hati Bertanding Jawatan Naib Presiden PAS
KUALA TEREGGANU, 12 Jun - “Saya menerima pencalonan daripada kawasan-kawasan di peringkat akar umbi untuk bertanding jawatan Naib Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) walaupun berat hati atas dasar untuk menyuburkan ruang demokrasi dalam parti,” jelas Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Beliau mengesahkan akan bertanding jawatan Naib Presiden Pas dalam pemilihan parti sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-65 pada akhir bulan ini, namun dengan hati yang berat kerana mengenangkan penyandang sedia ada merupakan insan hebat yang telah menjalankan amanah dengan begitu baik.Ahmad Samsuri yang juga Yang Dipertua PAS Marang berkata, pemilihan parti yang berlangsung setiap dua tahun sekali itu disifatkan adalah urusan dalaman 'keluarga' dan proses tersebut diharap akan berjalan lancar.“Pemilihan dalam PAS adalah satu urusan dalaman keluarga yang berlangsung setiap dua tahun sekali dan ianya diharap berjalan dalam suasana yang harmoni.“Saya menerima pencalonan daripada kawasan-kawasan untuk bertanding sebagai Naib Presiden PAS walaupun hati saya merasa berat kerana mengenangkan mereka (penyandang) yang ada sekarang ini adalah insan-insan yang hebat.“Mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan begitu cemerlang. Mereka adalah abang-abang saya yang memberikan banyak tunjuk ajar dalam pelbagai perkara sebab itu saya merasa agak berat hati apabila menerima pencalonan itu, apa pun saya menyerahkan kepada seluruh perwakilan parti dalam Muktamar di Kuantan nanti,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Meraikan Kejayaan Pasukan Inovasi Panji Innovation Laboratary (Pi Lab) SMK Panji Alam Dalam Pertandingan Euroinvent 2019 Romania di Dewan Jubli Emas SMK Panji Alam, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Shafruddin Ali Hussin dan Pengetua SMK Panji Alam, Che Engku Noor Aien Che Engku Mahmood.Menyifatkan dirinya sebagai calon ‘underdog’, beliau yang menyanjung tinggi ketiga-tiga penyandang dalam masa sama berharap agar mereka dapat terus menjalankan tugas dan amanah sebagai Naib Presiden di waktu akan datang.Ahmad Samsuri berkata, beliau tidak mengganggap kedudukannya sebagai Menteri Besar Terengganu akan memberi kelebihan besar dalam pertandingan jawatan Naib Presiden, sebaliknya menyifatkan dirinya masih lagi belum sempurna dalam tempoh setahun menerajui negeri ini.Difahamkan, bagi jawatan Naib Presiden, empat nama melepasi syarat untuk bertanding iaitu tiga penyandang sebelum ini, Idris Ahmad, Datuk Nik Mohd. Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad.
11 Jun 19
103
MB Terengganu, Abdul Hadi Temui Khaled Mashaal
Dr Samsuri (kiri) menyaksikan kemesraan antara Abdul Hadi dan Khaled ketika menyertai rombongan menemui bekas Ketua Biro HAMAS itu di satu tempat dirahsiakan. KUALA LUMPUR, 26 Mei - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyertai rombongan menemui bekas Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Mashaal di satu tempat dirahsiakan kelmarin.Dr Samsuri di status facebooknya menyatakan bahawa beliau mengiringi Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan rombongan menyambut kunjungan hormat Khaled.Serentak itu, beliau menyeru umat Islam supaya menunjukkan sokongan berterusan sebagai tanda kebersamaan terhadap perjuangan membebaskan bumi Palestin."Gandakan doa dan terus perjuangkan nasib saudara kita di Palestin. Bumi anbiya' ini pasti akan bebas dari kekejaman zionis satu hari nanti insya-Allah," ujarnya.Sementara itu, Dato' Seri Abdul Hadi turut memuat naik gambar berhubung dengan pertemuan tersebut di status Facebook beliau pada hari yang sama.Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahun, kunjungan hormat bertemu Khaled bertujuan menunjukkan kebersamaan PAS dan Malaysia terhadap perjuangan membebaskan bumi Palestin."Kami turut berbincang untuk menguatkan lagi kesatuan ummah di peringkat antarabangsa dan langkah untuk membantu nasib saudara kita di Palestin," jelasnya.Pertemuan itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
25 May 19
100
Bersatu Tangani Cacian Pada Islam - Abdul Hadi
Abdul Hadi Awang.MARANG, 6 Mei - Seluruh rakyat Terengganu digesa melupakan segala perbezaan dan bersatu menangani cacian terhadap Islam demi kesejahteraan masyarakat.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, sikap sesetengah umat Islam yang tidak peduli dan bertelagah sesama sendiri menyebabkan kuasa politik umat Islam semakin terhakis.Jelasnya, keadaan itu menyebabkan kesucian agama Islam sering terhakis dan dipijak oleh musuh yang memperlihatkan rakyat hidup dalam suasana yang tidak harmoni."Tidak sedar betapa kita berada dalam keadaan yang sangat bahaya dalam bahtera Malaysia ini, kita tengok sendiri beraninya orang bukan Islam bercakap menentang dan menghina Islam."Ini berlaku kerana kuasa politik (pemerintahan) orang Islam lemah disebabkan ramai orang menganggap politik tidak penting (sama sahaja siapa yang memerintah)."Kita juga mesti berhenti bergaduh, kalau kita bergaduh lagi, ia akan menghancurkan kita semua seperti di negara Islam lain," ujar beliau.Mohd Nor Hamzah.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Karnival Bukit Payong Sejahtera di Tapak Pasar Kedai Buluh, di sini baru-baru ini (2 Mei).Hadir sama, mantan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah yang turut hadir berkata, hubungan sesama rakyat yang berbeza latar belakang dan ideologi politik mestilah dieratkan kembali.Jelasnya, masyarakat yang sejahtera sememangnya menjadi fokus utama kerajaan dengan memperbaiki segala kerosakan yang mungkin berlaku sebelum ini."Saya sebut kepada semua orang PAS, orang UMNO dan orang atas pagar, supaya kita perbaiki hubungan sesama kita walau apa jua sentimen politik."Untuk kita kembali di atas iman dan islah dalam negeri kita ini, kita baiki masyarakat kita dengan Islam, ini tanggungjawab kita bersama," tambah beliau
04 May 19
30
Laksana Amanah, Jadikan Terengganu Negeri Contoh - MB
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 19 April – Amanah yang telah diberikan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mestilah dilaksanakan dengan sebaiknya agar Terengganu menjadi contoh pada negeri lain.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tanggungjawab yang telah diamanahkan itu adalah tugasan berat yang harus dipikul bersama bagi mendepani sebarang kecelaruan pentadbiran.Katanya lagi, anak muda turut berperanan dalam melunaskan harapan tersebut yang akhirnya akan memberikan manfaat pada rakyat Terengganu dan menjadi ikutan negeri-negeri lain serta negara.“Dalam keadaan suasana di negeri-negeri dan nasional yang bermacam-macam, bercampur-campur seperti pasaran saham, pentadbiran yang tidak stabil, macam-macam isu yang timbul, kita haruslah menunjukkan contoh yang terbaik.“Bahawa kita Parti Islam Se-Malaysia (PAS) apabila diberi amanah menjaga sebuah negeri seperti Terengganu, kita menjadi contoh pentadbiran dan pengurusan terbaik.“Yang boleh dilihat oleh rakan-rakan kita ataupun rakyat Malaysia di seluruh negara yang akhirnya contoh ini memberikan keyakinan kepada mereka untuk memilih PAS sebagai parti yang akan menerajui ataupun bersama sebagai sebuah kerajaan di peringkat Putrajaya,” katanya.Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu Kali Ke-50 di Permai Hotel, di sini, hari ini.Ahmad Samsuri menerima tabik hormat daripada Jabatan Amal.Turut hadir Yang Dipertua (YDP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Buruk, Mohammad Khalil Abdul Hadi, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs), Kamaruzzaman Abdullah serta ADUN Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim .Ahmad Samsuri yang juga Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat turut menegaskan bahawa amanah tersebut bukannya hanya sekadar mainan ataupun sesuatu yang harus dibanggakan.“Kita memerintah bukan kerana sedap-sedap (suka-suka) kita nak tunjuk pada rakyat Terengganu, kita kena jangkau lebih daripada itu dan di situlah peranan kita yang terbesar.“Supaya menjadi contoh dan menempa sejarah bahawa Terengganu insya-Allah akan menjadi nukleus (pemangkin) kepada PAS untuk menang di Putrajaya.“Insya-Allah, itulah sebabnya apabila kita diberi amanah di negeri Terengganu ini, kita kena buat yang terbaik,” tambah beliau.Anugerah khas bagi menghargai pengorbanan unit amal.
19 Apr 19
68
Pelajar Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Abdul Hadi
Dato' Seri Abdul Hadi Awang (tengah hadapan) meraikan guru dan pelajar SMAASZA yang mahu bergambar. Foto oleh - Aziz HambaliKUALA TERENGGANU, 14 April - Seorang penuntut sebuah pusat tahfiz negeri Terengganu memohon maaf secara terbuka kepada Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dalam sebuah majlis Bicara Tokoh Alumni SMA(A)SZA (Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin), di sini pagi tadi kerana mengkritik beliau di media sosial sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.Seorang pelajar tahfiz yang enggan namanya disebut secara terbuka meminta maaf kepada ahli parlimen itu di hadapan pelajar-pelajar, tenaga pengajar serta kakitangan sekolah berkenaan."Sebenarnya saya berdiri di sini ialah untuk meminta maaf kepada Tuan Guru kerana sejak dari sebelum PRU14 lagi saya sebagai manusia yang serba kekurangan termakan dengan fitnah dan tohmahan orang terhadap Tuan Guru," katanya.Beliau sekarang mengambil sikap mendiamkan diri, tidak bertindak menyebarkan tohmahan dan fitnah terhadap ahli parlimen itu lagi seperti kebiasaannya.Selepas PRU14 tohaman terhadap Presiden PAS itu disifatkannya sebagai tuduhan jahat terhadap pejuang Islam." Al-Hamdulillah selepas PRU ini kita dapat tahu dengan jelas, betapa itu semua adalah sekadar kata-kata orang yang jahat terhadap Islam."Jadi saya sekali lagi ingin meminta maaf dari Ayah Chik atas segala sangka buruk yang saya lakukan terhadap diri Ayoh Chik selama ini," tambahnya lagi.Kira-kira 300 pelajar sekolah tersebut memberi tepukan gemuruh sejurus mendengar permohonan maaf dari pelajar berkenaan.Sementara itu Tuan Guru Abdul Hadi yang juga dipanggil Ayah Chik secara terbuka juga memaafkan pelajar berkenaan sambil menyifatkan sikap memberi kemaafan kepada seseorang akan mendapat ganjaran dan kelebihan dari sisi Allah."Jika Tuhan Yang Maha Besar boleh mengampun dosa hamba-Nya, saya ini apalah sangat. Kita kena memaafkan kepada sesiapa yang beriman dan memaafkan orang sebagai satu kelebihan," jelasnya.Abdul Hadi menyifatkan ucapan dan kritikan yang pedas dan pahit yang pernah dihamburkan kepada beliau berupaya mengundang pahala percuma jika bersabar menghadapinya."Bila orang kata kepada saya kata macam-macam, yang pedas pun ada yang pahit pun ada, saya anggap ia memberi pahala percuma kepada saya."Jadi kita sembahyang tahajud bukan banyak sangat, puasa sunat bukan banyak sangat, sedekah pun harta tak banyak tetapi boleh pahala banyak kerana orang menfitnah kita. Bagaimana pun untuk menahan dari kata-kata itu kita hendaklah bersabar," ujarnya.Beliau tidak akan membaca tulisan yang membuat tohmahan buruk terhadap beliau kerana membaca tulisan yang bermanfaat lebih baik dari membaca tulisan tohaman jahat itu."Sekiranya ia berkait dengan tulisan, saya tidak baca. Bila orang cerita saya tidak baca. Tidak ada faedah kita baca tulisan itu, baik baca benda lain yang berfaedah."Di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, bila orang serang saya, saya ambil kertas saya baca sehingga orang itu marah kepada saya sebab tidak hirau kepada apa yang diucapkan," jelasnya.
13 Apr 19
105
Selepas 10 Tahun, Yahaya Serah Tugas Kepada MB Terengganu
Foto oleh : Aziz HambaliMARANG, 7 April - Selepas 10 tahun diamanahkan sebagai Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Marang, Yahaya Ali menyerahkan tugas itu kepada Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini.Yahaya Ali yang juga YDP Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berkata, tokoh yang menggantikan beliau adalah seorang yang sangat berkelayakan kerana mempunyai reputasi yang tinggi dalam masyarakat.Jelasnya, ketokohan tersebut pastinya akan terus memacu parti itu khususnya di kawasan Marang ke arah yang lebih cemerlang."Saya boleh gambarkan bahawa untuk jawatan Yang Dipertua Kawasan insya-Allah tidak akan berlaku pertandingan."Saya yakin orang yang dipertanggungjawab untuk menerajui PAS Marang akan melakukan banyak lagi perubahan," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Marang, di Dewan Majlis Daerah Marang, hari ini.Yahaya Ali tidak mempertahankan jawatan.Turut hadir, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Marang, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman serta Persatuan isteri wakil rakyat dan isteri bekas wakil rakyat Terengganu (Khairunnisa'), Zarani Othman.Yahaya yang memegang jawatan bermula tahun 2009 turut berkata, ketekunan ahli di semua peringkat telah berjaya mengangkat dan membangunkan parti itu ke tahap yang lebih tinggi.Ujarnya, perkara itu terbukti apabila PAS berjaya memenangi kesemua DUN dalam daerah Marang."Saya rasa bersyukur kerana saya menyerahkan PAS kawasan dalam keadaan yang stabil."Saya serah balik kita telah berkuasa kembali sebagai kerajaan di mana Marang menyumbang 4 kerusi DUN termasuk dengan kemenangan DUN Pengkalan Berangan."Kita juga mempunyai bangunan PAS kawasan sendiri, Dewan Tuan Guru, sebuah sekolah rendah Islam Madrasah Darul Iman, sebuah van untuk Pusat Khidmat PAS Marang," tambah beliau.Mesyuarat agung tahunan yang sedang berlangsung itu turut mengekalkan Mohd Nor Hamzah dan Ariffin Deraman selaku timbalan serta naib yang dipertua untuk sesi 2019/2021.Mesyuarat itu menyaksikan hanya jawatan Ahli Jawatankuasa sahaja dipertandingkan.
05 Apr 19
40